Friday, 2 March 2012

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT BERHASIL MENEMUKAN JATIDIRI MELALUI KARYA SASTRAMU SASTERAKU




‎"MAN AROFA NAFSAHU FAQOD AROFA ROBBAHU" (BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA,DIA AKAN MENGENAL TUHANNYA)....(Hadist Qudsyi)...... Mari kita berjuang untuk Mengenal Diri Sendiri, Agar kita dapat Mengenal TUHAN KITA.....ALLOH YMK...

 ·  ·  · Thursday at 2:19am

    • Suaidah Damiri آمــــــــــــــــــين يا رب العالمين
      Thursday at 3:46am · 

    • Aidi Bonaparte sesudahnya kenali budaya kita
      Thursday at 4:39am · 

    • Rabeah Mohd Ali AKU SI JAHIL MAHUKAN ILMU KEMANISAN IMAN

      Aku cemburu
      orang yang solat
      sebab aku tak solat

      aku cemburukan
      orang yang berqiamulail
      sebab aku tak tahu apa itu qiamulail

      aku cemburukan
      orang yang pandai mengaji
      sebab aku tak pandai

      aku cemburukan
      orang yang berpuasa
      sebab aku tak pernah berpuasa

      aku cemburukan
      orang yang pergi haji
      sebab aku belum pergi

      aku cemburukan
      mereka yang bersedekah
      sebab aku bakhil

      aku cemburukan
      mereka yang berzakat
      sebab aku tak berzakat
      biarpun harta melimpah ruah

      aku cemburukan
      mereka yang suka berbuat baik
      sebab aku anti kebaikan
      sukakan kejahatan

      aku cemburukan
      mereka yang suka berkata yang baik
      sebab aku suka mengumpat mengeji
      menyakiti hati orang
      aku rasakan akulah yang kaya
      akulah yang berkuasa
      akulah yang mempunyai segala yang
      manusia idamkan kemewahan hidup di dunia ini

      baru aku tahu kini
      sebenarnya aku terpedaya dengan
      keegoaanku sendiri yang leka dan lalai

      salah aku juga
      punca aku cemburu kepada mereka
      kerana aku tak tahu
      apa itu
      syahadah
      solat
      puasa
      zakat
      menunaikan haji di Mekah
      Rukun Islam
      yang mesti diamalkan
      dan diimani oleh semua
      orang Islam selagi
      hidup mesti dilakukan
      kerana taatkan perintah Allah.

      Ya Allah ...aku jahil
      aku tak tahu semua ilmu
      yang patut kutahu
      mulai
      detik ini
      saat ini
      sampai kapan pun
      aku mahu belajar
      ilmu yang patut aku tahu
      ilmu kemanisan iman.

      Ya Allah...bukakan
      hatiku seluasnya
      untuk
      mencari
      dan
      memiliki
      ilmu kemanisan iman.

      Ya Allah...bukakan
      hati bakal guru-guruku
      mengajarku dengan setulusnya keranaMu
      biar ilmu yang dicurahkan
      meresap terus ke dalam
      roh dan jasadku.

      Yang aku tahu
      neraka tempat yang mengerikan
      dan menakutkan
      segala azab sengsara akan
      dibalas kepada orang yang lalai
      lalai berpunca kerana tak berilmu
      jahil kenapa aku dihidupkan di dunia ini
      aku tak mahu menjadi si jahil yang ego
      rugi dunia akhirat!

      Yang aku tahu
      Syurga tempat segala nikmat yang mengasyikkan
      dihadiahkan kepada orang yang taat kepada Allah SWT
      orang yang semasa hidup di dunia ini
      merasai kemanisan iman.

      Ya Allah aku perlukan Ilmu Kemanisan Iman
      agar aku dapat mencintaiMu dengan setulus hatiku.

      Ya Allah terimalah taubatku
      kerana aku si jahil yang sombong
      hidupku selama ini menyeksakan
      rohku sendiri
      kesian rohku yang terseksa...
      berduka di atas kejahilanku.

      Duhai roh maafkan aku
      biarkanmu terseksa dan berduka
      aku terlalai untuk
      menunaikan keperluanmu
      iaitu ilmu Kemanisan Iman
      akan ku belajar dan memiliki
      Ilmu Kemanisan Iman
      tanpa jemu dan bosan
      sehingga terhenti nafasku!

      Karya: Rha NS
      20 Jun 2011

      Thursday at 5:51am · 

    • Rabeah Mohd Ali SUMPAH SETIAKU DI ALAM ROH

      Aku tafakur sejenak
      untuk apa aku dilahirkan ke dunia ini?

      Di alam kandungan sebelum roh
      ditiup ke jasad
      aku telah bersumpah setia untuk
      patuh kepada Yang Maha Esa
      dengan sumpah setia itulah aku
      dihidupkan ke dunia ini
      Masya-Allah malunya aku
      jika aku tidak tepati sumpah setia itu
      bumi mana hendak kudiami
      selain daripada bumi ini!
      Andai kata planet lain boleh
      didiami tapi milik-Nya juga!

      Mana mungkin aku
      menjadi penderhaka
      kepada Maha Penciptaku.

      Duhai Pencipta Sekalian Alam
      aku perlukan hidayah-Mu
      tunjukkan aku ke jalan yang lurus
      agar aku dapat menepati
      sumpah setiaku pada-Mu
      jadikan aku khalifah di muka bumi ini
      yang sentiasa Di Bawah Lindungan Kasih
      dan Rahmat-Mu.

      Hidupkan aku dalam suasana
      yang sentiasa ingat akan
      sumpah setiaku pada-Mu
      dan pilihlah aku sebagai khalifah
      yang sentiasa berbakti pada-Mu dan
      sekalian manusia di muka bumi ini
      Amin. Ya Rabbal A'lamin .

      Karya: Rha NS
      18 Januari 2011

      Thursday at 6:43am · 

    • Rabeah Mohd Ali APABILA BICARA TENTANG ROH

      Apabila bicara tentang roh
      ramai yang menafikan
      tentang kewujudannya

      Andai kata semua manusia
      mengakui kewujudan roh
      sudah pasti bumi ini
      dihuni oleh penghuni bumi
      yang cintakan kebaikan
      yang mengagungkan
      Kebesaran Tuhan
      mencari jalan hidup
      yang diredhaiNya

      Amat malang kepada
      orang tidak mahu
      menerima hakikat
      kewujudan roh
      hidup berlandaskan
      kehendak nafsu
      yang tidak mengenal
      apa itu balasan neraka?
      Apa itu balasan Syurga?
      Cuma yang dibukakan
      khashaf saja yang tahu
      kewujudan roh
      berbahagialah orang
      itu kalau dimanfaatkan
      seluruh hidupnya
      berlandaskan kehendak
      Maha Pencipta
      roh dan jasad.

      Karya Rha NS
      31 Januari 2011

      Thursday at 6:46am · 

    • Rabeah Mohd Ali APABILA ROH DAN JASAD BERBICARA

      Apabila roh dan
      jasad berbicara
      tentu ada yang
      menafikan kewujudannya
      tentu ada perbalahan
      antara jasad dan roh
      tentu ada keselarian
      naluri jasad dan roh

      Yang menjadi penentu
      ketika penghujung nyawa
      apakah roh tinggalkan jasad
      dalam keadaan
      muram atau gembira

      Pilihlah mana satu
      kehendak naluri
      menempah tiket
      Ke Syurga?
      Atau
      Ke Neraka?

      Karya: Rha NS
      1 Febuari 2011

      Thursday at 7:18am · 

    • Rabeah Mohd Ali APABILA ROH SESAMA ROH BERBICARA

      Apabila roh sesama roh berbicara
      bagi roh yang dibicarakan itu faham
      maka akan gembiralah roh yang menyeru itu
      tapi...
      bilamana roh yang diseru itu tidak faham
      apa yang dibicarakan akan bermuram durjalah ia
      menangis sendirian tanpa dipujuk

      Kenapa roh yang dikasihi itu masih
      tidak mahu berubah?
      sedangkan hidup bersama
      terlalu singkat?
      Tidak mahukah kita untuk
      membina hidup
      kekal abadi di alam yang
      kekal bahagia selamanya?
      Semua penghuninya
      saling faham memahami
      sayang menyayangi
      bahagia setiap saat
      di bawah lindungan
      Kasih Sayang Allah
      yang tidak bertepi
      segala nikmat diberikan
      kepada penghuni Syurga.
      masa itu kita sudah
      terlupa sama sekali
      tentang kenapa kita
      diuji begitu hebat
      ketika hidup di dunia
      suatu masa dulu
      malah kita akan
      bersyukur kerana
      dengan ujian itulah
      berkat kesabaran kita
      menghadapinya
      inilah balasan yang
      kita terima.

      Justeru
      duhai roh-roh kesayanganku
      marilah kita
      berubah untuk menjadi
      tabah menghadapi apa
      saja ujian ini.

      Biarkan air mata derita ini
      disapukan dengan sapu tangan kesyukuran
      kerana yakinlah di alam sana nanti
      air mata derita kita
      disapukan dengan sapu tangan Syurga
      yang wanginya semesta alam.
      Nikmat Syurga pula…
      Masya-Allah!
      Subhanallah!
      Alhamdulllah!
      Impian setiap roh dan jasad
      yang beriman di muka bumi ini
      Amin. Ya Rabbal A’lamin

      Karya: Rha NS
      31 Januari 2011

      Thursday at 7:20am · 

    • Rabeah Mohd Ali PERTENTANGAN ANTARA ROH DAN JASAD

      Roh dan jasad
      selalu saja
      ada pertentangan
      kehendak
      roh cintakankan kebaikan
      jasad sukakan kejahatan
      roh diselubungi kesyahduan cinta
      kepada Maha Peciptanya
      jasad meneruti kehendak nafsu
      bertuhankan syaitan.

      Roh hendak ke Syurga
      jasad menempah tiket ke neraka!
      Sampai bila jasad akur hasutan
      syaitan?

      Muhasabah dirilah jasad
      bertaubatlah selagi ada
      peluang bernafas.

      Ingatlah kau dilahirkan
      untuk menjadi hamba
      Allah yang terbaik
      mencari jalan-jalan yang diredhaiNya
      pasti tempahan tiket ke
      Syurga diluluskan
      kerana namamu tercalon
      sebagai ahli Syurga.

      Hidup
      memenuhi kehendak roh
      Syurga tempatnya
      fikir-fikirkan
      duhai jasad
      yang tahu asal usulmu.

      Selepas ini jangan ada
      pertentangan dengan roh lagi
      ikutlah kehendak rohmu
      pasti bila nafas terhenti
      roh akan
      meninggalkan jasad
      bertemu dengan Tuhannya
      dalam keadaan redha
      lagi diredhai
      jiwa yang tenang
      pergilah ke tempat yang tenang!

      Karya: Rha NS
      30 Januari 2011

      Thursday at 7:28am · 

    • Rabeah Mohd Ali DUHAI ROH SERULAH JASADKU

      Duhai roh
      serulah jasadku
      untuk sentiasa taat
      akan perintah
      Tuhanku
      Tuhanmu jua.

      Jasadku ini tak
      mahu menjadi
      derhaka
      kepada
      Tuhanku
      Tuhanmu juga.

      Aku ingin jasadku
      nalurinya seiring
      kehendakmu
      yang sentiasa
      mencintai dan
      merinduiNya
      di setiap
      helaan nafasku
      di setiap masa
      dan seketika.

      Serulah namaku
      biar sentiasa
      beringat
      tentang
      Hari Pembalasan
      yang tiada siapa
      dapat membantu
      kecuali amal ibadat
      ketika di dunia.

      Serulah namaku
      biar menjadi
      sebati dalam
      keselarian
      cintaku cintamu
      kepada
      Tuhanku Tuhanmu
      Yang Maha Agong
      Lagi Maha Perkasa
      segala Puji-Pujian
      hanya untukNya.

      Yang diharapkan
      selagi hayat di kandung badan
      jangan kau jemu untuk
      membimbing dan menasihatiku
      jika aku alpa dan terlalai.

      Di penghujung nyawaku
      ajarkan aku mengucapkan
      Kalimah Syurga
      Laillahaillah
      Syukur Alhamdulillah
      jika itu yang kuucapkan nanti
      Syukur Alhamdulillah kerana
      kau tidak jemu bersamaku
      melakukan kebaikan hingga
      ke akhir hayatku
      wajahku tenang
      melihat kau pergi
      meninggalkan aku
      dengan aman dan
      tenteram.
      Amin Ya Rabbal A’lamin.

      Karya: Rha NS
      2 Febuari 2011

      Thursday at 7:36am ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali HINANYA ROH

      Roh belum bersedia
      untuk tinggalkan jasad
      tapi kerana perintah
      Penciptanya Yang Maha Agong
      roh akur.

      Amat hina roh ketika itu
      perjuangannya untuk
      mempengaruhi jasad
      derhaka kecundang
      hingga akhir hayatnya.

      Hina! Amat hina!
      Segala azab pasti menanti!

      Dulu ketika di bumi
      jasad berada di alam nyata
      tapi kini roh pula
      berada di alam nyata
      di alam barzah
      alam akhirat.

      Batu nisan tanda
      jasad dikebumikan

      ribuan batu nisan
      memenuhi tanah perkuburan
      sejak berkurun lamanya.

      Bagi jasad-jasad yang
      masih bernyawa melihat
      seperti tiada apa yang
      berlaku sedangkan
      di dalam kubur
      masing-masing
      menjalani rutin
      harian samada
      menerima azab kubur
      bagi roh yang derhaka
      dan nikmat
      pemandangan Syurga
      bagi roh yang beriman
      menunggu sehingga
      hari kebangkitan
      iaitu apabila
      ditiupkan
      Sangkakala atas
      Perintah Yang Pencipta
      roh dan jasad.

      Karya: Rha NS
      1 Febuari 2011

      Thursday at 7:45am ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali KEMURUNGAN ROH

      Roh begitu
      payah hendak
      tingggalkan
      jasad yang
      telah didiami
      separuh abad
      lamanya.

      Payah... begitu payah
      sakit yang ditanggung
      melebihi sakit jasad

      Memang mereka melihat
      sakitnya jasad amat menakutkan
      tapi derita sakitnya roh lagi
      tak terperi sakitnya!

      Dalam kesakitan jasad
      diajar dengan kalimah
      Lailahaillah
      berulang-ulang kali
      tapi kenapa jasad
      tidak mahu mengikuti
      kalimah yang boleh
      membawanya
      ke Syurga?

      Duhai jasad
      ikutlah kalimah
      suci yang boleh
      membawaku
      ke Syurga
      Aku ingin ke Sana!
      Ke Sana bertemu
      dengan Tuhanku
      Tapi macam mana?
      Mana mungkin?
      Selama aku
      bersamamu
      kau tidak mahu
      Bersujud padaNya
      Membaca KalamNya
      Mematuhi perintahNya
      Menjauhi laranganNya
      sekarang semuanya
      sudah terlambat…
      Aku roh yang malang!

      Biarpun aku
      tak mahu keluar
      dari jasad
      yang derhaka ini
      aku kena akur
      dengan perintah
      Tuhanku
      selamat tinggal
      Jasad yang
      derhaka!
      Celaka
      nasibku!
      nasibmu jua!

      Aku tempah tiket ke Syurga
      kau sengaja nak ke Neraka
      sekarang kau dan aku
      rasailah
      azabnya seksa kubur!
      azabnya seksa neraka!
      Akibat kedurjanaan kau
      tapi bukan kehendakku
      kerana asal kejadianku
      aku ingin patuh kepada Tuhanku!

      Karya Rha NS
      31 Januari 2011

      Thursday at 7:56am ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali PENYESALAN JASAD

      Sesalan hidup ini
      alam buana yang indah hilang serinya
      mentari tak bersinar lagi
      hati merintih jiwa merana.

      Dentuman guruh di langit
      mentertawakan jasad
      yang selama ini lupa kenapa dia
      dtiupkan roh semasa dalam kandungan ibu
      bersumpah setia untuk menjadi khalifah yang setia
      tapi bila diberi nyawa hidup di dunia
      penuh dengan keasyikkan dunia yang melalaikan!
      bangga dengan pangkat dan kekuasaan
      bongkak dengan kekayaan dalam kemewahan
      lalai dengan dunia yang melekakan.

      Terlalu banyak dosa yang ditimbunkan
      tak tertebus dengan air mata yang
      datangnya dari tujuh petala langit dan bumi
      tapi jasad masih boleh berharap dengan
      Rahmat dan Kasih Sayang Allah jika
      benar ikhlas ingin mensucikan jasad
      selagi roh belum sampai di kerongkong.

      Jika jasad tidak sempat menyucikan roh
      pasti jasad meratapi pemergiaan roh yang suram
      penyesalan yang dibawa hingga bertemu PenciptaNya
      merana jasad! Merana roh yang tahu ke mana tempatnya.

      “Ya Allah hidupkan aku walaupun sesaat
      agar aku dapat beribadat padaMu”

      Rayuan yang tidak akan menjadi kenyataan!
      Penyesalan roh yang tidak akan menjadi jasad!

      Masya-Allah bermimpi rupanya
      Syukur Alhamdulillah jasad dan roh masih
      ada lagi dipinjamkan di dunia ini.
      penyesalan masih boleh ditebus
      Allah masih memberi peluang dan ruang
      untuk menyucikan jasad dan roh
      Syukur Ya Allah
      melafazkan tasbih pada setiap nafas
      Ya Allah berilah hidayah
      pada jasad yang sentiasa lalai dan terleka ini
      tak mahu jasad ini menyesal tak tertebus lagi!
      Hidup dan matiku hanya untukMu!

      Karya: Rha NS
      22 Januari 2011

      Thursday at 8:07am ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali APABILA JASAD MENDAPAT NUR ILAHI

      Roh salahkan
      jasad kerana
      tersasar dan tersesat
      daripada jalan lurus
      yang ada dalam
      surah Al-Fatihah.

      Sepanjang roh bersama
      hayat jasad di muka
      bumi ini jasad tidak
      mahu menuruti kehendak roh
      yang mahu jasad seiring
      dengan kehendaknya
      tapi
      ada saja pertentangan
      antara jasad dengan roh.

      Roh terpenjara dalam
      dosa yang diciptakan
      jasad
      lagi banyak dosa
      yang dilakukan jasad
      roh merintih dalam
      duka yang berpanjangan.

      Raja iblis mentertawakan roh
      kerana usaha roh gagal dalam
      mengawal jasad derhaka
      ‘Jasad itu cuma dalam
      perhatian aku saja
      dia akan sentiasa menuruti
      kehendakku, dia dalam
      genggaman aku!’
      Egonya raja iblis itu.

      Roh terbelenggu dalam
      kekakuan dan ketakutan
      yang amat sangat dengan
      azab dari Allah yang akan
      ditimpakan ke atasnya
      nanti pasti!
      Di dunia telah dirasai
      betapa azabnya!
      Inikan di akhirtat!

      Sekarang rasakan
      nyalaan api neraka ini?
      Teriakan suara yang amat menggerunkan jasad.
      Panas! Panas! Sakit! Sakit!
      jerit jasad ketika hendak dihumbankan
      ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

      Syukur Alhamdulillah bermimpi
      rupanya jasad.

      Jasad telah mendapat
      Nur Ilahi
      Jasad tidak lagi menyeleweng
      dengan kehendak roh
      mereka seiring sekata
      menjadi sahabat yang paling
      akrab sebagai khalifah di muka
      bumi ini.

      Di pagi Jumaat
      yang syahdu itu
      jasad mengucapkan
      kalimah suci
      Laillahaillah.

      Roh tenang ketika
      meninggalkan jasad
      yang berwajah
      disinari
      Nur Ilahi.

      Karya: Rha NS
      1 Febuari 2011

      Thursday at 8:17am ·  ·  2

    • Rabeah Mohd Ali PENAWAR ROH

      Roh itu muram
      menangisi nasib diri
      menyesali yang empunya diri
      yang masih terleka dan terlalai
      tentang masa dan peluang
      yang dilepaskan tanpa
      menghitung usia berlalu pergi.

      Izrail mengintai-ngintai roh yang suram
      menunggu perintah dari Maha Pencipta
      roh dan jasad.

      Yang empunya diri masih tidak
      mahu merebut peluang
      untuk pulang ke pangkal jalan!

      Yang empunya diri ingatlah
      masa terlalu suntuk untukmu
      pintu taubat terbuka untukmu
      peluang sentiasa menantimu
      rebutlah peluang selagi
      nafasmu ada!

      Berazamlah merebut segala cahaya
      yang menerobos masuk ke tubuhmu
      tanpa ada halangan yang berpunca
      dari kejahilan yang empunya diri.

      Cahaya hidayah datanglah pada
      yang empunya diri yang sudah
      pulang ke pangkal jalan
      dan inilah penawar roh
      yang suram!

      Karya: Rha NS
      28 Januari 2011

      Thursday at 8:34am ·  ·  2

    • Rabeah Mohd Ali KEMBARKU INSAFLAH!

      Aku malu pada Tuhanku
      kerana telah berjanji setia
      memikul tanggungjawab
      sebagai seorang khalifah
      dengan janji setia itulah
      aku ditiupkan ke jasadmu
      tika itu kau berusia
      empat bulan kandungan si ibu.

      Aku malu!
      tersangat malu!
      Pada Yang Maha Pencipta
      kejadian asalku bilamana kembarku
      derhaka pada Tuhanku.

      Hinakah kau bila bersujud padaNya?
      Sedangkan di alam roh aku bersujud padaNya
      malangnya kau! Sedihnya aku!

      Tahukah kau kembarku
      tika kau
      ditimpa kemalangan ngeri
      kau kesakitan!
      Tapi aku lebih sakit daripada itu!
      Aku tidak bersedia lagi hendak
      berjumpa Maha Pencipta kejadian asalku.

      Aku bersyukur kerana
      diberi kesempatan untuk
      kembarku bertaubat!

      Ketika di wad hospital
      kulihat tergenang air matamu
      menanggung kesakitan
      mulutmu tidak henti-henti
      menyebut nama Tuhanku.
      kau tahu kembarku
      aku menangis penuh syukur
      damainya aku tika itu!
      Tenangnya aku!
      Syukur aku pada Tuhan tidak terhingga
      ada hikmah kau ditimpa kemalangan itu..

      Tapi kebahagianku tidak lama
      cuma saat itu saja kau bertaubat
      bila kau sembuh
      kau dah lupa lagi
      kau lalai
      kau gembira semahumu!

      Aku
      kau penjarakan
      dalam keperitan !
      Dalam kekecewaan!

      Hari-hari kau ceria
      dalam dunia kelalaian
      yang kau ciptakan sendiri
      sedangkan aku
      merintih setiap saat
      aku malu kembarku untuk
      bertemu Tuhan
      jika ditakdirkan dalam
      keadaan kau begini!

      Justeru yang aku harapkan darimu
      agar kau
      bertaubat
      Insaf
      mencari hidayah!
      kerana penawar untukku yang sengsara ini
      adalah sujudmu pada Tuhanku yang
      menjadikan asal usulku dan dirimu.
      ingatlah sumpah setia kita
      kepadaNya!

      Karya : Rha NS
      26 Januari 2011

      Thursday at 8:47am ·  ·  2

    • Rabeah Mohd Ali JASAD SEIRING ROH

      Bahagiakah jasad jika
      tak seiring roh?
      Yang pasti
      jika sejuta kalipun jasad
      mengatakan bahagia
      jawapannya
      pasti tidak
      bahagia
      bilamana jasad tidak
      seiring roh.

      Amat menakutkan
      jika ini jawapanya?
      Tapi kenapa jasad selalu
      memberontak dengan
      kehendak roh?
      Jahat sangat ke jasad?
      Sepatutnya jasad ikut
      saja kehendak roh
      tapi kenapa mesti
      ada pertentangan?

      Duhai jasad boleh ke
      kau akur dengan kehendak roh?
      Kau wujud kerana sumpah
      setia mu untuk menjadi
      khalifah di muka bumi ini
      sebab itu kau ditiupkan
      roh ke jasadmu.

      Justeru sebelum terlambat
      ingatlah sumpah setia mu itu
      kepada Yang Maha Pencipta
      asal usul kejadian roh dan jasad
      kerana masa terlalu suntuk
      untukmu jasad.

      Berjanjilah untuk memenuhi
      segala kehendak rohmu
      berazamlah untuk menjadi
      jasad seiring roh!

      Karya Rha NS
      30 Januari 2011

      Thursday at 9:00am ·  ·  2

    • Rabeah Mohd Ali SEBELUM PEJAM MATA

      Hidup ini memang
      Melekakan!
      Melalaikan!
      Aku terkedu
      dalam kelekaanku.
      aku terkesima
      dalam kelalaianku.

      Sebelum pejam mata
      ingin aku berbuat baik
      pada Tuhan
      jua sekelian manusia
      di muka bumi ini.

      Sebelum pejam mata
      ampunkan aku Tuhan
      maafkan aku manusia
      atas segala dosa padaMu
      jua kesilapanku pada
      sekelian manusia.

      Izinkan aku bertemu dengan
      Kekasihku dalam wajah yang
      tenang dan berseri
      jika itulah yang kudapat
      hidup ini adalah satu kepuasan buat diriku
      dan aku redha dengan segala ujian
      yang tertimpa ke atasku
      syukur Ya Tuhan aku dihidupkan
      hanya untuk membalas cintaMu.

      Karya : Rha NS
      29 Januari 2011

      Thursday at 9:13am ·  ·  3

    • Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur Bagus bagus sekali,indah penyampaiannya,untuk kita kembangkan terus
      Thursday at 1:22pm ·  ·  2

    • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
      Thursday at 1:31pm ·  ·  2

    • Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur Angkat Kembali JATI DIRI BUDAYA MELAYU, yang Tertanam di NUSANTARA
      Thursday at 1:31pm ·  ·  3

    • Rabeah Mohd Ali Rakyat SeNusantara seharusnya berbangga kerana di dalamnya tertanam khazanah pusaka bangsa Melayu yang terlalu amat berharga! Adalah wajar dilestarikan di NUSANTARA hingga ke peringkat antarabangsa, agar dunia tahu betapa hebatnya sistem BERAJA NUSANTARA dan Khazanah Pusaka Bangsa Melayu di NUSANTARA!
      Thursday at 2:05pm ·  ·  2

    • Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur Kirim juga ke blog Kedatun Keagungan,tuk dok,kita terima kasih.
      Thursday at 2:21pm ·  ·  3

    • Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur Semoga kita semua dapat berhasil menemukan jatidiri melalui hadistqudsyi ini amiin yra
      Yesterday at 12:39am · 

    • Rabeah Mohd Ali REDHOKAN PEMERGIANNYA

      Anakku…
      Jangan ditangisi pemergiannya
      jangan dikesali apa yang terjadi.

      Kau terlalu ghairah
      dengan kedatangannya
      kau kaji bila disenyawakan
      kau kaji bila dia membesar.

      Kau suka! Kau gembira!
      Tanpa mengucapkan syukur
      bila kau disahkan mengandung.

      Telah kupesankan padamu anakku
      banyakkan mengucapkan
      syukur... berdoa...
      banyakkan membaca Al-Quran
      berkelakuan baik
      jangan memandang rendah pada
      makhluk Tuhan
      kerana dia
      dalam persiapan
      roh anakmu nanti
      biar sempurna hidupnya
      sempurna imannya.

      Tapi bila doktor sahkan
      bayimu tidak berjantung
      kau tak boleh terima
      kau menafikan takdir Allah

      Anakku…
      Segala kejadian ini
      adalah atas kehendak takdir
      yang Allah tentukan
      Allah tahu kau tiada
      kemampuan untuk memeliharanya
      bila dia dihidupkan
      apa guna bila dia hidup
      kau persiakan!
      Kau seksanya!
      Dia terseksa!
      Atas ketidaksempurnaan dirinya.

      Atau dia tidak sanggup
      memikul tanggungjawab sebagai seorang
      khalifah di muka bumi ini
      hanya Allah saja yang tahu
      rahsia ini anakku.

      Sabarlah anakku
      kerana balasan sabar
      Allah akan ganti yang lebih baik
      dan sempurna agar kau dapat
      mengucapkan syukur dalam
      hidupmu
      itu tandanya
      Allah ingin memberi nikmat
      kehidupan yang sempurna.
      Wallahualam.

      Karya : Rha NS
      25 Januari 2011

      Yesterday at 5:32am · 

    • Rabeah Mohd Ali PESANAN BUAT ANAKKU

      Anakku…
      Bila bicara lembutkan suaramu.

      Bila marah
      padamkan nafsu amarahmu.

      Bila ketawa
      senyum adalah lebih baik.

      Bila sedih
      janganlah terlalu emosi.

      Undangkan hidayahNya dalam hidupmu
      pasti akan tenang jiwamu.

      Karya: Rha NS
      28.1.2011

      Yesterday at 5:40am · 

    • Rabeah Mohd Ali PANTUN IBU AMPUNKAN ANAKMU INI

      Diucapkan selamat hari ibu ,
      Kepada ibuku tersayang;
      Kami adik beradik menyayangimu,
      Dunia akhirat tetap disayang.

      Dalam kandungan ibu berdoa,
      Agar dikurniakan anak soleh soleha;
      Bersyukur ibu melahirkan cahaya mata,
      Seorang bayi yang amat sempurna.

      Ibu berkorban nyawa membesarkan anak,
      Membesarkan anak tanpa harapkan balasan;
      Kecilkan hati ibu berdosanya anak,
      Di akhirat nanti mendapat balasan.

      Anak dipelihara bersama ibu dan bapa,
      Dididik dijaga dengan penuh kasih sayang;
      Jerih payah ibu pelbagai rupa,
      Namun sabar demi kasih dan sayang.

      Biarpun penat tidak mengapa,
      Asalkan anak semuanya terjaga;
      Kebahagian anak ibu berdoa,
      Moga ibu tempatnya di Syurga.

      Derhakaku ibu kejamnya aku,
      Kecilkan hatimu bukan kusengaja;
      Sudah lumrah manusia begitu,
      Moga Allah memberi hidayah sentiasa.

      Bukan mahuku jadi anak derhaka,
      Pengaruh kawan buatku begini;
      Menagih mengedar dadah buatku celaka,
      Lupakan nasihat ibu penjaraku di sini.

      Kekhilafanku buat ibuku berair mata,
      Berdoa ibu agar aku dilepaskan;
      Menangis aku hingga bengkak mata,
      Tapi kesalahanku tak akan dilepaskan.

      Malunya aku berdepan dengan ibu,
      Ke mana pergi tanganku bergari;
      Sedihnya aku mencium dahi ibu,
      Maafkan aku ibu membuatmu begini.

      Biarpun aku jadi begini,
      Namun ibu tetap kasihkan aku,
      Kusalahkan diriku sendiri,
      Kerana tak menghargai kasih ibuku.

      Hidup di penjara amat memeritkan,
      Terkenang-kenangkan ibu dalam kerinduan;
      Lukakan hatimu kutangis dalam sedan,
      Penyesalan yang tak sudah aku kesalkan.

      Kalau diulangkan masa mahu aku berubah,
      Menjadi anak soleh sukakan hatimu ibu;
      Tentu aman bahagia iman yang teguh,
      Seteguh kasih sayangmu kasih sayangku.

      Apa nak buat masa tak boleh diulang,
      Aku tidak boleh membetulkan masa;
      Moga anak di luar sana cari jalan pulang,
      Pulang ke pangkal jalan demi hidup bahagia.

      Hidup bahagia bersama ibu tercinta,
      Balaslah kasih sucinya ibu;
      Peluk ciumnya sebagai balasan cinta,
      Pasti pilu dalam bahagia hati ibumu.

      Apabila sudah jadi begini salah diriku,
      Bukan salah ibu mengandung;
      Aku yang khilaf mengikut nafsu,
      Kejamnya aku membuat ibuku malang.

      Bilamana ibuku berkunjung melawatku,
      Aku dipeluk cium melepas rindu;
      Kumenangis dalam syahdu,
      Kutatap wajah ibu teramat pilu.

      Aku menangis dalam sendu,
      Ibu menangis dalam pilu;
      Maafkan aku wahai ibuku,
      Moga Tuhan merahmati hidupmu.

      Ibu mengelap air mataku mengalir deras,
      Ibu pujukku supaya bersabar;
      Tabahnya hati ibu kudiambil tindakan tegas,
      Ibuku tetap terimaku dengan sabar.

      Masa berpisah amat memeritkan perasaan,
      Bagaikan tersayat hatiku dalam luka;
      Ibuku menangis penuh ihsan,
      Dua beranak berpisah dalam cinta terluka.

      Ibu oh! Ibu kusayang ibu,
      Halalkan makan minumku;
      Biarpun setitis air susumu ,
      Doakan Allah terima taubatku.

      Ibu oh!Iibuku tercinta,
      Kasih sayangmu kuingat hingga ke mati;
      Wangian cintamu bagaikan bauan Syurga,
      Hingga hujung nyawa cintamu tetap diingati.

      Karya Rha NS
      8 Mei 2011

      Yesterday at 5:50am · 

    • Rabeah Mohd Ali PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA

      Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
      Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
      Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
      Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.

      Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan,
      Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran;
      Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan,
      Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.

      Ayahanda akan terus memimpin anakanda,
      Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis;
      Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda,
      Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.

      Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi,
      Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan;
      Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi,
      Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.

      Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan,
      Ayahanda akan terus membimbingmu;
      Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan,
      Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.

      Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin,
      Memburu impian menggapai cita-cita;
      Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan,
      Agar menjadi realiti segala yang dicita.

      Capai setinggi mana mungkin cita-citamu,
      Ilmu yang dituntut jangan sekali rasa jemu;
      Kegagalan tidak akan pernah bertamu,
      Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.

      Dalam menuju segala kejayaan,
      Cahaya keimanan amat diperlukan;
      Allah jangan sekali dilupakan,
      Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.

      Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur,
      Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu;
      Asalkan anakanda cekal dan sabar,
      Kerana sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.

      Apabila segala ilmu terpasak di dada,
      Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda;
      Dan tika itu ayahanda tersenyum bangga,
      Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.

      Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung,
      Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini;
      Jadilah anak soleh berjiwa pejuang,
      Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.

      Ayahanda dan bonda tersayang,
      Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan;
      Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang,
      Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.

      Anakanda hargai pengorbanan ayahanda ,
      Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda;
      Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda,
      Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.

      Ayahanda dan bonda yang disayangi,
      Anakanda akan berazam mencapai cita-cita;
      Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni,
      Membela agama bangsa dan Negara tercinta.

      Anakanda sentiasa bangga dengan ayahanda,
      Ayahanda pemimpin idola anakanda;
      Membela agama dan bangsa walau di mana,
      Hatimu putih bersih bak mutiara.

      Perjuangan ayahanda tepat dan jelas,
      Rela berkorban demi rakyat tercinta;
      Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas,
      Demi kerana Allah tercinta.

      Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang,
      Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru;
      Moga sentiasa berjaya ketika berjuang,
      Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.

      Doakan anakanda menjadi pejuang sejati,
      Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta;
      Kita berjuang hingga ke mati,
      Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta.

      Syukur anakanda setiap hari,
      Keluarga kita dilimpahi sakinah dariNya;
      Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai,
      Moga kita sekeluarga hingga ke SyurgaNya.

      Anakanda tersayang ayahanda tercinta,
      Kasih berpadu bersama bonda dicintai;
      Hidup berkeluarga sakinah tercipta,
      Insya-Allah sekeluarga menghuni SyurgaNya nanti.

      Duhai anakanda tersayang Fahd Al-Warith,
      Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
      Dewasa nanti menjadi seorang Khalifah,
      Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.

      Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
      Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
      Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
      Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.

      Karya: Rha NS
      19 Jun 2011
      (Sempena Sambutan Hari Bapa 19 Jun 2011)
      (Pantun Diilhamkan Teristimewa Untuk Keluarga Feriz Omar)

      Yesterday at 6:01am · 

    • Rabeah Mohd Ali SESUNGGUHNYA ALLAH MEMBERIMU DARJAT YANG TINGGI

      Kata ibu aku anak yang nakal,
      Pening kepala ibu melayani kerenahku;
      Bukan niatku menjadi nakal,
      Sudah lumrah kanak-kanak begitu.

      Kesusahan keluarga tidak kupeduli,
      Kerana ibu dan ayah terpisah sudah;
      Aku bersedih kenapa nasibku begini,
      Kebahagiaan keluarga semuanya musnah.

      Biarpun ibu dan ayah tidak sehaluan,
      Namun kumasih harap mereka bersatu;
      Kuberjauahan setiasa rindu-rinduan,
      Demi kasih dan saying rasa tak jemu.

      Rasa bahagia tinggal di sini,
      Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa;
      Hidup kami saling sayang menyayangi,
      Azam kami menjadi hamba bertaqwa.

      Abang Zaid baik budi,
      Kami dilayan seperti keluarga sendiri;
      Hari-hari bebunga kasih suci,
      Hingga ke mati tidak akan kulupai.

      Kami bergurau senda setiap hari,
      Bersenda gurau tidak terguris hati;
      Bersahabat saling hormat menghormati,
      Demi kerana Allah dicintai.

      Setiap hari membaca Kalam Allah,
      Memejam mata menghafal Al-Quran;
      Ayat dibaca hafallah sudah,
      Gembiranya hati dalam kesyukuran.

      Baca Al-Quran berjubah dan berserban putih,
      Berwangi-wangian setiap hari;
      Hafalan Al-Quran menjadi mudah,
      Gembiranya hati tidak terperi.

      Setiap waktu solat berjemaah,
      Setiap seorang diberi peluang menjadi imam;
      Gembiranya kami apabila sampai waktu,
      Syahdu sungguh mendengar suara imam.

      Waktu Maghrib aku mengalunkan azan,
      Penghuni bumi dan langit syahdu mendengar;
      Gembiranya aku mengalunkan azan,
      Doa penghuni bumi dan langit aku bersyukur.

      Ustaz mengajar kemi penuh kasih sayang,
      Kami dianggap seperti anak sendiri;
      Dunia akhirat kami ingin cemerlang,
      Berlajar berlumba-lumba setiap hari.

      Kusayang abang dan adik-adik,
      Di rumah Anak Yatim dan Kebajikan Madrasah Al-Taqwa;
      Hidup kami seperti adik beradik,
      Moga kami menjadi insan bertaqwa.

      Suatu hari Amizan menelefon bapa,
      Minta belikan beg sandang;
      Setiap hari menunggu bapa,
      Redha Amizan bapa tak datang.

      Bilik kami dihias indah,
      Dipenuhi dengan kad ucapan Hari Ibu;
      Kata-kata maaf dan sayang penuh bermadah,
      Hingga ke Syurga kami sayangkan ibu.

      Kusayang adikku Iman sepenuh hati,
      Iman mahukan jam dan minyak wangi;
      Kuhadiahkan Iman sukanya hati,
      Dipakai Iman setiap hari.

      Sukanya hati kami dapat perhatian,
      Daripada Finas untuk raikan kami;
      Kami gembira dalam kesyukuran,
      Kerana ada yang sudi mengingati kami.

      Berqiamulail kami di malam itu,
      Syahdu sungguh abang Zaid membaca Al-Quran;
      Menangis kami semua tersedu-sedu,
      Menghayati Kalam Allah dalam keinsafan.

      Selepas solat kami berzikir,
      Sambil berzikir menangis hiba;
      Hal dunia kami tak fikir,
      Melainkan Allah yang dipuja.

      Habis berzikir kami bermaaf-maafkan,
      Sambil bermaafan berpelukan dalam tangisan;
      Serasa kami tidak mahu dipisahkan,
      Kalau sudah takdir kami redhakan.

      Hari itu kami bersiap menyambut tetamu,
      Tetamu yang dihormati lagi disayangi;
      Sikap penyayang mereka sudahlah tentu,
      Bertuahnya kami hidup disayangi.

      Kemeriahan menyambut tetamu bertukar duka,
      Kami berpelukan sesama sendiri;
      Berzikir kami penuh hiba,
      Rela kami sehidup semati.

      Sahabatku separuh badan ditelan bumi,
      Menyuruhku selamatkan diri;
      Aku menangis melihat sahabatku mati,
      Moga dirimu Syurga menanti.

      Sahabatku ditelan bumi bersama adikku,
      Kusempat mencapai tangan adikku iman,
      Tapi apa nak buat cepatnya berlaku,
      Pergi adikku Iman kulaungkan azan.

      Duhai sahabat-sahabat dan adikku sayang,
      Kalian dikebumikan dalam liang yang sama;
      Kenangan bersama terbayang-bayang,
      Tunggulah kedatangan ku ingin bersama.

      Pemergian kalian kutangisi dalam redha,
      Kenangan bersama kuabadikan hingga kemati;
      Gembiralah kalian menikmati Syurga,
      Sesungguhnya Allah memberimu darjat yang tinggi.

      Karya: Rha NS
      24 Mei 2011

      Yesterday at 6:13am · 

    • Rabeah Mohd Ali BAPAKU PERGI KETIKA SUJUD

      Bapaku seorang hamba
      hamba taatkan Allah
      setiap masa tawaduk
      menjaga solat
      bersolat jemaah di
      surau dan masjid
      itu amalan bapaku.

      Hujung minggu
      kami sekeluarga
      akan pergi
      mencari surau lama
      membawa peralatan pembersihan
      membersihkan surau
      sambil membersihkan
      kami berselawat
      kami berzikir
      sungguh bahagia
      kami sekeluarga
      tika itu.

      Sebelum bapaku
      ke masjid pada malam Jumaat itu
      bapaku berjubah dan berseban putih
      berpakaian serba putih
      mencalit minyak attar di jubah
      dan bercelak di mata.

      Malam Jumaat itu
      selepas solat maghrib
      bapaku meminta izin
      dari imam untuk membuat
      pengumuman kepada semua jemaah masjid
      permintaannya dipenuhi
      bapaku berkata dengan linangan air mata
      kepada seluruh jemaah masjid
      memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
      jika ada sebarang perbuatan dan perkataan yang telah
      dilakukan samada secara sengaja atau tidak
      dia memohon jika ada hutang-piutang yang belum dijelaskan
      harap beritahunya agar dia dapat jelaskan hutangnya
      dan akhir sekali dia memohon agar dia diizinkan
      untuk melaungkan azan Isyak
      permohonannya dipenuhi.

      Bapaku melaungkan azan penuh syahdu
      hinggakan semua jemaah masjid menitiskan air mata
      setelah habis laungan kalimah
      Asyhadu anlaa ilaha illallah,
      wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.
      laungan azan terhenti
      bilal naik ke menara
      bapaku sedang bersujud
      didapati bapaku telah pergi
      berjumpa dengan Tuhannya
      tika bersujud!

      Karya: Rha NS
      19 Jun 2011

      Yesterday at 6:20am · 


      • Rabeah Mohd Ali SYAIR ABU SUFFIAN

        Tersebutlah kisah di sebuah perkampungan,
        Terdapat sebuah keluarga hidup dalam kemiskinan;
        Namun bahagia sekeluarga berpanjangan,
        Dikurniakan anak tujuh orang yang beriman.

        Ayahanda dan bonda berjiwa penyayang,
        Diberikan sama rata kasih sayang;
        Hari-hari dibajai kasih sayang,
        Hingga ke mati kasih sayang tak hilang.

        Anak sulung namanya Abu Suffian,
        Abu Suffian dihantar menghafal Al-Quran;
        Perit sungguh apabila berpisahan,
        Berpisah dengan keluarga dia tangiskan.

        Ayahanda bonda memujuk Abu Suffian,
        Supaya bersabar demi menjadi hamba ilmuan;
        Terhibur Abu Suffian dengar pujukan,
        Disapukan air mata ayahanda ketika perpisahan.

        Di pondok tahfiz Abu Suffian belajar penuh kusyuk,
        Ilmu dunia akhirat semuanya masuk;
        Bertambah berilmu tiada rasa riak,
        Amalan bertambah semakin kusyuk.

        Sahabat sekuliah semuanya sayang,
        Rajin mengulang kaji pelajaran jadi cemerlang;
        Budi baik sahabat takkan hilang,
        Berpisah nanti budimu sentiasa dikenang.

        Tamat sudah kuliah Abu Suffian,
        Mendapat ijazah bidang falsafah kedoktoran;
        Ayahanda dan bonda penuh kebanggaan,
        Kejayaan Abu Suffian dibuat kenduri kesyukuran.

        Sudah empat bulan Abu Suffian menganggur,
        Duduk di rumah adik-adik diajar;
        Marahkan adik apabila kurang ajar,
        Nasihatkan adik adalah wajar.

        Adik yang degil dipukul dengan kasih sayang,
        Maka berlakulah pergaduhan kasih pun hilang;
        Apabila ayahanda membela adik tersayang,
        Abu Suffian dipukul ayahanda sabarnya hilang.

        Kaki Abu Suffian berdarah dipukul ayahanda,
        Ayahanda menangis keinsafan dirasa;
        Menyapukan darah mengalir di kaki anakanda,
        Dua beranak berpelukkan terseksanya dirasa.

        Sudah seminggu Abu Suffian sakitnya kaki,
        Risaunya ayahanda menyalahkan diri sendiri;
        Pergi berubat menyembuhkan kaki,
        Berkat kesungguhan ayahanda kaki sembuh kini.

        Sukanya hati ayahanda Abu Suffian sembuh,
        Bertambah erat ikatan kasih;
        Kasih sayang mereka tidak akan runtuh,
        Semakin hari semakin utuh.

        Tidak berapa lama kemudian ayahanda sakit,
        Abu Suffian bersama sahabat mencari ubat;
        Demi ayahanda sentiasa diingat,
        Sakit ayahandanya Abu Suffian pun sakit.

        Demi ayahanda Abu Suffian rela berkorban,
        Dermakan darah ayahanda kecintaan;
        Malang sungguh nasib Abu Suffian,
        Belum sempat menderma ayahanda menyahut seruan.

        Sesaknya dada Abu Suffian menangis semalaman,
        Jenazah ayahanda didakap dalam tangisan;
        Sabarmu mengundang keredhaan,
        Pemergian ayahanda duka berpanjangan.

        Abu Suffian mengimamkan jenazah ayahanda,
        Dengan kusyuk Abu Suffian berdoa;
        Tanpa disedari mengalir air mata,
        Mengenangkan ayahanda yang telah tiada.

        Di makam ayahanda bertafakur Abu Suffian,
        Penuh kusyuk membaca Surah Yassin;
        Di doakan roh ayahanda mendapat keredhaan,
        Moga manusia dan para Malaikat mengaminkan.

        Sebelum meninggal ayahanda berpesan,
        Pergilah anakanda tinggalkan perkampungan;
        Mencari rezeki membina masa depan,
        Belalah nasib keluarga yang ditinggalkan.

        Abu Suffian membina hidup baru,
        Memburu impian tiada rasa jemu;
        Dilamar majikan bekerja penuh maju,
        Bertambah maju terus maju.

        Kenangan bersama Almarhum tidak dilupa,
        Selepas solat doakan ayahanda;
        Moga rohmu tenang di alam Sana,
        Dikirimkan doa buat ayahanda.

        Sekian sahaja syair Abu Suffian,
        Moga terhibur segala penceritaan;
        Dapat dijadikan bahan bacaan,
        Disukai ramai sejak berzaman.

        Karya: Rha NS
        31 Mei 2011

        Yesterday at 6:26am · 

      • Rabeah Mohd Ali PANTUN DALAM KHASHAF TAKDIR CINTA

        Abu Sufian bekerja penuh tekun,
        Keuntungan perusahaan bergandaan;
        Abu Suffian pekerja yang dibanggakan,
        Gaji Abu Suffian sentiasa dinaikkan.

        Setiap bulan wang nafkah dikirimkan,
        Abu Suffian tidak pernah lupa daratan;
        Nasib keluarga terbela dalam kesyukuran,
        tiada lagi dirasai hidup kemiskinan.

        Semasa miskin hidup dalam penghinaan,
        Sanak saudara tidak pernah memberi bantuan;
        Namun Almarhum ayahanda penuh kecekalan,
        Membesarkan anak-anak dengan rezeki kecukupan.

        Setelah senang sanak saudara bergembira,
        Datang ke rumah keluarga bertanya kabar;
        Keluarga menyambut dengan hati terbuka,
        Agar ikatan saudara-mara semakin mekar.

        Saudaranya yang susah dibantu Abu Suffian,
        Tetapi semasa Abu Suffian susah tidak dipedulikan;
        Namun begitu tiada rasa berdendaman,
        Kerana itu adalah lumrah kehidupan.

        Kota Raya Jakarta Abu Suffian membina empayar,
        Mengusahakan perusahaannya sendiri;
        Segala usaha sudah terbayar,
        Perusahaannya maju ke peringkat tinggi.

        Biarpun sudah bergelar jutawan,
        Tetapi Abu Suffian tidak meninggi diri;
        Seorang majikan memahami masalah karyawan,
        Gaji para karyawan dinaikan bonus diberi.

        Abu Suffian menjadi pengusaha terkenal,
        Ramai ingin melabur dengan Abu Suffian;
        Diterimanya apabila sudah saling kenal mengenal,
        Keuntungan diterima dalam kesyukuran.

        Perniagaan Abu Suffian melebarkan sayap,
        Serata Indonesia ada cawangannya;
        Abu suffian bersyukur dalam senyap,
        Kerana tidak mahu rasa riak di hatinya.

        Umur 32 tahun Abu Suffian melangsungkan perkahwinan,
        Bernikah dengan adik sahabatnya;
        Seorang yang manja lagi rupawan,
        Bersyukur Abu Suffian dalam sujudnya.

        Di awal perkahwinan amat bahagia,
        Makan minum diurus dijaga;
        Dikurniakan seorang puteri jelita,
        Terasa bahagia tidak terkata.

        Setelah dikurniakan puteri jelita,
        Isteri mula berubah hatinya;
        Makan dan minum sudah tidak diurusnya,
        Buat hati Abu Suffian terasa dianiaya.

        Abu Suffian suami yang setia,
        Tidak pernah memukul isterinya;
        Tidak tahu apa salahnya,
        Isteri sudah hilang kasih sayangnya.

        Puteri jelita penghibur hati,
        Hanya dia yang mengerti;
        Kasih sayang puteri pengubat hati,
        Namun begitu diperlukan yang mengerti.

        Sudah bertahun Abu Suffian kesepian,
        Rindukan kemesraan dan belaian isteri;
        Tapi itu cuma hanya banyangan,
        Walaupun di depan mata wujudnya isteri.

        Sampai bila Abu Suffian bersabar,
        Kekayaan dimiliki tidak dapat membahagiakan;
        Dipendam duka lara penuh sabar,
        Moga ada sinar cinta yang diharapkan.

        Wang yang banyak tidak dapat membeli cinta,
        Biarpun ditaburkan di depan mata;
        Cinta palsu yang akan ada,
        Tapi itu tidak dapat memenuhi keperluan cinta.

        Setiap hari Abu Suffian kesepian,
        Mengharapkan cinta suci seorang wanita;
        Namun belum lagi kesampaian,
        Dipujuk hati menanti cinta suci seorang wanita.

        Khashaf takdir Allah tiada siapa yang tahu,
        Cinta Abu Suffian dibalas wanita soleha;
        Termakbul doa Abu Suffian berkat tanpa jemu,
        Bercinta berkasih semua keranaNYa.

        Bersyukur Abu Suffian dalam sujudnya,
        Atas kurniaan Allah yang berharga buatnya;
        Wanita soleha pembakar semangat amalannya,
        Saling cinta mencintai dalam restuNya.

        Rumah tangga dibina seperti Mahligai Syurga,
        Hari-hari terungkap ucapan sayang dan rindu;
        Sama-sama minat bertemu TuhanNya,
        Dalam khashafNya takdir mereka bersatu.

        Dalam khashafNya takdir mereka bersatu,
        Disyukuri dalam kemanisan iman;
        Dalam ketaqwaan cinta mereka bersatu,
        Sama-sama memadu kasih dan cinta di Syurga Idaman.

        Karya: Rha NS
        31 Mei 2011

        Yesterday at 6:36am · 

      • Rabeah Mohd Ali SYAIR KELUARGAKU SAYANG

        Tersebutlah kisah keluargaku tersayang,
        Tinggal di Kampung Teluk Kemang;
        Aman sentosa bersenang-lenang,
        Hidup bahagia terkenang-kenang.

        Mohd Ali ketua keluarga,
        Anak isteri terurus terjaga;
        Seorang bapa yang bijaksana,
        Satu keluarga hidup bahagia.

        Pagi-pagi pergi ke laut,
        Ombak membadai tak pernah takut;
        Berusaha bapa selagi larat,
        Buat hatiku rasa tersayat.

        Fatimah isteri yang baik budi,
        Cantik rupa cantiklah hati;
        Suami disayangi juga dihormati,
        Cintakan suami hingga ke mati.

        Anak-anak hidup bahagia,
        Mendapat perhatian ibu dan bapa;
        Ada masalah dikongsi bersama,
        Pengorbanan ibubapa tidak dilupa.

        Dikurniakan Tuhan anak sepuluh,
        Dijaga dididik tak pernah mengeluh;
        Sanggup berhujan sanggup berpeluh,
        Demi kerana anak sepuluh.

        Halimahtun Sa’adiah anak pertama,
        Cantik rupawan berbudi bahasa;
        Kerenah adik-adik semua diterima,
        Semua adik-adik sayang padanya.

        Anak kedua namanya Ramli,
        Anak kesayangan Mohd Ali;
        Tamat belajar pengajian tinggi,
        Agar Ramli hidup dihargai.

        Anak ketiga namanya Salmah,
        Orangnya ramah dan tamah,
        Asyik ketawa tak pernah marah,
        Qada dan Qadar dia berserah.

        Anak keempat Abdul Ghaffar,
        Seorang pendiam kuat bersabar;
        Kuat berusaha banyak ikhtiar,
        Agar keluarga tidak terbiar.

        Noraini pula anak kelima,
        Rajin memasak untuk keluarga;
        Orangnya pendiam berbudi bahasa,
        Banyak berbudi banyak berjasa.

        Hasnah anak keenam paling pandai,
        Kepandaiannya tiada ditandingi;
        Jasa ibu dan bapa amat dihargai,
        Wajah bapa masih dibayangi.

        Anak ketujuh namanya Khairiah,
        Masa kelahiran disambut meriah;
        Cepat merajuk bila dimarah,
        Mohon maaf bila tersalah.

        Saridah anak yang kelapan,
        Bertanggungjawab beradap sopan;
        Kuat bekerja hingga tak sarapan,
        Ekonomi keluarga terus mampan.

        Rabeah anak yang kesembilan,
        Suka tersenyum suka berjalan;
        Minat menulis jadi amalan,
        Cita-cita ingin menggapai bulan.

        Radziah anak yang bongsu,
        Masa kecil suka menyusu;
        Disayangi oleh ayah dan ibu,
        Kini digelar puteri bongsu.

        Anak-anak semuanya sayang,
        Kasih sayang takkan hilang;
        Hidup bahagia sayang menyayang,
        Jasa ibu dan bapa tak akan hilang.

        Ibu gembira anak bahagia,
        Jangan putus ikatan keluarga;
        Saling berhubung jalinan mesra,
        Agar ikatan terus terbina.

        Masa berlalu begitu pantas,
        Ingin bahagia tiada jalan pintas;
        Segala cabaran terus direntas,
        Kasihkan keluarga tempat teratas.

        Sekian sahaja syair keluargaku sayang,
        Moga kasih takkan hilang;
        Indah hidup berkasih sayang,
        Bahagia keluargaku terus terbayang.

        Karya : Rha NS
        5 Jun 2010

        Puisi Keluargaku Sayang

        Duhai bapa…
        Kusayangmu hingga ke hujung nyawa.
        Duhai ibu…
        Kukasihmu tiada hadnya.
        Duhai kakak…Duhai abang…Duhai adik…
        Kusayang kalian tiada batasan…
        Kita dikandungkan dalam perut yang sama…
        Kita dibesarkan dalam satu bumbung,
        Mana mungkin kita terputus kasih sayang!
        Bersyukurlah kita ditakdirkan mempunyai
        ibubapa yang baik hati dan penyayang.
        Kita hidupkan kasih sayang ini
        selagi hayat di kandung badan…
        Moga kebahagiaan keluarga kita
        terus berkekalan hingga ke Syurga nanti.
        Amin Ya Rabbal A’Lamin.

        Karya Rha NS
        5 Jun 2010

        Yesterday at 6:53am · 

      • Rabeah Mohd Ali PANTUN KENANGAN BERSAMA BAPA TERSAYANG

        Bapaku bapa penyayang,
        Besarkan aku dengan kasih dan sayang;
        Agar aku mejadi anak cemerlang,
        Bila dewasa menjadi warga terbilang.

        Semasa kecil anak yang bijak,
        Ibu tersenyum bapa gembira;
        Bila belajar biarlah banyak,
        Semangat belajar terus membara.

        Pagi-pagi pergi sekolah,
        Pergi sekolah dihantar bapa;
        Bila belajar tidak bermasalah,
        Ditegur guru tidak mengapa.

        Sebelum sekolah bersarapan dulu,
        Bersarapan pula dengan bapa;
        Bila gagal berasa malu,
        Ulangkaji pelajaran janganlah lupa.

        Kerja bapa sebagai nelayan,
        Menangkap ikan setiap pagi;
        Kerenah anak semuanya dilayan,
        Besarkan anak tak akan rugi.

        Bapa seorang kuat bekerja,
        Untuk menyara ahli keluargaku;
        Pergi ke pasar ikan dijaja,
        Buat belanja untuk diriku.

        Keletihan bapa buatku terharu,
        Kusediakan makanan untuk bapaku;
        Biar bapa berehat dulu,
        Kubelikan ubat bapa tak tahu.

        Hidup susah tapi bahagia,
        Dapat bapa seorang penyayang;
        Sukanya hati tidak terhingga,
        Mendapat kasih bapa tersayang.

        Bila demam dibelikan lai,
        Bila pening ditampal koyok;
        Masa belajar jangan lalai,
        Bila tua tidaklah nyanyuk.

        Pergi ke dusun beli durian,
        Bapa membeli untuk anak-anaknya;
        Kasih bapa tidak bertepian,
        Kusayang bapa tak perlu ditanya.

        Bapa menonton bola sepak pingat piala dunia,
        Aku menonton bersama bapa;
        Bila gol bersoraklah dia,
        Terlalu gembira gol pun lupa.

        Bapa bersorak bagai nak rak,
        Pasukannya kalah menepuk dahi;
        Pasukan disokong mendapat perak,
        Bapa kecewa aku dimarahi.

        Kupujuk bapa jangan mengalah,
        Di tahun lain pasti menang;
        Bapa kecewa bukan mengalah,
        Asalkan bapa berasa tenang.

        Air hujan ditadah malam Jumaat,
        Buat kuminum penerang hati;
        Bapa mendoakanku setiap saat,
        Agar lulus peperiksaan nanti.

        Setiap Ramadhan aku gembira,
        Makanan sahur bapa sediakan;
        Aku bersahur penuh selera,
        Masakan bapa tidak dilupakan.

        Malam tujuh likur amat meriah,
        Keliling rumah memasang pelita;
        Bermain bunga api bapa tak marah,
        Gembiranya hati tidak terkata.

        Di pagi Syawal pergi ke kubur,
        Kusyuk sungguh bapa berdoa;
        Kasihkan nenek tak pernah luntur,
        Kasih sejati ke hujung nyawa.

        Bapa bertakbir di pagi raya,
        Syahdu sungguh bila mendengar;
        Tiada beza miskin kaya,
        Bermaaf-maafan tanda syukur.

        Malam itu bulan mengambang,
        Bapaku sakit menarik nafas;
        Sakit bapaku buatku bimbang,
        Rupanya bapa terhenti nafas.

        Hidup bersama bapa tinggal kenangan,
        Sudah tiga puluh tahun ditinggal bapa;
        Kenangan bersama bapa dilupa jangan,
        Ke hujung nyawa kusayang bapa.

        Selamat hari bapa untuk bapaku,
        Biarpun sudah tinggal kenangan;
        Kukirim doa untuk bapaku,
        Bahagia bersama dalam bayangan.

        Karya: Rha NS
        20 Jun 2010

        Puisi Buat Bapaku Sayang

        Bapaku sayang…
        Meskipun sudah 30 tahun berlalu…
        Kenangan hidup bersamamu masih tetap segar
        dalam ingatanku.
        Kau adalah bapa yang bertanggungjawab dan penyayang.
        Aku disayangi… Aku dimanjai… Walaupun hidup dalam
        serba kekurangan tapi kami bahagia hidup berkeluarga.

        Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkanku
        biarpun hidup bersamamu hanya 17 tahun tapi aku amat
        menghargai setiap budi yang diberikan padaku.

        Terima kasih kerana sudi menyayangiku dengan penuh
        keikhlasan. Moga kita berjumpa di Syurga nanti.
        Amin Ya Rabbal A'Lamin.

        Karya: Rha NS
        20 Jun 2010
        (Bersempena Sambutan Hari Bapa)

        Yesterday at 7:02am · 

      • Rabeah Mohd Ali PANTUN IBUKU SAYANG

        Nama ibuku Hajah Fatimah,
        Baik hatinya bukan kepalang;
        Orangnya ramah dan tamah,
        Ke mana pergi tetap disayang.

        Ibu Fatimah wanita rupawan,
        Cantik rupa cantik bahasa;
        Kerana itu Mohd Ali tertawan,
        Diterima pinangan kerana gagah perkasa.

        Dilayan suami bagaikan permaisuri,
        Hidup berkeluarga bagaikan di Syurga;
        Wajah isteri bagaikan bidadari,
        Menyayangi suami makan minum dijaga.

        Bapa ke laut ibu di rumah,
        Menjaga anak-anak penuh kasih sayang;
        Tetamu datang dilayan hormat,
        Ke mana pergi semuanya sayang.

        Ibu Fatimah berkorban apa saja,
        Demi kepentingan anak-anak tercinta;
        Pelajaran diutamakan buat kuteruja,
        Sedari kecil kutanam cita-cita.

        Kasih ibu sama rata,
        Anaknya sepuluh semuanya disayangi;
        Ibu mengasuh dengan kasih dan cinta,
        Cinta dicurah terus mewangi.

        Ibu dan bapa pasangan bahagia,
        Ke mana pergi selalu bersama;
        Semua anak-anak terasa bahagia,
        Kami disayangi semuanya sama.

        Ibu dan bapa pergi ke laut,
        Pergi ke laut mengambil bunga karang;
        Cinta ibu tak pernah surut,
        Dari dulu hingga sekarang.

        Kata ibu datukku seorang pahlawan,
        Menyandang jawatan hulubalang Raja Bugis;
        Kepahlawanan datuk buatku teruja,
        Gugurnya datuk buatku menangis.

        Ibu dan bapa berpakat bersama-sama,
        Besarkan anak-anak tanpa balasan;
        Budi baik anak-anak semua diterima,
        Sebagai balasan yang tak pernah bosan.

        Ibuku sedih aku pun sedih,
        Pemergian bapa masih terkesan;
        Hati ibu memanglah pedih,
        Sayangilah anak-anak bapa berpesan.

        Hampir berbulan ibu termenung,
        Pergi ke pusara melepas rindu;
        Kasih sayang suami terkenang-kenang,
        Rindukan suami dalam tangis dan sendu.

        Mujurlah ada anak-anak ramai,
        Senyum dan tawa pengubat rindu,
        Hati ibu terasa damai,
        Kasih sayang anak-anak tetap berpadu.

        Ibu besarkan anak-anak tanpa bapa,
        Cekalnya ibu pergi berniaga;
        Segala cabaran dihadapi pelbagai rupa,
        Demi kesejahteraan kami sekeluarga.

        Ibuku wanita pandai berniaga,
        Dicongak dihitung dengan bijaksana;
        Pelanggan dilayan seperti keluarga,
        Keberkatan berniaga keuntungan diterima.

        Ibuku kini sudah bersara,
        Perniagaan diwarisi oleh kakakku;
        Rehat ibuku ibu disara,
        Pengorbanan ibu tetap di hatiku.

        Pengorbanan ibu dihargai anak,
        Dirikan banglo untuk ibu tersayang;
        Kini anak beranak pinak,
        Hidup bercucu cicit sayang menyayang.

        Di pagi Syawal bahagianya kami,
        Anak cucu cicit berkumpul bersama;
        Begambar sekeluarga untuk dikenangi,
        Ibu gembira hadiah diterima.

        Bahagia ibu dikelilingi anak cucu,
        Ibuku panyayang jadi nenek penyayang;
        Ke mana pergi disayangi anak cucu,
        Anak dikasihi cucu disayang.

        Kasih ibu bawa ke Syurga,
        Kasihkan isteri hingga ke mati;
        Bahagia hidup kita sekeluarga,
        Sayang menyayangi lekat di hati.

        Indahnya hidup bersama ibu,
        Hidup penuh kasih dan sayang;
        Ibuku satu dalam beribu,
        Kasih sayang ibu terbayang-bayang.

        Karya: Rha NS
        8 Mei 2010
        ( Bersempena Memperingati Hari Ibu Sedunia )

        Puisi Ibuku Sayang

        Ibuku sayang… Kusayang ibu…
        Kukasih ibu… Selagi hayat di kandung badan.

        Dalam usia selewat begini…
        Aku masih belum dapat membalas jasamu.
        Mungkin tidak sekarang…
        Mungkin akan datang, dapat membalas jasamu.

        Semalam aku bermimpi…
        Ibu menghadiahkan aku sepohon
        pokok berbuahkan permata.
        Aku memetik gugusan permata
        dari tangkainya.
        Apa maknanya Allah saja yang tahu.

        Terima kasih ibu…
        Kerana sudi membesarkan dan
        mendidik kami dengan kasih
        dan sayang yang teramat ikhlas.
        Moga Allah sahaja yang dapat membalas-Nya.

        Selamat hari ibu.
        Aku sayang ibu selagi hayat di kandung badan.
        Moga kita sekeluarga dapat hidup di alam Syurga nanti.
        Amin Ya Rabbal A’Lamin.

        Karya Rha NS
        8 Mei 2010
        (Sempena Memperingati Hari Ibu Sedunia)

        Yesterday at 7:13am · 

      • Rabeah Mohd Ali KU SAYANG IBU HINGGA KE HUJUNG NYAWA

        Sayang sungguh pada ibuku,
        Tanpamu siapalah aku;
        Aku berjanji baik padamu,
        Jasamu kuingat ke hujung nyawaku.

        Ibu mendidik tanpa jemu,
        Penuh dengan jerih dan payah;
        Apa yang ada di hadapanmu,
        Kau tempuhi hati yang teguh.

        Banyak dosaku padamu oh! Ibu,
        Maafkan aku yang tersilap;
        Kesedihan hatimu buatku terharu,
        Moga tak diulangi yang tersilap.

        Nasihat ibu bagaikan mutiara,
        Kukutip jadikan pedoman;
        Azamku terus membara,
        Untuk menjadi anak beriman.

        Air matamu ibu buatku terharu,
        Tersayat hati bagai nak gila;
        Setiap tahun berazam baru.
        Untuk menjadi anak soleha.

        Sabarlah ibu dengan kerenahku,
        Kerana tidak beradap sopan;
        Aku berjanji padamu duhai ibuku,
        Belajar bersungguh demi masa hadapan.

        Kau buaikan aku hingga terlena,
        Sambail buai dialun zikir;
        Biar aku menjadi anak bijaksana,
        Biarpun susah hatiku terhibur.

        Dari meniarap boleh berjalan,
        Bila berjalan terjatuh-jatuh;
        Jatuh bangun terus berjalan,
        Kasih sayang padamu ibu tetaplah utuh.

        Masa tadika belajar main-main,
        Sekolah rendah berangan-angan;
        Bila menengah dah ada wawasan,
        Untuk menjadi insan jutawan.

        Kini aku sudah remaja,
        Kali pertama masuk universiti;
        Sudah remaja masih bermanja,
        Ibuku sayang tetap dihormati.

        Hajat di hati menggenggam ijazah,
        Untuk kuhadiahkan kepada ibuku;
        Tidaklah hidup menjadi susah,
        Dorongan ibu buatku terharu.

        Berkat doamu aku berjaya,
        Berubahlah hidup kita anak beranak;
        Nasihatmu ibu menjadi panduan,
        Kuamalkan sejak di zaman kanak-kanak.

        Impianku menjadi kenyataan,
        Menghadiahkan rumah untuk ibuku;
        Ibuku balas dengan senyuman,
        Itu tandanya kasih buat ibuku.

        Syukur aku kepada Tuhan,
        Mengurniakan aku seorang ibu;
        Akan kujaga dengan belas kasihan,
        Tanda sayangku buat ibuku.

        Suka duka kita bersama,
        Meniti hidup penuh mencabar;
        Ke mana pergi kita bersama,
        Moga kita sentiasa bersabar.

        Hidup bahagia impian kita,
        Sudah bahagia mengucap syukur;
        Melimpah ruah rezeki tidak terkata,
        Patutlah kita bersujud syukur.

        Kutatap wajah ibu dengan kesayuan,
        Segala ihsan terluruh sama;
        Panjangkan usia ibuku oh! Tuhan,
        Biar kubalas jasa hingga ke hujung nyawa.

        Kebahagian ibuku kebahagianku,
        Kudoakan ibu bahagia selalu;
        Sepanjang hanyat kuingat budi baikmu,
        Doaku di Syurga kita bersama oh! Ibuku.

        Sepanjang hayat kita bahagia,
        Matlamat hidup kita ke sana;
        Di Syurga kita bahagia bersama,
        Moga Allah mengabulkan doa.

        Karya: Rha NS
        8 Mei 2010
        ( Bersempena Memperingati Hari Ibu Sedunia )

        Puisi Buat Ibu KuSayangmu Hingga Ke Hujung Nyawa

        Ibuku sayang…
        Sudah 25 tahun usiaku..
        Aku masih begini…
        Aku gagal menggembirakan hatimu…
        Aku belum mampu menghadiahkan rumah untukmu…
        Walaupun aku berimpian untuk menghadiahkan sebuah banglo untukmu.
        Aku belum mampu membelikan apa sahaja yang kau hajati…
        Cuma yang kumampu menghadiahkan tasbih mutiara untukmu ibu
        dengan keberkatan tasbih ini nanti aku akan dapat melaksanakan
        impianku untukmu ibu.

        Sempena hari ibu ini tiada apa yang dapat kuungkapkan melainkan
        sesungguhnya aku sayang padamu ibu!
        Moga Allah membalas budi baikmu dengan ganjaran Syurga kerana
        membesarkan aku dan mendidikku.

        Selamat hari ibu untuk ibuku tersayang hingga ke hujung nyawa!

        Karya Rha NS
        8 Mei 2010
        (Bersempena Memperingati Hari Ibu Sedunia )

        Yesterday at 7:26am · 

      • Rabeah Mohd Ali PANTUN KUSAYANG NENEK

        Kusayang nenek sepenuh hati,
        Nenekku sayang tempat kubermanja;
        Nasihat nenek aku patuhi,
        Aku bermanja hingga remaja.

        Nenek sayangku lebih daripada anaknya,
        Cemburu mereka tak terkata apa;
        Nenek sayangku jangan ditanya,
        Mereka cemburu tidak mengapa.

        Sarapan pagi dengan keju,
        Minum petang roti dengan kaya;
        Semasa kecil nenek beliku baju,
        Ingin melihat aku berjaya.

        Paling cantik di dunia adalah nenekku,
        Usia 80an masih bergaya;
        Pergi membeli belah bersama nenekku,
        Nenekku cantik mereka percaya.

        Nenekku seorang berfikiran terbuka,
        Cerita dalam dan luar negara semuanya tahu;
        Nasihat nenek baik belaka,
        Kudengar kujadikan ilmu.

        Telatah nenek buatku gembira,
        Cerita nenek tak kering gusi;
        Aku tergelak amat ketara,
        Cerita nenek tak pernah basi.

        Nenek sayangku kusayang nenek,
        Nenek terhibur aku gembira;
        Sukanya hati bersama nenek,
        Hatiku gembira tidak terkira.

        Nenek suka melihat pokok bunga,
        Di halaman rumahnya bagaikan taman;
        Nenek mahu aku hidup berkeluarga,
        Mendapat calun suami seorang budiman.

        Setiap hari nenek doakanku,
        Dapat pasangan yang penyayang;
        Apa nak buat sudah nasibku,
        Hingga kini tiada sudi yang sayang.

        Nenek berpesan banyakkan doa,
        Mana tahu ada yang tersangkut;
        Gelinya hati tidak terkira,
        Kelakar nenek terikut-ikut

        Ya Allah panjangkan usia nenekku,
        Agar hajat nenek dapat kupenuhi;
        Hajat nenek tidak terbeku,
        Pintu hati cinta kuketuk aku syukuri.

        Dari dulu hingga sekarang,
        Kasihku pada nenek tak pernah berubah;
        Kusayang nenek tiada yang melarang,
        Kuhadiahkan nenek sehelai jubah.

        Tak akan kupersiakan budi nenek tercinta,
        Akan kubalas selagi ada hayat;
        Seronoknya mendengar nenek bercerita,
        Nenek bercerita hatiku tersayat.

        KFC makanan kegemaran nenek,
        Aku belanja nenek gembira;
        Semasa pergi berjubah manik,
        Nenek makan penuh selera.

        Di hujung minggu bersiar-siar bersama nenek,
        Nenek gembira bukan kepalang;
        Sepanjang jalan bercerita bersama nenek,
        Kasihkan nenek tak pernah hilang.

        Bila berjauhan nenek kurindu,
        Bila berdekatan nenek kusayang;
        Bahagia hidup bersama nenek,
        Sepanjang hayat nenek kusayang.

        Hari jadi nenek kuhadiahkan kain batik,
        Gembiranya nenek mengucup dahiku;
        Kulihat nenek berpakaian cantik,
        Dikelilingi dengan anak dan cucu.

        Nenek gembira aku pun suka,
        Nenek sedih aku pun sedih;
        Janganlah nenek suka berduka,
        Dukamu nenek hatiku pedih.

        Sukanya hati bila bahagia,
        Nenek tercinta sihat walafiat;
        Kudoakan nenek terus sejahtera,
        Hidup bersama sepanjang hayat.

        Budi baik nenek tetap kuingat,
        Senda gurau nenek melucukan hati;
        Kusayang nenek teramat sangat,
        Kukasih nenek hingga ke mati.

        Kusayang nenek Hajah Fatimah,
        Budinya kuingat tidak dilupakan;
        Nenekku seorang yang peramah,
        Kenangan kita bersama akan kuabadikan.

        Karya: Rha NS
        24 Mei 2010

        Puisi Istimewa Untuk Nenekku Tersayang

        Nenekku sayang… Hajah Fatimah
        kusayangmu tak terkata
        kurindumu setiap masa.

        Segala budimu kuingat hingga kini.
        Lucu kerenahmu menghiburkan hatiku…
        Nasihatmu bagaikan mutiara.
        Kenangan bersamamu teramat indah.

        Di mana kau berada kusayangmu nenek…
        Janganlah nenek berasa risau.
        Kusayangmu nenek dari dunia hingga akhirat!
        Moga kita tetap bersama di Syurga nanti
        Amin Ya Rabbal A’Lamin.

        Karya Rha NS
        24 Mei 2010
        (Bersempena Hari Jadi Nenekku FATIMAH BT HUSSIN
        Yang Lahir Pada 21.11.1929)

        Yesterday at 7:38am · 

      • Rabeah Mohd Ali PIAH AMAN DI SINI

        Terik mentari di padang bola itu membuatkan
        tubuh kecilku kepanasan. Kepalaku sakit.
        Aku panggil ayah.
        "Ayah...!Ayah...! Piah pening ni...
        Marilah balik...!" . Kupanggil ayah dengan
        kasih sayang. Lama kupanggil ayah tapi ayah
        langsung tidak memperdulikan panggilanku.
        Ayah terus menendang bola sambil ketawa
        dengan kawan-kawangnya.
        "Ayah....Piah panas ni... ayah...." jeritku
        mohon simpati agar ayah penamatkan permainan
        bola sepak dengan kawna-kawannya.

        Aku duduk di padang setelah lama berdiri.
        Tanpa disedari ayah sudah muncul di depan
        mataku. Dia terus menghentakku berkali-
        kali di padang rumput. Macam mana ayah
        melecek bola macam itulah ayah lakukan padaku.
        "Ayah...! Sakit! Sakit! Ampun ayah...
        Ampunkan Piah ayah...! Piah tak buat lagi...
        Sakit! Sakit ayah!" . Aku menangis sekuat
        hati mohon disimpati ayah. Tubuhku yang
        kecil ini manalah tahan diperlakukan
        seperti bola.

        Aku lemah tidak berdaya... suaraku sudah
        tidak larat lagi hendak menjerit...
        Aku hanya menangis menahan kesakitan yang
        amat sangat! Tak guna aku minta simpati
        pada ayah... ayah menendangku pula,
        aku berguling-guling di rumput hijau yang
        membahang panasnya. Kurayu pada kawan-kawan
        ayah minta mereka manyelamatkan aku dari
        didera malah raunganku disambut dengan hilai
        ketawa oleh ayah dan kawan-kawannya.

        Setelah aku tidak berdaya lagi, lelaki yang
        bertopengkan syaitan itu melambungku tinggi
        lalu ditendang sekuat hatinya. Aku terhentak
        jatuh. Mereka semua mengenawakan aku.

        Apa kamu ingat aku ini bola ke?
        Dilecek... dihempas...ditentang... dilambung...!
        Manusia apa kamu ini?
        Mana letak mata hati kamu?
        Binatang pun ada sifat penyayang.
        Kamu ni bukan saja tak layak jadi manusia...
        Jadi binatang pun tak layak?
        Gelaran syaitan layak bagi kamu?
        Kamu adalah syaitan bertopengkan manusia.
        Belas kasihan di hati kamu memang tak ada
        sebesar zahrah pun!

        Akibat tendangan yang kuat itu , aku terjelepuk.
        Berderai segala tulang belulangku hinggakan
        aku sudah tidak bernyawa lagi.

        Aku perhatikan ramai yang menangis kematianku.
        Ibu menangis di atas kematianku tapi semuanya
        sudah terlambat.

        "Selamat tinggal ibu...biarkan Piah pergi bertemu
        Tuhan dengan aman. Piah tak mahu susahkan ibu
        lagi. Maafkan Piah ibu... kerana kelahiran Piah
        di dunia telah menyusahkan ibu selama ini.

        Buat hamba-hamba Allah yang simpati dengan penderitaan
        Piah dan sanggup menangis kerana Piah... Piah amat
        terharu! Kalau Piah masih hidup, mungkin ketika
        kejadian malang yang menimpa Piah pasti kalian akan
        datang menyelamatkan Piah daripada manusia yang
        bertopengkan syaitan itu kerana Piah pecaya kalian
        adalah insan terpilih di bumi ini berhati murni.

        Lihatlah kematian Piah ini ada hikmahnya. Ramai yang
        membuka mata . Tak apalah biarlah Piah yang menjadi
        mangsa penderaan ini asalkan kanak-kanak di luar sana
        tidak akan menerima nasib malang seperti Piah.

        Kepada yang salah pada Piah...Piah sudah maafkan tapi
        Piah tak tahu samada Tuhan maafkan kalian atau tidak
        hanya Allah saja yang tahu.

        Piah aman di sini. Semua penghuni di sini sayang pada Piah.
        Kasih sayang yang Piah tak dapat ketika di dunia.

        Ibu...jangan sedih ya ibu...Piah aman di sini!
        Nenek... jangan risau ya nenek...Piah aman di sini!

        Karya: Rha NS
        31 Ogos 2010

        Yesterday at 7:41am · 

      • Rabeah Mohd Ali PIAH MAAFKAN AYAH!

        Piah...
        Maafkan ayah...
        Baru kini ayah tersedar dari lamunan mimpi ngeri!
        Mimpi yang ayah ciptakan menjadi realiti!
        Maafkan ayah Piah!
        Ayah terlalu zalim pada mu nak...!
        Ayah tak tahu syaitan mana yang telah merasuk ayah tika itu!

        Tanpa belas kasihan melakukan yang tak sepatutnya ayah lakukan!
        Maafkan ayah... Piah! Maafkan ayah Piah!

        Benarlah apa yang Piah katakan ayah ni syaitan
        yang mempertopengkan manusia?
        Ayah akui itu... Ayah memang kejam Piah! Ayah kejam!
        Ayah malu pada diri ayah sendiri! Pada Piah! Pada masyarakat!
        Pada Tuhan terutamanya.

        Adakah dosa ayah ini terampun?
        Piah anak yang baik Piah!
        Ayah sudah berlaku kejam pada Piah,
        Piah masih mahu memaafkan ayah...
        Memang selayaknya tempatmu di Syurga.

        Piah...
        Ayah sekarang ini telah terima hukum karma.
        Ayah di penjarakan ...jika sabit kesalahan ayah akan terima hukuman...
        Ayah dah redha kerana itu semua kesalahan ayah padamu nak.

        Bila ayah kenangkan peristiwa kekejaman ayah pada Piah serasa
        hendak tercabut nyawa ayah di badan!

        Kalau dulu Piah meraung supaya dikasihani ayah
        tapi kini ayah yang meraung Piah!
        Hingga raungan ayah tiada siapa yang mendengar kecuali Tuhan.

        Kalau dulu Piah sakit ditendang ...
        Dihentak dan dilambung hingga jatuh
        terjelepuk berderai tulang belulang Piah
        tapi kini ayah setiap hari sakit sebagaimana
        Piah sakit macam itulah ayah sakit!
        Tulang belulang ayah ni rasa berkecai!
        Setiap malam ayah tak dapat tidur menanggung
        kesakitan yang amat sangat.

        Ayah terbayangkan kesakitan yang Piah alami
        di atas perbuatan ayah yang tidak perikemanusiaan pada mu Piah!
        Ayah menangis mengenangkan kezaliman ayah pada Piah.
        Hinggakan air mata ayah dah kering untuk ditangiskan kesalahan ayah
        pada Piah. Kesalahan ayah yang ayah sendiri tidak dapat maafkan!

        Apabila teringatkan Piah ...
        Ayah pasti,
        menangis pilu
        meraung kesakitan
        menyalahkan diri sendiri
        makan tak lalu tidur tak lena.

        Kini ayah sudah menerima pembalasan
        sebelum tiba di akhirat lagi.
        Sekarang ni ayah terima pembalasan dari Tuhan...

        Ayah kurus tak lalu makan
        mata buta kerana menangis
        bisu kerana meraung kesakitan

        Ayah redha jika apa pun hukuman dunia
        yang patut dikenakan kepada ayah
        dan ayah pasrah jika ayah di masukkan ke neraka
        tapi ayah mohon sangat-sangat agar Allah ampunkan
        semua kesalahan ayah padamu Piah! Ayah terlalu insaf kini..
        Ayah malu pada Tuhan kerana sesungguhNya Dia Maha Penyayang
        pada hambanya tapi ayah tiada sedikitpun ada sifat kasih sayang
        pada Piah malah menzalimi Piah!
        Ya Allah ampunkan kezaliman yang telah kuperbuat kepada anakku Piah!
        Terimalah taubatku ini Ya Allah!
        Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
        Jika Kau mengambil nyawaku waktu ini aku dah redha tapi izinkan
        aku bertemu dengan anakku Piah kerana aku ingin memohon maaf padanya dan memeluknya dengan kasih sayang yang selama ini tidak kulakukan ketika dia hidup di dunia ini.
        Ya Allah Kau Perkenankan permintaanku ini.
        Amin Ya Rabbal A'Lamin.

        Karya: Rha NS
        9 Julai 2011

        Yesterday at 7:45am · 

      • Rabeah Mohd Ali PIAH MAAFKAN IBU!

        Piah...
        Maafkan ibu...
        Pemergiaan Piah masih lagi terkesan di hati ibu.
        Luka Piah...Lukanya terlalu mendalam!
        Luka yang ditanggung ibu tiada kesembuhan!

        Semasa ibu terima berita kematian Piah yang tragis
        pada hari itu rasanya bagai nak kiamat dunia ini!
        Langit seolah-olah menghempap ibu.

        Ibu tidak sangka sama sekali kenapa ini harus terjadi?
        Mana ibu sangka ayahmu berubah sikap menjadi sekejam
        itu? Yang ibu tahu... dia begitu prihatin pada Piah.
        Itu cuma sandiwaranya saja.
        Sangkaan ibu meseleset sama sekali!
        Di hadapan ibu dia layan baik Piah
        tapi di belakang ibu dia lakukan sekejam itu.
        Ibu tak sangka Piah...!
        Benar-benar tak sangka kenapa ini harus terjadi.

        Maafkan ibu Piah.
        Semalaman ibu menangis pada hari kematian Piah.
        Jenazah Piah ibu peluk erat-erat sambil mencium
        pipi Piah yang sejuk itu.
        Pipi Piah disimbahi dengan air mata kekesalan ibu.

        Piah...kesalnya ibu ketika itu hanya Allah saja yang tahu.
        Kesal kenapa ibu tidak memberi kasih sayang yang sepenuhnya
        pada Piah di kala Piah hidup.

        Ibu salahkan diri ibu Piah!
        Betullah apa yang Piah kata kasih sayang
        yang hendak dicurahkan sudah terlambat.
        Ya... sudah terlambat Piah!

        Selama ini ibu sibuk mencari wang untuk menyara hidup kita
        sekeluarga. Sebab itu ibu hantar Piah pada nenek untuk
        jaga Piah. Cuma sebulan sekali menjenguk Piah di kampung.

        Ayahmu yang bekerja ikut suka hatinya sebagai pembantu
        kedai runcit manalah cukup menanggung perbelajaan untuk
        hidup di kota raya ini.

        Tidak sangka pula perkara ini berlaku ketika Piah bercuti
        sekolah. Ibu ingat nak bawa Piah pergi ke Zoo Negara
        tapi belum sempat hajat ibu hendak membawa Piah jalan-jalan
        ke Zoo Negara... begini pula jadinya.

        Kalaulah ibu tahu akan ini jadinya...takkan ibu ambil Piah
        di kampung! Tapi manalah ibu tahu Piah...apa yang sudah tertulis
        dalam Qada dan Qadar. Piah pergi tinggalkan ibu dengan cara
        yang menyayatkan hati ibu...dan menyayatkan hati semua orang.

        Piah anak yang baik Piah!
        Kelahiran Piah tidak pun menyusahkan ibu...
        Tapi ibu yang tak tahu bersyukur dengan Kurniaan Allah
        pada ibu mengurniakan anak sebaik Piah.

        Kalau bolehlah diulangkan masa...
        Mahu ibu pelihara Piah sebaik mungkin!
        Menjadi ibu yang bertanggungjawab dan
        menyayangi Piah ikhlas sepenuh hati
        kerana Allah Taala.
        Tapi itu cuma illusi yang tak akan menjadi kenyataan!
        Maafkan ibu Piah!

        Semenjak Piah tinggalkan ibu...
        Tiada bererti lagi hidup ibu.
        Hari-hari yang dilalui hambar
        dan penuh kekecewaan.

        Gambar Piah sentiasa di sini ibu.
        Bila rindu ibu cium gambar Piah
        seolah-olah ibu cium pipi Piah.
        Alangkah bahagianya jika ibu lakukan
        kasih sayang ini ketika Piah hidup?
        Benarlah kata Piah, ibu sudah kelewatan
        untuk memberi kasih sayang.
        Inilah yang ibu tanggung akibat melalaikan
        kasih sayang pada Piah anak yang terlalu baik!

        Piah...
        Ibu benar-benar rindukan Piah!
        Barulah ibu faham perasaan Piah yang selama ini
        ingin dimanja dan dibelai tapi ibu saja buat-buat
        tak faham. Kejamnya ibu pada Piah!
        Kasihan Piah tidak dapat mengecapi kasih sayang
        dari ibu dan ayah.

        Ibu dan ayah telah terima hukum karma.
        Ibu dan ayah telah terima pembalasan dari Allah
        akibat menzalimi anak sendiri.

        Piah...
        Ibu tahu Piah telah aman di Sana.
        Memang patut Piah berada di Syurga
        tempat yang penuh kasih sayang suci...
        murni sesuci tempatNya balasan yang Allah
        berikan kepada hamba yang dicintaiNya.

        Piah...maafkan ibu...
        Doakan agar Allah ampunkan dosa ibu yang lalai
        memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

        Ya Allah ampunkan kesalahanku yang telah
        kulakukan kepada anakku yang tidak berdosa.
        Izinkan aku bertemu dengannya di SyurgaMu nanti.
        Mahu kutebus segala kerinduan dan kasih sayang
        yang sepatutnya kulakukan di masa hidupnya.
        Ya Allah tolonglah perkenankan doa hambamu ini.
        Amin Ya Rabbal A'Lamin.

        Karya: Rha NS
        9 Julai 2011

        Yesterday at 7:51am · 

      • Rabeah Mohd Ali HUKUM KARMA PASTI MENANTI!

        Kerna bukan kita
        yang menyeksa si polan
        itu sudah hukum karma
        buat aniaya orang pasti terima hukuman
        bukan kita yang menghukum
        perbuatan kejamnya sendiri yang menghukum
        hukum karma
        satu yang pasti
        satu yang realiti

        justeru jauhkan menyiksa insan
        kerna hukuman karma pasti menanti!

        Karya Rha NS
        14 Febuari 2012

        Yesterday at 7:55am · 



      • Rabeah Mohd Ali PEPOHON IMAN IDAMAN

        Ingin kusemai benih-benih cinta iman
        agar pabila bertunas nanti
        segar di sinari cahaya iman
        akarnya menjadi pasakkan
        iman yang kukuh
        bercambah akar
        merata tempat
        dalam senyap.

        Merimbunlah dikau
        tunas-tunas cinta keimanan
        menjadi pepohon rendang
        dewasa dalam keindahan iman
        rimbunan dedaun menghijau
        saujana mata memandang.

        Dedaunanmu merimbun
        ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
        melentok-lentok sambil mengalunkan
        Zikir Munajat memuji Tuhannya.

        Lambaian zikirmu padaNya
        membuatkan aku terkesima
        dalam rindu mendalam padaNya
        aku mencemburuimu kerana
        hidupmu tiada lain kecuali
        berbakti pada Tuhanmu
        dan menabur jasa
        pada penghuni bumi.

        Bertambah mengindahkan lagi
        pepohon iman itu
        berbunga gugusan kuntum bunga
        memukau panorama…
        Wangian bunga pepohon iman
        dapat dihidu di seluruh benua
        tiada apa yang dapat diucapkan
        melainkan SUBHANALLAH!

        Setelah habis musim bunga
        tiba masanya pepohon iman berbuah
        gugusan buah yang lebat
        memenuhi pepohon iman
        terkesima mata memandang.

        Gugusan buah pepohon iman
        kini sudah ranum
        sedia untuk dijamah
        penghuni bumi,
        “Makanlah buah pepohon imanku ini…
        Moga hidayah kasih meresap
        dalam roh dan jasadmu, itu doaku,”
        kata pepohon iman kepada penghuni bumi.

        Setelah penghuni bumi makan,
        sisa buah pepohon iman
        dilemparkan ke sungai deras
        mengikut derasan air terjun
        lalu terdampar ke hutan belantara
        di situlah bermulanya
        penghidupan baru
        kepada pepohon iman
        meneruskan kelangsungan
        hidup baru
        pasrah dan redha dengan
        asal kejadiannya!

        Karya: Rha NS
        26 Mei 2011

        Yesterday at 8:07am · 

      • Rabeah Mohd Ali SEORANG HAMBA DENGAN ILMU LADUNI

        Dia…
        kirim seorang hamba
        padaku di kala aku
        hampir rebah
        menyembah bumi.

        Hamba itu mempunyai
        jati diri
        berakar tunjang
        yang dipasakkan ke bumi
        lalu…
        lahirlah jutaan akar
        keilmuan berfakta keimanan.

        Kini aku bangun dengan
        sejuta keinsafan
        sejuta harapan
        untuk menggali ilmu
        dengan hamba kiriman
        Tuhanku Tuhannya.

        Moga niat hamba itu
        menyebarkan ilmu Laduni
        yang dimiliki anugerah
        dari Tuhannya
        kepada mereka yang terpilih
        diberi hidayah termakbul

        Berbahagialah mereka
        yang terpilih mendapat
        hidayah dari
        Tuhannya Tuhanku
        Tuhan Sekalian Alam.

        Karya: Rha NS
        17 Febuari 2011

        Yesterday at 8:14am · 

      • Rabeah Mohd Ali CINTA SEORANG WANITA SOLEHA

        Jika kau menyintaiku
        kau harus menyintai Allah lebih daripada segalaNya
        itu syaratnya

        Aku tidak mahu cinta berlandaskan sesuatu
        aku mahu cintaku dibalas kerana Allah

        Jangan kau durkai cintaku
        kerana cintaku suci dan murni

        Jangan kau persendakan cintaku
        kerana cintaku putih bersih
        seputih salji di gunung Himalaya

        Jika kau membalas cintaku
        kerana Allah
        kaulah cintaku dunia akhirat

        Jika sudah tercatat di Lauhmahfuz
        jodoh itu milik kita berdua
        akulah wanita yang paling bertuah!

        Dan izinkan aku menjadi isteri mu di dunia ini
        dan menjadi salah seorang bidadari yang melayanimu
        di Syurga nanti!

        Hidup bahagia bersama dalam keredhaan Allah dan bila
        hari kematianku nanti kau redhai itulah impianku!

        Karya Rha NS
        21 Januari 2011

        Yesterday at 8:33am · 

      • Rabeah Mohd Ali ALLAH MERENCANAKAN SUATU CINTA BUATKU TAK BERSEDIH!

        Bila mataku dah pedih
        Hati dah sedih
        Cinta terluka adalah lebih pedih
        Justeru aku tak perlu bersedih
        Dengan cinta terluka buatku sedih
        Kenapa cinta lahir dari hati bertukar pedih?
        Bilang sama aku kenapa kau membuat aku sedih?
        Perpisahan buat kusedih
        Jika kutahu begini peritnya cinta sedih
        Takkan kuterima cinta mu yang bikin ku sedih
        Biarpun air mataku kering kerna bersedih
        Aku takkan bersedih
        Setelah cukup hatiku pedih
        Mungkin ada hikmatnya cinta yang sedih
        Kerna Allah merencanakan suatu cinta buatku tak bersedih!

        Karya Rha NS
        1 Mac 2012

        Yesterday at 8:36am · 

      • Rabeah Mohd Ali SYUKUR SEORANG WANITA

        Subuh yang hening begini…
        Seorang wanita sujud padaNya
        dengan esakkan tangis pilu
        penuh penghambaan
        “Ya Allah sejak dulu hingga kini
        aku memujiMu… Kau mengujiku
        hinggakan aku pasrah dengan ujianMu.

        Aku melakukan setiap kebajikan dengan harapan
        Kau membalas cintaku
        dari dulu hingga kini aku diuji olehMu
        aku tidak kuat Ya Allah!
        menghadapi ujian dariMu dari segenap penjuru…

        Ya Allah berilah aku ketabahan
        hadapi ujianMu ini.

        Ya Allah berilah aku peluang untuk melakukan
        segala kebajikan yang Kau sukai
        sebelum aku bertemu denganMu
        tolonglah Ya Allah! Tolong Perkenankan!

        Biarpun sekelumit cinta yang Kau balas
        akulah hambaMu yang paling bertuah dan bahagia.

        Kini baru aku faham
        mengapa Kau uji aku begini hebat!
        Kalau diberi pilihan ujian atau nikmat ilmu yang diberi
        aku redha dengan ujian yang Kau beri jika dibandingkan
        dengan nikmat ilmu tanda kasih dariMu untukku.

        Syukur aku Ya Allah!
        Syukur aku kerana dipilih untuk diuji dan
        diberikan nikmat ilmu tiada batas untuk aku
        mengutip dan menyebarkannya sebelum aku
        bertemu denganMu!

        Karya Rha NS
        4 Jan 2011

        23 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali Cinta Oh! Cinta

        Cinta...
        Tak perlu kau hadir
        jika sengaja membuatku
        terluka dan berduka.

        Cinta…
        tak perlu kau hadir
        sekadar cuma singgah
        di hati lalu pergi
        mencari cinta lain.

        Cinta …
        Hadirlah dikau
        menyinari hatiku yang
        mendung ditutupi awan kelabu
        membuatkan aku tersenyum
        kupandang langit bulan pun
        senyum padaku.

        Cinta...
        kau hanya perlu hadir
        untuk aku
        mengingatiNya
        bersujud padaNya
        mensyukuriNya
        menyintaimu keranaNya
        mencintaiNya mengatasi segala
        di bumi di langit.

        Cinta Oh! Cinta

        Mencari cinta Allah
        adalah cinta yang diburu
        mendapat cinta Allah
        adalah cinta yang dinanti
        kekasih awal dan akhir
        adalah Tuhanku
        Syurga bukti cintaNya!

        Karya: Rha NS
        17 Januari 2011

        Email This

        23 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali KAU YANG KUCINTA

        Kali pertama jatuh cinta denganMu
        hati rasa terharu!
        Terasa damai! Tenang! Aman

        Hari-hari dilalui disinari dengan cahaya
        cahaya yang dipercayai
        dalam sanubari dalam lubuk hati
        MenyanyangiMu… MencintaiMu
        adalah satu anugerah dariMu
        yang paling berharga dalam hidup ini
        Syukur Alhamdulillah

        Karya: Rha NS
        25 Januari 2011

        23 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali YANG AKU CARI

        Yang aku cari sahabat akhirat
        bukan kawan dunia.

        Kenapa?
        Apa bezanya
        sahabat akhirat dengan kawan dunia?

        Memang banyak bezanya
        seperti langit dengan bumi.

        Apa maksudnya?
        Kawan dunia membuat hati jadi leka
        sahabat akhirat menjadi
        penghubungku ke akhirat.

        Hidup semuanya
        berdasarkan akhirat
        kerana mahu tidak mahu
        hidup di dunia
        akan menuju akhirat.

        Sebab itu pentingnya
        sahabat akhirat
        menjadi pendampingku
        agar hidup ini
        terarah ke akhirat.

        Ya Allah kami bersahabat
        dan bertalisiraturrahim
        semuanya keranaMu
        agar kami saling ingat
        mengingat tentang negeri
        yang kekal abadi
        negeri akhirat.

        Selagi nafas ini
        dipinjamNya
        hari-hari fikirkan akhirat
        hari ini apa yang terlalai.

        Selalu salahkan diri sendiri
        kenapa aku masih lalai?
        Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
        Kenapa tak mahu berubah?
        Sedangkan negeri akhirat
        selangkah lagi akan kutempuhi
        aku tidak mahu
        penyesalan tanpa tertebus!

        Amat malang kiranya
        sampai ke negeri akhirat
        tanpa amalan yang dikira
        di sisi Allah Taala dan kalau
        ada amalan tetapi ditolak
        tanpa disedari
        rugi juga
        yang penting setiap
        amalan ikhlas
        kerana Allah Taala.

        Ya Allah terimalah amalanku,
        ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
        dan orang-orang Islam samada hidup
        dan yang telah meninggal dunia.
        Amin Ya Rabbal A’ lamin.

        Karya Rha NS
        26 Januari 2011
        Posted b

        23 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali SENYUMAN

        Senyuman kelat
        ada kedukaan terselindung

        Senyuman sinis
        ada iri dalam hati.

        Senyuman ceria
        ada kegembiraan dirasai

        Senyuman manis
        ada keikhlasan
        ada pahala

        Bila tiada senyuman
        hidup ibarat
        malam tanpa bintang
        kesunyian…
        kesepian…
        menjadi teman setia
        yang tidak membahagiakan
        hidup insan yang ingin bahagia

        Karya Rha NS
        17 Januari 2011

        23 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali TOLONG TARBIYAHKAN AKU

        Teman…
        Tolong tarbiyahkan aku
        jika aku lupakanmu
        kerana aku mahu
        bertalisiraturrahim denganmu.

        Teman…
        Tolong tarbiyahkan aku jika
        bicaraku menyinggung hatimu
        kerana aku adalah teman sejatiku.

        Teman…
        Tolong tarbiyahkan aku
        jika aku sombong padamu
        kerana aku tidak mahu
        menjadi bongkak sombong.

        Teman...
        tolong tarbiyahkan aku
        jika aku tergolong
        orang yang riak
        kerana aku takut
        Tuhan membakar amalanku
        lalu campakkan aku
        ke neraka jahannam
        nauzubillah.

        Teman…
        tolong tarbiyahkan aku
        jika aku terlalai daripada
        Mengingati Allah
        Memuji Allah
        MengagungkanNya
        di sebilang masa dan ketika
        kerana aku mahu mati
        dalam kalimah Syurga
        LaaillhailAllah
        Tiada Tuhan Kecuali Allah.

        Karya Rha NS
        21 Febuari 2011

        23 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG TAHAN DIUJI

        Merah itu warna
        Warna itu merah
        Merah itu darah
        Darah itu pekat
        Jangan buat naik darah
        Jangan buat darah menyirap
        Kerna itu punca darah tinggi
        Punca cepat mati

        Darah....darah....darah..
        Merah...merah...merah...

        Engkau marah
        Aku marah

        Api pun menyala-nyala
        Hati terbakar
        Terbakar segala amalan

        Perang mulut
        Semua keluar apa dipendam di hati
        Bagaikan memuntahkan lahar membara-bara

        Menggelegak-gelegak merah menyala-nyala
        Kata berdasarkan nafsu hati yang tak takut mati
        Macam hidup seribu tahun lagi

        Pabila orang diperang tewas tersungkur
        Suka...gelak kerana menang besar
        Tapi tak tahu hukum karma menanti pasti

        Api menyala-nyala
        Menggelegak bagaikan bara
        Rasalah balasan api neraka akibat marah tanpa usul periksa!

        Justeru samalah kita tarbiyah diri sendiri
        Supaya tidak marah-marah
        Supaya sabar atas dugaanNya
        HambaNya yang tak henti diduga
        Allah sayangkanNya

        Moga kita terpilih menjadi hambaNya
        Yang tahan diuji
        Diterima dalam redha
        Demi mendapat redhaNya
        Tika hidup dan mati
        Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Rha NS
        1 Mac 2012

        23 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali TERPATRI KASIH DI ANTARA KITA KERANANYA

        Wajahmu setenang air di kali
        Hatimu sesejuk salju
        Bersahabat denganmu rasa tak jemu
        Lalu terus merindu selalu
        Kerna kita saling menghargai apa adanya
        Saling menjaga hati
        Saling menghormati
        Saling mengasihi demiNya
        Agar tersinar kasihNya
        Padamu padaku
        Makanya kitalah rakan paling sejati
        Terpatri kasih antara kita
        Dari dunia bawa ke Syurgawi
        Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya Rha NS
        1 Mac 2012

        23 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali ILMU TIKA DIAJAR DI LIANG LAHAD

        Insan hatinya lembut...selembut salju
        Jiwanya tenang setenang air di kali
        Kata-kata yang indah selembut salju
        Bicara yang sopan setenang air di kali
        Makanya ilmu tertusuk di kalbu
        Mendengar tanpa jemu
        Tanpa ada hati terluka
        Siapa pun kamu meyampaikan ilmu
        Sampaikanlah dengan kata-kata untuk mendidik
        Bukan untuk mengajar
        Kerana ilmu mendidik lahir dari hati
        Ilmu mengajar kerna mereka terlebih tahu
        membuatkan mereka sepikan ilmu tidak mahu ambil peduli...

        sama-sama memburu ilmu
        sama-sama meminati ilmu
        tanpa jemu
        sampai mati
        sampai ke liang lahad

        ilmu tika diajar di liang lahad
        jika dijawab dengan yakin
        Insya-Allah lulus ilmu yang diamalkan tika di dunia...

        Karya Rha NS
        28 Febuari 2012

        23 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali Kita datang tanpa harta dan pulang pun tanpa harta...apalah hendak dikisahkan dengan harta dan pangkat di dunia ini...ada harta kita syukur tak ada redha dalam syukur..dan apa-apa pun semuanya syukur kerana masih diberi peluang untuk membawa bekalan ke negeri pasti...
        23 hours ago · 

      • Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur Amiiin YRA
        Powered by Telkomsel BlackBerry®

        23 hours ago via  ·  ·  1

      • Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur Nasrumminallohi.....
        Powered by Telkomsel BlackBerry®

        22 hours ago via  ·  ·  1

      • Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur Surga dibawah telapak kaki ibu......Yang Ada Ibu Pertiwi ......
        Powered by Telkomsel BlackBerry®

        22 hours ago via  ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali APA YANG DIMAHU ADALAH REDHANYA DAN CINTANYA

        Kasihkan Allah SWT Kasih Yang Teratas
        Kasihkan Nabi Muhammad SAW sentiasa bertahta di hati
        Kasihkan Raja hingga ke hujung nyawa
        Kasihkan rakyat melebihi kepentingan sendiri
        Kasihkan negara nyawa jadi taruhan
        Semuanya dikasihi dan diperjuangankan adalah keranaNya
        Apa yang dimahukan adalah redhaNya dan cintaNya

        Karya Rha NS
        2 Mac 2012

        22 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali PANTUN NUR HIDAYAH KASIH

        Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
        Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
        Di mana saja Kau tak kulupa,
        CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.

        Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
        KuasaMu mengatasi segala yang ada;
        Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
        Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.

        Maha Suci Allah,
        Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
        Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
        Aku pasrah atas segala ketentuanNya.

        Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
        Dari lubuk hati bawa ke mati;
        Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
        Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.

        Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
        Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
        Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
        Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.

        Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
        Janji Allah semuanya benar;
        Tetapi manusia melupakan Allah,
        Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.

        Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
        Kurindumu terbawa dalam mimpi;
        Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
        Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.

        Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
        Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
        Kasihmu pada kami akan terpatri,
        Dunia dan akhirat menjadi saksi.

        Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
        Air wuduk disapukan ke wajahku:
        Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
        Aku bersyukur dalam sujudku.

        Di bumi ini aku bersujud padaNya,
        Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
        Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
        Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.

        Tika aku bersujud padaMu,
        Serasa Kau hampir denganku;
        Kubersujud penuh kusyuk,
        Moga Kau terima solatku.

        Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
        Kusahut panggillan Mu pabila sampai waktu;
        Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
        Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.

        Berzikir memujiMu mengundang rindu,
        Semakin kulafaz DzatMu meresap di qalbu;
        Rohku syahdu dalam sendu,
        Jasadku bersyukur dalam qalbu.

        Membaca KalamMu hatiku pilu,
        Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
        Seolah berada di Taman SyurgaMU,
        Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.

        Setelah solat kuberdoa padaMu,
        Mohon Kau perkenankan doaku;
        Kuterus merayu dalam doaku,
        Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.

        Di pagi yang hening ini,
        Munajatku dengan linangan air mata;
        Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
        Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.

        Al-Quran sentiasa di sampingnya,
        Dibaca berulang kali tanpa jemu,
        Setiap surah dihafal dalam mindanya,
        Menjadi peguam bela di kuburmu.

        Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
        Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
        Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
        Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.

        Wajah berseri bak penghuni Syurga,
        Senyuman ikhlas menawan iman;
        Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
        Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.

        Ceriakan hidupmu setiap hari,
        Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
        Setiap hari saling ingat mengingati,
        Hingga ke mati dikenang jasamu.

        Duhai yang dihormati sahabatku,
        Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
        Moga ilmumu mengusik qalbu,
        Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.

        Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
        Kasih sayangMu tidak terbatas;
        Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
        Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.

        Karya Rha NS
        31 Mei 2011

        22 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali NUR KAU PEMBUKA KHASHAF UNTUKKU MENCINTAINYA

        Nur datanglah dikau di persada hatiku...
        Agar terubat segala rindu
        Mengusir pergi segala ketandusan iman

        Nur kau sentiasa kuharapkan
        dalam rindu dalam bayangan suci
        kau mensucikan jiwa-jiwa yang
        kelam dalam derita sepi

        Nur kau membuatkan aku bersujud padaNya
        dalam rindu serinduNya dan aku bersyukur padaNya
        kerana Mengurniakan aku Nur untuk menerangi
        imanku yang kelam berjerubu membuka
        khashaf tentang cintaNya!

        Rha NS
        7212

        22 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali KALBUKU HANYA TERPANA DZAT CINTANYA

        Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
        Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
        Beruntunglah para pencintaNya,
        MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.

        MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
        Degupan jantung seiring zikir padaNya;
        Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
        Hidup dan mati hanyalah untukNya.

        Hidup dan mati hanyalah untukNya,
        Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
        Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
        Bertahta di hati hanya cintaNya.

        Bertahta di hati hanya cintaNya,
        MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
        Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
        Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang.

        Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
        Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
        Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
        Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.

        Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
        Apalah erti hidup ini,
        Jika Kau menolak cinta sedihnya,
        Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.

        Sedihnya aku muhasabah diri sendiri,
        Aku hambamu yang banyak kelalaian;
        Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
        Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.

        Pengampunanmu sentiasa kuharapkan,
        Kan kuperbaiki segala yang kurang;
        Kulakukan demimu Ya Tuhan,
        Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang.

        Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
        Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf CintaMu;
        Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang,
        Tiada apa yang lebih bermakna jika kumiliki Khashaf CintaMu.

        Tiada apa yang lebih bermakna jika kumiliki Khashaf CintaMu,
        Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
        Kalbuku tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
        Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.

        Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
        Mulianya kalimah SyurgaMu:
        LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
        Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
        Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya: Rha NS
        26 Julai 2011

        22 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali DUHAI KEKASIH HATIKU!

        Kekasihku…
        Bila aku alpa
        memujiMu
        terasa terhenti nafasku!

        Bila aku menyebut NamaMu
        segala jiwaku hidup!
        jantungku berdegup kencang!
        terasa Kau hampir denganku.

        Tika aku membaca KalamMu
        terasa damainya hati
        rinduku membuak-buak
        untuk bertemu denganMu

        Tika aku sujud padaMu
        jasad dan rohku syahdu dalam
        linangan air mata keinsafan atas
        ketaksupan aku pada dunia
        yang melalaikan
        aku daripada…
        MengingatiMu
        MemujiMu
        MengagungkanMu.

        Terimalah aku menjadi
        kekasih setiaMu
        di dunia ini! Juga di akhirat!
        Amin Ya Rabbal A’lamin

        Karya: Rha NS
        26 Julai 2011

        22 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali PILIHLAH AKU MENJADI CALON SYURGAMU

        Aku tak layak masuk SyurgaMu
        tapi aku tak mahu masuk nerakaMu
        Ya Allah...
        aku ingin sangat mengecapi nikmat SyurgaMu
        tapi aku ngeri dengan azab nerakaMu
        pilihlah aku menjadi calon SyurgaMu
        justeru berilah aku hidayah
        agar aku sentiasa beramal
        yang Kau terima amalanku
        yang membolehkan menjadi
        calon SyurgaMu
        jauhkan aku perkara
        yang menyebabkan aku
        masuk nerakaMu
        belas kasihanlah padaku
        Ya Allah aku hamba yang hina
        yang selalu alpa dan terlalai
        dengan keasyikkan dunia
        tolong ingatkan aku Ya Allah
        agar lidahku sentiasa berzikir
        mengingati saat-saat sakaratulmaut
        izinkan rohku bertemu denganMu
        dalam keadaan tenang dan
        Kau redhai ketika
        hidup matiku
        pilihlah aku menjadi
        calon SyurgaMu
        Amin Ya Rabbal A’lamin

        Karya Rha NS
        25 Januari 2011

        21 hours ago ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali ALLAH ITU MAHA INDAH

        Allah Itu Maha Indah.
        Seindah 99 namaNya.
        Semerdu KalamNya
        tak jemu dibaca berulang-ulang kali.

        Apabila menyebut namaNya
        bergetar hati meruntun jiwa.
        Apabila tidak menyebut namaNya
        hati pilu seperti ditusuk sembilu pilu.
        Apabila membaca KalamNya
        wangian cintaNya meresap dalam
        roh dan jasad terus merinduiNya
        menanti dan menunggu untuk
        bertemu denganNya.
        Moga terpilih menjadi kekasihNya.
        Amin. Ya Rabbal A’Lamin.

        Karya Rha NS
        26 Mac 2011

        21 hours ago ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali ADAKAH DEGUPAN JANTUNG SEIRING ZIKIR PADANYA


        Ya Allah …
        Baru kini aku tahu
        betapa besarnya kuasa-MU
        menjadikan setiap jantung
        manusia berdegup sebanyak
        seratus ribu kali degupan sehari.
        Masya-Allah naifnya aku
        tentang kejadian ini.

        Aku terkesima dalam
        ketaksupan aku tentang
        Kebesaran-Mu ini
        aku meratapi diriku
        tentang berapa kali pula
        aku bertasbih pada setiap
        helaan nafasku pada-Mu
        jika hendak dibandingkan dengan
        seratus ribu kali degupan jantungku ini.

        Ya Allah aku malu dengan diriku sendiri
        kerana adakah aku tergolong hambaMU
        yang mengucapkan syukur setiap nikmat
        kehidupan yang Kau limpahkan padaku?
        Tolonglah aku Ya Allah jadikanlah hamba-Mu
        terpilih untuk mengucapkan syukur
        dengan berzikir pada-Mu di sebilang masa
        dan seketika selagi nafasku Kau pinjamkan!
        Biar degupan jantungku ini bermanfaat
        untuk roh dan jasadku ini selagi hayat
        di kandung badan.
        Amin Ya Rabbal A’ lamin

        Karya : Rha NS
        13 Mac 2011

        21 hours ago ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali KEBESARANMU TUHAN KUASAMU MENGATASI SEGALANYA

        Sang Matahari setiap hari
        ego dengan kekuasaan yang dimiliki.
        Menyinari bumi
        tanpa sinarnya,
        bumi ini akan bergelap!
        tanpa sinarnya kehidupan
        penghuni bumi tergendala,
        ini membuatkan Sang Matahari ego!

        Sinarnya amat dinantikan penghuni bumi…
        Kerana terlalu sombong dengan keterikkan sinarnya itu,
        kehadiran Sang Pelangi diperkecilkan,
        ” Sang Pelangi kau tak perlu muncul kerana
        kehadiranmu tidak diperlukan penghuni bumi…
        cahayaku sudah cukup menerangi penghuni bumi,”
        kata Sang Matahari dengan egonya.
        “Walaupun aku tidak diperlukan tapi kehadiranku dapat
        memukau mata si penghuni bumi kerana warna
        warni pelangiku yang cantik,” kata Sang Pelangi
        membela dirinya.

        “He… setakat cantik , selepas itu hilang… tiada
        gunanya Sang Pelangi… hahaha … kau tengok aku
        sentiasa bersinar tanpa henti, penghuni bumi
        sentiasa perlukan aku!” kata Sang Matahari
        penuh ego.
        “Aku hadir atas kehendak Tuhanku,
        Aku hilang pun atas kehendak Tuhanku,
        dan aku redha asal kejadianku Sang Matahari,”
        kata Sang Pelangi penuh kesyukuran.
        Bersyukur kepada Tuhan yang menciptanya.

        Pada hari Jumaat bertarikh 27 Mei 2011
        pada pukul 1.15 tengahari keadaan telah
        menundukkan Sang Matahari yang ego selama ini,
        apabila Penciptanya menunjukkan kuasaNya
        kepada Sang Matahari yang selama ini ego
        dengan kekuasaannya, apabila Sang Pelangi
        mengelilingi Sang Matahari dan Dikirimkan
        juga bulatan cahaya yang lebih bersinar daripada
        Sang Matahari!
        Sang Matahari hilang egonya… dia bertaubat
        kepada Allah kerana selama ini dia sombong
        kepada Sang Pelangi dan Penghuni Bumi.
        Sehebat mana pun Sang Matahari tidak boleh
        menandingi kehebatan Yang Mencipta
        kewujudannya !

        Karya Rha NS
        15 Jun 2011

        21 hours ago ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali ANAI-ANAI PUN BERJASA

        Setiap helai daun yang gugur
        di muka bumi ini …
        Semuanya dalam hitungan
        Allah Taala.

        Allah jadikan anai-anai untuk
        mereputkan daun-daun
        dan dikitar semula semata
        mengindahkan bumi agar
        penghuni bumi dapat diami
        tanpa timbunan daun-daun.

        Masya-Allah! Anai-anai yang
        sekecil pun berjasa kepada bumi
        kenapa tidak kita?
        Moga kita terpilih untuk mengindah
        dan mengamankan bumi ini...

        Barulah suara alam tidak
        meraung lagi seperti mana
        berlakunya tsunami tanda
        protesnya alam pada penghuni
        bumi yang durjana!

        Karya Rha NS
        14 Mac 2011

        21 hours ago ·  ·  1

      • Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur amiiin yra barokatulloh
        21 hours ago ·  ·  2


      • 21 hours ago ·  ·  2
      • Rabeah Mohd Ali SABDA ALAM

        Sabda Alam:

        Penghuni bumi pasti
        Gempar!
        Takut!
        Cemas!
        Kehilangan harta...
        Kecederaan...
        Kematian...

        Sabda Alam:

        Gunung berapi dasar lautan meletus
        Menjadi ganas! Menakutkan!
        Memuntahkan
        Batu-batu
        Debu-debu hitam
        Menggegarkan ledakan gunung berapi dasar lautan
        Letusan bertalu-talu
        Memuntahkan lahar
        Kepulan asap dan debu menyelebungi awan
        Memuntahkan keluar terus menerus dari dalam perut laut.

        Alam terus mengganas!
        Alam memprotes!

        Sabda Alam:

        Pergerakan plat lautan turun naik
        Berlakulah gempa bumi
        Sekumpulan ombak besar begulungan
        Menghempas ke pantai
        Berlakulah tsunami
        Tsunami yang maha dahsyat!

        Sabda Alam:

        Bumi bergegaran
        Gegaran sedahsyatnya
        Bumi mengeluarkan segala isinya
        Angin ribut mengandungi batu
        Angin taufan menggerunkan!
        Ribuan manusia tertimbus!
        Melenyapkan mereka di muka bumi.

        Sabda Alam:

        Banjir besar datang melanda
        Air melimpah ruah
        Tak tahu kehadirannya dari mana
        Mana datangnya dan ke mana arahnya
        Menenggelamkan nyawa dan harta benda

        Allah membuka pintu langit
        Air tercurah
        Bumi memancarkan mata air
        Alam patuh akan perintah PenciptaNya
        Menenggelamkan penghuni bumi yang zalim!
        Sebagai balasan dari Tuhan
        Di atas perbuatan manusia
        Tidak tahu fungsi alam dihadirkan di muka bumi ini!

        Sabda Alam
        Berlaku Kiamat

        Bumi digulungkan
        Manusia berterbangan bagaikan belalang
        Bertempiaran lari tak tahu ke mana
        Terperangkap di ambang maut!

        Sabda Alam:

        Alam kubur itu pasti!
        Kiamat itu pasti tiba!

        Karya: Rha NS
        14 Julai 2011
        21 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI

        Tidurku lena yang panjang;
        Terkeduku bila terjaga dari lena;
        Aku menyesal memanjang,
        Alam barzah menantiku dari lena.

        Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
        Air mata penyesalan sudah tiada erti;
        Lenaku di dunia membawaku ke sini,
        Alam barzah yang sedia menanti.

        Datang ke sini tanpa bekalan,
        Aku menyesal terlepas peluang;
        Peluang yang diberiNya kubiarkan,
        Matilah aku dalam bekalan yang kosong.

        Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
        Mahuku berbuat segala amalan;
        Berbuat baik pada Allah jua manusia,
        Agar dapat kutebus segala penyesalan.

        Tapi apakan daya nasibku malang,
        Aku yang menempah nasibku begini;
        Bukan Allah tidak memberiku peluang,
        Ketika hidup aku orang yang rugi.

        Menyesal aku sendiri,
        Merana aku sendiri;
        Kini aku menyendiri,
        Alam barzah meranaku sendiri.

        Oh! Tuhan di pagi Jumaat yang mulia dan penuh berkat ini
        Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
        peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
        Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
        Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
        Amin Ya Rabbal ALamin.

        Karya Rha NS
        2 Mac 2012 (Jumaat)
        21 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali PANTUN BEKALAN HIDUP

        Seratus ribu kali sehari jantung berdegup,
        Berapa kali pula hati berzikir;
        Daripada bercakap kosong baiklah senyap,
        Itu tandanya orang berfikir.

        Hendak tidur tidurlah mata,
        Moga esokkan dirahmati;
        Ilmu dicurah bagaikan permata,
        Moga di Sana terus diberkati.

        Duhai saudara janganlah bimbang,
        Kudoakan hidup matimu diredhai;
        Dakwah dan tintamu menjadi lambang,
        Itu tandanya ilmumu dirahmati.

        Seratus ribu kali sehari jantung berdegup,
        Setiap nafas adakah zikir untuk-Nya;
        Itulah bekalan di masa hidup,
        Dihitung di akhirat sebagai penyelamatnya.

        Bersatu hati atas tali Allah,
        Menyebarkan dakwah kerana cinta pada-Nya;
        Melalui pena kita berdakwah,
        Moga di akhirat menjadi bekalannya.

        Syukur sungguh mendapat sahabat,
        Sahabat akhirat menyatukan hati;
        Matlamatnya sama untuk bekalan akhirat,
        Bila berpena harus berhati-hati.

        Hidup ini cuma sementara,
        Bila tiada hilanglah semuanya;
        Hanya tinggal semangat membara,
        Tanda kasih pada yang hidup untuk selamanya.

        Kasihku pada pembaca melebihi diriku,
        Kalian adalah penyambung dunia akhiratku;
        Apa kesalahan maafkan daku,
        Sepotong doamu penyeri akhiratku.

        Bicara tentang Allah tiada penghujungnya,
        Seperti berada di Taman-Taman Syurga;
        Tenangnya jiwa selamanya,
        Tutur katamu bak penghuni Syurga.

        Cinta pada Allah seutuhnya,
        Wangian cinta mendapat redha-Nya;
        Berkasih sayang hanya kerana-Nya
        Seperti berada di Taman Syurga-Nya.

        Wajah berseri mendapat hidayah,
        Rasakan dunia tak ke mana;
        Hati terpaut hanya kepada Allah,
        Moga diredhai bila ke Sana.

        Kutinggalkan ilmu bukan untuk dibanggai,
        Hanya semata kerana Allah dicintai;
        Biar pembaca mendoakan kunanti,
        Sebar luaskanlah hasil penaku ini.

        Sama-sama mencari cinta Allah,
        Di alam maya kita disatukan;
        Saling bertarbiyah kerana-Mu Ya Allah,
        Balaslah cinta kami itulah yang diaminkan.

        Berbaik sangka sesama sendiri,
        Sahabat akhirat sahabat sejati;
        Amalan riak memakan diri,
        Saling ingat mengingati menuju mati.

        Orang bijak ingat mati,
        Semasa hidup muhasabah diri;
        Di dalam kubur tidak sendiri,
        Amal ibadat peneman diri.

        Teman baik saling muhasabah diri,
        Saling mengingati di hari mati;
        Hatimu luhur hidup menerangi,
        Moga amalan berkekalan hingga ke mati.

        Karya Rha NS
        14 Mac 2011
        21 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali PANTUN MUHASABAH DIRI

        Orang bijak ingat mati,
        Setiap amalan fikirkan akhirat;
        Keikhlasan beramal itu dihajati,
        Tiada bererti melainkan saham akhirat.

        Upah dari manusia untuk dunia,
        Upah dari Allah untuk dunia akhirat;
        Orang dunia memburu upah hingga hujung dunia,
        Orang beriman memburu saham akhirat.

        Hati panas semua akan menjauhimu,
        Justeru sejukkan hatimu dengan wuduk;
        Akan terpancar ketenangan di wajahmu,
        Biasakan dirimu menjadi tawaduk.

        Biar miskin harta,
        Jangan miskin iman dan budi;
        Miskin harta orang tak kata,
        Kaya budi bawa ke mati.

        Bumi musnah angkara manusia,
        Kerana tidak menghargai bumi;
        Apabila bumi berbicara,
        Bencana datang menyembah bumi.

        Hidup adalah suatu pengambaraan,
        Pabila mati pengembaraan baru bermula;
        Amalan diredhai menjadi bekalan,
        Roh dan jasadmu tenang di alam Syurga.

        Rohmu tidur lena di kuburan,
        Lenamu tidur bagaikan ahli Syurga;
        Permandangan Syurga dilihat penuh kesyukuran,
        Berbahagialah dikau tidur dalam bauan Syurga.

        Ya Tuhan kucintamu bukan kerana SyurgaMu,
        Tapi ingin mendapat keredhaanMu;
        Tabahkan hatiku tidaklah jemu,
        MencintaiMu tika hidup hingga matiku.

        Jantung berdegup seratus ribu kali sehari,
        Kutangisi apabila tidak mengingatiMu;
        Ya Allah sinarkan hidayahmu kepada kami,
        Berzikir dalam senyap itu yang dimahu.

        Berzikir dalam senyap itu mahuku,
        Agar jantung berdegup seiring roh memujiMU;
        HambaMu yang hina ini merayu padaMu,
        Di akhirat nanti terimalah rayuanku.

        Ya Allah berilah aku peluang dan ruang,
        Untuk melakukan kebaikan yang Kau redhai;
        Jangan biarkan syaitan mengambil peluang,
        Mempengaruhi aku hingga ke mati.

        Aku cemburu orang mengingati Allah,
        Kenapa aku tidak begitu;
        Hati tenang mengingati Allah,
        Justeru aku mahukan begitu.

        Hidup memang menyilaukan,
        Kerana kita memerlukan kilauan iman;
        Balasan Syurga atas kesabaran,
        Itulah yang diharapkan orang beriman.

        Duhai kekasih Allah di cintai,
        Balaslah cinta kami ini;
        Pilihlah kami mendapat Syafaatmu nanti,
        Perjuanganmu sentiasa kami ingati.

        Betapa tulus cintamu kepada kami,
        Seharusnya kami balasi;
        Perjuanganmu kami tangisi,
        Shafaatmu di Mahsyar perkenankan nanti.

        Aku terpegun alam ciptaanMu,
        Kesyahduan pemandanganNya hatiku sayu;
        Subhanallah Maha KebesaranMu,
        Kekuasaan!Kebanggaan! Hanya milikMu.

        Allah Maha indah seindah 99 namaNya,
        Seindah dan semerdu KalamNya;
        Apabila menyebut namaNya bergetar jiwa,
        Pabila lupakanNya roh merintah jasad merana.

        Jiwaku meruntun membaca KalamNya,
        Wangian cintaNya meresap dalam roh dan jasadku;
        Terus menangis kerinduan padaNya,
        Balasan cintaNya amat kutunggu.

        Pandanglah aku di dunia ini itu mahuku,
        Wahai Tuhan Semesta Alam;
        Kutakut di akhirat Kau tidak memandangku,
        Tiada berguna tangisan seisi alam.

        Ya Allah berkatilah hidup kami,
        Berilah peluang dan ruang beramal keranaMu;
        Kami mahu bertemu denganMu dalam Kau redhai,
        Moga di akhirat nanti mendapat ihsanMu.

        Karya: Rha NS
        1 Mei 2011
        21 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH

        Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
        Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
        Bersahabat mereka impikan Syurga,
        Moga terpilih menjadi ahli Syurga.

        Tiada lebih berharga di dunia ini,
        Mendapat sahabat beroleh hidayahNya;
        Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
        Saling ingat mengingat dalam Nur KasihNya.

        Tiada diduga perkenalan kita,
        Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
        Moga saling berbaik sangka sesama kita,
        Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redhaNya.

        Bersahabat atas dasar kerana Allah,
        Saling berkorban untuk redhaNya;
        Berkorban biar dipandang Allah,
        Kupanjatkan syukur mendapat restuNya,

        Seorang sahabat hatinya tulus,
        Sentiasa ingat mengingati;
        Demi persahabatan suci ikhlas,
        Apabila tiada akan diingati.

        Duhai sahabatku Syaza Izani,
        Hidupmu seperti pelangi;
        Apabila bertutur setulus hati,
        Moga dikau menjadi sahabat sejati.

        Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
        Perkenalan kita tidak disengajakan;
        Moga persahabatan berkekalan,
        Dibalas Allah dengan keberkatan.

        Jangan dipendam segala perasaan,
        Sahabatmu ini sedia dengari;
        Pasti hidupmu tiada kesepian,
        Agar ceria hidupmu setiap hari.

        Ibumu sakit hatimu bimbang,
        Hatimu pilu bukan kepalang;
        Jasa ibumu takkan hilang,
        Kau jaganya dengan kasih dan sayang.

        Syaza Izani kalau itu bagai dikata,
        Akulah sahabat paling bertuah;
        Gembira hati tidak terkata,
        Ikatan persahabatan jangan mengalah.

        Kuucapkan salam perkenalan,
        Untukmu Mas Iman nanda angkat ku;
        Di alam maya kita disatukan,
        Senyumanmu menghiburkan hatiku.

        Mas Iman kau bagaikan anakku,
        Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
        Justeru sentiasa doakan ibumu,
        Budinya membawamu ke alam Syurga.

        Nandaku Mas Iman yang dikasihi,
        Balaslah cintanya kerana Allah;
        Kerana itu kau akan dihormati,
        Menjadi suami soleh dalam Rahmat Allah.

        Kita tak boleh menilai diri sendiri,
        Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
        Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
        Moga dikau menjadi insan terbaik.

        Tiga sahabat wajah berseri,
        Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
        Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
        Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.

        Alhamdulillah syukur tidak terucap,
        Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
        Kehadiranmu penyeri hidup,
        Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.

        Semua orang berhak jatuh cinta,
        Kerana itu lumrah manusia;
        Cintamu ditolak jangan terasa,
        Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.

        Cintailah dia kerana Allah,
        Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
        Membalas cintamu kerana Allah,
        Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.

        Rupamu menawan seindah budi,
        Tutur katamu menawan hatiku;
        Andai dikau menjauhkan diri,
        Hancur segala ikatan murni.

        Jika cinta telah tertulis di Sana,
        Itulah cinta seutuhnya;
        Kehadirannya membawamu ke Sana,
        Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restuNya.

        Cintailah pilihanmu kerana Allah,
        Jangan seiring kehendakmu;
        Biarlah seiring kehendak Allah.
        Pasti cintamu tiada rasa jemu.

        Jangan ada benci di antara kita,
        Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
        Tutur katamu seperti di Syurga,
        Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.

        Yang baik itu dari Allah,
        Yang kurang dari diriku sendiri;
        Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
        Tiada langsung perasaan iri.

        Bersahabat bercinta kerana Allah,
        Serasa hidup di alam Syurga;
        Berkasih sayang kerana Allah,
        Nikmat kehidupan seperti di Syurga.

        Karya: Rha NS
        5 Mei 2011
        20 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali KURNIAAN SAHABAT SEJATI!

        Kurniaan sahabat sejati buat hati ada taman,
        Hidup bagaikan disinari pelangi setiap hari;
        Malam disinari sinaran rang bulan,
        Begitu indahnya kurniaan sahabat sejati.

        Justru jagalah hati sahabat sejatimu,
        Agar tidak berasa hati ;
        Berkata yang manis dan senyum selalu,
        Pasti ikatan sahabat sejati terrsimpul mati.

        Ku yakin kau dikelilingi dengan sahabat sejati,
        Di wajah mereka ada keikhlasan;
        Senyuman terukir lahir dari hati,
        Hati nan suci penuh dengan keikhlasan.

        Saling hormat menghormati,
        Saling percaya mempercayai;
        Saling bantu membantu sesama sendiri,
        Saling bermuhasabah diri tiada kepentingan diri.

        Kata-kata yang diluahkan berhati-hati,
        Agar tiada hati dilukai;
        Biarpun berjenaka ada isi,
        Barulah persahabatan rasa dihargai.

        Moga ikatan persahatanmu abadi,
        Tanpa ada kekeruhan di hati;
        Biarpun tsunami datang membadai,
        Persahabatan tetap diteruskan hingga ke mati.

        Saling bermaaf-maafan sesama kita,
        Jangan simpan di dalam hati;
        Yang tak puas hati dikongsi bersama,
        Agar hilang segala yang tak berkenan di hati.

        Senyummu dibalas semua sahabat sejatimu,
        Kehadiranmu mendamaikan hati,
        Kuhargai keikhlasanmu bersahabat denganku,
        Moga hidup matimu Allah redhai.

        Karya Rha NS
        25 November 2011
        20 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali JALINAN PERSAHABATAN DI ALAM MAYA LEBIH BERHARGA
        DARIPADA PERMATA!

        Dengan titisan air mata aku merayu pada Tuhanku,

        Ya Allah Kau bukakan pintu hati semua sahabat alam maya
        ku memaafkan aku...Aku hambaMu yang tak sempurna Ya Allah
        yang tak lari dari melakukan kesilapan. Walau apapun alasan
        aku yang tetap berada di pihak yang salah mengundurkan diri
        daripada sebuah persahabatan yang suci dan murni.
        Mereka mesti mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak
        menurut kemahuanku dalam menjalinkan sebuah persahabatan di alam maya.

        Bagiku biarlah aku tidak punyai ramai teman facebook asalkan
        masing-masing dapat luangkan masa untuk berkomunikasi dan saling
        bertukar idea , ilmu , pandangan dan apa jua yang difikirkan baik
        untuk mencari keredhaanMu Ya Allah.

        Aku tak mahu facebookku sepi dan masing-masing ada agenda yang
        tersendiri dan berfacebook sekadar apa adanya.

        Bagiku setiap teman facebookku amat berharga dan bernilai bagaikan
        permata. Kehadirannya adalah Kurniaan dariNya padaku. Setiap apa
        yang dilontarkan amat aku hargai lebih daripada permata.

        Tapi aku tidak boleh menerima hakikat apabila kehadiran lontaran
        buah fikiranku disepikan mereka. Seakan aku tiada wujud di halaman
        facebooknya dan aku. Aku tak suka begitu. Apakah itu namanya sahabat?
        Apa matlamat dijalinkan persahabatan jika tiada rasa kewujudan di antara kita. Dan apalah ertinya sahabat semata-mata untuk saling menyakiti hati dalam diam lalu terluka. Dan apalah ertinya sahabat jika hanya bijak berkata tapi membisu seribu bahasa.Dan apalah ertinya sahabat jika sekadar wujudnya tapi bisu berkominikasi di alam maya.

        Kalau di alam realiti bersahabat dengan orang bisu akan ada bahasa isyarat bagi memahami apa yang dilontarkan tapi bagaimana pula bahasa isyarat jika rakan alam maya bisu... apakah bahasa isyarat yang harus kulontarkan pada mereka yang paling sopan tanpa menyakiti hati dalam persahabatan alam maya.

        Apapun alasan aku... aku tetap bersalah Ya Allah...
        Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Kau Maha Penyayang...
        Di pagi Jumaat yang mulia ini kau bukakan hati semua sahabat alam mayaku memaafkan aku kerana kesilapanku mengguriskan hati mereka tanpa pintaku untuk terjadinya perpisahan. Aku tak mahu imanku tidak sempurna Ya Allah...

        Aku mengaku kesilapanku...justru Kau bukakan hati mereka untuk memaafkan aku.
        Dengan RahmatMu Yang Tanpa Batas ....mereka memaafkan aku ... kan kuterima persahabatan kembali dengan harapan membina persahabatan ikhlas hanyalah semata keranaMu dan ingin mendapat redhaMu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

        Karya Rha NS
        21 Oktober 2011
        20 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD SAW

        Kau dilahirkan
        untuk memberi
        Rahmat Sekalian Alam.

        Berpekerti mulia
        menempuh segala cabaran
        dan dugaan semata-mata
        untuk menyebar
        Agama Suci Allah.

        Berkorban apa saja
        demi umat sezamanmu
        dan akhir zaman.

        Sambil berdiri,duduk dan
        berbaring sentiasa
        mengingati umatmu
        mencintai umatmu
        sepenuh hati
        sepenuh jiwa
        Masya-Allah!

        Sentiasa berdoa pada Tuhan
        agar umatmu mati dalam
        ucapan kalimah
        Lailahaillah.
        LaillahaillaaAllah MuhammadarRasullaAllah
        Risaunya Nabi terhadap umatnya
        hingga nafas terakhir
        menyebut-nyebut umatnya
        ‘Umatku!Umatku!Umatku!

        Duhai Kekasih Allah
        Nabi Muhammad S.A.W
        Biarpun telah tiada jasadmu
        Budimu…
        Pengorbananmu…
        Cintamu kepada umatmu
        akan dikenang…
        dihargai dan
        disanjung tinggi hingga
        ke akhir hayat kami.

        Kami tahu kau mencintai kami
        ketika berdiri… duduk dan berbaring
        hingga ke akhir hayatmu.

        Amatlah rugi dunia akhirat!
        malang dunia akhirat!
        Jika kami tidak membalas cintamu
        Wahai Nabi Allah!
        Kekasih Allah.
        Sebagai balasan cintamu
        pada kami umatmu
        kami akan menjadi
        pewaris setiamu
        menyebarkan dakwahmu
        Al-Quran dan Hadis
        yang kau tinggalkan
        untuk kami umatmu.

        Selawat untukmu
        wahai kekasih Allah
        terimalah kami
        menjadi kekasihmu
        sebagaimana kau
        menjadi Kekasih Allah.

        Moga dengan cinta kami ini
        dapatlah kami keberkatan
        cintamu di dunia …
        Di Padang Mashyar
        mendapat Syafaatmu.
        Amin Ya Rabbal A’lamin.

        Karya Rha NS
        28 Febuari 2012
        17 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali MOHON SYAFAATMU DI MAHSYAR

        Duhai kekasih Allah yang dicintai
        balaslah cinta kami ini…
        Satukan hati-hati kami
        untuk saling ingat mengingati
        tentang perjuanganmu sentiasa diingat
        Kesyahduan cintamu pada kami umatmu
        kami tangisi
        betapa tulus ikhlasnya cintamu pada kami
        harusnya kami balasi.
        Kami menanti penuh pengharapan…
        Ya Nabi Allah
        Ya Kekasih Allah
        yang kami cintai
        seutuh cintamu
        pada kami!
        Pilihlah kami mendapat syafaatmu
        Di Mahsyar nanti
        Amin Ya Rabbal A’Lamin.

        Karya: Rha NS
        28 Febuari 2012
        17 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali SEABADI CINTANYA CINTAKU CINTAMU

        Cintakan Allah SWT tempat pertama,
        Kasihkan Nabi Muhammmad SAW tempat kedua;
        Cintakan Allah SWT mengatasi segalaNya,
        Kasihkan Nabi Muhammad SAW selawat untuknya.

        Barulah cinta jadi sejati
        Saling cinta mencintai keranaNya
        Saling berkorban keranaNya
        Fisabilillah ke jalanNya
        Kerna itulah yang terbaik
        Untuk persiapan ke jalan pulang
        Yang pasti tiba
        Entahkan esok... entahkan lusa...entahkan saat ini
        Pasti....pasti...pasti dan pasti....
        Bersiap sedialah jasad...
        Bersiap sedialah roh
        Berjumpa TuhanMu
        Yang menantimu
        Dalam keadaan kau bersedia atau pun tidak...
        Tapi jika kau bersedia dan tak sabar bertemu...
        KekasihMu lagi tak sabar bertemu
        Bersyukurlah jika pertemuan roh dan jasadmu
        dalam redhaNya tapi amat malang jika roh
        dan jasadmu dalam murkaNya jadilah penyesalan
        yang tak tertebus kerana tunggu penyiksaan yang amat pedih!

        Duhai Allah Yang Maha Pengampun
        Ampunnilah aku...khilafku ada di mana-mana
        Setiap dosa yang tidak Kau ampunkan
        jadilah aku hamba yang rugi dunia akhirat
        tika nyawa belum sampaidi kerongkong
        Kau akan ampunkan ...
        Allahu Akhbar Pengasih PenyayangNya Mu Ya Allah...
        Menangis aku betapa PenyayangNya Mu pada setiap hambaMu...

        Menangislah...Menangislah jasad...
        Menangislah...Menangislah roh...
        Demi mendapat pengampunan dariNya
        Tika masih ada nadi nyawa di badan
        Tapi..
        Jika nafas sudah terhenti...
        Pergi belum sempat bertaubat
        Atas pesona dunia yang tak habis-habis...
        Pabila nasi sudah menjadi bubur
        Penyesalan sudah tidak bermakna...
        Menangis sepenuh bumimu sudah tidak bererti lagi
        Harta yang bertimbun sebagai cagaran menebus penyesalan
        Sudah tiada makna lagi...
        Sesal ...sesal....sesal...
        Kecewa...kecewa...kecewa...
        Putus asa...putus asa..putus asa...
        Sesal ...kecewa...putus asa di dunia
        masih boleh tertebus lagi
        tapi di akhirat sudah terlambat segalanya
        tunggulah hingga Qiamat..
        tunggulah di Padang Mahsyar
        tunggulah hingga neraca timbangan...
        penyesiksaan akhirat sepedih-pedih
        sedahsyat penyiksaan akan dirasa...
        pada yang empunya diri
        yang tak sedar diri
        tika di dunia menyombong diri
        berbangga diri dengan pesona dunia
        yang lupa jalan pulang
        negeri akhirat pasti
        menerima pembalasan
        Syurga atau neraka!

        Moga muhasabah buat
        diri sendiri...
        pada mereka yang sudi menghayati...
        puisi lahir dari hati ini
        lambang kasih sayang dariku
        untuk diri sendiri
        dan juga
        yang kukasihi
        sepenuh jiwa dan raga..
        kasih di dunia
        mahu kubawa juga
        kasih di akhirat
        bersama menikmati
        IndahNya Syurga
        Kehidupan penuh nikmat
        Abadi selamaNya
        Seabadi CintaNya cintaku cintamu
        Perpadu di dunia bawa ke Syurga
        Itulah dunia yang kudambakan
        Sejak Azali lagi

        Moga Allah Yang
        Maha Pengampun
        Maha Pemurah
        Maha Penyayang
        Memakbulkan doaku doamu
        Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya Rha NS
        28 Febuari 2012
        16 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali RAJA YANG ADIL RAJA BERDAULAT

        Raja Yang Adil Raja Berdaulat!
        Pemimpin yang adil rakyat sejahtera
        Rakyat berjasa ...rakyat yang menghargai Raja mencintai negaranya
        melebihi kepentingan sendiri!
        February 18 at 9:54am · Like

        Mas Iman bunda sebenarnya juga raja, terutama dibidang sastra bunda harus dinobat juga nih....
        February 18 at 9:59am · Like

        Rabeah Mohd Ali Selagi kita mempertikaikan kelemahan institusi diRaja dan pemerintahan politik...selagi itulah tiada akan temui jalan penyelesaian..apa yang perlu ada di antara institusi diRaja dan pemerintahan politik lebih banyak fokuskan kepada kesejahteraan rakyat dan negara...jika itu dapat di atasi dengan jayanya makanya secara tidak langsung rakyat sendiri akan mempertabatkan institusi diRaja dan mengagumi pemerintahan politik yang bersih cekap dan amanah itulah payungnya di kala hujan dan panas!
        February 18 at 10:02am · Like

        Rabeah Mohd Ali Bunda tak perlu dinobatkan nanda...cukuplah disayangi Raja dan Rakyat itu sudah memadai untuk bunda ye..
        February 18 at 10:05am · Like

        Mas Iman masih pagi bunda la serius nian, santai saja bunda...sudah makan pagikah?
        February 18 at 10:07am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        Sudah nanda...bunda beginilah kalau tiada apa-apa program bunda dengan dunia bunda berpantun, bersyair berkarya ...selagi Allah izinkan bunda berkarya...bunda berkarya...kalau boleh sehingga terhenti nafas terhentilah pena...
        February 18 at 10:12am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        BIARPUN BERJUTA INGIN MEMBUNUH ANGAN PERJUANGANMU!

        Biarpun berjuta ingin membunuh angan perjuanganmu...
        Kau akan tetap di situ...
        Tak akan berganjak walau seinci pun!
        Kau takkan bergoyang semangat atau rebah menyembah bumi
        Kau hanya layak rebah tika bersujud pada Ilahi
        Kau berjuang matlamatnya bukan untuk dipuji atau disanjungi
        Tapi yang ada di hati hanyalah DIA Tuhan Yang Mecipta Semesta Alam...
        Percayalah sesusah mana pun kau berada Allah sentiasa bersamamu...
        bila mana kau fikirkan itu pasti jiwamu akan tenang....
        setenang air di kali...aku di sini sentiasa menyokong perjuangan suci mu dalam keadaan apa jua pun Insya-Allah itu pun jika kau sudi menerima sokonganku
        dari jauh ku doakan kau bertabah hati menempuh segala onak dan duri di dunia ini sebelum sampai ke negeri pasti!

        Rha NS
        2 Febuari 2012
        February 18 at 10:30am · Like

        Rabeah Mohd Rabeah Mohd Ali:

        Raja dan rakyat berpisah tiada,
        Seperti keris dan sarungnya lambang perpaduan;
        Penguasa yang adil dikasihi rakyat di mana berada,
        Telah Ditetapkan Allah Sebagai Penguasa Di Akhir Zaman.
        February 18 at 10:33am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        BANGKITLAH SEMANGAT

        Bangkitlah semangat jangan dikuburkan begitu saja...
        biarpun tsunami datang membadaimu
        kau masih lagi tetap bersemangat!
        sebelum ajal datang bertandang
        kau tetap bersemangat meneruskan perjuangan anak bangsamu...!
        Suatu masa nanti angan-angan bukan lagi angan-angan tapi
        angan-angan yang telah direalitikan berkat doa restu mereka yang bisa mengerti erti sebuah perjuangan suci demiNya.

        Karya Rha NS
        12 Febuari 20
        February 18 at 10:38am · Like

        (PETIKAN DARIPADA WALL MAS IMAN)
        2 Mac 2012
        16 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali APABILA RAJA BERBUAT BAIK PADA RAKYAT

        Apabila Raja berbuat baik pada rakyat....
        Susah senang rakyat pasti mendapat perhatian Raja
        Bilamana mendapat perhatian Raja ekonomi negara pastinya
        diagihkan kepada yang berhak secara adil dan saksama
        barulah kemiskinan dapat dibasmi dan terus maju di bawah pemerintahan diRaja seiringan dengan pemerintahan politik pilihan rakyat.
        Tiada rasa yang tertindas atau ditindas...semuanya berhak untuk berjaya selagi mana mahu berusaha majukan diri dan majukan negara.
        'RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA'

        Karya Rha NS
        2 Mac 2012
        16 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali Yang penting dalam perjuangan suci ini...semua pihak yang terlibat saling sokong menyokong dan berkerjasama dalam suasana hormat menghormati di antara satu sama lain. Perbezaan pendapat itu biasa tapi matlamat tetap sama iaitu mempertabatkan institusi diRaja dan warisan bangsa melayu agar tetap terpelihara untuk generasi kini dan akan datang.
        16 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali PADUAN CINTA KASIH SAYANG ANTARA RAJA DAN RAKYATNYA
        SALING BERKORBAN DEMI NEGARA

        Bendera lambang kekuasaan sesebuah negara
        Kibaran bendera lambang kemegahan sesebuah negara
        Makanya pertahankan kibarannya hingga ke titisan darah terakhir
        Kerana rebahnya bendera ...rebahlah negara
        Hargailah bendera kerana didalamnya ada
        negara
        rakyat
        Raja
        paduan cinta kasih sayang
        antara Raja dan Rakyatnya
        yang saling berkorban demi negara
        RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

        Karya Rha NS
        26 Febuari 2012
        16 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali NAMUN DI SISI ALLAH TETAP SAMA

        Raja menyayangi rakyat
        Rakyat menyanjungi Raja
        Raja berkorban demi rakyat
        Rakyat menghargai pengorbanan Raja
        Kata Sepakat Membawa Berkat
        Negara Aman Rakyat Sejahtera

        Silaturrohim Nasional Raja dan Sultan Nusantara
        Moga Rakyat SeIndonesia Menghargai dan Menyanjungi
        Raja dan Sultan Nusantara
        Kerana Raja dan Rakyat Berpisah Tiada

        Sultan Mahmud Baharuddin III segak bergaya,
        Sultan berjiwa rakyat sayangkan negara;
        Selalu inginkan rakyat dan negara berjaya,
        Semangat kenegeraan sentiasa membara.

        Sultan Jambii namanya Raden Abdurrahman Rahman,
        Baginda berjiwa rakyat orangnya beriman;
        Berkata penuh adap dan sopan,
        Di hati baginda penuh kerendahan.

        Tengku Shawal Tengku Aziz,
        Warisan khazanah diRaja diperjuangkan;
        Rakyat menyanjungi Tengku Shawal Tengku Aziz,
        Mempertabatkan Institusi diRaja penuh kebanggaan.

        Tengku Pengeran Assyarif berdarah Raja,
        Raja yang pentingkan rakyat baginda;
        Amat menyanjungi institusi diRaja,
        Ke mana pergi disayangi rakyat baginda.

        Sultan tetap sultan,
        Setiap kata aik adalah doa;
        Mana nak sama rakyat dengan sultan,
        Namun di Sisi Allah tetap sama.

        Karya Rha NS
        2 Mac 2012
        15 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali CENDERAHATI KARYA DARIPADA RABEAH MOHD ALI KEPADA RADEN ABDURRACHMAN SEMPENA PENOBATAN SEBAGAI SULTAN KERAJAAN MELAYU KESULTANAN JAMBI, 18 MARET 2012

        Rabeah Mohd Ali shared a link.

        Penobatan Raden Abdurrachman sebagai Sultan Kerajaan Melayu Kesultanan Jambi, 18 Maret Mendatang –.
        berita21.com

        “Bunga Raya Ditepi Tanjung Jangan Direnggut Dahan Terpaut, Adat Budaya Rasa Nak Junjung, Hidup Mengikut Pada Yang Patut. Dari Muaro Jambi Ke Tungkal Ulu, Hendak Membeli Ikan Pari, Memanglah Rencana Keluarga Dari Dahulu Agar Kerajaan Melayu Kesultanan Jambi Segera Dilestari”.

        Unlike · · Share · Tuesday at 5:15am

        You and Ida Sarong like this.

        Rabeah Mohd:

        Ali Bunga raya di tepi tanjung,
        Kasih Tuanku diRaja amat disanjung;
        Raja dan rakyat kasih dijunjung,
        Kerajaan Kesultanan Jambi akan tersanjung.

        Tuesday at 5:19am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        Sultan Jambi namanya Raden Abdurrahman Rahman,
        Baginda berjiwa rakyat orang yang beriman;
        Berkata penuh adap dan sopan,
        Di hati sentiasa dalam kerendahan.

        Tuesday at 5:24am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        Raden Abdurrahman menghadiri Musyawarah Adat,
        Diadakan Acara FKN VII di Palembang Darussala;
        Dalam Jabatannya sebagai Pemangku Adat,
        Sultan Jambi disayangi seluruh rakyat jelata.

        Tuesday at 5:29am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        BERTUAH RAKYAT JAMBI

        BERTUAHLAH RAKYAT JAMBI PUNYAI RAJA BERJIWA RAKYAT YANG UTAMAKAN RAKYAT LAGI BERIMAN DAN PERCAYA HARI AKHIRAT YANG SUDAH TIADA MAKNA LAGI SEGALA HARTA DAN DARJAT KETURUNAN MELAINKAN BEKALAN YANG ADA NILAIAN DI SISINYA MOGA APA YANG DICITAKAN RADEN PADA RAKYAT JAMBI MENJADI KENYATAAN AMIN YA RABBAL A'LAMIN

        KARYA RHA NS
        18 FEBUARI 2012

        Tuesday at 5:31am · Like
        Rabeah Mohd Ali:

        Akan bangkit Kesultanan dan seluruh bangsa Melayu,
        Di mana-mana berada termasuk Jambi ;
        Api perjuangan tidak akan pernah luntur di jiwa Tuanku,
        Yang ada di kalbu adalah perjuangan demi rakyat dicintai.

        Tuesday at 5:34am · Like

        Raden Abdurrahman Rahman TERIME KASEH ANANDE.... SEMUANYA KITE KEMBALIKAN KEPADA REDHO ALLAH, KEBERKATAN ALLAH, SEBAB ..... KITE SEBAGAI MANUSIA CIPTAAN ALLAH MASIH TERLALU BANYAK KEKURANGAN DAN KESEMPURNAAN ...... KARENA JALAN KEHIDUPAN KITE KEDEPAN SESUAI DENGAN SEGALA PERENCANAANNYA, NAMUN SEMUA ALLAH YANG MENGATUR DAN MENENTUKAN ......

        2 hours ago · Unlike · 1

        Rabeah Mohd Ali:

        Raja Yang Adil Raja Berdaulat!
        Pemimpin yang adil rakyat sejahtera
        Rakyat berjasa ...rakyat yang menghargai Raja mencintai negaranya melebihi kepentingan sendiri!
        2 hours ago · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        Selagi kita mempertikaikan kelemahan institusi diRaja dan pemerintahan politik...selagi itulah tiada akan temui jalan penyelesaian..apa yang perlu ada di antara institusi diRaja dan pemerintahan politik lebih banyak fokuskan kepada kesejahteraan rakyat dan negara...jika itu dapat di atasi dengan jayanya makanya secara tidak langsung rakyat sendiri akan mempertabatkan institusi diRaja dan mengagumi pemerintahan politik yang bersih cekap dan amanah itulah payungnya di kala hujan dan panas!
        2 hours ago · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        BIARPUN BERJUTA INGIN MEMBUNUH ANGAN PERJUANGANMU!

        Biarpun berjuta ingin membunuh angan perjuanganmu...
        Kau akan tetap di situ...
        Tak akan berganjak walau seinci pun!
        Kau takkan bergoyang semangat atau rebah menyembah bumi
        Kau hanya layak rebah tika bersujud pada Ilahi
        Kau berjuang matlamatnya bukan untuk dipuji atau disanjungi
        Tapi yang ada di hati hanyalah DIA Tuhan Yang Mecipta Semesta Alam...
        Percayalah sesusah mana pun kau berada Allah sentiasa bersamamu...
        bila mana kau fikirkan itu pasti jiwamu akan tenang....
        setenang air di kali...aku di sini sentiasa menyokong perjuangan suci mu dalam keadaan apa jua pun Insya-Allah itu pun jika kau sudi menerima sokonganku
        dari jauh ku doakan kau bertabah hati menempuh segala onak dan duri di dunia ini sebelum sampai ke negeri pasti!

        Rha NS
        2 Febuari 2012
        2 hours ago · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        Raja dan rakyat berpisah tiada,
        Seperti keris dan sarungnya lambang perpaduan;
        Penguasa yang adil dikasihi rakyat di mana berada,
        Telah Ditetapkan Allah Sebagai Penguasa Di Akhir Zaman.

        2 hours ago · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        BANGKITLAH SEMANGAT

        Bangkitlah semangat jangan dikuburkan begitu saja...
        biarpun tsunami datang membadaimu
        kau masih lagi tetap bersemangat!
        sebelum ajal datang bertandang
        kau tetap bersemangat meneruskan perjuangan anak bangsamu...!
        Suatu masa nanti angan-angan bukan lagi angan-angan tapi
        angan-angan yang telah direalitikan berkat doa restu mereka yang bisa mengerti erti sebuah perjuangan suci demiNya.

        Karya Rha NS
        12 Febuari 2012
        2 hours ago · Like
        (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
        Tuesday at 5:43am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        Salam untuk Tuanku yang sentiasa tersanjung di hati...dan rasa bersyukur dapat ditemukan rakan alam maya yang mempunyai perjuangan yang sama dan minat yang sama dalam melestarikan khazanah budaya bangsa Melayu termasuk Kesultanan Nusantara agar dapat dimertabatkan di persada dunia. Barulah dunia tahu betapa hebatnya Dunia Melayu dan merasai akan kewujudan bangsa melayu dan Kesultanan Melayu...benarlah kata moyang kita Laksamana Hang Tuah , 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA!
        Tuesday at 5:50am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        Biar pun kita cuma kenal di alam maya tapi serasa dekat di hati kerana perjuangan kita adalah sama iaitu melestarikan khazanah warisan bangsa melayu agar dihargai dan dikenang sepanjang zaman pada generasi kini dan akan datang...Insya-Allah berkat kesabaran yang tidak pernah erti putus asa dan jemu berjaya sampai ke matlamatnya! Amin
        Tuesday at 5:52am · Like

        (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
        2 Mac 2012
        13 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali KOMUNIKASI ANTARA RAKYAT DENGAN BAGINDA SULTAN

        MENJADI SAHABAT SETIANYA TAKKAN RUGI-RUGI

        Teman sejati tiada harga mati
        Dialah amal peneman di kala mati
        Menjadi sahabat setianya takkan rugi-rugi
        Tak rugi dunia tak rugi akhirat
        Semuanya untung...untung ...tak rugi-rugi..
        Asalkan ikhlas semata keranaNya Insya-Allah Syurga menanti. Amin

        Karya Rha NS
        17 Febuari 2012
        Like · · 22 hours ago

        Raden Abdurrahman Rahman SAHABAT ... SAYA SANGAT TAHU SIAPA DIRIKU /// SEBELUMNYA AKU BAGAIKAN SEORANG MUSYAFIR .... YANG TERLUNTA-LUNTA //// TAMPA SAHABATKU SEMUA ...... AKU BUKANLAH SIAPA-SIAPA /// TERLALU BANYAK JURANG, LEMBAH, GUNUNG, SUNGAI-SUNGAI YANG TELAH KULALUI .... TUK MENCARI SAHABAT - SAHABAT KU YANG REDHA, IKHLAS MENDENGARKAN RATAPAN DAN RINTIHANKU,........ LELAH, CAPEK, PEGAL-PEGAL TULANGKU SUDAH TAK KURASAKAN LAGI .... DALAM USAHAKU MENCARI SAHABAT SEJATI ...... TERIMA KASIH SAHABAT SEMUA.
        12 hours ago · Unlike · 1

        Rabeah Mohd Ali :

        TIADA APA YANG DAPAT DIUNGKAPKAN MELAINKAN
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Sahabat...
        Kau muncul bagaikan indahnya pelangi di waktu malam
        Kau menyerikan lagi malam yang berbulan berbintang
        bercahaya-cahaya membuatkan alam berpesta cahaya
        bergemerlapan di angkasa raya...
        penghuni alam dan semerta alam berzikir memuji
        Kebesaran Tuhan betapa indahnya malam yang
        berpelangi
        berbulan
        berbintang

        Bintang pelbagai warna dan bentuk
        diserikan cahaya bulan bercahaya-cahaya
        adanya pelangi lagi mengindahkan malam
        tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Sahabat....
        pada lojik akal mana bisa mungkin kukenalmu
        kerana
        kau di benua sana
        aku di benua sini
        dan kita tidak pernah ketemu
        di alam realiti atau fantasi
        tapi bilamana
        Allah sudah aturkan pertemuan
        kita bisa kenal
        walaupun cuma di alam maya
        tapi besar ertinya
        seperti kita sudah lama dikenalkan
        sejak azali lagi
        tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Sahabat...
        Allah mengurniakan darjat padamu yang tinggi
        di muka muka ini ...pastinya untuk menyebarluaskan
        kesucian Islam di muka bumi ini dan kau telah buktikan
        sedaya upayamu biarpun nyawa jadi taruhan...
        darahmu untuk rakyat...
        harta benda untuk membela rakyat yang tertindas
        sanjungan bukan kau letak tempat utama
        yang ada di fikiranmu
        rakyat....rakyat...rakyat...
        Berjuang demi rakyat tersayang
        Berjuang demi negara tercinta
        Berjuang demi Agama Allah dicintai
        tiada apa yang dapat dilungkapkan melainkan
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Sahabat...
        biarpun dirimu berketurunan Raja Yang Mulia
        hamba cumalah insan biasa yang tak punya apa-apa
        ibarat langit dengan bumi
        ibarat enggang dengan pipit
        dan tidak pernah tefikirpun hamba akan hadir dalam
        hidup hamba seorang sahabat yang berdarah diRaja yang
        bakal menjadi pewaris tahta diRaja Jambi
        sudi menjadi sahabat hamba yang kerdil ini
        terkedu!
        terharu!
        syahdu!
        lalu syukur hamba dalam sujud padaNya
        PadaNya tiada yang tak lojik jika Dia perkenankan
        tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Karya Rha NS
        18 Febuari 2012
        7 hours ago · Like

        Raden Abdurrahman Rahman SAHABAT ..... YA...ALLAH ..YA..ROB...////SAHABAT SEJATI ..ADALAH SAHABAT YANG TAKKAN PERNAH MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI ///// TAK AKAN ADA BEZA ANTARA SAHABAT DENGAN SAYE YANG KETURUNAN NINGRAT DIHADAPANNYE////// YANG MEMBEZAKAN SAHABAT DENGAN SAYA HANYALAH AMAL JARIAH /// YA... ROZAK .... INIKAH SAHABAT YANG ENGKAU JANJIKAN ???/// SAHABAT YANG BAGAIKAN TEMPAYAN LEBAR//// TUK MENAMPUNG KELUH KESAH SAYA //// SEBELUM SAYA MENGADUKAN KEGALAUAN HATI SAYA KEPADE-MU//// BERKATILAH DIA SAHABATKU... YA ALLAH/// BILE JAUH TARIKLAH DAN DEKATKAN LAH DIA DISISI -MU///LETAKKAN DIA DIDALAM GENGGAMAN-MU //// AGAR DIA MENJADI SEORANG HAMBAMU YANG SELALU BERSUJUD, BERSYUKUR KEPADAMU//// TUK MENJADIKAN DIA SAHABATKU SEORANG YANG SHOLEHAH/// DAN MENJADIKANNYA BAK KARANG DITENGAH LAUTAN //// YANG TETAP KOKOH TEGAK BERDIRI //// DARI TERJANGAN OMBAK DAN ANGIN YANG MENGHANTAM //// AGAR MENJADIKAN SAHABATKU INI SEORANG YANG TANGGH, HANDAL MENGHADPI COBAAN YANG MENIMPA....... ALLAH..... KUMOHONKAN .... JAGALAH SAHABATKU INI ..... SEBAGAIMANA AYAH DAN IBUKU MENJAGAKU....... AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN.
        about an hour ago · Unlike

        (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
        2 Mac 2012
        13 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali BERBAKTI SESAMA INSAN DAN SAYANG DEMINYA

        Duhai sahabat yang kunanti,
        Bersahabat sepenuh jiwa sepenuh hati;
        Kita berkongsi ilmu berkongsi isi hati,
        Moga kita menjadi sahabat paling sejati.

        Menjadi sahabat sehati sejiwa,
        Itu yang kuidami sejak dulu lagi;
        Kasih sayang sentiasa di jiwa,
        Ingin kujauhi persahabatan yang rugi.

        Suka duka kita bersama,
        Gelak ketawa penawar duka;
        Diizinkan Allah kita keluar bersama,
        Mengeratkan talisiraturahim hatiku pun suka.

        Jangan ada dengki di antara kita,
        Kerana itu meretakkan hubungan kita;
        Sayang menyayang sesama kita,
        Bawa ke mati kasih sayang kita.

        Kita saling percaya mempercayai,
        Tidak mudah mengalah mempertahankan ikatan suci;
        Apapun dugaan kita akan lalui,
        Demi hubungan suci yang sejati.

        Air matamu air mataku penawar duka,
        Gelakmu gelakku menceriakan suasana;
        Kita sama-sama suka,
        Menjalani hidup bahagia selamanya.

        Jika ada salahku segeralah maafkan,
        Kerana aku cuma insan biasa;
        Atas segala salah kesilapan,
        Akan kuperbaiki asalkan kau bahagia.

        Kita sama-sama suka sama-sama sayang,
        Hidup dalam berkasih sayang demiNya;
        Ikatan suci jangan mudah melayang,
        Penyesalan menyusul alangkah ruginya.

        Hidup di dunia bagaikan di Syurga,
        Tiada lain difikirkan melainkan cuma satu;
        Berbakti sesama insan dan sayang demiNya,
        Moga kasih kita terpatri di hatiku di hatimu.

        Andai kata ku pergi dulu sebelummu,
        Janganlah kau bersedih kasihku;
        Di pintu Syurga kunantimu tanpa jemu,
        Jangan lupa kirimkan doa untukku.

        Karya Rha NS
        17 Febuari 2012

        (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
        17 Febuari 2012
        Tuesday at 5:57am · Like

        Rabeah Mohd Ali :

        Jika tidak mahu hilang melayu di dunia,
        Pertabatkan bahasa melayu agar diminati dunia;
        Pertabatkan juga institusi Kesultanan diRaja.
        Barulah perjuangan tidak menjadi sia-sia.

        Tuesday at 5:58am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        Setiap yang baik itu dariNya
        Kucuma insan biasa
        Mahu berbagi ilmu atas KurniaanNya
        Agar dapat hidayah Nur KasihNya
        Pada diriku dirimu dan semua
        Yang sudi membaca hasil karyaku

        Tuesday at 6:00am · Like
        Rabeah Mohd Ali:

        BILA SUDAH SAMPAI WAKTU

        jangan bilang tiada waktu...
        waktu sentiasa menunggu...
        pada yang sudi menghargai waktu
        yang membuang waktu terlepas dia di situ
        ketinggalan jauh di belakang
        terkial-kial untuk mengejar waktu
        yang telah berlalu pergi
        tak akan kembali lagi
        untuk menanti
        pada mereka yang tidak menghargai waktu

        pasti buntu
        menyesal membuang waktu begitu saja
        berlalu pergi

        biar masa telah berlalu
        biar pun usia makin mendekat
        masih ada jalan pulang
        untuk mengejar waktu yang keciciran
        asalkan berani berubah
        mahu pergi ke jalan pulang
        bersama bekalan dibawa pulang

        bila sudah sampai waktu
        makanya di situlah penamat waktu
        yang telah ditentukanNya untuk kamu dan aku
        berjuang di bumiNya ini!

        Karya Rha NS
        24 Febuari 2012

        Tuesday at 6:03am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        PASTI

        Perjalanan ini...
        pasti menemukan satu tujuan pasti
        kematian adalah pasti

        kehidupan terlalu bermakna
        tutur kata bermakna
        amalan bermakna
        barulah semuanya terlaksana
        untuk ke negeri Sana
        yang pastinya kekal abadi
        Negeri Akhirat
        kepunyaan Maha Pencipta Semesta Alam
        untuk hambaNya
        dinilai untung nasib
        samada Syurga atau Neraka!
        Balasan setiap hambaNya
        adalah pasti!

        Karya: Rha NS
        16 Jun 2011

        Tuesday at 6:05am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        SYUKUR AKU YA RAB

        Ya Rab
        Kupanjatkan syukur selagi nafasku ada...
        Tiada lagi bermakna di dunia ini
        Melainkan kau temukan aku dengan para hambaMu
        Mencari jalan-jalan pulang
        Ke negeri abadi yang pasti
        Menanti dan menunggu memanggil-manggil sebanyak 70 kali sehari semalaman
        Bukan aku takut pergi ke negeri pasti
        Tapi berilah aku peluang
        Membawa bekalan sebanyaknya
        Yang Kau terima
        Agar dapat Kau terima roh dan jasadku
        Moga itulah yang kumiliki
        Bahagialah aku hidup menumpang di bumiMu ini...

        Karya Rha NS
        23 Febuari 2012

        Tuesday at 6:07am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        SYUKUR TAK TERUCAP ROHMU DI KALA INI

        Pergimu mengadap Illahi
        Perjuanganmu di dunia tamat kini
        Perjuangan di akhirat kini dilalui
        Moga bekalan akhirat mencukupi
        Ilmu yang ditinggalkan
        Bagaikan Bunga-Bunga Syurga
        Mekar mewangi di laman hati
        Tumbuh subur di perdu kalbu
        Lebat buahnya merimbun
        Mencecah bumi
        Lalu dipetik
        Dimakan
        Disemai
        Dibajai
        Dengan cinta suci
        Meng- Esa- kan Allah seabadi takwa
        Itulah matlamat perjuanganmu tika di dunia dulu
        Kini menjadi bekalan untuk dituai di alam akhiratmu
        Syukur tak terucap rohmu di kala ini!

        Karya: Rha NS
        20 Julai 2011
        Tuesday at 6:13am · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        KAU REDHAI DAN TERIMALAH ROH DAN JASAD KAMI INI NANTI

        Subhanallah Allahamdulillah Allahu Akhbar
        Betapa kerdilnya aku Ya Allah
        Tersyahduku dalam sendu
        Betapa Kau Maha Pemberi Hidayah pada sesiapa saja yang Kau suka
        Kepada hambaMu yang sentiasa mahu mencari redhaMu dan cintaMu
        Benarlah apa yang dikata
        Allah tidak mengira bermulanya kamu
        Tapi Allah mengira di manakah akhirnya kamu berada
        Moga di pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini
        Mulai detik ini dan saat ini hingga ke akhirnya
        Terimalah penghijrahan kami ini dengan segala kebaikan
        yang kau redhai dan terimalah roh dan jasad kami ini nanti
        bersama-sama roh-roh hambaMu yang Kau Cintai dan Redhai
        Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Rha NS
        24 Febuari 2012
        Tuesday at 6:17am · Like

        Rabeah Mohd Ali

        ANAI-ANAI PUN BERJASA

        Setiap helai daun yang gugur
        di muka bumi ini …
        Semuanya dalam hitungan
        Allah Taala.

        Allah jadikan anai-anai untuk
        mereputkan daun-daun
        dan dikitar semula semata
        mengindahkan bumi agar
        penghuni bumi dapat diami
        tanpa timbunan daun-daun.

        Masya-Allah! Anai-anai yang
        sekecil pun berjasa kepada bumi
        kenapa tidak kita?
        Moga kita terpilih untuk mengindah
        dan mengamankan bumi ini...

        Barulah suara alam tidak
        meraung lagi seperti mana
        berlakunya tsunami tanda
        protesnya alam pada penghuni
        bumi yang durjana!

        Karya : Rha NS
        (14.3.2011)
        Tuesday at 6:18am · Like

        Rabeah Mohd Ali :

        KARYA ANANDA INI ADALAH ISTIMEWA UNTUK AYAHANDA SEBAGAI CENDERAHATI DARIPADA ANANDA RABEAH MOHD ALI ..DI ATAS PENOBATAN AYAHANDA RADEN ABDRURAHMAN RAHMAN SEBAGAI KESULTANAN JAMBI PADA 18 MARET MENDATANG...SEKALUNG TAHNIAH BUAT AYAHANDA YANG DIKASIHI SYUKUR ATAS KURNIAANNYA SEBANYAK-BANYAKNYA.
        'TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA'
        'RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA'

        DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
        Tuesday at 8:11am · Like

        Ida Sarong SubhanAllah bagus sekali tulisanmu Rab, kiranya aku beruntuntung apabila mendapat 1 diantara buku2mu
        Tuesday at 12:47pm · Unlike · 1

        Rabeah Mohd Ali Kaulah peminat setiaku yang pertama dalam karyaku...Insya-Allah di pertemuan kita nanti ku usahakan memberi cenderahati padamu yang terkasih di hatiku...dan aku benar-benar bersyukur dan terharu....!Salam rindu salam kasih sayang untukmu sahabatku merangkap peminatku ...kau sentiasa di hatiku sayang.....
        Tuesday at 3:21pm · Like

        (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
        2 Mac 2012
        13 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali Inilah hikmah di sebalik pertemuan yang DiaturNya pada kita ...agar saling berkongsi ilmu tanpa jemu tanpa bosan hingga ke penghujung nyawa....Amin Insya-Allah

        ALLAH TIDAK MENGHITUNG BERMULANYA KAMU TAPI MENGHITUNG DI AKHIR HAYAT HIDUP KAMU MAKANYA SENTIASALAH BERPRASANGKA BAIK DENGANNYA BERSIAP SEDIA DENGAN BEKALAN YANG ADA NILAIAN DI SISINYA...ILMU ADALAH PENTING....
        13 hours ago · 


      (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA)
      3 Mac 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;