Wednesday, 25 April 2012

BILA BACA KARYA PUTRI RIMBA SAYA MENADAH TANGAN KERANA KARYA YANG DITULIS ADALAH DOA




JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMI-MU INI

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
Kau terimalah taubatku
Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
Aku mahu taubatku Kau terima dan semua manusia pun maafkan aku
Kerana niatku berhidup di bumi-Mu ini ingin berbuat baik dengan-Mu dan semua hamba-Mu
Tiada niat untuk berlaku zalim pada-Mu dan pada sekalian hamba-hamba-Mu

Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumi-Mu ini
Matikan aku dalam keadaan
bersujud pada-Mu
membaca Qalam-Mu
berzikir pada-Mu
berkata yang baik-baik
menulis yang ada nilaian di Sisi-Mu
berbuat kebaikan...bersangka baik dengan-Mu dan manusia

Ya Allah Tuhan Yang KuCinta
Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
Jika itulah yang dapat kulafazkan
Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
Akulah hamba-Mu yang bertuah
Kerna aku mahu mati dalam redha-Mu

Ya Allah aku hamba-Mu yang terlalu hina
Kerana amalan tak seberapa ingin masuk Syurga-Mu
Amalan tak setimpal dengan balasan Syurga-Mu
Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
Tapi semuanya kerana-Mu Ya Allah ...Pandangan-Mu yang kumahukan dan
jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan Syurga-Mu
Tapi semata kerana mendapat redha-Mu ...mendapat balasan cinta dari-Mu

Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redha-Mu
Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
untuk mendapat redha-Mu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka
yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaan-Mu ini

Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redha-Mu
Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumi-Mu ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Putri Rimba.
26 April 2012
 ·  ·  · 2 hours ago
  • Vra Bella and 3 others like this.
    • Qaseh Solehah bila qaseh baca Karya Putri Rimba pasti qaseh juga menadah tangan memohon pada DIA sebab apa yang ditulis adalah doa... Mudahan Allah juga mengampunkan qaseh... amin...
    • Rabeah Mohd Ali Amin Aamin Aamin Terima Qaseh Solehah kerna sudi membaca karya saya. Yang baik semuanya dariNya dan yang kurang ini dari kelemahan saya .
      56 minutes ago ·  ·  1
    • Ning Menning amiin ya robbal alaminj :)\
      55 minutes ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Ning.
      52 minutes ago · 
    • Ning Menning sama2 salam kenal :)
      52 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Salam kenal juga Ning. Aku ingin sekali berpuisi bersama mu...kalau kau sudi....aku suka banget...sudi ke terima lamaran puisi ku nanti jika diizinkanNya.
      46 minutes ago ·  ·  1
    • Ning Menning boleh kenapa tidak :)
      45 minutes ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Duhai Asmira...
      Yang dirindui sepenuh kalbu ku
      Sejujurnya kukatakan padamu
      Aku rindu banget kemesraan
      Yang pernah kita bena dulu
      Boleh ke kita bena semula
      Mahligai puisi
      Nan indah
      Kita tarikan gemalai
      Irama sepoi-sepoi bahasa
      Kita gabungkan deria rasamu deria rasaku
      Dengan irama yang mendayu-dayu
      Memanggil semua kawan-kawan seni kita juga
      Turut berpuisi dengan harapan
      Datanglah Rahmat Kasih-Nya
      Di kalbu kita yang tandus dan gersang
      Dengan ilmu kemanisan iman
      Mana tahu dengan
      Sebatinya ilmu kemanisan iman
      Di akhir nafas nanti
      Kita dapat menyebut
      Kalimah Syurga
      Dan kita terpilih menjadi ahli Syurga-Nya
      Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
      39 minutes ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Menning ...moga terpatri kasih puisi ini nanti dapatlah mengudang Rahmah Kasih-Nya
      Dan Rumah Diolog Sastra ini dihuni dengan penghuninya
      Dibajai kasih sayang setulus hati ingin mendapat pandangan di SisiNya dan karya yang disiar di grup ini menjadi bekalan di Sana nanti.
      Dan kita doakan kepada admin yang mengelolakan grup yang tercinta ini diRahmati Allah di kala hidup dan mati. Aaamin.
      32 minutes ago ·
           26 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;