 
 Rabeah Mohd Ali SEABADI CINTANYA CINTAKU CINTAMU
 Cintakan Allah SWT tempat pertama,
 Kasihkan Nabi Muhammmad SAW tempat kedua;
 Cintakan Allah SWT mengatasi segalaNya,
 Kasihkan Nabi Muhammad SAW selawat untuknya.
 Barulah cinta jadi sejati
 Saling cinta mencintai keranaNya
 Saling berkorban keranaNya
 Fisabilillah ke jalanNya
 Kerna itulah yang terbaik
 Untuk persiapan ke jalan pulang
 Yang pasti tiba
 Entahkan esok... entahkan lusa...entahkan saat ini
 Pasti....pasti...pasti dan pasti....
 Bersiap sedialah jasad...
 Bersiap sedialah roh
 Berjumpa TuhanMu
 Yang menantimu
 Dalam keadaan kau bersedia atau pun tidak...
 Tapi jika kau bersedia dan tak sabar bertemu...
 KekasihMu lagi tak sabar bertemu
 Bersyukurlah jika pertemuan roh dan jasadmu
 dalam redhaNya tapi amat malang jika roh
 dan jasadmu dalam murkaNya jadilah penyesalan
 yang tak tertebus kerana penyiksaan yang amat pedih!
 Duhai Allah Yang Maha Pengampun
 Ampunnilah aku...khilafku ada di mana-mana
 Setiap dosa yang tidak Kau ampunkan
 jadilah aku hamba yang rugi dunia akhirat
 tika nyawa belum sampai di kerongkong
 Kau akan ampunkan ...
 Allahu Akhbar Pengasih PenyayangNya Mu Ya Allah...
 Menangis aku betapa PenyayangNya-Mu pada setiap hambaMu...
 Menangislah...Menangislah jasad...
 Menangislah...Menangislah roh...
 Demi mendapat pengampunan dariNya
 Tika masih ada nadi nyawa di badan
 Tapi..
 Jika nafas sudah terhenti...
 Pergi belum sempat bertaubat
 Atas pesona dunia yang tak habis-habis...
 Pabila nasi sudah menjadi bubur
 Penyesalan sudah tidak bermakna...
 Menangis sepenuh bumimu sudah tidak bererti lagi
 Harta yang bertimbun sebagai cagaran menebus penyesalan
 Sudah tiada makna lagi...
 Sesal ...sesal....sesal...
 Kecewa...kecewa...kecewa..- . 
 Putus asa...putus asa..putus asa...
 Sesal ...kecewa...putus asa di dunia
 masih boleh tertebus lagi
 tapi di akhirat sudah terlambat segalanya
 tunggulah hingga Qiamat..
 tunggulah di Padang Mahsyar
 tunggulah hingga neraca timbangan...
 penyesiksaan akhirat sepedih-pedih
 sedahsyat penyiksaan akan dirasa...
 pada yang empunya diri
 yang tak sedar diri
 tika di dunia menyombong diri
 berbangga diri dengan pesona dunia
 yang lupa jalan pulang
 negeri akhirat pasti
 menerima pembalasan
 Syurga atau neraka!
 Moga muhasabah buat
 diri sendiri...
 pada mereka yang sudi menghayati...
 puisi lahir dari hati ini
 lambang kasih sayang dariku
 untuk diri sendiri
 dan juga
 yang kukasihi
 sepenuh jiwa dan raga..
 kasih di dunia
 mahu kubawa juga
 kasih di akhirat
 bersama menikmati
 IndahNya Syurga
 Kehidupan penuh nikmat
 Abadi selamaNya
 Seabadi CintaNya cintaku cintamu
 Perpadu di dunia bawa ke Syurga
 Itulah dunia yang kudambakan
 Sejak Azali lagi
 Moga Allah Yang
 Maha Pengampun
 Maha Pemurah
 Maha Penyayang
 Memakbulkan doaku doamu
 Amin Ya Rabbal A'Lamin
 Karya Rha NS
 28 Febuari 2012
 Like · · Wednesday at 5:08am
 Jamhuri Abd Rahman and Ida Sarong like this.
 Rabeah Mohd Ali :
 Salam Ida..moga hajatmu hajatku Allah makbulkan
 Ingin kubawa kasihmu kasihku hingga ke Syurgawi
 Bahagia dunia bahagia akhirat...
 Amin Ya Rabbal A'Lamin
 Wednesday at 5:18am · Like
 (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
 3 Mac 2012
 10 hours ago ·
 
 Rabeah Mohd Ali MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG TAHAN DIUJI
 Merah itu warna
 Warna itu merah
 Merah itu darah
 Darah itu pekat
 Jangan buat naik darah
 Jangan buat darah menyirap
 Kerna itu punca darah tinggi
 Punca cepat mati
 Darah....darah....darah..
 Merah...merah...merah...
 Engkau marah
 Aku marah
 Api pun menyala-nyala
 Hati terbakar
 Terbakar segala amalan
 Perang mulut
 Semua keluar apa dipendam di hati
 Bagaikan memuntahkan lahar membara-bara
 Menggelegak-gelegak merah menyala-nyala
 Kata berdasarkan nafsu hati yang tak takut mati
 Macam hidup seribu tahun lagi
 Pabila orang diperang tewas tersungkur
 Suka...gelak kerana menang besar
 Tapi tak tahu hukum karma menanti pasti
 Api menyala-nyala
 Menggelegak bagaikan bara
 Rasalah balasan api neraka akibat marah tanpa usul periksa!
 Justeru samalah kita tarbiyah diri sendiri
 Supaya tidak marah-marah
 Supaya sabar atas dugaanNya
 HambaNya yang tak henti diduga
 Allah sayangkanNya
 Moga kita terpilih menjadi hambanya
 Yang tahan diuji
 Diterima dalam redho
 Demi mendapat redhoNya
 Tika hidup dan mati
 Amin Ya Rabbal A'Lamin
 Rha NS
 1 Mac 2012
 10 hours ago ·
 
 Rabeah Mohd Ali ALLAH MERENCANAKAN SUATU CINTA BUATKU TAK BERSEDIH!
 Bila mataku dah pedih
 Hati dah sedih
 Cinta terluka adalah lebih pedih
 Justeru aku tak perlu bersedih
 Dengan cinta terluka buatku sedih
 Kenapa cinta lahir dari hati bertukar pedih?
 Bilang sama aku kenapa kau membuat aku sedih?
 Perpisahan buat kusedih
 Jika kutahu begini peritnya cinta sedih
 Takkan kuterima cinta mu yang bikin ku sedih
 Biarpun air mataku kering kerna bersedih
 Aku takkan bersedih
 Setelah cukup hatiku pedih
 Mungkin ada hikmatnya cinta yang sedih
 Kerna Allah merencanakan suatu cinta buatku tak bersedih!
 Karya Rha NS
 1 Mac 2012
 10 hours ago ·
 
 Rabeah Mohd Ali PANTUN BERTALISIRATURROHIM DALAM NUR KASIHNYA
 Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
 Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
 Bersahabat mereka impikan Syurga,
 Moga terpilih menjadi ahli Syurga.
 Tiada lebih berharga di dunia ini,
 Mendapat sahabat beroleh hidayahNya;
 Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
 Saling ingat mengingat dalam Nur KasihNya.
 Tiada diduga perkenalan kita,
 Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
 Moga saling berbaik sangka sesama kita,
 Mengeratkan talisiraturrohim mendapat redhaNya.
 Bersahabat atas dasar kerana Allah,
 Saling berkorban untuk redhaNya;
 Berkorban biar dipandang Allah,
 Kupanjatkan syukur mendapat restuNya,
 Seorang sahabat hatinya tulus,
 Sentiasa ingat mengingati;
 Demi persahabatan suci ikhlas,
 Apabila tiada akan diingati.
 Duhai sahabatku di benua sana yang disanjungi,
 Hidupmu seperti pelangi;
 Apabila bertutur setulus hati,
 Moga dikau menjadi sahabat sejati.
 Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
 Perkenalan kita tidak disengajakan;
 Moga persahabatan berkekalan,
 Dibalas Allah dengan keberkatan.
 Karya Rha NS
 3 Mac 2012
 9 hours ago ·
 
 Rabeah Mohd Ali KURNIAAN SAHABAT SEJATI!
 Kurniaan sahabat sejati buat hati ada taman,
 Hidup bagaikan disinari pelangi setiap hari;
 Malam disinari sinaran rang bulan,
 Begitu indahnya kurniaan sahabat sejati.
 Justru jagalah hati sahabat sejatimu,
 Agar tidak berasa hati ;
 Berkata yang manis dan senyum selalu,
 Pasti ikatan sahabat sejati terrsimpul mati.
 Ku yakin kau dikelilingi sahabat sejati,
 Di wajah mereka ada keikhlasan;
 Senyuman terukir lahir dari hati,
 Hati nan suci penuh dengan keikhlasan.
 Saling hormat menghormati,
 Saling percaya mempercayai;
 Saling bantu membantu sesama sendiri,
 Saling bermuhasabah diri tiada kepentingan diri.
 Kata-kata yang diluahkan berhati-hati,
 Agar tiada hati dilukai;
 Biarpun berjenaka ada isi,
 Barulah persahabatan rasa dihargai.
 Moga ikatan persahatanmu abadi,
 Tanpa ada kekeruhan di hati;
 Biarpun tsunami datang membadai,
 Persahabatan tetap diteruskan hingga ke mati.
 Saling bermaaf-maafan sesama kita,
 Jangan simpan di dalam hati;
 Yang tak puas hati dikongsi bersama,
 Agar hilang segala yang tak berkenan di hati.
 Senyummu dibalas semua sahabat sejatimu,
 Kehadiranmu mendamaikan hati,
 Kuhargai keikhlasanmu bersahabat denganku,
 Moga hidup matimu Allah redhai.
 Karya Rha NS
 3 Mac 2012
 9 hours ago · · 1 1
 
 Rabeah Mohd Ali ILMU PENYELAMAT SEKSA KUBUR DAN ALAM AKHIRAT!
 Gila harta tak bawa harta ke kubur
 Cari harta untuk bekalan ke kubur
 Suka illmu bikin amalan sampai ke kubur
 Menerangi kubur yang kegelapan dalam kedinginan
 Ilmu menyeliputi jasad kediinginan di alam kubur
 Penyelamat semasa seksa kubur dan alam akhirat!
 Karya Rha
 29 Febuari 2012
 Like · · Wednesday at 9:08am
 Jamhuri Abd Rahman likes this.
 (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
 3 Mac 2012
 9 hours ago · · 1 1
 
 M Harirama Kedatun Keagungan Barang Siapa yang Berilmu, akan diangkat derajatnya Dunia n Akhirat oleh ALLOH Yang Maha Kuasa...
 8 hours ago · · 2 2
 
 M Harirama Kedatun Keagungan Gila harta, jadi TAMAK penyakit hati yg berbahaya......
 8 hours ago · · 2 2
 
 Rabeah Mohd Ali JASAMU SENTIASA TERSANJUNG DI HATI RAKYAT INDONESIA
 Duhai perwiraku & pejuang bangsa Indonesiaku...
 Jasamu sentiasa tersanjung di hatiku
 Kau pertaruhkan nyawa untuk membela negaramu tercinta
 Kau rela dihujani peluru di setiap penjuru
 Agar negaramu bebas daripada ancaman musuh
 Budi dan jasamu sentiasa mewangi di hati anak bangsa
 Berjuanglah terus berjuang demi agama bangsa dan negara!
 Raja dan Rakyat SeIndonesia menghargaimu
 Dan kami sentiasa iringi doa agar kalian
 Sentiasa DiRahmati Allah SWT tak kira di mana kalian berada...
 Karya Rha NS
 3 Mac 2012
 Like · · 2 hours ago
 Naga Pamungkas, Zulkafli Mohd and Nur Hidayati like this.
 Norma Minan aamiin.
 semoga amal ibadah para pahlawan diterima oleh NYA...
 about an hour ago · Unlike · 1
 Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
 Semoga Norma penyokong setia perwira & pahlawan bangsa hingga ke akhir hayat...!!!!
 about an hour ago · Like
 Norma Minan pasti kak , kita bisa hidup tenang karena jasa para pahlawan .
 about an hour ago · Unlike · 1
 Rabeah Mohd Ali Iye kerana perjuangan mereka yang suci murni ini...makanya negara menjadi aman dan dapat mengekalkan kemerdaaan negara hingga boleh diwariskan ke anak cucu...
 about an hour ago · Like
 Norma Minan mereka berjuang dengan berkorban tetes darah , nyawa dan keluarga ketika itu mereka tidak berhitung , dengan ikhlas nya mereka laksanakan ...nah sekarang apakah ada generasi penerus mempunyai semangat yang seperti itu...?
 about an hour ago · Unlike · 1
 Rabeah Mohd Ali Ada sayangku norma....jika pejuang bangsa tidak jemu menyemai semangat patriotik di jiwa anak bangsa...Insya-Allah mereka akan menghargai pahlawan yang terkorban di medan juang...anak bangsa akan cintakan negara melebihi kepentingan sendiri..
 about an hour ago · Like
 Norma Minan kalau lihat berita ...semangat pemuda saat ini mengisi kemerdekaan berbeda , banyak yang hanya mementingkan diri sendiri...
 aku sebagai rakyat ber-tanya2 ..manakah pahlawan sekuat ini ?
 53 minutes ago · Like
 Norma Minan manakah pahlawan saat ini ..?
 52 minutes ago · Unlike · 1
 Rabeah Mohd Ali Jika semangat pahlawan ada di hatimu...ada di hatiku...ada di hati para pecinta semangat kemerdekaan negara tercinta....makanya akan wujud di hati anak bangsa juga...yakinlah Norma Minan....
 49 minutes ago · Like
 Norma Minan semoga ...sehingga rakyat menjadi jaya...
 44 minutes ago · Unlike · 1
 Rabeah Mohd Ali Raja Yang Adil Raja Berdaulat!
 Pemimpin yang adil rakyat sejahtera
 Rakyat berjasa ...rakyat yang menghargai
 Raja mencintai negaranya
 Melebihi kepentingan sendiri!
 41 minutes ago · Like · 1
 Rabeah Mohd Ali Jika semangat pahlawan ada di hatimu...ada di hatiku...ada di hati para pecinta semangat kemerdekaan negara tercinta....makanya akan wujud di hati anak bangsa juga...yakinlah ..!
 Like · · 41 minutes ago
 Norma Minan and Nur Hidayati like this.
 Rabeah Mohd Ali
 DEMI KEAMANAN BUMI INI BUMI CIPTAAN TUHAN
 Kau mewakili semangat pahlawan benua Indonesia
 Aku mewakili semangat pahlawan benua Malaysia
 Benuamu sudah merdeka
 Benuaku sudah merdeka
 Benuamu benuaku saling bertalisiraturrohim
 Kita saling berkongsi rasa cintakan negara
 Kau cinta negaramu
 Aku cinta negaraku
 Kucinta negaramu
 Kau cinta negaraku
 Sama-sama cinta negara
 Sama-sama sayang negara
 Sayang menyayangi antara dua negara
 Dan merebaklah kasih sayang pada semua negara yang
 merdeka
 yang bakal merdeka
 yang ingin memburu kemerdekaan
 yang hauskan kemerdekaan
 yang impikan kemerdekaan
 makanya ayuh! Kita saling sokong menyokong
 demi keamanan bumi yang tercinta ini
 bumi Ciptaan Tuhan
 Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihi
 Kepada semua hambaNya yang cintakan kedamaian...
 Karya Rha NS
 3 Mac 2012
 20 minutes ago · Like · 1
 about a minute ago ·
 (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
 3 Mac 2012
 3 hours ago ·
 
3 Mac 2012

 
































 


 
