Sunday, 22 April 2012

RATAPAN ROH APABILA BEKALAN DIMAKAN ULAT



  • ‎"Secantik dan setampan apa-pun wajah kita. sesexi dan segagah apa-pun tubuh kita. Sekaya dan setinggi apa-pun jabatan kita. Jangan-lah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!! Sesungguhnya semua itu akan HANCUR kelak termakan CACING dan ULAT...!!!



     ·  ·  · 19 hours ago

    • You and 2 others like this.

      • Rabeah Mohd Ali ULAT ROH

        Semua orang pasti mati
        tak tahu bila masanya
        akan mati
        mahu tak mahu pasti tempuhi juga
        muda atau tua
        pasti mati
        aku tak terkecuali
        pasti mati
        adakah aku takut?
        Ya ...aku takut
        kalau matinya aku
        tanpa bekalan
        kalau aku yakin ada bekalan
        tapi aku tetap takut
        takut bekalan yang kubawa
        tidak diterimaNya
        lalu aku dicampakkan ke Neraka
        itulah yang kutakuti
        bukan aku takut mati
        aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.

        Apabila mati...
        Jasadku tentu membusuk
        dimakan jutaan ulat
        jika itu hukum alam
        aku redha
        tapi jika amalanku
        dimakan ulat-ulat rohku
        macam mana?
        Allahu Akbar
        merana rohku
        merana yang tak tertebus!
        Nak menangis pun tak berguna
        jasad dah hancur dimakan ulat
        tangisan roh percuma saja.

        Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
        tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
        tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
        izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
        agar ianya menjadi
        bekalan yang Kau terima
        dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
        Amin Ya Rabbal A'Lamin.

        Karya: Rha NS
        22 Jun 2011

        11 minutes ago ·

0 comments:

Post a Comment

 
;