Usia sebegini senja
tiada cinta lagi
di usia remaja tak pernah bercinta
pabila baru nak berputik bunga cinta
terhalang
lalu terus terpadam.
Hidup berkeluarga tanpa cinta
cuba dipertahankan
kehidupan hambar dan palsu
pengorbanan dalam rendaman air mata
takkan mengerti takkan simpati.
Bunga-bunga cinta suci
tiada bertapak di hati
yang ada suram... muram...
duka nestapa berpanjangan.
Cintaku ibarat
berada dalam bara gelombang
ombak mengganas!
Ketabahan adalah jawapannya.
Kini pabila cinta
datang bertamu
biarpun hati terlara
kupujuk hati
berserah padaNya
kerana
Dia Maha Menentukan
Qada dan Qadar
aku pasrah dan redha
yang kumahu
cinta dalam restuNya.
Karya: Rha NS
21 Mei 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment