Thursday, 26 April 2012

KERANA KASIH KUUCAPKAN TERIMA KASIH


    • pa
      ...
    • BismillahirRahmanirRahim...
      Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh
      Buat semua rakan fb dan rakan grup yang dikasihi
      Terima kasih kerana sudi berkawan denganku
      Terima kasih kerana sudi membaca karyaku
      Terima kasih memberi sokongan padaku
      Terima kasih kerana sudi mendoakanku
      Terima kasih kerana sudi memaafkanku
      Aku senang banget menjadi rakanmu di fb jua di grup
      Biarpun ku tak mengenalimu
      Namun perkenalan kita adalah kehendakNya dan izinNya
      Moga perkenalan di alam maya ini
      Membawa keberkatan dunia akhirat
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin
       ·  ·  · 6 hours ago

      • Zairi Erie likes this.

        • Zairi Erie Tak kenal maka tak sayang
          Tak sayang maka tak cinta
          Tak cinta maka tak kaseh
          Tak kasih maka tak....... (sambung .com)

          6 hours ago ·  ·  1

        • Tak kasih maka tak berkat
          Kerana kasih ku ucapkan salam
          Kerana kasih ku ucapkan terima kasih
          Pada mu tuan di sana yang kucinta lagi kurindui selalu...huhuhu

          6 hours ago ·  ·  1

        •  Suke le tu....hihihi
          6 hours ago · 

        • KERANA KASIH KUKIRIMKAN SALAM

          Padamu tuan lama sudah kumenanggung rindu
          Kupendamkan saja biarpun kau tak tahu
          Mujurlah di sini dapat kusebarkan rindu
          Rindu padamu tuan tak pernah jemu...huhuhu

          Jika ada salah diriku pada mu tuan,
          Ku cuma insan biasa;
          Maafkan daku duhai tuan,
          Kasihku padamu takkan hilang ditelan masa.

          Kerana kasih kukirimkan salam,
          Padamu tuan yang ada sana;
          Jangan lupa sebarkan salam,
          Kerana salam membawa bahagia.

          Senyum mu tuan keikhlasan budi,
          Menyebarkan salam uhkhuwah sejati;
          Terima kasih tuan yang baik budi,
          Budi mu tuan ku bawa mati.

          Karya: Putri Rimba.
          27 April 2012

          5 hours ago · 

        • SALAM MENYATUKAN HATI

          Ingin kukirim rindu
          Di ombak rindu
          Takut tak terbalas rindu

          Ingin kukirim kasih
          Takut tak terbalas kasih
          Lalu tersisih

          Ingin kukirim salam
          Pasti terjawab salam

          Salam menyatukan hati
          Menyatukan rindu
          Menyatukan kasih
          Kasih tak tersisih

          Zairi Erie:

          Ingin Ku kirim Cinta.
          Takut tak diterima
          Ingin ku kirim sayang
          Takut Terbuang
          Ingin ku kirim diriku
          Tapi tak laku......

          Putri Rimba:

          Dirimu memang tak laku
          Tapi cinta mu terlalu mahal
          Harganya melambung di bursa saham
          Hingga tak mampu nak dimiliki....

          (PETIKAN DARIPADA WALL ZAIRI ERIE & PUTRI RIMBA)
          27 April 2012

          (PETIKAN DARIPADA MELA AYU RADIO ONLINE)
          27 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;