SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (20 TENANG MENULIS KERANA ALLAH
Jangan kita perKECIL AMALAN orang
lain walaupun kita
selalu hadir di majlis ilmu, selalu
berZIKIR kerana syurga banyak jalan
untuk masuk.. Ada orang masuk
SYURGA kerana SENYUMan,
berSEDEKAH.. Biar Allah sahaja yang
menentukannya❞
BERTEMU ROBBUL IDZATII
Mungkin ini ....
memang sudah jalannya
sudah suratan takdir
yang wajib diimani
tapi percayalah
matlamat perjuangan hidup
tetap sama
iaitu mahu mati
dalam kalimah suci
Laaillaha illaAllah MuhammaddaraRasullaAllah
maka kita sama simpulmatikan ikatan jalinan
ukhuwah yang terlerai itu dengan penuh muhasabah diri
menganggap bila-bila masa kita dijemput Robbul Idzatii
pasti kekeruhan di hati akan jernih
sejernih roh dan jasad yang mahu pulang ke Pangkuan Ilahi
jika itu ada di jiwamu di jiwaku dan di jiwa semua
maka lahirlah karya-karya
tenang menenangkan
setenang roh-roh yang ingin berjumpa Robbul Idzatii
dalam keadaan Redho lagi DiRedhai
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
11 Julai 2012
IZINKAN AKU BERKABUNG
Duhai teman sebaik ummat ....
Di Istana ini sedang berduka
Kerana kehilangan wira rimba tercinta
Ku pasti kamu kenal benar dengan mereka
Cuma belum berkesempatan berjumpa
Baru merancang hendak berjumpa
Baru merancang hendak bergembira bersama
Mereka telah pergi meninggalkanku
Dalam galau di hati
Dalam sepi berbendung rindu tak tertanggung
Kehilangan mereka benar-benar
Memberi tamparan
hebat
padakuKarya-karya ku yang diatur rapi di
Galeri Khazanah Warisan Bangsa Di Rimba Niagara
Lagi membuatkan aku semakin rindukan mereka
Mereka tak jemu-jemu memberi dukungan padaku
Aku terharu...terharu sangat-sangat....
Teman...ku tahu nilai dan kasih sayangmu padaku
Aku amat hargai....dan kan kubawa sampai mati kasihmu itu...
Hanya Allah sajalah yang dapat membalas-Nya
Cumanya sekarangnya
Aku dinasihatkan doktor rimba
Perlu banyak berehat
Agar dapat lupakan wira rimba niagara
Buah hatiku pengarang jantungku itu
Teman....aku berkabung
Buat beberapa purnama
Jika aku tiada ....
Berjanjilah denganku
Kau tetap berkarya
Bersama teman-teman
Sastra yang lain...
Janji ye....
Cuma yang hendak kupesankan padamu
Jagalah peninggalan karya-karyaku di sana ye
Jangan dibiarkan dinjak-injak oleh mereka yang mendengki
Jika ada dengan sengaja untuk mendengki
Ku amanahkan padamu
Agar kau lupuskan karyaku itu
Kerana aku tak sanggup melihat karya-karyaku
Yang bertebaran di sana
Menjadi bahan penghinaan
Pada mereka yang tak pernah senang hati...
Harap kau mengerti temanku
Jika kau mahu terusan menjadi
Rakanku yang setia
PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Julai 2012
KESYAHDUAN DI KUBURAN DI PAGI SYAWAL
KESYAHDUAN DI KUBURAN DI PAGI SYAWAL
by Rabeah Mohd Ali on Wednesday, August 31, 2011 at 5:02am
Awal pagi Aidilfitri menziarahi kubur keluarga tercinta
Bapa , abang dan kakakku .
Teringat kenangan manis pernah berhidup dengan mereka yang tercinta.
Lagi diingat lagi memilukan hati...rasa ingin diulangi masa silam ...mahu
berhidup bersama mereka. Takdir mesti diterima dengan redha dalam iman.
Di tanah perkuburan aman...damai....tenteram....saujana mata memandang
pacakan batu nisan. Ramai keluarga membacakan doa untuk mereka yang
sudah bergelar aruah. Ada yang membawa jambangan bunga kek wa putih untuk
diletakkan di kuburan keluarga mereka yang tersayang.
Aku membacakan surah Yasin untuk disedekahkan pahalanya kepada bapa ,
abang dan kakakku. Tanpa ditahan-tahan air mata berjuaraian. Puteri sulungku
membaca doa dikirimkan kepada aruah datuknya yang tidak pernah dilihatnya
ketika dia dilahirkan ke dunia ini.
Selesai ibuku membaca doa....ditaburkan bunga-bungaan disirami air di kubur
aruah suami dan anaknya.
Ibu memagang nisan aruah suaminya sambil berkata sesuatu dalam hatinya.
Kulihat air mata ibu mengalir deras...barangkali ibu merindui bapaku
yang telah puluhan tahun meninggalkannya.
Ibu memegang batu nisan abangku Ramli sambil berkata,
"Nak...emak dah ampunkan segala dosamu nak...Ya Allah Kau masukkan roh suami dan kedua-dua anakku ini ke dalam SyurgaMu. Jika aku mati nanti masukkan aku ke SyurgaMu agar aku dapat bertemu dengan suami dan anak-anakku yang telah lama kurindui, Amiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
1 Syawal 1432H
SALAM SYAWAL UNTUK SEMUA
Salam Syawal buat sahabatku,
Kukirimkan jutaan ampun di angin lalu;
Salah tutur bicara maafkan daku,
Biarpun di pagi Syawal kita tak ketemu.
Di pagi Syawal kita tak ketemu,
Bersama sanak saudara bermaaf-maafan;
Takbir di pagi Aidilfitri mendayu-dayu,
Buat hatiku terharu sendu sedan.
Hatiku terharu sendu sedan,
Teringatkan permergiaan keluarga tercinta;
Kubacakan Yassin di kuburan,
Pengubat rindu buat mereka yang tiada.
Pengubat rindu mereka yang tiada,
Moga dicucuri rahmat roh yang tercinta;
Moga Allah ampunkan segala dosa,
Menerima segala amalan ketika hidupnya.
Pergi ke masjid berwangi-wangian,
Bertakbir Raya Di Aidilfitri;
Takbir Raya didengar penuh penghayatan,
Kesyahduan takbir menusuk hati.
Takbir Raya menusuk hati,
Air mata mengalir meninggalkan Ramadhan;
Pergi Ramadhan selalu dirindui,
Moga berjumpamu lagi di tahun hadapan.
Wajah berseri-seri pakaian serba baru,
Meraikan Syawal penuh kesyukuran;
Pelbagai juadah untuk tetamu,
Bersalam salaman penuh keceriaan.
Bersalam-salaman penuh keceriaan,
Saling bermaaf-maafkan di antara kita;
Mengundang rahmat dari Tuhan,
Dosa tersimpan terampun buat hatiku lega.
Sambil bersalaman bermuhasabah diri,
Jangan diulangi kesilapan lalu;
Tutur bicara perlu dikaji,
Agar ianya tidak memakan diri.
Selesai bersalaman kita dijamu juadah,
Pelbagai jenis terhidang sudah;
Semuanya ramah tamah,
Di pagi Syawal sememangnya indah.
Senyuman Syawal semanis kurma,
Kedatangan Syawal dari Tuhan untuk hambaNya;
Moga amalan kita diterimaNya,
Berkat kesabaran menahan segala cabarannya.
Senyuman Syawal semanis kurma,
Senyuman hambaNya mengundang keberkatan;
Bermaafan kita dalam redhaNya,
Bertalisiraturrahim penuh keberkatan.
Moga Allah cucuri rahmat kepada kita semua,
Begitu juga setelah mati mendapat rahmatNya;
Syukurku kita bertalisiraturrahim di alam maya,
Bertukar pandangan berkongsi ilmu demiNya.
Selamat
Aidilfitri kepada semua sahabatku,Salah dan silap harap maafkan daku;
Mana tahu ada tutur kataku yang menguriskan hatimu.
Kuhulurkan salam memohon maaf darimu.
Karya: Ratu Rimba Niagara
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
MENJELANG SYAWAL
Duhai teman fb yang dikasihi lagi dihormati...
Tak lama lagi kita akan menyambut Syawal
Kita akan tinggalkan Ramadan bulan yang penuh kemuliaan
Moga segala amalan kita semua diterimaNya
Moga kita ada berkesempatan menemui Ramadan tahun seterusnya agar dapat mengumpulkan saham akhirat yang tak pernah putus Insya-Allah
Aku sebagai hamba yang tidak pernah sempurna
Biarpun aku cuba sedaya upaya menyempurnakan sebaik mungkin
Tetap juga ada kekhilafan
Dalam soal-soal menjaga tutur bicara yang kurang enak didengar
Soal-soal yang yang terselindung terguris
Siapalah aku duhai sahabatku untuk menjadi insan yang sempurna....
Justeru dengan rasa terlalu kerdil...
Maafkan segala kesalahanku
Duhai sahabatku semua...
Mana tahu kesalahanku ada terselindung di balik bulan purnama hatimu itu?
Maafkan aku ya teman-teman semua
Ketahuilah kehadiran kalian telah mempelangikan hidupku
Selama ini senyuman hidupku berselindung di sebalik bulan...
Tapi kini tidak lagi duhai teman-temanku
Lihatlah bulan di situ ada senyumanku yang kuhadiahkn untuk kalian
Biarpun kita tidak pernah berjumpa di alam realiti ...
Tapi sudah memadai buatku
Dengan bahasa kalbumu itu
Melalui alam maya
Kufaham apa yang sedang kita komunikasikan
Semuanya secara tidak langsung memberi informasi padaku
Kalian semua adalah guru-guruku
Mana tidaknya
Dalam jenaka ada ilmu
Dalam bicara kata ada ilmu
Waima terguris kata pun ada ilmu
Ilmu...ilmu...ilmu...
Ilmu dunia akhirat
Terima kasih teman kehadiran kalian
Membuatkan aku lebih menghargai hidup ini
Moga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama kalian semua
Ya Allah di penghujung Ramadhan yang penuh berkat ini
Yang akan kami tinggalkan
Yang akan kami sentiasa rindui
Yang akan kami tunggu di tahun-tahun mendatang Insya-Allah
Kau terimalah amalanku dan sahabat-sahabatku
Kau ampunkan segala dosa-dosa kami
Kau suburkanlah hati-hati kami untuk taat padaMu
Melakukan segala kebaikkan yang Kau redhai
Selama hayat kami hidup
Kau perkenankanlah semua hajat kami yang baik-baik
Yang ada nilaian di SisiMu Ya Allah
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Ratu Rimba Niagara
20 Ramadhan 1432H
20 Ogos 2011
AKU MENULIS BUKAN FANTASI ATAU ANGAN-ANGAN
Jangan risau duhai Putri Kemboja...selagi kamu menulis untuk mengundang Rahmat Kasih Ilahi...pasti jiwamu akan tenang dan tak hiraukan pandangan dari manusia....cumanya bezanya kau dan aku...
aku menulis mengikut gerak hati bukan fantasi atau angan-angan seperti yang kamu dan kawan kamu bilang ke aku...malangnya aku cuma di grup ini saja tiada yang sudi like tapi di grup lain like dan sentiasa meniupkan semangat untuk aku menulis...sehingga terhenti nafas terhentilah pena...dan aku percaya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Aamiin.
PUTRI RIMBA NIAGARA
20 Jun 2012
Putri Kemboja:
Maaf, saya tidak pernah menganggap diri saya penyair dan saya tidak perlu pujian sesiapa.
Saya baca karya2 kawan-kawan penyair nusantara penyair yang memang hebat. Saya akui puisipuisi mereka bagus dan tidak pernah sekali pun saya anggap yang saya ni lebih hebat daripada mereka. Walaupun mereka pernah memberi pujian dan ada mengatakan 'ramai yang tersihir goresan pena' saya... saya anggap itu satu usikan bukan pujian.
Jika ada yg menegur, saya terima dengan hati dan minda terbuka kerana masih banyak yang perlu saya pelajari.
Apakah saya minta putri rimba doakan untuk karya-karya saya? Tidak. Adakah saya minta putri rimba puji karya-karya saya? TIDAK!
Jika karya itu layak diberi pujian, saya akan 'LIKE' dan puji. Jika tidak, saya tidak akan 'LIKE'... dan jika saya tidak faham, saya akan bertanya.
Putri Rimba Niagara:
Jangan risau duhai Putri Kemboja...selagi kamu menulis untuk mengundang Rahmat Kasih Ilahi...pasti jiwamu akan tenang dan tak hiraukan pandangan dari manusia....cumanya bezanya kau dan aku...
aku menulis mengikut gerak hati bukan fantasi atau angan-angan seperti yang kamu dan kawan kamu bilang ke aku...malangnya aku cuma di grup ini saja tiada yang sudi like tapi di grup lain like dan sentiasa meniupkan semangat untuk aku menulis...sehingga terhenti nafas terhentilah pena...dan aku percaya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Aamiin.
Putri Kemboja "cumanya bezanya kau dan aku...
aku menulis mengikut gerak hati bukan fantasi atau angan-angan seperti yang kamu dan kawan kamu bilang ke aku"
Sebab itukah karya yg dipost di grup lain, yang ada tanda 'LIKE' di'tayangkan' di sini??? Di manakah terletaknya keikhlasan dan ketulusan kamu tika membuat demikian. Untuk apa tujuan kamu? Bukankah itu tandanya 'menunjuk' putri rimba?
Jika karya saya tiada yang 'LIKE' di grup ini, saya akan anggap mutu karya saya tiada dan harus saya perbaiki walaupun di grup lain ramai yang 'LIKE'.
Selera individu berbeda dan itu saya akur, saya terima.
Putri Rimba Niagara:
Itulah yang sebaiknya berkarya dalam rasa jiwa seorang hamba-Nya yang terlalu hina dan kerdil...moga kita semua sebagai penulis menulis ke arah kebaikan dalam menuju jalan Ketuhanan dan menjadi bekalan setelah mati nanti..Aamin Ya Rabal A'Lamin...
Putri Kembojap Kalau benar mahu menulis pada arah kebaikan dan menuju jalan haqiqi... bacalah puisi2 sufi dan juga yang berunsur ketuhanan. lihatlah gaya dan penyampaian mereka.
Putri Rimba Niagara:
Aku cuma mahu baca karya mu dan putri melati yang berbaurkan kesufian agar tenang jiwaku...makanya sebelum menulis pastikan berdoa dulu pada Allah SWT agar dikurniakan ilham kesufian untuk menulis. Aamiin.
Tapi kalau sengaja menyakitkan hati pembaca...kamu boleh agak sendirilah...apa mesej yang hendak kamu sampaikan...dan Tuhan sentiasa tahu isi hati kamu itu kerana DIA tak pernah tidur.
TUHAN TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
TAPI TUHAN MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
MAKANYA MARILAH SAMA-SAMA KITA MOHON
PADA ALLAH SWT AGAR DAPAT HIDUP BERAKHIR DENGAN
REDHA-NYA ILAHI MAKANYA PENTING KITA MENGAKHIRI KARYA
KITA YANG DITERIMA OLEH-NYA AAMMIN YA RABBAL A'LAMIN.
MAKANYA MULAI DETIK INI DAN SAAT INI MENULISLAH
YANG DAPAT MENGUNDANG NUR HIDAYAH KASIH ILAHI
YANG MENULISNYA TENANG DAN YANG MEMBACANYA PUN TENANG SETENANG AIR DI KALI SYURGA INSYA-ALLAH AMMIIN
Prabu Sri Narayana Kusuma and 2 others like this.
(PETIKAN DRIPADA WALL GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEANGUNGAN CINTA BUDAYA)
12 Julai 2012
AKU DALAM ARCA KRISTAL KOSONG
Bila aku tersentak kaku
terpegun dengan sebuah kecantikkan abadi
baru aku mengerti
siapa aku
dalam arca kristal ini
sesungguhnya kosong
kosong dan lohong...
Baru di ufuk ini aku tersedar
sesungguh sombongnya aku
sedangkan...
aku seperti sampah
yang hanyut dilautan sendirian
tiada erti apa-apa
bagaikan setitik hitam di langit
tidak bermakna sedikit pun
seperti sebutir pasir di bumi
semua asing dan kerdil
bagai setitis zarah di udara
aku kelemasan..
sesungguhnya aku sendirian
di bumi Allah ini...
Aku tiada apa-apa, kosong dan likat kejahilan
kekuatanku hanya puing-puing buih dilautan
Sesungguhnya aku milik ALLAH...
by Lezaihasra...disubuh yang bening ini...
Besut, Terengganu.
21hb June 2012...6.00 pagi..
SUDI MENTARBIYAHKAN AKU DENGAN PUISI SUFIMU
Duhai hamba Allah yang berjiwa hamba...
Jiwamu tak kosong
Malah terisi dengan ilmu khasaf-Nya Ilahi
Lalu aku muhasabah diriku sendiri
Kenapa aku masih ego dengan diriku
Terpedaya dengan diriku sendiri
Kenapa tidak saja aku menuntut
Ilmu akhirat denganmu
Dan menjadikanmu idolaku
Mentarbiyahkan aku
Dengan puisi-puisi sufimu
Yang indah seperti bulan purnama malam
Duhai hamba Allah
Yang bersuarakan akhirat
Roh dan jasadku kini
Terperuk dikawah penjara
Paling dalam
Gelap
Dalam sinar iman
Yang mahu dilepaskan
Dari kegelapan
Yang tiada sifu agama
Yang sudi membimbingku
Makanya aku perlukanmu
Duhai suara akhirat
Puisi sufimu
Amat kuharapkan
Untuk menerangi
Ketandusan imanku
Yang mencengkam
Roh dan jasadku
Untuk keluar dari kepompong kejahilan
Moga kau terbuka hati menerimaku menjadi sifuku
Sifu aku untuk berpuisi sufi
Yang mengajak aku ke jalan-jalan
Syurga-Nya Ilahi
Ke jalan redhaNya Ilahi
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
21 Jun 2012
KARYA LEZAIHASRA & PUTRI RIMBA NIAGARA
4 Julai 2012
MEMBALAS RINDU DALAM SEPI
Kasih...
Sepiku bukan aku menyepikan rindumu
Aku muhasabah diriku
Adakah layak aku mencintaimu yang setia
Lagi kufikir lagi kurindu
Biarpun kau tak tahu
Rinduku menggunung-gunung
Cumanya ku tak terdaya meluahkan padamu
Kutakut halilintar datang bertalu-talu kepadamu
Makanya biarlah kusepikan rindu ini
Demi kebahagiaanmu kasih...
Biarlah tanpa aksara
Dan aku bahagia melihat kau tenang
Bersama teman-temanmu
Berkaryalah semahumu
Aku sentiasa mendoakanmu
Jika kau rindu padaku
Pandanglah bulan
Aku ada di sebalik bulan
Di sebalik hatimu
Tentu kau dapat rasa
Apa yang ku rasa kasih...
PUTRI RIMBA NIAGARA
8 Julai 2012
BUKAN KU TAK PERCAYA PADA JANJIMU SAYANG
Bukan ku tak percaya janjimu sayang
Hati ini belum reda dari terjangan ombak mengganas...ganas...
Kesan daripada terjangan ombak itu
Kehilangan teman istana rimbaku tika hendak mencari mahkota...
Hatiku bimbang perkara yang tak pernah terfikir olehku
Akan berlaku jua akhirnya
Hinggakan aku trauma berkawan dengan sesiapa jua
Mungkin aku tak
Sepandai mereka bersastra
Sebijak mereka
Sebaik mereka
Sesetia mereka
Makanya aku dihukum begini hebat
Harap kau mengerti duhai sahabatku....
Berilah aku masa
Agar hatiku ada taman semula
Berbunga iman
Berkudupkan kemaafan
Berfaktakan keinsafan
Itulah yang perlu ada di jiwaku sekarang ini
Agar aku bermuhasabah diri
Dan sentiasa cerminkan diriku siapa
Yang sentiasa tak sempurna
Mereka yang sentiasa sempurna
Makanya mereka dihormati
Makanya aku sentiasa dipandang hina...
Izinkan aku bertafakur
Selagi mana Allah Izinkan
Aku mencari sinar-sinar cahaya iman
Semua-NYa dengan izin-Nya
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Julai 2012
Biarpun rindumu rinduku dianyam terlalu cermat kemas dan teliti tuk mengikat kasih yang terlerai...ombak ganas itu akan terus mengganas...ganas...selagi nyawaku ada....makanya biarlah terlerai kasih kita asalkan semuanya bahagia ...terimalah hakikat kasih cinta kita tidak menyebelahi kita...cinta kita ibarat cinta ilusi dalam mimpi ngeri...adess amat mengerikan! Makanya aku ucapkan selamat tinggal padamu dan tolong jangan diganggu aku lagi....apa juga kesalahan tutur bicaraku maafkan aku...apapun aku nyaris kehilanganmu disebabkan tenggelammu di ombak rinduku terlalu lama...hingga sekarang baru kau muncul....biarkan aku berjuang keseorangan...teganya kamu padaku duhai rakan sastraku....hehehehe
DALAM HATI ADA TAMAN
DALAM HATI ADA CINTA
DALAM HATI ADA TAMAN DAN CINTA
Datuk Jem:
Assalamu'alaikum....
Selamat malam sahabat2 fb ku semua,apa khabar anda sudah dinner ke..? Saya sedikit nak dibicara kan diwall saya malam ini. Adakala nya saya lihat ramai dikalangan rakan2 fb lupa dan tidak tahu akan hal TAG diwall rakan kadang kala nya rakan itu tidak pernah bertanya khabar sejak add @ pun telah di app. Tapi di wall nya di Tag dgn bermacam risalah pernah kah anda minta izin pada rakan anda itu? Tahu kah anda apa yang anda Tag kan itu ai suka atau pun tidak? Tidak kah anda merasa malu apabila anda Tag kan tetiba ia delete dari wall nya.. Pada pandangan saya dan untuk diri saya juga tak perlu Tag ke wall rakan tanpa kebenaran dekat wall sendiri pun sudah memadai ramai yang lihat dan tahu,apabila rakan berminat pasti ia akan komen paling tidak pun ia akan LIKE. Itu je saya nak cakap...Jangan marah beb!!
Encik Asmyvi aje nye yer... pernah ke mereka ?
Nik Khairul Wkmsalam Datuk Jem...Alhamdulillah sihat,datuk jem sihat ke ?
Azlan Shahril wasalam Dato..betul sangat tu Dato...
Putri Rimba:
Patutlah datuk jem tak like pun karya saya ...mana janji jadi rakan fb saya ye...marah beb!!!hehehe nak buat macam mana kena kekalkan aje mereka yang tak jemu menyokong dunia karyaku...jangan marah beb!!!
Datuk Jem Amboi!! Sahabat baik dan ayg ni.Merajuk lah tu ya Putri Rimba.
Saya baca semua nukilan2 yang di tulis tu..cuma tak sempat nak komen..tapi kadang tu ada yg sy LIKE..
Putri Rimba:
Dah lama memendam rasa ni...janji nak like lah ...kalau baca mesti like....beri pendapat pun tak sudi...kita mengarang pagi petang siang malam...kawan-kawan fb boleh dibilang dengan jari...yang terpilih je tu...tapi masih lagi sepi menyepi...itulah yang tak marah beb!!! hehehe
Irene Kim Irene:
Like jelah..tak reti nak komen..hehe
Irene Kim Irene Nak baca surat khabar pun tak ada masa..tapi nanti saya cuba baca karya2..Putri Rimba...yah..hehe
Irene Kim Irene Ehhh..lupa pulak jawab...waalikumussalam..Dato Sri...dan selamat pagi..
Irene Kim Irene errrrrrrrr...saya salah komen lah..tajuk tak baca habis...maaf Dato sri...
Putri Rimba:
hehehe terima kasih sahabatku...kaulah sahabat dunia akhiratku....
di kala suka duka kau sentiasa ada di hatiku sebab itu dari dulu hingga kini
kau masih kekal menjadi sahabatku yang lain semuanya tinggal nostalgia tapi masih bertalisiraturrahim
yang ada sekarang masih tak bisu dan kaku...kerana jika mereka bisu dan kaku aku terpaksa lepaskan di ombak rindu kerana aku tak tega asyik menanti dan menanti sapaan rindu dari mereka....bosan tu....hehehe daripada bosan menunggu biarlah sama-sama sepi menyepi kerana sepi itu penawar untuknya dan aku relakan....huhuhu
Datuk Jem Selamat pagi Janah Jo..Klu Tag photo masakan dn nukilan kesah hihup sy suka ini yg sy menyampah Tag hal2 Politik pastu kutuk mengutuk bangsa sendiri sampai dikata biawak.Sy ni parti buruh tak campur dlm parti yg dikutuk tu hahahaha...As'salam JJ.
Datuk Jem:
As'salam Putri Rimba..Setiap apa yg dicoretkan semua nya menambah kan semanggat sy terima kasih,tapi jgn kecil hati sbb tak komen sy tetap ada membacanya tapi terlepas pandang nak like hehehe..Yg sy terpandang pulak Irene Kim Irene hehehe.lebih2 lagi masa dia bawa bag macam nak bawa hati je.Tapi sy puji Irene dia berani komen apa shj..Salam pagi dan syg.....
Putri Rimba:
Walaikummusalam sahabatku. hehehe terima kasih sahabatku...kaulah sahabat dunia akhiratku....di kala suka duka kau sentiasa ada di hatiku sebab itu dari dulu hingga kini
kau masih kekal menjadi sahabatku yang lain semuanya tinggal nostalgia tapi masih bertalisiraturrahim yang ada sekarang masih tak bisu dan kaku...kerana jika mereka bisu dan kaku aku terpaksa lepaskan di ombak rindu kerana aku tak tega asyik menanti dan menanti sapaan rindu dari mereka....bosan tu....hehehe daripada bosan menunggu biarlah sama-sama sepi menyepi kerana sepi itu penawar untuknya dan aku relakan....huhuhu
Dina Nasir Dina setuju dgn pendapat datuk...
Irene Kim Irene Salam ceria juga buat kekanda ku Putri Rimba..memang kita susah nak ketemu..dinda dipisahkan laut cina selatan..ombak rindu merempuh jiwaku...ku tak sanggup lagi berkorban..untuk Dato Sri...ku tak mampu kanda...penattttt..
Datuk Jem Hahahaha...Teruk tu sakit bunga2 dan sakit jiwang...Tak le teman tahu nk mengubat nya..
Irene Kim Irene Hahahaha.........penat pun hilang Dato Sri...gelak besar sy hehehe
Irene Kim Irene Bukan sy jiwang2..tu Kekanda Putri Rimba..hahahaha..larii..........
Putri Rimba Niagara:
Datuk Jem dalam hati ada taman
Irene Kim Irene dalam hati ada cinta
Putri Rimba dalam hati ada taman dan cinta
Semuanya adik beradik jiwang-jiwang.com huhuhu
Putri Rimba Irene jangan lari irene...tak akan lari gunung yang dikejar...weeiiiitt.....
(PETIKAN DARIPADA WALL DATUK JEM)
12 Julai 2012
Irene Kim Irene Dalam hati..nak upah bomb batu pecah kan gunung..yg tinggi...
Putri Rimba Niagara Kalo dah pecah gunung tu nanti pasti kau adalah kepunyaannya Irene...itulah penawar bagi Datuk jem...woww....lariiiiiiiiii.....takutttt....
Irene Kim Irene Siapa lah irene kim...Putri Rimba tak akan mungkin..mimpi pun tak akan...dan tak akan mungkin..kita hidup dirimba..Dato Sri...ditaman..jauh ikan dr panggang..hehe
Putri Rimba Niagara:
Irene jangan putus asa irene...gimana kau menggenggami kejayaanmu dalam kerjayamu begitu juga keyakinanmu pada cinta hatimu itu...diakan sedang mencari penawar mujarab...makanya usahalah ye coma dikit saja lagi....hehehehe bukan jauh ikan dari panggang irene tapi ikan di laut asam di darat dalam belanga bertemu jua ...kan3 itu adalah falsafah yang diguna pakai oleh nenek moyang kita....hhehe tak caya tanya datuk jem...pasti dia sedang mengangguk-anggukkan kepalanya sambil ketawa berdekah-dekah tanpa suara dan pasti pekerjanya hairan dan mereka pun tergelak sama....hehehehe
Irene Kim Irene Fuhh..kekandaku, Putri Rimba..kata-kata pujangga..memang pandai..tergamam saya keluh lidah berkata-kata..saya akui bab-bab ni memang tak reti..retinya..masuk hutan keluar hutan naik kapal turun kapal...hehehe
Putri Rimba Niagara: Tak nak bawa kanda sekali ke...boleh kita mengembara kelilingi dunia....huhuhu...nanti dapat banyak cerita tentang keindahan alam ini kita boleh cerita pada sahabat kita datuk jem...sebab dia tak de masa nak kelilingi dunia...maklumlah sibuk memanjang......hari hari hidup dia untung....untung...untung....tak mau rugi.....lu...gi lah tak mau ....hehehehe
(PETIKAN DARIPADA WALL DATUK JEM)
12 Julai 2012
HADIRMU SESUDAH DERITAKU TANGGUNG LUKA BERNANAH
Duhai teman...
Kau hadir tika
Mentariku tak bersinar lagi
Mentariku telah ditutupi awan kelabu
Hatiku lukanya terlalu parah
Hingga jadi barah
Bernanah-nanah
Sakitnya tak tertanggungku lagi
Apa dosaku hingga aku
Dihukum hingga begini
Salahkah aku memperjuangkan kasih dan sayang demi-Nya
Lagi aku perjuangkan
Lagi ujian bertimpa-timpa datang
Tanpa henti membadai-badai
Di setiap penjuru
Lagi aku redha
Lagi aku terus
Diterjang tsunami
Yang tak mengenal apa itu ehsan
Yang dia tahu
Kepuasaan dendam kesumat
Terbalas jua
Sekarang ini
Sumbu lilinku
Yang selama ini menerangi orang lain
Kian malap tak terdaya lagi
Untuk menerangi seperti dulu
Demikianlah rupanya lilin
Menerangi orang lain membakar diri sendiri
Aku terlalu lemah tidak berdaya kini
Bukan kehilangan cinta
Tapi kehilangan
Kasih sayang setulus hati
Dari dua makhluk Tuhan
Yang dipinjamkan untukku
Telah pergi tinggalkan aku
Dalam derita yang terlalu amat parah
Di saat-saat terakhirpun dia hendak
Mempertahankan cintaku yang sudah rapuh
Dia yakin sangat dengan cinta yang tak pasti...
Katanya cinta kerana-Nya
Pasti kekal bahagia hingga ke Syurga
Yelah haiwan apalah tahunya dia
Tentang kepalsuan cinta
Yang dia tahu
Berkata setulus hati
Teman...aku rela kehilangan cinta
Tapi aku tak rela kehilangan
Teman sebaik mereka
Mereka mempertahankan kasih sejati
Hingga ke mati
Ah! Malunya aku rapuhnya cinta manusia
Daripada dengan haiwan
Kehilangan mereka
Membuatkan hatiku
Lukanya membarah
Parah...bernanah....nanah....nanah...
Sakit....sakit....sakit...teramat sakit
Hari-hari ceria
Hidup di samping mereka
Kini muram durja
Senyum pun aku tak mampu lagi
Airmata peneman setiaku
Jika aku rindu pada mereka....
Aku pergi ke ombak rindu
Membacakan gurindam kasih sepenuh jiwa
Yang mereka karangkan untukku
Lagi kubaca lagiku rindu
Lagi airmataku mengalir
Sederas air terjun Niagara
Selalunya pabila aku menangis
Merekalah yang menyapu airmataku
Dengan daunan kasih...
Cuma aku dapat rasakan
Deruan ombak yang mengeringkan
Airmataku...
Mungkin roh-roh suci mereka
Yang datang menyapu air mataku....
Teman...yang kukasihi...
Selalunya merekalah
Yang menyediakan semua
Kelengkapan penulisanku
Agan aku berpena dengan lancar
Tapi sejak ketiadaan mereka
Biarpun kelengkapan ada
Disediakan oelh suku sakat mereka yang setia padaku
Tapi jiwaku asyik teringat
Kata-kata dukungan daripada mereka berdua
Sanggup menggenggam tanganku dengan memaksa
Aku berpena kerana tak sabar
Membaca karya-karyaku
Selepas dibaca dicanangkan
Di seluruh penghuni rimba
Apa yang ditulis oleh Putri Rimba
Katanya pada penghuni rimba
Karya putri rimba bukan fantasi atau angan-angan
Tapi adalah karya yang sentiasa hidup dijiwa
Semua penghuni rimba dan manusia
Jika tak faham bacalah berulang-ulang kali
Tiada satu pun karya yang menghina sesama sendiri
Yang dia tahu kasih mengasihi sesama kerana-Nya
Makanya siapa yang bilang cuma fantasi dan angan-angan
Kami bersumpah Atas Nama Yang Mencipta Cinta dan Rindu
Jangan sesakali membaca karya Putri Rimba Kami
Jika membaca juga ....sekiranya ilmu itu datang dari Ilahi
Tak akan tercurah Nur Hidayah Kasih Ilahi pada orang-orang
Yang dalam hatinya ada dengki khianat....
Biarlah dia dengan dunia karyanya
Yang tak habis-habis untuk membalas dendam kesumat hingga Qiamat
Teman....yang kukasihi
Andai kata disuruh aku beri pilihan
Antara cinta dunia dengan cinta mereka berdua
Kan kupilih mereka....
Kerana merekalah yang mengjar aku
Apa itu cinta kerana-Nya
Pabila teringat kata-kata mereka berdua
Hatiku jadi tenang
Setenang air di Kali Syurga
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Julai 2012
Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
Bijak berkata indah berbahasa,
Perjuangannya mempertabatkan Warisan Bangsa.
Sudah bertahun dia mengembara,
Serata dunia memperkenalkan bahasa;
Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.
Ilmu dicurah tak pernah jemu,
Demi kerana mempertabatkan bahasa ibundaku;
Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
Di mana berada Tuhan bersamamu.
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.
Pelajarmu ramai di serata dunia,
Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.
Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
Warga dunia mengenal juga negaramu;
Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
Mereka melancong ke negaramu.
Datang mereka disambut gembira,
Disambut dengan sejambak bahasa;
Bahasa cinta memukau jiwa,
Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.
Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
Begitu fasih indah tutur kata;
Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.
Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
Datang melancong ke Malaysia ini,
Jatuh cinta berbangga mempelajari.
Ilmu dituntut rasa dibanggai,
Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
Akan diungkap apabila sampai di sini,
Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.
Indah sungguh Bahasa Melayuku,
Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
Siapa mendengar pasti tak jemu.
Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
Ilmu dicurah di serata dunia;
Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.
Budi bahasa indah penenang jiwa,
Mengungkap kata sepenuh rasa;
Terpukau mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.
Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
Keindahan alam mereka terpukau;
Menjadi realiti di luar jangkau,
Indah berbahasa mereka terpaku.
Terpaku mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
Datang ke sini berbahasa Melayu;
Apabila berbahasa bangga tanpa silu,
Ramai yang mendengar rasa terpukau.
Penat lelahmu terbalas sudah,
Namun hatimu tak pernah bermegah;
Kau seorang berhati tabah,
Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.
Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
Azam mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.
Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.
Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa,
Tidak kira siapa pun mereka;
Bersatu hati demi Bahasa Ibunda,
Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.
Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta;
Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda,
Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.
Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita;
Bila berbahasa penuh bangga,
Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.
Kembara Bahasa dan Pejuang Bahasa,
Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
Moga matlamat kalian akan berjaya,
Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.
Bahasa kita warisan kita,
Warisan Seni yang perlu dibangga;
Marilah kita membudayakannya,
Pewaris kita turut berbangga.
Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa,
Dipersembahkan untuk Warga Dunia;
Moga gembira dan sentiasa bahagia,
Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Julai 2011
Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
Bijak berkata indah berbahasa,
Perjuangannya mempertabatkan Warisan Bangsa.
Sudah bertahun dia mengembara,
Serata dunia memperkenalkan bahasa;
Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.
Ilmu dicurah tak pernah jemu,
Demi kerana mempertabatkan bahasa ibundaku;
Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
Di mana berada Tuhan bersamamu.
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.
Pelajarmu ramai di serata dunia,
Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.
Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
Warga dunia mengenal juga negaramu;
Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
Mereka melancong ke negaramu.
Datang mereka disambut gembira,
Disambut dengan sejambak bahasa;
Bahasa cinta memukau jiwa,
Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.
Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
Begitu fasih indah tutur kata;
Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.
Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
Datang melancong ke Malaysia ini,
Jatuh cinta berbangga mempelajari.
Ilmu dituntut rasa dibanggai,
Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
Akan diungkap apabila sampai di sini,
Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.
Indah sungguh Bahasa Melayuku,
Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
Siapa mendengar pasti tak jemu.
Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
Ilmu dicurah di serata dunia;
Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.
Budi bahasa indah penenang jiwa,
Mengungkap kata sepenuh rasa;
Terpukau mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.
Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
Keindahan alam mereka terpukau;
Menjadi realiti di luar jangkau,
Indah berbahasa mereka terpaku.
Terpaku mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
Datang ke sini berbahasa Melayu;
Apabila berbahasa bangga tanpa silu,
Ramai yang mendengar rasa terpukau.
Penat lelahmu terbalas sudah,
Namun hatimu tak pernah bermegah;
Kau seorang berhati tabah,
Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.
Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
Azam mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.
Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.
Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa,
Tidak kira siapa pun mereka;
Bersatu hati demi Bahasa Ibunda,
Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.
Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta;
Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda,
Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.
Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita;
Bila berbahasa penuh bangga,
Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.
Kembara Bahasa dan Pejuang Bahasa,
Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
Moga matlamat kalian akan berjaya,
Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.
Bahasa kita warisan kita,
Warisan Seni yang perlu dibangga;
Marilah kita membudayakannya,
Pewaris kita turut berbangga.
Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa,
Dipersembahkan untuk Warga Dunia;
Moga gembira dan sentiasa bahagia,
Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Julai 2011
Awang Sariyan Kembara Bahasa
Selamat Hari lahir ke-82, Prof Wu Zong Yu, tokoh pengembang bahasa Melayu di negara China sejak tahun 1961. Semoga kesihatan beliau kembali stabil sesudah beberapa bulan berada di wad.
PERTEMANAN NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niaga tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Pradita Fia Bundaku sayang / parasmu yang cantik/melambangkan hatimu yang dermawan/kalimatmu yang menyejukan/ untaian kata yang selalu kurindu/ saat kugundah/percikan nadamu/bangkitkan hati yang terluka/ sejukan jiwa yang kerontang/ dan memberikan semangat/ seperti mentari yang tak bosan berkunjung....
SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Yang membuat kita rasa sempurna bilamana sahabat kita ikhlas bersahabat kerana Allah Taala dan setiap kali berkata-kata menenangkan roh dan jasad.
Itulah sahabat sejati berazam bersama mematrikan persahabatan hingga ke Syurgawi. Insya-Allah Aamiin.
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
Di saat terakhir aku memandang wajahmu ibu... bagaikan memandang indahnya purnama...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga Syurga lah tempatmu ibu Aamiin.
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 Julai 2021
YA ALLAH JIKA ADA PAHALA DI SETIAP PENULISANKU SAMPAIKANLAH PAHALA ITU KEPADA KEDUA ORANG TUAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
0 comments:
Post a Comment