Wednesday, 27 January 2021

BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (268) BERJUANG ATAS REDHA ALLAH



BERTABURAN BUNGA-BUNGA  SYURGA (268) BERJUANG ATAS REDHA ALLAH


Allahu Akbar
Imej mungkin mengandungi: ‎teks yang berkata '‎الله‎'‎
SELAMAT MENUNAIKAN
SOLAT ISYAK...
اعوذ بالله من الشيطان الرجيـم.




25 Januari 2020 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.
SUBHAN'ALLAH..
ALLAHUAKBAR..
LAILAHAILLALLAH..
ALHAMDULILLAH..




25 Januari 2020 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.
SUBHAN'ALLAH..
MASYAA'ALLAH..
ALLAHUAKBAR..
RANTING/DAHAN POKOK MEMBENTUK KALIMAH ALLAH..



25 Januari 2020 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan





RAJA SEGALA RAJA BERSEMAYAM DIA DI SANA
Raja Segala Raja Bersemayam Dia Di Sana
Semua hambaNya Meng-AgungkanNya
MemujiNya pagi petang siang dan malam
Setiap tarikan nafas adalah pujian bagiNya
Tiada Tuhan Yang Lain Disembah Kecuali Dia
Semua hambaMu ini mahukan redhaMu
Semua hambaMu mahukan balasan cintaMu
Terimalah kami semua dalam redhaMu
Dan Balaslah cinta kami ini
Wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Rha NS
26112







KENAPA MEREKA MEMPERTIKAIKANNYA YA ALLAH
Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kau saja yang memahami isi hatiku
Kau Saja Yang Tahu Apa Yang Tersirat Di Kalbuku
Ya Allah jika kiranya aku menulis ingin mendapat sanjungan dari manusia
lebih baik Kau ambil sajalah anugerahMu ini
aku menulis bukan kerna mahukan anugerah dan sanjungan dari manusia Ya Allah...tapi mereka tetap mengatakan aku mahukan sanjungan dan pandangan manusia Ya Allah...
Jikalah aku menulis kerana manusia Ya Allah tentunya aku sudah mendapat habuan hasil daripada penulisanku Ya Allah
Tak perlu aku taburkan hasil karyaku di merata tempat Ya Allah
Sudah kujelaskan ribuan kali dan banyak kali tapi mereka saja membutakan mata hati mereka Ya Allah...adakah mereka sakit hati pabila aku berkarya Ya Allah
sedangkan mereka juga seorang penulis Ya Allah
jika apa yang mereka tulis tak pernahpun aku berperasangka buruk Ya Allah
tak pernah aku mengatakan mereka itu ujub Ya Allah...
aku sedih Ya Allah ...kenapa ada manusia sebegitu tega menuduhku Ya Allah...
aku tak pernah berdengki hati dengan mereka Ya Allah
Ya... Allah aku tidak mempunyai apa-apa harta Ya Allah kecuali ilmu yang setitis ini Ya Allah...itu pun menjadi memusykilan mereka Ya Allah...
Aku percaya setiap Yang Baik itu Adalah DariMU Ya Allah
Tapi kenapa mereka mempertikaikannya Ya Allah....
Kalau benarlah apa yang kubuat ini tidak ada nilaian di SisiMu...
Maka Kau hentikan nafasku kerana lebih baik aku mati daripada hidup mengagungkan riya ilmu yang cuma setitis ini...
Rha NS
27112
1
7 Komen
1 Perkongsian
Kongsi

Komen

  • Berjuang kerana ALLAH ,jangan perduli apa kata mereka terus dan terus berjuang ingat anjing tidak ada gigi pun akan berjuang sekalipun tiada senjata
    1
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Terima kasih kerana sudi menyokong perjuangan penaku yang hampir tumbang kerana berjuang tanpa karya sehebat mereka yang bijak pandai....yang sudah ada nama dan popular....aku macam nilah tinggal di rimba terpencil mengukir tulisan ku di dinding gua ditemani kelawar menulis bertintakan darah dan air mata...tapi ada hati hendak bergandingan dengan karya-karya mereka yang hebat...kusangkakan dapat berkongsi karya mereka dengan karyaku...tapi katanya karyaku elok saja dibakul sampahkan ...sedih hatiku teman ...setega itu mereka...dan kini biarah aku sendiri berkarya di dengari haiwan di rimba ini mana tahu haiwan boleh memahami bahasa yang ingin kusampaikan...dan mereka boleh bercakap walaupun semua sudah tak ada gigi..apabila mereka tergelak aku pun akan tergelak sama hingga memecah suasana sedih yang melanda hatiku...hihihi
    1
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Begitulah nasip berjuang atas redah ALLAH penuh onak dan duri,makanya perlu iman dan sabar yang tinggi untuk mengapai sesuatu impian yang dihajati,harap Teman Redha menghadapi segala dugaan ini.
    2
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Terima kasih sahabatku...Moga Allah membalas kebaikanmu padaku dengan memberi Sinar Nur Hidayah KasihNya Tanpa Had padamu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
    1
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Sama-sama Amin!!!!
    1
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Jangan pernah rasa jemu memberi sokongan padaku duhai sahabatku YB Tj Young Tj Young !
    1
    • Suka
    • Balas
    • 9t
  • Insyallah YB sahabatku...
    1
    • Suka




sahabat mengajar arti tanggungjawab seorang hamba Allah, tulisan sahabat seperti mutiara...yang berharga insya-Allah berharga dunia akhirat. Tulisan sahabat adalah perjuangan seorang hamba kepada PerciptaNya teruskan perjuangan sahabat sehingga hujung nyawa, maka tak perlu tutup fb.



Tulisan sahabat...ada kebajikan...tak mahu ke beramal dalam kebajikan? Sedangkan di akhirat nanti walaupun sebesar zarah ada nilaianNya...rugi jika semasa hidup mengabaikan kebajikan walaupun sebesar zarah.



PABILA PINTU TAUBAT TELAH TERTUTUP
Kerana tidak mahu dia dilamar oleh cinta ustaz,
dia telah menerima cinta seorang lelaki pengedar dan penagih dadah.
"Sekarang tak payahlah kau bercita-cita hendak melamar cintaku lagi
kerana aku baru saja bernikah dengan orang yang sefahaman dengan aku."
"Aku doakan moga kau bahagia dan sentiasa diberi Allah pertunjuk pada kau dan dia."
"Aku tak perlukan doakan engkau ustaz...untuk pengetahuan engkau aku gembira sangat terlepas dari terikat dengan cinta engkau tu...hahahaha"
"Apabila aku sudah serahkan hidup dan mati aku pada Allah apa pun perancangan Allah untuk hidup aku aku sudah pasrah dan redha."
Kini sudah hampir 5 tahun dia mendirikan rumah tangga dengan si penagih dadah. Kehidupan rumahtangga mereka aman kerana saling sefahaman ....hidup mereka bertentangan dengan kehendak Allah.
"Bekalan dadah kita sudah habis macam mana ni sayang...." kata si suami
"Apa kata engkau merompak aje....nak mengedar dadah pun sudah tidak selamat lagi..."
"Betul jugak idea sayang."
Malam itu si suami pergi merompak untuk meneruskan kehidupan . Nasibnya malang kerana tidak berjaya meluluskan diri untuk masuk ke rumah yang dikunci oleh penghuni rumah. Cuma satu rumah sahaja yang tidak berkunci....dia masuk tapi tidak ada apa yang dapat hendak dicuri dan dia memerhatikan seorang lelaki soleh sedang berdoa ,"Ya Allah aku tiada apa-apa harta yang hendak aku sedekahkan pada mereka yang memerlukan...jika ada hambaMu yang memerlukan kau murahkanlah rezekinya...berilah dia pertunjuk dan hidayah kepadanya...Amin Ya Rabbal A'Lamin"
Dia bergegas keluar dari rumah ulama tersebut. Sepanjang perjalanan dia menangis...rasa terharu sangat mendengar doa ulama tersebut. Dia ingin bertaubat nasuha...kerana terlalu sedih dia dilanggar sebuah kereta. Mujurlah cedera ringan.
"Saya tidak sengaja melanggar saudara....tiba-tiba aje saudara melintas jalan...."
tanyanya penuh sopan.
"Tuan tak salah saya tak saya...kehidupan saya terlalu mendesak sehingga saya ingin mencuri tapi gagal....sekarang ni saya hendak bertaubat tuan...."
"Kalau macam tu...awak bekerja dengan saya....saya pun sedang mencari pekerja untuk menjadi pemandu saya...."
"Syukur Alhamdulillah." Doa ulama telah dimakbulkan Allah
Selepas solat subuh berjemaah di masjid bersama hamba Allah yang melanggarnya itu. Dia pulang ke rumah untuk menyampaikan berita gembira kepada isterinya.
Dia mahu mengajak isterinya ke jalanjalan yang diredhai Allah.
"Kenapa dengan engkau ni ha...sudahlah malam tadi tak balik...tiba-tiba berubah peragai macam ustaz.....dah buang tebiat ke?" tengkingnya.
"Sayang....kita sebenarnya sudah lama terpesong...marilah kita sama-sama berubah untuk menjadi hamba Allah yang beramal soleh...."
"Sudah.....sudah....pekak telinga aku mendengarnya....aku memang cukup tak suka mendengar ceramah ustaz ni...selama ni aku lari dari cinta ustaz sekarang engkau nak jadi ustaz pulak? Sekarang ni kau pilih antara dua nak jadi ustaz ke atau jadi macam yang aku inginkan...?"
"Aku nak jadi hamba Allah yang beriman...marilah sayang....kita bertaubat sesungguhnya Allah suka orang yang bertaubat..."
"Kalau itu kata engkau...aku tak boleh buat apa...mulai saat ini dan detik ini kau tinggalkan aku....aku tak mahu tengok muka engkau lagi...!!!"
"Ya Allah ya..Tuhanku engkau berilah hidayah pada isteriku...." Selepas suaminya berdoa....si isteri rebah menyembah bumi. Dia nazak....Si suami memangku isterinya dan menyuruh isterinya bertaubat......"Bertaubat sayang....Allah Maha Penyayang sebelum nyawa sampai di kerongkong Allah masih menerima taubat...dia menggeleng-gelengkan kepalanya dan akhirnya mati dalam keadaan yang tidak mahu bertaubat.
Karya Rha NS
1 Januari 2012

YANG TAK TAHU MENILAI ERTI CINTA SYURGA
Setiap hari dia meratap nasib diri.
Cinta yang datang semuanya yang bergelar ustaz.
Bukan dia tidak suka lelaki yang bergelar ustaz tapi dia trauma.
Katanya ...itu tak boleh! Ini tak boleh naik rimas dia...selalu saja ada pertelingkahan fikiran pendapat dan perbuatan.
Dia suka ke arah kelalaian tapi ustaz mengajak kebaikan amal soleh
Amat bertentangan dari segala aspek
Dia ingin jauh dari cinta ustaz
Tapi cinta ustaz juga yang datang
Dia tak tahu bagaimana hendak melarikan diri dari cinta ustaz
"Jika awak terima cinta saya....saya akan bawa cinta awak ke jalan-jalan Syurga
Saya boleh bimbing awak mana yang awak tak faham tentang agama...."
"Maaflah ustaz.... saya tak boleh terima cinta ustaz kerana saya suka dengan hidup saya sekarang ini....pemikiran ustaz dengan saya bagaikan langit dengan bumi....
jadinya mulai saat ini dan detik ini jangan cuba melamar cinta saya lagi kerana saya sedang menunggu cinta yang boleh mengheret saya ke neraka titik"
"Ya Allah Kau berilah hidayah kepada wanita yang kucintai ini....
Kau hadirkan dia untuk menguji tahap keimananku...berilah kesabaran untuk aku membimbingnya ke jalan-jalan SyurgaMu. Aku ingin mengawininya kerana percaya inilah dugaan yang Kau berikan ke atasku.....aku terima dengan Redha Ya Allah kalau ini telah tersurat qadak dan qadarku."
"Untuk pengetahuanmu ustaz....sampai kapan pun aku akan menolak lamaran cintamu....sia-sia ajelah kau berdoa...."
"Apapun katamu aku akan berdoa dan tetap berdoa agar Allah memberikan Nur Hidayah KasihNya padamu. Amin Ya Rabbal A'Lamin."
Rha NS
1112
www

PIAH AMAN DI SINI!
Terik mentari di padang bola itu membuatkan
tubuh kecilku kepanasan. Kepalaku sakit.
Aku panggil ayah.
"Ayah...!Ayah...! Piah pening ni...
Marilah balik...!" . Kupanggil ayah dengan
kasih sayang. Lama kupanggil ayah tapi ayah
langsung tidak memperdulikan panggilanku.
Ayah terus menendang bola sambil ketawa
dengan kawan-kawannya.
"Ayah....Piah panas ni... ayah...." jeritku
mohon simpati agar ayah menamatkan permainan
bola sepak dengan kawan-kawannya.
Aku duduk di padang setelah lama berdiri.
Tanpa disedari ayah sudah muncul di depan
mataku. Dia terus menghentakku berkali-
kali di padang rumput. Macam mana ayah
melecek bola macam itulah ayah lakukan padaku.
"Ayah...! Sakit! Sakit! Ampun ayah...
Ampunkan Piah ayah...! Piah tak buat lagi...
Sakit! Sakit ayah!" . Aku menangis sekuat
hati mohon disimpati ayah. Tubuhku yang
kecil ini manalah tahan diperlakukan
seperti bola.
Aku lemah tidak berdaya... suaraku sudah
tidak larat lagi hendak menjerit...
Aku hanya menangis menahan kesakitan yang
amat sangat! Tak guna aku minta simpati
pada ayah... ayah menendangku pula,
aku berguling-guling di rumput hijau yang
membahang panasnya. Kurayu pada kawan-kawan
ayah minta mereka manyelamatkan aku dari
didera malah raunganku disambut dengan hilai
ketawa oleh ayah dan kawan-kawannya.
Setelah aku tidak berdaya lagi, lelaki yang
bertopengkan syaitan itu melambungku tinggi
lalu ditendang sekuat hatinya. Aku terhentak
jatuh. Mereka semua mengenawakan aku.
Apa kamu ingat aku ini bola ke?
Dilecek... dihempas...ditentang... dilambung...!
Manusia apa kamu ini?
Mana letak mata hati kamu?
Binatang pun ada sifat penyayang.
Kamu ni bukan saja tak layak jadi manusia...
Jadi binatang pun tak layak?
Gelaran syaitan layak bagi kamu?
Kamu adalah syaitan bertopengkan manusia.
Belas kasihan di hati kamu memang tak ada
sebesar zahrah pun!
Akibat tendangan yang kuat itu , aku terjelepuk.
Berderai segala tulang belulangku hinggakan
aku sudah tidak bernyawa lagi.
Aku perhatikan ramai yang menangis kematianku.
Ibu menangis di atas kematianku tapi semuanya
sudah terlambat.
"Selamat tinggal ibu...biarkan Piah pergi bertemu
Tuhan dengan aman. Piah tak mahu susahkan ibu
lagi. Maafkan Piah ibu... kerana kelahiran Piah
di dunia telah menyusahkan ibu selama ini.
Buat rakyat Malaysia yang simpati dengan penderitaan
Piah dan sanggup menangis kerana Piah... Piah amat
terharu! Kalau Piah masih hidup, mungkin ketika
kejadian malang yang menimpa Piah pasti kalian akan
datang menyelamatkan Piah daripada manusia yang
bertopengkan syaitan itu kerana Piah pecaya kalian
adalah insan terpilih di bumi ini berhati murni.
Lihatlah kematian Piah ini ada hikmahnya. Ramai yang
membuka mata . Tak apalah biarlah Piah yang menjadi
mangsa penderaan ini asalkan kanak-kanak di luar sana
tidak akan menerima nasib malang seperti Piah.
Kepada yang salah pada Piah...Piah sudah maafkan tapi
Piah tak tahu samada Tuhan maafkan kalian atau tidak
hanya Allah saja yang tahu.
Piah aman di sini. Semua penghuni di sini sayang pada Piah.
Kasih sayang yang Piah tak dapat ketika di dunia.
Ibu...jangan sedih ya ibu...Piah aman di sini!
Ayah... Piah aman di sini!
Nenek... jangan risau ya nenek...Piah aman di sini!
Hidup di sini bahagia penuh kasih sayang tulus suci
yang Piah tak dapat tika berada di dunia!
Karya: Rha NS
9 Julai 2011

www


PIAH MAAFKAN AYAH!
Piah...
Maafkan ayah...
Baru kini ayah tersedar dari lamunan mimpi ngeri!
Mimpi yang ayah ciptakan menjadi realiti!
Maafkan ayah Piah!
Ayah terlalu zalim pada mu nak...!
Ayah tak tahu syaitan mana yang telah merasuk ayah tika itu!
Tanpa belas kasihan melakukan yang tak sepatutnya ayah lakukan!
Maafkan ayah... Piah! Maafkan ayah Piah!
Benarlah apa yang Piah katakan ayah ni syaitan
yang mempertopengkan manusia?
Ayah akui itu... Ayah memang kejam Piah! Ayah kejam!
Ayah malu pada diri ayah sendiri! Pada Piah! Pada masyarakat!
Pada Tuhan terutamanya.
Adakah dosa ayah ini terampun?
Piah anak yang baik Piah!
Ayah sudah berlaku kejam pada Piah,
Piah masih mahu memaafkan ayah...
Memang selayaknya tempatmu di Syurga.
Piah...
Ayah sekarang ini telah terima hukum karma.
Ayah di penjarakan ...jika sabit kesalahan ayah akan terima hukuman...
Ayah dah redha kerana itu semua kesalahan ayah padamu nak.
Bila ayah kenangkan peristiwa kekejaman ayah pada Piah serasa
hendak tercabut nyawa ayah di badan!
Kalau dulu Piah meraung supaya dikasihani ayah
tapi kini ayah yang meraung Piah!
Hingga raungan ayah tiada siapa yang mendengar kecuali Tuhan.
Kalau dulu Piah sakit ditendang ...
Dihentak dan dilambung hingga jatuh
terjelepuk berderai tulang belulang Piah
tapi kini ayah setiap hari sakit sebagaimana
Piah sakit macam itulah ayah sakit!
Tulang belulang ayah ni rasa berkecai!
Setiap malam ayah tak dapat tidur menanggung
kesakitan yang amat sangat.
Ayah terbayangkan kesakitan yang Piah alami
di atas perbuatan ayah yang tidak perikemanusiaan pada mu Piah!
Ayah menangis mengenangkan kezaliman ayah pada Piah.
Hinggakan air mata ayah dah kering untuk ditangiskan kesalahan ayah
pada Piah. Kesalahan ayah yang ayah sendiri tidak dapat maafkan!
Apabila teringatkan Piah ...
Ayah pasti,
menangis pilu
meraung kesakitan
menyalahkan diri sendiri
makan tak lalu tidur tak lena.
Kini ayah sudah menerima pembalasan
sebelum tiba di akhirat lagi.
Sekarang ni ayah terima pembalasan dari Tuhan...
Ayah kurus tak lalu makan
mata buta kerana menangis
bisu kerana meraung kesakitan
Ayah redha jika apa pun hukuman dunia
yang patut dikenakan kepada ayah
dan ayah pasrah jika ayah di masukkan ke neraka
tapi ayah mohon sangat-sangat agar Allah ampunkan
semua kesalahan ayah padamu Piah! Ayah terlalu insaf kini..
Ayah malu pada Tuhan kerana sesungguhNya Dia Maha Penyayang
pada hambanya tapi ayah tiada sedikitpun ada sifat kasih sayang
pada Piah malah menzalimi Piah!
Ya Allah ampunkan kezaliman yang telah kuperbuat kepada anakku Piah!
Terimalah taubatku ini Ya Allah!
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Jika Kau mengambil nyawaku waktu ini aku dah redha tapi izinkan
aku bertemu dengan anakku Piah kerana aku ingin memohon maaf padanya
dan memeluknya dengan kasih sayang yang selama ini tidak kulakukan
ketika dia hidup di dunia ini.
Ya Allah Kau Perkenankan permintaanku ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Rha NS
1 Julai 2011




PIAH MAAFKAN IBU!
Piah...
Maafkan ibu...
Pemergiaan Piah masih lagi terkesan di hati ibu.
Luka Piah...Lukanya terlalu mendalam!
Luka yang ditanggung ibu tiada kesembuhan!
Semasa ibu terima berita kematian Piah yang tragis
pada hari itu rasanya bagai nak kiamat dunia ini!
Langit seolah-olah menghempap ibu.
Ibu tidak sangka sama sekali kenapa ini harus terjadi?
Mana ibu sangka ayahmu berubah sikap menjadi sekejam
itu? Yang ibu tahu... dia begitu prihatin pada Piah.
Itu cuma sandiwaranya saja.
Sangkaan ibu meseleset sama sekali!
Di hadapan ibu dia layan baik Piah
tapi di belakang ibu dia lakukan sekejam itu.
Ibu tak sangka Piah...!
Benar-benar tak sangka kenapa ini harus terjadi.
Maafkan ibu Piah.
Semalaman ibu menangis pada hari kematian Piah.
Jenazah Piah ibu peluk erat-erat sambil mencium
pipi Piah yang sejuk itu.
Pipi Piah disimbahi dengan air mata kekesalan ibu.
Piah...kesalnya ibu ketika itu hanya Allah saja yang tahu.
Kesal kenapa ibu tidak memberi kasih sayang yang sepenuhnya
pada Piah di kala Piah hidup.
Ibu salahkan diri ibu Piah!
Betullah apa yang Piah kata kasih sayang
yang hendak dicurahkan sudah terlambat.
Ya... sudah terlambat Piah!
Selama ini ibu sibuk mencari wang untuk menyara hidup kita
sekeluarga. Sebab itu ibu hantar Piah pada nenek untuk
jaga Piah. Cuma sebulan sekali menjenguk Piah di kampung.
Ayahmu yang bekerja ikut suka hatinya sebagai pembantu
kedai runcit manalah cukup menanggung perbelajaan untuk
hidup di kota raya ini.
Tidak sangka pula perkara ini berlaku ketika Piah bercuti
sekolah. Ibu ingat nak bawa Piah pergi ke Zoo Negara
tapi belum sempat hajat ibu hendak membawa Piah jalan-jalan
ke Zoo Negara... begini pula jadinya.
Kalaulah ibu tahu akan ini jadinya...takkan ibu ambil Piah
di kampung! Tapi manalah ibu tahu Piah...apa yang sudah tertulis
dalam Qada dan Qadar. Piah pergi tinggalkan ibu dengan cara
yang menyayatkan hati ibu...dan menyayatkan hati semua orang.
Piah anak yang baik Piah!
Kelahiran Piah tidak pun menyusahkan ibu...
Tapi ibu yang tak tahu bersyukur dengan Kurniaan Allah
pada ibu mengurniakan anak sebaik Piah.
Kalau bolehlah diulangkan masa...
Mahu ibu pelihara Piah sebaik mungkin!
Menjadi ibu yang bertanggungjawab dan
menyayangi Piah ikhlas sepenuh hati
kerana Allah Taala.
Tapi itu cuma illusi yang tak akan menjadi kenyataan!
Maafkan ibu Piah!
Semenjak Piah tinggalkan ibu...
Tiada bererti lagi hidup ibu.
Hari-hari yang dilalui hambar
dan penuh kekecewaan.
Gambar Piah sentiasa di sini ibu.
Bila rindu ibu cium gambar Piah
seolah-olah ibu cium pipi Piah.
Alangkah bahagianya jika ibu lakukan
kasih sayang ini ketika Piah hidup?
Benarlah kata Piah, ibu sudah kelewatan
untuk memberi kasih sayang.
Inilah yang ibu tanggung akibat melalaikan
kasih sayang pada Piah anak yang terlalu baik!
Piah...
Ibu benar-benar rindukan Piah!
Barulah ibu faham perasaan Piah yang selama ini
ingin dimanja dan dibelai tapi ibu saja buat-buat
tak faham. Kejamnya ibu pada Piah!
Kasihan Piah tidak dapat mengecapi kasih sayang
dari ibu dan ayah.
Ibu dan ayah telah terima hukum karma.
Ibu dan ayah telah terima pembalasan dari Allah
akibat menzalimi anak sendiri.
Piah...
Ibu tahu Piah telah aman di Sana.
Memang patut Piah berada di Syurga
tempat yang penuh kasih sayang suci...
murni sesuci tempatNya balasan yang Allah
berikan kepada hamba yang dicintaiNya.
Piah...maafkan ibu...
Doakan agar Allah ampunkan dosa ibu yang lalai
memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Ya Allah ampunkan kesalahanku yang telah
kulakukan kepada anakku yang tidak berdosa.
Izinkan aku bertemu dengannya di SyurgaMu nanti.
Mahu kutebus segala kerinduan dan kasih sayang
yang sepatutnya kulakukan di masa hidupnya.
Ya Allah tolonglah perkenankan doa hambamu ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Rha NS
9 Julai 2011



YA ALLAH AJARKAN AKU ERTI REDHA
Sahabat...
Redhalah Pada Ketentuan-Nya...
Insya ALLAH...aku redha
semoga kita sentiasa redha dgn apa ketentuanNya ♥
MOGA ALLAH SWT MEREDHAI HIDUP MATIMU USTAZ
Redha perlu dicari
Bukan dinanti
Inilah kisah yang ingin kukongsikan bersama pembaca alam maya
Sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang ustaz kepadaku
Ceritanya bermula begini.
Ini pengalaman ustaz itu sendiri yang kerjayanya sebagai pendakwah mahu menyebarkan agama Allah Azzawajallah...apa yang dilakukan hanyalah mahu memcari Redha Allah SWT di kala dia hidup dan mati.
Pengalamannya bersama Mat Rempit.
Ustaz rela dirinya dipukul
Disepak terajang dengan besi
Hingga berdarah-darah
Bengkak-bengkak urat sarafnya
Semata ingin menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah SWT
Berkat kesabaran ustaz
Mat rempit itu diberi Allah SWT
Nur Hidayah Kasih-Nya
Mat rempit tersebut kini menjadi
Seorang Hafiz Al-Quran
Atas bimbingan ustaz
Pengalamannya bersama
Ketua Babi Hutan
Ustaz bersama dua tiga orang
Ingin pergi berdakwah
Disebuah perkampungan orang asli
Yang semuanya bukan menganuti agama Islam
Dalam perjalanan ke sana
Di petengahan jalan
Kenderaan mereka dihadang oleh
Sekumpulan babi hutan
Ustaz keluar dari kenderaan
Bertemu dengan ketua babi hutan
Kerana dia sudah letakkan
Hanya Allah sahaja yang ditakuti
Dengan berani dia
Berkata dengan ketua babi hutan itu
Mata bertentangan mata
Ketua babi hutan merenung mata ustaz
"Duhai babi hutan sungguh pun engkau babi
Tapi kau redha dengan asal kejadianmu
Menjadi haiwan yang dilarang dimakan dan disentuh
Oleh Pencipta-Mu...mulianya kamu biarpun kamu
Bergelar babi...sifat redhamu amat tinggi...aku salut padamu babi..."
Ketua babi hutan itu menganggukkan kepalany tanda bersyukurnya
Dia pada Penciptanya yang mentakdirkan dia menjadi babi dan dia redha. Tergenang air mata ustaz penuh mengharu birukan jiwanya di kala itu.
"Babi...kau redha dengan hidupmu yang selamanya haram
Aku mahu ke seberang sana...untuk mencari redha Allah maka berilah
aku laluan agar aku dapat menyebarkan agama Allah..."
Ketua babi hutan menganggukkan kepalanya dan memberikan isyarat kepada semua sekumpulan babi hutan yang mengerumuni kenderaan
ustaz ..agar pergi dari situ.
Ustaz selamat pergi ke perkampungan orang asli dan berjaya mengislamkan sekampung orang asil tersebut.
Syukur Alhamdulillah kepada Allah sebanyak-banyak-Nya
Kepada ustaz pendakwah yang hidupmu penuh fisabilillah
Kami doakan moga Allah SWT meredhai hidup dan matimu nanti
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Jun 2012
CINTA ATAS KETENTUAN-NYA
Cinta yang didambakan
Oleh dua insan untuk
Mematrikan cinta
Dalam redha Ilahi
Membawa tragedi yang menyayat hati
Entah apa dosanya
Mencintai yang dicintai
Saling cinta mencintai
Atas dasar Cinta Atas Ketentuan-Nya
"Berdosakah aku mencintainya," Itulah
Yang selalu diungkapkan berulang kali
Berkali-kali sambil memandang cincin
Bertahtakan permata dari Syurga dari
Bidadaranya yang diKurniakan oleh Pencipta cinta dan rindu.
Selalu yang dilafakan , " I love u darling & I miss u darling "
Suasana kehidupan bagaikan di Syurga
Berkata-kata bak penghuni Syurga
Beribadat bersama-sama
Sebagai bekalan pulang ke negeri abadi
Moga diterima segala amalan itu
Dapatlah mematrikan cinta hingga ke Syurga
Ahhh! Dunia impian setiap pasangan bidadara dan bidadari
Yang faham apa itu Takdir Atas Ketentuan-Nya
Sedang mahu keluar dari istana, 'Rumahku Syurgaku'
Untuk mencari rezeki disamping untuk meringankan beban
Bidadara yang hidup serba sederhana...
Dia ditahan oleh sekumpulan manusia berhatikan binatang buas!
Memukul ...menghentak ...seluruh tubuh sehingga
Berdarah....berdarah...darah...
Sampai separuh mati...dikerjakannya....
Raungan si bidadari cinta tidak dihiraukan
"Tolonglah fahami keadaan aku...
Berdosakan aku mencintainya...aku cumalah redha atas ketentuan-Nya
Cinta Kurniaan-Nya kenapa harus dengki denganku? Bunuhlah aku kalau
Itu dapat meredakan dendam kalian yang membara-bara itu...aku sudah
Redha kerana Ketentuan Cintaku Bersama Bidadaraku Hanya setakat ini saja...
LAILLAHAILLAH MUHAMMADDARRASULLALLAH"
Setelah habis bidadari cinta menghabiskan kalimah shahadahnya ...tubuhnya
Yang berdarah....darah...darah...disimbahi dengan minyak tanah oleh si pendendam cinta menghidupkan api langsung terbakar hanguslah tubuh bidadari cinta kerana-Nya"
Yang menjadi kemusykilan semua orang... Cincin Cinta Permta Dari Syurga tidak hangus...malah makin bersinar-sinar....dikucup penuh dengan linangan air mata oleh si bidadara cinta...." Kanda cincin permata Syurga ini adalah tiket dinda untuk ke Syurga-Nya dan Insya-Allah cinta kita akan diteruskan di Syurga....makanya di hari kematian dinda nanti redhakan saja kematian dinda...percayalah dinda akan menunggu kanda di Pintu Syurga ...biarpun kita terpisah jasad tapi cinta kita tetap bersatu di alam cinta redha Ilahi...I love n miss u forever n ever kanda..."
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Jun 2012
KENAPA AKU BEGINI KENAPA KAU ANGGAP BEGITU?
Engkau ni keturunan puteri ke?
Engkau suka berlagak kan?
Meluat aku...
Weeii kau cermin sikit muka kau tu
Harap mekap je lebih
Buang mekap
Tengok...
Hodoh....
Maka dari itu cermin sikit
Engkau tu siapa...
Aku sentiasa sedar diri
Aku siapa
Yang tak secantikmu
Yang tak semudamu
Aku memang tak setandingmu
Ha sedar pun
Habis tu kenapa
Kau berlagak macam
Seorang puteri raja
Tak malu ke
Perasan?
Salah ke aku
Menghargai kecantikan
Kurniaan dari Allah
Kalau kau nak tahu
Jika aku tak bermekap
Wajahku hodoh
Kalau ditarik lapisan kulit
Wajahku ini lagi hodoh
Seperti tengkorak berjalan
Termasuk juga wajah
Engkau tanpa kulit di wajah
Engkau boleh bayangkan
Jadi apa nak dikesahkan
Pada kecantikan yang
Sementara ini...
Habis tu kenapa kau
Berwatak seperti puteri diRaja
Kau perasan nak jadi puteri ke
Putera mana yang hendak
Kau pikat dan
Putera mana yang akan terpikat
Denganmu
Lainlah aku cantik dan masih muda
Tak perlu mekap pun dah cantik
Sekali aku senyum 10 yang terpikat
Tapi aku tak semudah itu terpikat
Selagi dia itu bukan bergelar jutawan atau kerabat diRaja
Yelah kau cantik dan muda
Aku doakan apa yang kau impikan berjaya...
Tak perlu kau doakan sudah ada pun
Cinta gila-gila dengan aku
Kerana kecantikan aku
Aku pun anak orang berada
Makanya kenalah setaraf denganku
Syukur Alhamdulillah
Moga kau bahagia sahabatku
Tapi kenapa kau masih nak cemburu dengan aku
Kau sudah memiliki segalanya pesona dunia
Yang diimpikan oleh semua orang....
Habis yang kau berlagak macam puteri tu
Tak pesona dunia ke tu...
Teman...aku ini cuma
Menghayati watakku
Sebagai seorang puteri rimba
Yang tinggal bersama dengan
Penghuni rimba niagara
Takkanlah memegang watak
Sebagai puteri rimba pun
Nak cemburu....
Lainlah puteri untuk manusia
Bolehlah kau cemburu
Nasib baik puteri rimba
Kalau puteri istana memang aku cemburu
Dengan haiwan apa nak dicemburukan
Kalau cemburu juga aku lebih teruk daripada haiwan
Tak nak aku....
Tahu tak apa...
Mulai hari ini kau jangan cemburu ye
Kau beri saja sokongan/dukungan padaku
dunia sastraku agar aku dapat berpena
Dengan tenang tanpa ada rasa iri hati
Keikhlasan sokonganmu dalam karya
SASTERAKUDUNIAKU! amat kuharapkan darimu teman...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012
ALLAH AZZAWAJALLAH MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA...
DAN AKU SELALU BERPRANGSA BAIK KEPADA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
'Allah Azzawajallah mengikut prasangka hamba-Nya
Justeru jika kita berperasangka hanya untuk mencipta kejayaan dunia akhirat
Insya-Allah ,'Kun Fayakun' menjadi kenyataan.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KITA BERCITA-CITA UNTUK MENJADI INSAN YANG BAIK
KITA BUKANLAH INSAN YANG SEMPURNA BAIK
TAPI APALAH SALAHNYA KITA BERCITA-CITA
MENJADI BAIK KERANA SYURGA ADALAH
BAGI ORANG YANG BAIK -BAIK. BERSANGKA BAIK
DAN SENTIASA BERKATA YANG BAIK-BAIK
MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BAIK
PADA PANDANGAN ALLAH SWT. SEISI BUMI
DAN LANGIT MENDOAKAN KITA AGAR MENJADI
PENGHUNI SYURGA BERKAT KEBAIKAN KITA
PADA ALLAH DAN SEMUA MAKHLUK TUHAN
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
Putri Rimba Niagara
MALAYSIA
30 Jun 2012
KITA INSAN YANG TAK SEMPURNA
Kita memang hamba-Nya yang tak sempurna
Tapi demi cinta kita pada-Nya kita cuba sedaya upaya menjadi
hamba-Nya yang sempurna
Moga Allah membantu kita ke jalan-jalan-Nya sebelum bertemu-Nya
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA.
30 Jun 2012
KITA SEMUA PASTI AKAN MENINGGALKAN DUNIA INI
Percayalah setiap yang baik itu daripada-Nya
Yang kurang itu daripada saya
Ilmu jika ingin disampaikan jangan seperti kita mengajar mereka
Kalau mengajar mereka lebih tahu daripada segala ilmu...
Tapi kalau mendidik....meresap ke kalbu kerana kita saling merasa diri kita kerdil dan mereka yang membaca menerima dengan rasa rendah hati kerana kita semua pasti akan meninggalkan dunia ini .
JIKA KITA KEJAR DUNIA ...DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT DUNIA AKAN MENGIKUT KITA
Karya Putri Rimba.
30 Jun 2012
Aku cuma mahu baca karya mu dan kawanmu dang yang berbaurkan kesufian agar tenang jiwaku...makanya sebelum menulis pastikan berdoa dulu pada Allah SWT agar dikurniakan ilham kesufian untuk menulis. Aamiin.
Tapi kalau sengaja menyakitkan hati pembaca...kamu boleh agak sendirilah...apa mesej yang hendak kamu sampaikan...dan Tuhan sentiasa tahu isi hati kamu itu kerana DIA tak pernah tidur.
TUHAN TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
TAPI TUHAN MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
MAKANYA MARILAH SAMA-SAMA KITA MOHON
PADA ALLAH SWT AGAR DAPAT HIDUP BERAKHIR DENGAN
REDHA-NYA ILAHI MAKANYA PENTING KITA MENGAKHIRI KARYA
KITA YANG DITERIMA OLEH-NYA AAMMIN YA RABBAL A'LAMIN.
MAKANYA MULAI DETIK INI DAN SAAT INI MENULISLAH
YANG DAPAT MENGUNDANG NUR HIDAYAH KASIH ILAHI
YANG MENULISNYA TENANG DAN YANG MEMBACANYA PUN TENANG
SETENANG AIR DI KALI SYURGA INSYA-ALLAH AMMIIN
Itulah yang sebaiknya berkarya dalam rasa jiwa seorang hamba-Nya yang terlalu hina dan kerdil...moga kita semua sebagai penulis menulis ke arah kebaikan dalam menuju jalan Ketuhanan dan menjadi bekalan setelah mati nanti..Aamin Ya Rabal A'Lamin...
Putri Melati Putri Rimba i ~ Putri Rimba menulis tidak pakai logika. pakai angan2 jek. Teguran membina di katakan mahu menikam. Dapat apa tikam cik puan. Idea itu hadir dari jiwa masing2. Idea Intelek cukup dgn kata2 singkat, padat dan bernas. Namun penuh penghuraian mendalam makna. Bukan berjela namun hampeh.
Putri Kemboja Puan tak sedarkah yg apa yg puan tulis tu membingungkan? Genre apakah yg puan tulis? Syair, puisi, gurindam atau cerita pendek?
Putri Rimba Niagara:
Jangan risau duhai putri kemboja...selagi kamu menulis untuk mengundang Rahmat Kasih Ilahi...pasti jiwamu akan tenang dan tak hiraukan pandangan dari manusia....cumanya bezanya kau dan aku...aku menulis mengikut gerak hati bukan fantasi atau angan-angan seperti yang kamu dan kawan kamu bilang ke aku...malangnya aku cuma di grup ini saja tiada yang sudi like tapi di grup lain like dan sentiasa meniupkan semangat untuk aku menulis...sehingga terhenti nafas terhentilah pena...dan aku percaya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Aamiin.
MAWAR KUNING DIRAJA MEKARLAH DIKAU
DI TAMAN HATI PUISI SYURGAWI
Lezaihasra Lm was tagged in Lia Luna's photo. —
mawar
mekarmu indah menawan hati yang keresahan
kuncup kudupmu mempesona jiwa yang ketandusan
wangimu mendebarkan hati yang kegersangan
warnamu menghayalkan set
tiap mata yang memandang
bungamu melambangkan cinta pada kekasih hati
setiap warnamu mempunyai rahsia tersendiri
hadirmu di taman mengindahkan lagi suasananya
harum baumu bertebaran dipelusuknya tanpa batasan
adakah kan kekalmu di sana
kekeringan bersama pohon kasihmu
atau dipisahkan sebelum berkembang sepenuhnya
atau bagaimana........
sekadar coretan di tengahari...
Lia Luna
Penang,
1302hrs - 19.11.2012
·
MENZIKIRKAN-NYA DI TAMAN
FIRDAUSI PUISI CINTA-NYA
duhai sobatku mawar kuning...
mekarlah kau di sini
biar wangianmu
dapat memenuhi sepenuh bumi
mawarku kini
tak bermaya
ku coba sedaya upaya
untuk berseri
menyebarkan
wangian sepertimu
tapi setiap kali
aku coba menyebarkan
haruman bauanku...
mawar-mawar yang lain
menghalangnya
baru saja hendak bertunas
baru saja hendak berkudup
sudah dicantas habis
itu belum lagi
aku hendak
menyebarkan
wangian mawarku
yang indah
lagi di tarik setiap kelopak
mawarku agar musnah
wangian mawarku
sesudah itu diinjak-injak
sepuas hati...
ketahuilah sobatku mawar kuning
yang baik hati
yang hatimu sewangi kasturi Syurga
berkembang biaklah kau
bertunas-tunaslah kau
karna kau adalah penyeri taman-taman
hati nan tandus
kehadiranmu untuk
mewangikan taman hati tandus iman
amat di nanti-nantikan
oleh seluruh penghuni bumi
duhai mawar kuning diRaja sobatku
aku bersyukur kepada Tuhan...
diKurniakan-Nya sobat sebaikmu
yang tak lelah dan tak jemu
untuk sudi bersahabat denganku
di kala siapapun tak sudi
berkawan denganku
dan kau sudi menjadi sobat
terbaik untukku...
terima kasih sobatku
mawar kuning diRaja
mekarlah kau di sana
mekar di taman hati
untuk mereka yang sama
mencari jalan-jalan pulang kepada-Nya
aku mengangumimu bukan kerana
kau hebat berpujangga indah
tapi jika aku mengagumimu
sebenarnya aku
Meng-Agungkan Tuhanku
kerana mengurnia
seorang pujangga sepertimu
menulis mengajak para
hamba-Nya untuk
sama-sama menyiapkan
bekalan untuk dibawa pulang
ke negeri abadi
yang mana masing-masing sibuk
dengan urusan akhirat masing-masing
tika itu sebesar zarah pahala dihitung-hitung
dengan harapan bermakna dihitung
dengan harapan selamat dari api neraka
ALLAHU AKBAR
gimana kalau pahala itu ditolak
kerana menjadi rebutan
mereka-mereka tika di dunia
kita menyakitkan hatinya
mengumpat kejinya
mengatakan kitalah yang sempurna iman
karya kita sajalah yang terhebat...
nauzubillah moga dijauhkan
daripada sifat dengki khianat hingga mati...
duhai sobatku mawar diRaja
ketiadaanku nanti
mekar berserilah
dikau di taman-taman puisi
cintakan Pencipta Syurga
mengajak mereka
berpuisi nan indah-indah
saling memuji Allah Azzawajallah
bersahut-sahutan tanpa jemu
hingga terhenti nafas
memujiNya
dengan puisi-puisi nan indah
bak bidadri Syurga
menzikirkanNya
di Taman Firdausi
bergema puisi
cintakanNya
tanpa nokhtah
Karya Ratu Rimba Niagara
5 Muharram 1434H
19 November 2012
Like · · · 22 minutes ago near Kuala Lumpur
PUTRI DARI BENGKULU
PUTRI FATMAWATI
Seorang Putri Bengkulu
Yang paling manis
Yang paling cantik
Yang paling berprinsip
Menjahit sendiri
Bendera merah putih
Sepenuh jiwa
Sepenuh kasih sayang
Untuk seluruh rakyat
Bumi bertuah Nusantara
Di kala suami tercinta sakit
Dia tampil membaca teks proklamasi
Duhai ibu Negara Nusantara
Kami sayangi kamu
Karena kamulah
Kami bisa tersenyum bangga
Bersama bendera merah putih
Hasil jahitan halus tanganmu
Dijahit sepenuh jiwa rasa kasih sayangmu
Moga Allah Azzawajallah
Merahmati hidup matimu sekeluarga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
16 Jun 2012
BUNG KARNO PEJUANG KEAMANAN RAKYAT INDONESIA
Duhai Bung Karno...
Kau pejuang rakyat sejati
Kau rela derita demi rakyat Indonesia
Hidupmu adalah perjuangan
Tiada hari tanpa perjuangan
Kau kata...
Berikan aku 1 pemuda
Niscaya akan kuguncangkan dunia!
Kau kata lagi...
Biarpun aku seorang presiden
Rakyat tetap berkuasa menentukan
Siapa pemimpin yang layak untuk mereka naungi
Kau kata lagi...
Jangan pernah malu berbuat kebaikan
Karena kemajuan tidak akan dicapai!
Kau kata lagi...
Bangsa yang besar
Adalah bangsa yang menghormati jasa pahlawannya
Kau kata lagi...
Kau lebih mudah mengusir penjajah
Tapi akan menjadi sulit jika bangsamu sendiri melawan
Jika mahu kekal merdeka
Mesti percaya dengan kekuataan bangsanya sendiri
Kita belum hidup dalam bulan purnama
Karena banyaknya pancaroba
Tapi tetaplah bersemangat elang rajawali
Selama masih ada ratap tangis di gubuk-gubuk pekerjaan kita selesai !
Berjuanglah terus dengan mengucurkan sebanyak-banyak keringat.
Tuhan tidak merobah nasibnya sesuatu bangsa sebelum bangsa itu merobah nasibnya”
Janganlah melihat ke masa depan dengan mata buta!
Tapi pandanglah dengan mata hati demi pada masa akan datang.
Kenapa kita masih tidak mempercayai bangsa sendiri?
Tidak mempercayai satu sama lain!
Pada hal kita adalah berasal
Rakyat Gotong Royong
Putra dan putri Indonesia
Adalah dua sayap Garuda Indonesia
Jika dua sayap sama kuat
Maka terbanglah Garuda
Sampai ke puncak yang setinggi-tingginya
Jika patah satu daripada dua sayap Garuda itu
Maka tidak akan dapatlah terbang Garuda itu sama sekali !
Makanya ...
Demi Indonesia
Putra putri Indonesia
Harus bersemangat waja menerbangkan
Sayap Garuda
Agar bisa terbang setinggi-tingginya
Hingga mencapai bintang
Untuk dihadiahkan kepada rakyat Indonesia
Diwariskan bintang itu
Kepada anak cucu Indonesia
Bergemerlapanlah bintang itu
Selagi ada bulan dan matahari!
Makanya bangunlah bangsa Indonesia ku
Sama-sama memperkokohkan kedua sayap Garuda
Untuk mencapai bintang
Demi sebuah senyuman kehidupan
Seluruh rakyat Indonesia tercinta!
Bangunlah satu dunia!
Di mana semua bangsa hidup
Dalam damai dan persaudaraan!
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
28 April 2012
(UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PEJUANG RAKYAT INDONESIA YANG TERCINTA)
May 25 at 3:44pm · Like · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
16 Jun 2012
Like · · Unfollow Post · June 16 at 10:46pm
5 people like this.
Fatma Wati terima kasih....saya suka sekali...
June 17 at 2:48pm · Like · 1
Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana suka.....suka nama sama kot.....hehehe
Putri Fatma Wati samakan.....hehehe salam santun dariku untukmu duhai sahabatku dari benua sana....
June 17 at 4:49pm · Like · 1
Fatma Wati Rabeah Mohd Ali @ sahabatku sayang aku suka padamu...
June 21 at 6:56pm · Unlike · 1
Rabeah Mohd Ali Duhai Fatma Wati...
Sejujurnya aku pun suka dan sayang padamu...
Sayang sampai kapan pun Insya-Allah Aamin
Terima kasih Fatma Wati kerana sudi suka padaku
Kau di antara sumber inspirasiku berkarya...
Terima kasih duhai Fatma Wati atas kesudianmu
Sentiasa menyokong karaya-karyaku.
Moga Allah saja yang dapat membalas-Nya Aamiin
Salam sayang dan rinduku padamu selalu di angin lalu...
Sahabatmu dari Rimba Niagara..Rabeah Mohd Ali.
Saturday at 6:48am · Like
Muzayyin Ali Rabeah Mohd Ali...........seluruh karyamu..........mampu mengisprator bagi para pembacanya...........
10 hours ago · Unlike · 1
Rabeah Mohd Ali Duhai Muzayyin Ali...mungkin juga kita ditakdirkan menjadi adik beradik lain ibu lain bapa tapi nama bapa yang sama....hehehehe apapun terima kasih atas kehadiran mu pada karyaku ...yang sepi disepikan...tapi aku sentiasa sanjungi setiap yang hadir pada karyaku setiap kali karyaku bersiaran....
10 hours ago · Like · 1
Muzayyin Ali Rabeah Mohd Ali sekalipun aku hanyalah sosok manusia biasa yg jaub dari seni namun terinspirasi dengan karya-karyamu nan indah itu...terima kasih sudi menganggapku sebagai sahabatmu.............salam persahabatan
Rabeah Mohd Ali Terima kasih juga padamu Muzayyin Ali...moga persahabatan ini membawa kebaikan dunia akhiramu dunia akhiratku. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
(PETIKAN WALL GRUP LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG)
25 Jun 2012
PUISI-PUISIMU NILAINYA LEBIH BESAR DARI EMAS PERMATA', ASMIRA SUHADIS
SENYUM
Ku tolak ringgit berjuta
intan dan permata
ku pilih senyum
untuk mengisi ruang hati
kerana sudah sekian lama
senyum hanya terukir dibibir
tidak pernah dihati
asmira suhadis
22.57,16052012
Unlike · · Unfollow Post · Wednesday at 10:59pm near Kuala Lumpur
You and 4 others like this.
SENYUMMU PENGUBAT DI KALA DUKAKU
Duhai asmira...
Mahalnya nilai senyummu asmira
Mahalnya seperti berjuta ringgit
Wow...macam itu mahalnya
Aku tak mampu membeli senyum mu asmira
Kerana aku cuma ada daunan kasih
Sebagai pengganti wang ringgit
Sampai kapan pun aku tak bisa memiliki senyummu
Sedangkan aku ingin sangat kau senyum padaku
Mujurlah gambarmu yang tersenyum manja itu
Pengobat dukaku di kala aku rindu padamu asmira...
Itulah mahalnya senyummu
Senyumanmu ikhlas
Seikhlas hatimu
Mengukirkan senyuman
Senyummu mahal daripada jutaan ringgit
Kerana
Senyum itu satu sedekah
Karya Putri Rimba Niagara
17 Mei 2012
Yesterday at 7:07am · Like
Asmira Suhadis:
Terima kasih sahabat puisiku Rabeah Mohd Ali, tahukah kau sahabat bahawa dedaun kasih mu adalah peneduh, kau menjadi rimbun dan menjadi peneduh mereka yang kepanasan melalaui puisi-puisimu, nilainya lebih besar dari emas permata... dan aku tidak ada lagi yang ku damba melainkan senyuman dihati yang sahingga kini masih belum ku temui. terima kasih duhai sahabat, rimbunmu menyenangkan sekali gus juga satu amal jariah meskipun cuma dialam maya.
Yesterday at 7:15am · Unlike · 1
JALINAN PUISI CINTA BAWA KE SYURGA-NYA
Duhai sahabat yang kusayang dari dulu hingga kini...
Airmatamu airmataku
Kita sama-sama ketawa dalam duka
Kita sama-sama berpuisi
Menyulam kata-kata indah
Ada kalanya kita terluka hati dek tersalah berbicara puisi
Kerana kita insan yang tak sempurna
Makanya maafkan aku
Sepanjang persahabatan kita
Buatkan mu terluka
Aku amat percaya
Luka didunia ini masih bisa dirawat kok
Dengan saling memaafkan
Justru salam damai sampai mati kita damai
Salam rindu yang telah lama terpendam
Salam sayang...
Sayang...sayang...sayang
Padamu...
Pada semua sahabat puisi tersayang
Biar di Grup DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
Kita berkumpul semula
Berpuisi seperti
Di taman-taman Syurga
Berpuisi seolah esok akan mati
Mana tahu kita bisa senyum
Tika hari mati
Kerana masalah remeh-temeh dunia kita sudah selesaikan
Sebelum mati
Dan Insya-Allah di akhirat nanti
Kita tidak akan ditanya
Segalanya sudah bersih hati tika di dunia
Kerana di Syurga diterima cuma amalan yang bersih
Kirim salam sayang aku pada semua sahabat
Puisi kita di sini yang pernah mengenaliku
Dan sahabat baikmu vra bella
Katakan aku minta maaf pada mereka semua
Kerana aku terdera rindu pada kawan-kawanku
Kawan-kawan puisiku
Mana tahu puisi kita yang lahir dari kalbu nan suci
Ini bisa diterima-Nya sebagai bekalan di Sana nanti
Dan sama-sama berpuisi di Di-Syurga-Nya juga
Alangkah bahagia...kekal abadi bersahabat
Berkat berkasih sayang atas nama jalinan
Puisi Cinta Bawa Ke Syurga-Nya
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang
Berkat kasih yang tulus ikhlas... ikhlas kerana-Nya
Kita bersama mematri kasih persahabatan
Hingga ke Syurga-Nya
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Putri Rimba Niagara
17 Mei 2012
(PETIKAN WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
20 Jun 2012
PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND , 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
13 Rabiulakhir 1435H
13 Februari 2014M
Rabeah Binti Mohd Ali via KH. Abdullah Gymnastiar
June 27 at 5:31am
DI HARI AKHIRAT TERLALU BERHARGANYA SATU KEBAIKAN
TAZKIRAH RAMADAN 10 RAMADAN 1436H
Di padang Mahsyar semua yang pernah berhidup akan berhidup,
terlalu ramainya jika di toleh ke kanan tiada penghujung ditoleh ke kiri tiada penghujungnya termasuk juga haiwan.
Di hari tersebut semuanya diam membisu kerana terlalu takut apabila hendak di hadapkan di hadapan Allah SWT. Setiap orang akan dipanggil namanya dan semuanya ketakutan yang amat sangat sehingga biru kerana membawa dengan sejuta dosa dan kesalahan sekecil apapun.
Apabila berada di hadapan Allah Azzawajallah yang menjadi peguam bela seseorang hamba adalah Al-Quran yang dibaca dan diamalkan. Jika selamat Syurgalah tempatnya.
Hari hari tersebut semua orang menharapkan kebaikan yang pernah dilakukan walaupun sebesar zarrah. Contoh seorang bapa mendapatkan anaknya.
"Duhai anakku ayah ketika di dunia pernah membesarkan kamu mendidikmu boleh ke 1 kebaikanmu berikan kepada ayah?"
"Benar ayah pernah membesarkan dan mendidik saya tapi untuk memberi kebaikan saya walaupun satu tidak samasekali...."
Anak berkata sedemikian ruapa kerana di hadapan ada neraka menanti.
Masya-Allah terlalu berharganya kebaikan walaupun satu.
Di bulan Ramadan setiap satu huruf ayat suci Al-Quran digandakan 10 kebaikan jika banyak kita baca boleh darabkan berapa kebaikan yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang membaca Al-Quran itu belum lagi amalan lain dengan solat tarawih, bersedekah dan lain-lain amalan soleh. Allahu Akbar Maha Pemurah-Nya Allah memberi ganjaran pahala yang dilipat gandakan.
Moga kita bersemangat mengambil peluang yang diberikan oleh Allah swt di bulan yang penuh berkat dan mulia ini. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
YA ALLAH BERILAH KEBAIKAN KEPADAKU DAN KEPADA SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM KARYA YANG DITULISKAN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
KH. Abdullah Gymnastiar
Pastikan kita selalu berterimakasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN WALL GRUP MELAYU dalam CERPEN ASIA TENGGARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
7 MUHARRAM 1437H
20 OKTOBER 2015
Rashid Kocai and 5 others like this.
Comments
Manda Conai INDAH NYA MEMILIKI.TEMAN ALAM.MAYA MENYAPA QU TANPA SUARA MENBUAT HATI TERPADAYA DENGAN.KATA INDAH SEKALI DI ALAM SASTERA RUMPUM MELAYU NUSANTARA MEMBUAT QU TERBUAI MENBACA DI ALAM ILMU SASTERA INDAH SEKALI SFPERTI CINDIAKAWAN NEGARA. ZABBA MENINGAL PERNULISAN INDAH SEKALI MUNCUL SAETERAN DIDLAM DIALAM MAYA SAHABAT KU DUNIA AKHIRAT RABEAH DIANTARA PEMINAT SETIA KU APABILA MENBACANYA KU BERADX SUSANA YG INDAH SEKALI SAHABAT MENYAMBUNG WARISAN MELAYI DUNIA SASTERA NUSANTARA RUMPUM MELAYU NEGARA ASIAN WAHAI SAHABAT QU PERJUNGZN DUNIA PERNULISAN QU DIANTARA PEMINAT PENULISAN MU QU MENMINTA MAAF ANDAINYA KATA QU MEMGURIS HATI MU.KU PANDAI BERBICARA HARAP MAAF WAHAI SAHABAT DUNIA AKHIRAT SELSMAT DI AWAL WAKTI QU TYPE SECARA HATI.IKHLAS BILA HATI BERBICARA
Rabeah Binti Mohd Ali Sahabatku Manda...kau di antara peminat setia sasteraku yang berbicara setulus hati...apabila hati berkata-kata tiada akan bercabang seribu tapi kata-katanya terus diilhamkan dari Allah swt...kerana setiap yang baik datang dari Allah swt. Setiap pertemuan hati yang diaturkan oleh Allah SWT amat kusyukuri sepanjang hayatku . Terima kasih sahabatku manda. Moga persahabatan kita diredhai Allah dunia akhirat. Andai ku pergi sebelummu ku tunggumu di pintu Syurga andai kau pergi sebelumku tunggulah aku di pintu Syurga, kita saling menunggu di Syurga itulah hikmah di sebalik pertemuan kita ini, indahkan! Moga Allah makbulkan segala niat sucimu niat suciku . AAmiin .
Manda Conai maaf tulisan byk tersasar selamat pagi diawal waktu
Rabeah Binti Mohd Ali Tersasar dalam tulisan tak apa tapi jangan tersasar dalam bicara hati penulisan...hehehe
Saifuzzaman Mohamad Isa, Nunung Yati and 2 others commented on your post in Video ISLAMIK.
January 25 at 6:10pm
Ibrahim Bakar, Sitisyukur Binti Ahmad and Aam Dot My like your post in MELAYU dalam CERPEN ASIA TENGGARA: "INDAHNYA MEMPUNYAI SAHABAT SEPERTIMU..."
6 people like this.
Rusli Saleh puan RABIAH sy rase sdri layak menerima title PHD,dalam dlm bidang sastra mnurut penilaian sy sdri seorang yg keritis dlm bdng sastra
Rabeah Binti Mohd Ali Saudara Rusli Saleh, andai saya dikurniakan title PHD dalam bidang sastra itu adalah sebenarnya untuk generasi kini dan akan datang tanda moyang mereka menulis bahan yang berkualiti untuk mereka mengkaji menghayati . Bahan sastra yang ditinggalkan adalah lambang kasih sayang semua moyang mereka yang telah pergi ke alam Abadi bertemu Ilahi. Moga Allah SWT memberkati usaha ini. Aamiin.
SURAH~> AN-NAHL.
(Ayat 68)
Menjauhi dari orang zalim...
68. Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di bangunan-bangunan yang di buat manusia.
Manda Conai Aslm wbt slmt petang sahabat ku Ratu.Rimba sungguh indah kata didlm puisi terpaku qu menbaca hebat pernulisan.subhanallah kurnian Allah bagi pada hamba di bidang sastera
Rabeah Binti Mohd Ali Wsalam wr wb, tiada apa yang hendak kulafazkan sahabatku melainkan SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKABR.
Jika kamu membaca karya yang kutulis terpaku kerana keindahan kata-kata, aku yang menulis lagilah teruja , bukan kagum dengan diri sendiri tapi aku kagum dengan KEBESARAN TUHAN mengilhamkan padaku kata-kata yang indah-indah setiap hari setiap saat sehingga aku menangis tatkala menulis , setiap kata-kata indahNya bagaikan aku sedang mengutip permata yang berguguran dari Syurga, SUBHANALLAH terlalu banyak sehingga tak terkutip olehku hinggakan aku malu jika aku abaikan walaupun sebutir permata Syurga.
Andailah aku tiada rasa penat dan letih aku mahu menulis tanpa henti selagi ilhamNya datang tapi apakan dayaku aku cuma manusia biasa namun aku masih berharap Allah masih sudi mengurniakan ilham padaku sehingga terhenti nafas terhentilah pena. Aamiin.
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI
KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
17 RABI'UL AKHIR 1437H
27 JANUARI 2016
KITA SEHATI SEJIWA DEMI-NYA
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"

KEINDAHAN PURNAMA CIPTAANMU TUHAN BUAT AKU TERPESONA!
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar,
Terpakuku melihat keindahan bulan purnama
Tenang syahdu sambil kulafazkan Allahu Akhbar,
Aku terpesona PenciptaanMu Yang Amat Sempurna.
Awan membiru di malam penuh syahdu,
Bebayang bulan terpancar di air nan tenang;
Seisi alam berzikir memujiMu tanpa jemu,
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar jiwa pun tenang.
Rha NS
25 Januari 2012

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
16 JAMADIL AWAL 1437H
25 FEBRUARI 2016



BIAR MISKIN HARTA,
JANGAN MISKIN BUDI,
MISKIN HARTA ORANG TAK KATA,
KAYA BUDI DIBAWA MATI.
Tiada penerangan foto disediakan.
SELAMAT HARI JUMAAT, PENGHULU SEGALA HARI. Mari optimis sebab hari ini HARI RAYA MINGGUAN



SAHABAT ALAMMAYAKU SEBAGAI TEMAN FB & TEMAN GRUP
kau hadir atas kehendakNya
maka kuhargai setiap semuanya tanpa terkecuali
yang berkomunikasi denganku
pastilah kukenal
walaupun berwajahkan
pokok bunga gunung ganang bukit bukau karton
tanpa wajah
yang berwajah kukenal walaupun tanpa suara
kau wujud tapi seperti tak wujud
jika tanpa like dan komentar
bukanlah aku ini
gilakan like dan komentar
tapi bagiku
like dan komentarmu
adalah sapaan yang terindah
salam silaturrahim
yang tak akan terputus
sampai hujung nyawaku
sepanjang berada di alammaya
jika kamu senyap dan membisu
sejujurnya aku hampa dan kecewa
terutama sekali yang bergelar rakan fbku
kepada rakan fbku atau mantan rakan fbku
maafkan aku jika aku undur diri
bukan memutuskan silaturrahim
tapi rakan fbku
terlalu terhad
biarlah mereka sebagai rakan fbku
bertegur sapa denganku
walau pun tidak selalu ber fb
memadailah sekali sekala menyapa
ini langsung sepi sesepinya
seolah aku ini tak wujud
sebagai rakan fbmu
untuk saling tidak menyeksakan
sebuah ikatan persahabatan rakan fb
kita saling memahami
dengan cara sendiri
sepi berlalu pergi
tanpa kesal di hati
Izinkan aku bersastera sendiri
tanpa menanti sapaanmu lagi
izinkan aku ganti rakan fb
yang sentiasa sedia menjadi
rakan setiakawan fbku sehingga hujung nyawa
saling menyapa karyaku
untuk aku terus berkarya
memperjuangkan sasteraku
sehingga berjaya
diterima oleh mereka yang meminati sastera
dihasilkan atas dasar kasih sayang yang tiada penghujung
Andai ditakdirkan aku pergi di dunia ini
laman fbku
bagaikan taman-taman Syurga
untuk mereka singgah memetik
bunga-bunga Syurga ilham dariNya
sebagai menyuntik semangat
menjadi hambaNya
untuk saling muhasabah diri
bahawa hidup ini tiada kekal selamanya
hanya sebagai persinggahan
yang hendak dibawa bekalan
ke Negeri Abadi...
Kita ditakdirkan bertemu di alammaya
moga kita ditakdirkan untuk bertemu di Syurga
itulah hikmah kenapa Allah swt takdirkan kita bertemu
di alammaya...Insya-Allah AAmiin.
Sahabat alammayamu yang ingin bersamamu selamanya
sampai Syurga Insya-Allah Aamiin,
............................................................
Ratu Rimba Niagara,
19 Jamadil Awal 1437H
28 Februari 2016
Tiada penerangan foto disediakan.
SAHABAT ALAM MAYA.
BERSUA KITA ADALAH TAKDIR...
BERTEMAN PULA ADALAH PILIHAN...
BERSAHABAT KITA PENUH KEIKHLASAN...
TANPA NIAT MINTA BALASAN.
INGIN PULA BERSAMA DENGANMU..
DALAM SUSAH ATAUPUN SENANG..
WALAU DIHUJANI SUKA DAN DUKA..
ITU ADALAH ATAS KEHENDAKKU.
BERSAHABAT DENGANMU ..
DI ALAM MAYA ADALAH
SATU KEINDAHAN TIADA TERNILAI..
WALAU TIADA PERNAH DITEMUKAN.
BERSUA KITA DIALAM MAYA..
MELAKAR KATA CURAHAN RASA..
DEMI TINTA BERGANTI TINTA..
INDAH KU RASA PENUH BAHAGIA..
WALAU TERCARIK DIDALAM LUKA.
TERIMA KASIH SAHABATKU..
TANPAMU BERHENTILAH TINTAKU
KOSONGLAH RUANG HALAMANKU
TIADALAH UKWAH KELUARGAAN TERBINA..
TERIMA KASIH......


SUBHANALLAH BENARLAH ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI
JKA KITA YAKIN REZEKI SEMUA-NYA DARI ALLAH, TIADA YANG MUSTAHIL ASALKAN USAHA PENUH TEKUN BERGANTUNG HARAP REZEKI DATANGNYA DARI ALLAH BUKAN MANUSIA.
"Tuhan tidak merobah nasibnya sesuatu bangsa sebelum bangsa itu
merobah nasibnya” Bung Karno.
YA ALLAH JIKA REZEKIKU DI ATAS LANGIT TURUNKANLAH JIKA DI BUMI KELUARKANLAH JIKA SUKAR MUDAHKANLAH DENGAN REZEKI YANG KAU BERIKAN ITU LEBIH MENDEKATKAN DIRIKU PADA-MU .
AKU DILAHIRKAN TANPA APA-APA AKU PULANG KEPADA-MU HANYALAH KAIN KAFAN PEMBALUT JASAD, YANG AKU DAMBAKAN KAIN KAFAN DARI SYURGA-MU BERKAT REZEKI YANG ENGKAU LIMPAHKAN KEPADA-KU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'MINDA YANG SIHAT TIADA SEMPADAN MASA ATAU USIA'
@ IDEA DAN STRATEGI MEMBUAHKAN KEJAYAAN ISYA-ALLAH AAMIIN
ANTARA REZEKI DAN ILHAM SASTERA
ada yang bertanya bagaimana aku mendapat rezeki untuk meneruskan perjuanganku dan kehidupan
wang sumber kehidupan
tiada wang perjuangan tidak akan diteruskan
jadi wang nadi perjuanganku
tanpa wang perjuanganku terhenti
bagaimana aku mendapatkan wang sedangkan karya yang dihasilkan
tidak menghasilkan wang...
jika diberi pilihan mahukan wang atau ilham
pasti aku akan pilih ilham
ilham banyak tapi tidak menghasilkan wang
bagaimana hendak meneruskan kehidupan
bagaimana aku mendapat wang seperti
aku mengguncangkan pokok yang tak berbuah
ketika aku mengguncangkan pokok tersebut
aku bayangkan aku mengutip buah yang gugur sebanyak-banyaknya
buah yang gugur itu adalah ilhamku
bilamana ilham Kurniaan-Nya bertukar menjadi wang
dengan mudah aku mengutip wang seperti aku memetik buah mangga yang hidup didahan mati tapi berbuah lebat hingga ke tanah.
SUBHANALLAH BENARLAH ALLAH ITU MAHA PEMBERI REZEKI
yang penting usaha tawakal doa
Ditakdirkan aku mati
ilham bertukar menjadi wang yang banyak
pastinya wang tak kubawa ke kubur
tapi ilham sastera menjadi saham akhirat
menjadi peneman setiaku di kubur
moga ilham sastera Anugerah-Nya
menjadikan kuburkan
Taman-Taman Syurga nan Indah
bercahaya-cahaya sehingga aku dibangkitkan semula
iaitu HARI PEMBALASAN DI PADANG MAHSYAR
semua-Nya dengan izin Allah jua
kerana aku bukanlah siapa-siapa
untuk menentukan Syurga itu milikku
aku seperti kamu juga
mengharap terus mengharap
agar menjadi hamba-Nya
yang diredhai ketika hidup dan mati
Aamiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Ilham Sastera Anugerah-Nya disyukuri ,
Ratu Rimba Niagara sekadar nama pena dalam berkarya
ada yang tersirat di sebalik tersurat
14 Syaaban 1436H
1 Jun 2015






BERTELEKU AKU SENDIRIAN MENGENANGKAN BETAPA HARUM KASTURINYA HATIMU!
Duhai sahabatku Ayahanda Chik yang sentiasa tersanjung di hati...
Biarpun persahabatan kita sudah menjangkau hampir dua puluh tahun
Biarpun kau sudah bergelar penulis yang berjaya
Biarpun kau sudah bergelar usahawan yang berjaya
Biarpun kau seorang yang bijaksana dalam mengungkapkan kata-kata indah bermadah
Namun itu semua tidak ada rasa ujub di hatimu sebesar zarahpun!
Yang cuma ada di hatimu...
Warna-warna pelangi indah
Bahasa-bahasa yang indah
Persahabatan yang indah seindah pelangi di waktu malam
Kasih sayangmu merata di hati semua
Kasih sayang mu bukan untuk dibalas dengan habuan dunia
Tapi kasih sayangmu ikhlas semata keranaNya
Allahu Akhbar!
Berteleku aku sendirian mengenangkan betapa harum kasturinya hatimu dapat dihidu hingga ke serata pelosok dunia
Syukur Ya Allah aku menjadi sahabatnya
Syukur Ya Allah kepada mereka yang menjadi sahabatnya
Kasihnya seperti mawaddah yang terlekat di kalbu kepada para pecinta kemurniaan hati!
Rha NS
26112




YA ALLAH KAU KURNIAKAN KAMI ILMU MAKRIFAT
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Syukur aku ditemukan dengan hambaMu ini
Seorang yang pecinta ilmu kebaikan
Pecinta ilmu kemanusiaan dan kerohanian
Dengan pertemuan antara dia dan aku
Kau Kurniakanlah kami ilmu makrifat
Terangkanlah hati kami
Sebagaimana Kau terangkan Matahari Dan Bulan
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Rha NS
26112

Indah sungguh bicara puisimu,
Seindah titisan embun di waktu pagi;
Membaca puisimu rasa tak jemu,
Terasa dekatnya hati pada Ilahi.
2



YA ALLAH KURNIAKAN KAMI MAKRIFAT ILMU
Ya Allah
keluarkan kami dari kegelapan ragu dan
muliakan kami dengan cahaya kefahaman
bukakanlah kami makrifat ilmu,
berilah cahaya pada hati kami
sebagaimana Engkau beri cahaya matahari kepada bumi.


telah menambah foto baru

1 Jun 2015 
Tiada penerangan foto disediakan.
2
PADA HARI INI
2 tahun yang lepas
BILA HATI BERBICARA YANG DIINGINKAN BAHASA-BAHASA SEINDAH SYURGA ALLAHU AKBAR AAMIIN
Jiwa jadi tenang dalam berbahasa seindah Syurga, Di dalam bicara tersebut ada;
Zikir kepada Allah
Allah SWT amat suka hamba-Nya memuji memujaNya
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW mengingati perjuangan baginda yang sentiasa cinta dan rindu kepada semua ummatnya.
Bermunajat kepada Allah SWT mengharapkan kasih sayangNya nur hidayah kasihNya pengampunanNya
Tahu matlamat hidup sebenar di mana pengakhirannya
Hidup adalah mimpi kehidupan setelah mati itulah realiti tak akan mati hidup selamanya samada mendapat balasan bahagia penghuni Syurga atau sengsara penghuni neraka.
Pilihan ketika masih hidup menempah tiket ke Syurga atau ke neraka
tepuk dada tanyalah iman sendiri.
Tika di dunia walaupun cuma di duniamaya kita inginkan sahabat yang mengajak kita ke jalan SyurgaNya sentiasa muhasabah diri hidup ini cuma seketika dalam mimpi, justeru amat penting bila bicara seiring hati sentiasa ingat mati kerana mati tak mengenal siapa dan bila, bila-bila pun mati moga mati kita dalam jiwa yang tenang dalam redhaNya Aamiin.

WWW

PERJUANGAN TAK MENGENAL WAKTU
perjuangan tak mengenal waktu
andai aku sepertimu aku pun begitu
waktu ini perjuanganku sastraku bermati-matian
andai perjuangan sastraku menjadi realiti
perjuangan lain sedia menanti
fb ku sebagai laman juangku
akan sepi sesepinya
masa itu baru kau tahu
betapa perihnya sebuah penantian
walau hanya dengan sepatah perkataan
barulah kau faham aku
aku faham kau
masa memang mencemburui kita
yang penting faham memahami
bila dah faham
kita tidak akan salah menyalah
andai perpisahan terjadi juga...
namun persaudaraan tetap tak terurai
diikat kemas ...untuk dikenangi di tugu pertiwi....
RATU RIMBA NIAGARA
3 September 2013
Takdir kau menjadi rakan fbku ...ku redha
Takdir kau jauh hati dariku tanpa sebab aku kaget
Tapi apa pun takdir yang ditakdirkan itulah takdir kau dan aku
Yang telah DIA Tentukan
Makanya hendaklah kau redha
Aku redha
Takdirnya aku pergi dulu sebelummu
Kaulah yang ditakdirkan untuk meneruskan perjuanganku ini...
Itulah hikmah disebalik pertemuan ini ...wallahualam.
KEPADA SEMUA RAKAN FBKU MAAFKAN AKU JIKA AKU UNDUR DIRI DARIMU BUKAN BERERTI AKU MEMUTUSKAN SILATURRAHIM TAPI RAKAN FBKU ADALAH PEJUANG SASTERAKU, MEREKA YANG TERPILIH ADALAH YANG MEMBERI IMPAK KEPADA DUNIA SASTERAKU, KEPADA MEREKA YANG WUJUD SEPERTI TAK WUJUD MULANYA INGIN MEMBERI SOKONGAN BERJANJI TAPI TAK MENEPATI JANJI LIKE PUN TIDAK KOMENTAR PUN TIDAK SEKALI LAGI MAAFKAN AKU KERANA SIAPALAH AKU UNTUK MENJADI SAHABAT SEJATIMU...MASA TAK MENUNGGU KITA KERANA MASA TAK MENGENAL KITA , IA AKAN TERUS BERLALU SETELAH KEMATIAN MENJEMPUT KITA BARULAH KITA FAHAM BERERTINYA SEBUAH PERSAHABATAN SEJATI.
'Aku tak mahu kau yang berdosa biarlah aku yang terasa agar terasanya aku tidak dibawa hingga ke hari akhirat,'
Beginilah aku dalam pencarian mencari sahabat seperjuangan sehati sejiwa sama menuju jalan-jalan ke Syurga-Nya hanya itu yang memberi ketenangan dalam aku berteman FB.
Moga kau bahagia dengan prinsipmu dan aku bahagia dengan prinsipku asalkan hati masih lagi mengingati bahawa kita pernah ditemukan di alammaya untuk sama memperjuangkan matlamat yang sama mencari jalan-jalan ke SyurgaNya.
ALLAH TUNJUKKANLAH KAMI JALAN KE SYURGA-MU
Kepada semua rakan-rakan grup yang sudi like dan komentar karyaku diucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga hatimu selembut salju apabila Nama Allah dan Rasulullah tertera di laman grup seakan ada magnet di jarimu terus like dan komentar memuja memujaNya, moga ada nilaian di SisiNya. AAmiin
Maria Jaffar, ARriana Mohd Ali, dan 7 lainnya menyukai kiriman Anda di >>BERIKAN HIDAYAHMU<<.: "SUBHANALLAH BENARLAH ALLAH MAHA..."


30 Julai 2016 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
IZINKAN LILINKU BERCAHAYA BIARPUN HATI TERLUKA
Lilin...
kau adalah aku
aku sedia berbakti pada karyaku demi-Nya
tanpa menghiraukan diriku kian malap dimamah usia
jika api lilinku
bertambah malap izinkan lilinku bercahaya
Duhai angin...ku merayu padamu
jangan kau tega meniupnya agar terpadam
aku ingin terus bercahaya
biarpun dalam keadaan terseksa
tapi aku ingin berjuang juga
untuk menerangi diriku sendiri
dan menerangi mereka yang sudi dengan cahaya
yang cuma tinggal berbaki ini
Duhai angin jika kau tiup
kerana marahmu padaku
apa salahku....
apa dosaku padamu
kerana aku cumalah lilin
yang berjuang bersedirian
ingin mencari jalan-jalan pulang
biarpun hati terluka
diitiupmu tanpa henti
kucuba pertahankan juga
agar terus menyala..menyala apinya
menerangi diriku sendiri dan disekelilingku yang sudi
dengan harapan hadirlah
Cahaya dari segala Cahaya
Cahaya dari segenap penjuru
Cahaya Nur Hidayah Kasih dari Ilahi
Cahaya yang terus menerus meresap
ke kalbu roh dan jasad
inilah Cahaya yang kudambakan seumur hidupku
Maka dari itu duhai angin...
aku tahu aku tak sehebatmu
aku tak sesempurna imanmu
aku cumalah hamba
yang hanya ingin
menghabiskan usiaku
bersama-sama mereka
yang ingin pulang ke Pangkuan Ilahi
Dengan belas ehsanmu
izinkan aku menjadi lilin
biarpun masih malap apinya dan terseksa
jangan diseksa aku lagi dengan tiupanmu yang menyakitkan aku
kerana sepanjang kau bertiup kencang tak pernah pun aku
menghalangmu kerana aku sentiasa cerminkan diriku tak sesempurnamu...
aku mengalah pada kesempurnaamu itu
kerana jika aku menghalangmu berdosalah aku pada Allah SWT
kerana apa yang kau miliki itu adalah kurniaan dari-Nya
makanya bertiuplah... bertiuplah hingga kau tenang
tapi janganlah sesekali kau tiupkankan api lilinku
yang malap ini..izinkanlah api malapnya bercahaya
biarpun dalam keadaan derita dan terseksa
tanda kau juga menghargai Kurniaan Allah Azzawajallah padaku
Karya Putri Rimba Niagara
30 Julai 2012
10 Ramadhan 1433H




PELANGI CINTA BERBUNGA SYURGA
Pabila rindu dendam
sudah terpadam
hilang segala cinta terpendam
yang ada derita di tungku hati remuk redam
api cinta terus terpadam
Keyakinan menghidupkan cinta
terlalu menyeksakan
ketabahan perlu
dengan adanya ketulusan hati
bercinta karena-Nya
pasti pelangi cinta
berbunga Syurga
terkuntum di kalbu
serinya dipelukan rindu
syahdu dalam gaun pengantin
bersuterakan
kiriman dari Syurga Ilahi
bahagia dinanti
di perdu rindu Syurga
bagaikan pengantin diRaja
dari Merak Kayangan
cantik jelita
rupawan tertawan
di sejadah cinta
Syukurlah pada Ilahi
KARYA PUTRI RIMBA





21 OKTOBER 2016
Assalammualikum selamat malam sahabatku semua
INDAHNYA UKHUWAH ATAS DASAR CINTA KERANA-NYA
Sudah lama aku dambakan
Sebuah ukhuwah atas dasar cinta kerana-Nya
Saling kasih mengasihi kerana-Nya
Saling muhasabah diri kerana-Nya
Sayang sesungguh sayang kerana-Nya
Tidak ada sebesar zarah pun
Ada niat jahat mahu memusnahkan persahabatan
Yang ada kasih...kasih...kasih...kasih kerana-Nya
Yang ada sayang...sayang...sayang...sayang kerana-Nya
Kita bercanda tidak menyakitkan
Kita saling berbagi pendapat dalam suasana harmonis
Tanpa ada bahasa memilukan meremukkan hati
Dalam pertentangan pendapat kita masih bisa senyum
Kerana setiap idea dan pendapat adalah
Untuk menyatukan hati
Kita jana idea itu kita fikirkan pendapat itu
Adakah lojik diterima akal?
Jika tak lojik pastinya idea itu
Di luar kemampuan kita berfikir
Dan kita bisa senyum
'Maaf saya kurang arif tentang apa maksud anda
Mungkin anda lebih memahami apa yang anda fikirkan'
Jangan kita perlekehkan idea seseorang
Seolah kitalah bijak semua
Yang tahu segala ilmu
Dan kita terus melukakan hatinya sampai remuk
Biarpun remuk masih meminta maaf
Agar yang keruh segera dijernihkan
Tapi kita masih lagi berkeras hati
Tetap mengatakan idea kamu gila
Tak masuk akal
Tinggallah kamu di alam fantasi kamu itu
Alam fantasi tak boleh masuk ke alam realiti
Dunia kamu fantasi
Dunia kami realiti
Dalam remuk redam terlara
Ku mengundur diri dari situ
Dan aku pasrah pada-Nya
Kerana dunia aku bukan di situ
Dunia aku dunia fantasi di rimba
Menjana idea...
Berkongsi idea dengan penghuni rimba
Berkongsi idea dengan bulan bintang mentari laut dan ombak
Semuanya membalas dengan bahasa alam
Yang memukau kalbuku...
ALLAHU AKBAR di sinilah tempatku
Alangkah bahagianya jika
Kehidupan aku di rimba ini
Jadi realiti ....
Pasti akulah yang bahagia
Kerana itulah perjuanganku
Saling berkasih sayang kerana-NYa
Tiada langsung cemburu hati
Tiada langsung berhasad dengki
Dan memahami akan erti
KETENTUAN TAKDIR ILAHI
Begitulah indahnya ukhuwah
Atas dasar cinta kerana-Nya
Karya Ratu Rimba Niagara
8 Safar 1434H
21 Disember 2012M



WWW

DUHAI HATI TUNDUKKAN HATIMU
Ya Allah matikanlah kami dalam menyebut kalimah Syurga-Mu
La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah
Duhai hati
keranaNya buangkanlah keegoanmu
sesama manusia jangan sombong
sekalipun hatimu terluka angkara mereka
tetaplah meminta maaf
andai benci dan dendam sehingga di saat sakaratmu
jangan mimpi kau dapat mengucapkan kalimah Syurga-Nya
jangan mimpi rohmu bertemu Allah dengan tenang
jangan mimpi rohmu di terima Allah
Duhai hati
jika engkau mahu
rohmu diterima Allah
sentiasa tundukkan hatimu
sekalipun beribu-ribu kali hatimu dilukai
kerana itu semua adalah dugaan dari-Nya buatmu
Duhai hati
percayalah
apalah ada luka kecewa di dunia ini
jika dibandingkan luka dan kecewa di akhirat
yang tak bisa dirawat lagi
Duhai hati...
percayalah
andai Allah terima rohmu
pastilah Allah akan terima jasadmu
pada pandangan manusia engkau telah mati dikebumikan
tapi hakikatnya engkau hidup selamanya
menikmati alam Syurga yang abadi
bersama roh-roh yang beriman lagi beramal soleh
Insya-Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara.
15 Rabiul Awwal 1437H
27 Disember 2015



MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)



"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"



Rabbi najjinii minal qaumazhzhaalimiin.( QS:28/21)
ARTINYA;
Wahai Tuhanku,selamatkanlah aku dari orang2 yg zhalim
Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqiir. (QS: 28/24)
ARTINYA :
Ya Tuhanku ,sesungguhnya ǎku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yg Engkau turunkan kepadaku.
YA ALLAH SATUKAN HATI KAMI SALING MENYAYANGI KERANA-MU
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Ya Allah Kau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
semua hamba-Mu Kau kasih dan sayang
Kau memberikan ujian pada hamba- Mu
bukanlah berarti Kau tak kasih dan sayang
tapi itu semua lambang Kau kasih dan sayang pada hamba-Mu
itu pun mengikut kemampuan hamba-Mu mengatasi ujian
Kuatkanlah aku menjalani hidup ini untuk nebarkan cinta dan
kasih sayang demi-Mu
jika aku lemah lantaran penghinaan mereka ke aku
Kau kuatkanlah semangatku
Untuk terus dan terus menyebarkan benih-benih kasih sayang
Yang Kau Redhai...
Kau sukakan akan persaudaraan...
Jalinan tali ukhuwah kasih yang kukuh
Yang boleh membuatkan islam di dunia ini bersatu padu
Tanpa ada permusuhan sesama sendiri
Di kala aku kesedihan dalam segala bentuk penghinaan mereka
Kau kirimkan senyuman mentari ..senyuman bulan...senyuman bintang
Itu sudah cukup menyerikan senyumanku yang kelat ini
Aku tak mahu memperlihatkan senyuman yang
Kelat, perih. sendu
Kepada-Mu
Kepada mereka
Biarlah Kau saja yang tahu isi hatiku
Betapa aku sayangkan semua hamba-Mu
Yang mahu ke jalan-jalan-Mu
Dan aku yakin seyakin-Nya
Di hari di mana semua yang aku kasihi di dunia ini
Tidak dapat membantuku
Masing-masing sibuk urusan diri sendiri
Untuk mengetahui samada kaki langkah
Ke Syurga atau ke neraka
Allahu Akbar pastilah keputusan yang amat mendebarkan...
Pasti akan menyebut
Allahuma Salim..Salim...
Selamatkan saya...selamatkan saya...
Saat kacau bilau ...huru hara..penuh debaran
Dengan sejuta harapan agar mendapat syafaat
Nabi Muhammad SAW
Masing-masing mahukan syafaat Kekasih-Mu
Nabi Muhammad SAW
Yang dapat diketemui baginda Rasulullah
Di Titian Sirad...
Di Neraca Al-Mizan
Di Kolam Nabi Muhammad SAW
Yang panjang kolam itu sebulan perjalanan
Dan lebar kolam sebulan perjalanan juga
Inilah tiga tempat yang mesti kami cari
Nabi Muhammad SAW
Dan moga kami dapat bertemu Rasulullah
Di tempat tersebut dan dapat memohon syafaat
Baginda Rasulullah berkat selalu mengingatinya
Tika di dunia dulu...
Sebagaimana Rasulullah menyayangi kami
Sehingga di akhir kalamnya menyebut kami
'Umatku...Umatku...Umatku...
Sebagaimana Rasulullah sayangkan kami
Kami pun sayangkan Nabi Muhammad SAW
Syukur kami sebanyak-banyak-Nya
Kepada-Mu karna mengurniakan
Nabi Muhammad SAW Kekasih-Mu
Yang tak jemu berdakwah kepada umatnya
Berkat dakwahnya
Kami dapat memiliki ilmu Al-Quran & Hadis..
Kerana tidak akan sesat seorang hamba itu
Jika berpegang teguh kepada
Al-Quran & Hadis
Moga Al-Quran & Hadis...
Sebati dalam roh dan jasad kami
Itulah tauhid kami hingga nafas terakhir
Mogalah terlafaz kalimah Syurga
لا إله إلا الله محمدا رسول
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Kuatkan hati-hati kami
Beramal soleh hanya kerana-Mu
Bukan untuk menunjuk-nunjuk
Tapi hanyalah semata kerana-Mu
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Satukanlah hati-hati kami
Sentiasa bersatu hati
Untuk menyebarkan kasih sayang
Dengan bahasa-bahasa yang Kau Redhai
Dan setiap kata-kata kami
Adalah mutiara-mutiara Syurga
Yang ada nilaian di Sisi-Mu
Yang akan dikira tika ditimbang Di Neraca Al-Mizan
Dan dapat menyelamatkan ketika meniti Titian Sirad..
Yang mana menentukan ke Syurga atau ke neraka...
Moga berkat kami saling berkasih sayang kerana-Mu
Tika di dunia ini
Tika nafas masih ada...
Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas
Masukkan kami Ke Syurga-Mu
Syurga Firdaus...
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Hamba-Mu yang kerdil,
12 Muharram 1434H
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH &
WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
12 Muharram 1434H
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah.
Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU
IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
27 Januari 2021

0 comments:

Post a Comment

 
;