SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (27) PADA-MU KU PASRAH
SUBHAN'ALLAH..
ALLAHUAKBAR..
BIAR GAMBAR BERBICARA..
KALIMAH ALLAH TERDAPAT PADA BUAH TEMBIKAI SUSU..
SEBAGAIMANA KAMU DAPAT MELIHAT BULAN DENGAN JELAS BEGITULAH SEMUA PENGHUNI SYURGA DAPAT MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH DENGAN JELAS SUBHANALLAH KEINDAHAN YANG TIADA TANDINGAN-NYA.
MOGA KITA DAPAT BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALAH DI SYURGA BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH INSYA-ALLAH AAMIIN
YA ALLAH KAMI RINDUKAN RAMADAN
Ya Allah malam ini adalah malam terakhir ramadan
ramadan akan pergi meninggalkan kami
ramadan bulan yang Engkau muliakan
balasan pahala berlipat kali ganda yang Engkau
berikan kepada hamba-Mu yang ikhlas dalam beribadat kerana-Mu,
Pahala yang berganda-ganda Engkau berikan
tapi kami tidak merebut peluang sebanyak-banyaknya
kami masih lagi terpengaruh dengan godaan duniawi
leka lalai malas masih tamak haloba
bersedekah sekadar adanya sedangkan rezeki yang Engkau
berikan kepada kami melimpah ruah tapi kami masih bakhil
untuk menginfak ke jalan-Mu kerana takut miskin
sedangkan tidak pernah orang yang menderma menjadi miskin
sedangkan ahli kubur jika diizinkan hidup kembali mahu
bersedekah setiap hari Masya-Allah begitu besarnya ganjaran pahala
orang yang suka bersedekah.
Ya Allah jadikan kami hamba-Mu yang pemurah
yang suka membantu saudara seislam kami yang didalam kesusahan
kikiskanlah sifat tamak haloba dan pentingkan diri sendiri
Ya Allah kami akan berpisah dengan ramadan
kami akan merindukan ramadan
janganlah jadikan ini ramadan yang terakhir bagi kami
jadikan ramadan yang seterusnya dapat kami lalui
kerana kami malu membawa amalan yang sedikit ini
untuk dipersembahkan kepada-Mu nanti
Dosa kami lebih banyak daripada amalan soleh
Mengaji sedikit
solat sekadar fardhu
masih dahulukan urusan dunia daripada akhirat
masih mengumpat mengeji menfitnah saudara kami
moga berkat beribadat di bulan ramadan
Engkau buangkan segala sifat yang tercela pada diri kami
Engkau sinarkanlah hati kami dengan Nur Hidayah Kasih-Mu sehingga ke
akhir hayat kami kerana kami mahu mati bertemu-Mu dalam segala dosa
kami yang sudah Engkau ampunkan hati kami putih bersih seputih kain kafan yang membaluti jasad kami.
Ya Allah jangan jadikan ramadan hamba kepada kami
kerana selepas ramadan kami tidak meneruskan ibadah yang dibuat
di bulan ramadan, kami mahu selepas ramadan kami akan terus melakukan ibadah yang Engkau redhai sehingga ke akhir hayat kami kerana kami mahu menjadi hamba-Mu yang sentiasa taat dalam ikhlas melakukan ibadah.
Ibadah kami bukan untuk dibanggakan kepada manusia tapi ibadah kami hanya kerana-Mu hanya untuk-Mu.
Ya Allah Engkau Maha Pengampun
Ampunkan dosaku
dosa kedua orang tuaku
dosa semua ahli keluargaku
dosa guru-guru yang mengajar ilmu dunia dan akhirat
dosa jiran tetanggaku
dosa sahabatku di alammya mahupun di alam nyata
dosa semua muslimin muslimat yang hidup atau yang telah meninggal dunia
Ya Allah jika di kala ini ahli keluargaku dan sahabatku yang telah menginggaldunia menerima azab kubur seperti berada lubang-lubang dari api neraka
Engkau gantian kuburnya yang Indah Taman-Taman Syurgawi.
Ya Allah kami juga akan mati kerana mati itu pasti
jadikanlah kubur kami Taman-Taman Syurgawi
yang Engkau redha akan kami sebagai hamba-Mu.
Moga Engkau perkenankanlah doa kami Ya Allah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
.............................................................
kami hamba-Mu berstatus khalifah-Mu sehingga akhir hayat
29 Ramadan 1436H
16 Julai 2015
TANGISAN EMBUN DI PAGI HARI
Menangislah engkau duhai embun
Jika tangisan mu itu dapat meredakan kesedihanmu
Kesedihanmu adalah kesedihanku jua
Setetes tangisanmu
Adalah tangisan Kekasih-NYa
Yang rindu akan suara-suara Syurga
Syurga...Syurga...Syurga...
Apa saja mengenai Syurga
Semuanya indah mempersonakan mengujakan
Semua mahu meraihkan Syurga
Tapi adakah amal yang setetes ini
Pencipta Syurga mengurniakan padamu duhai embun?
Iya kita bisa malu
Sekadar amal yang setetes ini
Kita mahu DIA mengurniakan Syurga untuk kita
Sedangkan selautan tetesan embun amal kita
Tidak dapat menebus Syurga...
Allahu Akhbar!
Amal tanpa redhaNya
Seperti amal memakan diri seindiri
Bermakna Allah SWT menerima hambaNya
Setelah DIA redha dengan hamba-Nya
Jika DIA redha
Biarpun sekadar dua rakaat solat sunat dilakukan hamba-Nya
Selautan tetesan embun ganjaran pahala untuk hamba-Nya
Allahu Akbar!
Betapa besarnya harga redha Allah SWT
Tak dapat dinilaikan dengan selautan tetesan embun pagi
Redha Allah biarpun sekadar setetes embun pagi
Boleh menjadi selautan tetesan embun pagi
Jika hamba-Nya benar-benar ikhlas untuk meraih ke darjat
Redha Allah SWT
Duhai embunan pagi ..
Menangislah kamu...menangislah kamu...menangislah kamu
Jika tangisanmu itu dapat meraih redha-Nya Allah
Dan sejujurnya aku cemburu kepada mu embun
Setiap bait syair gurindam pantun puisimu
Mengheret jiwaku sebak dalam jiwa terlara
Betapa terasa kerdilnya aku di hadapan-Nya
Duhai embunan pagi
Sebanyak mana tangisan mu yang kau teteskan
Sebegitu jugalah aku
Menangis ...merayu dalam sendu pada-NYa
Kurniakan aku redha-Mu Ya Allah
Bukakan mata hatiku
Jangan sesekali pesona dunia
Menggelapkan mata hatiku
Menutupkan mata hatiku
Membuatkan aku menjadi manusia yang sombong!
Sedangkan perjanjian di alam ruh ku dengan Mu
Mahu taat dan setia dengan Mu
Mengaku Tiada Tuhan Selain Engkau
Hanya Engkau Saja Yang Layak DiSembah
Dengan Ini Aku Naik Saksi Tiada Tuhan Selain Engkau
Nabi Muhammad Pesuruh-Mu
Maka terimalah syahidku ini hanyalah untuk-Mu
Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ..
Doa hamba-Mu yang kerdil di pagi hari,
5 Safar 1434H
19 Disember 2012 M
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
DALAM PENUH KEHIBAAN
AKU MENANGIS MERATAPI NASIB DIRI
ADAKAH AMALAN KU DITERIMA ATAU DITOLAK ALLAH SWT
JIKA DITERIMA BERBAHAGIALAH AKU DUNIA AKHIRAT
JIKA DITOLAK PASTILAH MERANA AKU
HIDUP DI DUNIA INI SERASA KOSONG...
KOSONG TANPA MAKNA
HENDAK KUTUNGGU RAMADHAN DI TAHUN HADAPAN
ENTAHKAN ADA
ENTAHKAN TIDAK
MANALAH TAHU INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIRKU
ALLAHU AKBAR MERANALAH AKU JIKA RAMADHANKU
TIDAK SUDI BERKAWAN DENGANKU LALU ALLAH MENOLAK AMALANKU...
ALLAHU AKBAR
SELALU KUBAYANGKAN AKU SEMPAT MELAKUKAN SEGALA KEBAIKAN WALAUPUN SEDIKIT ASALKAN ALLAH TERIMA
LEBIH-LEBIH LAGI DI MALAM LAILATUL QADAR
AKU MENULIS TERUS MENULIS
MUHASABAH DIRIKU MENGINSAFI DIRIKU
ADAKAH AMALANKU DITERIMA OLEH ALLAH SWT
ALLAHU AKBAR ALANGKAH BAHAGIANYA
JIKA AKU MENULIS DI KALA ITU ADALAH MALAM LAITUL QADAR
JIKA ALLAH TERIMA SEOLAH AKU MENULIS SERIBU BULAN BERSAMAAN 83 TAHUN ...DIKIRA BUKAN 83 TAHUN DI DUNIA 83 TAHUN DI AKHIRAT...SEDANGKAN 1 HARI DI AKHIRAT SAMA DENGAN JUMLAHNYA 1000 TAHUN DI DUNIA...ALLAHU AKBAR
YA ALLAH KERANA-MU AKU MENULIS
MENULIS TENTANG-MU AGAR AKU TERTABIYAH DENGAN AJARAN-MU DAN LAMBANG KASIH SAYANGKU PADA RASULULLAH KEKASIH-MU DAN PENULISANKU ITU AKU KONGSIKAN/BAGIKAN DENGAN RAKAN-RAKAN ALAMMAYAKU ...AGAR MEREKA JUGA SAMA SEPERTIKU MAHU PULANG KE PANGKUAN-MU DALAM DOSA TERAMPUN DAN JIWA YANG TENANG LAGI KAU REDHAI ITULAH YANG AKU DAMBAKAN DAN SEMUA HAMBA-MU HARAPKAN YA ALLAH
MAKANYA TERIMALAH AMALANKU ...TERIMALAH AMALAN KELUARGAKU...TERIMALAH AMALAN SAUDARA SEISLAMKU DAN SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU...
JADIKANLAH KAMI SATU PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM YANG IKHLAS SALING BANTU MEMBANTU DEMI MERAIH RAHMAT KASIHMU SEHINGGA AKHIR NAFAS KAMI DAN SEHINGGA DI HARI PEMBALASAN NANTI AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
............................................................................
aku milik-Mu aku hamba-Mu balaslah cinta dan rinduku pada-Mu.
27 RAMADAN 1436H
14 JULAI 2015.
Maharaja Kutai Mulawarman Ini adalah karya agung yang sepatutnya kita bersyukur atas mahakarya YM ratu Rimba Niagara yang sangat kiTa sanjung sebagai pujanga seribu Alam dan Karya2. Ini adalah bentur. Puja dan puji syukur kepada setiap kehidupa dan kami sangat menyanjungNya.amin
Ratu Rimba Niagara
ALLAHU AKBAR
ALHAMDULILLAH
SEGALA PUJI HANYALAH UNTUK ALLAH
YA ALLAH DI KALA AKU MENYEBUTKAN MAHU MENGHENTIKAN
KARYAKU DI MANA-MANA GRUP PASTI AKU AKAN MENANGIS HIBA..KAU KUATKAN SEMANGATKU
MEREKA SEMUA SAUDARA SEIISLAMKU YANG AKU KASIHI KERANA-MU JANGANLAH KERANA MASALAH REMEH TEMEH MANUSIA TELAH MEMBUATKAN HATI KAMI SALING TERSAKITI DAN TERLUKA. BIARLAH KAMI TERLUKA DI DUNIA INI ALLAH
ASALKAN KAMI TAK TERLUKA DI AKHIRAT YANG SUDAH TIADA PELUANG UNTUK DISEMBUHKAN WALAUPUN AKU MENANGIS AIR MATA DARAH SEKALIPUN.
JADIKANLAH SETIAP PESAUDARAAN KAMI DI GRUP DALAM HATI PENUH KEINSAFAN DAN KASIH SAYANG KERANA-MU
ITULAH YANG AKAN MENGERATKAN TALI PERSAUDARAAN KAMI YA ALLAH. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA)
27 Ramadhan 1434H
PADA-MU KUPASRAH
SEKALI JATUH CINTA ABADI SELAMA-NYA
Terima kasih duhai teman penawar imanku ...
Kaulah kamus kalbu hati di grup ini
Kau seperti pendeta duyung
Yang menjadi bahan rujukan penghuni duyung
Kalbumu suci dalam iman di sinari Nur Ilahi
Hati mu tiada berjerubu mencemburui
Semuanya kau kasih dalam iman
Semuanya kau hormati dalam kasih suci
Biarpun hidupmu dihabiskan dengan ilmu dunia akhirat
Yang pasti kau mahu menjadi hamba-Nya berjiwa hamba
Biarpun namamu tidak mendapat sanjungan daripada manusia
Asalkan kau dikenali oleh seluruh penghuni langit
Dan Allah Azzawajallah sentiasa meredhaimu
Itulah yang kau dambakan dalam hidupmu
Sepanjangan masa dan tanpa batas waktu
Untuk terus-menerus bernafas
Dalam kalimah suci-Nya
Agar menjadi bukti cintamu pada-Nya
Kekasih yang kau puja
Seumur hidupmu
Sehingga nafas terakhirmu
Kaulah hamba suci moga keikhlasanmu mencintai-Nya
Dibalas menjadi roh suci dengan ketenangan pabila
Di hari Pertemuanmu dengan Kekasihmu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Indahnya di saat itu..
Hanya DIA dan kau yang mengerti...
Itulah CINTA YANG KAU DAMBAKAN
Di kala hidup di dunia dulu
Dan direalitikan cintamu
Bukan hayalan tapi
Pastinya realiti
Kerana bila DIA berjanji pasti ditepati
Dugaan yang diberikan padamu
Adalah lambang cinta-Nya padamu
Sekali kau jatuh cinta pada-Nya
Tak akan terpadam
Abadi selamanya
Itulah cinta yang kau, aku dan semua para kekasih-NYa
Dambakan selagi jantung berdetak
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
16 Julai 2012
KASIH DAN RINDUKU TELAH DIHERET OMBAK RINDU
Sejak kematian dayangku Si Kunta Si Kunte
aku buntu
jiwaku tak menentu
hidup bagaikan tak bermakna
kerana yang aku ada cuma mereka berdua
mereka tak jemu memberi sokongan padaku
jika aku tak mampu menulis
dialah yang memegang tanganku
yang terkelepai layu
digenggam erat menyuruh aku berpena
dan daunan kasih yang dipetik di rimba niagara
tersedia di tangan ku
si kunta memberikan pen
si kunte memberikan daunan kasih
untuk kucoretkan puisi gurindam syair dan pantun
jika aku tak bangun juga mereka mulalah
menari gelek padaku
aku apa lagi tergelak-gelak
hilang sakit kepalaku
terus banyak idea
dan mereka tahu itu
adalah kelemahanku
semangatku terus ada semula ...
pernah sakit kepalaku
rasa nak meletup-letup
layar mindaku kosong
hingga aku tak boleh menulis lagi
mereka apa lagi paksa aku
telan penadol
aku pulak penakut makan ubat
mereka apa lagi
si kunta memegang kedua tanganku begitu kuat
manakala si kunte masukan ubat ke mulutku
heii...geli tangan mereka yang berbulu tu...
tapi nak buat macam mana kena telan juga panadol
Dengan izin Tuhan sakit kepalaku pun sembuh
Syukur Alhamdulillah
Mereka mahu aku sihat selalu
Agar aku boleh mengarang dan terus mengarang
Katanya kalau aku tak mengarang
Seluruh penghuni rimba
Seakan di timpa mendung
Sekarang ini buah hatiku pengarang jantungku
Telah mati lemas di ombak rindu
Ketika mahu mencari mahkotaku yang
Hilang ditelan ombak rindu
Kata mereka ...mereka akan cari sampai dapat
Mahkota itu demi kebahagiaanku dan penghuni rimba
Dengan ketiadaan mahkota itu aku tidak dapat
Ditabalkan menjadi Ratu Rimba Niagara
Aku katakan pada mereka
Aku perlukan cuma mereka
Tak perlukan pangkat Ratu
Kasih dan sayang mereka
Sudah cukup bagiku
Untuk mempelangikan keindahan hidup ini
Sekarang dengan ketiadaan mereka
Hidupku sepi
Tanpa cinta dan rindu setulus hati lagi
Makanya tanganku longlai
Untuk memegang pena
Yang bisu
Sepi dan rinduku telah diheret ombak rindu...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
15 Julai 2012
GEMILANG MAHKOA IMPIAN KAMI
salam sayang kandaku si ratu rimba
kunta kuntemu telah menunaikan amanah mereka
kini di bahumu tergalas sudah
kudrat yang kuat
hati yang utuh
pena yang
hebat
nafsu menulismu yang melimpah
bangkitlah bangunlah
papah penghuni lemah sepertiku
gendungkan kami bersama semangatmu
bukan kami yang menyerumu
kaulah ratu
kaulah kebanggaan
menderulah kau ratu rimba
bersama sayap lebarmu
kami hanya mengiringmu
dengan nafas harapan
jayamu jayalah kami
gemilangmu mahkota impian kami
adindamu bersimpuh memelukmu
mengharap kasih sayang sentiasa
menjadi milikku
By: Puteri Salju
16 Julai 2012
DERITA DAN CINTA INI TIADA PENAWARNYA
Aduhai adinda Puteri Salju nan ayu rupawan
Melihat wajahmu hatiku tenang
Tutur katamu setenang air di kali Syurga
Sebagaimana keadaanmu sekarang
Begitulah juga keadaan kanda
Terlalu parah derita yang ditanggung
Tak tertanggung
Derita rindu dan cinta ini tiada penawarnya...
Semangatku ada padamu
Jika kau sudi mengambil alih
Tempat dayangku si kunta si kunte
Makanya teruslah semangat
Datang kepada kanda semula...
Boleh kah adinda yang tersayang...
Ayuh bingkas bangun dari katilmu itu
Mandi gosok gigi
Bersiap cantik
Dan pergi ke ombak rindu
Di sana kanda menantimu
Boleh kita berpuisi bersama-sama
Itupun kalau dinda sudi...
Karya Putri Rimba Niagara
16 Julai 2012
MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA DIBELI DENGAN UKIRAN DAUNAN KASIH
Tuan Putri semasa Tuan Putri ditabalkan menjadi Puteri Rimba Niagara
kami penghuni rimba telah bermuzakarah untuk melantik tuan puteri
sebagai ketua yang memerintah seluruh Rimba Niagara ini.
Kami ingin membuat sendiri mahkota tuan putri yang tiada tandingannya dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul tuan putri manusia makanya kami hormat tuan putri agar kami juga mahu menyokong institusi diRaja yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya Institusi diRaja pada rakyat sekalian....seperti kami ...biarpun kami haiwan dan
boleh melantik di kalangan haiwan....tapi kerana semangat kami untuk
menghidupkan institusi diRaja di kalangan manusia makanya kami lantik
Tuan Putri.
Makanya kami arahkan si kunta si kunte menggalas tanggungjawab untuk membeli mahkota Tuan Putri Rimba berbekalkan ukiran daunan kasih hasil karya tuan Putri.
Sudah serata pelosok dunia dijaja ukiran daunan kasih Putri Rimba
masih lagi tiada yang sudi membelinya ....malah mereka mengejek
dan mentertawakan si kunta si kunte....
"Hei...kamu gila ke apa?"
"Kenapa kamu kata kami gila ya....?"
"Nak beli mahkota yang harga berjuta ringgit ini dengan ukiran daunan kasih? takkan gila namanya itu?"
"Dunia kami daunan ukiran kasih ini amat berharga daripada wang ringgit...."
"Dunia kamu lain? Dunia kami lain...dunia kamu penuh fantasi dan anggan-angan manakan sama dengan dunia kami yang realiti? Hahahaha dunia angan...angan..."
Mereka gelakkan si kunta si kunte semahunya.
"Duhai manusia ....begitu sekali kamu hina dunia kami yang mengagungkan kasih suci kerana-Nya...biarpun kamu rasa kamu berada di dunia realiti tapi pada kami dunia kamu penuh kepalsuan, kebencian, dendam membara, berkata-kata saling hina menghina serasa diri sempurna semuanya...makanya kami tak ingin sama sekali berurusan manusia seperti kamu yang berhati busuk...kalau kami bercampur dengan kamu kami berhati busuk juga...dan kami tak akan izinkan sama sekali tuan puteri kami berkawan dengan kamu dan kami yakin jika tuan puteri kami mendengar setiap butiran kata-katamu ini pasti jantungnya akan berhenti berdetak!
Makanya kami akan jauhkan tuan puteri kami dari kamu...namanya manusia yang diberi akal untuk mengungkapkan kata-kata indah tapi tetap juga memilih kata-kata yang mengundang sakit hati manusia....jika manusia sakit hati lantas bergaduh pasti Tuhan akan murka....kamu tak tahu ke....jika kamu rasa kamu ini sudah sempurna segalanya teruskan saja kata-katamu ini hingga ke mati , cuma aku nak pesan sama kamu setiap kata-katamu ada malaikat mencatatnya dan catatan ini akan menjadi saksi di akhirat nanti...berwaspadalah dalam berkata-kata duhai manusia jika kamu mahu
selamat
dunia akhirat.""Kamu ini siapa nak menasihatkan kami....sekadar haiwan yang tiada nilaipun pada kami...hahahaha"
"Duhai manusia....biarpun kami haiwan...tapi bila kami mati...di akhirat nanti ..kami tak dihitung dosa pahala....dan kami yakin jika kami berbuat baik pada manusia dan manusia menyayangi kami dan jika dia masuk Syurga dan mereka mendoakan kami untuk datang kepadanya ...kami akan ada di sisinya seperti kami berada di dunia kerana di Syurga apa saja kemahuan ahli Syurga sepantas kilat akan wujud...dan di Syurga bukan fantasi atau angan-angan....itulah sebenarnya alam realiti yang abadi selamanya....tidak seperti di dunia....kalau masih ragu lagi....tunggulah maut menjemputmu baru kamu tahu benar atau tidak kataku ini duhai manusia...."
"Marilah kita pergi tinggalkan manusia begini...kita cakap macam mana pun dia tetap menghina kita...biarlah Tuhan saja yang menyedarkannya."
Sudah sepurnama si kunta si kunte mencari siapakah yang sanggup membeli ukiran daunan kasih Tuan Putri Rimba....Untuk menghilangkan penat mereka singgah di sebuah pantai nan indah permai....terlihat dia seorang jejaka yang sejak tadi memerhatikan mereka....
"Kalian dari mana?"
"Rimba Niagara?"
"Apa yang kalian bawa itu?"
"Ukiran daunan kasih...."
"Boleh hamba tengok..."
"Silakan tuan hamba..."
"Suka hamba pada ukiran daunan kasih ini..."
"Siapakah yang mengarangnya?"
"Tuan Putri Rimba Niagara kami...."
"Boleh kah hamba memiliki ukiran daunan kasih ini...hamba amat sukakanya membuatkan hati hamba jatuh cinta pada Pencipta hamba ...."
"Kata tuan putri kami itulah matlamat tuan putri berkarya agar karya yang ditulis apabila dibaca mengundang Nur Hidayah Kasih Ilahi."
"Sejujurnya hamba memang suka ukiran daunan kasih Tuan Putri ..tuan hamba...Sekarang ini apa syaratnya agar hamba dapat memiliki daunan ukiran kasih ini."
"Sudah serata tempat kami mencari pembeli daunan ukiran kasih putri rimba niagara tapi tiada seorangpun yang sanggup membelinya....jika tuan hamba sudi kami mahu sebuah mahkota untuk pertabalan tuan putri kami sebagai Ratu Rimba Niagara. Apakah tuan hamba sudi mencarikan mahkota tersebut sebagai pertukaran ukiran daunan kasih ini."
"Bisa aje dong...yuk kita pergi sekarang."
"Kamu rasa mahkota ini cantik tak untuk Tuan Putri Rimba kamu..."
"Tuan hamba pilih sajalah yang mana satu...tuan hamba suka kami pun suka...."
"Makanya hamba pilih yang ini....pasti Tuan Putri Rimba kamu sukakannya..."
"Terima kasih tuan hamba yang baik budi....moga Allah SWT saja yang dapat membalas segala kebaikan tuan hamba kepada kami seluruh penghuni rimba Niagara..."
(KARYA PURTI RIMBA NIAGARA)
4 Julai 2012
FALSAFAH PUTERI SALJU
aduhai kandaku
dinda ngak mahu jadi sapa-sapa
dinda tetap dinda
dindamu yang baru
bukan kutahu
tapi biarlah kekal ketulenanku
andai pasir sekalipun nilaiku
dindamu rela
andai kerikil panas dan tajam sekalipun
andai kekandaku ikhlas kasihi diriku
akulah adindamu
tetap bercahaya
walau terbenam dilumpur
adindamumu masih kasih selimut masem ini
sayang untukku keluar berpisah deengannya
izinkan adindamu bersarang sejam dua lagi
nanti kudaratku bangkit
akan kususul ombak rindumu
sambutlah tanganku nanti
adindamu tidak pandai berenang
peluk
cium dari adindamudari lembah kedinginan
By: Puteri Salju
16 Julai 2012
KUTUNGGUMU DI OMBAK RINDU
Duhai dinda...
Kita sama-sama longlai sekarang
Longlaimu longlaiku
Sihatmu sihatku
Makanya jika kau sudah sembuh
Kutunggumu di ombak rindu
Agar bersama menyangikan lagu
Si pungguk rindukan bulan....
Tapi kena waktu malam lah kan...
Bulan menjelma pada waktu malam aje..
Bulan puasa ni nanti bulan sentiasa mengambang indah
Kerana bulan penuh berkat dengan solat terawih...itulah rindu pada-Nya yang mesti kita raih...dengan sekudrat tenaga sayang....
Karya: Putri Rimba Niagara
16 Julai 2012
Putri Salju:
Insyaallah kandaku
tunggu dinda mu yer kekandaku sayang...
Putri Rimba Niagara:
Kanda tungggu mu selagi dinda tak jemu untuk mengasihi kanda hingga akhir nanti...setulusnya kerana-Nya.
Putra Arujuna:
Langit tak selalunya cerah....berarak mendung menambah duka....dalam gelita pandangan masih nyata.....cahaya illahi....walau hujan ditengah hari...
Putera Lembayung Hati:
Dengungan kepala yang sarat
ingin meluah kata- yang tersembunyi
hingga kau tersisa dalam tersiksa...
Puteri Nandung Sari:
siang ade' ()
makasih telah berbagi keindahan untukku ea..hohoho
semoga sehat selalu dan salam senyum persaudaraan dariku...
Tengku Ahmad Tajuddin ~ emmm..
Puteri Salju:
ermmm juga hehee ^______^*
Kukasih semuanya...
KARYA: PUTERI SALJU & PUTRI RIMBA NIAGARA
16 Julai 2012
Tak di dunia, di akhirat itu sangat pasti.
Walaupun cita-cita sastera yang kudambakan belum tercapai namun aku selalu gambarkan Allah swt sudah realitikan di Syurga...
Allahu Akbar keindahan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata hanya kumenangis dalam kesyukuran kerana apa yang kuusahakan tidak akan pernah dihampakan Allah swt.
Janji Allah pasti kerana kuyakin maka kuusahakan walaupun terpaksa berjuang kesendirian
SELAMAT
TINGGAL RAMADHANDALAM PENUH KEHIBAAN
AKU MENANGIS MERATAPI NASIB DIRI
ADAKAH AMALAN KU DITERIMA ATAU DITOLAK ALLAH SWT
JIKA DITERIMA BERBAHAGIALAH AKU DUNIA AKHIRAT
JIKA DITOLAK PASTILAH MERANA AKU
HIDUP DI DUNIA INI SERASA KOSONG...
KOSONG TANPA MAKNA
HENDAK KUTUNGGU RAMADHAN DI TAHUN HADAPAN
ENTAHKAN ADA
ENTAHKAN TIDAK
MANALAH TAHU INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIRKU
ALLAHU AKBAR MERANALAH AKU JIKA RAMADHANKU
TIDAK SUDI BERKAWAN DENGANKU LALU ALLAH MENOLAK AMALANKU...
ALLAHU AKBAR
SELALU KUBAYANGKAN AKU SEMPAT MELAKUKAN SEGALA KEBAIKAN WALAUPUN SEDIKIT ASALKAN ALLAH TERIMA
LEBIH-LEBIH LAGI DI MALAM LAILATUL QADAR
AKU MENULIS TERUS MENULIS
MUHASABAH DIRIKU MENGINSAFI DIRIKU
ADAKAH AMALANKU DITERIMA OLEH ALLAH SWT
ALLAHU AKBAR ALANGKAH BAHAGIANYA
JIKA AKU MENULIS DI KALA ITU ADALAH MALAM LAITUL QADAR
JIKA ALLAH TERIMA SEOLAH AKU MENULIS SERIBU BULAN BERSAMAAN 83 TAHUN ...DIKIRA BUKAN 83 TAHUN DI DUNIA 83 TAHUN DI AKHIRAT...SEDANGKAN 1 HARI DI AKHIRAT SAMA DENGAN JUMLAHNYA 1000 TAHUN DI DUNIA...ALLAHU AKBAR
YA ALLAH KERANA-MU AKU MENULIS
MENULIS TENTANG-MU AGAR AKU TERTABIYAH DENGAN AJARAN-MU DAN LAMBANG KASIH SAYANGKU PADA RASULULLAH KEKASIH-MU DAN PENULISANKU ITU AKU KONGSIKAN/BAGIKAN DENGAN RAKAN-RAKAN ALAMMAYAKU ...AGAR MEREKA JUGA SAMA SEPERTIKU MAHU PULANG KE PANGKUAN-MU DALAM DOSA TERAMPUN DAN JIWA YANG TENANG LAGI KAU REDHAI ITULAH YANG AKU DAMBAKAN DAN SEMUA HAMBA-MU HARAPKAN YA ALLAH
MAKANYA TERIMALAH AMALANKU ...TERIMALAH AMALAN KELUARGAKU...TERIMALAH AMALAN SAUDARA SEISLAMKU DAN SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU...
JADIKANLAH KAMI SATU PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM YANG IKHLAS SALING BANTU MEMBANTU DEMI MERAIH RAHMAT KASIHMU SEHINGGA AKHIR NAFAS KAMI DAN SEHINGGA DI HARI PEMBALASAN NANTI AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
............................................................................
aku milik-Mu aku hamba-Mu balaslah cinta dan rinduku pada-Mu.
27 RAMADAN 1436H
14 JULAI 2015.
PERTEMANAN NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niaga tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Pradita Fia Bundaku sayang / parasmu yang cantik/melambangkan hatimu yang dermawan/kalimatmu yang menyejukan/ untaian kata yang selalu kurindu/ saat kugundah/percikan nadamu/bangkitkan hati yang terluka/ sejukan jiwa yang kerontang/ dan memberikan semangat/ seperti mentari yang tak bosan berkunjung....
SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Yang membuat kita rasa sempurna bilamana sahabat kita ikhlas bersahabat kerana Allah Taala dan setiap kali berkata-kata menenangkan roh dan jasad.
Itulah sahabat sejati berazam bersama mematrikan persahabatan hingga ke Syurgawi. Insya-Allah Aamiin.
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
Di saat terakhir aku memandang wajahmu ibu... bagaikan memandang indahnya purnama...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga Syurga lah tempatmu ibu Aamiin.
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
15 Julai 2021
YA ALLAH JIKA ADA PAHALA DI SETIAP PENULISANKU SAMPAIKANLAH PAHALA ITU KEPADA KEDUA ORANG TUAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.