Tuesday, 24 April 2012

INGIN KUKIRIM KASIH TAKUT TAK TERBALAS KASIH LALU TERSISIH




SALAM MENYATUKAN HATI

Ingin kukirim rindu
Di ombak rindu
Takut tak terbalas rindu

Ingin kukirim kasih
Takut tak terbalas kasih
Lalu tersisih

Ingin kukirim salam
Pasti terjawab salam

Salam menyatukan hati
Menyatukan rindu
Menyatukan kasih
Kasih tak tersisih

Karya Putri Rimba
23 April 2012
 ·  ·  · Yesterday at 9:09am
  • Vra Bella and Asmi Ri Zani like this.
    • Vra Bella best..sekali..terpahat di jiwa,sanubari
      21 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Tapi kamu saja yang sudi menjawab salamku ...
      Yang lain jawab dalam hati...
      Yang penting ku sudah kirimkan salam
      Salam kasih salam rindu yang terkasih
      Agar kasih tak tersisih ...
      Agar mereka maafkan daku
      Agar Allah ampunkan aku
      Sebelum terpejam mata
      Untuk selamanya.
      21 hours ago · 
    • Vra Bella harap tidurmu,lena dibuai senandung perasaan silam yang indah dikenang
      21 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Duhai Vra Bella...
      Kamu hadir bagaikan mimpi dalam puisi
      Puisi ku berlagu mendayu-dayu
      Mohon Allah mengerti
      Mohon alam mendengar
      Mohon penghuni bumi memahami
      Bahawa aku sayang mereka semua keranaNya
      Bukan unuk menunjukkan aku pandai dalam berpuisi
      Aku ditakdirkan menyayangi seisi alam keranaNya
      Makanya aku redha dalam kesyukuran
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin
      21 hours ago · 
    • Vra Bella mengapa tidak akuinya..sudah suratan alam,hadir dalam puisi..sungguh menakjubkan kata-katamu..pujian itu..untukmu..sahabat..malu vra..tak tahu..dgn menutup wajahku atau tidak..atau biarkan berlalu bagai laluan air yg tenang,setenang hatimu..melakarkan puisi yang bermakna untuk seisi bumi
      20 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali SEMUANYA KERANANYA

      Tuluslah dalam berkata
      Tuluslah dalam bersahabat
      Tuluslah dalam bercinta
      Tuluslah dalam berjuang
      Tuluslah dalam beramal
      Semuanya keranaNya
      Insya-Allah Syurga menanti Aamin.

      Karya Putri Rimba.
      23 April 2012
      20 hours ago · 
    • Vra Bella bila hati bersih,suci..insya Allah masukkan sekali maafkan org-datanglah kurnia pada insan tersebut;doa makbul,murah rezeki,turun hidayah,bukan untuk dirinya seorang,tapi manusia disekelilingnya
      20 hours ago · 

0 comments:

Post a Comment

 
;