Saturday, 6 June 2020 0 comments

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (432) MENZIKIRKAN-NYA DI TAMAN FIRDAUSI PUISI CINTA-NYA


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (432) MENZIKIRKAN-NYA DI TAMAN FIRDAUSI PUISI CINTA-NYA
8 tahun yang lepas
Sandra Putria sedang bersama Fernando Atlantik dan 16 yang lain.
KASIH.....
KAU selalu ada dalam canda, tawa, dan airmata....
KAU selalu hadir dalam nafas hidupku....
Aku mencintai_MU....
Dan takkan pernah berubah.....
Sampai kapanpun....
Salam Ukhuwah Fillah...
Komen
  • BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA

    Kekasihku...


    Kekasihku Allah SWT Tuhanku
    Kekasihku Nabi Muhammad SAW
    Kekasihku amal penemanku di kuburan
    Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
    Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya

    Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
    Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
    Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya

    Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
    Beramal ikhlas semata kerana-Nya
    Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya

    Kekasih segala kekasih
    DIA lah Tuhanku
    Yang setia
    Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas

    Janji-Nya pasti benar
    Sesungguh-Nya
    DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
    Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
    Biarpun sedetik
    Terlalu hampir
    Kemana kita berada DIA berada
    Tak pernah tidur dan lalai
    Bersama kita
    Sejak Azali Lagi
    Hingga nafas terhenti
    Syurga adalah balasan
    Yang terindah buat para kekasih-Nya
    Yang Dicintai
    Selagi berdetak jantung
    Yang tiada penghujung-Nya
    Biarpun sudah bergelar roh

    Begitulah
    Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
    Maka berlumba-lumbalah kita untuk
    Menjadi kekasih-Nya
    Kerana
    DIA Maha
    Penyayang
    Memahami
    Setia
    Memakbulkan doa
    Janji-Nya pasti ditepati

    Kita tak akan dikecewakan
    Selagi mana kita beramal
    Ikhlas kerana-Nya

    Andainya semua hamba-Nya
    Masuk ke Syurga
    Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
    Menghuni Syurga
    Kerana Syurga itu
    Luas seluas -luas-NYa

    Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
    Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
    Yang hidup di muka bumi
    Dari wujudnya Nabi Adam as
    Hinggalah bumi ini qiamat

    SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
    KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
    KEKASIH-NYA

    Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    7 Jun 2012

MENZIKIRKAN-NYA DI TAMAN
FIRDAUSI PUISI CINTA-NYA
mawar
mekarmu indah menawan hati yang keresahan
kuncup kudupmu mempesona jiwa yang ketandusan
wangimu mendebarkan hati yang kegersangan
warnamu menghayalkan set
tiap mata yang memandang
bungamu melambangkan cinta pada kekasih hati
setiap warnamu mempunyai rahsia tersendiri
hadirmu di taman mengindahkan lagi suasananya
harum baumu bertebaran dipelusuknya tanpa batasan
adakah kan kekalmu di sana
kekeringan bersama pohon kasihmu
atau dipisahkan sebelum berkembang sepenuhnya
atau bagaimana........
sekadar coretan di tengahari...
Lia Luna
Penang,
19.11.2012
"sahabat ...bersahabat denganmu bagaikan aku bersahabat dengan ahli Syurga kau selalu membuatkanku tersenyum indah seindah pelangi di malam hari, justeru aku tak mahu melepaskanmu
kerana kumahu bersahabat denganmu hingga ke Jannah Aamiin..
INDAHNYA BERTEMAN DENGAN PUJANGGA SEPERTIMU
Kapanpun pun kau tetap seorang teman
Yang mentarbiyahkan aku ke jalan-jalan Syurga-Nya
Terima kasih teman
Kerana sudi temankan karyaku berbicara sepi
Sepi menghasilkan karya yang tandus dan gersang
Kau sumber inspirasiku
Untuk kutarikan pena ini
Dengan lenggok pujangga
Yang mahukan kedamaian
Roh dan jasad
Kerana apa pun tarian lenggok pena kita
Adalah bermatlamat satu
Untuk menuju ke Pangkuan Ilahi
Indahnya seorang teman
Yang bergelar pujangga
Sepertimu teman...
Maafkan aku jika
Lenggok penaku tersalah tari
Mungkin aku tak mahu disepikanmu
Tapi percayalah
Itu semua gurauan hati
Sekadar menduga kasih penamu yang sepi
Percayalah kita tetap teman
Kerana karyamu
Selalu berjabat tangan
Dengan karyaku
Setiap kali bertemu siaran
Setiap kali membaca karyamu
Rinduku hilang
Rinduku terbalas sudah
Sepiku pun surut...
Kau tetap kusayang
Sampai kapan pun!
Kerana di kuburan nanti
Akan ditanya siapakah
Saudaramu duhai ahli kubur
Makanya kujawab
Muslimin muslimat
Saudara seislamku
Makanya sebelum aku bergelar ahli kubur
Di sini kuberjabat salam pada
Semua temanku yang dikasihi
Dunia akhirat...
PUTRI RIMBA NIAGARA
4 Jun 2012
MENZIKIRKAN-NYA DI TAMAN
FIRDAUSI PUISI CINTA-NYA
duhai sobatku mawar kuning...
mekarlah kau di sini
biar wangianmu
dapat memenuhi sepenuh bumi
mawarku kini
tak bermaya
ku coba sedaya upaya
untuk berseri
menyebarkan
wangian sepertimu
tapi setiap kali
aku coba menyebarkan
haruman bauanku...
mawar-mawar yang lain
menghalangnya
baru saja hendak bertunas
baru saja hendak berkudup
sudah dicantas habis
itu belum lagi
aku hendak
menyebarkan
wangian mawarku
yang indah
lagi di tarik setiap kelopak
mawarku agar musnah
wangian mawarku
sesudah itu diinjak-injak
sepuas hati...
ketahuilah sobatku mawar kuning
yang baik hati
yang hatimu sewangi kasturi Syurga
berkembang biaklah kau
bertunas-tunaslah kau
karna kau adalah penyeri taman-taman
hati nan tandus
kehadiranmu untuk
mewangikan taman hati tandus iman
amat di nanti-nantikan
oleh seluruh penghuni bumi
duhai mawar kuning diRaja sobatku
aku bersyukur kepada Tuhan...
diKurniakan-Nya sobat sebaikmu
yang tak lelah dan tak jemu
untuk sudi bersahabat denganku
di kala siapapun tak sudi
berkawan denganku
dan kau sudi menjadi sobat
terbaik untukku...
terima kasih sobatku
mawar kuning diRaja
mekarlah kau di sana
mekar di taman hati
untuk mereka yang sama
mencari jalan-jalan pulang kepada-Nya
aku mengangumimu bukan kerana
kau hebat berpujangga indah
tapi jika aku mengagumimu
sebenarnya aku
Meng-Agungkan Tuhanku
kerana mengurniakan
seorang pujangga sepertimu
menulis mengajak para
hamba-Nya untuk
sama-sama menyiapkan
bekalan untuk dibawa pulang
ke negeri abadi
yang mana masing-masing sibuk
dengan urusan akhirat masing-masing
tika itu sebesar zarah pahala dihitung-hitung
dengan harapan bermakna dihitung
dengan harapan selamat dari api neraka
ALLAHU AKBAR
gimana kalau pahala itu ditolak
kerana menjadi rebutan
mereka-mereka tika di dunia
kita menyakitkan hatinya
mengumpat kejinya
mengatakan kitalah yang sempurna iman
karya kita sajalah yang terhebat...
nauzubillah moga dijauhkan
daripada sifat dengki khianat hingga mati...
duhai sobatku mawar diRaja
ketiadaanku nanti
mekar berserilah
dikau di taman-taman puisi
cintakan Pencipta Syurga
mengajak mereka
berpuisi nan indah-indah
saling memuji Allah Azzawajallah
bersahut-sahutan tanpa jemu
hingga terhenti nafas
memujiNya
dengan puisi-puisi nan indah
bak bidadri Syurga
menzikirkanNya
di Taman Firdausi
bergema puisi
cintakanNya
tanpa nokhtah
Karya Ratu Rimba Niagara
5 Muharram 1434H
19 November 2012
JIKA AKU MENULIS KERANA MANUSIA SUDAH LAMA AKU BERHENTI MENULIS
jika aku menulis kerana manusia sudah lama aku berhenti menulis,
dikecam tanpa ehsan! kata-kata yang dilemparkan bagaikan menghiris
hatiku hingga lumat lalu dicelupkan dengan asid agar hancur lumat selumatnya lalu aku terus benci untuk menulis ...orang awam tu adatlah tapi yang kecam hebat aku yang bergelar pujangga bertaraf pujangga antarabangsa. Karya antarabangsa manakan sama karyaku
karya picisan jalanan yang dengar pengemis jalanan merayu agar disimpati.
Antara kata yang masih kuingat hingga kini,
1) Karya banyak macam pasir tiada nilai sebutir pun
macam tin kosong habuk pun tak ada.
2) Panjang berjela-jela tapi hampas!
3) Simpan karya yang banyak tu...sampai dimakan anai-anai
kerana tiada satu penerbitpun yang akan menerbit karya hampas!
4) Bila berkarya macam orang kemabukan todi.
5) Berkarya pantun tak ada etika .
6) Tulis puisi macam karangan tak setanding pujangga
bertaraf antarabangsa.
Dan macam-macam lagi yang membuatkan otakku tumpul untuk menulis jika penghinaan mereka itu aku ikutkan.
Makanya segala kutukan mereka itu telah kubenamkan ke lumpur asalkan aku bisa menulis dengan tenang setenang Air di Kali Syurga. insya-Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
10 Ramadan 1438H
5 Jun 2017
KRITIK BOLEH TAPI JANGAN SAMPAI MELUKAKAN HATIKU
Putri Melati Putri Rimba ~ Putri Rimba menulis tidak pakai logika. pakai angan2 jek. Teguran membina di katakan mahu menikam. Dapat apa tikam Putri Rimba. Idea itu hadir dari jiwa masing2. Idea Intelek cukup dengan kata-kata singkat, padat dan bernas. Namun penuh penghuraian mendalam makna. Bukan berjela namun hampeh.
Putri Kemboja Putri Rimba tak sedarkah yg apa yg Putri Rimba tulis tu membingungkan? Genre apakah yg Putri Rimba tulis? Syair, puisi, gurindam atau cerita pendek?
Putri Rimba Duhai Putri Melati ...Putri Kemboja
biarpun kritikanmu pedih menikam kalbu...kurela andai itu
bisa membuatkan hatimu puas dan bahagia
Bahagiamu mengkritikku
bahagiaku akan terus bersastera sekalipun tak disenangi
oleh semua rakan sastera seperti kalian berdua
lagian aku sudah lali dihina dikutuk dikeji
gara-gara aku bersastera tanpa henti
Jika aku bersastera kerana manusia sudah lama aku berhenti
menulis, aku bersastera tanda aku bersyukur kepada-Nya yang mengurniakan aku ilham tanpa had tanpa henti dengan pelbagai tema...SUBHANALLAH dunia sastera yang kuminati dimakbulkanNya
Syukur Ya Allah
Karya Ratu Rimba Niagara,
11 Zulhijjah 1437H
13 September 2016
AKU SI PUNGGUK BERLAGU TAK SEHEBAT PUNGGUK ANTARABANGSA
SAYA SUKA TULIS PANTUN
Assalamualaikum sahabat semua,
Di grup suka hati berpantun,
Salam silaturahim buat semua,
Tengok tajukpun dah suka berpantun.
(hehehe)
Saya bukanlah pandai berpantun,
Tapi minat berpantun,
Janji ada bunyi pantun,
Itulah cara saya tulis pantun.
Nilai pantun saya serangkap seringgit,
Harga yang pernah kawan saya tawarkan,
Ribuan rangkap pantun nilai ribuan ringgit,
Jika dibayar itulah yang menyukakan.
Karya Ratu Rimba Niagara,
9 Ramadan 1438H
4 Jun 2017
Anginretak OO Lakaran ni ada...tapi masih tidak memenuhi etika pantun sebenar.
Ratu Rimba Niagara Justeru tunjuk ajar saya berpantun,
Agar saya bisa berpantun,
Etika sebenar pantun,
Agar tak tersalah tulis pantun.
BAHASA PUISI ADALAH ILHAM DARI ILAHI
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wr wb
Semua rakan-rakan sastra yang sentiasa disanjungi..
Ucapan sekalung tahniah kepada semua yang terlibat
Dalam menjayakan buku
'ANTOLOGI PUISI PENYAIR 5 NEGARA'
Satu usaha murni memartabatkan Kesusasteraan Bahasa Melayu
Di mata dunia
Syabas! Kepada semua rakan-rakan sastra yang terpilih
Karena karyamu karyaku dihargai oleh yang sudi menghargai
Samalah kita bersyukur atas kurniaan bakat menulis dari Ilahi
Kepada rakan sastra yang tak terpilih buat masa ini
Sabarlah ye...Insya-Allah akan terpilih juga nanti
Asalkan sentiasa berfikiran positif menghantar karya
Tanpa jemu dan berputus asa
Kita berkarya bukanlah untuk mendapat pengikhtirafan
Tapi kita menulis adalah atas dasar minat menulis yang
Amat mendalam
Kalau tanpa minat pasti kita nggak bisa menulis
Saya percaya semua yang bergelar penulis
Mesti minat menulis sejak zaman kanak-kanak lagi
Sama seperti saya...
Saya masih ingat lagi semasa di alam remaja
Setiap kali saya melihat remaja-remaja membaca novel
Saya bayangkan novel yang mereka baca itu adalah
Novel karya saya...
Lucu kan?
Yang amat melucukan sekali apabila kawan sastra saya
Kata buku antologi cerpen terbitan DBP sudah diterbitkan
Nama saya ada juga tercatat di kumpulan senarai
Nama-nama penulis terkenal di Malaysia
Bagai tak percaya saya di kala itu
Dan tanpa berfikir saya mencari ke toko buku bagi mempastikan
Adakah benar cerita rakan sastra saya itu
Sekali lagi saya terkedu
Seakan tak percaya tapi itulah realitinya
Syukur pada-Nya
Sepanjang pulang dari toko buku
Saya senyum dalam dakapan buku Antologi Cerpen DBP
Yang ada karya saya
Itu cerita 30 tahun yang dulu saya terperanjat
Sekarang ini berita karya saya di bukukan
DI BUKU ANTOLOGI PUISI PENYAIR 5 NEGARA
Bagaikan tak percaya tapi pabila nama saya
Tersenarai saya percaya dalam senyum
Karena ada yang sudi menghargai karya saya
Syukur Alhamdulillah
Tidak pernah terfikir pula saya ini
Menjadi seorang penyair
Mewakili 5 negara
Karena sebelum ini tiada
Karya puisi saya dibukukan
Di mana-mana penerbitan
Mungkin saya teringat kata-kata
Rakan sastra saya yang amat saya sanjungi
Saudara Naga Pamungkas
Menyatakan setiap kata-kata saya
Adalah puisi
Sejak daripada itulah saya berpuisi
Terima kasih Saudara Naga Pamungkas
Karena kata-kata semangatmu
Membuatkan aku berkata-kata
Dalam irama puisi
Bahasa puisi memang indah
Seindah pelangi di malam hari
Yang menulisnya tenang
Yang membaca pun tenang
Setenang air di kali Syurga
Bahasa puisi adalah bahasa qalbu
Bahasa qalbu datangnya dari
Ilham Ilahi untuk penulis
Karena setiap yang baik
Adalah dari-Nya
Maka bahasa puisi adalah
Ilham dari Ilahi
Sebab itu bahasa puisi itu indah!
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
22 Mei 2012
Anginretak OO Elakkan menulis puisi karangan.
Ratu Rimba Niagara Masalahnya itulah cara saya tulis puisi.
Saya puas dengan cara saya tulis puisi.
Ratu Rimba Niagara Terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya tapi ramai yang suka cara saya tulis puisi dari kajiselidik yang dibuat.
Anginretak OO Itu adalah karangan yang dipisahkan menjadi bait puisi. Puisi adalah...satu baris penuh makna, dan tidak boleh bersambung dengan baris seterusnya kerana baris yang lain akan menceritakan kisah lain dalam satu rasa.
AKU MENULIS BUKAN UNTUK MENCIPTA NAMA
Aku menulis sejak dulu,
Karyaku tersimpan di galeriku,
Bila kutiada untuk generasiku,
Lambang cinta abadi dariku untukmu.
Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama,
Aku dan pembaca saling bekerjasama,
Agar penulisanku senada seirama.
Karya Ratu Rimba Niagara,
9 Ramadan 1438H
4 Jun 2017
Anginretak OO Jika sebetulnya bukan kerana nama, biarlah orang tak pernah tahu nama sebenar kita, rupa pun kabur kabur sahaja.
Salam Ramadan dan salam kemaafan Ratu Rimba Niagara atas segalanya andai ada salah silap dan segala keterlanjuran
Ratu Rimba Niagara Rupaku tak kabur tulisanku tak terabur,
Nak komen jangan sampai terlanjuran kata,
Nanti hati nurani menjadi kabur,
Maka dimaafkan segala ketelanjuran kata.
Anginretak OO Maksudnya kaburkan saja wajah dan sembunyikan identiti kerana menulis bukan kerana nama
Ratu Rimba Niagara Hai tak baca ke setiap kali berkarya tulis nama pena Ratu Rimba Niagara bukan rabeah, sebelum ini guna nama Ratu Rimba Niagara tapi ada masalah fb tak boleh gunakan nama ratu rimba maka nama rabeah jika tidak tak bisa ber fb, sedangkan ber fb kerana semata hendak berkarya , guna gambar sebenar agar pembaca tahu penulis menulis dari hati bukan kabur sekabur gambar, selalunya mereka yang yang gunakan gambar kabur, gunakan nama orang lain ,pokok, gunung, dan lain-lain tulisannya suka hentam kromo orang lain sesuka hati kerana tulisan kabur dan gambar pun kabur...setidak-tidaknya bila mati nanti orang yang hidup boleh sedekah fatihah kepada kita yang menulis dari hati bukan sesuka hati sakit hati dengan penulisan orang lain yang mana penulisan seseorang itu adalah anugerahNya yang terindah. Tanya pada diri menulis untuk apa? pandangan manusia atau pandangan TUHAN. Sendiri tanya sendirilah jawab.
Anginretak OO Baca tapi masih tertera nama asal dan wajah si penukilnya semasa kiriman
Ratu Rimba Niagara Duhai angin rentak nampaknya cukup sampai di sini ratu rimba bersiaran karya, angin rentak sendiri faham kenapa kuucapkan selamat tinggal pada grup pungguk berlagu...ku sedari ku tak layak untuk sama-sama menjadi pungguk-pungguk di sini yang pandai berlagu merdu...biarlah aku singgah di dahan grup yang sedia setia mendengar kuberlagu yang sama sepertiku tak pandai berlagu tapi saling menghargai kurniaan bakat menulis anugerah Ilahi. Maaf atas segalanya...selamat tinggal semua ahli grup , kerana dalam usia selewat begini sesuntuk begini ku hanya mahu menulis membuatkan jiwaku tenang dan yang membaca pun tenang setenang Air di Kali Syurga.
SALAM RAMADAN SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Anginretak OO Buatlah apa yang membahagiakan hati. Di laman pungguk ini ramai penyair antarabangsa yang sekadar memerhati adunan pungguk. Semoga kita semua sentiasa dalam keredaan Allah jua.
SALAM RAMADAN DAN SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
serta SALAM KEMAAFAN ATAS SEGALANYA.
Semoga RATU RIMBA sentiasa sihat sejahtera dalam mengait adunan kehidupan. Aaminn
Ratu Rimba Niagara Aamiin.
KU INGIN TERBANGKAN SASTERAKU MENUJU KE DASAR HATIMU
NILAIANNYA SAMPAI KE ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
Ratu Rimba Niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
GUBAHAN BUNGA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA,
Bunga-bunga sastera kuterbangkan di sudut hatimu.
Ingin kutempa sasteraku menjadi serpihan hati lalu menelusuri jiwamu.
Jika kau mula memahami dan merasai di situlah mulanya dunia sasteraku dalam jiwamu. Andainya ada yang tidak berkenan di hatimu dalam dunia sasteraku tegurlah dengan kata-kata nan indah kerana kata-kata nan indah itulah yang akan menghidupkan dunia sasteraku.
Setiap hari aku dilimpahi ilham yang tak putus-putus dariNya kerana keterujaan itu, kuingin berkongsi dengan seluruh penghuni dunia, tiada niat sebesar zarah pun untuk berbangga diri.
Setiap kali aku mengarang mengenai Ketuhanan, roh, alam barzah, kemanusiaan, peperangan,kesatria ,cintai negara, alam rimba, dan lain-lain bukan niat mengajar sesiapa, itu adalah muhasabah untuk diriku sendiri yang lupa tanggungjawabku sebagai khalifahNya di muka bumiNya ini.
Jika kau masih lagi tidak memahami dunia sasteraku maka jangan cemuh sasteraku biarkan sasteraku kesendirian, barangkali sasteraku tidak dapat bertahta di hatimu, namun begitu dunia sasteraku tidak akan mengalah akan terus bersastera, akan
kubiarkan curahan ilhamku mengalir ke dunia sasteraku tanpa ada sekatan daripada mereka yang tidak memahaminya kerana itu adalah dunia sasteraku.
Aku yakin suatu saat nanti akan hadir pembaca karyaku yang memahami dan merasai keindahan dunia sasteraku.
Pengakhirannya akan ada hanya satu matlamat kenapa aku bersastera kerana aku mahu mendapat keredhaanNya agar bersama membina Jambatan ke Syurga . Insya-Allah AAmiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
2 RabiulAkhir 1438H
1 Januari 2017
Ratu Rimba Niagara berkongsi kenangan.
Impianku karya-karyaku yang kusiarkan di alam maya berjaya dibukukan dan dijadikan bahan bacaan di sudut perpustakaan di kediaman peminat sasteraku di seluruh dunia Insya-Allah Aamiin.
Hati Pendidik
Zullfikaqe Zullfikaq Semuga di rahmati segala usaha mu....
Ratu Rimba Niagara Aamiin. Terima kasih sahabat moga dirimu begitu juga Aamiin.




3 tahun yang lepas
SELAMAT HARI LAHIR BISIKA OMBAK OMBAK RINDU
Selamat hari lahir buat sahabatku Bisika Ombak Ombak Rindu...moga dimurahkan rezeki, bertambah iman,menjadi ahli Syurga di dunia untuk menjadi penghuni SyurgaNya di Akhirat. Insya-Allah Aamiin.
'Sahabat ...bersahabat denganmu bagaikan aku bersahabat dengan ahli Syurga, kau selalu membuatkanku tersenyum indah seindah pelangi di malam hari, justeru aku tak mahu melepaskanmu kerana kumahu bersahabat denganmu hingga ke Jannah Aamiin.'
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Sahabat Alam Mayamu,
Ratu Rimba Niagara,
11 Ramadan 1438H
6 Jun 2017
8 tahun yang lepas
KU PUNGUT PUISIMU
ku pungut puisimu
dari rerimbun perdu kata
merentas belukar hati
merambah belantara jiwa
sejenak ku lena
terlambung ke langit pesona
namun saat ku jaga
kau telah tiada...
By Werdys Kalbary
(PETIKAN DARIPADA WALL WERDYS KALBARY)
7 Jun 2012

JIKA KAU PUNGUT PUISIKU
Jika kau pungut puisiku
Berarti kau pungut cintaku
Jika kau pungut cintaku
Di situlah cintaku mula bertapak di hatimu
Lalu aku terlena dalam dakapan mimpi
Mimpikanmu untuk bersama ke Syurgawi
Menyulam rindu menyulam cinta
Yang abadi selamanya
Tiada cinta terluka lagi...
Itulah hikmah di sebalik pertemuan ini...
Segalanya atas Ketentuan-Nya
PUTRI RIMBA NIAGARA
4 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
7 Jun 2012
8 tahun yang lepas
KU PUNGUT PUISIMU
ku pungut puisimu
dari rerimbun perdu kata
merentas belukar hati
merambah belantara jiwa
sejenak ku lena
terlambung ke langit pesona
namun saat ku jaga
kau telah tiada...
By Werdys Kalbary
(PETIKAN DARIPADA WALL WERDYS KALBARY)
7 Jun 2012
8 tahun yang lepas
JIKA KAU PUNGUT PUISIKU
Jika kau pungut puisiku
Berarti kau pungut cintaku
Jika kau pungut cintaku
Di situlah cintaku mula bertapak di hatimu
Lalu aku terlena dalam dakapan mimpi
Mimpikanmu untuk bersama ke Syurgawi
Menyulam rindu menyulam cinta
Yang abadi selamanya
Tiada cinta terluka lagi...
Itulah hikmah di sebalik pertemuan ini...
Segalanya atas Ketentuan-Nya
PUTRI RIMBA NIAGARA
3 Jun 2012
Komen
  • ~ SERENADE RINDU ~

    Tali jiwamu

    merupa rentang sayap-sayap cahaya
    yang kau seberangkan ke hatiku
    ia bersenyawa meresap
    mengerami rindu
    berkurun harap ku pupuk di gulma sunyiku
    menunggu saatnya nanti ;
    telur-telur cinta menetas di kerubung waktu...
    ----------
    Sintang West Borneo, 6 Juni 2012
    Werdys Kalbary —

    TALI JIWAMU

    Tali jiwamu telah tersimpul mati
    Di kalbuku
    Hanya kematian memisahkan cinta kita

    Duhai kasih yang terkasih
    Jika tali jiwamu putus
    Putuslah cintaku

    Biarpun putus
    Aku tak setega itu
    Melepaskan cinta itu
    Kerana tali jiwamu
    Telah tersimpul mati
    Di hatiku
    Hanya kematian memisahkan kita

    Moga tali jiwamu kusimpul matikan hingga ke Syurga
    Izinkan aku bawakan ke Syurga dengan redha cintamu Cinta-Nya
    Kerana kasih kita
    Telah tercatat di Lauhmahfuz
    Hanya DIA yang tahu
    Akan
    Tali jiwamu tali jiwaku
    Dan aku sentiasa bersangka baik pada-Nya

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    6 Jun 2012
    1
  • Werdys Kalbary:

    putri rimba :::

    duhai nurani yang berbinar di terang cahaya
    di kurungan rindumu terdekap bayang berjuta harapan
    jangan kau redupkan senja yang menyisakan malam
    hingga pagi menjemput embun
    di kilau mutiara di atas daun...

    putri rimba:

    di kilau mutiara di atas daun...
    tak dinda herankan...
    yang diherankan
    kilauan imanmu yang bercahaya
    bak indahnya purnama di samudra rimba niagara

    Werdys Kalbary:

    Alhamdulillah..aamiin..Allahumma Aamiin.. :)

    putri rimba:

    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & PUTRA WERDYS KALBARY
    7 Jun 2012

8 tahun yang lepas
PERMATA SYURGA
Duhai putera puteri kesayanganku...
Buah hatiku pengarang jantungku...
Telah bunda korbankan seluruh hidup bunda padamu
Tanpa mengharapkan apapun balasan darimu
Makanya di usia bunda yang tersisa ini
Izinkan bunda...
Redhakan bunda...
Andai kata
Bunda pergi ke medan juang
Untuk mencari sebuah ketenangan hakiki
Yang bunda dambakan sepanjang hidup bunda ...redhakanlah
Biarpun perpisahan itu amat memeritkan
Amat menyeksakan
Tapi sabarlah sayang...
Penyeksaan perpisahan di dunia ini cuma sementara
Jika di bandingkan pertemuan kita di Syurga nanti
Tidak akan ada perpisahan lagi
Kita kan bersama selamanya Insya-Allah Aamin
Ketiadaan bunda nanti
Doakan bunda semoga Allah sentiasa
Memakbulkan hajat bunda yang murni
Untuk bekalan bunda di akhirat nanti
Makanya
Di saat-saat yang begini
Tiada lain yang bunda fikirkan
Hanya DIA yang bertahta di hati
Kerana terlalu sangat ingin menjadi
Kekasih-Nya
Bunda relakan diri ini
Diduga ...diduga...tanpa henti...
Dihina manusia tak mengapa
Disepikan pun tak mengapa
Dikecewakan pun tak mengapa
Apalah ada dengan sepi
Apalah ada dengan kecewa di dunia ini
Yang penting di hari
Bunda dijemput Ilahi
Roh bunda bertemu dengan-Nya
Dalam keadaan tenang lagi diredhai-Nya
Makanya putri kesayanganku
Tolong fahami bunda
Tolong memberi sokongan bunda ke arah ketenangan
Tolong berkata-kata yang mendamaikan jiwa bunda
Tolong jangan lukakan hati bunda
Jadilah Anak Permata Syurga
Menghormati bunda selayaknya taraf seorang bunda
Jangan bunda dikecewakan dengan kata-kata berbisa
Bunda sentiasa bersyukur kepada Tuhan
Di Kurniakan Permata Syurga yang amat berharga dunia dan akhirat
Berjanjilah dengan bunda ...untuk menjadi Anak Permata Syurga
Agar roh bunda tenang di kala hidup dan setelah dijemput Ilahi
Percayalah kasih dan sayang kita
Bunda bawa hingga ke Syurga
Insya-Allah Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
7 Jun 2012

HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                                           
                                                  
 14  Syawal 1441H
6
 Mei   2020 
 
;