Wednesday, 25 April 2012

JANGAN ASYIK DENGAN PESONA DUNIA HINGGA KITA LUPAKAN SOLAT






  • Rabeah Mohd Ali shared Bacalah Quran Dan Hayatinya's photo.

    Solat itu tiang agama..Janganlah kita lagha dengan keseronokan dunia yang sementara ini hingga melupakan tanggungjawab untuk menunaikan solat....
    Anda semua dibenarkan share/kongsi setiap gambar atau artikel di sini.tidak perlu meminta izin dari admin..
     ·  ·  · 14 hours ago · 


    • You like this.

      • Rabeah Mohd Ali YA ALLAH AKU PERLUKAN ILMU KEMANISAN IMAN

        Aku cemburu
        orang yang solat
        sebab aku tak solat

        aku cemburukan
        orang yang berqiamulail
        sebab aku tak tahu apa itu qiamulail

        aku cemburukan
        orang yang pandai mengaji
        sebab aku tak pandai

        aku cemburukan
        orang yang berpuasa
        sebab aku tak pernah berpuasa

        aku cemburukan
        orang yang pergi haji
        sebab aku belum pergi

        aku cemburukan
        mereka yang bersedekah
        sebab aku bakhil

        aku cemburukan
        mereka yang berzakat
        sebab aku tak berzakat
        biarpun harta melimpah ruah

        aku cemburukan
        mereka yang suka berbuat baik
        sebab aku anti kebaikan
        sukakan kejahatan

        aku cemburukan
        mereka yang suka berkata yang baik
        sebab aku suka mengumpat mengeji
        menyakiti hati orang
        aku rasakan akulah yang kaya
        akulah yang berkuasa
        akulah yang mempunyai segala yang
        manusia idamkan kemewahan hidup di dunia ini

        baru aku tahu kini
        sebenarnya aku terpedaya dengan
        keegoaanku sendiri yang leka dan lalai

        salah aku juga
        punca aku cemburu kepada mereka
        kerana aku tak tahu
        apa itu
        syahadah
        solat
        puasa
        zakat
        menunaikan haji di Mekah
        Rukun Islam
        yang mesti diamalkan
        dan diimani oleh semua
        orang Islam selagi
        hidup mesti dilakukan
        kerana taatkan perintah Allah.

        Ya Allah ...aku jahil
        aku tak tahu semua ilmu
        yang patut kutahu
        mulai
        detik ini
        saat ini
        sampai bila-bila pun
        aku mahu belajar
        ilmu yang patut aku tahu
        ilmu kemanisan iman.

        Ya Allah...bukakan
        hatiku seluasnya
        untuk
        mencari
        dan
        memiliki
        ilmu kemanisan iman.

        Ya Allah...bukakan
        hati bakal guru-guruku
        mengajarku dengan setulusnya keranaMu
        biar ilmu yang dicurahkan
        meresap terus ke dalam
        roh dan jasadku.

        Yang aku tahu
        neraka tempat yang mengerikan
        dan menakutkan
        segala azab sengsara akan
        dibalas kepada orang yang lalai
        lalai berpunca kerana tak berilmu
        jahil kenapa aku dihidupkan di dunia ini
        aku tak mahu menjadi si jahil yang ego
        rugi dunia akhirat!

        Yang aku tahu
        Syurga tempat segala nikmat yang mengasyikkan
        dihadiahkan kepada orang yang taat kepada Allah
        orang yang semasa hidup di dunia ini
        merasai kemanisan iman.

        Ya Allah aku perlukan Ilmu Kemanisan Iman
        agar aku dapat mencintaiMu dengan setulus hatiku.

        Ya Allah terimalah taubatku
        kerana aku si jahil yang sombong
        hidupku selama ini menyeksakan
        rohku sendiri
        kesian rohku yang terseksa...
        berduka di atas kejahilanku.

        Duhai roh maafkan aku
        biarkanmu terseksa dan berduka
        aku terlalai untuk
        menunaikan keperluanmu
        iaitu ilmu Kemanisan Iman
        akan ku belajar dan memiliki
        Ilmu Kemanisan Iman
        tanpa jemu dan bosan
        sehingga terhenti nafasku!

        Karya Putri Rimba.
        25 April 2012

        (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA)
        26 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;