Tuesday 31 May 2011

SASTERAKU! DUNIAKU!

Masih kuingat lagi semasa usiaku menjangkau  sembilan tahun ,
novel  sastera  kakakku bertajuk, ‘ Hikayat Merong Mahawangsa’
kubaca dengan penuh kusyuk seolah-olah aku  berada dalam
dunia Merung Mahawangsa menyaksikan aksi  mencabar itu dan
aku yang berkomunikasi  dengan watak yang ada dalam novel
tersebut.

Pada umur dua belas tahun, anak-anak buahku mengelilingiku
mendengar aku bercerita bangsawan  yang berkisarkan kepada
watak nenek kebayan dan cerita-cerita fantasi  yang ideanya
datang secara spontan  semasa bercerita.  Mereka mendengar
penuh  kusyuk .  Segala  watak yang kuceritakan kubawa dengan
penuh emosi, pelbagai watak ada sedih, suspen,lucu  yang geli
hatinya apabila watak seram mereka akan menjerit , suspen
mereka melompong  kalau watak lucu mereka gelak habis-
habisan. Waktu yang aku suka apabila melihat mereka tergelak.
Aku apa lagi...ada aje idea untuk membuat mereka tergelak.
Agaknya ini punca aku rapat dengan anak-anak buahku.
Dan ini juga membuatkan aku lebih berimaginasi cerita-cerita
fantasi kanak-kanak sebab itu aku suka bercerita dengan

kanak-kanak sambil bercerita idea datang mencurah-curah.
Yang lebih menyukakan ,  aku dapat menyiapkan sebuah
buku cerita kanak-kanak  bertajuk, ‘Tangan Emas’  diterbitkan
Oxford Fajar .
Tapi yang buat aku kecewa apabila seorang kawanku kata
aku kuat  berangan, aku diam aje seakan merajuk , mujurlah
kawan kepada kawan aku mengatakan kerana aku kuat
beranganlah aku boleh buat cerita-cerita imaginasi kanak-
kanak.   Tak semua orang jadi penulis buku kanak-kanak.
Pasaran buku kanak-kanak luas. Tengok  JK Rowling , buku
nya digemari kanak-kanak dan juga orang dewasa  dengan
cerita-cerita imaginasinya.
Apapun  aku ucapkan terima kasih kepada kawan kepada
kawanku itu, dengan kata-katanya itulah yang membuatkan
aku yakin dengan karya imaginasiku. Terima kasih yang tak
terucap.

Apabila usiaku  lima belas tahun, ketika aku mengikut bapa
dan ibuku menaiki  kereta, pergi ke rumah saudara maraku
di Kuala Pilah Negeri Sembilan , aku begitu suka menghayati
permandangan sawah, gunung-ganang, bukit- bukau,
permandangan perkampungan  semuanya memukau aku
dan jiwaku terusik  untuk aku lebih berimaginasi. Yang
buat aku terperasan sendiri  apabila  aku berangan hendak

menjadi novelis hingga  anak-anak gadis yang duduk
ditangga sedang membaca novelku. Ah! Aku tersenyum
dalam imaginasiku yang ingin menjadi seorang pengarang.

Semasa aku  di tingkatan empat , secara kebetulan aku
dilantik guru menjadi pengawas sekolah. Aku menulis
sebuah cerita pendek bertajuk, ‘ Ratina’ , yang lucunya
kawan-kawan perempuan sekelasku membaca sambil
air mata berjuraian, ada yang membuat mereka begitu
sedih. Apa tidaknya aku  menulis pun sambil menangis
 apabila mengarang cerita ,’Ratina’. Penuh emosi !
ketika menulis.  “Beah … sedaplah cerita Ratina ni…
sambunglah lagi,” pinta Rosilawati. “Insya-Allah ..kalau
ada ilham datang aku karang lagi”
Yang seronoknya semua kawan perempuan sekelas denganku
mereka menyokong aku menulis. “Beah masuklah pertandingan
mengarang  cerpen , mana tahu menang . Apa kata pagi
Sabtu ni kita pergi pantai cari ilham, ha…nanti kau dapat
banyak ilham apabila tengok permandangan pantai,”
cadang Norlaila. “Elok juga idea kau tu.”

Setelah mendapat kebenaran keluarga aku pergi bersama
Norlaila ke pantai.  Secara kebetulan rumahku dekat dengan
pantai.  Inilah pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Kepada kawan-kawan terima kasih di atas sokongan yang
tidak berbelah bahagi padaku.  Terima kasih tak terucap.

Ketika menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, aku
sibuk mencari kelas penulisan, dah rezeki agaknya aku
terjumpa di surat khabar  , jika berminat menjadi  ahli
Persatuan   Penulis Negeri Sembilan (PEN). 

Aku menaiki bas  pergi ke tempat alamat yang tertera untuk
mendaftar sebagai ahli Persatuan Penulis Negeri Sembilan.
Dari situ aku mula aktif menghadiri bengkel penulisan yang
dianjurkan oleh persatuan.  Semua bengkel penulisan aku
hadiri, yang masih segar dalam ingatan apabila bengkel
penulisan nove,l  guruku yang mengajar ketika itu saudara
Anwar Ridhwan  yang kini sudah bergelar Sasterawan
Negara. Secara kebetulan aku baru saja habis menyiapkan
novel  Ratina, manuskrip Ratina kuberikan kepadanya
untuk diedit   dengan sokongannya yang tidak berbelah
bahagi  padaku,  novel Ratina habis diedit. Aku amat berpuas
hati.  Di sini aku mengucapkan terima kasih yang tidak
terucap.

Satu lagi pengalaman indah sebagai seorang penulis apabila
Persatuan Penulis Negeri Sembilan dengan kerjasama  GAPENA
membuat lawatan sambil belajar ke  Indonesia.  Pengalaman
ketika aku di sana , aku mendapat ilham menghasilkan ,
Putera Duyung.  Sekarang   sudah 17 tahun dalam simpananku.  
Baru sekarang aku mahu mempromosikan, Putera Duyung.
Harap ada penerbit yang sudi melamar  skrip  Putera Duyung.

Gambar-gambar mengujakan inspirasiku,
Terima kasih Pejuang Casper Matti:
Karya Putera Duyung bertema gambar itu,
Doakan karyaku menjadi legenda nanti.

Skrip Ratina pula sudah tiga puluh tahun dalam simpananku.
Aku  cuba-cubalah tanya pada teman facebookku seorang
penerbit filem , berminat tak dia… menjadikan novel Ratina
kepada skrip TV,  Jawapan yang diberikan amat memeranjat
kan dia kata emelkan padanya untuk dipertimbangkan. Tapi
malangnya novel Ratina masih berbentuk manuskrip lama.
Aku pun cadangkan hendak hantar skrip Putera Duyung.
Sekali lagi memeranjatkanku skrip Putera Duyung , insya-
Allah diterima dalam proses temujanji untuk perbincangan
bagi menjadikan realiti, hanya Allah yang tahu, aku pasrah.
Tanya pulak teman facebookku namanya Awang Karim Kadir
katanya dia berminat untuk  dijadikan teater muzikal , hingga
sekarang aku tunggu kata putus darinya samaada jadi atau
tak. Tanya pulak saudara Satile  Sagin pemuzik untuk mereka
muzik bagi Skrip Putera Duyung dia berminat hendak beri
kerjasama.  Ketiga-tiga mereka kukirimkan dvd gambaran
penulis tentang kisah  cinta  Putera Duyung dan
Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang. Apa komen
daripada mereka tentang  dvd tu aku masih menunggu
jawapannya tika ini. Apapun aku ucapkan jutaan terima
kasih kepada mereka bertiga kerana secara tidak langsung
menyokong minatku ini.  Terima kasih tidak terucap.

 Yang paling tidak dapat kulupakan apabila manuskrip
Ratina  kawanku kata  cerita yang sudah ketinggalan
zaman. Dia gelakkan aku katanya pada kawannya
cerita Ratina ni seolah-olah  tenguk TV hitam putih.
Aku cuma diam aje dalam luka. Tapi yang kelakarnya
kalau diizinkan Allah novel Ratina diterbitkan nanti
kulitnya hitam putih , aku tak hiraukan apa kata kawanku
tentang Ratina.  Yang penting aku puas dengan  duniaku
seorang  penulis. Biarpun dia mentertawakan aku, aku
redha kerana itu haknya.

Yang pentingnya aku sudah membuat yang terbaik
dalam kerjayaku sebagai seorang penulis yang
telah menjadi darah dagingku sejak dari dulu hingga
ke akhir hayatku , Insya-Allah. Berkarya dan terus
berkarya kerana  Sasteraku ! Duniaku! 

Karya:  Rhs NS
             8 Mei 2011

2 comments:

mamak said...

Alhamdulillah........... Teruskan usahamu sahabatku. Sememangnya setiap perjalanan atau pergerakan dalam hidup ini akan ada sahaja rintangan dan halangan.
Maju terus maju, Insyaallah, Dia akan bersamamu.
Drp: Mustofa Yaacob

Sasteraku Duniaku said...

Terima kasih sahabatku kerana perhatianmu kepada minatku dalam dunia penulisan. Moga Allah saja yang dapat membalas segala kebaikanmu atas sokonganmu padaku. Dan kudoakan juga Allah sentiasa memakbulkan niatmu yang baik-baik.Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Post a Comment

 
;