AWANG KARIM KADIR: Tak ada puisi yang lebih bererti
selain daripada mengingati mati:
(21 April 2011)
RABEAH MOHD ALI:
Orang bijak mengingati mati,
Setiap amalan fikirkan akhirat;
Keiklasan beramal itu dihajati,
Tiada yang lebih bererti melainkan saham akhirat.
(21 April 2011)
AWANG KARIMKADIR: Beah saya dah baca skrip drama yang
kamu emelkan pada saya. Sebuah idea yang hebat. Cuma
memerlukan kos yang agak tinggi untuk diterbitkan. Lokasi berat:
Lokasi di dasar laut, kostum dan model bahtera yang memerlukan
kos yang lebih. Walau bagaimanapun boleh difikirkan bagaimana
untuk minimisekan dengan sedikit pengubahsuaian pada skrip asal.
(21 April 2011)
RABEAH MOHD ALI: Terima kasih kerana sudi menghargai
skrip tersebut. Apapun cadangan untuk menjayakan skrip
tersebut amat diterima dan dihargai.Kalau berjaya dipentaskan,
bagaimana dengan muzik mengiringi latar cerita tersebut
boleh diterima ke nanti? Boleh emelkan alamat saudara
Awang tak, boleh Beah poskan dvd gambaran penulis
tentang kisah cinta Putera Duyung untuk lebih menghayati
cerita tersebut. Terima kasih untuk segalanya.
(24 April 2011)
AWANG KARIM KADIR: Peti surat $77, 89058 Jln Mission, Kudat ,
Sabah. (24 April 2011)
RABEAH MOHD ALI: Terima kasih untuk segalanya. Selamat
berilham dengan Putera Duyungku, moga berjaya mempertabatkan
seni yang amat diminati ini. Dah baca ke blog: bukukreatifpatriotik@
blogspot.com dalamnya ada skrip drama pentas Pengantin Raja Rimba
dan Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang. Mana tahu dapat ilham
untuk mengarahkan drama tersebut.
Saudara Awang yang dihormati…
Saya kagum bakat yang ada pada anda. Terima kasih untuk segalanya.
(24 April 2011)
ADA JIWA: Benar dan amatlah benar Awang Karim yang dikenali.
(24 April 2011)
RABEAH MOHD ALI: Saudara Awang yang dihormati macam mana
perkembangan skrip Putera Duyung dah dapat idea ke untuk
dipentaskan? Saudara Mior Hashim lebih berminat untuk dijadikan
sebuah (teleplay(TV). Apapun saya terima apa jua pandangan
asalkan impian saya jadi kenyataan apabila skrip Putera Duyung
ada yang beminat untuk direalisasikan sebagai produk karya seni
kreatif. Terima kasih untuk segalanya.
(30 April 2011)
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
Subscribe to:
Posts (Atom)