Thursday 26 April 2012

LAKSAMANA MAS,' PUISI MU MENJADI SEMANGAT BAGI KU UNTUK MENJALANKAN SEMUA TUGAS-TUGAS KU.

Memang harus dibangunkan jalan baru,....Hotmix,..standart jalan tol,..amin.
 ·  · 


SENYUMAN ANAK CUCU ADALAH SENYUMAN
AMAT BERMAKNA BUAT LAKSAMANA MAS

Laksamana Mas...
Darah mu ada darah kepahlawanan
Kepahlawanan Laksamana Hang Tuah
Biarpun Laksamana Hang Tuah telah lama bersemadi
Tapi roh perjuangan sucinya hidup bersama semangat mu

Biarpun rintangan
Datang dari segenap penjuru
Tak akan kau hiraukan lagi

Rakyat dan Raja di bumi pertiwi mu
Adalah lambang kekuatan untuk kau berjuang
Memperjuangkan hak mereka yang selayaknya
Mereka kecapi
Bagi mu keamanan ibu pertiwi Indonesia
Adalah matlamat perjuangan mu
Dan semangat itu
Tak akan luntur
Sampai kapan pun!

Hidup mu adalah perjuangan
Perjuangan
Hak Rakyat
Hak Raja
Hak Pemerintah
Semuanya ingin kau gabungkan
Agar tiada yang rasa terpencil
Pabila bergabung ...ibu pertiwi pasti aman
Pembangunan akan pesat membangun
Dan boleh bersaing di persada dunia

Hari-hari adalah perjuangan
Tiada hari melainkan perjuangan
Di mana kau pergi dan ke mana kau berada
Adalah perjuangan
Demi membela
Agama, bangsa dan ibu pertiwi Indonesia

Darah dan keringat mu
Pasti akan terbayar juga
Samada kau masih hidup
Atau kau telah tiada di bumi ini
Kerna Allah sentiasa bersama mu
Allah sentiasa bersama semangat mu
Dan Allah memakbulkan doa mu
Yang mahu melihat anak cucu mu
Tersenyum ikhlas menerima pengorbanan mu
Senyuman anak cucu adalah senyuman
Yang amat bermakna buat mu
LAKSAMANA MAS!

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
26 April 2012
(KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU LAKSAMANA MAS)
 · 
  • Laksamana Mas likes this.
    • Laksamana Mas Amin,..amin,..amin,.. Ya Rabbalalamin,...trima kasih,..puisi mu menjadi semangat bagi ku, untuk menjalankan semua tugas-tugas ku,..trimakasih skali lagi saudaraku,..semoga demikian pula dengan perjuangan mu,...
      9 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Aamin. Akhirnya Allah izinkan juga, aku mengarangkan puisi untukmu duhai sahabatku. Baru aku ingin memikirkan ...Allah telah mendahului apa yang kufikirkan Allahu Akhbar ....tiada apa yang dapat kulafazkan padaNya melainkan Alhamdulillah ...kerna apa yang kau perjuangkan itulah yang aku perjuangkan .Semangatmu semangatku adalah semangat Moyang Kita Laksamana Hang Tuah...duhai Laksamana Mas.. Wallahua'lam
      9 hours ago ·  ·  1
    • Laksamana Mas Insya Alloh, amin.
      9 hours ago ·  ·  1


      (PETIKAN DARIPADA WALL LAKSAMANA MAS)
      26 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;