Tuesday, 13 July 2021

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (21) SYAIR PENGEMBARA BAHASA


SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (21) SYAIR PENGEMBARA BAHASA

Mungkin imej Awang Sariyan Kembara Bahasa
72
9 Komen

SYAIR PENGEMBARA BAHASA
Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
Bijak berkata indah berbahasa,
Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.
Sudah bertahun dia mengembara,
Serata dunia memperkenalkan bahasa;
Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.
Ilmu dicurah tak pernah jemu,
Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku;
Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
Di mana berada Tuhan bersamamu.
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.
Pelajarmu ramai di serata dunia,
Mempelajari mereka tanpa putus asa;
Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.
Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
Warga dunia mengenal juga negaramu;
Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
Mereka melancong ke negaramu.
Datang mereka disambut gembira,
Disambut dengan sejambak bahasa;
Bahasa cinta memukau jiwa,
Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.
Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
Begitu fasih indah tutur kata;
Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.
Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
Datang melancong ke Malaysia ini,
Jatuh cinta berbangga mempelajari.
Ilmu dituntut rasa dibanggai,
Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
Akan diungkap apabila sampai di sini,
Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.
Indah sungguh Bahasa Melayuku,
Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
Siapa mendengar pasti tak jemu.
Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
Ilmu dicurah di serata dunia;
Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
Berbangga rakyat Malaysia tidak terkata.
Budi bahasa indah tiada terasa,
Mengungkap kata sepenuh jiwa;
Terpukau mereka keindahan Malaysia,
Rakyat pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.
Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
Keindahan alam mereka terpukau;
Menjadi realiti di luar jangkau,
Indah berbahasa mereka terpaku.
Terpaku mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
Datang ke sini berbahasa Melayu;
Apabila berbahasa bangga tanpa silu,
Ramai yang mendengar rasa terpukau.
Penat lelahmu terbalas sudah,
Namun hatimu tak pernah bermegah;
Kau seorang berhati tabah,
Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.
Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
Azam memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Rakyat Malaysia rasa kebanggaan.
Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.
Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa,
Tidak kira siapa pun mereka;
Bersatu hati demi Bahasa Ibunda,
Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.
Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta;
Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda,
Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.
Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita;
Bila berbahasa penuh bangga,
Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.
Kembara Bahasa dan Pejuang Bahasa,
Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
Moga matlamat kalian akan berjaya,
Menjadi kebanggaaan rakyat Malaysia.
Bahasa kita warisan kita,
Warisan Seni perlu dibangga;
Marilah kita membudayakannya,
Pewaris kita turut berbangga.
Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa,
Dipersembahkan untuk Warga Dunia;
Moga gembira dan sentiasa bahagia,
Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Julai 2011
(Syair dikarang istimewa untuk Profesor Awang Sariyan Kembara Bahasa)
PROFESOR WU ZONG YU
Profesor Wu Zong Yu
biarpun aku tak mengenalimu
baru pertama kali mengenalimu
hatiku rasa terharu! syahdu!
Tak pernah terfikir
wujud insan sepertimu
bukan warganegaraku...
memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Negaramu
dengan rasa bangga tanpa rasa jemu dan berputus asa
Kau memperjuangkan Bahasa Melayu
sejak dari usia remaja lagi hingga ke usia emas
terkedu aku! Terharu!
dari mana semangatmu itu datang aku pun tak tahu
kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu
memperjuangkan Bahasa Melayu aku pun tak tahu
siapa yang menyokong perjuanganmu aku pun tak tahu
yang aku tahu
kau adalah pejuang Bahasa Kebangsaan Negaraku
kau berkorban masa, tenaga dan segalanya
untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan Negaraku
Kau tak pernah sekali mengeluh penat atau letih
kau terus memperjuangkan dengan semangat kentalmu
memperluaskan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Beijing China
sehinggakan ramai rakyat Negaramu yang meminati
dan jatuh cinta pada Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negaraku
mereka belajar penuh minat setiap apa yang kau ajar
sehingga mahir mereka bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
kau bangga bila mereka pandai berbahasa indah
menyusun kata-kata indah bila berkata-kata
itulah hadiah dari mereka untukmu sebagai
pengajar Bahasa Melayu
Duhai Profesor Wu Zong Yu yang baik budi
jasa dan budimu memartabatkan Bahasa Kebangsaan
Negara kami... amat kami hargai dan sanjungi!
kami terharu dalam penuh syukur
Semangatmu memperjuangkan Bahasa Melayu
ingin kami contohi
kaulah idola kami di Malaysia ini!
Terima kasih Profesor Wu Zong Yu
sekalung tahniah daripada kami
atas Pengkurniaan Ijazah Kehormat Persuratan
Moga usahamu memartabatkan Bahasa Melayu
tetap utuh takkan luntur hingga ke akhir hayatmu
jika kau boleh! Kami pun boleh!
Budi dan jasamu sentiasa tersanjung dan
mewangi di hati kami sekalipun kau telah tiada nanti!
Terima kasih atas segala pengorbananmu
kaulah di antara Pejuang Bahasa Melayu yang kukagumi
Sekalung tahniah dariku untukmu duhai Pejuang Bahasa Melayu
Profesor Wu Zong Yu!
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Oktober 2011
(TERIMA KASIH KEPADA PROFESOR PENGEMBARA BAHASA
TULISANMU TERCETUSNYA ILHAM PUISI INI).
Awang Sariyan Kembara Bahasa berkongsi kenangan.
Sajak "Saat Pamitan II"
Awang Sariyan Kembara Bahasa
12 Julai 2020 ·
SAAT PAMITAN II
Andainya aku harus pergi
kepergianku usah kautangisi
anggaplah itu hanya sebahagian misi
yang masih perlu kuisi
Kembaraku di gurun tak bertepi
masih perlu kuteruskan lagi
lelah, singgah, pamitan dan pergi
berlaku berulang kali
Kalian mungkin tidak mengerti
apakah sebenarnya yang kucari
daku beristikharah untuk memperoleh gerak hati
ada misi untuk kugalas di mata destinasi
Izinkanlah daku pamitan lagi
apabila tiba waktunya nanti
2.7.2020
SAAT SYURGA MENANTI
Andainya kau harus pergi
kepergianmu kutangisi
kau masih diperlukan lagi di sini
kembaramu di gurun tak bertepi
mesti ditamatkan, biarlah di sini
ramai yang menanti
ilmumu masih diperlui
taburan baktimu sentiasa mewangi
dikenangi hingga kini
kau pejuang pertiwi
sasteramu sentiasa dinanti
dihargai sampai mati
justeru jangan pernah terhenti
teruskan perjuangan sasteramu diminati
di serata pelosok dunia dikenangi budi
khalifahNya berbudi tinggi
kembaramu di gurun tak bertepi
tamatlah kembaramu di bumiNya ini
moga Syurga menanti
Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Julai 2021
Berjual beli pantun.
Hinggap di dahan si burung merbah,
Berkicau-kicauan memanggil teman;
Perkataan tak cermat menjadi fitnah,
Dijajakan bagai barang murahan.
@ Awang Sariyan Kembara Bahasa
3 Komen
Aldi Al-Saadi
Mentari bercahaya panasnya jenuh,
Berpeluh segala tidaklah selesa;
Fitnah berbahaya daripada membunuh,
Amalan tercela di neraka terseksa.
Jamilah Ab Jalil
Burung hutan bersiul-siulan,
Burung merbah jatuh ke tanah;
Jaga lisan jagalah tulisan,
Moga kisah tak jadi fitnah.
Ratu Rimba Niagara
Siakap senohong gelama ikan duri,
Cakap bohong lama-lama jadi pencuri,
Suka menfitnah memakan diri,
Di alam barzah merana sendiri.
(PETIKAN FB AWANG SARIYAN KEMBARA BAHASA)
13 Julai 2021)
Mungkin imej Awang Sariyan Kembara Bahasa
Di Pondok Faqiah Daimiah, Cawangan Sekolah Menengah Agama Faiqiah Daimiah, Permatang Pauh. Menurut Mudirnya, Pondok itu diasaskan oleh Faqih Daim pada abad ke-19, sezaman dengan Syekh Daud Fatani dan Syekh Abdul Samad Al-Falembani. DBP akan mengkaji sejarah pondok tersebut. 9.7.15


Awang Sariyan Kembara Bahasa telah mengemas kini gambar profilnya.

Mungkin imej 9 orang, orang berdiri dan teks
Mungkin imej Awang Sariyan Kembara Bahasa dan teks
207
32 Komen
1 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

32 Komen

Lihat 22 lagi komen
Sajak "Perjalanan" sembilan tahun lalu, ternukil di Tokyo.
9 Tahun yang Lalu

Awang Sariyan Kembara Bahasa sedang bersama Noriah Sharif dan 42 yang lain.

9 Julai 2012 
Perjalanan
Di sela-sela kesibukan
dan kadangkala keributan yang tidak menentu
atas urusan duniawi
sesekali sempat kurenung perjalanan ini
yang kadangkala di luar kesedaran
rupa-rupanya telah jauh
kulalui
Kerap kunilai
luruskah atau kesasarkah perjalananku?
Kerap kurenung
berimbangkah perjalanan duniawi dan ukhrawiku?
Kerap kuhitung
laba duniakah atau laba akhirat yang kucari?
Perjalanan ini akan sampai di hujungnya
Perjalanan ini akan tiba di noktahnya
Sisa dan baki perjalanan ini
semoga terisi dengan segala yang bererti
semoga terisi dengan penuh bakti
kepada-Mu, ya Ilahi
kepada-Mu, ya Rabbi
Semoga maghfirah-Mu
Semoga mardhiyyah-Mu
Semoga hidayah-Mu
Semoga barakah-Mu
Semoga rahmat-Mu
menaungi perjalananku
Ya, Ilahi
Ya, Rabbi.
~Kembara Bahasa~
Hotel Washington, Tokyo
10.15 malam, 9 Julai 2012
Tiada penerangan foto disediakan.
3
Suka
Komen

0 Komen

Kenangan kunjungan ke IPSI pimpinan Ustaz Dato' Kamarudin Abdullah enam tahun lalu.
Di Pondok Faqiah Daimiah, Cawangan Sekolah Menengah Agama Faiqiah Daimiah, Permatang Pauh. Menurut Mudirnya, Pondok itu diasaskan oleh Faqih Daim pada abad ke-19, sezaman dengan Syekh Daud Fatani dan Syekh Abdul Samad Al-Falembani. DBP akan mengkaji sejarah pondok tersebut. 9.7.15
Mungkin imej Awang Sariyan Kembara Bahasa
72
9 Komen
Suka
Komen

9 Komen




  • SYAIR PENGEMBARA BAHASA

    Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
    Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
    Bijak berkata indah berbahasa,
    Perjuangannya mempertabatkan Warisan Bangsa.

    Sudah bertahun dia mengembara,
    Serata dunia memperkenalkan bahasa;
    Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
    Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.

    Ilmu dicurah tak pernah jemu,
    Demi kerana mempertabatkan bahasa ibundaku;
    Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
    Di mana berada Tuhan bersamamu.

    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
    Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
    Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.

    Pelajarmu ramai di serata dunia,
    Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
    Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
    Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

    Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
    Warga dunia mengenal juga negaramu;
    Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
    Mereka melancong ke negaramu.

    Datang mereka disambut gembira,
    Disambut dengan sejambak bahasa;
    Bahasa cinta memukau jiwa,
    Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.

    Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
    Begitu fasih indah tutur kata;
    Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
    Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.

    Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
    Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
    Datang melancong ke Malaysia ini,
    Jatuh cinta berbangga mempelajari.

    Ilmu dituntut rasa dibanggai,
    Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
    Akan diungkap apabila sampai di sini,
    Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.

    Indah sungguh Bahasa Melayuku,
    Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
    Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
    Siapa mendengar pasti tak jemu.

    Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
    Ilmu dicurah di serata dunia;
    Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
    Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.

    Budi bahasa indah penenang jiwa,
    Mengungkap kata sepenuh rasa;
    Terpukau mereka keindahan Malaysia,
    Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.

    Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
    Keindahan alam mereka terpukau;
    Menjadi realiti di luar jangkau,
    Indah berbahasa mereka terpaku.

    Terpaku mereka keindahan Malaysia,
    Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
    Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
    Menjadi kebanggaan  rakyat Malaysia.

    Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
    Datang ke sini berbahasa Melayu;
    Apabila berbahasa bangga tanpa silu,
    Ramai yang mendengar rasa terpukau.

    Penat lelahmu terbalas sudah,
    Namun hatimu tak pernah bermegah;
    Kau seorang  berhati tabah,
    Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.

    Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
    Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
    Azam mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
    Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.

    Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
    Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
    Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
    Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.

    Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa,
    Tidak kira siapa pun mereka;
    Bersatu hati demi Bahasa Ibunda,
    Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.

    Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
    Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta;
    Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda,
    Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.

    Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
    Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita;
    Bila berbahasa penuh bangga,
    Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.

    Kembara Bahasa dan  Pejuang Bahasa,
    Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
    Moga matlamat kalian akan berjaya,
    Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.

    Bahasa kita warisan kita,
    Warisan Seni yang perlu dibangga;
    Marilah kita membudayakannya,
    Pewaris kita turut berbangga.

    Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa,
    Dipersembahkan untuk Warga Dunia;
    Moga gembira dan sentiasa bahagia,
    Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.


    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Julai 2011



  • Hj Mohamad Hj Yusof
    Wau ! Datuk ning Kg. Ngendi tu !. Kongsikanlah
    1
    • Suka
    • Balas
    • 3h

Awang Sariyan Kembara Bahasa
Perbincangan awal dengan Yayasan Pembangunan Buku Negara untuk menganjurkan Siri Syarahan Tokoh Buku Negara. 12 Julai 2021
Mungkin imej 4 orang, termasuk Awang Sariyan Kembara Bahasa
10


Awang Sariyan Kembara Bahasa berkongsi kenangan.

20j 
Sajak "Saat Pamitan II"
SAAT PAMITAN II
Andainya aku harus pergi
kepergianku usah kautangisi
anggaplah itu hanya sebahagian misi
yang masih perlu kuisi
Kembaraku di gurun tak bertepi
masih perlu kuteruskan lagi
lelah, singgah, pamitan dan pergi
berlaku berulang kali
Kalian mungkin tidak mengerti
apakah sebenarnya yang kucari
daku beristikharah untuk memperoleh gerak hati
ada misi untuk kugalas di mata destinasi
Izinkanlah daku pamitan lagi
apabila tiba waktunya nanti
2.7.2020
Anda dan 7 yang lain
1 Komen
Suka
Komen

1 Komen

  • SAAT SYURGA MENANTI
    Andainya kau harus pergi
    kepergianmu kutangisi
    kau masih diperlukan lagi di sini
    kembaramu di gurun tak bertepi
    mesti ditamatkan, biarlah di sini
    ramai yang menanti
    ilmumu masih diperlui
    taburan baktimu sentiasa mewangi
    dikenangi hingga kini
    kau pejuang pertiwi
    sasteramu sentiasa dinanti
    dihargai sampai mati
    justeru jangan pernah terhenti
    teruskan perjuangan sasteramu diminati
    di serata pelosok dunia dikenangi budi
    khalifahNya berbudi tinggi
    kembaramu di gurun tak bertepi
    tamatlah kembaramu di bumiNya ini
    moga Syurga menanti
    Aamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Julai 2021
    • Suka


SAAT PAMITAN II
Andainya aku harus pergi
kepergianku usah kautangisi
anggaplah itu hanya sebahagian misi
yang masih perlu kuisi
Kembaraku di gurun tak bertepi
masih perlu kuteruskan lagi
lelah, singgah, pamitan dan pergi
berlaku berulang kali
Kalian mungkin tidak mengerti
apakah sebenarnya yang kucari
daku beristikharah untuk memperoleh gerak hati
ada misi untuk kugalas di mata destinasi
Izinkanlah daku pamitan lagi
apabila tiba waktunya nanti
Awang Sariyan Pengembara Bahasa
2.7.2020
SAAT SYURGA MENANTI
Andainya kau harus pergi
kepergianmu kutangisi
kau masih diperlukan lagi di sini
kembaramu di gurun tak bertepi
mesti ditamatkan, biarlah di sini
ramai yang menanti
ilmumu masih diperlui
taburan baktimu sentiasa mewangi
dikenangi hingga kini
kau pejuang pertiwi
sasteramu sentiasa dinanti
dihargai sampai mati
justeru jangan pernah terhenti
teruskan perjuangan sasteramu diminati
di serata pelosok dunia dikenangi budi
khalifahNya berbudi tinggi
kembaramu di gurun tak bertepi
tamatlah kembaramu di bumiNya ini
moga Syurga menanti
Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Julai 2021
Suka
Komen
Kongsi

Awang Sariyan Pengembara Bahasa
Berjual beli pantun.
Hinggap di dahan si burung merbah,
Berkicau-kicauan memanggil teman;
Perkataan tak cermat menjadi fitnah,
Dijajakan bagai barang murahan.
@ Awang Sariyan Kembara Bahasa
11
2 Komen
3 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

2 Komen

Lihat 1 lagi komen
  • Jamilah Ab Jalil
    Burung hutan bersiul-siulan,
    Burung merbah jatuh ke tanah;
    Jaga lisan jagalah tulisan,
    Moga kisah tak jadi fitnah.
    • Suka


Ratu Rimba Niagara

Siakap senohong gelama ikan duri,
Cakap bohong lama-lama  jadi pencuri,
Suka menfitnah memakan diri,
Di alam barzah merana sendiri.

Awang Sariyan Kembara Bahasa berkongsi kenangan.

20j 
Misi menjejaki Islam di China 10 tahun lalu, di tebing Sungai Hwang He atau Sungai Kuning, kota Lanzhou, ibu kota provinsi Gangsu. Mohd Harith Syafiq Rahimi
10 Tahun yang Lalu

Awang Sariyan Kembara Bahasa sedang bersama Abdulhadi Muhamad dan 37 yang lain.

Masjid Shui Shang, Lanzhou, di tebing Sungai Kuning (Hwang He), sungai terpanjang di China - dibina berlatarkan sebuah kapal, dan beberapa ruang seperti kelas pengajian, pejabat, bilik air, bilik wudhu' dsb. berada seolah-olah dalam perut sebuah kapal. Terdapat feri dan kereta kabel untuk ke seberang sungai, selain bot sewa.
(Teks: Kembara Bahasa; Jurugambar: Tuan Syafiq Tuan Rahimi)
Tiada penerangan foto disediakan.
33
2 Komen
Suka
Komen

2 Komen




Mungkin imej ‎3 orang, termasuk Awang Sariyan Kembara Bahasa dan ‎teks yang berkata '‎36 وجان211 WACANA152 DBP: Api dari Suatu Zaman 12 Julai 2021 (Isnin) 19.30 pagi Ahli panel: Y6hg. Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan Ahli panel: Y6hg. SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan Moderator: Dr. Abang Patdeli Abang Muhi LANGSUNG MENERUSI FACEBOOK, YOUTUBE DAN TWITTER @OBPMALAYSIA‎'‎‎
81
5 Komen
16 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

5 Komen

Lihat 3 lagi komen
Taklif sarjana dalam memperkaya khazanah ilmu.
3 Tahun yang Lalu
Seorang rakan mempertikaikan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa saintifik kerana "miskinnya" pustaka sains dalam bahasa Melayu. Penjelasan ringkas hamba:
Untuk mengatakan BM telah lengkap betul sebagai bahasa saintifik, kita mungkin keterlaluan. Tetapi menafikan kesediaan BM sebagai pengungkap perihak saintifik pun keterlaluan. Jika dirujuki senarai terbitan DBP, penerbit universiti, badan penyelidikan dan penerbit swasta, nescaya didapati sudah ada ribuan buku S&T dalam BM. Pada tahun 1980-an khususnya sangat pesat penulisan dan penerbitan buku S&T, di samping buku bidang kemanusiaan kerana kerajaan pada waktu itu ada iltizam mengayakan BM. Maka ada Projek Kanta dll. yang menggerakkan penghasilan karya ilmiah, terutama buku bidang S&T. Dana diberikan oleh kerajaan dan dibantu oleh pihak lain.
Mulai tahun 1990-an, dasar Kerajaan pimpinan Dr. Mahathir mula berubah ke arah BI untuk bidang ilmu dan kuliah universiti, terutama bidang STEM diarahkan penyampaiannya dalam BI. Akibatnya,kian kurang pensyarah menulis dalam BM, ditambah lagi dengan penarafan universiti, yang salah satunya penerbitan jurnal ISI, yang kebanyakannya memang dalam BI. Buku pula diberi nilai yang rendah dalam pengiktirafan akademik, apatah lagi buku dalam bahasa Melayu. Di peringkat sekolah, PPSMI dilaksanakan, kemudian dimansuhkan hampir 10 tahun kemudian tetapi mulai 2016 dilaksanakan DLP.
Kesuburan penghasilan karya dalam BM terjejas dengan perubahan dasar dan program Kerajaan. Pada tahun 2013 DBP melancarkan Penerbitan Berpakej bagi 300 bidang Ilmu, terutama S&T dan 2000 judul buku dapat dijanakan, tetapi pada tahun 2016 projek itu, saya diberitahu, dihentikan kerana tiada dana daripada kerajaan. Saya tidak menyalahkan kerajaan seratus peratus. Ada faktor lain, seperti kurangnya kesungguhan sesetengah sarjana menulis, kecilnya pasaran buku ilmiah dan faktor lain, tetapi yang utama ialah iltizam negara yang cukup rendah dalam pembinaan ilmu berbahasa Melayu.
Dalam proses pembangunan negara yang berteraskan ilmu, sangat penting perancangan secara sedar dibuat agar segala prasarana dan keperluan untuk penjanaan dan pengembangan ilmu, khususnya melalui penerbitan cetak dan elektronik diberi peruntukan kewangan yang cukup dan dijelmakan dalam belanjawan negara.
Akhirnya, yang amat penting ialah penyertaan dalam memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa Melayu kerana kitalah yang bertanggungjawab melunaskan amanah itu. Apabila kita mempersoalkan kekayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, maka persoalan itu turut tertuju kepada diri kita sendiri sebenarnya. Berapa banyakkah buku, makalah dll. yang telah kita hasilkan atau yang kita rancang untuk ditulis.
Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan
Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
10.7.18
13
Sajak "Makna Kehebatan" setahun lalu.
MAKNA KEHEBATAN
Bukanlah kehebatan itu
terletak pada kekuasaan
apatah lagi kekuasaan
yang diperoleh dengan tipu helah
Bukanlah kehebatan itu
terletak pada kesungguhan
untuk memperoleh kekuasaan
dengan jalan yang fasad
Bukanlah kehebatan itu
terletak pada berulangnya kekuasaan
apatah lagi dengan akhlak yang rendah
Bukanlah kehebatan itu
terletak pada pengekalan kekuasaan
apatah lagi untuk mengekalkan keunggulan
Bukanlah kehebatan itu
terletak pada perebutan kekuasaan
untuk memperagakan kelebihan tak berbanding
Bukan
bukan
bukan
Kehebatan itu ialah tunduk kepada kenyataan
Kehebatan itu ialah kesanggupan menyingkatkan igauan
Kehebatan itu ialah kesanggupan berkongsi keunggulan
Kehebatan itu ialah kesanggupan memberikan jalan kepada yang berhak
Kehebatan itu ialah kesanggupan mengakui kelebihan orang lain
Kehebatan itu ialah kesanggupan menjadi penyatu, bukan pemecah
Kehebatan itu ialah kesanggupan menjadi pengikut sesudah bukan pemimpin
Kehebatan itu ialah kesanggupan menyirnakan impian tak bertebing
Kehebatan itu ialah kesanggupan mengakui diri tidak selamanya
hebat
Kehebatan yang
hebat
ialah kesanggupan menerima qada dan qadar
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa
Dini hari 9 Julai 2020
8
Suka
Komen

0 Komen

Pertemuan penulis Johor di rumah GAPENA setahun lalu. Terima kasih Sdr. Amiruddin Ali Ketua PPJ.
Pertemuan penulis Johor di Rumah GAPENA. 10.7.2020
5
Suka
Komen

0 Komen

Kamus Mini Bahasa Cina dengan padanan bahasa Melayu yang diterbitkan di Beijing tiga tahun lalu (2018). Hamba dilantik sebagai penyemak padanan bahasa Melayu sewaktu bertugas di sana.
3 Tahun yang Lalu
Daripada Prof.Madya Dr. Suria Su Ying Ying, Timbalan Pengarah Akademik BFSU,telah hamba terima naskhah hadiah kamus Mandarin-Melayu terbitan di Beijing yang hamba semak. Sesiapa yang berminat sila hubungi wakil penjualnya di Malaysia:
Website: MandarinClass.my
+6016-6228057, +0341616827
307C, 3rd Floor, Lorong Perak,
Taman Melawati, 53100 KL,
Malaysia.
Tiada penerangan foto disediakan.
20
Suka
Komen

0 Komen

Pohon Merdeka Karya
Terbaik
Awang Sariyan .
Dalam buku Antologi Malaysia Satu terbitan PEMUISI.
Sajak gandingan bersama sahabat Deklamator Kebangsaan saudara Shareezad.
6
1 Komen
Suka
Komen
Kongsi



Pesta Buku Antarabangsa Tokyo, sembilan tahun lalu.
9 Tahun yang Lalu
Bergambar sesudah perasmian Pesta Buku Antarabangsa Tokyo oleh Putera dan Puteri Akishino di Gerai Malaysia, dengan Presiden Kinokuniya, Masashi Takai, Duta Besar Malaysia, TYT Datuk Shaharuddin Md. Som dan perwakilan Malaysia - ITBM, DBP, UPM, USIM, Nyla dan PTS. (Gambar ihsan Intan Jailani dan Abdul Razak Abdul Aziz) - 5 Julai 2012
Lihat Terjemahan
Mungkin imej 10 orang
8
Suka
Komen

0 Komen

Tinjauan masyarakat Islam di Ningxia 10 tahun lalu. Ningxia ialah provinsi autonomi Muslim kerana penduduk Islam yang terbanyak terdapat di provinsi itu.
Provinsi autonomi Ningxia (di barat laut China) merupakan provinsi petempatan penganut agama Islam yang terbesar di negara China, iaitu lebih 2 juta orang, khususnya orang Hui. 40% daripada kira-kira 4 juta orang penduduk provinsi itu terdiri daripada orang Islam.
Kota Yinchuan yang merupakan ibu kota provinsi Ningxia merupakan salah sebuah bandar yang besar jumlah penduduk Islamnya. Petempatan utama orang Islam di kota itu terletak di kawasan yang diberi nama Niu Jie (Jalan Lembu), sama seperti petempatan utama orang Islam di kota Beijing. Kawasan itu dilatari oleh gedung-gedung perniagaan dan juga gerai-gerai jualan aneka barangan di sepanjang jalan dan lorong, sebahagian besarnya milik peniaga Islam.
Di kota Yinchuan terdapat 10 buah masjid, termasuk lima buah yang besar. Masjid yang terbesar dan mempunyai rangkaian hubungan antarabangsa ialah Masjid Nan Guan yang bersejarah lebih 400 tahun, iaitu dibina dalam zaman Dinasti Ming, tetapi diruntuhkan dalam zaman Revolusi Budaya pada tahun 1960-an, dan dibina semula pada tahun 1981. Masjid ini mempunyai dewan pameran yang cukup besar dan informatif.
Kota Yinchuan memperlihatkan paduan antara kehidupan metropolitan dengan kehidupan tradisi. Antara yang mengesankan ialah bahawa nama hampir setiap jalan dan lorong ditulis dalam bahasa Arab di samping dalam bahasa Mandarin, sebagai pengiktirafan pemerintah kepada agama Islam dan penduduk Islam di provinsi itu.
Bagaimanapun gaya hidup moden yang mengurangkan perhatian kepada kehidupan beragama kian melanda masyarakat Islam dan juga masyarakat lain di kota Yinchuan, sebagaimana di kota-kota lain. Sehingga demikian, mereka yang warak dan prihatin kepada kehidupan beragama mengatakan bahawa bukan semua orang Hui itu Islam, penyataan yang getir tetapi mengandung rasa kecewa dan sekali gus harapan pada mereka agar agama tidak dilihat sebagai warisan keturunan semata-mata. Halnya barangkali sama dengan fenomena di tanah air, iaitu "Melayu itu Islam" sedang terdapat sejumlah orang Melayu yang tidak peduli sama sekali kepada agama Islam.
15
5 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Kenangan dengan Prof. Wu Zong Yu, pengembang bahasa Melayu di negara China sejak tahun 1961. Beliau bergerak sebagai duta bahasa dan budaya. Kerajaan Malaysia menganugerahinya gelar Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa pada tahun 2011 dalam Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan.
Antara buah kejayaan perjuangan beliau termasuklah meningkatnya jumlah universiti di negara China yang menawarkan Program Ijazah Bahasa Melayu selama empat tahun. Kini hampir 20 buah IPT di sana menawarkan program itu. Beliau berusia 82 tahun dan kini uzur; semoga murid-murid beliau meneruskan usaha beliau.
~ Awang Sariyan Kembara Bahasa ~
Mantan Penyandang Kursi Pengajian Melayu kerajaan Malaysia di Beijing Foreign Sttudies University (2008-2011 dan 2016-2018)
Anda dan 69 yang lain
12 Komen
1 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi



      • Mohon juga DS merakamkan kisah Prof. Wu dlm perjuangan dan hubungan DS dlm jendeladbp.my ( visual dan audio). Rosmani Omar Wanis Rbo Ghani Abu
        2
        • Suka
        • Balas
        • 4h
      • Avatar blushing and holding their face with both hands, feeling loved. Multiple red hearts are flying all over.
        1
        • Suka
        • Balas
        • 4h
      • Mohd Rozi Ismail
        Rindunya pada Prof Wu, hanya kenangan penyambung sebuah talian persahabatan.
        1
        • Suka
        • Balas
        • 3h
      • PROFESOR WU ZONG YU
        Profesor Wu Zong Yu
        biarpun aku tak mengenalimu
        baru pertama kali mengenalimu
        hatiku rasa terharu! syahdu!
        Tak pernah terfikir
        wujud insan sepertimu
        bukan warganegaraku...
        memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Negaramu
        dengan rasa bangga tanpa rasa jemu dan berputus asa
        Kau memperjuangkan Bahasa Melayu
        sejak dari usia remaja lagi hingga ke usia emas
        terkedu aku! Terharu!
        dari mana semangatmu itu datang aku pun tak tahu
        kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu
        memperjuangkan Bahasa Melayu aku pun tak tahu
        siapa yang menyokong perjuanganmu aku pun tak tahu
        yang aku tahu
        kau adalah pejuang Bahasa Kebangsaan Negaraku
        kau berkorban masa, tenaga dan segalanya
        untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan Negaraku
        Kau tak pernah sekali mengeluh penat atau letih
        kau terus memperjuangkan dengan semangat kentalmu
        memperluaskan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Beijing China
        sehinggakan ramai rakyat Negaramu yang meminati dan jatuh cinta
        pada Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negaraku
        mereka belajar penuh minat setiap apa yang kau ajar
        sehingga mahir mereka bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
        kau bangga bila mereka pandai berbahasa indah
        menyusun kata-kata indah bila berkata-kata
        itulah hadiah dari mereka untukmu sebagai
        pengajar Bahasa Melayu
        Duhai Profesor Wu Zong Yu yang baik budi
        jasa dan budimu memartabatkan Bahasa Kebangsaan
        Negara kami... amat kami hargai dan sanjungi!
        kami terharu dalam penuh syukur
        Semangatmu memperjuangkan Bahasa Melayu
        ingin kami contohi
        kaulah idola kami di Malaysia ini!
        Terima kasih Profesor Wu Zong Yu
        sekalung tahniah daripada kami
        atas Pengkurniaan Ijazah Kehormat Persuratan
        Moga usahamu memartabatkan Bahasa Melayu
        tetap utuh takkan luntur hingga ke akhir hayatmu
        jika kau boleh! Kami pun boleh!
        Budi dan jasamu sentiasa tersanjung dan
        mewangi di hati kami sekalipun kau telah tiada nanti!
        Terima kasih atas segala pengorbananmu
        kaulah di antara Pejuang Bahasa Melayu yang kukagumi
        Sekalung tahniah dariku untukmu duhai Pejuang Bahasa Melayu
        Profesor Wu Zong Yu!
        Karya Ratu Rimba Niagara
        3 Oktober 2011
        (TERIMA KASIH KEPADA PROFESOR PENGEMBARA BAHASA
        TULISANMU TERCETUSNYA ILHAM PUISI INI).
        1
        • Suka
        1
        • Suka
        • Balas
        • 3h
      • Awang Sariyan Kembara Bahasa
        Queeyee Yang Ada terakam gambar Prof. Wu dan saya berkunjung ke rumah Pak Yang.
        • Suka
        • Balas
        • 2h
      • Queeyee Yang
        Prof Awang Sarian, Terima kasih
        • Suka
        • Balas
        • 1h
      • Queeyee Yang
        Prof Awang Sarian, Terima kasih! Ya, waktu memang terbang cepat, kini susah ketemu Prof Wu lagi. Apakah Prof masih ada berhubung dng beliau? Saya berusia 90, tak sanggup pergi ke Beijing dan KL lagi. Semoga Prof Wu sembuh dan sihat semula. Salam takzim dpd - isteri saya yg menaip mewakili saya.
        • Suka
        • Balas
        • 1h
        • Awang Sariyan Kembara Bahasa
          Queeyee Yang Saya menghantar mesej lewat wechat tetapi sudah lama tiada balasan. Biasanya isterinya Puan Qin membalas dengan ringkas sahaja. Semoga Pak Yang dikurniai keafiatan.
          • Suka

PROFESOR WU ZONG YU
Profesor Wu Zong Yu
biarpun aku tak mengenalimu
baru pertama kali mengenalimu
hatiku rasa terharu! syahdu!
Tak pernah terfikir
wujud insan sepertimu
bukan warganegaraku...
memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Negaramu
dengan rasa bangga tanpa rasa jemu dan berputus asa
Kau memperjuangkan Bahasa Melayu
sejak dari usia remaja lagi hingga ke usia emas
terkedu aku! Terharu!
dari mana semangatmu itu datang aku pun tak tahu
kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu
memperjuangkan Bahasa Melayu aku pun tak tahu
siapa yang menyokong perjuanganmu aku pun tak tahu
yang aku tahu
kau adalah pejuang Bahasa Kebangsaan Negaraku
kau berkorban masa, tenaga dan segalanya
untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan Negaraku
Kau tak pernah sekali mengeluh penat atau letih
kau terus memperjuangkan dengan semangat kentalmu
memperluaskan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Beijing China
sehinggakan ramai rakyat Negaramu yang meminati dan jatuh cinta
pada Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negaraku
mereka belajar penuh minat setiap apa yang kau ajar
sehingga mahir mereka bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
kau bangga bila mereka pandai berbahasa indah
menyusun kata-kata indah bila berkata-kata
itulah hadiah dari mereka untukmu sebagai
pengajar Bahasa Melayu
Duhai Profesor Wu Zong Yu yang baik budi
jasa dan budimu memartabatkan Bahasa Kebangsaan
Negara kami... amat kami hargai dan sanjungi!
kami terharu dalam penuh syukur
Semangatmu memperjuangkan Bahasa Melayu
ingin kami contohi
kaulah idola kami di Malaysia ini!
Terima kasih Profesor Wu Zong Yu
sekalung tahniah daripada kami
atas Pengkurniaan Ijazah Kehormat Persuratan
Moga usahamu memartabatkan Bahasa Melayu
tetap utuh takkan luntur hingga ke akhir hayatmu
jika kau boleh! Kami pun boleh!
Budi dan jasamu sentiasa tersanjung dan
mewangi di hati kami sekalipun kau telah tiada nanti!
Terima kasih atas segala pengorbananmu
kaulah di antara Pejuang Bahasa Melayu yang kukagumi
Sekalung tahniah dariku untukmu duhai Pejuang Bahasa Melayu
Profesor Wu Zong Yu!
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Oktober 2011
(TERIMA KASIH KEPADA PROFESOR PENGEMBARA BAHASA
TULISANMU TERCETUSNYA ILHAM PUISI INI).
1
  • Suka




SYAIR PENGEMBARA BAHASA


PERTEMANAN NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niaga tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Pradita Fia Bundaku sayang / parasmu yang cantik/melambangkan hatimu yang dermawan/kalimatmu yang menyejukan/ untaian kata yang selalu kurindu/ saat kugundah/percikan nadamu/bangkitkan hati yang terluka/ sejukan jiwa yang kerontang/ dan memberikan semangat/ seperti mentari yang tak bosan berkunjung....
SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Yang membuat kita rasa sempurna bilamana sahabat kita ikhlas bersahabat kerana Allah Taala dan setiap kali berkata-kata menenangkan roh dan jasad.
Itulah sahabat sejati berazam bersama mematrikan persahabatan hingga ke Syurgawi. Insya-Allah Aamiin.
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
Di saat terakhir aku memandang wajahmu ibu... bagaikan memandang indahnya purnama...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga Syurga lah tempatmu ibu Aamiin.
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 Julai 2021



YA ALLAH JIKA ADA PAHALA DI SETIAP PENULISANKU SAMPAIKANLAH PAHALA ITU KEPADA KEDUA ORANG TUAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

0 comments:

Post a Comment

 
;