Wednesday, 1 June 2011

PANTUN KARYA SASTERAKU DUNIAKU

Aku menulis sejak dulu,
Karyaku tersimpan di galeriku;
Apabila kutiada untuk generasiku,
Lambang cinta abadi dariku untukmu.

Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama;
Aku dan pembaca saling bekerjasama,
Agar penulisanku senada seirama.

Ketika bulan purnama aku berkarya,
Penaku disinari cahaya rang bulan;
Seronoknya aku tika berkarya,
Tersyahdu aku keindahan bulan.

Tersyahdu aku keindahan bulan,
Bulan purnama sumber inspirasiku;
Cita-cita ingin menggapai bulan,
Kugenggam bara menjadi abu.

Sinaran bulan sumber inspirasiku,
Karyaku berlatarkan bulan purnama;
Pemuzikku hasilkan irama untuk karyaku,
Penyatuan senimu seniku jadi sempurna.

Di siang hari diserikan pelangi,
Di malam hari disinari bulan;
Cinta yang murni terus mewangi,
Puisi cinta terpancar di bulan.

Sahabatku namanya Rufiah,
Menggelar dirinya Pejuang Seni;
Perjuangannya tidak pernah mengalah,
Berjaya citanya mempertabatkan seni.

Terharu sangat dengan Pejuang Seniku,
Meyakini sangat impianku;
Memiliki kota buku Karyaku Duniaku,
Doanya jadi kenyataan harapanku.

Jutaan terima kasih kepada Pejuang Seniku,
Kerana sudi menghargai karyaku;
Aku terkesima dengan penghargaanmu itu,
Tapi aku tak mahu tertaksub dengan diriku.

Rupamu rupawan seindah budi,
Tutur katamu menawan hati;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.

Pejuang seniku diammu buatku gundah,
Kata puitismu aku rindui;
Kiranya ada bicaraku  yang tersalah,
Maafkan daku kerana hadirmu tidak kulupai.

Berilah peluang hatimu senyum,
Kerana senyum ada pahala;
Biarpun pahit untuk tersenyum,
Senyuman ikhlas ramai yang suka.

Hari-hari berbunga cinta,
Cintakan semua yang dimiliki;
Moga Pejuang Seniku tenang jiwanya,
Memiliki cinta yang hakiki.

Letakkan harapan padaNya,
Nescaya dipenuhi sinar hidayahNya;
Kujua mengharap padaNya,
Agar kau dan aku dalam Nur KasihNya.

Maafkanku duhai teman dihormati,
Kerana tidak dapat berkata-kata;
Kecilkan hatimu tanpa kusedari,
Lebih baik kudiam daripada berkata-kata.

Maafkanku buat hatimu terluka,
Padamnya persahabatan tanpa relaku;
Maafkan dunia akhirat segala silap dan kata,
Kuundur diri moga bahagia dirimu,

Persatuan Seni Sabah berdiri megah,
Berpenderian mambantu warga seni Sabah;
Ingin berjaya perlu tabah,
Tabahkan hatimu duhai generasi Sabah.

Tiga sahabat menjadi idola sastera,
Perjuangan sastera hingga ke hujung nyawa;
Mengungkapkan kata-kata penuh sejahtera,
Dikau tiada generasi seni berasa kecewa.

Khazanah sastera akan dipelihara,
Dipelihara warga seni Sabah;
Perjuanganmu memupuk semangat membara,
Di hati pecinta seni seluruh Sabah.

Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama;
Ya Allah jauhkan riak walau di mana,
Kerana semua amalan tidak Kau terima.

Kusyukuri kurniaanMu Ya Allah padaku,
Kerana kurniakan bakat yang berharga;
Ingin kukongsi kurniaan ini kepada semua,
Moga sama-sama memakmurkan bumi tercinta.

Setiap manusia merasai mati,
Tiada sebab takut mati;
Hargai hidup biar bererti,
Agar karyaku karyamu DinilaiNya nanti.

Pencentus revolusi minda itu hajatku,
Apabila berhubung dengan rakan seperjuanganku;
Banyak idea tercetus itu mahuku,
Moga kecemerlangan dunia akhirat milikmu milikku.

Kita punyai minat yang sama,
Sokong menyokong perlu antara kita;
Karyamu karyaku berirama seni bersama,
Insya-Allah menghasilkan produk seni legenda milik semua.

Kutinggalkan ilmu bukan untuk dibanggai,
Hanya semata Allah dicintai;
Moga pembaca mendoakanku nanti,
Sebar luaskan karyaku ini.

Karya: Rha NS
1 Mei 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;