SKRIP DRAMA PENTAS PENGANTIN RAJA RIMBA
BABAK PERTAMA (PERTENTANGAN)
Dimulakan dengan syair:
Tersebutlah kisah satu cerita,
Puteri Monyet yang cantik jelita;
Berhemah tinggi tidak terkata,
Di mana saja berdukacita.
Singa betina : Hei monyet betina! Kau cermin sikit
muka kau tu… dahlah hodoh ada hati nakkan harimau.
Monyet betina: Yang engkau sakit hati dengan aku ni
kenapa? Aku tak pernah pun hina engkau atau sesiapa
saja. Walaupun aku hodoh tapi hati aku taklah sebusuk
hati engkau! Mentang-mentanglah engkau binatang yang
kuat… nak tunjuk ego pulak.
Singa betina: Engkau ni perasan sangat. Harimau tengok
muka engkau pun dah nak loya.
Monyet betina : Ah! Engkau tu memang cemburu dengan aku,
sebab selama ini tak ada binatang yang minat dengan engkau
walaupun sekaum denganmu.
Singa betina : Untuk mengetahuan engkau monyet, harimau
tak layak dengan engkau tapi…kalau dengan aku bagaikan
pinang dibelah dua.(GELAK).
BABAK KEDUA (SEMANGAT)
Raja harimau pilihan hati,
Mengadu hasrat pada merpati;
Agar cinta jadi sejati,
Jasa si burung tetap diingati.
Burung : Sang monyet… aku tahu engkau sedang
memendam rasa cinta terhadap harimau. Kenapa kau
tak mahu terus terang aje padanya?
Monyet : Aku malulah… siapalah aku hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong.
Burung : Zaman sekarang ni… zaman terus terang,
siapa cepat dia dapat.
Monyet : Bukan semudah itu burung, kalau aku jatuh
cinta dengan kaum sejenis dengan aku tak apalah.
Ini dengan keturunan garang lagi ganas.
Silap… silap haribulan aku yang dibahamnya.
Burung : (Ketawa) Ha… tahu pun engkau takut.
Monyet : Apa nak buat… hati dah terbekenan, nyawapun
sanggup digadaikan.
Burung : Begitu hebat sekali cinta engkau tu. Sanggup
menggadaikan nyawa.
Monyet : Aku harapkan cintaku yang tertanam di sanubariku
menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Burung : Aku kasihankan kau monyet. Angan-angan mu
tinggi melangit. Kadang kala aku fikirkan engkau ni
dah tak siuman kerana membuat keputusan yang tak
masuk akal.
Monyet: Bukan engkau je kata aku macam tu. Boleh dikatakan
semua mengatakan aku dah gila.(MENGELUH) Manalah tahu satu hari
nanti tuah menyebelahi aku. Masa tu baru engkau tahu siapa aku.
Burung : Tak payah engkau cerita, semua binatang tahu…
siapa engkau.Seekor binantang yang pintar, suka menolong
kawan, bercita-cita tinggi, berwawasan, berjiwa murni dan kuat
berpegang kepada falsafah.
Monyet: Ke situ pulak dia. Aku tak mintak pun kau puji aku.
Yang aku mahu kau berikan aku pendapat bagaimana engkau dapat
menolong aku dalam mengeratkan lagi percintaanku dengan harimau.
Burung : (KETAWA) Monyet… monyet… engkau ni tak kenal
erti putus asa. Baiklah… engkau karang surat menyatakan
hasrat hati engkau pada harimau… biarkan aku poskan surat
engkau tu pada harimau.
Monyet : (SENYUM) Ha… macam tulah kawan.Sanggup menolong kawan.
BABAK KETIGA (PERTENTANGAN)
Puteri Monyet memendam rasa,
Dihina kawan tidak berasa;
Tidak mudah berputus asa,
Korban cinta untuk berjasa.
Monyet Jantan : Kenapa engkau tak sukakan aku? Sedangkan
aku boleh berikan segala-galanya pada engkau.Kitakan satu jenis,
satu hati.
Monyet Betina : Engkau ingat,cinta boleh dibeli dengan sekelip mata?
Monyet Jantan : Bukan aku saja yang menentang percintaan engkau tu,
malah semua binatang.
Monyet Betina : Ada aku kisah? Yang bercintanya aku… bukan mereka.
Monyet Jantan : Apa kelebihan harimau tu hinggakan kau sanggup
melupakan asal usul kau binatang yang lemah?
Monyet Betina : Cinta itu unik, murni… memerlukan pengorbanan.
Apa salahnya aku korbankan diri aku untuk cinta demi semata-mata…
Monyet Jantan : Kepentingan engkau! Engkau ingin mengejar
glamor. Biarlah semua binatang mengatakan betapa hebatnya
engkau dapat memikat raja segala binatang. Yalah punya kuasa,
tampan dan digeruni oleh semua binatang. Macam aku ni apalah
ada.
Monyet Betina : Betul kata engkau tu, kerana dia mempunyai
kuasa dan digeruni oleh binatang maka aku jatuh cinta dengannya.
Monyet Jantan : Memang aku dah agak dari wal jadi engkau ni
gilakan kuasa hingga sanggup menggadai cinta. Aku jijik! Jijik!
Mempunyai kaum yang sejenis macam ni!
Monyet Betina : Engkau nak pandang jijik ke atau apa saja yang
engkau nak kata… katalah. Aku tak kisah. Asalkan cinta aku tercapai
akhirnya.
Monyet Jantan : Aku pelik bin ajaib dalam sekelip mata kau dah
berubah. Dulu engkau tak macam ni. Kau terlalu pentingkan kaum
kau. Engkau bersikap perkauman.
Monyet Betina : Kerana ingin mengikis sikap perkauman yang
menebal dalam diri aku inilah aku mengambil keputusan untuk
jatuh cinta dengan harimau.
Monyet Jantan : Maksud kau?
Monyet Betina : Cuba kau fikir di dalam hutan ini terdiri
daripada pelbagai jenis binatang. Kalau masing-masing asyik
mementingkan kaumnya saja tanpa memikirkan kepentingan
binatang lain. Kalau macam tu bagaimana kita hendak bina
generasi kita yang berwawasan dalam keadaan huru hara.
Siapa yang susah? Anak cucu kita yang susah. Apa salahnya
kita merancang dari sekarang agar anak cucu kita mengecap
kebahagiaan yang hakiki.
Monyet Jantan : Aku tak terfikir pun yang kau berfikiran
sampai ke situ.
Monyet Betina: Salahkah aku… aku korbankan cintaku untuk
anak cucu kita dan seterusnya kedamaian hutan ini. Jika kita
hidup dalam keadaan aman damai tak siapapun berani untuk
menceroboh hutan ini. Kita buktikan pada manusia, walaupun
kita binatang tapi kita lebih mulia daripada mereka. Aku ingin
memadamkan dalam kamus manusia kata istilah,
‘ Peragai seperti binatang.’
Monyet Jantan : sekarang baru aku faham, mengapa engkau
jatuh cinta dengan harimau. Mulai sekarang aku akan memberi
sokongan agar cita-cita kau tercapai.
BABAK KEEMPAT (JATUH CINTA)
Raja harimau termakan budi,
Sakitnya kekasih tidak terperi;
Menentang sawa kuat menjadi,
Cinta dibalas patut diberi.
Harimau : Sedapnya buah durian tu… kalau aku dapat makan…
alangkah…
Monyet : Aku faham kau inginkan buah durian, biarlah aku
tolong ambilkan.
Harimau : Sungguh baik hati mu monyet… aku kuat tapi aku
tak boleh memanjat. Sungguhpun aku binatang yang hebat tapi
aku ada kekurangan.
Monyet : Tuhan itu Maha Adil. Semua makhluk yang
dijadikan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Justeru
apa salahnya kelebihan yang ada pada aku ini dapat aku
membantu binatang-binatang lain.
Harimau : Kata-kata engkau tu menyedarkan aku.
supaya kita jangan hidup sombong dan bongkak.
Tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.
Monyet : Ha… makanlah sepuas hatimu harimau.
( MONYET MEMBERIKAN DURIAN)
Harimau : (CUBA MENGOPEK DURIAN GAGAL LALU MENGELUH)
Monyet : Nanti luka … harimau.
Harimau : Selalunya aku melukakan mangsaku tapi kopek
durian pun aku tak boleh.
Monyet : Kali ni biarlah kuku kau yang tajam tu hanya akan
berbisa bila hendak menyelamatkan penghuni rimba ini ye.
Biar aku tolong kopekkan durian ni.
Harimau : Hati-hati monyet… nanti luka tanganmu.
Monyet : Tak apa aku dah biasa terluka.
Harimau : Lain macam bunyi nye tu. Mulai hari ini
tiada siapa akan berani melukakan kau lagi. Kalau berani…
mari bertarung dengan aku dulu.
Monyet : Ha… dah buka pun…makan puas-puas.
Kalau tak cukup aku ambil lagi.
(TERUS MEMANJAT POKOK TANPA MENYEDARI ADA
SEEKOR ULAR SAWA)
Monyet : Tolong lepaskan aku! ( DIBELIT OLEH ULAR SAWA).
Harimau : Hai ular sawa! Kalau engkau benar-benar gagah
mari turun ke mari. Jangan dengan binatang yang lemah engkau
nak tunjukkan kekuatan.
Ular Sawa: Engkau hendak mencabar aku ya harimau.
Baiklah sekarang aku turun.
(HARIMAU BERLAWAN DENGAN ULAR SAWA AKHIRNYA
ULAR SAWA TEWAS)
Ular Sawa : Engkau memang gagah. Maafkan aku.
Aku mengaku kalah.
Harimau : Engkau tak salah dengan aku tapi dengan monyet.
Baik engkau pergi minta maaf dengannya.
Ular Sawa : Monyet maafkan kerana mengganggu engkau.
Monyet : Aku maafkan . Lain kali jangan tunjuk kuat pada
binatang yang lemah. Sepatutnya binatang yang kuat membantu
yang lemah. Barulah aman. Sudahlah tu mari kita makan bersama-
sama.
(KETAWA BERSAMA-SAMA)
BABAK KELIMA (SURAT)
Raja Harimau menerima surat,
Surat dibaca menyatakan hasrat;
Cinta membara bertambah sarat,
Kalau jodoh telah tersurat.
Harimau : Surat siapa yang engkau bawa tu burung?
Burung : Surat istimewa ni untuk engkau.
Harimau : Siapa ya… yang berani hantar surat istimewa
pada aku?
Burung : Surat cinta.
Harimau : Eh! Siapa pulak yang berani jatuh cinta dengan aku?
.
Burung : Kalau tak percaya … bacalah. (MEMBERI SURAT)
Selamat tinggal! Selamat membaca…
Harimau : (Membuka surat lalu membaca)
Surat Monyet : Salam sejahtera buat harimau,
janganlah terperanjat apabila membaca warkah
pertamaku ini. Biarlah aku berterus terang
padamu bahawa aku telah jatuh cinta padamu
ketika pertemuan yang tidak disengajakan tempoh
hari. Maaf!Kerana jatuh cinta tanpa pengetahuanmu.
Kegagahanmu melawan ular sawa amat mengagumkan aku.
Syabas! Kau telah menggunakan kekuatanmu untuk
menyelamatkan nyawaku. Aku harap kegagahanmu
berkekalan selamanya untuk menyelamatkan nyawa
beribu-ribu binatang di rimba ini tanpa mengira
siapa pun mereka. Iyalah kalau difikirkan siapalah
aku untuk jatuh cinta padamu. Ah! Malunya aku.
Aku harap engkau tidak memarahi aku setelah
mendengar pengakuan ikhlas dariku.
Sekiranya kau balas cintaku betapa bahagianya aku.
Secara tak lansung segala cita-citaku menjadi
kenyataan. Oleh itu agar aku tidak ternanti-nanti
kau balaslah warkahku ini.
Akhir kata sambutlah salam hormat dariku,
Yang perasan,
Monyet.
Harimau Jantan : (SENYUM) Sambil melekapkan surat di dadanya.
Ya… Beda bedu….! ( GEMBIRA YANG BUKAN KEPALANG)
Harimau Betina : Surat siapa tu? Sukanya engkau?
Kenapa? (TERUS MERAMPAS SURAT DARI HARIMAU)
Oh! Surat cinta rupanya! Patutlah tersengih-sengih.
Habis tu kau terima cintanya?
Harimau Jantan : Diam.
Harimau Betina : Kalau engkau terima dia…
cinta aku ni engkau nak campak mana?
Harimau Jantan : Engkau jadi isteri nombor dua akulah (GELAK).
Harimau Betina : Engkau ingat aku suka berkongsi suami? (MARAH)
Harimau Jantan : Kalau tak suka… diam-diam ajelah!
Harimau Betina : Mana aku boleh diam kekasih aku diambil binatang lain .
Aku akan tentang habis-habisan!
Harimau Jantan : Hei! Sejak bila aku jadi kekasih engkau ha! Setahu aku engkau ni cuma teman biasa aje. Jangan lekas perasanlah.(GELAK)
Harimau Betina: (SAKIT HATI LALU PERGI).
BABAK KEENAM (BALAS CINTA)
Raja Harimau membalas cinta,
Gembiranya hati Puteri Jelita;
Siang dan malam bertemankan tinta,
Agar cinta terus bertahta.
Harimau Jantan : (MEMBALAS SURAT KEKASIH HATI)
Buat tatapan monyet, warkahmu telah kuterima dan kuucapkan
jutaan terima kasih di atas pengakuan ikhlasmu itu.Biarlah aku
katakana di sini niatmu untuk menjadikan aku kekasihmu…
Aku terima dengan rela hati. Biarpun aku tahu keputusan yang
aku ambil ini akan menggemparkan seluruh binatang di darat
mahupun di laut. Aku sedar, betapa pentingnya kedamaian.
Memang aku akui aku bongkak, sombong dengan kekuatan
yang aku miliki untuk membunuh mangsa-mangsaku tapi
setelah berkenalan denganmu tempuh hari segala
kebongkakkanku terpadam dengan tiba-tiba.
Kehadiranmu pada hari itu telah melembutkan keganasanku.
Terima kasih monyet, semoga kau tetap menjadi kekasihku
yang setia.
Akhirkata sambutlah salam hormat daripadaku.
Yang Mencintaimu,
Harimau.
BABAK KETUJUH (POS)
Jasa si burung tidak dilupa,
Terbang tinggi bertegur sapa;
Mengalir keringat tidak mengapa,
Tanda kasih sedemikian rupa.
Burung : Sudah siap ke surat balasan?
Harimau : Sudah…bawa tu baik-baik ye… jangan sampai tercicir.
Burung : Engkau tak percayakan aku ke?
Harimau : Aku cuma beri ingatan je! Kan elok saling ingat
mengingati.
Burung : Terima kasih atas nasihat kau tu. Aku akan pastikan
surat ini selamat sampai kepada sahabatku monyet.
(MENGAMBIL SURAT)
* * * * *
Burung : (MENGAH) Monyet… ini surat engkau bacalah cepat.
Monyet : Terima kasih burung. Semoga Tuhan membalas budi baikmu, (MEMBACA KEMUDIAN SENYUM PANJANG)
Burung : Macam mana ada tindak balas tak?
Monyet : Gembiranya aku! Cinta aku berbalas.
Burung : Tahniah monyet! Aku doakan cinta kau tu berjaya.
Kalau makan nasi minyak tu jangan lupa jemput aku.
Monyet : Takkanlah aku nak lupakan engkau burung. Aku
akan jemput semua binatang di darat mahupun di laut.
Burung : Dapat aku bayangkan betapa meriahnya perkahwinan
kau tu engkau jangan susah hati. Urusan kad jemputan kahwin aku
yang uruskan. Aku minta kerjasama kawan-kawanku untuk
kirimkan kad jemputan kahwin kepada semua jenis binatang
yang ada di darat mahu pun di laut.
BABAK KELAPAN (JEMPUTAN)
Kad jemputan terus diedar,
Semua terkejut tiadalah sedar;
Ada yang memandang terus tersandar,
Asalkan pengantin cinta tak pudar.
Siput : Surat siapa yang kau bawa tu burung?
Burung : Ini bukan surat… ini kad jemputan kahwin.
Siput : Siapa pulak yang nak kahwin?
Burung : Monyet dengan Harimau.
Siput : (KETAWA)
Burung : Eh! Kenapa engkau ketawa?
Siput : Aku tak percaya.
Burung : Kalau engkau tak percaya… ha…
engkau baca kad jemputan kahwin ni!
(MENGHULURKAN KAD JEMPUTAN KAHWIN KEPADA SIPUT)
Siput : (TERPERANJAT) Iya betullah. Ini satu keajaiban!
Burung : Kalau dah jodoh tak ada siapa yang menghalangnya!
Itu namanya jodoh dah tersurat .
Siput : Siapa-siapa lagi yang dijemput?
Burung : Seluruh binatang di laut dan di darat.
Siput : Hebat!
Burung : Nanti, engkau jemputlah sanak saudara engkau datang ye.
Siput : Sampaikan salam aku pada monyet. Katakan aku ucapkan
tahniah dan terima kasih atas jemputannya.
Gajah : Bila ditetapkan tarikh perkahwinan monyet dengan harimau,
tu burung?
Burung : Satu haribulan satu tahun 2020.
Gajah : Tepat pada masanya. Satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh
semua binatang untuk meraikan satu kejayaan.
Burung : Kejayaan apa pulak tu?
Gajah : Iyalah dengan sahnya perkahwinan harimau dengan monyet
secara tidak langsung pasangan pengantin tersebut telah menyatupadukan
seluruh binatang.
Burung :Sungguh bijak engkau gajah.
Gajah : Apa engkau ingat selama ini aku bodoh ke?
Biarpun aku berbadan besar, tenaga pun besar…otak aku pun
besar juga.
Burung : (GELAK) Iyelah aku tahu engkau tu semuanya besar.
Gajah : Engkau jangan nak sindir aku pulak!
Burung : Jangan marah… aku bergurau aje.
Takkan itupun nak ambil hati. Maaf ye … aku pergi dulu…
jangan tak datang bawa saudara mara engkau ya gajah.
BABAK KESEMBILAN (GOTONG ROYONG)
Semua haiwan bergotong royong,
Sediakan pelamin pengantin tersayang;
Bergurau senda semakin matang,
Gembiranya hati semua yang datang.
Kucing : Macam mana dengan kain pelamin yang aku
buat ini cantik tak?
Itik : Apa yang engkau buat kucing semuanya cantik.
Singa : Siapa yang pilih warna?
Arnab : Siapa lagi pengatinlah. Katanya warna unggu adalah
lambang kedamaian. Penyatuan rasa cinta yang sukar dimengertikan.
Ayam : Romantik sungguh pengantin kita tu. Siapa pulak yang
mengantung lampu-lampu yang berwarna-warni itu? Sungguh cantik?
Kucing : Keluarga monyetlah. Mereka mahir dalam panjat memanjat.
Itik : Kamu semua terfikir tak bagaimana muka anak pengantin
kita nanti?
Singa : Rupa ibu dan bapak dialah!
Kucing : Rupa mounyetlah. Mau tu bapak dia dan nyet ibu dia.
(SEMUA TERGELAK BESAR)
BABAK KESEPULUH (TETAMU DATANG)
Malam dinantikan penuh debaran,
Persandingan Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
Semua gembira menantikan tibanya perkahwinan,
Majlis perkahwinan yang dibanggakan.
Tetamu datang dari daratan dan lautan,
Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
Kerana pengantin idola perdamaian.
Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
Tetamu disambut dan dijamu;
Dijamu makanan pelbagai menu,
Sambil makan menantikan pengantin rasa tak jemu.
Itik : Cantiknya pasangan pengantin bagaikan pinang
di belah dua.
Burung : Engkau engok tu… bintang-bintang di langit
bergemerlapan dan bertaburan di sana sini seolah-olah
menyerikan lagi majlis perkahwinan ini, mari kita
tengok barang-barang hantaran harimau kepada monyet.
Kucing : (MEMBELEK HANTARAN)
kasut Cinderella pun ada, hai… bertuah monyet dapat
bersuamikan harimau.
Itik : Entah-entah satu hari nanti pulak, engkau
kahwin dengan aku.
Kucing : (KETAWA) Engkau ni mengarutlah.
Itik : (KETAWA) Dalam dunia sekarang tiada yang pelik.
BABAK KESEBELAS (SAMBUTAN MAJLIS PERKAHWINAN DAN MASUK
TAHUN 2020)
Tepat Jam 12 Malam semua bersorakkan,
Tahun baru 2020 diraikan seiring majlis pengantin;
Di langit rimba bunga api berpercikkan ,
Meraikan Pengantin Raja Rimba yang budiman.
Pengantin diarak menuju pelamin,
Gajah membawa pasangan pengantin:
Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
Di malam itu penuh kemeriahan.
Duduk bersanding jeling menjeling,
Sambil menjeling tersenyum sayang;
Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
Dilemparkan senyuman mesra tanda kasih sayang.
Semua kumpulan tetamu membuat persembahan,
Dipersembahkan kepada pengantin kesayangan;
Pengantin gembira keterharuan,
Melihat persembahan yang mengasyikkan.
Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
Pelbagai kaum dapat disatukan,
Hidup aman damai dalam perpaduan.
Kancil (Wakil Haiwan): Terima kasih Pengantin Raja Rimba
yang kami sayangi. Tuan telah menyatukan penghuni
rimba yang selama ini mementingkan kaum sendiri dan
hanya mementingkan diri sendiri. Dengan perkahwinan
ini penghuni rimba dan lautan menjalani hidup bersatupadu
tolong menolong dan aman damai selamanya. Terima kasih
Pengantin Raja Rimba.
Harimau : (TERSENYUM SAMBIL MEMANDANG ISTERINYA)
Ucapkan terima kasih kepada isteriku . Dialah yang telah
membuka hatiku untuk kedamaian rimba ini dan kedamaian
penghuni lautan juga.
Monyet : (TERSENYUM BANGGA SAMBIL MEMBALAS
SENYUMAN KEPADA SEMUA TETAMU HADIR YANG
BERSORAKKAN PENUH GEMBIRA YANG AMAT SANGAT
DAN DI TAMATKAN DENGAN PERCIKKAN BUNGA API)
TAMAT
Karya: Rha NS
1 Januari 1995
Mengisahkan perkahwinan harimau dengan monyet pada tahun 2020.
Betapa meriahnya hari tersebut kerana semua binatang di darat dan
di laut meraikannya. Tidak kira binatang buas, jinak, besar dan kecil
masing-masing membawa hadiah yang unik.
Pada sebelah malamnya pula berselerakkan bintang-bintang di langit
di merata-rata tempat. Pelamin dihias dengan lampu-lampu berwarna-
warni. Di hadapan pelamin penuh dengan hantaran kedua-dua belah
pengantin. Sebelum monyet menyambut hari perkahwinan, monyet
menghadapi pelbagai cabaran.
Monyet mempunyai falsafah mengapa dia berkahwin dengan harimau.
Di antaranya:
1. Menyatupadukan binatang buas dengan jinak.
2. Mewujudkan keharmonian masyarakat seluruh jenis binatang.
3. Mewujudkan masyarakat yang kuat membantu yang lemah.
4. Yang berlebihan membantu yang kurang.
5. Saling faham memahami di antara satu sama lain.
6. Saling sayang menyayangi di antara satu sama lain.
7. Saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
8. Saling memberi kerjasama dalam suasana harmonis.
9. Mewujudkan masyarakat yang berwawasan.
10. Menyatupadukan pelbagai kaum dengan semangat perpaduan demi
kedamaian penghuni rimba dan lautan untuk selamanya.
Pada malam yang ditunggu-tunggu oleh semua penghuni rimba dan
lautan iaitu menandakan masuknya tahun 1 hb 1 tahun 2020 mereka
semua menyambut dengan sorakkan dan percikkan bunga api yang
mengindahkan langit rimba meraikan,' Perkahwinan Raja Rimba’ yang
menjadi simbol penyatuan kaum semua penghuni rimba mengecapi
kehidupan aman damai selamanya.

Aku menulis sejak dulu,
Karyaku tersimpan di galeriku;
Apabila kutiada untuk generasiku,
Lambang cinta abadi dariku untukmu.
Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama;
Aku dan pembaca saling bekerjasama,
Agar penulisanku senada seirama.
Ketika bulan purnama aku berkarya,
Penaku disinari cahaya rang bulan;
Seronoknya aku tika berkarya,
Tersyahdu aku keindahan bulan.
Tersyahdu aku keindahan bulan,
Bulan purnama sumber inspirasiku;
Cita-cita ingin menggapai bulan,
Kugenggam bara menjadi abu.
Sinaran bulan sumber inspirasiku,
Karyaku berlatarkan bulan purnama;
Pemuzikku hasilkan irama untuk karyaku,
Penyatuan senimu seniku jadi sempurna.
Di siang hari diserikan pelangi,
Di malam hari disinari bulan;
Cinta yang murni terus mewangi,
Puisi cinta terpancar di bulan.
Sahabatku namanya Rufiah,
Menggelar dirinya Pejuang Seni;
Perjuangannya tidak pernah mengalah,
Berjaya citanya mempertabatkan seni.
Terharu sangat dengan Pejuang Seniku,
Meyakini sangat impianku;
Memiliki kota buku Karyaku Duniaku,
Doanya jadi kenyataan harapanku.
Jutaan terima kasih kepada Pejuang Seniku,
Kerana sudi menghargai karyaku;
Aku terkesima dengan penghargaanmu itu,
Tapi aku tak mahu tertaksub dengan diriku.
Rupamu rupawan seindah budi,
Tutur katamu menawan hati;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.
Pejuang seniku diammu buatku gundah,
Kata puitismu aku rindui;
Kiranya ada bicaraku yang tersalah,
Maafkan daku kerana hadirmu tidak kulupai.
Berilah peluang hatimu senyum,
Kerana senyum ada pahala;
Biarpun pahit untuk tersenyum,
Senyuman ikhlas ramai yang suka.
Hari-hari berbunga cinta,
Cintakan semua yang dimiliki;
Moga Pejuang Seniku tenang jiwanya,
Memiliki cinta yang hakiki.
Letakkan harapan padaNya,
Nescaya dipenuhi sinar hidayahNya;
Kujua mengharap padaNya,
Agar kau dan aku dalam Nur KasihNya.
Maafkanku duhai teman dihormati,
Kerana tidak dapat berkata-kata;
Kecilkan hatimu tanpa kusedari,
Lebih baik kudiam daripada berkata-kata.
Maafkanku buat hatimu terluka,
Padamnya persahabatan tanpa relaku;
Maafkan dunia akhirat segala silap dan kata,
Kuundur diri moga bahagia dirimu,
Persatuan Seni Sabah berdiri megah,
Berpenderian mambantu warga seni Sabah;
Ingin berjaya perlu tabah,
Tabahkan hatimu duhai generasi Sabah.
Tiga sahabat menjadi idola sastera,
Perjuangan sastera hingga ke hujung nyawa;
Mengungkapkan kata-kata penuh sejahtera,
Dikau tiada generasi seni berasa kecewa.
Khazanah sastera akan dipelihara,
Dipelihara warga seni Sabah;
Perjuanganmu memupuk semangat membara,
Di hati pecinta seni seluruh Sabah.
Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama;
Ya Allah jauhkan riak walau di mana,
Kerana semua amalan tidak Kau terima.
Kusyukuri kurniaanMu Ya Allah padaku,
Kerana kurniakan bakat yang berharga;
Ingin kukongsi kurniaan ini kepada semua,
Moga sama-sama memakmurkan bumi tercinta.
Setiap manusia merasai mati,
Tiada sebab takut mati;
Hargai hidup biar bererti,
Agar karyaku karyamu DinilaiNya nanti.
Pencentus revolusi minda itu hajatku,
Apabila berhubung dengan rakan seperjuanganku;
Banyak idea tercetus itu mahuku,
Moga kecemerlangan dunia akhirat milikmu milikku.
Kita punyai minat yang sama,
Sokong menyokong perlu antara kita;
Karyamu karyaku berirama seni bersama,
Insya-Allah menghasilkan produk seni legenda milik semua.
Kutinggalkan ilmu bukan untuk dibanggai,
Hanya semata Allah dicintai;
Moga pembaca mendoakanku nanti,
Sebar luaskan karyaku ini.
Karya: Rha NS
1 Mei 2011

Ya Allah
Cintai aku
Cintailah orang-orang yang mencintaiku juga
Cintai orang-orang yang ingin mencari Nur HidayahMu.
Balaslah cinta kami dengan
Nur hidayahMu
Limpahkan Nur KasihMu pada kami.
Agar...
Pabila sampai masanya nanti
kami tidak menyesal
kerana
pada hari itu
tiada penyesalan lagi
untuk ditebus!
Yang ada amalan yang Kau terima
dosa yang terampun.
Justeru cintai aku
cintai mereka juga.
Kami mahu pulang kepadaMu
sebagai kekasihMu
bukan sebagai
hamba yang Kau murkai...
Tangisanku menjadi saksi
aku cintaMu
tangisan ini...
menjadi saksi mereka juga cintakanMu.
Biarpun aku Kau uji begini hebat!
Aku redha dalam sujudku...
aku syukur apa adanya.
KeranaMu
kupasrah dalam khashaf takdir
yang Kau tentukan...
Aku redha dalam sujudku.
Dengan belas ihsanmu
Ya Tuhan yang kucinta
sepenuh jiwa dan raga
berilah aku peluang dan
ruang untukku membuat
segala kebaikan samada
perkataan dan perbuatan
yang Kau redhai.
Berilah aku ilham
berkarya dengan penaku
agar dapat mengusik
qalbu roh keimanan mereka
pembaca di alam maya
pembaca di alam nyata
agar aku dan mereka mengecapi
hidayah dan Nur KasihMu yang
dinanti-nantikan dalam penuh
syahdu dan kesyukuran.
Tiada apa yang lebih berharga
di dunia ini melainkan mendapat
Nur HidayahMu
Nur KasihMu
RestuMu
di kala hidup
di kala matiku
di kala matinya
Perkenankanlah doaku ini
Perkenankanlah doa mereka juga.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
21 Mei 2011

Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
Di mana saja Kau tak kulupa,
CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.
Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
KuasaMu mengatasi segala yang ada;
Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.
Maha Suci Allah,
Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
Aku pasrah atas segala ketentuanNya.
Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
Dari lubuk hati bawa ke mati;
Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.
Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.
Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
Janji Allah semuanya benar;
Tetapi manusia melupakan Allah,
Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.
Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
Kurindumu terbawa dalam mimpi;
Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.
Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
Kasihmu pada kami akan terpatri,
Dunia dan akhirat menjadi saksi.
Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
Air wuduk disapukan ke wajahku:
Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
Aku bersyukur dalam sujudku.
Di bumi ini aku bersujud padaNya,
Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.
Tika aku bersujud padaMu,
Serasa Kau hampir denganku;
Kubersujud penuh kusyuk,
Moga Kau terima solatku.
Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Berzikir memujiMu mengundang rindu,
Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
Rohku syahdu dalam sendu,
Jasadku bersyukur dalam qalbu.
Membaca KalamMu hatiku pilu,
Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
Seolah berada di Taman SyurgaMU,
Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.
Setelah solat kuberdoa padaMu,
Mohon Kau perkenankan doaku;
Kuterus merayu dalam doaku,
Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Di pagi yang hening ini,
Munajatku dengan linangan air mata;
Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.
Al-Quran sentiasa di sampingnya,
Dibaca berulang kali tanpa jemu,
Setiap surah dihafal dalam mindanya,
Menjadi peguam bela di kuburmu.
Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.
Wajah berseri bak penghuni Syurga,
Senyuman ikhlas menawan iman;
Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.
Ceriakan hidupmu setiap hari,
Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
Setiap hari saling ingat mengingati,
Hingga ke mati dikenang jasamu.
Duhai yang dihormati sahabatku,
Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
Moga ilmumu mengusik qalbu,
Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.
Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Kasih sayangMu tidak terbatas;
Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.
Karya: Rha NS
31 Mei 2011

Tersebutlah satu kisah percintaan,
Dimulai dengan sebuah perkampungan nelayan;
Telah berlaku satu pergaduhan,
Hanya kerana ingin merebut kekuasaan.
Pergaduhan berlaku tanpa ihsan,
Sana-sini mayat bergelimpangan;
Bermandikan darah perkampungan nelayan,
Tiga hari dua malam pergaduhan berlarutan.
Malam ini sekumpulan Kampung Nelayan,
Melarikan diri dari permusuhan;
Naik ke kapal berebut-rebutan,
Kerana ingin lari dari kekalutan.
Di malam bulan purnama indah permandangan,
Terpesona mata memandang ke arah bulan;
Mas Merah berbincang dengan Siew Lan,
Mengenai keharmonian kehidupan di lautan.
Siew Lan memujuk Mas Merah dengan kasih sayang,
Mas Merah kawan baiknya dari dulu hingga sekarang;
Berkawan baik atas dasar keikhlasan sayang,
Saling nasihat menasihati demi kasih dan sayang.
Mas Merah luahkan rasa di hati,
Menjadi penghuni lautan itu yang diingini;
Hidup berkasih sayang penuh harmoni,
Tapi apakan daya cuma imaginasi.
Melaung Mas Merah di lautan sepi,
Meraung merintih kenapa nasibnya begini;
Tiada siapa yang ingin mengerti,
Hidup di dunia dirasakan mati.
Telah berlaku sesuatu yang tidak diduga,
Tiba-tiba berlaku perubahan cuaca;
Angin rebut taufan datang melanda,
Penghuni kapal ketakutan dirasa.
Penghuni kapal menjerit ketakutan,
Kapal terhoyang-hayang di tengah lautan;
Ombak bergulung guruh berdentuman,
Penghuni kapal berada dalam kecemasan.
Hujan ribut disertai suara menakutkan,
Muncul rasaksa dasar lautan;
Menenggelamkan kapal ke dasar lautan,
Sekelip mata hilang ditelan lautan.
Semuanya mati ditimpa malang,
Kecuali Mas Merah diselamatkan duyung;
Lelaki duyung bergelar Putera Duyung,
Memiliki kuasa segala duyung.
Mas Merah koma beberapa hari,
Putera Duyung bersusah hati;
Ingin menyelamatkan Mas Merah hajat di hati,
Agar Mas Merah bernafas kembali.
Bertemu pendeta minta pandangan,
Pendeta meminta Putera Duyung fikirkan;
Sebelum membuat apapun keputusan,
Kerana alam duyung dan manusia banyak perbezaan.
Putera Duyung mahukan Mas Merah diselamatkan,
Walau apa cara sekalipun akan diusahakan;
Melihat Mas Merah hatinya ihsan,
Berkorban nyawa dia pertaruhkan.
Hati Putera Duyung perlu didermakan,
Kepada Mas Merah untuk diselamatkan;
Percantuman hati mesti dijalankan,
Itu caranya Mas Merah diselamatkan.
Putera Duyung sanggup dermakan hati,
Melihat Mas Merah koma tak sampai hati;
Putera Duyung yakin Mas Merah manusia baik hati,
Didermakan hati dengan seikhlas hati.
Di malam bulan purnama dijalankan pembedahan,
Antara Putera Duyung dan Mas Merah penuh suspen;
Malam terang disimbahi cahaya rang bulan,
Selamat sudah pendeta lakukan pembedahan.
Selepas pembedahan berlaku perubahan,
Mas Merah bertukar menjadi duyung rupawan;
Gembiranya pendeta berjayanya pembedahan,
Pendeta bersyukur usahanya DiPerkenankan.
Mas Merah hidup bagaikan keajaiban,
Didapati dirinya ada di dasar lautan;
Berasa pelik dengan perubahan,
Perubahan dirinya di luar dugaan.
Dirasakan dirinya berada di alam fantasi,
Seolah tercapai hajat di hati;
Menjadi penghuni lautan yang dibayangi,
Kini menjadi kenyataan masih belum difahami.
Puteri Duyung menyambut kedatangan Mas Merah,
Disambut dengan tarian duyung penuh meriah;
Istana duyung dihias indah,
Menyambut tetamu terhormat Mas Merah.
Mas Merah gembira tidak terperi,
Dilayan Mas Merah seperti Tuan Puteri;
Wajahnya ayu berseri-seri,
Dirasakan impian jadi realiti.
Memang impian menjadi realiti,
Mas Merah masih lagi belum mengerti;
Dipendamkan juga kenapa jadi begini,
Akan terjawab di suatu ketika nanti.
Bergurau senda dengan Puteri Duyung,
Menghayati suasana di Taman Karang;
Menjadi sahabat baik penuh kasih sayang,
Kasih terjalin mengundang sayang.
Setiap hari berkejar-kejaran,
Berkejar-kejaran di balik taman;
Taman Karang dipenuhi bunga-bungaan,
Harum semerbak menyelubungi taman.
Dalam berkejaran terpisah dengan Puteri Duyung,
Puas dicari Puteri Duyung ke mana menghilang;
Muncul pula lelaki duyung,
Mas Merah menangis berasa bimbang.
Putera Duyung memperkenalkan diri,
Diceritakan bagaimana Mas Merah jadi begini;
Fahamlah sudah Mas Merah kini,
Budi baik Putera Duyung terkesan di hati.
Semenjak itu berkenan di hati,
Mas Merah jatuh cinta tanpa disedari;
Dengan Putera Duyung yang baik hati,
Cinta Putera Duyung ingin dimiliki.
Tapi apakan daya cintanya terhalang,
Cinta Putera Duyung kepunyaan Puteri Duyung;
Beralah Mas Merah terus menghilang,
Bukti kasihnya kepada Puteri Duyung.
Demi sahabat ingin menjadi manusia kembali,
Agar cinta sahabatnya bertaut kembali;
Biarlah dia membawa hati,
Membawa hati luka demi sahabat sejati.
Berjumpa pendeta menyampai hajat di hati,
Agar pendeta boleh perkenankan nanti;
Mengertilah sudah pendeta kini,
Memakan 7 jenis rumpai laut itu dikehendaki.
Berlaku perubahan setelah makan rumpai laut,
Menjadi kembali manusia terapung di laut;
Teruna muda terjun ke laut,
Menyelamatkan Mas Merah tanpa takut.
Mas Merah pengsan tak sedarkan diri,
Doktor datang memberi rawatan;
Sedar Mas Merah gembiranya hati,
Si teruna muda yang baik budi.
Budi bahasa Mas Merah buat si teruna jatuh hati,
Cinta Mas Merah ingin dimiliki;
Melamar Mas Merah sepenuh hati,
Mas Merah terkesima antara dua hati.
Antara cinta dan budi,
Mas Merah tak mengerti;
Cintakan Putera Duyung setia di hati,
Hatinya dengan Putera Duyung tercantum di hati.
Mas Merah rupawan buat hati tertawan,
Anak-anak kapal berlumba ingin menawan;
Menawan cinta Mas Merah yang rupawan,
Ingin memiliki cinta sanggup berbunuh-bunuhan.
Mas Merah memberontak rasa tak tenteram,
Tiada dimiliki rasa kedamaian;
Tidak seperti berada di dasar lautan,
Ingin kembali menjadi duyung lautan.
Tanpa berfikir baki 7 jenis rumpai laut dimakan,
Bertukar menjadi duyung kembali selepas makan;
Gembiranya hati tak dapat dibayangkan,
Terus menggelongsor ke dasar lautan.
Mas Merah pergi mencari pendeta,
Memohon nasihat dari pendeta bijaksana,
Hajat Mas Merah difahami pendeta,
Berjumpa Puteri Duyung itu dipinta.
Tika itu Puteri Duyung sedang berdandan,
Didandan cantik menjadi pengantin;
Sebentar lagi upacara pernikahan dijalankan,
Dengan Putera Duyung kekasih idaman.
Mas Merah menangis sepenuh hati,
Merayu pilu pada sahabat sejati;
Puteri Duyung tidak sampai hati,
Melepaskan cintanya pernikahan tak jadi.
Budi baik Puteri Duyung dingati sampai mati,
Bukan sengaja merebut kekasih hati;
Sudah terikat antara dua hati,
Moga cintanya terpatri nanti.
Putera Duyung tidak ambil hati,
Apabila Mas Merah menaruh hati;
Kedua-dua duyung tidak dikawini,
Demi kerana menjaga hati.
Sumpahan duyung Mas Merah redha,
Di siang hari menjadi manusia,
Menjadi duyung apabila malam tiba,
Pulau terpencil tempat tinggalnya.
Bernyanyi-nyanyian mengeratkan kasih,
Kasih mengasihi seperti kekasih;
Apakan daya kasih tersisih,
Kerana tak mahu berbagi kasih.
Putera Duyung datang di bulan purnama,
Memastikan Mas Merah hidup sempurna;
Ada masalah dikongsi bersama,
Ketiadaan Putera Duyung Mas Merah redha.
Kebahagiaan mereka rupanya tak lama,
Apabila datang nelayan ke sana;
Mahu menangkap Mas Merah agar ternama,
Dibuat persiapan lembing dibawa.
Malam itu malam penghabisan,
Cinta dua kekasih tidak kesampaian;
Putera Duyung ingin nyatakan,
Agar diterima Mas Merah lamaran.
Mas Merah gembira disarungkan kalungan,
Kalungan mutiara bertatah berlian;
Mas Merah ternampak balingan lembing nelayan,
Dipertaruhkan nyawa demi cinta kesufian.
Nelayan takut sembunyikan diri,
Di balik batu dia bersembunyi;
Tanpa disedari datang ketam gergasi,
Digigit nelayan hingga mati.
Panahan lembing tertusuk di hati Mas Merah,
Mengalir deras pekatnya darah;
Putera Duyung terpaku dalam luka yang parah,
Perginya kekasih dalam cinta berdarah.
Semasa nazak dipangkuan Putera Duyung,
Sempat menyuruh mengawini Puteri Duyung;
Kepedihan dirasa tak dapat dibendung,
Menangis Putera Duyung dalam cinta sayang.
Sedihnya tika itu tahunya Tuhan,
Dicabutnya lembing perlahan-lahan;
Darah terus mengalir terus-terusan,
Menangis hiba cinta tak kesampaian.
Permergian Mas Merah sentiasa dikenangkan,
Apa nak buat takdir menentukan;
Cinta kekasih tidak kesampaian,
Diredhainya dalam kepasrahan.
Di hari persandingan penuh hiba,
Jenazah Mas Merah menyaksikan cinta;
Hajat Mas Merah disampaikan juga,
Mahukan perkahwinan dijalankan segera.
Setelah persandingan upacara pengkebumian,
Mas Merah dibawa ke kuburan;
Di Taman Karang Mas Merah dikebumikan,
Menjadi legenda penghuni lautan.
Cinta Legenda Khashaf Takdir Cinta Abadi,
Antara dua kekasih berlainan alam perbezaan hati;
Bercantuman hati hingga ke mati,
Membawa cinta hingga ke alam abadi.
Sekian sahaja syair kisah cinta Putera Duyung,
Sekelip mata kekasihnya hilang;
Cinta Mas Merah akan dikenang,
Tragis Percintaan mereka terus dikenang.
Karya: Rha NS
1 Mei 1995

Ingin kuberi hati ini
padanya yang dapat
memenuhi kehendak roh dan jasadku
agar cahaya keimanan
dia dan aku tersirna
dalam paduan cinta.
Saling mencintai keranaNya
keasyikkan memburu cintaNya
sama-sama ingin memiliki cintaNya
demi persiapan bekalan akhirat
sebelum bertemu denganNya.
Bercinta keranaNya
Membalas cinta keranaNya
mendapat redha dan restuNya
barulah dapat ketenangan
hakiki dunia dan akhirat!
Karya: Rha NS
21 Mei 2011
padanya yang dapat
memenuhi kehendak roh dan jasadku
agar cahaya keimanan
dia dan aku tersirna
dalam paduan cinta.
Saling mencintai keranaNya
keasyikkan memburu cintaNya
sama-sama ingin memiliki cintaNya
demi persiapan bekalan akhirat
sebelum bertemu denganNya.
Bercinta keranaNya
Membalas cinta keranaNya
mendapat redha dan restuNya
barulah dapat ketenangan
hakiki dunia dan akhirat!
Karya: Rha NS
21 Mei 2011
Apa dayaku menolak
dia hadir tanpa duga
dia hadir tanpa diundang
menuju ke benak hati
menuju ke perdu rindu cinta.
Cintamu bukan miliku
hatimu sudah dimiliki cinta
namun hatiku teruja miliki cintamu.
Sudah jutaan kali kuungkapkan
kuingin miliki cintamu
apa dayaku kau biarkan sepi.
Kucuba padamkan cintaku
kerna hatimu bukan milikku
kuharap Tuhan bukakan hatimu
untuk kumiliki
ku tak paksa dirimu terimaku
jua dirimu… aku pasrah.
Andai tiada hatimu untukku
cukuplah sekadar puisi indah
berimpian memiliki hatimu
wangian kasih pernah menakluki
cintamu bertandang di hatiku.
Kudoakan moga hatimu hatinya
berbaur cinta Syurga.
Doakan moga diriku
miliki hati yang punya hati padaku
dan hatinya terpaut pada
Maha Pemberi Hati…
Maha Pencipta Hati…
Dengan KemurahanNya
Dikirim hambaNya
untuk memiliki hatiku
Syukur kupanjatkan padaNya
terima kasih pada hambaNya
kerana sudi memiliki hatiku untuk dimiliki.
Karya: Rha NS
13 Mei 2011

RABEAH MOHD ALI:
(19 Mei 2011)
Dua sahabat saling setia,
Susah senang dikongsi bersama;
Sentiasa sefahaman di mana berada,
Hidup bersahabat harmoni sentiasa.
Dua sahabat minat yang sama,
Menulis lirik saling merujuk;
Yang salah di edit bersama,
Gurau senda tidak pernah merajuk.
Madili Jakir seorang pendiam,
Kegemaran menolong orang yang susah;
Budi ditabur dalam diam,
Baktimu dihargai mereka yang susah.
Marlini Manja seorang yang baik,
Bersahabat baik dengan Madili Jakir;
Tolong menolong amalan baik,
Moga hidupmu penuh kebaikan hingga ke akhir.
MADILI JAKIR: Terima kasih RMA tiada kata yang dapat
diucapkan melainkan terima kasih banyak telah ciptakan
sajak senda gurauan khas untuk kami dan nukilan kamu
kami abadikan…
(19 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI:
Sama-sama kasih saudara Madili Jakir,
Persahabatan kalian amat kukagumi;
Bersahabat atas dasar keikhlasan tidak berakhir,
Menjalinkan persahabatan yang sentiasa suci murni.
(19 Mei 2011)
MADILI JAKIR: Saudari Rabeah…sememangnya kami
telah berkawan dari tahun 2004 dan telah putus
kerana perkara yang tidak dapat dielakkan, namun di
akhir-akhir 2010 kami sangat rapat dari segi apapun
masalah dia dan saya sama-sama selesaikan, kami
juga tak perasan yang ada juga orang perhatikan
persahabatan kami yang akrab, terima kasih saudari
telah beri sokongan yang tidak dapat kami balaskan.
Ha…ha…ha… tu lah kan…sejak tu…
(19 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Terima kasih juga saudaraku Madili
Jakir, persahabatan kalian amat harmonis sebenarnya…
hahaha…itu lah kan… untuk pengetahuanmu pantun
persahabatan kalian sama dengan pantun yang kukarang
kan tajuk, ‘Pantun Imaginasi Kanak-Kanak’ kalau sudi bacalah
ada tertera di alam maya hahaha… tu lah kan…sejak itu pasti
saudara akan meminati dunia sastera yang menghiburkan
saudara..Insya-Allah.
(19 Mei 2011)
MARLINI MANJA: RMA Terima kasih banyak-banyak kerana
menghargai persahabatan kami dari kejauhan. Walaupun
bidang perniagaan yang diceburi berlainan tapi kami sama-
sama menjadi ahli network enumx. www.enumcall.com/
manja & www.enumcall.com/madili.Panggilan percuma
8 jam $$$ pendapatan sehingga RM 3,8000.00 sehari.
(19 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Ya Allah Ya Tuhanku murahkan rezeki
dua sahabatku ini agar mereka menjadi jutawan dunia
akhirat. Amin Ya Rabbal A’Lamin.
(19 Mei 2011)
MARLINI MANJA: Kalau puan sudi join maka kita akan
jadi bertiga, semoga doa puan itu mustajab & Allah SWT
perkenanan. Amin Insya-Allah.
(19 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Insya-Allah nanti kita bincang dari
hati ke hati sebagai sahabat bertiga. Mana tahu dengan
izin Allah,”Kun Fayakun” tiada siapa yang menghalangnya,
betul tak sahabatku yang dihormati.
(19 Mei 2011)
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)

RANS ROMEO:
Pagi hari petik selasih,
Keruk damar keluarkan getahnya;
Janganlah kita saling bersilih,
Tanamkan sifat saling menyapa.
Pagi saudara/I ku seantero NKRI…
Pagi Bumi Lancang Kuningku…
(19 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI:
Sudah puas bertegur sapa,
Tiada siapa menjawab sapaan;
Siapalah aku untuk menyapa,
Tiada berharta tiada kepandaian.
Apa kabar Rans dan Serojaku,
Sudah sarapan ke belum;
Bumi tersenyum dengan senyumanmu,
Justeru selalulah senyum.
Biarpun kita terpisah jauh,
Alam maya menyatukan kita;
Janganlah persaudaraan semakin menjauh,
Agar terjalin talisiraturrahim antara dua benua.
(19 Mei 2011)
BUNGA SEROJA: Hehehe.. tiadaku tahu berkata apa,
ke hadapan bundaku sayang yang lagi menyapa mohon
bimbinglah anakanda tiada tahu arahnya jalan jika
anakanda tersalah saranan bunda harapan saya.
(19 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Duhai Serojaku sayang kita sama-sama
mencari untuk mendapat sinar KasihNya, bertalisiraturrahim
kita walaupun berlainan benua namun demi KasihNya di-
buang segala prejudis yang ada di hati… yang ada di hati kita
cumalah sebuah harapan untuk menjadi sahabat setia demi
Nur kasihNya.
(19 Mei 2011)
RANS ROMEO:
Seroja bukanlah sembarangan bunga,
Lambang kasih di taman hati;
Hormat kami kepada bunda,
Bimbinglah kami dalam silaturrahimi.
(19 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI:
Rans dan Seroja lambang inspirasiku,
Apalah ada padaku yang naïf ini;
Pada mereka kuhadiahkan sejambak budiku,
Tapi kuterima lemparan kata berbekas di hati.
Namun begitu kupujuk hati ini,
Bersabarlah demi sebuah perjuangan;
Mungkin mereka tidak memahami,
Erti kasih dan sayang yang berpanjangan.
Janganlah diturut rasa hati,
Kupujuk hati teringat Allah Yang Satu;
Biarlah seluruhnya kuberikan hati,
KeranaNya kuredha dalam sujudku.
Syukur ada sahabat sejati,
Senyuman mu penawar duka;
Menghargaiku walaupun siapa diriku,
Moga talisiraturrahim ini dalam restuNya.
(19 Mei 2011)
BUNGA SEROJA: Syukur banyak duhai bundaku dengan
harapan setulus hati dan kasih cinta semoga Tuhan
meredhoNya dalam menyatu insannya baik suka dan
dukanya dengan setulus hati nan suci menyambutnya
sekalipun berlainan dua benua terasa dekat dalam jiwa
penuh pengharapan dariNYa semoga siraturrahim ini
dalam restuNya.
(19 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Duhai anakanda berdua yang
kukasihi dunia akhirat. Silaturrahim ini sebati dalam
jiwa biarpun tidak ketemu, moga suatu hari dengan
izinNya kita ketemu kusyukur dalam sujudku…jika
kiranya nyawa menjemputku kita ketemu di alam
abadi dengan izinNya kusyukur dalam doaku.
(19 Mei 2011)
(DIPETIK DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)

Pahlawan Sasteraku
Awang Karim Kadir
Kaulah Pahlawan Sasteraku
merangkap guruku
merangkap idolaku
merangkap lambang inspirasiku.
Jangan kau harapkan mereka,
bangunlah dengan kudrat mata penamu sendiri
jadilah kau pahlawan
menghunus mata penamu
bertarung di gelanggang alam maya
bertarunglah semahumu
membela penulis dan sastera
menepis musuh
dengan berpandukan minda akalmu
membela penulis
membela sastera
berlandaskan keikhlasanmu mempertahannya.
Dengan ketajaman mata pena
dengan kebijaksaan mindamu
bisa kau menakluki
dunia sasteramu!
dunia sasteraku!
dan
dunia pecinta sastera.
Namamu mewangi
sewangi jiwa kepahlawananmu
membela kami pecinta sastera
sudah lama kami nantikan
akan berlaku revolusi sastera itu
adalah kau Pahlawan Sasteraku.
Kepahlawananmu membela kami
tidaklah kami terpencil sendiri
dalam dunia sastera yang diminati
hilang bersama pena unik tapi
masih berdakwat untuk
berkarya dan terus berkarya
hingga terhenti nafas
justeru tanpamu Pahlawan Sasteraku
siapalah kami
peminat sastera hingga ke mati!

Usia sebegini senja
tiada cinta lagi
di usia remaja tak pernah bercinta
pabila baru nak berputik bunga cinta
terhalang
lalu terus terpadam.
Hidup berkeluarga tanpa cinta
cuba dipertahankan
kehidupan hambar dan palsu
pengorbanan dalam rendaman air mata
takkan mengerti takkan simpati.
Bunga-bunga cinta suci
tiada bertapak di hati
yang ada suram... muram...
duka nestapa berpanjangan.
Cintaku ibarat
berada dalam bara gelombang
ombak mengganas!
Ketabahan adalah jawapannya.
Kini pabila cinta
datang bertamu
biarpun hati terlara
kupujuk hati
berserah padaNya
kerana
Dia Maha Menentukan
Qada dan Qadar
aku pasrah dan redha
yang kumahu
cinta dalam restuNya.
Karya: Rha NS
21 Mei 2011
tiada cinta lagi
di usia remaja tak pernah bercinta
pabila baru nak berputik bunga cinta
terhalang
lalu terus terpadam.
Hidup berkeluarga tanpa cinta
cuba dipertahankan
kehidupan hambar dan palsu
pengorbanan dalam rendaman air mata
takkan mengerti takkan simpati.
Bunga-bunga cinta suci
tiada bertapak di hati
yang ada suram... muram...
duka nestapa berpanjangan.
Cintaku ibarat
berada dalam bara gelombang
ombak mengganas!
Ketabahan adalah jawapannya.
Kini pabila cinta
datang bertamu
biarpun hati terlara
kupujuk hati
berserah padaNya
kerana
Dia Maha Menentukan
Qada dan Qadar
aku pasrah dan redha
yang kumahu
cinta dalam restuNya.
Karya: Rha NS
21 Mei 2011
Hari kelam
buat hati jadi gelap
buat cinta tak bersinar.
Hari ceria
buat hati bergetar
cinta berputik kembali.
Hari disinari pelangi
buat hati berbunga-bunga
wangian cinta bertapak di hati.
Pabila senja menjelma
buat hatiku pilu
rinduku padamu di perdu sendu.
Pabila senja menghilang
malam disinari bulan
jadilah aku si pungguk rindukan bulan.
Karya: Rha NS
1 Jan 2011
buat hati jadi gelap
buat cinta tak bersinar.
Hari ceria
buat hati bergetar
cinta berputik kembali.
Hari disinari pelangi
buat hati berbunga-bunga
wangian cinta bertapak di hati.
Pabila senja menjelma
buat hatiku pilu
rinduku padamu di perdu sendu.
Pabila senja menghilang
malam disinari bulan
jadilah aku si pungguk rindukan bulan.
Karya: Rha NS
1 Jan 2011
Kenapa harus dikunci pintu cintamu
izinkan aku mengetuk
mengucapkan salam sejahtera
duhai gadis yang kucintai
izinkan aku bertahta di hatimu
mencintaimu seikhlas hati
menaburkan bunga-bunga
cinta suci tanpa debunga pemalsuan.
Mempelangikan hidupmu
yang sepi dan suram
ku akan bahagiakanmu
sepanjang hidupmu
percayalah padaku sayang
cintaku sepenuh hati
tanpa ada kecurangan
aku bersumpah setia padamu
untuk memadu cinta
di dunia hingga ke Syurgawi.
Nanti cinta kita
berulamkan kasih dalam iman
usah diragui cintaku lagi
kutunggu hatimu terbuka untukku.
Jika tiada realiti cinta kita
bermimpilah aku bahawa kau membalas cintaku
itupun sudah memadai untukku
menagih cintamu tak kesampaian
kau bukan milikku...
aku pasrah dan redha.

Aku tak layak ke SyurgaMu
tapi tak mahu ke nerakaMu
Ya Allah...
kuingin diami SyurgaMu
ku ngeri azab nerakaMu.
Pilihlah aku menjadi calon SyurgaMu
sinarkan hidyah dalam qalbuku
Kau Maha Pengasih
sinarkan Nur KasihMu padaku
agar hari-hari
hatiku
berbunga-bunga cinta syahdu padaMu
bauan wangian bunga zikirMu
agar dapat kuhidu
di SyurgaMu nanti.
Bunga-bunga zikirMu
munajat seorang kekasih padaMu
moga kasihku ini
berkekalan hingga ke SyurgaMu
negeri abadi...seabadi
cintaMu padaku
cintaku padaMu.
Karya : Rha NS
1 Jan 2011
tapi tak mahu ke nerakaMu
Ya Allah...
kuingin diami SyurgaMu
ku ngeri azab nerakaMu.
Pilihlah aku menjadi calon SyurgaMu
sinarkan hidyah dalam qalbuku
Kau Maha Pengasih
sinarkan Nur KasihMu padaku
agar hari-hari
hatiku
berbunga-bunga cinta syahdu padaMu
bauan wangian bunga zikirMu
agar dapat kuhidu
di SyurgaMu nanti.
Bunga-bunga zikirMu
munajat seorang kekasih padaMu
moga kasihku ini
berkekalan hingga ke SyurgaMu
negeri abadi...seabadi
cintaMu padaku
cintaku padaMu.
Karya : Rha NS
1 Jan 2011
Cinta...
Tak perlu kau hadir
jika sengaja membuatku
terluka dan berduka.
Cinta...
tak perlu kau hadir
sekadar singgah cuma
di hati lalu pergi
mencari cinta lain.
Cinta...
hadirlah dikau
menyinari hatiku
yang mendung ditutupi awan kelabu
namun pabila malam tiba
ku pandang langit
bulan senyum padaku.
Cinta...
kau hanya perlu hadir
untukku
mengingatiNya
bersujud padaNya
mensyukuriNya
mencintaimu keranaNya
mencintaiNya mengatasi
segala yang ada di bumi di langit.
Karya: Rha NS
1 Jan 2011
Tak perlu kau hadir
jika sengaja membuatku
terluka dan berduka.
Cinta...
tak perlu kau hadir
sekadar singgah cuma
di hati lalu pergi
mencari cinta lain.
Cinta...
hadirlah dikau
menyinari hatiku
yang mendung ditutupi awan kelabu
namun pabila malam tiba
ku pandang langit
bulan senyum padaku.
Cinta...
kau hanya perlu hadir
untukku
mengingatiNya
bersujud padaNya
mensyukuriNya
mencintaimu keranaNya
mencintaiNya mengatasi
segala yang ada di bumi di langit.
Karya: Rha NS
1 Jan 2011
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Malaysia negaraku yang tercinta;
Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
Merealisasikan impian demi Negara.
Saling menghormati bersatu hati,
Tolong menolong amalan murni;
Tiada rasa berdengki hati,
Semua kerana Malaysia dicintai.
Melayu Cina India dalam perpaduan,
Bersatu hati merealisasi impian;
Berganding bahu bersama kerajaan,
Jadi realiti Negara berperlembagaan.
Jika Negara kucar kacir,
Nasib rakyat sentiasa tercicir;
Kerajaan dibina menjadi hancur,
Angkara rakyat selalu engkar.
Ingatlah peristiwa 13 Mei,
Rusuhan kaum sentiasa diingati;
Berpadulah demi Malaysia disayangi,
Agar 13 Mei tidak berulang kembali.
Kalau diingat perjuangan Tunku,
Perjuangannya tak pernah jemu;
Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
Biarpun mengharungi perjuangan berliku.
Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
Mereka istiharkan Malaysia merdeka.
Begitu juga berbincang dengan komunis,
Tunku bincang dengan cara harmonis;
Hinggakan mengalah ketua kormunis,
Menjadi legenda kenangan manis.
Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
Biarpun lama rakyat menunggu;
Sabar menunggu tak pernah jemu,
Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu.
Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
Jiwa kental sentiasa muafakat,
Berkorban apa saja demi rakyat.
Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
Pemimpin bersara rakyat hargai;
Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
Barulah aman Negara ini.
Rakyat dan pemimpin seia sekata,
Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
Masalah diatasi dengan bijaksana,
Barulah rakyat dan pemimpin boleh berkerjasama.
Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
Sanggup berpening memikirkan,
Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.
Permintaan rakyat untuk rakyat,
Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
Didengari semua wakil Rakyat,
Apabila tertunai sukanya rakyat.
Rakyat Malaysia harus bersatu,
Demi kerana Malaysia yang satu;
Negara aman berkat bersatu,
Syukur generasi kini dan terdahulu.
Sama-sama merealisasikan impian,
Majunya Malaysia dalam pemodenan;
Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.
Karya: Rha NS
27 Mei 2011

Hampir bertahun
dia mengabdikan
cinta suci padanya
dipertahankan biarpun
remuk redam,
hancur lulur
hati dimamah
bicara beracun!
Hidup bertemankan
gerhana…
Kemarau…
Buat hati suram
ketandusan cinta.
Hari-hari dilalui
tanpa cinta suci
cuma yang ada
gerhana dan kemarau kasih.
Dinantikan pelangi cinta
datang menyinggah
namun pelangi cinta
tidak juga membalas
kasih suci…
Kini pabila
hati telah hancur lulur
telah retak menunggu pecah
barulah pelangi cinta
mahu memperbetulkan
kesilapan masa lalu
mahu membalas cinta suci
setelah dia mendapat
‘Hidayah Kasih’
Tapi apakan daya…
Hati dan jiwaku
telah kau hanyutkan
ke gurun sahara kasih
biarpun pelangi cintamu
bertandang di hatiku semula
segalanya sudah terlewat
untuk diulangi kembali
kasih suci yang pernah kita bina.
Maafkan aku duhai pelangi cinta…
Tika ini hatiku telah dimiliki
cinta suci sanggup
sehidup semati
disulami Hidayah Kasih dariNya.
Karya:Rha NS
26 Mei 2011
dia mengabdikan
cinta suci padanya
dipertahankan biarpun
remuk redam,
hancur lulur
hati dimamah
bicara beracun!
Hidup bertemankan
gerhana…
Kemarau…
Buat hati suram
ketandusan cinta.
Hari-hari dilalui
tanpa cinta suci
cuma yang ada
gerhana dan kemarau kasih.
Dinantikan pelangi cinta
datang menyinggah
namun pelangi cinta
tidak juga membalas
kasih suci…
Kini pabila
hati telah hancur lulur
telah retak menunggu pecah
barulah pelangi cinta
mahu memperbetulkan
kesilapan masa lalu
mahu membalas cinta suci
setelah dia mendapat
‘Hidayah Kasih’
Tapi apakan daya…
Hati dan jiwaku
telah kau hanyutkan
ke gurun sahara kasih
biarpun pelangi cintamu
bertandang di hatiku semula
segalanya sudah terlewat
untuk diulangi kembali
kasih suci yang pernah kita bina.
Maafkan aku duhai pelangi cinta…
Tika ini hatiku telah dimiliki
cinta suci sanggup
sehidup semati
disulami Hidayah Kasih dariNya.
Karya:Rha NS
26 Mei 2011
Jumaat 27 Mei 2011 bersamaan 23 Jamadil Akhir 1432H
pada pukul 1.15 tengahari berlaku kejadian Matahari
ada gelung dan pelangi.
ILHAM PENULIS KEJADIAN TERSEBUT:
Selalunya pelangi menampakkan diri di awan untuk
dilihat kecantikannya kepada penghuni bumi.
Sang Matahari sememangnya memancarkan sinarnya
di seluruh alam tanpa perlukan pertolongan cahaya
daripada planet manapun!
TAPI Sang Matahari tidak selamanya boleh ego dengan
terikkan sinarnya itu kerana Penciptanya menunjukkan
KuasaNya Yang Maha Bijaksana apabila DiPerintahkan
Pelangi mengelilingi Sang Matahari , Dikirimkan juga
gelungan cahaya yang lebih bersinar daripada Sang
Matahari.
SUBHANALLAH!
ALLAHU AKBAR!
Karya:Rha NS
28 Mei 2011

Ingin kusemai bunga-bunga cinta
agar apabila bertunas nanti
segar disinari cahaya iman
akarnya menjadi pasakkan
iman yang kukuh bercambah
akarnya merata tempat.
Merimbunlah dikau tunas-tunas
cinta keimanan
menjadi pepohon rendang
dewasa dalam keindahan iman
rimbunan dedaun menghijau
saujana mata memandang
dedaunanmu merimbun
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
melentok-lentok sambil mengalunkan
zikir munajat memuji Tuhannya.
Alunan zikirmu padaNya
membuatkan aku terkesima
dalam rindu mendalam padaNya
dan aku mencemburuimu
kerana hidupmu...
tiada lain kecuali
berbakti kepada Tuhanmu
dan menabur jasa kepada
penghuni bumi.
Bertambah mengindahkan lagi
pepohon iman itu berbunga
gugusan kuntum bunga
memukau panorama...
Wangian bunga pepohon iman
dapat dihidu di seluruh benua
tiada apa yang dapat diucapkan
melainkan SUBHANALLAH.
Setelah habis musim bunga
tiba masanya pepohon iman berbuah
gugusan buah melebat
memenuhi pepohon iman
terkesima mata memandangnya.
Apabila gugusan buah pepohon iman
sudah ranum daripada tangkainya
sedia dipetik penghuni bumi
lalu berkata, ”Makanlah buah pepohon imanku ini...
Moga... Cahaya keimanan meresap
dalam roh dan jasadmu, itu doaku.”
Setelah penghuni bumi
makan buah pepohon iman itu...
Sisa buah pepohon iman tersebut
dilemparkan ke sungai deras mengikut
kederasan air terjun
lalu terdampar ke hutan belantara
di situlah bermulanya penghidupan
baru kepada pepohon iman
meneruskan kelangsungan hidup baru
pasrah dan redha
dengan asal kejadiannya!

Abu Sufian bekerja penuh tekun,
Keuntungan perusahaan bergandaan;
Abu Suffian pekerja yang dibanggakan,
Gaji Abu Suffian sentiasa dinaikkan.
Setiap bulan wang nafkah dikirimkan,
Abu Suffian tidak pernah lupa daratan;
Nasib keluarga terbela dalam kesyukuran,
tiada lagi dirasai hidup kemiskinan.
Semasa miskin hidup dalam penghinaan,
Sanak saudara tidak pernah memberi bantuan;
Namun Almarhum ayahanda penuh kecekalan,
Membesarkan anak-anak dengan rezeki kecukupan.
Setelah senang sanak saudara bergembira,
Datang ke rumah keluarga bertanya kabar;
Keluarga menyambut dengan hati terbuka,
Agar ikatan saudara-mara semakin mekar.
Saudaranya yang susah dibantu Abu Suffian,
Tetapi semasa Abu Suffian susah tidak dipedulikan;
Namun begitu tiada rasa berdendaman,
Kerana itu adalah lumrah kehidupan.
Kota Raya Jakarta Abu Suffian membina empayar,
Mengusahakan perusahaannya sendiri;
Segala usaha sudah terbayar,
Perusahaannya maju ke peringkat tinggi.
Biarpun sudah bergelar jutawan,
Tetapi Abu Suffian tidak meninggi diri;
Seorang majikan memahami masalah karyawan,
Gaji para karyawan dinaikan bonus diberi.
Abu Suffian menjadi pengusaha terkenal,
Ramai ingin melabur dengan Abu Suffian;
Diterimanya apabila sudah saling kenal mengenal,
Keuntungan diterima dalam kesyukuran.
Perniagaan Abu Suffian melebarkan sayap,
Serata Indonesia ada cawangannya;
Abu suffian bersyukur dalam senyap,
Kerana tidak mahu rasa riak di hatinya.
Umur 32 tahun Abu Suffian melangsungkan perkahwinan,
Bernikah dengan adik sahabatnya;
Seorang yang manja lagi rupawan,
Bersyukur Abu Suffian dalam sujudnya.
Di awal perkahwinan amat bahagia,
Makan minum diurus dijaga;
Dikurniakan seorang puteri jelita,
Terasa bahagia tidak terkata.
Setelah dikurniakan puteri jelita,
Isteri mula berubah hatinya;
Makan dan minum sudah tidak diurusnya,
Buat hati Abu Suffian terasa dianiaya.
Abu Suffian suami yang setia,
Tidak pernah memukul isterinya;
Tidak tahu apa salahnya,
Isteri sudah hilang kasih sayangnya.
Puteri jelita penghibur hati,
Hanya dia yang mengerti;
Kasih sayang puteri pengubat hati,
Namun begitu diperlukan yang mengerti.
Sudah bertahun Abu Suffian kesepian,
Rindukan kemesraan dan belaian isteri;
Tapi itu cuma hanya banyangan,
Walaupun di depan mata wujudnya isteri.
Sampai bila Abu Suffian bersabar,
Kekayaan dimiliki tidak dapat membahagiakan;
Dipendam duka lara penuh sabar,
Moga ada sinar cinta yang diharapkan.
Wang yang banyak tidak dapat membeli cinta,
Biarpun ditaburkan di depan mata;
Cinta palsu yang akan ada,
Tapi itu tidak dapat memenuhi keperluan cinta.
Setiap hari Abu Suffian kesepian,
Mengharapkan cinta suci seorang wanita;
Namun belum lagi kesampaian,
Dipujuk hati menanti cinta suci seorang wanita.
Khashaf takdir Allah tiada siapa yang tahu,
Cinta Abu Suffian dibalas wanita soleha;
Termakbul doa Abu Suffian berkat tanpa jemu,
Bercinta berkasih semua keranaNYa.
Bersyukur Abu Suffian dalam sujudnya,
Atas kurniaan Allah yang berharga buatnya;
Wanita soleha pembakar semangat amalannya,
Saling cinta mencintai dalam restuNya.
Rumah tangga dibina seperti Mahligai Syurga,
Hari-hari terungkap ucapan sayang dan rindu;
Sama-sama minat bertemu TuhanNya,
Dalam khashafNya takdir mereka bersatu.
Dalam khashafNya takdir mereka bersatu,
Disyukuri dalam kemanisan iman;
Dalam ketaqwaan cinta mereka bersatu,
Sama-sama memadu kasih dan cinta di Syurga Idaman.

Tersebutlah kisah di sebuah perkampungan,
Terdapat sebuah keluarga hidup dalam kemiskinan;
Namun bahagia sekeluarga berpanjangan,
Dikurniakan anak tujuh orang yang beriman.
Ayahanda dan bonda berjiwa penyayang,
Diberikan sama rata kasih sayang;
Hari-hari dibajai kasih sayang,
Hingga ke mati kasih sayang tak hilang.
Anak sulung namanya Abu Suffian,
Abu Suffian dihantar menghafal Al-Quran;
Perit sungguh apabila berpisahan,
Berpisah dengan keluarga dia tangiskan.
Ayahanda bonda memujuk Abu Suffian,
Supaya bersabar demi menjadi hamba ilmuan;
Terhibur Abu Suffian dengar pujukan,
Disapukan air mata ayahanda ketika perpisahan.
Di pondok tahfiz Abu Suffian belajar penuh kusyuk,
Ilmu dunia akhirat semuanya masuk;
Bertambah berilmu tiada rasa riak,
Amalan bertambah semakin kusyuk.
Sahabat sekuliah semuanya sayang,
Rajin mengulang kaji pelajaran jadi cemerlang;
Budi baik sahabat takkan hilang,
Berpisah nanti budimu sentiasa dikenang.
Tamat sudah kuliah Abu Suffian,
Mendapat ijazah bidang falsafah kedoktoran;
Ayahanda dan bonda penuh kebanggaan,
Kejayaan Abu Suffian dibuat kenduri kesyukuran.
Sudah empat bulan Abu Suffian menganggur,
Duduk di rumah adik-adik diajar;
Marahkan adik apabila kurang ajar,
Nasihatkan adik adalah wajar.
Adik yang degil dipukul dengan kasih sayang,
Maka berlakulah pergaduhan kasih pun hilang;
Apabila ayahanda membela adik tersayang,
Abu Suffian dipukul ayahanda sabarnya hilang.
Kaki Abu Suffian berdarah dipukul ayahanda,
Ayahanda menangis keinsafan dirasa;
Menyapukan darah mengalir di kaki anakanda,
Dua beranak berpelukkan terseksanya dirasa.
Sudah seminggu Abu Suffian sakitnya kaki,
Risaunya ayahanda menyalahkan diri sendiri;
Pergi berubat menyembuhkan kaki,
Berkat kesungguhan ayahanda kaki sembuh kini.
Sukanya hati ayahanda Abu Suffian sembuh,
Bertambah erat ikatan kasih;
Kasih sayang mereka tidak akan runtuh,
Semakin hari semakin utuh.
Tidak berapa lama kemudian ayahanda sakit,
Abu Suffian bersama sahabat mencari ubat;
Demi ayahanda sentiasa diingat,
Sakit ayahandanya Abu Suffian pun sakit.
Demi ayahanda Abu Suffian rela berkorban,
Dermakan darah ayahanda kecintaan;
Malang sungguh nasib Abu Suffian,
Belum sempat menderma ayahanda menyahut seruan.
Sesaknya dada Abu Suffian menangis semalaman,
Jenazah ayahanda didakap dalam tangisan;
Sabarmu mengundang keredhaan,
Pemergian ayahanda duka berpanjangan.
Abu Suffian mengimamkan jenazah ayahanda,
Dengan kusyuk Abu Suffian berdoa;
Tanpa disedari mengalir air mata,
Mengenangkan ayahanda yang telah tiada.
Di makam ayahanda bertafakur Abu Suffian,
Penuh kusyuk membaca Surah Yassin;
Di doakan roh ayahanda mendapat keredhaan,
Moga manusia dan para Malaikat mengaminkan.
Sebelum meninggal ayahanda berpesan,
Pergilah anakanda tinggalkan perkampungan;
Mencari rezeki membina masa depan,
Belalah nasib keluarga yang ditinggalkan.
Abu Suffian membina hidup baru,
Memburu impian tiada rasa jemu;
Dilamar majikan bekerja penuh maju,
Bertambah maju terus maju.
Kenangan bersama Almarhum tidak dilupa,
Selepas solat doakan ayahanda;
Moga rohmu tenang di alam Sana,
Dikirimkan doa buat ayahanda.
Sekian sahaja syair Abu Suffian,
Moga terhibur segala penceritaan;
Dapat dijadikan bahan bacaan,
Disukai ramai sejak berzaman.

AWANG KARIM KADIR: Aku tertembak seluruh tubuh parah
berdarah, oleh letusan kata puitis peluru malammu. Dan itu
telah membunuh rinduku… Di tebingan sungai Sarawak ini
aku terdampar dan terkapai menggapai kenangan, yang
masih tersisa antara ruang masa yang menyeksa. Sehingga
aku menjadi leka seketika. Tapi di sini tiada kudengar suara
si burung undan dan tidak kulihat kenyalang terbang. Aku
mencari dentingan sape irama ngajat; Nyayau!!! Aku ingin
menjadi pahlawan hutan, walaupun hutan hijau hanyalah
sekadar hiasan alam. Di kaki Santubung kami terpaksa
membayar kembali gambar budaya dan sisa hutan yang
indah. Yang masih bernafas dalam arus sungai Sarawak
yang mula dikeruhkan oleh air tuba dedalu liar. Di tebingan
dataran sungai ini aku melihat perahu tambang yang longlai;
seperti aku berjalan santai. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh
jeritan, kau seorang penyair bukan, tunggu sebentar, aku
ingin mendengar ceritamu tentang malam…
(30 Mei 2011)
MARLINI MANJA: Maka berceritalah si perindu malam sembari
meniti kepekatan malam nan dihiasi neon sepanjang tebingan
Rajang, hembusan bayu dari seberang Paterajaya membawa
haruman terubuk asin dan kek lapis dari kilang si Dg. Salhah
kilauan bumbung Dewan undangan, kelabunya warna Astana
berdekatan, pun begitu yang tersimpul 1000 soalan nan
tersembunyi di sebalik sebuah kawasan luas bertembok batu
milik bangsawan!!! Teruskan ceritamu,kata yang menjerit tadi;
si perindu malam pun bercerita lagi, “tahukah kamu mengapa
tiada sudah suara si burung undan menghiasi kehijauan
belantara penghias Santubung? Pun tiada juga kenyalang
terbang dari dahan ke dahan? Kayu kayan semakin kurang
Gunung sejarah puteri sumpahan, pun kurang untuk
dibentuk sebagai ” sape” yang iramanya sangat mengasyikkan ,
membuai rinduku di tengah malam… sebenarnya banyak
sangat cerita pun soalan yang belum terungkai, tersembunyi
di sebalik kebisingan gergaji berantai… maka terpegunlah yang
menjerit tadi…mendengar cerita si Perindu Malam yang juga
perlukan huraian!!
(30 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Adui tuan , tak ada apa lagi yang dapat
kuhuraikan catatan tuan itu telah menambah perencah dan lada
dalam hidangan. Kau pun amat arif dalam puisi yang berbicara,
pagi ini saya akan kembara lagi di bumi Kenyalang ini mencari
undan kasih dan petikan irama ngajat ’sape’nya.
(30 Mei 2011)
SABAHUDDIN SENIN: Jazakumullah, aku terkesima membaca
catitan perjalananmu, indah membaca…pembaca melayang
bersamamu. Ya bukan apa-apa hanya seorang penyair,penyair
itu bukan apa-apa hanya kekadang membuatkan orang duduk
di kerusi gundah kerananya.
(30 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Alhamdulillah, kurniaan Allah dan berkat
bimbingan para mentor-mentornya juga sejak mengenal seni
keindahan, ilmu rasa, Alhamdulillah.
(30 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI:Awang Karim Kadir Penyairku, Cerita puitismu
itu bagaikan sebuah lukisan penuh bermakna menghayalkan
seolah-olah menghayutkan dunia imaginasiku, Sungai Sarawak
menggamit para pencinta alam ke sana.
(30 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Terima kasih Rabeah, kita sama-sama
melakar jiwa kita di kanvas maya pada Mudah-mudahan akan
ada manfaatnya buat mereka yang membacanya.
(30 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI:Awang Karim Kadir… kau adalah idolaku dan
sumber inspirasiku untuk melakar jiwa di kanvas maya pada ini
sebelum tanganku kaku…otakku beku terus kaku selamanya
meninggalkan maya pada ini…kata-kata dorongan dan sokonganmu
amat aku harapkan selagi hayat di kandung badan kukenang, hajat
hati ingin berkarya dan terus berkarya sampai noktahnya nanti,
Justeru sebagai tanda rakan seperjuangan sudi layari blog:
sasterakuduniaku@blogspot.com
kuperlukan kata teguran dan sumbangan idea apa saja pada
blogku.
(30 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR; Insya-Allah.
(30 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Jazakumullah.

Ke mana perginya para pejuang sastera kita yang selama ini
bertempat di halaman persada, konon membela dan memperjuang
kan penulis dan sastera kita. Sastera Sabah dianggap telah
mati maka gemparlah warga penulis dan masing-masing terpanggil
dengan tanggapan dan persepsi masing-masing.Ada yang 'positive'
dan ada yang 'negative' bermacam-macam kaedah dan idea dilontarkan
dalam diskusi yang terbuka membuat bedah siasatan mencari punca
dan cara merawat sastera Sabah yang kelihatan agak tenat.
Walaupun belum ke tahap mati oleh gejala pembunuhan seni dan
halus dalam senyap. Tapi dimanakah para wira sastera kita.
Ke mana perginya para pejuang sastera kita?
AWANG KARIM KADIR
(21 Mei 2011)
(RABEAH MOHD ALI)
PUISI PAHLAWAN SASTERAKU
Pahlawan Sasteraku
Awang Karim Kadir
Kaulah Pahlawan Sasteraku
merangkap guruku
merangkap idolaku
merangkap lambang inspirasiku.
Jangan kau harapkan mereka,
bangunlah dengan kudrat mata penamu sendiri
jadilah kau pahlawan
menghunus mata penamu
bertarung di gelanggang alam maya
bertarunglah semahumu
membela penulis dan sastera
menepis musuh
dengan berpandukan minda akalmu
membela penulis
membela sastera
berlandaskan keikhlasanmu mempertahannya.
Dengan ketajaman mata pena
dengan kebijaksaan mindamu
bisa kau menakluki
dunia sasteramu!
dunia sasteraku!
dan
dunia pecinta sastera.
Namamu mewangi
sewangi jiwa kepahlawananmu
membela kami pecinta sastera
sudah lama kami nantikan
akan berlaku revolusi sastera itu
adalah kau Pahlawan Sasteraku.
Kepahlawananmu membela kami
tidaklah kami terpencil sendiri
dalam dunia sastera yang diminati
hilang bersama pena unik tapi
masih berdakwat untuk
berkarya dan terus berkarya
hingga terhenti nafas
justeru tanpamu Pahlawan Sasteraku
siapalah kami
peminat sastera hingga ke mati!
Karya: Rha NS
AWANG KARIM KADIR: Aduh RMA terlalu besar kata gelaran itu untuk
seseorang yang sedang mencari erti kehidupan dan sebuah kematian.
Sebenarnya setiap pembawa kebenaran itu adalah pahlawan. Kita
semua pahlawan pada setiap kali kita bangkit menegakkan kebenaran
kata-kata sakti sastera kita.Kita juga kadang dijatuhkan atau
dibunuh oleh kata-kata sakti itu sendiri. Tatkala berlakunya
gerhana pemikiran dalam dunia citra yang kita dukung dan bina
bersama. Namun terima kasih kerana menyanjung kebenaran itu dan
kita semua pahlawan waktu itu.
(24 Mei 2011)
MARLINI MANJA:(24 Mei 2011)
AKK persoalan besar apabila bidang penulisan tak boleh menjamin
kehidupan kita di Sabah berbanding di Semenanjung, kalau pun
tidak seperti negara-negara luar di mana kebanyakkan penulis
boleh hidup selesa dengan hasil penulisan. Di Sabah ini
kebanyakan kita menulis sekadar,"Kepuasan"(Ini secara peribadi
saya) kita lihat sekadar beberapa nama BESAR sebelum zaman kita
bagaimana keadaan mereka? Kenapa mereka mencari bidang lain
untuk meneruskan kehidupan? Bekerja dengan kerajaan, jadi peniaga,
kontraktor dan lain-lain lagi dan bila sudah bagi mereka semua
sibuk dengan tugasan masing-masing dan masa untuk berkarya/
melibatkan diri di bidang seni/sastera/teater dan sebagainya
sangat terhad demi sebuah kehidupan. Sayudin Ali/Musa Masran/
banyak lagi nama-nama BESAR yang pernah menghiasi dada akbar
dan dunia sastera kita menyepi kerana tugas kehidupan dan
keluarga.
RABEAH MOHD ALI:(24 Mei 2011)
Marlini Manja sebenarnya orang sastera sendiri tidak mengambil
kesempatan dengan bakat dan minat yang dimiliki, kenapa tidak
dikemukakan kepada wakil orang seni untuk dibincangkan di
Dewan Rakyat? Ini faedahnya kerajaan melantik Senator Tan Sri
Datuk Jins Shamsuddin untuk diperdengarkan rintihan orang seni
di Parlimen. Kita tidak boleh salahkan kerajaan dan Senator
kerana kita sendiri tidak kemukakan masalah orang sastera kepada
Senator justeru kerajaan tidak tahu masalah kita sebenarnya
(Bukan nak memuji kerajaan tapi inilah hakikatnya) saya percaya
jika MM dan AKK berani kemukakan kepada Senator, Insya-Allah
dapat diselesaikan tanpa prejudis.
Seperkara lagi...tentang seni di Sabah sepi boleh dihidupkan
kembali apabila MM , AKK dan rakan seperjuangan seangkatan
denganmu bergabung dengan semua persatuan seni yang ada di Sabah...
mencurahkan ilmu, pengalaman dan sokongan yang tidak berbelah bahagi
kepada mereka... Insya-Allah Seni Sastera di Sabah boleh diangkat
di persada antarabangsa dan di Malaysia juga. Jadi benarlah ilmu
kesusasteraan mula bertapak di Sabah dan menjadi gedung ilmu
kesusteraan yang tidak dapat disangkal lagi!
MARLINI MANJA: (26 Mei 2011)
RMA, sebenarnya ilmu kesusteraan sejak lama sudah berkembang
di Sabah, lama sebelum merdeka, sebelum wujud Malaysia.Ketika
itu Kota Kinabalu masih dipanggil "Api-Api" ini dapat dilihat/
dibuktikan dari apa yang terdapat di naskah-naskah akbar tertua/
lama di negeri yang tersimpan di Jabatan Arkib NS. Tidak ada
pihak tertentu yang mengambil inisiatif untuk membukukan dalam
bentuk antologi dan sebagainya untuk kajian/bacaan generasi
masakini dan akan datang. Nak harap seorang senator untuk
membawa hal seperti yang diperkatakan entah kalau dia bersedia
membawanya kerana rasanya banyak lagi perkara lebih BESAR yang
perlu dihighlightkan di sana.
RABEAH MOHD ALI: (26 Mei 2011)
Marlini Manja, saya terkesima mendengar penjelasan saudara
mengenai perkembangan sastera di Sabah yang wujud sebelum
merdeka lagi. Kalau dapat direalisasikan sepertimana yang
saudara cadangkan itu tentunya generasi kini dan akan datang
dapat menghargai khazanah seni yang sangat berharga itu tapi
apalah daya tiada pihak yang sanggup untuk dimajukan kepada
kerajaan Sabah mahupun kerajaan di Semenanjung.
Tak apalah kalau begitu tunggu sajalah bilakah masanya impian
untuk melihat dunia sastera dimiliki orang sastera dan dikongsi
bersama dengan generasi kini dan akan datang menjadi kenyataan!
Mana tahu selepas ini ada pihak-pihak yang terbuka mata hatinya
untuk menerima usul ini.

RABEAH MOHD ALI: Assalamualaikum, apa kabar?
Hai lama tak dengar berita, dah lupakan akak ke?
WEERDAA BEY : Waalaikumsalam kak, hihihi..tak adalah
lupakan akak. Werda sibuk sikit kak. Bulan tujuh ni
kita orang mahu buat bengkel acting di Kota Marudu.
jadi banyak benda kena prefare.
REBEAH MOHD ALI: Ye ke..berapa hari bengkel?
siapa gurunya?
WEERDAA BEY: 2 minggu kami buat drama terus
untuk tayangan amal.
RABEAH MOHD ALI: Baguslah tu Werda sebagai
pelakon ke atau penulis skrip?
WEERDAA BEY: Werda sebagai penulis je dan PA Boss
tentang guru tu boss yang handle.
RABEAH MOHD ALI: Tajuk apa?
WEERDAA BEY: Mungkin lepas habis bengkel Werda
tolong akak ya… Tajuk Drama,’Kasihnya Almy’
RABEAH MOHD ALI: Werda sepertimana yang akak
janji nak buat blog khas untuk rakan seperjuangan
dan peminat seni …nak tahu tak apa blognya?
WEERDAA BEY: Boleh juga kak.
RABEAH MOHD ALI: Tapi ada syaratnya.
WEERDAA BEY: Wahhh …apa dia?
RABEAH MOHD ALI: Syaratnya apabila dah layari
kena komen setiap tajuk yang tertera…ambil
masa cepat atau lambat terpulang kerana akak
nak buat kajiselidik karya akak..boleh ke hehehe…
WEERDAA BEY: Owh…kerja senang…hehehe..
boleh bah…
RABEAH MOHD ALI: Komennya masukkan di inbox
akak hehehe apa saja komen amat berharga lebih
daripada emas bergram-gram hehehe…
WEERDAA BEY: Wahhh…hehehe…
RABEAH MOHD ALI: Nanti larat ke nak baca? Banyak tu?
Sakit kepala nanti bah…hehehe…
WEERDAA BEY: Tapi kalau komen di telefon boleh tak?
Kalau dengan akak mesti larat….lagi pun Weerda suka
membaca…
RABEAH MOHD ALI: Boleh… satu hari satu komen untuk
satu tajuk boleh…panjang atau pendek tak kisah .
WEERDAA BEY: Boleh kak. Dah syarat dipenuhi.
RABEAH MOHD ALI: Satu lagi kalau nampak ejaan salah
mungkin akak terlepas pandang….kalau nak betulkan
ayat pun boleh…boleh ke…sayangku Weerdaa..hehehe…
WEERDAA BEY: Boleh kak…nanti Werda buat apa-apa
yang terbaik…ok…dah boleh bagi blog akak tu sekarang?
@Ada syarat lagi?
RABEAH MOHD ALI: Eeehh sabar…hehehe… tapi
jangan gelakkan nanti hehehe..sebab hehehe…
WEERDAA BEY: Kenapa? Suspen…
RABEAH: Tengok ajelah blog:
sasterakuduniaku@blogspot.com
moga berpuas hati menghayati karya akak hehehe
WEERDAA BEY: OK kejap lagi Werda nak baca…
Jeng…jeng…jeng…. Hihihi…
RABEAH MOHD ALI: Tak sabar nampak…hehehe…
WEERDAA BEY: Mestilah…hihihi…
RABEAH MOHD ALI: Ok akak tunggu komen dari
Weerda ye.
WEERDA BEY: Ok
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEEBOOK RABEAH MOHD ALI)
(PADA 27 MEI 2011)

RABEAH MOHD ALI: Assalamualikum, apa kabar sahabatku
dari Sabah.
MADILI JAKIR: Waalaikummuslam saudariku, kami dalam
keadaan sihat walaafiat di samping keluarga masing-masing
dan kamu?
RABEAH MOHD ALI: Alhamdulillah…macam mana dah larat
baca ke karya saya tu…ye..
MADILI JAKIR: Untuk pengetahuanmu, karyamu dah siap
baca separuhlah, namun isi kandungan puisi, sajak,cerpen
dan analogi juga aku dah baca separuh dulu…maklumlah
dah besar ni macam kurang ni mata bah…cepat mengantuk
bah….
RABEAH MOHD ALI: Ye…karyaku membosankan dan tak
berkualiti sebab tu cepat mengantuk kan? Tak apalah
faham.
MADILI JAKIR: Taklah…maksud saya cerpen, sajak, puisi
anda adalah berkualiti dan penyampaian kamu juga
sangat baik tapi masalah diri sendiri…bila buka blog
kamu mula mata berair mahu tidur tak nampak surat,
mahu beli kaca mata bah…
RABEAH MOHD ALI: Ya ke… nanti demi sokonganmu
pada sahabatmu ini lekas pakai kaca mata ya bah…
MADILI JAKIR: Insya-Allah …ada rezeki esok akan kucari
atau beli di kedai kaca mata bah… jangan susah akan
baca juga tu tapi aku kena perlahan bah…sebab karya
kamu tu terlalu banyakkan?
RABEAH MOHD ALI: Terima kasih kerana memberi sokongan
padaku bah… moga Allah membalas budi baikmu dan kuperlukan
doamu untuk cita-citaku boleh ke?
MADILI JAKIR: Terima kasih juga kerana kamu sudi add dan
berbincang dan bertukar pendapat tentang apa juga anda
perlukan, jika saya ada masa saya akan cuba mengulas
sajak-sajak dan cerpen kamu ya, terima kasih banyak.
RABEAH MOHD ALI: Saya ucapkan terima kasih kerana sudi
menyokong saya 100% bertambah semangat saya untuk
teruskan perjuangan yang diminati ini. Pandanganmu nanti
akan kuabadikan untuk di baca oleh pembacaku nanti.
MADILI JAKIR: Apapun kamu buat tu kusokong penuh agar
semua impian kamu akan tercapai adanya kawan-kawan
serta sanak saudaramu yang masih menyokong kuat usahamu
itu.Jika anda terus berusaha anda akan dapat imbalan daripada
Kerajaan Malaysia akan datang tu. Selepas itu saudariku
bukan angan-angan ok.
RABEAH MOHD ALI: Terima kasih tak terucap untukmu
sahabatku…kaulah satunya sahabat yang menyokongku
tanpa dugaku…terharu sangat dengar kata-katamu dan
lagi bersemangat memburu impianku. Bahasa terjemahan
ke Bahasa Inggeris ok tak,nanti mana tahu orang luar Negara
baca setidak-tidaknya mereka faham…lagipun matlamatku
memperkenalkan budaya hidup rakyat Malaysia dan Negara
Malaysia.
MADILI JAKIR: Saudariku…bagi saya elok…didengari Bahasa
Kebangsaan untuk dibaca dan diperhalusi menjadi sebuah
bahasa yang indah kan. Bahasa Inggeris bukan tak baik,
semuanya saya tak kisah. Buat rakyat Malaysia semua
golongan muda-mudi , bapa-bapa dan ibu-ibu pun tahu itu
sajak atau isi kandungan perasaan mu itu. Namun bagi
saya tidak menghalang atau menyuruh membuat terjemahan
ke Bahasa Inggeris boleh juga menambah duit poket.
Seperkara lagi juga saudari ada minat dengan lagu buat lirik
juga ada wang bah…
RABEAH MOHD ALI: Saudara Madili pandai buat lirik ke…
boleh ke ciptakan lirik untuk saya boleh ke…dengar cerita
saudara suka muzik…ini sudah bagus…saya banyak puisi..
tapi bertemakan cinta berbaur kerohanian.
MADILI JAKIR: Sememangnya masa ni aku adalah penasihat
sebuah Kelab JPFC yang ilhamku sendiri. Tapi dalam pencarian
siapalah pandai tulis lirik juga kepada penyanyi kami:
Iaitu: Jimmy Palikat Tanak Kampung.
RABEAH MOHD ALI: Bagusnya tu…saya banyak sangat lirik
puisi boleh ke. Kalau nak diubah sikit-sikit boleh tak ada
salahnya. Sudi ke nak terima nanti?
MADILI JAKIR: Boleh bah tu…jika diubah jadi lagu
nanti saya suruh Marlini Manja buat muziknya.
RABEAH; MOHD ALI: Hehehe…mimipi jadi nyatalah
nanti….saya cuba hantar lirik baru siap semuanya
ada 10 puisi…belum lagi yang tersimpan di ‘Galeri
Buku’ saya ,nanti saya pergi cari.
saya mahu masukkan dalam blog:
sasterakuduniaku@blogspot.com
boleh ke? Blog tu belum berapa dikemaskinikan
kerana hendak masukkan banyak karya lagi.

Terima kasih duhai saudaraku,
Kerana terimaku sebagai kawanmu;
Jiwa senimu jiwa seniku,
Insya-Allah ada karya kita bertemu.
(2 Mac 2011)
YUSOF KELANA YK
Sama-sama pengkarya seni,
Hasil senimu bersama kreativiti;
Senimu terus menabur bakti,
Umpama mencari sesuap rezeki.
(3 Mac 2011)
RABEAH MOHD ALI
Berkarya bukan mencipta nama,
Tapi inginkan karya ternama;
Hajat hati ingin bekerjasama,
Dengan saudara Yusof Kelana.
(26 April 2011)
RABEAH MOHD ALI:
Salam, kalau saya minta saudara beri pandangan
pada skrip Putera Duyung karya saya boleh tak?
(16 Mei 2011)
YUSOF KELANA YK: Boleh tu boleh tapi mungkin makan
masa lama sikit sebab saya tengah menulis skrip untuk
telemovie dan drama bersiri.
(16 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Lama pun tak apa… asalkan ada
yang sudi memberi pandangan pada karya Putera Duyung
kerana saya sudah 17 tahun dalam simpanan saya…kejap
lagi saya emelkan ye…
(16 Mei 2011)
YUSOF KELANA YK : Ok, kalau ada masa nanti akan saya
tengok.
(16 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Saya dah emelkan skrip Putera Duyung,
kalau ada masa lagi layarilah blog saya nak cari :
bukukreatifpatriotik@blogspot.com
(16 Mei 2011)
YUSOF KELANA YK: Ok tq saya dalam rancangan untuk
menerbitkan drama kenegaraan berjudul, “Titisan
Darah Pahlawan” berdasarkan cerita dari buku Sang
Saka Biru Terbitan PDRM, kalau terlaksana kelak …
memerlukan beberapa penulis.
(16 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Cuba layari blog saya:
bukukreatifpatriotik@blogspot.com (mana tahu
dapat idea serba sedikit.

Subscribe to:
Posts (Atom)