Friday 29 January 2021 0 comments

BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (275) MOGA KITA JADI HAMBA-NYA YANG TAHAN DIUJI


BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (275) MOGA KITA JADI HAMBA-NYA YANG TAHAN DIUJI

Allahu Akbar
Imej mungkin mengandungi: ‎teks yang berkata '‎الله‎'‎
SELAMAT MENUNAIKAN
SOLAT ISYAK...


27 Januari 2020 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.
SUBHAN'ALLAH..
ALLAHUAKBAR..
LAILAHAILLALLAH..
ALHAMDULILLAH..



27 Januari 2020 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.
SUBHAN'ALLAH..
ALLAHUAKBAR..
TULISAN ALLAH TIDAK TERBAKAR DI ATAS SEKEPING KERTAS..

MOGA GRUP INI SUKSES DUNIA AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
2 Muharram 1435H
6 November 2013H
Mungkin imej teks yang berkata 'motivasi.dakwah Semoga Akhir Dari Cerita Hidup Kita Adalah Husnul Khotimah, Dan Semoga Akhir Dari Perjalanan Hidup Kita Adalah Jannah'
Assalamu'alaikum
Warahmatullahi
Wabarakatuh
Santun Malam Sahabat Surga
Ya Allah teduhkanlah hati kami dan pagarilah kami dengan malaikat-Mu supaya esok pagi kami bangkit dengan aman dan damai." #Aamiin

indah

Sociedad Argentina de Horticultura
 sedang bersama 
Ida Solimando
 dan 72 yang lain.

Convallaria majalis
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
Lihat Terjemahan
1 Komen
2 Perkongsian
Kongsi

Komen





Seorang pejuang tidak minta disanjungi...
Seorang pejuang ...hanya mahu apa yang diperjuangkan dekat di hati walaupun dia sudah mati tidak kembali...
Rha NS
31112
1
1 Perkongsian
Kongsi




MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG TAHAN DIUJI
Merah itu warna
Warna itu merah
Merah itu darah
Darah itu pekat
Jangan buat naik darah
Jangan buat darah menyirap
Kerna itu punca darah tinggi
Punca cepat mati
Darah....darah....darah..
Merah,,,merah...merah...
Engkau marah
Aku marah
Api pun menyala-nyala
Hati terbakar
Terbakar segala amalan
Perang mulut
Semua keluar apa dipendam di hati
Bagaikan memuntahkan lahar membara-bara
Menggelegak-gelegak merah menyala-nyala
Kata berdasarkan nafsu hati yang tak takut mati
Macam hidup seribu tahun lagi
Pabila orang diperang tewas tersungkur
Suka...gelak kerana menang besar
Tapi tak tahu hukum karma menanti pasti
Api menyala-nyala
Menggelegak bagaikan bara
Rasalah balasan api neraka akibat marah tanpa usul periksa!
Justeru samalah kita tarbiyah diri sendiri
Supaya tidak marah-marah
Supaya sabar atas dugaanNya
HambaNya yang tak henti diduga
Allah sayangkanNya
Moga kita terpilih menjadi hambanya
Yang tahan diuji
Diterima dalam redha
Demi mendapat redhaNya
Tika hidup dan mati
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Rha NS
29 Januari 2012



ULAT ROH
Semua orang pasti mati
tak tahu bila masanya
akan mati
mahu tak mahu pasti tempuhi juga
muda atau tua
pasti mati
aku tak terkecuali
pasti mati
adakah aku takut?
Ya ...aku takut
kalau matinya aku
tanpa bekalan
kalau aku yakin ada bekalan
tapi aku tetap takut
takut bekalan yang kubawa
tidak diterimaNya
lalu aku dicampakkan ke Neraka
itulah yang kutakuti
bukan aku takut mati
aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.
Apabila mati...
Jasadku tentu membusuk
dimakan jutaan ulat
jika itu hukum alam
aku redha
tapi jika amalanku
dimakan ulat-ulat rohku
macam mana?
Allahu Akbar
merana rohku
merana yang tak tertebus!
Nak menangis pun tak berguna
jasad dah hancur dimakan ulat
tangisan roh percuma saja.
Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
agar ianya menjadi
bekalan yang Kau terima
dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Rha NS
31112




PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH
Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
Bersahabat mereka impikan Syurga,
Moga terpilih menjadi ahli Syurga.
Tiada lebih berharga di dunia ini,
Mendapat sahabat beroleh hidayahNya;
Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
Saling ingat mengingat dalam Nur KasihNya.
Tiada diduga perkenalan kita,
Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
Moga saling berbaik sangka sesama kita,
Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redhaNya.
Bersahabat atas dasar kerana Allah,
Saling berkorban untuk redhaNya;
Berkorban biar dipandang Allah,
Kupanjatkan syukur mendapat restuNya,
Seorang sahabat hatinya tulus,
Sentiasa ingat mengingati;
Demi persahabatan suci ikhlas,
Apabila tiada akan diingati.
Duhai sahabatku Robeah Mohd Ali,
Hidupmu seperti pelangi;
Apabila bertutur setulus hati,
Moga dikau menjadi sahabat sejati.
Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
Perkenalan kita tidak disengajakan;
Moga persahabatan berkekalan,
Dibalas Allah dengan keberkatan.
Jangan dipendam segala perasaan,
Sahabatmu ini sedia dengari;
Pasti hidupmu tiada kesepian,
Agar ceria hidupmu setiap hari.
Ibumu sakit hatimu bimbang,
Hatimu pilu bukan kepalang;
Jasa ibumu takkan hilang,
Kau jaganya dengan kasih dan sayang.
Robeah kalau itu bagai dikata,
Akulah sahabat paling bertuah;
Gembira hati tidak terkata,
Ikatan persahabatan jangan mengalah.
Kuucapkan salam perkenalan,
Untukmu Bunga Serojaku;
Di alam maya kita disatukan,
Senyumanmu menghiburkan hatiku.
Serojaku kau bagaikan anakku,
Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
Justeru sentiasa doakan ibumu,
Budinya membawamu ke alam Syurga.
Anakku Seroja yang dikasihi,
Balaslah cintanya kerana Allah;
Kerana itu kau akan dihormati,
Menjadi isteri soleha dalam Rahmat Allah.
Kita tak boleh menilai diri sendiri,
Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
Moga dikau menjadi insan terbaik.
Tiga sahabat wajah berseri,
Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.
Alhamdulillah syukur tidak terucap,
Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
Kehadiranmu penyeri hidup,
Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.
Semua orang berhak jatuh cinta,
Kerana itu lumrah manusia;
Cintamu ditolak jangan terasa,
Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.
Cintailah dia kerana Allah,
Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
Membalas cintamu kerana Allah,
Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.
Rupamu menawan seindah budi,
Tutur katamu menawan hatiku;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.
Jika cinta telah tertulis di Sana,
Itulah cinta seutuhnya;
Kehadirannya membawamu ke Sana,
Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restuNya.
Cintailah pilihanmu kerana Allah,
Jangan seiring kehendakmu;
Biarlah seiring kehendak Allah.
Pasti cintamu tiada rasa jemu.
Jangan ada benci di antara kita,
Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
Tutur katamu seperti di Syurga,
Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.
Yang baik itu dari Allah,
Yang kurang dari diriku sendiri;
Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
Tiada langsung perasaan iri.
Bersahabat bercinta kerana Allah,
Serasa hidup di alam Syurga;
Berkasih sayang kerana Allah,
Nikmat kehidupan seperti di Syurga.
Karya Rha NS
Mei 2011



WARKAH UNTUK SEMUA RAKAN GRUP PUISI ILAHI & RAKAN FBKU
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kepada semua rakan di grup Puisi Ilahi dan fbku yang sentiasa
tersanjung di hati.
Izinkankan aku berbicara pada kalian semua walaupun tanpa suara
Pabila suara hati berbicara yang mendengarpun hati-hati yang tenang.
Sudah puluhan tahun aku berkarya bersendirian
Duniaku adalah berkarya...,'sasteraku adalah duniaku'
Dunia yang kuminati sejak dari kanak-kanak lagi.
Teringat aku dua puluh tahun yang lalu...semasa aku ada kudrat...
di mana aku menjalankan kajiselidik setiap karyaku pada pembaca
yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur , taraf pendidikan
dan taraf pekerjaaan....rata-rata mengatakan karyaku bagus dan
memenuhi citarasa pembaca...Allahu Akhbar...
kepuasan pembaca adalah kepuasanku sebagai seorang penulis
pendapat-pendapat mereka semua menguatkan semangat aku untuk
terus berkarya dan yakin dengan karya yang kutulis.
Dalam usia sebegini ..aku tiada kudrat lagi untuk menjalankan
kajiselidik seperti itu kerana menggunakan kudrat yang banyak
berhujan...berpanas..turun bas naik bas...dengan membawa karyaku
yang dan borang-borang kajiselidik... berat macam batu...kalau
dah minat tidak kisahkan itu semua yang penting ada kepuasan menulis.
Allah SWT itu Maha Kaya Maha Memahami hambaNya...
Dengan izinNya aku diberi celik IT
Dapatlah aku meneruskan agendaku untuk membuat kajiselidik pada karyaku.
Pada mualanya teman fb ku ramai juga ...tapi bila mana mereka sekadar
ada je akaun fb tapi tak aktif dan bilamana berkomunikasi diam membisu tanpa
apa jawapan...aku terpaksa padamkan nama mereka...bukan untuk memutuskan
talisiraturrahim tiada niatpun begitu...terus terang tujuan aku ber fb
dengan mereka bukan untuk mendengar mereka umpat keji...kutuk mengutuk
orang...berbangga dengan kepandaian diri dan berbangga dengan kekayaan
dimiliki atau kuasa mereka yang ada...tidak...tidak...tidak..justeru
rakan-rakan fbku boleh dikira dengan jari
yang tinggallah itulah rakan fbku yang lebih berharga daripada permata.
Kadang kala aku menerima sindiran kerana memutuskan talisiraturrahim
gara-gara nama sahabatnya dipadamkan...aku diam je...kerana aku tak
mahu melukakan hati mereka...moga rakan-rakan yang telah kupadamkan
harap dapat mengerti dan memaafkan aku dan Allah ampunkan aku.
Ada tu pangkat datuk ....dia baik sangat...selalu memberi sokongan
setiap kali karyaku bersiaran...memandangkan dia ada komitmen yang
tinggi pada pertubuhan belia anjurannya ...aku undur diri dari
menjadi rakan fbnya...kalau dia tak sibuk mungkin aku menjadi teman
fbnya semula...
Tanpa dugaku seorang hamba Allah masukkan aku ke grup Puisi Ilahi...
Terperanjat juga ada kerana siapalah aku hendak dibandingkan dengan
mereka yang hebat-hebat belaka...tapi kugagahi juga demiNya dan dalam
diam aku bersyukur padaNya kerana mengizinkan aku masuk ke grup Puisi Ilahi.
Aku bukanlah seorang ustazah atau orang yang arif dalam ilmu agama...
tapi minat sangat dengan puisi yang bertemakan KETUHANAN ...
Kukarang puisi bukanlah hendak menunjukkan aku ini sempurna baik...
tapi di hati ini ingin sangat meraih redhaNya dan cintaNya tambahan
pula usia sebegini...apa lagi yang hendak difikirkan kecuali memikirkan
bekalan untuk dibawa di hari mati...
Insya-Allah di sinilah tempat yang sesuai untuk aku berkarya
yang bertemakan KETUHANAN ...namapun grup Puisi Ilahi takkan lah
lari dari tajuk kot? Moga tidak lari dari tajuk yang diilhamkan
oleh pengasasnya. Dan hingga kini aku tak tahu siapakah pengasas
Grup ini...moga Allah Limpahkan rezeki yang melimpah ruah padanya
agar dapat dia berjihad ke jalan Allah selagi nyawanya di kandung badan.
Jikalah grup ini tempat untuk:
keji mengeji
umpat mengumpat
bergaduh
menunjukkan karya siapa yang hebat!
mencipta nama sebagai penulis agar dikenali ramai lalu disanjungi
sedangkan tiada karya yang hebat kecuali Al-Quran Kitab Allah.
Tujuan berkarya dan berpuisi di grup,'PUISI ILAHI ini hanyalah semata untuk
mendapat pandangan Allah bukan manusia
justeru menulislah dengan karya yang terbaik untuk dipersembahkan
kepada Allah SWT...biar sebaris ayat pun tak mengapa yang penting
ikhlas dalam berkarya bukan ada niat sedikitpun untuk menyakiti
hati-hati orang yang hendak membacanya...
Berkaryalah kita semua dalam suasana kasih sayang dan hormat menghormati
jagalah hati rakan-rakan semua... kerana mereka semua ingin ke jalanNya
jadilah seperti, 'Padi...Semakin Berisi Semakin Tunduk'.
Harapanku pada rakan-rakan semua dapat terima kehadiranku di sini apa adanya
dan sudi memberi pendapat dan memperbaiki karyaku mana yang kurang keindahan
bahasa...aku amat-amat alu-alukan...faham-fahamlah aku hamba baru belajar
kalau salah berkarya tolong ajarkan ye...
Doaku pada Allah moga grup ini berjaya merealisasikan visi dan misi
grup ini ditubuhkan. Amin Ya Rabbal A'Lamin
Sebelum berundur ...kumemohon jutaan ampun dan maaf jika kata-kataku ada
yang menyinggung hati rakan-rakan semua dan memohon maaf juga sepanjang
aku berkarya di Grup Puisi Ilahi ...aku insan yang tak sempurna...harap
sudi maafkan aku.
Akhirkata sambutlah salam ukhuwah puisi dariku untuk kalian yang sentiasa
tersanjung di hatiku.
SELAMAT BERKARYA SEMOGA KARYA KITA DITERIMA ALLAH SWT SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Sahabat yang menyayangimu keranaNya,
Rha NS
30 Januari 2012
6
3 Komen
8 Perkongsian
Kongsi

Komen

  • Terima kasih nanda kerana tak jemu memberi sokongan pada bunda sejak mula bunda berfb hingga kini. Moga Allah membalas segala kebaikanmu biarpun sebesar zarah. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
    1
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Waalaikum saalam warahmatullahi wabarakatu..karyamu adalah
    semangatku bunda...!
    1
    • Suka
    • Balas
    • Lihat Terjemahan
    • 9t
  • Terima kasih rakan-rakan fbku...terharu sangat dengan sokongan kalian semua...duhai ...angin sampaikan salam sayang dan kasihku kepada mereka semua yang tak jemu-jemu menyokong untukku berkarya....kusayang kalian hingga nafas terakhirku...Amin.



MAAFKAN AKU YE JANNAH
Jannah kita saling bermaafan ye...kerana aku pun insan yang tak sempurna..kalau kau sudi memaafkan aku... syukurku padaNya!
Jannah andainya saat ini aku dimatikan Allah...malulah aku pada Allah kerana hal sekecil ini dibawa ke akhirat...maafkan aku ye Jannah..
Rha NS
30112

DIALAH SEORANG KAWAN YANG MEMAHAMI AKU...
Ye Jannah ...aku selalu mengaku aku insan yang tak sempurna...kerana terlalu takut jadi insan yang tak sempurna kawanku tak ramai Jannah...boleh dibilang dengan jari...sebelum kenal dengan dunia IT ...langsung tak ada seorang pun kawanku...bila dah kenal dengan dunia IT...salah seorang kawan baikku Dia...dia menerima aku apa adanya sebagai seorang sahabat...kami saling sokong menyokong dengan kerjaya masing-masing...kata-katanya selalu membuatkan aku lebih bersemangat dan kadang kala lawaknya buat aku tergelak sendirian...tak tahulah dia kalau aku buat lawak dia tergelak ke tidak...apapun di kala aku sudah tidak mempercayai seorangmu teman fb...dialah seorang saja yang faham...dan kalau kau nak tahu dari seratus teman fb...tinggal 4 orang saja...yang lain semuanya aku padamkan namanya daripada menjadi teman fbku gara-gara tak mahu menjawab soalanku mengenai persahabatan di antara Indonesia dan Malaysia...bukan nak suruh Malaysia dan Indonesia bergaduh tapi beri cadangan bagaimana hendak mencari jalan keluar...sebab itu aku memberanikan diri untuk hadir di wallnya kerana bagiku dialah kawan sejatiku kawan seumur hidupku insya-Allah...tapi malam tadi ... demi hendak menjaga persahabatanmu dengan dia...aku hampir untuk undurkan diri dari menjadi sahabatnya...mujurlah Allah tidak izinkan aku berbuat demikian...harap kau dapat maafkan aku ye Jannah...moga Allah ampunkan aku...
Rha NS
30112


3
21 Komen
Kongsi

Komen

  • Assalammualaikum ...apa kabar nanda...lama tak dengar kabar berita...moga selalu berkarya yang di terimaNya. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Bunda tercinta batas baik dan buruk hanya selembar kertas kadang manusia sebagai makhluk terlalu pintar untuk menghakimi sedang Sang Khalik Maha Pengampun....bunda jarak dan batas wilayah kadang membuat lupa bahwa diri tidak lebih baik dari yang lain...kasih sayang sesama makhluk itu yang utama agar hidup menjadi indah agar langkah menjadi mudah negeri berpijak bak mutumanikam saudara di Malaya saudara di Indonesia betapa indah ...bila tetap terjaga....
    1
    • Suka
    • Balas
    • Lihat Terjemahan
    • 9t
  • Waalaikum salam bunda tercinta ...hari libur waktu saya terbagi untuk keluarga maaf kalau tak berhabar karena rindu hati ini selalu mengikat untuk mendengar petuah dari bunda tersayang..
    1
    • Suka
    • Balas
    • Lihat Terjemahan
    • 9t
  • Moga Indonesia dan Malaysia sentiasa baik selamanya...seperti persahabatan kita yang telah diAturKanNya...Amin Ya Rabbal A'Lamin
    1
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Amien Ya Rab Yang Maha Tahu Atas Segala Kejadian....bunda semoga kita termasuk yang dijaga dari rasa hasut dan fitnah...karena hati ini sebenarnya terbuat dari butir - butir kasih yang indah, semoga Islam dan Iman selalu menjadikan landasan karena hati ini selalu merindu kalimat dan syair yang bunda senandungkan....
    1
    • Suka
    • Balas
    • Lihat Terjemahan
    • 9t
  • Terima kasih kerana sudi membaca syiar bunda ye...bunda juga suka baca puisi nanda fia yang menikam dan tertusuk di kalbu bunda...salam sayang dan rindu bunda dari Malaysia.
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • ha..ha..bunda tahu nggak yang paling saya suka dari Malaysia coketnya...he..he..karena saya penggemar cokelat mania bahkan ketika hamil rela nyimpan sedikit di tas kerja biar nggak ketahuan si kecil...he..he..
    • Suka
    • Balas
    • Lihat Terjemahan
    • 9t
  • Hehe...kita ni samalah suka cokelat...tak sangka pula...dulu masa bunda kecil-kecil...kalau bunda dapat wang gaji semuanya habis hendak dibeli cokelat....hihihi tak sangka sama suka cokelat...nanti kalau kita jumpa sama-sama makan cokelat ye....hihhihi
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • he..he...manisnya cokelat semanis persahabatan kita bunda...semoga Allah mengizinkan agar kita bisa berjumpa... betapa ingin hati ini duduk berdua memandang keindahan lautan dengan hidangan cokelat yang nikmat disaat angin berhembus perlahan menggoyang daun pohon nyiur segudang tuah dan syair bunda kan selalu kurindu seperti rindunya alam terhadap sinar mentari dipagi hari.....
    1
    • Suka
    • Balas
    • Lihat Terjemahan
    • 9t
  • Moga Allah izinkan apa yang nanda bayangkan itu ....aman bahagia ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sambil nanda membacakan karangan syair bunda...sambil itu kita makan cokelat dan gelak ketawa bersama...Allahu Akhbar serasa berada di alam SyurgaNya. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Amien Ya Rab ...semoga selalu kau tetap jaga hati kami dalam Kasih dan Asma-Mu...
    1
    • Suka
    • Balas
    • Lihat Terjemahan
    • 9t
  • Andainya kau bunga alangkah ...
    1
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Kalau aku bunga ....kau nak jadi apa pula ye....
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • nak jadi ....kumbang kah burung..hehehehe
    1
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Jangan jadi kumbang yang durjana pasti akan ada hukum karma
    Jadilah burung terbang menyelamatkan bunga daripada mati dizalimi...hihihi
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • hehehe....YB sihat diwaktu ini?KALAU BURUNG ITU BOLEH MENELAMAT BUNGA TAK APALAH AKU JADI BURUNG...
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Tak apalah sekarang tak yah jadi burung....nanti susah pulak nak terbang jauh-jauh ...patah pulak sayapnya...ku minta tolong burung geroda...sekelip mata dah sampai menyelamatku yang hampir mati kelemasan...sekarang ni tsunami tak henti membadai aku yang lemah tak upaya ni....senyumanku sudah diheret oleh ombak mengganas yang tak ada ehsan sedikitpun ....kesian aku sendiri...merana aku sendiri ....hendaknya segeralah burung geroda menyelamatkan aku di sini.....hihihi
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Burung pepit takdapat menyelamatkan????
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Pepit atau enggang ...yang penting...semangat hendak menjadi YB juga ada...hihihi macam mana dengan tugas YB yang diamanahkan sudah berjalan lancar ke tidak? Kalau masih leka lagi ....nampaknya si bunga pasti ....hihihi
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Kan PRU13 tak lama lagi ,kempin dari kampung ke bandar berjalan dengan lancar tanpa tragis .
    1
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Kempenlah dengan hati yang tenang
    Jangan dibarakan api kemarahan
    Fokuskan kepada perjuangan untuk rakyat
    Kemenangan pasti berpihak kepada rakyat juga
    Yb Tj Young ku lantikmu berkhidmat untuk membantu rakyat jangan sekali menindas rakyat...
    Kura-kura dalam perahu,
    Pura-pura buat tak tahu,
    Tak lama lagi PRU,
    Kuasa rakyat sebagai penentu.




JANGAN KUNCI PINTU CINTAMU
Kenapa harus dikunci pintu cintamu
izinkan aku mengetuk
mengucapkan salam sejahtera
duhai gadis yang kucintai
izinkan aku bertahta di hatimu
mencintaimu seikhlas hati
menaburkan bunga-bunga
cinta suci tanpa debunga pemalsuan.
Mempelangikan hidupmu
yang sepi dan suram
ku akan bahagiakanmu
sepanjang hidupmu
percayalah padaku sayang
cintaku sepenuh hati
tanpa ada kecurangan
aku bersumpah setia padamu
untuk memadu cinta
di dunia hingga ke Syurgawi.
Nanti cinta kita
berulamkan kasih dalam iman
usah diragui cintaku lagi
kutunggu hatimu terbuka untukku.
Jika tiada realiti cinta kita
bermimpilah aku bahawa kau membalas cintaku
itupun sudah memadai untukku
menagih cintamu tak kesampaian
kau bukan milikku...
aku pasrah dan redha.
Karya Rha NS
1 Januari 2011
KEINDAHAN PURNAMA CIPTAANMU TUHAN BUAT AKU TERPESONA!
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar,
Terpakuku melihat keindahan bulan purnama
Tenang syahdu sambil kulafazkan Allahu Akhbar,
Aku terpesona PenciptaanMu Yang Amat Sempurna.
Awan membiru di malam penuh syahdu,
Bebayang bulan terpancar di air nan tenang;
Seisi alam berzikir memujiMu tanpa jemu,
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar jiwa pun tenang.
Rha NS
25 Januari 2012

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
16 JAMADIL AWAL 1437H
25 FEBRUARI 2016



BIAR MISKIN HARTA,
JANGAN MISKIN BUDI,
MISKIN HARTA ORANG TAK KATA,
KAYA BUDI DIBAWA MATI.
Tiada penerangan foto disediakan.
SELAMAT HARI JUMAAT, PENGHULU SEGALA HARI. Mari optimis sebab hari ini HARI RAYA MINGGUAN



SAHABAT ALAMMAYAKU SEBAGAI TEMAN FB & TEMAN GRUP
kau hadir atas kehendakNya
maka kuhargai setiap semuanya tanpa terkecuali
yang berkomunikasi denganku
pastilah kukenal
walaupun berwajahkan
pokok bunga gunung ganang bukit bukau karton
tanpa wajah
yang berwajah kukenal walaupun tanpa suara
kau wujud tapi seperti tak wujud
jika tanpa like dan komentar
bukanlah aku ini
gilakan like dan komentar
tapi bagiku
like dan komentarmu
adalah sapaan yang terindah
salam silaturrahim
yang tak akan terputus
sampai hujung nyawaku
sepanjang berada di alammaya
jika kamu senyap dan membisu
sejujurnya aku hampa dan kecewa
terutama sekali yang bergelar rakan fbku
kepada rakan fbku atau mantan rakan fbku
maafkan aku jika aku undur diri
bukan memutuskan silaturrahim
tapi rakan fbku
terlalu terhad
biarlah mereka sebagai rakan fbku
bertegur sapa denganku
walau pun tidak selalu ber fb
memadailah sekali sekala menyapa
ini langsung sepi sesepinya
seolah aku ini tak wujud
sebagai rakan fbmu
untuk saling tidak menyeksakan
sebuah ikatan persahabatan rakan fb
kita saling memahami
dengan cara sendiri
sepi berlalu pergi
tanpa kesal di hati
Izinkan aku bersastera sendiri
tanpa menanti sapaanmu lagi
izinkan aku ganti rakan fb
yang sentiasa sedia menjadi
rakan setiakawan fbku sehingga hujung nyawa
saling menyapa karyaku
untuk aku terus berkarya
memperjuangkan sasteraku
sehingga berjaya
diterima oleh mereka yang meminati sastera
dihasilkan atas dasar kasih sayang yang tiada penghujung
Andai ditakdirkan aku pergi di dunia ini
laman fbku
bagaikan taman-taman Syurga
untuk mereka singgah memetik
bunga-bunga Syurga ilham dariNya
sebagai menyuntik semangat
menjadi hambaNya
untuk saling muhasabah diri
bahawa hidup ini tiada kekal selamanya
hanya sebagai persinggahan
yang hendak dibawa bekalan
ke Negeri Abadi...
Kita ditakdirkan bertemu di alammaya
moga kita ditakdirkan untuk bertemu di Syurga
itulah hikmah kenapa Allah swt takdirkan kita bertemu
di alammaya...Insya-Allah AAmiin.
Sahabat alammayamu yang ingin bersamamu selamanya
sampai Syurga Insya-Allah Aamiin,
............................................................
Ratu Rimba Niagara,
19 Jamadil Awal 1437H
28 Februari 2016
Tiada penerangan foto disediakan.
SAHABAT ALAM MAYA.
BERSUA KITA ADALAH TAKDIR...
BERTEMAN PULA ADALAH PILIHAN...
BERSAHABAT KITA PENUH KEIKHLASAN...
TANPA NIAT MINTA BALASAN.
INGIN PULA BERSAMA DENGANMU..
DALAM SUSAH ATAUPUN SENANG..
WALAU DIHUJANI SUKA DAN DUKA..
ITU ADALAH ATAS KEHENDAKKU.
BERSAHABAT DENGANMU ..
DI ALAM MAYA ADALAH
SATU KEINDAHAN TIADA TERNILAI..
WALAU TIADA PERNAH DITEMUKAN.
BERSUA KITA DIALAM MAYA..
MELAKAR KATA CURAHAN RASA..
DEMI TINTA BERGANTI TINTA..
INDAH KU RASA PENUH BAHAGIA..
WALAU TERCARIK DIDALAM LUKA.
TERIMA KASIH SAHABATKU..
TANPAMU BERHENTILAH TINTAKU
KOSONGLAH RUANG HALAMANKU
TIADALAH UKWAH KELUARGAAN TERBINA..
TERIMA KASIH......


SUBHANALLAH BENARLAH ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI
JKA KITA YAKIN REZEKI SEMUA-NYA DARI ALLAH, TIADA YANG MUSTAHIL ASALKAN USAHA PENUH TEKUN BERGANTUNG HARAP REZEKI DATANGNYA DARI ALLAH BUKAN MANUSIA.
"Tuhan tidak merobah nasibnya sesuatu bangsa sebelum bangsa itu
merobah nasibnya” Bung Karno.
YA ALLAH JIKA REZEKIKU DI ATAS LANGIT TURUNKANLAH JIKA DI BUMI KELUARKANLAH JIKA SUKAR MUDAHKANLAH DENGAN REZEKI YANG KAU BERIKAN ITU LEBIH MENDEKATKAN DIRIKU PADA-MU .
AKU DILAHIRKAN TANPA APA-APA AKU PULANG KEPADA-MU HANYALAH KAIN KAFAN PEMBALUT JASAD, YANG AKU DAMBAKAN KAIN KAFAN DARI SYURGA-MU BERKAT REZEKI YANG ENGKAU LIMPAHKAN KEPADA-KU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'MINDA YANG SIHAT TIADA SEMPADAN MASA ATAU USIA'
@ IDEA DAN STRATEGI MEMBUAHKAN KEJAYAAN ISYA-ALLAH AAMIIN
ANTARA REZEKI DAN ILHAM SASTERA
ada yang bertanya bagaimana aku mendapat rezeki untuk meneruskan perjuanganku dan kehidupan
wang sumber kehidupan
tiada wang perjuangan tidak akan diteruskan
jadi wang nadi perjuanganku
tanpa wang perjuanganku terhenti
bagaimana aku mendapatkan wang sedangkan karya yang dihasilkan
tidak menghasilkan wang...
jika diberi pilihan mahukan wang atau ilham
pasti aku akan pilih ilham
ilham banyak tapi tidak menghasilkan wang
bagaimana hendak meneruskan kehidupan
bagaimana aku mendapat wang seperti
aku mengguncangkan pokok yang tak berbuah
ketika aku mengguncangkan pokok tersebut
aku bayangkan aku mengutip buah yang gugur sebanyak-banyaknya
buah yang gugur itu adalah ilhamku
bilamana ilham Kurniaan-Nya bertukar menjadi wang
dengan mudah aku mengutip wang seperti aku memetik buah mangga yang hidup didahan mati tapi berbuah lebat hingga ke tanah.
SUBHANALLAH BENARLAH ALLAH ITU MAHA PEMBERI REZEKI
yang penting usaha tawakal doa
Ditakdirkan aku mati
ilham bertukar menjadi wang yang banyak
pastinya wang tak kubawa ke kubur
tapi ilham sastera menjadi saham akhirat
menjadi peneman setiaku di kubur
moga ilham sastera Anugerah-Nya
menjadikan kuburkan
Taman-Taman Syurga nan Indah
bercahaya-cahaya sehingga aku dibangkitkan semula
iaitu HARI PEMBALASAN DI PADANG MAHSYAR
semua-Nya dengan izin Allah jua
kerana aku bukanlah siapa-siapa
untuk menentukan Syurga itu milikku
aku seperti kamu juga
mengharap terus mengharap
agar menjadi hamba-Nya
yang diredhai ketika hidup dan mati
Aamiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Ilham Sastera Anugerah-Nya disyukuri ,
Ratu Rimba Niagara sekadar nama pena dalam berkarya
ada yang tersirat di sebalik tersurat
14 Syaaban 1436H
1 Jun 2015






BERTELEKU AKU SENDIRIAN MENGENANGKAN BETAPA HARUM KASTURINYA HATIMU!
Duhai sahabatku Ayahanda Chik yang sentiasa tersanjung di hati...
Biarpun persahabatan kita sudah menjangkau hampir dua puluh tahun
Biarpun kau sudah bergelar penulis yang berjaya
Biarpun kau sudah bergelar usahawan yang berjaya
Biarpun kau seorang yang bijaksana dalam mengungkapkan kata-kata indah bermadah
Namun itu semua tidak ada rasa ujub di hatimu sebesar zarahpun!
Yang cuma ada di hatimu...
Warna-warna pelangi indah
Bahasa-bahasa yang indah
Persahabatan yang indah seindah pelangi di waktu malam
Kasih sayangmu merata di hati semua
Kasih sayang mu bukan untuk dibalas dengan habuan dunia
Tapi kasih sayangmu ikhlas semata keranaNya
Allahu Akhbar!
Berteleku aku sendirian mengenangkan betapa harum kasturinya hatimu dapat dihidu hingga ke serata pelosok dunia
Syukur Ya Allah aku menjadi sahabatnya
Syukur Ya Allah kepada mereka yang menjadi sahabatnya
Kasihnya seperti mawaddah yang terlekat di kalbu kepada para pecinta kemurniaan hati!
Rha NS
26112




YA ALLAH KAU KURNIAKAN KAMI ILMU MAKRIFAT
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Syukur aku ditemukan dengan hambaMu ini
Seorang yang pecinta ilmu kebaikan
Pecinta ilmu kemanusiaan dan kerohanian
Dengan pertemuan antara dia dan aku
Kau Kurniakanlah kami ilmu makrifat
Terangkanlah hati kami
Sebagaimana Kau terangkan Matahari Dan Bulan
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Rha NS
26112

Indah sungguh bicara puisimu,
Seindah titisan embun di waktu pagi;
Membaca puisimu rasa tak jemu,
Terasa dekatnya hati pada Ilahi.
2



YA ALLAH KURNIAKAN KAMI MAKRIFAT ILMU
Ya Allah
keluarkan kami dari kegelapan ragu dan
muliakan kami dengan cahaya kefahaman
bukakanlah kami makrifat ilmu,
berilah cahaya pada hati kami
sebagaimana Engkau beri cahaya matahari kepada bumi.


telah menambah foto baru

1 Jun 2015 
Tiada penerangan foto disediakan.
2
PADA HARI INI
2 tahun yang lepas
BILA HATI BERBICARA YANG DIINGINKAN BAHASA-BAHASA SEINDAH SYURGA ALLAHU AKBAR AAMIIN
Jiwa jadi tenang dalam berbahasa seindah Syurga, Di dalam bicara tersebut ada;
Zikir kepada Allah
Allah SWT amat suka hamba-Nya memuji memujaNya
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW mengingati perjuangan baginda yang sentiasa cinta dan rindu kepada semua ummatnya.
Bermunajat kepada Allah SWT mengharapkan kasih sayangNya nur hidayah kasihNya pengampunanNya
Tahu matlamat hidup sebenar di mana pengakhirannya
Hidup adalah mimpi kehidupan setelah mati itulah realiti tak akan mati hidup selamanya samada mendapat balasan bahagia penghuni Syurga atau sengsara penghuni neraka.
Pilihan ketika masih hidup menempah tiket ke Syurga atau ke neraka
tepuk dada tanyalah iman sendiri.
Tika di dunia walaupun cuma di duniamaya kita inginkan sahabat yang mengajak kita ke jalan SyurgaNya sentiasa muhasabah diri hidup ini cuma seketika dalam mimpi, justeru amat penting bila bicara seiring hati sentiasa ingat mati kerana mati tak mengenal siapa dan bila, bila-bila pun mati moga mati kita dalam jiwa yang tenang dalam redhaNya Aamiin.

WWW

PERJUANGAN TAK MENGENAL WAKTU
perjuangan tak mengenal waktu
andai aku sepertimu aku pun begitu
waktu ini perjuanganku sastraku bermati-matian
andai perjuangan sastraku menjadi realiti
perjuangan lain sedia menanti
fb ku sebagai laman juangku
akan sepi sesepinya
masa itu baru kau tahu
betapa perihnya sebuah penantian
walau hanya dengan sepatah perkataan
barulah kau faham aku
aku faham kau
masa memang mencemburui kita
yang penting faham memahami
bila dah faham
kita tidak akan salah menyalah
andai perpisahan terjadi juga...
namun persaudaraan tetap tak terurai
diikat kemas ...untuk dikenangi di tugu pertiwi....
RATU RIMBA NIAGARA
3 September 2013
Takdir kau menjadi rakan fbku ...ku redha
Takdir kau jauh hati dariku tanpa sebab aku kaget
Tapi apa pun takdir yang ditakdirkan itulah takdir kau dan aku
Yang telah DIA Tentukan
Makanya hendaklah kau redha
Aku redha
Takdirnya aku pergi dulu sebelummu
Kaulah yang ditakdirkan untuk meneruskan perjuanganku ini...
Itulah hikmah disebalik pertemuan ini ...wallahualam.
KEPADA SEMUA RAKAN FBKU MAAFKAN AKU JIKA AKU UNDUR DIRI DARIMU BUKAN BERERTI AKU MEMUTUSKAN SILATURRAHIM TAPI RAKAN FBKU ADALAH PEJUANG SASTERAKU, MEREKA YANG TERPILIH ADALAH YANG MEMBERI IMPAK KEPADA DUNIA SASTERAKU, KEPADA MEREKA YANG WUJUD SEPERTI TAK WUJUD MULANYA INGIN MEMBERI SOKONGAN BERJANJI TAPI TAK MENEPATI JANJI LIKE PUN TIDAK KOMENTAR PUN TIDAK SEKALI LAGI MAAFKAN AKU KERANA SIAPALAH AKU UNTUK MENJADI SAHABAT SEJATIMU...MASA TAK MENUNGGU KITA KERANA MASA TAK MENGENAL KITA , IA AKAN TERUS BERLALU SETELAH KEMATIAN MENJEMPUT KITA BARULAH KITA FAHAM BERERTINYA SEBUAH PERSAHABATAN SEJATI.
'Aku tak mahu kau yang berdosa biarlah aku yang terasa agar terasanya aku tidak dibawa hingga ke hari akhirat,'
Beginilah aku dalam pencarian mencari sahabat seperjuangan sehati sejiwa sama menuju jalan-jalan ke Syurga-Nya hanya itu yang memberi ketenangan dalam aku berteman FB.
Moga kau bahagia dengan prinsipmu dan aku bahagia dengan prinsipku asalkan hati masih lagi mengingati bahawa kita pernah ditemukan di alammaya untuk sama memperjuangkan matlamat yang sama mencari jalan-jalan ke SyurgaNya.
ALLAH TUNJUKKANLAH KAMI JALAN KE SYURGA-MU
Kepada semua rakan-rakan grup yang sudi like dan komentar karyaku diucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga hatimu selembut salju apabila Nama Allah dan Rasulullah tertera di laman grup seakan ada magnet di jarimu terus like dan komentar memuja memujaNya, moga ada nilaian di SisiNya. AAmiin
Maria Jaffar, ARriana Mohd Ali, dan 7 lainnya menyukai kiriman Anda di >>BERIKAN HIDAYAHMU<<.: "SUBHANALLAH BENARLAH ALLAH MAHA..."


30 Julai 2016 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
IZINKAN LILINKU BERCAHAYA BIARPUN HATI TERLUKA
Lilin...
kau adalah aku
aku sedia berbakti pada karyaku demi-Nya
tanpa menghiraukan diriku kian malap dimamah usia
jika api lilinku
bertambah malap izinkan lilinku bercahaya
Duhai angin...ku merayu padamu
jangan kau tega meniupnya agar terpadam
aku ingin terus bercahaya
biarpun dalam keadaan terseksa
tapi aku ingin berjuang juga
untuk menerangi diriku sendiri
dan menerangi mereka yang sudi dengan cahaya
yang cuma tinggal berbaki ini
Duhai angin jika kau tiup
kerana marahmu padaku
apa salahku....
apa dosaku padamu
kerana aku cumalah lilin
yang berjuang bersedirian
ingin mencari jalan-jalan pulang
biarpun hati terluka
diitiupmu tanpa henti
kucuba pertahankan juga
agar terus menyala..menyala apinya
menerangi diriku sendiri dan disekelilingku yang sudi
dengan harapan hadirlah
Cahaya dari segala Cahaya
Cahaya dari segenap penjuru
Cahaya Nur Hidayah Kasih dari Ilahi
Cahaya yang terus menerus meresap
ke kalbu roh dan jasad
inilah Cahaya yang kudambakan seumur hidupku
Maka dari itu duhai angin...
aku tahu aku tak sehebatmu
aku tak sesempurna imanmu
aku cumalah hamba
yang hanya ingin
menghabiskan usiaku
bersama-sama mereka
yang ingin pulang ke Pangkuan Ilahi
Dengan belas ehsanmu
izinkan aku menjadi lilin
biarpun masih malap apinya dan terseksa
jangan diseksa aku lagi dengan tiupanmu yang menyakitkan aku
kerana sepanjang kau bertiup kencang tak pernah pun aku
menghalangmu kerana aku sentiasa cerminkan diriku tak sesempurnamu...
aku mengalah pada kesempurnaamu itu
kerana jika aku menghalangmu berdosalah aku pada Allah SWT
kerana apa yang kau miliki itu adalah kurniaan dari-Nya
makanya bertiuplah... bertiuplah hingga kau tenang
tapi janganlah sesekali kau tiupkankan api lilinku
yang malap ini..izinkanlah api malapnya bercahaya
biarpun dalam keadaan derita dan terseksa
tanda kau juga menghargai Kurniaan Allah Azzawajallah padaku
Karya Putri Rimba Niagara
30 Julai 2012
10 Ramadhan 1433H




PELANGI CINTA BERBUNGA SYURGA
Pabila rindu dendam
sudah terpadam
hilang segala cinta terpendam
yang ada derita di tungku hati remuk redam
api cinta terus terpadam
Keyakinan menghidupkan cinta
terlalu menyeksakan
ketabahan perlu
dengan adanya ketulusan hati
bercinta karena-Nya
pasti pelangi cinta
berbunga Syurga
terkuntum di kalbu
serinya dipelukan rindu
syahdu dalam gaun pengantin
bersuterakan
kiriman dari Syurga Ilahi
bahagia dinanti
di perdu rindu Syurga
bagaikan pengantin diRaja
dari Merak Kayangan
cantik jelita
rupawan tertawan
di sejadah cinta
Syukurlah pada Ilahi
KARYA PUTRI RIMBA





21 OKTOBER 2016
Assalammualikum selamat malam sahabatku semua
INDAHNYA UKHUWAH ATAS DASAR CINTA KERANA-NYA
Sudah lama aku dambakan
Sebuah ukhuwah atas dasar cinta kerana-Nya
Saling kasih mengasihi kerana-Nya
Saling muhasabah diri kerana-Nya
Sayang sesungguh sayang kerana-Nya
Tidak ada sebesar zarah pun
Ada niat jahat mahu memusnahkan persahabatan
Yang ada kasih...kasih...kasih...kasih kerana-Nya
Yang ada sayang...sayang...sayang...sayang kerana-Nya
Kita bercanda tidak menyakitkan
Kita saling berbagi pendapat dalam suasana harmonis
Tanpa ada bahasa memilukan meremukkan hati
Dalam pertentangan pendapat kita masih bisa senyum
Kerana setiap idea dan pendapat adalah
Untuk menyatukan hati
Kita jana idea itu kita fikirkan pendapat itu
Adakah lojik diterima akal?
Jika tak lojik pastinya idea itu
Di luar kemampuan kita berfikir
Dan kita bisa senyum
'Maaf saya kurang arif tentang apa maksud anda
Mungkin anda lebih memahami apa yang anda fikirkan'
Jangan kita perlekehkan idea seseorang
Seolah kitalah bijak semua
Yang tahu segala ilmu
Dan kita terus melukakan hatinya sampai remuk
Biarpun remuk masih meminta maaf
Agar yang keruh segera dijernihkan
Tapi kita masih lagi berkeras hati
Tetap mengatakan idea kamu gila
Tak masuk akal
Tinggallah kamu di alam fantasi kamu itu
Alam fantasi tak boleh masuk ke alam realiti
Dunia kamu fantasi
Dunia kami realiti
Dalam remuk redam terlara
Ku mengundur diri dari situ
Dan aku pasrah pada-Nya
Kerana dunia aku bukan di situ
Dunia aku dunia fantasi di rimba
Menjana idea...
Berkongsi idea dengan penghuni rimba
Berkongsi idea dengan bulan bintang mentari laut dan ombak
Semuanya membalas dengan bahasa alam
Yang memukau kalbuku...
ALLAHU AKBAR di sinilah tempatku
Alangkah bahagianya jika
Kehidupan aku di rimba ini
Jadi realiti ....
Pasti akulah yang bahagia
Kerana itulah perjuanganku
Saling berkasih sayang kerana-NYa
Tiada langsung cemburu hati
Tiada langsung berhasad dengki
Dan memahami akan erti
KETENTUAN TAKDIR ILAHI
Begitulah indahnya ukhuwah
Atas dasar cinta kerana-Nya
Karya Ratu Rimba Niagara
8 Safar 1434H
21 Disember 2012M



WWW

DUHAI HATI TUNDUKKAN HATIMU
Ya Allah matikanlah kami dalam menyebut kalimah Syurga-Mu
La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah
Duhai hati
keranaNya buangkanlah keegoanmu
sesama manusia jangan sombong
sekalipun hatimu terluka angkara mereka
tetaplah meminta maaf
andai benci dan dendam sehingga di saat sakaratmu
jangan mimpi kau dapat mengucapkan kalimah Syurga-Nya
jangan mimpi rohmu bertemu Allah dengan tenang
jangan mimpi rohmu di terima Allah
Duhai hati
jika engkau mahu
rohmu diterima Allah
sentiasa tundukkan hatimu
sekalipun beribu-ribu kali hatimu dilukai
kerana itu semua adalah dugaan dari-Nya buatmu
Duhai hati
percayalah
apalah ada luka kecewa di dunia ini
jika dibandingkan luka dan kecewa di akhirat
yang tak bisa dirawat lagi
Duhai hati...
percayalah
andai Allah terima rohmu
pastilah Allah akan terima jasadmu
pada pandangan manusia engkau telah mati dikebumikan
tapi hakikatnya engkau hidup selamanya
menikmati alam Syurga yang abadi
bersama roh-roh yang beriman lagi beramal soleh
Insya-Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara.
15 Rabiul Awwal 1437H
27 Disember 2015



MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)



"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"



Rabbi najjinii minal qaumazhzhaalimiin.( QS:28/21)
ARTINYA;
Wahai Tuhanku,selamatkanlah aku dari orang2 yg zhalim
Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqiir. (QS: 28/24)
ARTINYA :
Ya Tuhanku ,sesungguhnya ǎku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yg Engkau turunkan kepadaku.
YA ALLAH SATUKAN HATI KAMI SALING MENYAYANGI KERANA-MU
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Ya Allah Kau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
semua hamba-Mu Kau kasih dan sayang
Kau memberikan ujian pada hamba- Mu
bukanlah berarti Kau tak kasih dan sayang
tapi itu semua lambang Kau kasih dan sayang pada hamba-Mu
itu pun mengikut kemampuan hamba-Mu mengatasi ujian
Kuatkanlah aku menjalani hidup ini untuk nebarkan cinta dan
kasih sayang demi-Mu
jika aku lemah lantaran penghinaan mereka ke aku
Kau kuatkanlah semangatku
Untuk terus dan terus menyebarkan benih-benih kasih sayang
Yang Kau Redhai...
Kau sukakan akan persaudaraan...
Jalinan tali ukhuwah kasih yang kukuh
Yang boleh membuatkan islam di dunia ini bersatu padu
Tanpa ada permusuhan sesama sendiri
Di kala aku kesedihan dalam segala bentuk penghinaan mereka
Kau kirimkan senyuman mentari ..senyuman bulan...senyuman bintang
Itu sudah cukup menyerikan senyumanku yang kelat ini
Aku tak mahu memperlihatkan senyuman yang
Kelat, perih. sendu
Kepada-Mu
Kepada mereka
Biarlah Kau saja yang tahu isi hatiku
Betapa aku sayangkan semua hamba-Mu
Yang mahu ke jalan-jalan-Mu
Dan aku yakin seyakin-Nya
Di hari di mana semua yang aku kasihi di dunia ini
Tidak dapat membantuku
Masing-masing sibuk urusan diri sendiri
Untuk mengetahui samada kaki langkah
Ke Syurga atau ke neraka
Allahu Akbar pastilah keputusan yang amat mendebarkan...
Pasti akan menyebut
Allahuma Salim..Salim...
Selamatkan saya...selamatkan saya...
Saat kacau bilau ...huru hara..penuh debaran
Dengan sejuta harapan agar mendapat syafaat
Nabi Muhammad SAW
Masing-masing mahukan syafaat Kekasih-Mu
Nabi Muhammad SAW
Yang dapat diketemui baginda Rasulullah
Di Titian Sirad...
Di Neraca Al-Mizan
Di Kolam Nabi Muhammad SAW
Yang panjang kolam itu sebulan perjalanan
Dan lebar kolam sebulan perjalanan juga
Inilah tiga tempat yang mesti kami cari
Nabi Muhammad SAW
Dan moga kami dapat bertemu Rasulullah
Di tempat tersebut dan dapat memohon syafaat
Baginda Rasulullah berkat selalu mengingatinya
Tika di dunia dulu...
Sebagaimana Rasulullah menyayangi kami
Sehingga di akhir kalamnya menyebut kami
'Umatku...Umatku...Umatku...
Sebagaimana Rasulullah sayangkan kami
Kami pun sayangkan Nabi Muhammad SAW
Syukur kami sebanyak-banyak-Nya
Kepada-Mu karna mengurniakan
Nabi Muhammad SAW Kekasih-Mu
Yang tak jemu berdakwah kepada umatnya
Berkat dakwahnya
Kami dapat memiliki ilmu Al-Quran & Hadis..
Kerana tidak akan sesat seorang hamba itu
Jika berpegang teguh kepada
Al-Quran & Hadis
Moga Al-Quran & Hadis...
Sebati dalam roh dan jasad kami
Itulah tauhid kami hingga nafas terakhir
Mogalah terlafaz kalimah Syurga
لا إله إلا الله محمدا رسول
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Kuatkan hati-hati kami
Beramal soleh hanya kerana-Mu
Bukan untuk menunjuk-nunjuk
Tapi hanyalah semata kerana-Mu
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Satukanlah hati-hati kami
Sentiasa bersatu hati
Untuk menyebarkan kasih sayang
Dengan bahasa-bahasa yang Kau Redhai
Dan setiap kata-kata kami
Adalah mutiara-mutiara Syurga
Yang ada nilaian di Sisi-Mu
Yang akan dikira tika ditimbang Di Neraca Al-Mizan
Dan dapat menyelamatkan ketika meniti Titian Sirad..
Yang mana menentukan ke Syurga atau ke neraka...
Moga berkat kami saling berkasih sayang kerana-Mu
Tika di dunia ini
Tika nafas masih ada...
Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas
Masukkan kami Ke Syurga-Mu
Syurga Firdaus...
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Hamba-Mu yang kerdil,
12 Muharram 1434H
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH &
WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
12 Muharram 1434H
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah.
Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU
IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
30 Januari 2021


Yang penting kita saling faham memahami dan saling bermaafan jika ada yang tak berkenan di hati masing-masing...bila mana aku telah terus terang aku rasa tak bersalah dengan semua teman fbku....sebab itu pabila aku terima teman fb...aku terus terang dari awal asalkan mereka tak terasa hati denganku...dan biarpun berrpisah aku sentiasa minta maaf dengan mereka...kerana aku pentingkan komunikasi ...dalam setiap komunikasi dengan rakan fb aku saling bertukar ilmu secara tidak langsung ...sebab itu mereka terlalu berharga bagiku...
 
;