SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (1) SYUKUR ALHAMDULILLAH
YA ALLAH KAMI YAKIN SEYAKIN YAKIN-NYA
Ya Allah
Mati itu pasti
Seksa kubur itu pasti
Alam barzah itu pasti
Alam akhirat itu pasti
Siratul mustaaqim itu pasti
Syurga itu wujud
Neraka itu wujud
Semuanya benar tiada yang tak benar melainkan benar
Semuanya kami yakin
Yakin seyakin yakinnya
Maka terimalah taubatku
Terimalah amalanku
Agar aku
Mati dalam keadaan tenang
Dihindari seksa kubur
Menempuhi alam akhirat yang bahagia selamanya
Meniti siratul mustaqim dengan mudah tanpa azab sengsara
Masuk ke Syurga bersama-sama dengan hamba-Mu
Yang terselamat daripada segala azab sengsara neraka.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
BERKATNYA TALI SILATURRAHIM YANG MAHU
KE JALAN-JALAN KETUHANAN
IKATAN UKHUWAH PERSAHABATAN DI DUNIA DIPATRIKAN HINGGA KE SYURGA INSYA-ALLAH AAMIIN.
MOGA SETIAP YANG HADIR DALAM HIDUPKU KASIH DAN CINTA-NYA SESEJUK EMBUN DI WAKTU PAGI...PASTI JIWAKU PUN SESEJUK EMBUN DI WAKTU PAGI SETENANG AIR DI KALI SYURGA SETENANG JIWA YANG INGIN TENANG TIKA BERTEMU DENGAN TUHANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
Doa setulus ikhlas untuk semua rakan fbku , rakan grupku dan semua pembaca setia karyaku di alam maya.
Moga Allah Azzawajallah makbulkan . Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Jun 2012
pada 26hb Jun 2012 jam 6.09 ptg · Suka · 1
TENTANG MATI
Kenapa takut mati?
Takut mati mati
Hindari mati mati
Sihat mati
Sakit pun mati
Tua muda mati
Kaya miskin mati
Semuanya akan mati
Mati milik semua
Bersedia atau tidak mati
Mati tak kira siapa
Tak kira di mana
Di mana-mana boleh mati
Bersedia atau tidak mati
Yang penting mati dalam husnul khotimah
Mati dalam kebaikan dalam redho-Nya Ilahi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT
Kaya macam mana manusia itu
Dia tetap miskin
Apa maksudmu?
Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya
Kau lahir ke dunia ini kosong...
Lagi aku tak faham?
Apa maksud kosong
Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
Apa pulak kosong...
Kau silap...
Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...
Apa maksudmu?
Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
Sebab aku ni pencinta harta
Bagiku harta adalah segala-galanya
Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
Inikan hendak bersedekah
Kirim salamlah
Kalau nak kaya usaha sendirilah
Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
Ramai suka berkawan dengan aku
Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
Dan hormat gila-gila dengan aku...
Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
Pelik kan manusia ini..
Cuba aku papa kedana...
Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
Manusia ini sukakan harta
Sebab itu aku sukakan harta
Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
Dan sanjungi aku ...
Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...
Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
Ha...sebab itulah aku katakan tadi
Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
Nak di kebumikan juga...
Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
Yelah nak ikut wasiat tuannya...
Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...
Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
Dibeli boleh pocong-pocong
Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
Berminat ke nak beli...buntu aku ni...
Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...
Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
Menyesal sebelum aku bergelar pocong
Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
Harta kau yang banyak-banyak ni
Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
Biarpun kau sudah berada di alam barzah
Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
Kau lafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
Ke jalan-jalan Syurga-Nya
Masya-Allah aku tak terfikir
Sebagaimana yang kau fikir
Terima kasih suara akhirat
Kaulah sahabat dunia akhiratku
Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
Like · · Unfollow Post · June 12 at 8:56am
Zulfahmi Se likes this.
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MELA AYU RADIO ONLINE)
26 Jun 2012
pada 26hb Jun 2012 jam 6.13 ptg · Suka
YA ALLAH BAHAGIAKAN ROH DAN JASAD KAMI
Ya Allah aku perlukan cahaya hidayah dari-Mu
Agar hatiku hanya tertumpu pada dzat cinta-Mu
Apa saja urusan hidupku hanya cinta -Mu yang kusandarkan
Hanya KAU menjadi keutamaanku
Setiap hamba-Mu yang kau hadirkan dalam hidupku
Sucikanlah dengan hati-hati yang tenang
Mengutamakan-Mu Meng-Agungkan-Mu
Mendambakan cinta-Mu dan redha-Mu
Di kala hidup dan mati
Yang ada di hati kami
Hanya cinta dan sayang menyayangi hanya karena-Mu
Ikatan kami bukan karena pesona dunia
Tapi ikatan kami ikhlas
Sama-sama mendambakan cinta dan redha-Mu
Di setiap perkataan dan perbuatan
Seiring dengan keredhaan-Mu
Suburkanlah hati kami
Bicara-bicara Syurga
Suara-suara akhirat
Yang tak lelah
Mengajak kami
Ke jalan Syurga-Mu
Meraih cinta dan redha-Mu
Andai kata kami punya harta
Bukakan hati kami
Sentiasa mahu menginfakkan ke jalan-Mu
Karena kami sentiasa faham harta yang
Kami miliki adalah datang daripada-Mu
Maka-Nya harta itu mahu dipulangkan kepada-Mu jua
Itulah lambang cinta kami pada-Mu Ya Allah
Kikiskanlah Ya Allah
Kikiskan sifat bakhil kami
Pada harta yang tak membawa arti bagi-Mu
Jika harta itu kami bakhilkan
Yang kami mahu harta kami
Diinfakkan ke jalan-Mu
Antara harta dan cinta-Mu
Kami pilih cinta-Mu Ya Allah
Harta biarpun sepenuh bumi
Tak akan dapat menebus kami
Untuk membeli cinta-Mu di akhirat nanti Ya Allah
Maka-Nya Ya Allah
Di dunia ini harta yang
Kau dilimpahkan pada kami mahu
Diinfakkan ke jalan-jalan-Mu Ya Allah
Karna kami mahu mati
Dalam ketenangan dan kedamaian
Sebagaimana tenangnya air di kali Syurga
Begitulah tenangnya kami
Tika bertemu dengan-Mu Ya Allah
Berkat berkasih sayang kami
Atas simpulan tali kasih Syurga tersimpul mati
Di dunia ini yang semuanya mahu
Ke jalan-jalan-Mu
Temukan kami di Syurga-Mu
Agar bahasa-bahasa Syurga
Yang selalu kami amalkan di dunia
Dibawa ke Syurga-Mu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Bahagia roh dan jasad kami
Bahagia abadi dunia jua akhirat
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
WUJUDNYA KAMI DARIPADA TIADA KEPADA ADA
ALAM ROH KEPADA ALAM JASAD
DALAM KANDUNGAN IBU LAHIR KE DUNIA
DARIPADA ADA KEPADA TIADA
HIDUP DAN KEMUDIAN MATI
DARIPADA TIADA KEPADA ADA
MATI KEMUDIANNYA HIDUP DI ALAM BARZAH
ALAM GHAIB YANG WAJIB KAMI IMANI
MAKA ITU IMAN YANG AKAN DIBAWA
DAN DITANYA TIKA BERADA DI ALAM BARZAH
Karya Putri Rimba Niagara
26 Jun 2012
MARILAH BERSAMAKU MENJADI PELOPOR TITIAN SENI
" SERUAN KU KPD SAHABAT2 GURU SILAT DI BUMI MELAYU..
JANGAN KITA MEMBUANG MASA LAGI, SAMBUTLAH SERUAN
IBU PERTIWI. MARI BERSAMA KU MENJADI PELOPOR TITIAN
SENI. MEMPERJUANG SILAT TRADISI KE ARENA AKEDEMI.
DISANA ADA ANAK2 KITA YANG BUTA BUDAYA. PENCAK
SILAT TAK ADA YANG NAK CERITA. SEBAGAI ILMU PERADABAN
BANGSA. HARI INI KITA MULAKAN PERJUANGAN DEMI
KEMASYLAHATAN ANAK BANGSA KITA DI MASA HADAPAN. KINI
KU HULURKAN JABAT TANGAN KU INI... SUDI LAH
MENYAMBUTNYA WAHAI SAHABAT. "
- Mamanda Laksamana Pendekar Temasek.
MARI BERSAMAKU SYAHID KE JALAN-NYA
Duhai para
sahabatku merangkap guru-guru persilatan nusantara
marilah bersamaku berganding bahu
selagi ada peluang
selagi ada waktu
selagi jantung masih berdetak
selagi nadi masih berdenyut
selagi mata belum terpejam buat selamanya
ayuh...!!!
kita turunkan ilmu persilatan
kepada anak-anak bangsa tercinta
kita bimbing mereka
ilmu kependekaran melayu
kita pasakkan di kalbu iman mereka
pendekar melayu tak takut mati
apabila berada di medan juang
mereka akan tahu mati mereka
di kira mati syahid
itulah matlamat kita bersatu
mencurahkan ilmu kependekaran
agar mereka tak buta hati
agar mereka celek mata hati
makanya para sahabatku
merangkap guru-guru persilatan
jangan kita berleka lagi
sahutlah cabaranku ini
tanda kita cinta pada anak bangsa
agar mereka sentiasa bersemangat
membara-bara bergelora
mereka akan katakan
inilah duniaku
dunia perjuangan
berjuang demi
agama bangsa dan tanahair
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHI AKBAR
bahagia jika seruan ku ini
disahut oleh para
sahabatku merangkap guru-guru persilatan nusantara
Duhai para anak bangsaku yang tercinta
ayuh sahutlah seruan para guru persilatan nusantara
kami sedia turunkan ilmu persilatan kami kepada kalian
kami akan curahkan segala ilmu yang kami miliki
tanpa kami hiraukan keuntungan duniawi
usia kami sudah terlalu suntuk untuk mendiami bumi ini
bila-bila masa kami akan dijemput Ilahi
kami tak mahu bila mati nanti
kami tak sempat untuk mencurahkan bakti kepada kalian tercinta
dan kami malu untuk berjawab dengan Allah Azzawajallah nanti
"DUHAI HAMBA-KU KE MANAKAH ILMU YANG KUBERIKAN PADAMU
ADAKAH KAMU SUDAH MENYEBARKAN SEBAIK MUNGKIN" jika itu persoalan ditanya oleh-Nya ..
apa yang hendak kami jawabkan?
Makanya anak bangsaku
Marilah bersama kami
Kami sebagai gurumu
dengan rendah hati menyeru
kami sedia...
sentiasa sudi mencurahkan ilmu yang ada
untuk kalian semua yang tercinta
kami sayangkan kalian
seperti anak kami sendiri
apalah yang ada pada kami lagi
kecuali iman dan takwa
yang hendak kami bawa pergi ke alam baqa
makanya tolong fahami kami
sahutlah seruan kami
sahutlah cabaran kami
duhai semua anak bangsa SENUSANTARA yang tercinta
dengan harapan ilmu yang kami
turunkan nanti
gunakanlah sebaik-baiknya
gunakan untuk mencurah bakti
pada agama bangsa bumi Allah tercinta
pasakkan iman di kalbu
INILAH PERJUANGANKU
INILAH SYAHIDKU PADA-NYA
pasti jiwamu akan
sentiasa membara
bergelora membakar semangat juang
untuk terus dan terus berjuang
hingga ke tetesan darah terakhir
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
di dunia kita bahagia
di Syurga Cinta Kita Menyatu
In Shaa Allah Amiin Ya Rabbal A'Lamiin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
8 Rabilakhir 1434H
18 Februari 2014M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PARA GURU PERSILATAN & ANAK BANGSA
SENUSANTARA TERCINTA- TERIMA KASIH KEPADA MAMANDA LAKSAMANA PENDEKAR TEMASEK ATAS CETUSAN ILHAM INI)
PETIKAN WALL CIREBON HERITAGE & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
9 RAMADAN 1436H
26 JUNI 2015
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
KAU HADIRKAN ILHAM UNTUK KUBERKARYA TANPA HAD-NYA
SESUNGGUH-NYA ENGKAU MAHA PEMURAH KEPADA SEMUA HAMBA-MU MAKA YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTRA YANG KUTULIS ILHAM DARI-MU TERUS MENGALIR WALAUPUN AKU SUDAH TIADA DI BUMI-MU INI TAPI KARYA SASTRAKU TERUS MENGALIR KE AKAUN AKHIRATKU DAN MENYATU KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI. ITULAH MATLAMAT AKU MENULIS KARENA MAHUKAN RAHMAT KASIH-MU TIKA DI DUNIA MAHU PUN DI AKHIRAT. DAN BERIKAN JUGA SAHAM AKHIRAT KEPADA YANG MEMBACA DAN MENDUKUNG SASTRAKU ILHAM DARI-MU. AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
June 20 at 8:52pm
Nesch Wana, Glen Andesgen and 4 others like your post in (MALAYSIA & RIAU) MELAYU SERUMPUN: "IKRAR DI LAUHMAHFUZ ALLAH TUHANKU AKAN...".
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterimakasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
9 RAMADAN 1436H
26 JUN 2015
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' TENGKU ADY SHAH PUTRA,' Karya Ratu Rimba Niagara
November 22, 2011 at 10:50am
"Negeri kita ni...semuanya ada tapi malangnya
satu yang kurang," kata hulubalang.
"Maksud tuan hamba?" Tanya Datok Bendehara
kebingungan.
"Negeri kita tak beraja...walaupun negeri
kita gagah perkasa tapi tidak dihormat orang
kerana kita tak mempunyai raja, apa kata..."
kata Hulubalang terhenti di situ.
"Teruskan...Teruskan... saya sedia mendengar
pendapat tuan hamba."
"Apa kata kita buat surat permohonan untuk
memohon Raja dari Sumatera untuk ditabalkan
menjadi Raja kita."
"Bagus benar cadangan tuan hamba itu...saya
akan membuat surat permohonan manalah tahu
anak Raja Sumatera itu setuju."
Datuk Bendehara terus mengarang surat dan
surat itu hulubalang membawa bersamanya untuk
dikemukakan kepada Raja Sumatera.
Sepurnama sampailah hulubalang ke Sumatera.
Dia disambut baik oleh Raja sumatera.
"Ampun Tuanku sembah patik harap diampun,"
sembah hulubalang.
"Apakah hajat tuan hamba hingga sampai di
Istana Beta," tanya baginda dengan nada
lembut.
"Ada pun patik datang adalah untuk menyanpaikan
warkah ini kepada Tuanku." Hulubalang memberikan
surat Datuk Bendehara kepada Raja Sumatera.
Raja Sumatera membaca dengan penuh kusyuk sambil
mengganggukka kepala.
"Beta sungguh gembira menerima berita ini...beta
mempunyai lima orang Putera, suruhlah Datuk
Bendehara mimilih salah satu di antaranya."
"Kalau begitu titah tuanku , patik akan mengiringi
kelima-lima Putera Tuanku, tahulah kami siapa yang
layak di antaranya.
"Ada pun patik datang adalah untuk menyampaikan
warkah ini kepada Tuanku," hulubalang memberikan
surat Datok Bendehara kepada Raja Sumatera.
Datok Bendehara begitu tertarik sekali dengan Tengku
Arsyad Indradi iaitu anak Raja Sumatera yang sulung.
Tambahan pula anak gadisnya Dang Seri Purnama telah
jatuh hati dengan TengkuArsyad Indradi.
Di hari perkahwinan mereka berdua ditabalkan menjadi
Raja dan Permaisuri. Rakyat jelata bergembira kerana
mereka sudah mempunyai Raja dan Permaisuri.
Alaupun sudah ditabalkan menjadi Raja, Tengku Arsyad
Indradi masih ragu-ragu lagi terhadap keempat-empat
kesemua adindanya iaitu Tengku Arif Rachman, Tengku
Agus Susanto, Tengku Agustus Nugroho dan Tengku
Ady Syah Putra.
Tengku Arsyad Indradi memanggil kesemua adindanya
sambil berkata.
"Tujuan kanda memanggil adinda semua ke mari adalah
untuk memberitahu..."
"Apa dia kanda?" Tanya Tengku Agus Susanto.
"Dinda-dinda bolehlah pulang....kesihan ayahanda
dan bunda kesunyian."
"Kanda ...bukan dinda tak mahu pulang tapi dinda
rasa dinda belum puas lagi hendak tinggal di sini,"
jawab Tengku Arif Rachman.
"Bagaimana pula dengan dinda-dinda bertiga?"
"Dinda pun begitu," jawab mereka bertiga serentak.
Tengku Arsyad Indradi berasa kecewa kerana semua
adindanya tidak mahu pulang. Baginda mengupah
tukan masak Istana menaruh racun pada makanan
yang akan menjadi santapan keempat-empat adindanya.
"Dengar sini... Rahsia ini biar pecah di perut
jangan pecah di mulut! Faham tak?" ugut Tengku
Arsyad Indradi.
"Patik faham Tuanku...patik akan simpan rahsia ini
walaupun nyawa patik menjadi taruhan."
"Bagus tu...ambil ini sebagai upah," Tengku Arsyad
Indradi memberikan dua keping syiling emas kepada
tukang masak Istana lalu beredar dari situ.
"Ha...sedapnya lauk hari ni...rasanya dinda tak
sabar lagi hendak menjamahnya," kata Tengku
Agustus Nugroho terus menjamah makan yang terhidang.
Selesai saja makan dia rebah dan mulutnya berdarah.
"Dinda...! Dinda...! " Laung Tengku Arif Rachman.
"Aduh....! Sakitnya dinda ...larilah cepat dari sini
kalau kanda lambat ...kanda akan mati dibunuh...
pergilah beritahu kanda-kanda yang lain...aduh bisanya...
Tengku Agustus Nugroho menghembuskan nafasnya yang
terakhir.
Tidak berapa lama kemudian Tengku Susanto dan Tengku
Ady Syah Putra datang.
"Apa sudah jadi dengan dinda Tengku Agustus Nugroho?"
Tanya Tengku Ady Syah Putra.
"Dinda Agustus Nugroho telah pergi meninggalkan kita."
"Apa?"
"Marilah kita lari dari sini kanda...kita sudah kesuntukan
masa."
Mereka bertiga meninggalkan istana, melarikan diri masuk
ke dalam hutan belantara.
"Beta mahu kalian kejar mereka sampai dapat...kalau perlu
bunuh mereka semua? Faham?" Tengking Tengku Arsyad Indradi
kepada hulubalang Istana.
"Faham Tuanku."
Tiga orang Putera Raja itu tidak menyedari bahawa mereka
sedang diburu oleh pengawal-pengawal kekanda mereka
Tengku Arsyad Indradi.
"Kanda berdua berehatlah di sini...kanda nak pergi mencari
buah-buahan," kata Engku Ady Syah Putra.
"Baiklah dinda....hati-hati dinda," teriak Tengku
Agus Susanto.
Alangkah terperanjatnya Tengku Ady Syah Putra apabila
didapatinya kedua-dua kekanda yang disayanginya mati
dibunuh. Tanpa membuang masa lagi dia terus melarikan
diri meredah hutan belanta.
Sampai di sebuah kampung Tengku Ady Syah Putra menukarkan
nama kepada Abdul Rahman. Di kampung itulah Abdul Rahman
memulakan hidup baru tanpa diketahui oleh semua penduduk
kampung , dialah adik kepada Tengku Arsyad Indradi.
"Saya berkenan dengan si Abdul Rahman . Orangnya rajin
dan baik hati pula," kata Mak Munah kepada suaminya.
"Saya faham apa maksud awak itu ye," jawab Pak Deli.
"Si Azizah pun dah suka dengan Si Abdul Rahman tu...
apa lagi yang hendak ditunggu. apa kata kita adakan
kenduri perkahwinan mereka berdua pada penghujung tahun
ini. Apa pendapat awak?" kata Mak Munah.
"Kalau awak setuju...saya pun setuju," kata Pak Deli
merestui perhubungan anak gadisnya dengan Abdul Rahman.
Abdul Rahman berkahwin dengan Azizah ketika berumur dua
puluh tujuh tahun. Azizah ketika itu berusia sembilan
belas tahun.
Hidup mereka bahagia hinggalah dikurniakan lapan orang
cahayamata tiga lelaki dan lima perempuan.
Tiga puluh lima tahun telah berlalu. Abdul Rahman ketika
itu berusia enam puluh dua tahun. Isterinya Azizah telah
meninggal dunia sebelumnya.
Telah empat tahun Abdul Rahman kehilangan isteri.
Selama itulah Abdul Rahman pergi ke kubur isterinya
membacaYasin pada setiap hari.
Pagi dari pukul tujuh hingga lapan, petang pukul empat
hingga lima. Hinggakan tanah perkuburan yang berhampiran
dengan isterinya dibersihkan.
Hari itu cuaca mendung. Hujan akn turun bila-bila masa
saja.
"Bapak...Hari nak hujan... Tak usahlah bapak pergi
kubur emak hari ni ye...bapak pun tak sihat," nasihat
anaknya Seman.
"Seman sudah empat tahun bapak pergi ke kubur emak kau...
Hujan atau ribut bapak tetap pergi. Kalau bapak tak
pergi, bapak rasa macam tak lengkap aje hidup bapak ni..."
Abdul Rahman terus berlalu meninggalkan anaknya Seman.
Sampai di tanah perkuburan kepala Abdul Rahman terasa
sakit. Dipaksakan juga berjalan walaupun perlahan-lahan.
Akhirnya sampai juga Abdul Rahman ke kubur isteriyang
dicintainya itu. Habis saja dia membaca surah Yasin
Abdul Rahman terus rebah. Hujan turun dengan lebatnya.
"Bang...Pergilah tengok bapak tu...Risau pulak hati
Midah...hujan terlalu lebat," kata Hamidah isteri Seman.
"Bapak tu degil...Orang kata jangan pergi nak pergi juga..."
rungut Seman sambil menyarungkan baju hujannya. Dia keluar
dengan basikal usangnya.
Alangkah terperanjatnya dia apabila di lihat dari jauh
bapanya rebah di tanah sambil tangannya memegang batu
nisan isterinya. "Bapak!!!" Laung Seman.
Daun pintu diketuk, "Midah...Midah..." jerit Seman.
"Abang!! Apa dah jadi dengan bapak ni?" Tanya Hamidah
cemas.
"Bapak....Bapak...dah pergi...."
"Apa? Innalillah Wainnailaihirajiun..."
Semua anak-anak Abdul Rahman balik. Baik yang jauh mahupun
yang dekat. Seman teringat peristiwa seminggu yang lalu.
"Apa yang bapak buat tu....boleh Seman tengok?"
"Tak boleh....Kalau kau nak tengok tunggulah bapak dah mati.
Kau tengoklah apa yang ada dalam peti besi ini."
"Bapak ni dengan Seman pun nak berahsia...Seman ni bukan
orang lain...darah daging bapak juga....!" kata Seman berjenaka.
"Apa yang abang fikirkan tu..."tanya Siti Hawa adik Seman.
"Baru abang teringat..." Seman terus masuk ke bilik bapanya.
Dibuka peti besi. Alangkah terperanjatnya dia apabila
didapati dari dokumen yang ada dalam peti besi itu bapanya
adalah keturunan Raja Sumatera. Seman memberikan dokumen
kepada Tuk Penghulu.
"Bapak kau ni berdarah Raja...Sebelum dia dikebumikan eloklah
kita pergi ke Istana untuk mendapatkan pengesahan samada
benar ataupun tidak."
Dokumen itu ditunjukkan kepada Raja yang memerintah iaitu
anak kepada Tengku Arsyad Indradi. Baginda telah pun
mangkat tiga tahun yang lalu.
"Memang benarlah Tengku Ady Syah Putra bapa saudara Beta.
Beta mahu bapa saudara Beta dikebumikan secara adat istiadat
diRaja," titah Tengku Badaruddin.
"Baiklah Tuanku."
Kemangkatan Tengku Ady Syah Putra menjadi tanda tanya kepada
penduduk kampung yang tidak tahu salasilah Abdul Rahman yang
sebenarnya berdarah anak Raja Sumatera Indonesia.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Januari 1995
PETIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI KESATRIA SASTRA
DIRAJA NUSANTARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
28 SYA'BAN 1435H
26 JUNI 2014
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Di Malaysia, masyarakat adat wujud secara menyeluruh di seluruh Negara Malaysia. Ini memperjelaskan bahawa suku-suku dari warisan keturunan seperti bugis, aceh, minangkabau, pagaruyung, jawa, banjar dan lain-lain masih kekal wujud. Oleh yang demikian, maka wujudlah kepelbagaian organisasi seperti Pertubuhan, Persatuan, Lembaga dan lain-lain. Organisasi seperti ini menjadi tujuan dan matlamat masyarakat adat menyambung warisan pusaka nenek moyang (leluhur) mereka masing-masing dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan adat dan budaya mereka. Akta-akta di bawah Undang-Undang Malaysia juga telah diwujudkan bagi mereka bergerak secara aktif dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Negara Malaysia. Kesimpulannya, mana-mana organisasi yang betentangan dengan Pelembagaan Negara Malaysia adalah dianggap haram dan salah disisi Undang-undang Malaysia. Sukacita dinasihatkan kepada rakan2 grup ini khususnya Warganegara Malaysia untuk sentiasa taat setia kepada Negara ini. Adalah menjadi suatu keharusan bagi masyarakat adat untuk meneruskan keseinambungan warisan pusaka dan menyerahkan perjuangan abadi itu kepada takdir Yang Maha Esa.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
MAKA KAU IZINKAN SEGALA KEBAIKAN YANG KUDAMBAKAN YA ALLAH
BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Duhai sahabat akhiratku yang bernama Sya'ban
Kedatannganmu kunanti penuh rindu
Moga kau sudi mentarbiyahkan aku
Agar aku dapat beribadat tanpa lelah demi redha Ilahi
Duhai sahabat akhiratku yang bernama Ramadhan
Ganjaran pahala berlipat kali ganda akan diKurniakan Tuhanku
Makanya kau selalulah tarbiyahkan aku agar
Aku sentiasa diberi rezeki kesihatan dan bermurah hati
Suka bersedekah di bulan Ramadhan agar terkikis
Segala sifat bakhilku pada mereka yang memerlukannya
Ya Allah...dengan izin-Mu jua aku dapat
Beramal soleh pada bulan syaaban dan ramadhan
Maka Kau izinkan Ya Allah segala kebaikan
Ya kudambakan...Sesungguh-Nya Kau
Bersama hamba-Mu yang berbuat kebaikan
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
17 Syaaban 1434H
Wardah Nawwarah:
Syukur Alhamdulillah buat sahabat2 ku.. Manusia yang berkawan kerana Allah Taala, kalau berpisah pun kerana Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya: "Tiadalah dua orang yang saling cintamencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai Allah itu, orang yang lebih banyak cintanya pada rakannya."
Bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali. Ia diikat oleh satu akidah. Ia berkawan tidak ada kepentingan dunia yang sementara ini. Bersahabat lah kerana iman, akhlak dan kerana ketaqwaan. Bersahabat seperti ini adalah kuat ikatannya. Insya Allah biasanya sampai mati.Psahabatan seperti ini mendapat perlindungan di Mahsyar dari Allah Taala yang mana hari itu tidak ada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya: Cinta kasih-Ku terlimpah di atas mereka yang berkasih sayang kerana-Ku. Akan Kunaungi mereka di bawah naungan Arasy pada hari Kiamat yang mana pada hari itu tiada naungan melainkan naungan-Ku."(Riwayat Abiddunya)sama2 kita nantikan kehadiran Syaaban n Ramadhan dgn penuh keinsafan..Sekali lagi diucapkan.. wa jazakallahu ahsanal khoir, waffaqoniyallahu wa iyyakum.. syukran jazilann khairann..
BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA
Cinta dan rindu
Bagaikan irama dan lagu
Kerana cintalah datangnya sayang
Sayang pada Tuhan
Sayang pada diri sendiri
Sayang semua yang ada di langit dan di bumi
Itulah rindu kasih dan cinta
Yang perlu ada pada kita semua
Barulah kedamaian ada di kalbu
Dan kita saling mengerti
Kenapa kita di wujudkan di dunia ini
Saling menghargai
Saling berkasih sayang kerana-NYa
Insya-Allah Syurga milik semua
Yang berkasih sayang kerana-Nya
Bertemu dan berpisah kerana-Nya
Di Mahsyar Insya-Allah kitakan bertemu
Atas ikatan ikhlas setulus hati kerana-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
17 Syaaban 1434H
(PETIKAN DARIPADA WALL WARDAH NAWWARAH & RATU RIMBA NIAGARA)
26 Jun 2013
TENGKU EL HABIB JANGAN PROTES NEGARAKU AKIBAT KEBAKARAN DI RIAU!
"kenapa begitu Singapore protes tentang kiriman asap dari Sumatera, pemerintah kita tdk menjawab dgn tegas dan lebih marah? Mestinya pemerintah kita lbh kritis menyikapi masalah. Betul memang ada kebakaran hutan utk dijadikan lahan sawit di sumatera, khususnya Riau. Tp cobalah investigasi, siapa pemilik perusahaan perkebunan yg menebar asap saban tahun tsb? Hampir kebanyakan dimiliki oleh cukong dari Singapore dan Malaysia. Jd mereka menuai sendiri asap dari pengusaha mereka. Jgn negeri kita selalu cuma jd bahan tertawaan. Pdhal ini semata2 terjadi krn sikap pejabat pemerintahan kita yg korup dan membiarkan pengusaha kotor dari jiran tsb leluasa berbuat di negeri kita. Membakar hutan agar ongkos tebang lbh murah. Jika akhirnya Sumatera dan Riau mengirim asap ke Singapore dan Malaysia, itu jg ulah pengusaha mereka. Paham saudara semua..???"
by: Tengku El Habib"
TAK ADA KE JALAN PERDAMAIAN
Kenapa kita harus saling salah menyalah
seakan kita saja yang benar
semua orang salah
seakan kita saja yang sempurna pemikiran
pemikiran orang lain semuanya dianggap picisan
Tengku El Habib...
kamu jangan memcetuskan
kebenciaan rakyat Indonesia kepada Malaysia
sedangkan aku selalu tumbuhkan semangat hormati Indonesia
kebaikan yang diberika tetap juga dipandang buruk dipandang jelek
tak akanlah pengusaha Malaysia ke pengusaha Singapura ke
yang buat salah ...sehingga seluruh rakyatku dipersalahkan
biarlah di mata rakyat Indonesia
rakyat Malaysia ini jahat sangat
rakyat Indonesia saja lah yang baik
kenapa kamu begitu
punyai pikiran yang nggak mahukan kedamaian
tahukah kamu jika sikap kamu begini
memburuk-burukkan negara kami
dan kamu ada penyokongnya
rakyat Indonesia dan generasinya membenci negara kami
adakah itu yang kau mahukan?
jika itu yang kau mahukan
sekarang juga aku tak ingin menjadi rakan fbmu lagi
kerana aku tak suka sikapmu
suka melaga-lagakan rakyat Indonesia dengan rakyat Malaysia
Jika kamu presiden Indonesia
aku tak kisah
kamu juga sama seperti aku
tiada kuasa apa-apa...
sepatutnya kau dan aku
berikan ide kepada kerajaan negaramu
aku berikan ide kepada kerajaan negaraku
suruh mereka siasat perusahaan mana yang terlibat
sehingga tercetusnya kebakaran bumi di Riau yang melampau itu
andainya terlibat ditarik balik lesen perniaagan dan disuruh bayar ganti rugi
habis cerita sekarang ni cerita yang penting gimana mahu bergabung mahu memadamkan api di Riau...kamu tahu tak akibat kebakaran di sana seluruh bumi Malaysia mengalami kualiti udara yang tidak sihat....dan ini menjejaskan tahap kesihatan rakyat...adakah kamu pikir tentang kesusahan kami yang diliputi asap tebal dan sekarang seluruh masjid mengadakan solat hajat minta pada Allah diturunkan hujan di bumi Malaysia termasuk juga Riau agar segera api dapat dipadamkan...moga Allah makbulkan permintaan solat hajat rakyat Malaysia AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Yang lebih membuatkan aku menangis hiba sampai sekarang aku tak dapat bayangkan kebakaran itu telah meragut nyawa rakyat rimbaku pasti mereka sedang melarikan diri dalam keadaan yang panas membahang... Subhanallah kasihannya aku ...pasti mereka berdoa agar Allah bukakan hati manusia untuk memadamkan segera api yang marak begitu pantas sekali ...lagi ditup angin kencang lagilah api marak
Selepas dari apa yang kutuliskan ini harap kamu jangan cuba memburuk-burukkan negara ku lagi...bagaimana kamu sayangkan negara kamu ...begitu juga aku sayangkan negaraku...Apapun aku sayang Malaysia sayang juga Indonesia tapi sayangnya kamu tak sudi dan menyayangi negara aku...nggak apa-apa...banyak lagi rakyat negara mu yang menyayangi dan menghargai negaraku.
Wassalam,
RATU RIMBA NIAGARA
26 Jun 2013
Moga sudilah memberi sokongan kepada dunia sastera saya. Kerana di wall ini adalah medan perjuangan sastera saya...dan jika lah terdapat bahasa yang melukakan hati tolong maafkan saya...ada kalanya saya emosi sekiranya rakan fb saya sepikan karya saya,,,kerana sejujurnya saya pentingkan komen, ide dripada mereka tapi mereka buat tak peduli saja anggap saya tak wujud ...jikalah tak mahu komentar tak apa...ini like pun tidak...yang lebih menyedihkan lagi...nak saya share di wall mereka ...pun tak dibenarkan...gimana itu saya mahu teruskan persahabatan yang begini kaku lesu bisu makanya saya terpaksa mengambil rakan pejuang sastra yang lain yang sentiasa sudi memberi sokongan kepada saya walaupun dengan sebaris ayat. Bukan bermakna saya suruh puji karya saya bagus tapi cukup sekadar tuangkan idea mereka seiring tema karya yang ingin disampaikan ...tak akan itu pun tak boleh...moga Yamtuanmuda Mohd Faizal sudi paham dengan dunia saya ya...
KAU AKAN SELAMAT SAMPAI DI MERCU KEJAYAAN
Duhai hamba yang keliru
Selagi kamu berpegang
Pada Al-Quran dan As-Sunnah
Kamu tak akan terpedaya diperdaya
Kamu tak akan keliru dikelirukan
Bagaimana tingginya ombak tsunami membadai
Kau tak akan karam di dasar lautan
Sekalipun perjuanganmu
Seperti berada dalam bara api
Gulungan ombak mengganas
Kau akan selamat sampai di mercu kejayaan
Karena tak perlu kau bimbang
DIA sentiasa ada dalam sangkaanmu
Maka sentiasalah bersangka baik
Pada apa yang ditakdirkan untukmu
Pasti kau bisa mengatasi segala cabaran yang mencabar
ALLAHU AKBAR
Kuasa Allah Mengatasi segala-NYa
Yakinlah itu duhai hamba Allah yang tak terkeliru lagi.
RATU RIMBA NIAGARA
26 Juni 2013
MOGA DI DUNIA SAMPAI SYURGA KITA BERTALISIRATURRAHIM
TERBANG AKU MENCARI KAWAN
BUKAN TERBANG AKU MENCARI LAWAN
AKU BERPASAK DI TUJUH PETALA BUMI
AKU MENJUJUNG TUJUH PETALA LANGIT
AKU BER FB MENCARI PEJUANG
PEJUANG KSATRIA SASTRAKU
JIKA MEREKA TAK MAHU BERJUANG
DENGAN HORMATNYA TINGGALKAN SASTRAKU
HIDUPLAH APA PILIHAN KITA
KITA BERKAWAN IKUT RENTAK KAWAN
TAK SUKA TINGGALKAN KAWAN KITA
KAWAN TAK AKAN MAKAN KAWAN
BUAT APA KITA BERKAWAN
MULA SUKA KEMUDIAN BENCI
JANGAN JADI KAWAN MAKAN KAWAN
NANTI PASTI ALLAH BENCI
PEJUANG SASTRAKU TIDAK BERDIAM DIRI
BUKAN MEMBATU MEMBISU LESU LESI
DIA TAK AKAN SENGAJA MELARIKAN DIRI
KE GELANGGANG SASTRA MEMBELA DIRI
JANGAN PANDAI BERCAKAP SUKA KARYAKU
TAPI BILA MINTA KERJASAMA MENYEPI DIRI
KALAU BEGITU KENAPA SUKA BERJANJI DENGANKU
KEMUDIAN KAU TERUS MENYEPIKAN DIRI
PEJUANG SASTRAKU JANGAN MENDIAMKAN DIRI
MANA JANJI-JANJIMU MEREALISASIKAN CITA-CITAKU
TAK AKAN JANJI TINGGAL JANJI
MANUSIA MUNAFIK NAMANYA ITU
SEBELUM BERJANJI PIKIRLAH DULU
JIKA TAK MAMPU TUNAIKAN JANGAN BERJANJI
KARENA AKU TAK MAHU MENUNGGU JANJIMU
BIARLAH JANJI TINGGAL JANJI
KEPADA SEMUA RAKAN FB KU YANG SEPI MENYEPI
MAAFKAN AKU JIKA SASTRAKU PERGI
KAU MAHU KAWAN DAN BACA KARYAKU
AKU PULA MAHUKAN KOMENTARMU TAPI MENGHAMPAI
KARENA KAMU PELIT SANGAT IDEMU
KAU TAK TEPATI JANJI TINGGAL JANJI
MAKANYA IJINKAN AKU PERGI DARIMU
APAPUN KAU TETAP RAKAN SEJATI
JANGAN BILANG AKU MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM
TIDAK AKAN MASUK SYURGA SI PEMUTUS TALISIRATURRAHIM
KARYA SASTRA MENYATUKAN TALISIRATURRAHIM
MOGA DI DUNIA SAMPAI SYURGA KITA BERTALISIRATURRAHIM
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Jun 2013
*Perhatian kepada semua rakan fbku jika terus mahu menjadi rakan fbku
jawablah karya pantun ini tanda setuju jadi pejuang sastraku. Jika tak setuju
terus undurkan diri atau maafkan aku jika aku undurkan karya-karyaku dari skrinmu.
Siapalah aku di hatimu untuk menambat hatimu menjadi pejuang sastraku
Selamat menyambut Ramadhan Maaf Zahir & Bathin kepada semua teman alammaya
yang mengenali karyaku samada bekas rakan fbku , bekas rakan grup kususunkan sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian semua. Tiada niat untuk memutuskan persahabatan ...moga dapat memahami dunia sastra yang kudambakan hanya untuk mereka yang aktif dan sanggup susah senang dengan karya-karyaku saja agar aku dapat meneruskan perjuanganku selain daripada itu tidak...masaku sudah terlalu suntuk untuk merealisasikan cita-cita. Karena aku telah diperlekehkan oleh seorang kerabat diraja nusantara punya ide banyak tapi tak punya uang makanya aku sahut cabarannya...mencari rakan seperjuangan yang punya uang untuk merealitikan karya-karyaku yang banyak itu menjadi uang. Kerana aku dicabar dan juga mencabar makanya aku mencabar hanya menerima rakan fbku yang punya uang dan sanggup melabur dana demi melihat aku berjaya meneruskan perjuangan sastraku. Kepada yang pelit uang...selamat tinggal di dunia maya ini teruslah kita sepi menyepi tanpa karya-karyaku lagi...'MAAF ZAHIR BATHIN'
MOGA ALLAH MERAHMATIMU ATAS PRIHATINMU PADA WANITA AAMIIN
Syukur Alhamdulillah ...teruskan perjuangan itu sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang membantu golongan yang teraniaya dan Allah sentiasa ada di pihak benar. Moga berkat bantuan yang diberikan kepada wanita yang teraniaya diRahmati Allah tika hidup dan mati. Aaamiin Ya Rabbal A'lamiin.
Cuma satu saja...permintaan saya jangan disebut lagi demi kebenaran sanggup mengatakan memijak Al-Quran nauzubillah jika diulangi perkataan itu lagi.
dan cerita ini sudah dianggap selesai kerana mahu diselesaikan di mahkamah.
RATU RIMBA NIAGARA
26 Jun 2013
DUHAI TEMAN FBKU DAN SEMUA TEMAN GRUPKU YANG DISAYANGI DUNIA AKHIRAT
Rabeah Mohd Ali > Dan ku bersyukur dengan
Hubungan kasih sayang kita
Setulusnya kerana-Nya
Tanpa syarat kebendaan harta
Untuk menjalinkan kasih kita
Akhirnya membawa kita
Ke Syurga Ilahi
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Doa setulus ikhlas daripada sahabatmu,
Ratu Rimba Niagara
Rimba Niagara
26 Jun 2012
YA ALLAH JADIKANLAH KARYA SASTERAKU MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU
AKU MENULIS KERANA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU ATAS KEHENDAK-MU, AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA , ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAT, ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA-NYA.
YA ALLAH KERANA KARYA SASTRA YANG KUTULIS ADALAH DARI-MU JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHO ATAS TAKDIR-MU
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH DI SEBALIK-NYA
YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KERANA SASTERAKU ADALAH ILHAM DARI-MU, JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SASTERAKU ILHAM DARI-NYA'
NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI
RATU SEORANG RAJA/RATU ATAU PEMIMPIN ITU YANG TERSURAT YANG TERSIRAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA
RIMBA AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI MEMERINTAH DI KERAJAAN RAKYAT RIMBA JADI TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA ,
TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK RAJA DAN PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.
NIAGARA KARYA SASTRA YANG DIHASILKAN SEPERTI
AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTRA TANPA HENTI SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA, BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS-TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP ,
MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
SETIAP YANG BAIK DATANG DARI-NYA
YANG KHILAF ITU DARI HAMBA SENDIRI
MAKANYA MAAFKAN HAMBA JIKA ADA
YANG TERSALAH BICARA
HAMBA BUKANLAH SESIAPA
JIKA TIDAK IZINNYA HAMBA
TIDAK DAPAT MENULIS
BIARPUN SEPATAH PERKATAAN...
Siapalah hamba di hatimu
Siapalah hamba di Sisi-Nya
Yang hamba mahu sahabat semurni kasihmu
Agar dipermudahkan jalan-jalan menuju ke Syurga-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...
Sahabatmu Dari Rimba Niagara,
Ratu Rimba Niagara
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
21 Muharram 1434H
5 Disember 2012M
PERTEMANAN NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niaga tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Pradita Fia Bundaku sayang / parasmu yang cantik/melambangkan hatimu yang dermawan/kalimatmu yang menyejukan/ untaian kata yang selalu kurindu/ saat kugundah/percikan nadamu/bangkitkan hati yang terluka/ sejukan jiwa yang kerontang/ dan memberikan semangat/ seperti mentari yang tak bosan berkunjung....
SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Yang membuat kita rasa sempurna bilamana sahabat kita ikhlas bersahabat kerana Allah Taala dan setiap kali berkata-kata menenangkan roh dan jasad.
Itulah sahabat sejati berazam bersama mematrikan persahabatan hingga ke Syurgawi. Insya-Allah Aamiin.
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
Di saat terakhir aku memandang wajahmu ibu... bagaikan memandang indahnya purnama...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga Syurga lah tempatmu ibu Aamiin.
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
26.6.2021
YA ALLAH JIKA ADA PAHALA DI SETIAP PENULISANKU SAMPAIKANLAH PAHALA ITU KEPADA KEDUA ORANG TUAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.