Friday, 16 July 2021

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (26) MAHA AGUNG-NYA SIFAT-MU


SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (26) MAHA AGUNG-NYA SIFAT-MU

Semoga di berkati oleh Allah SWT
Aamiin
Mungkin imej teks yang berkata 'Sifat 20 Fp Lelaila 1) Wujud 2) Qidam 3) Baqo 4) Mukhoolafatuh lil Hawaadits 5) Qiyamuhuu Bil Nafsih 6) Wahdaaniyah 7) Qudroh 8) Iroodah 9) ilmun 10) Hayat 11) Sama 12) Bashor 13) Kalam 14) Qoodiro 15) Muridan 16) 'Aaliman 17) Hayyan 18) Sami'an 19) Bashiiron 20) Mutakalliman Semoga di berkati dan di Rahmati oleh Allah Aamiin Fp Lelaila'
492
76 Komen
150 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
76 Komen
Komen Teratas

Assalamualaikum
Mencari KeredhaanMu
Mungkin imej ‎teks yang berkata '‎Assalapmualaikuna selamat pagi... حِاللهِ Ya Allah Bantulah kami mengingatiMU bersyukur kepadaMU dan beribadah dengan baik kepadaMU Pimpinlah kami ke jalan yang diredhaiMU. Murahkan rezeki kami dan perbaikilah akhlak kami. Ampunkanlah dosa-dosa kami, ibubapa, sahabat-sahabat kami dan peliharalah kami dari siksa neraka. Aamiin‎'‎
Anda dan 23 yang lain
44 Komen
Suka
Komen
44 Komen
Komen Teratas




Aamiin
Mungkin imej teks yang berkata 'Zikir Murah REZEKI YA GHANI Maha kaya YA MUGHNI Maha memberi kekayaan YA FATTAH Maha Membukakan FpLelaila YA RAZAQ Maha pemberi REZEKI Semoga di bukakan pintu-pintu REZEKI yang luas Hlelaila buat kita Aamiin Claila'
168
61 Komen
49 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
61 Komen
Komen Teratas




PUISI PANTUN KEINDAHAN BULAN

Malam indah di pulau syahdu airnya remang-remang membiru,

Separuh bulan sabit di sebalik sepohon pokok di pulau rindu;

Simbahan cahaya bulan sabit sinarnya remang-remang membiru,

Bagaikan panorama indah menyusuk kalbu syahduku.

 

Indahnya bulan purnama sinarnya membiru,

Bertaburan bintang-bintang berkelipan di langit indah;

Panorama sinar lautan langit remang-remang membiru,

Aku tersyahdu CiptaanNya nan Indah.

 

Gerhana bulan yang memukau,

Bertasbihku KebesaranMu Tuhan;

Sinar gerhana bulan terus memukau,

Aku terpukau dalam KebesaranMu Tuhan.

 

Bulan sabit putih mencondong ke kiri,

Cahaya di sekelilingnya remang-remang kemerahan;

Kepulan awan kemerahan indah tak terperi,

Panorama lelangit malam penuh kemeriahan.

 

Bulan purnama penuh di gurun kaktus,

Lautan langit remang-remang kemerahan;

Dua variasi mengindahkan di langit kanvas,

Kanvas langit malam antara langit merah dan bulan,

 

Bulan penuh mengambang di malam itu,

Di kota batu yang sepi;

Sinar rembulan menyinari kota batu,

Indah menusuk kalbu sepi.

 

Kelihatan jelas bulan sabit di bebayang bulan,

Menampakkan diri menyerikan suasana;

Seakan melemparkan senyuman rembulan,

Hatiku pilu tersirna di sana.

 

Memutih air terjun bertingkat-tingkat turun,

Di kelilingi hutan hijau kiri dan kanan;

Subhanallah! Kedengaran jelas bunyi alunan,

Zikir pada PenciptaNya tiada hentian.

 

Zikir pada PenciptaNya tiada hentian,

Disimbahi cahaya bulan purnama;

Hiba kalbuku dalam tangisan,

KebesaranMu Tuhan menjadi terkesima.

 

KebesaranMu Tuhan menjadi terkesima,

Mencipta alam untuk hambaNya hayati;

Fikirkan dalam kalbu bijaksana,

Lalu bertasbih memujiMu tanpa henti.

 

Lalu bertasbih memujiMu tanpa henti,

Sinaran bulan buat hatiku tertawan;

Panahan panaroma indah tertusuk di hati,

Syukurku padaMu Tuhan berpanjangan.

 

Syukurku padaMu Tuhan berpanjangan,

Memilihku untuk menyaksikan panorama bulan;

Kukarang puisi syair keindahan bulan,

Keindahan bulan menguatkan cintaku padaMu Tuhan.

 

Keindahan bulan menguatkan cintaku padaMu Tuhan,

Izinkan rasa cinta padaMU biarlah berkekalan:

Berkekalan selagi hayat di kandung badan,

Bila di akhirat nanti melihatMu Tuhan.

 

Bila di akhirat nanti melihatMu Tuhan,

Pasti seluruh ahli Syurga bertasbih padaMu Tuhan;

Balasan cinta Yang Maha Agong dariMu Tuhan,

Menjadi buruan hamba-hambaMu Ya Tuhan.

 

Karya Ratu Rimba Niagara 15 Julai 2011





    • Pagi Bonda,,, Nampaknya Pagi2 dah Berpuisi nich.....
    • Pagi dan salam sejahtera pada nanda juga. Lama dah tak berpuisi ni...apa pendapat nanda dengan karya bunda tu ye...
    • Terima kasih tiga orang sahabatku tersayang,
      Kerana kalian tak jemu menyokong karyaku:
      Persahabatan kalian sentiasa mewangi untuk dikenang,
      Kejauhan ini tiada daya lagi ku menanggung rindu.
      2
    • Nur Hidayati
      penggabungan keindahan bulan purnama dengan lantunan bait bait dzikir kepadaNYa ..sangat indah bunda...
    • Nanda Athaya Nabila tersayang...
      Ada kalanya bunda nangis
      Maha AgungNya Cinta Allah
      Maha BijakNya Allah
      Mencipta Alam Sesempurna Indah
      Keindahan Alam CiptaanNya
      Boleh memukau sesiapa saja
      Menghayati sepenuh kalbu
      Pasti tersirna kesyukuran memujiNya
      MemujiNya dalam sendu
      Maha AgungNya Cinta
      Yang tak akan padam
      Abadi selamanya.
      Salam kasih sayang dari bunda yang jauh,

      1
    • Nur Hidayati
      MAHA BESAR ALLAH DENGAN SEGALA CIPTAANNYA..MAHA BESAR ALLAH DENGAN SEGALA KUASANYA...SALAM SAYANG NANDA JG BUAT BUNDA..terima kasih
      • Suka



SABDA ALAM

Sabda Alam:

Penghuni bumi pasti

Gempar!

Takut!

Cemas!

Kehilangan harta...

Kecederaan...

Kematian...

Sabda Alam:

Gunung berapi dasar lautan meletus

Menjadi ganas! Menakutkan!

Memuntahkan

Batu-batu

Debu-debu hitam

Menggegarkan ledakan gunung berapi dasar lautan

Letusan bertalu-talu

Memuntahkan lahar

Kepulan asap dan debu menyelebungi awan

Memuntahkan keluar terus menerus dari dalam perut laut.

Alam terus mengganas!

Alam memprotes!

Sabda Alam:

Pergerakan plat lautan turun naik

Berlakulah gempa bumi

Sekumpulan ombak besar bergulungan

Menghempas ke pantai

Berlakulah tsunami!

Tsunami yang maha dahsyat!

Sabda Alam:

Bumi bergegaran

Gegaran sedahsyatnya

Bumi mengeluarkan segala isinya

Angin ribut mengandungi batu

Angin taufan menggerunkan!

Ribuan manusia tertimbus!

Melenyapkan mereka di muka bumi.

Sabda Alam:

Banjir besar datang melanda

Air melimpah ruah

Tak tahu kehadirannya dari mana

Mana datangnya dan ke mana arahnya

Menenggelamkan nyawa dan harta benda

Allah membuka pintu langit

Air tercurah

Bumi memancarkan mata air

Alam patuh akan perintah PenciptaNya

Menenggelamkan penghuni bumi yang zalim!

Sebagai balasan dari Tuhan

Di atas perbuatan manusia

Tidak tahu fungsi alam dihadirkan di muka bumi ini!

Sabda Alam

Berlaku Kiamat

Bumi digulungkan

Manusia berterbangan bagaikan belalang

Bertempiaran lari tak tahu ke mana

Terperangkap dalam maut!

Sabda Alam:

Alam kubur itu pasti!

Kiamat itu pasti tiba!

 

Karya Ratu Rimba Niagara 14 Julai 2011

Terima kasih hamba Allah,
Kerana kau pencetus ilham Sabda Alam:
Moga segala kebaikan dibalas Allah,
Kebaikan dibalas sebanyak seisi alam.
  • Suka
PERTEMANAN NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niaga tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Pradita Fia Bundaku sayang / parasmu yang cantik/melambangkan hatimu yang dermawan/kalimatmu yang menyejukan/ untaian kata yang selalu kurindu/ saat kugundah/percikan nadamu/bangkitkan hati yang terluka/ sejukan jiwa yang kerontang/ dan memberikan semangat/ seperti mentari yang tak bosan berkunjung....
SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Yang membuat kita rasa sempurna bilamana sahabat kita ikhlas bersahabat kerana Allah Taala dan setiap kali berkata-kata menenangkan roh dan jasad.
Itulah sahabat sejati berazam bersama mematrikan persahabatan hingga ke Syurgawi. Insya-Allah Aamiin.
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
Di saat terakhir aku memandang wajahmu ibu... bagaikan memandang indahnya purnama...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga Syurga lah tempatmu ibu Aamiin.
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
15 Julai 2021



YA ALLAH JIKA ADA PAHALA DI SETIAP PENULISANKU SAMPAIKANLAH PAHALA ITU KEPADA KEDUA ORANG TUAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

0 comments:

Post a Comment

 
;