- Rabeah Mohd Ali Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Terima kasih kepada Yang Tersanjung Di Hati Seghayo SuttanPersirah Dipuncak Nur yang memperkenalkan patik di group Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya
Salam kenal kepada semua ahli group KKKCB
Pengkongsian ilmu Cinta Budaya amat saya minati dan banyak memberi saya informasi untuk saya mempromosikan kepada dunia maya bahawa benarlah kata-kata moyang kita Laksamana Hang Tuah, 'Tak Akan Hilang Melayu Di Dunia!'
Untuk pengetahuan teman-teman group yang sentiasa tersanjung di hati sudilah terima apa adanya karya-karya yang bakal saya siarkan di wall group ini nanti ye...saya bukanlah seorang penulis yang hebat tetapi bidang penulisan adalah minat saya sedari kecil lagi... saya cuba menghasilkan yang terbaik Insya-Allah. Andainya tiada berkenan di hati saya minta maaf atas segalanya kerana saya insan yang tidak sempurna untuk menjadi sesempurna yang dimahukan...dalam menyatakan sesuatu pendapat....perbezaan pendapat memang ada tapi matlamatnya tetap sama iaitu mempertabatkan budaya bangsa melayu tidak kira di mana berada di muka bumi ini. Mana tahu perjuangan suci ini sampai ke matlamatnya dan jika sampai ke matlamatnya Insya-Allah budaya bangsa Melayu yang seiringan dengan Peperintahan Kesultanan Melayu dapat dimertabatkan dan diwariskan sejak zaman berzaman. Pasti generasi melayu kini dan akan datang akan berbangga mempunyai moyang meraka yang berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah terakhir!
Like · · February 27 at 11:03pm
Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur likes this.
(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
2 Mac 201212 hours ago · - Rabeah Mohd Ali M Harirama Kedatun Keagungan
KEDATUN KEAGUNGAN,PICEK DUNGGAK BUDAYO....
TURUN JAK RAJO ASO,DAK LELUHUR TIAN HO,.....
WAJIB GHAM LESTARIKEN,GUNO KABAR BERITO,...
TUJUAN SILATURRAHMI,IBADAH SAI BEGUNO,..*** — with Rabeah Mohd Ali and 20 others at "Kedatun Keagungan"Lampung.
Profile Pictures
Unlike · · Share · Yesterday at 2:38pm ·
You, Tengku Shawal Tengku Aziz, Tg Pengeran Assyariff, M Harirama Kedatun Keagungan and 5 others like this.
1 share
Rio Dani Damanik maksud logonya apa ya ??????
penasaran hehehhe
March 12, 2011 at 11:55am · Like
M Harirama Kedatun Keagungan Logo Rumah Adat Lampung KeDaTuN KeAgUnGan
March 12, 2011 at 12:01pm · Like
Rio Dani Damanik kirain organisasi apa gitu hehehe
March 12, 2011 at 12:06pm · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Nampak berseni dan berbudaya walaupun sekadar logo tapi punyai yang tersirat dan tersurat tertanam di dalam logo tersebut penuh dengan:
Perjuangan
Cita-cita
Harapan
Ketekunan
Usaha untuk berjaya
Tak kenal erti jemu dan putus asa
Untuk mempertabat budaya bangsa Melayu agar dihargai dan
dapat diwariskan hingga ke anak cucu selagi ada bulan dan matahari...
Insya-Allah . Amin Ya Rabbal A'Lamin
Yesterday at 2:11pm · Like · 2
Satrio Mataram Kerto Makasih kirimannya Bapak M Harirama Kedaun Keagungan..Salam budaya.
Yesterday at 3:56pm · Unlike · 2
(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
2 Mac 201212 hours ago · - Rabeah Mohd Ali Rabeah Mohd Ali shared M Harirama Kedatun Keagungan's photo.
Profile Pictures
KEDATUN KEAGUNGAN,PICEK DUNGGAK BUDAYO....
TURUN JAK RAJO ASO,DAK LELUHUR TIAN HO,.....
WAJIB GHAM LESTARIKEN,GUNO KABAR BERITO,...
TUJUAN SILATURRAHMI,IBADAH SAI BEGUNO,..***
By: M Harirama Kedatun M Harirama Kedatun Keagunganike · · Share · Yesterday at 2:21pm
Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur likes this.
Rabeah Mohd Ali :
Nampak berseni dan berbudaya walaupun sekadar logo tapi punyai mesej tersirat dan tersurat tertanam di dalam logo tersebut adalah:
Perjuangan
Cita-cita
Harapan
Ketekunan
Usaha untuk berjaya
Tak kenal erti jemu dan putus asa
Untuk mempertabat budaya bangsa Melayu NUSANTARA agar dihargai dan dapat diwariskan hingga ke anak cucu selagi ada bulan dan matahari...
Insya-Allah
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Yesterday at 2:52pm
(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
2 Mac 2012·12 hours ago · - Rabeah Mohd Ali Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur
KEDATUN KEAGUNGAN,.Picek Dunggak Adat Budayo..
Turun jak Rajo Aso,.Lajeu dak Tuyuk Tian Ho,..
Wajib gham Lestariken,.Guno Kabagh Berito,..
Jalan SILATURRAHMEI,.Amal Ibadah Sai Beguno** — with Raja Abdul Rahman and 28 others at "Kedatun Keagungan"Lampung.
Profile Pictures
Unlike · · Share · Tuesday at 10:15am ·
You, Ida Sarong, Keluarga Keraton Blambangan, Tg Pengeran Assyariff and 13 others like this.
1 share
Masyarakat Adat Mataram Salam Budaya dari Kesultanan Mataram.
Tuesday at 10:16am · Unlike · 2
Rabeah Mohd Ali :
Salam Budaya dari Rakyat Malaysia Rabeah Mohd Ali.
Tuesday at 10:18am · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Hasrat di hati ingin memperjuangkan
Khazanah bangsa Melayu di persada dunia
Biar dikenali dan diminati oleh semua penghuni dunia...
Betapa Melayu merupakan bangsa yang mendaulatkan Raja dan budaya bangsa
yang penuh dengan budi bahasa dan adat istiadat kemelayuan yang tinggi nilai budaya bangsa!
Makanya benarlah kata Moyang Kita Laksamana Hang Tuah, 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA! '
Tuesday at 10:24am · Like · 2
(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
2 Mac 201212 hours ago · - Rabeah Mohd Ali WARKAH ISTIMEWA UNTUK DYMM TUANKU MUDARASULAIL ALASATAM
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh
Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam
Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun,
Izinkan patik mengarangkan syair pantun gurindam dan seloka
Untuk santapan minda Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam
dan dikongsi bersama rakyat jelata.
Patik berkarya kerana menghargai Kurniaan dariNya pada patik
Anugerah darinya patik syukuri dalam syahdu dan sendu
Tiada patik harapkan sanjungan melainkan redhaNya dan cintaNya
Moga menjadi bekalan akhirat setelah patik tiada nanti
Sokongan Dymm Tuanku amat patik hargai dan sanjungi
Terharu rasa patik tak dapat hendak diungkapkan dengan kata-kata
Bertambah semangat patik untuk mengarangkan pantun syair gurindam
istimewa untuk seluruh Raja Melayu samada dongengan atau realiti
Tanpa izinNya... patik tidak dapat mengarang kisah-kisah diRaja kerana siapalah patik hamba yang tak sempurna .
Moga dengan izinNya patik dapat menghidangkan syair pantun gurindam dan seloka dengan jayanya.
Moga Dengan izinNya juga Allah sampaikan kiriman karya-karya patik di angin lalu untuk Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam...moga Dymm Tuanku sukacita membaca karya-karya patik dan terhibur hati hendaknya.
Jika ada kekurangan keindahan bahasa diRaja ampunkan patik kerana patik kurang mahir berbahasa istana tapi patik cuba sebaik yang mungkin agar ianya menjadi lebih sempurna dan indah Insya-Allah.
Didoakan semoga Dymm Tuanku DiRahmati Dan DiRedhai Allah SWT dari dunia hingga akhirat.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Ampun Tuanku,
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
Patik Rabeah Mohd Ali @ Rha NS
31 Januari 201211 hours ago · - Rabeah Mohd Ali KUNJUNGAN MENCEMAR DULI DYMM TUANKU MUDARASULAIL ALASATAM KE SELURUH MALAYSIA
Kunjungan Tuanku mencemar duli ke seluruh Malaysia melawat sahabat sahabat yang Tuanku kasihi Tuanku mulakan dengan langkah Bismillah melangkah ke Utara,Timur dan Selatan. Amin semoga perjalanan ini menggamit memori indah.
UnlikeLike · · 18 hours ago near Pulau Tikus, Pulau Pinang ·
You and 24 others like this.
Rabeah Mohd Ali Semoga kunjungan Tuanku mencemar duli ke seluruh Malaysia di samping mengeratkan talisiraturrahim dengan semua sahabat yang Tuanku kasihi Diberkati Allah SWT . Amin Ya Rabbal A'Lamin.
18 hours ago · LikeUnlike
Puteri Delima Sari Alhamdulillah kunjungan yang penuh dengan kenangan-kenangan terindah di sini...
17 hours ago · UnlikeLike · 1
Syima Ima wow
17 hours ago · LikeUnlike
Rabeah Mohd Ali Kunjungan Tuanku mencemar duli,
Mengunjungi Malaysia bertemu sahabat dikasihi;
Selamat datang Tuanku Mudarasulail yang dikasihi,
Kunjungan Tuanku sentiasa dinanti menyatukan talisiraturahimi.
17 hours ago · LikeUnlike · 1
Ridhwan Rahim Semoga Lawatan Tuanku Mencemar Duli ke Utara Diperkenan dan Dipelihara Allah Taala..Warga Utara mengucapkan Selamat Datang Ke Pada Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam
14 hours ago · LikeUnlike
Rabeah Mohd Ali Bersempena Kunjungan Tuanku Mencemar Duli Ke Seluruh Malaysia izinkan patik mengirimkan gurindam dan pantun bertemakan Ikatan Antara Rakyat Dan Raja-Raja Di Seluruh Malaysia Yang Tercinta sebagai cenderahati daripada patik di sini.
GURINDAM ANTARA RAJA DAN RAKYAT JELATA
Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun
Di sini patik mengucapkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kerana kesudian Tuanku
membalas Kad ucapan Hari Raya Aidilfitri dan
Ucapan Kemerdekaan Ke-54 negara tercinta
Terharu rasa hati patik tak dapat hendak
diungkapkan dengan kata-kata kerana
siapalah patik...
Tapi itu semua tidak Tuanku pentingkan
Terbukti sudah ke semua Raja-Raja Di Malaysia
begitu prihatin dan sayangkan semua rakyat baginda
tidak sama sekali membeza-bezakan
siapa pun rakyat, baginda terima dengan kasih sayang
antara Raja dengan ke semua rakyat baginda
Selama ini yang ada di benak pemikiran rakyat
Antara Raja-Raja dengan rakyat ada jurang perbezaan Darjat Kebesaran
Kerana ada rasa jurang perbezaan Darjat Kebesaran hubungan rakyat dengan Raja renggang
Hakikatnya tidak begitu duhai rakyat Malaysia!
Hati nurani semua Raja sememangnya mengasihi rakyat jelata tanpa ada rasa membezakan siapa pun rakyat yang menaungi negeri jajahan baginda rela berkorban demi rakyat dan negara tercinta!
Kesusahan rakyat dan derita rakyat baginda terpanggil untuk menghulurkan bantuan
Negara ditimpa bencana alam ...baginda turut merasai penderitaan rakyat yang ditimpa musibah baginda bantu terdaya mampu ,kesusahan rakyat kesusahan baginda juga
Kesempurnaan hidup rakyat dan kesejahteraan negara tercinta ini sentiasa diikuti dan dalam perhatian semua Raja-Raja
Bilamana rakyat dan pemerintah tidak bersatu hati tentunya kegusaran di hati baginda Sultan kerana hanya yang difikirkan melainkan keamanan negara tercinta!
Baginda mahu tiada jurang antara rakyat, pemimpin dan Raja
Ampun Tuanku Daulat Tuanku
Sembah patik harap diampun
Semuanya bersatu hati mengekalkan Kemerdekaan Negara Tercinta
Makanya keamanan negara tercinta ini
sentiasa dalam perhatian semua Raja-Raja di Malaysia
Semangat patriotik Ke Bawah Duli Tuanku
Amat rakyat jelata kagumi
Rakyat jelata bersumpah setia dan
Akan taat setia kepada ke semua Ke bawah Duli Tuanku
Keprihatinan ke Bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat di Malaysia
Amatlah membuatkan ke semua rakyat jelata terharu dan menghargai
kasih sayang Ke Bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat jelata
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54
Malaysia Negara Tercinta ini ..Rakyat Malaysia kesemuanya mengaku
akan taat setia kepada ke semua Raja-Raja Di Malaysia sepertimana
Yang termaktub dalam Rukun Negara Yang Kedua ,
"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"
DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Karya Rha NS
13 September 2011
(Diilhamkan Bersempena Meraikan Sambutan Hari Malaysia &
Kemerdekaan Malaysia Ke-54 Pada 16 September 2011)
(PETIKAN DARIPADA WALL DYMM TUNAKU MUDARASULAIL ALASATAM)
1 Febuari 201211 hours ago · - Rabeah Mohd Ali PANTUN PERTABALAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14
Sekalung tahniah di atas pertabalan,
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Petuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.
Masalah rakyat masalah baginda juga,
Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
Pengorbanan Tuanku membuatkan rakyat rasa terharu.
Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
Rakyat sentiasa berterima kasih,
Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
Agong kami Raja yang penyayang,
Sayangkan rakyat sayangkan negara;
Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
Saling bantu membantu demi negara tercinta.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Sehati sejiwa mempertahankan negara;
Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
Raja-Raja sentiasa di hati rakyat 1Malaysia tercinta.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Karya Rha NS
13 Disember 2011
(Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)
10 hours ago · LikeUnlike
PANTUN SULTAN-SULTAN & TYT KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA TERCINTA
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.
Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
Kepentingan rakyat amat dirasai;
Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
Sejak generasi dahulu hingga kini.
DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
Budi disemai Allah berkati,
Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
Kebajikan rakyat amat diutamakan;
Bertuah sungguh rakyat Pahang,
Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.
Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.
Pemangku Sultan Kedah amat dihormati,
Menabur budi tidak terhingga;
Ke mana pergi rakyat mentaati,
Rakyat Kedah amat berbangga.
Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
Kepentingan rakyat amat dijaga;
Masalah rakyat diberi perhatian,
Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat berkerjasama.
Negeri Terengganu pesat membangun,
Di bawah pemerintahan Raja penuh kebijaksanaan;
Tuanku Mizan suka beramal kebajikan,
Kepada rakyat Terengganu tidak pernah dilupakan.
Bertuah sungguh rakyat Sabah,
Punyai TYT yang amat memahami;
Denyut nadi rakyat Sabah,
Maju Sabah dan dihormati.
TYT Negeri Sarawak baik budi,
Semua rakyat Sarawak menyayangi;
Tutur kata sebaik budi,
Akan dikenang hingga ke mati.
Melaka negeri penuh bersejarah,
Diperintah oleh TYT yang berkarisma;
Ramai pelancong datang berhijrah,
Menjadi Pusat Perlancongan Sejarah yang ternama.
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas,
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang;
Berjiwa patriotik dan berhati ikhlas,
Memerintah Pulau Pinang penuh kasih dan sayang.
Karya Rha NS
25 Disember 2011
10 hours ago · LikeUnlike
Rabeah Mohd Ali Semoga Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam sukacita menerima kiriman gurindam dan pantun bertemakan Raja 1Malaysia ,TYT dan Rakyat 1Malaysia daripada patik sebagai kenangan terindah untuk Dymm Tuanku dan rakyat Dymm Tuanku yang tercinta.
10 hours ago · LikeUnlike · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL DYMM TUANKU MUDARASULAIL ALASATAM)
1 Febuari 201211 hours ago · - Rabeah Mohd Ali SYAIR TUANKU MIZAN SENTIASA DI HATI RAKYAT MALAYSIA
Tersebutlah kisah Agong tersohor,
Tuanku Mizan yang penuh sabar;
Biarpun hidup penuh mencabar,
Agar rakyat tidak terbiar.
Permaisuri Nur Zahirah yang bijaksana,
Cantik rupawan bagai bulan purnama;
Memberi sokongan kepada baginda,
Agar rakyat terus terbela.
Bahagia hidup keluarga Diraja,
Dikurniakan puteri dan juga putera;
Dibesarkan dalam adat istana,
Ayahanda dan bonda jadi idola.
Genap 49 Tahun Tuanku Mizan diputerakan,
Disambut keputeraaan penuh kesyukuran;
Semua rakyat gembira meraikan,
Raja dan rakyat tidak dapat dipisahkan.
Terengganu negeri keputeraan baginda,
Mempunyai ilmu penuh di dada;
Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
Raja dan rakyat berpisah tiada.
Berbudi bahasa berhemah tinggi,
Baginda bertitah rakyat dengari;
Semua jemputan baginda hadiri,
Asalkan rakyat rasa dihargai.
Tuanku Mizan mencemar Duli,
Menziarahi rakyat bantuan diberi;
Rakyat gembira tiada terperi,
Kebaikan baginda lekat di hati.
Sultan Mizan bertitah memuji,
Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
Memerintah negara amanlah damai,
Rakyat terbela itulah dihajati.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Rakyat mengangkat Institusi Diraja,
Raja dan rakyat rasa bahagia.
Tuanku Mizan selalu menyeru,
Inginkan rakyat bersatu padu;
Buat keputusan tidak terburu,
Asalkan rakyat terus maju.
Tuanku Mizan percaya rancangan kerajaan,
Mampu dinikmati segenap lapisan;
Rakyat bersatu dalam perpaduan,
Negara makmur dalam kemajuan.
Raja dan rakyat amat rapat,
Ke mana pergi rakyat diingat;
Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
Tuanku datang disambut hormat.
Tuanku Mizan Agong ketiga belas,
Dengan rakyat berkasihan belas;
Tidak pernah rasa malas,
Rakyat berpadu rasa terbalas.
Istana Agong tersegam indah,
Bila bertitah penuh bermadah;
Kuasa yang tinggi tiada diendah,
Bersama rakyat tetap merendah.
Bersemayam baginda dalam istana,
Rakyat diundang pergi ke sana;
Raja kami yang bijaksana,
Ikatan raja dan rakyat terus terbina.
Masalah rakyat sama dikongsi,
Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
Ikatan terus jadi serasi,
Tercipta nostalgia untuk generasi.
Sukacita Agong negara maju,
Pemerintahan Agong terus dipacu;
Warkah dihantar Agong dituju,
Mendoakan Agong terus di mercu.
Putera kesayangan ayahanda dan bonda,
Cemerlang negara amat sukacita;
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Bijaksana memerintah negara tercinta.
Sejarah kesultanan patut dihayati,
Dipelajari oleh generasi terkini;
Persenoliti Raja amat dikagumi,
Ke mana pergi tetap dihormati.
Pemerintahan Agong adil saksama,
Cadangan rakyat semua diterima;
Perintahkan Memanda Perdana Menteri beri kerjasama,
Agar negara jadi ternama.
Tuanku Mizan Raja kesayangan rakyat,
Ke mana pergi pentingkan rakyat;
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Tuanku sentiasa di hati rakyat.
Tuanku Mizan Zainal Abidin Agong ternama,
Berjiwa rakyat adil dan saksama;
Pentingkan rakyat walau di mana,
Galakkan rakyat sentiasa berkerjasama.
Selamat menyambut Hari Keputeraan tuanku Mizan,
Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
Sekian sahaja syair Tuanku Mizan sentiasa di hati rakyat,
Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Ampun Tuanku! Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
Ampun Tuanku,
Daulat Tuanku,
Sembah patik harap diampun.
Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan,
‘Syair Tuanku Mizan Sentiasa Di Hati Rakyat untuk tatapan
rakyat Malaysia tercinta.
Patik percaya Syair ini dapat mencetuskan rasa cinta
yang amat mendalam kepada Institusi Di Raja dan secara
tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan
Institusi Di Raja walaupun ke titisan darah terakhir.
Ampun Tuanku.
Sembah patik harap diampun.
Akhir bicara patik doakan moga Tuanku sekeluarga
dirahmati Allah di dunia jua di akhirat.
Amin Ya Rabbal A' Lamin.
KARYA RHA NS
4 Jun 2010
(Bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XIII
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Yang Ke- 49 Tahun)11 hours ago · - Rabeah Mohd Ali SYAIR TUNKU ABDUL RAHMAN BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Rha NS
31 Ogos 201111 hours ago · - Rabeah Mohd Ali TENGKU ADY SHAH PUTRA (BAHAGIAN 1)
"Negeri kita ni...semuanya ada tapi malangnya
satu yang kurang," kata hulubalang.
"Maksud tuan hamba?" Tanya Datok Bendehara
kebingungan.
"Negeri kita tak beraja...walaupun negeri
kita gagah perkasa tapi tidak dihormat orang
kerana kita tak mempunyai raja, apa kata..."
kata Hulubalang terhenti di situ.
"Teruskan...Teruskan... saya sedia mendengar
pendapat tuan hamba."
"Apa kata kita buat surat permohonan untuk
memohon Raja dari Sumatera untuk ditabalkan
menjadi Raja kita."
"Bagus benar cadangan tuan hamba itu...saya
akan membuat surat permohonan manalah tahu
anak Raja Sumatera itu setuju."
Datuk Bendehara terus mengarang surat dan
surat itu hulubalang membawa bersamanya untuk
dikemukakan kepada Raja Sumatera.
Sepurnama sampailah hulubalang ke Sumatera.
Dia disambut baik oleh Raja sumatera.
"Ampun Tuanku sembah patik harap diampun,"
sembah hulubalang.
"Apakah hajat tuan hamba hingga sampai di
Istana Beta," tanya baginda dengan nada
lembut.
"Ada pun patik datang adalah untuk menyanpaikan
warkah ini kepada Tuanku." Hulubalang memberikan
surat Datuk Bendehara kepada Raja Sumatera.
Raja Sumatera membaca dengan penuh kusyuk sambil
mengganggukka kepala.
"Beta sungguh gembira menerima berita ini...beta
mempunyai lima orang Putera, suruhlah Datuk
Bendehara mimilih salah satu di antaranya."
"Kalau begitu titah tuanku , patik akan mengiringi
kelima-lima Putera Tuanku, tahulah kami siapa yang
layak di antaranya.
"Ada pun patik datang adalah untuk menyampaikan
warkah ini kepada Tuanku," hulubalang memberikan
surat Datok Bendehara kepada Raja Sumatera.
Datok Bendehara begitu tertarik sekali dengan Tengku
Arsyad Indradi iaitu anak Raja Sumatera yang sulung.
Tambahan pula anak gadisnya Dang Seri Purnama telah
jatuh hati dengan TengkuArsyad Indradi.
Di hari perkahwinan mereka berdua ditabalkan menjadi
Raja dan Permaisuri. Rakyat jelata bergembira kerana
mereka sudah mempunyai Raja dan Permaisuri.
Alaupun sudah ditabalkan menjadi Raja, Tengku Arsyad
Indradi masih ragu-ragu lagi terhadap keempat-empat
kesemua adindanya iaitu Tengku Arif Rachman, Tengku
Agus Susanto, Tengku Agustus Nugroho dan Tengku
Ady Syah Putra.
Tengku Arsyad Indradi memanggil kesemua adindanya
sambil berkata.
"Tujuan kanda memanggil adinda semua ke mari adalah
untuk memberitahu..."
"Apa dia kanda?" Tanya Tengku Agus Susanto.
"Dinda-dinda bolehlah pulang....kesihan ayahanda
dan bunda kesunyian."
"Kanda ...bukan dinda tak mahu pulang tapi dinda
rasa dinda belum puas lagi hendak tinggal di sini,"
jawab Tengku Arif Rachman.
"Bagaimana pula dengan dinda-dinda bertiga?"
"Dinda pun begitu," jawab mereka bertiga serentak.
Tengku Arsyad Indradi berasa kecewa kerana semua
adindanya tidak mahu pulang. Baginda mengupah
tukan masak Istana menaruh racun pada makanan
yang akan menjadi santapan keempat-empat adindanya.
"Dengar sini... Rahsia ini biar pecah di perut
jangan pecah di mulut! Faham tak?" ugut Tengku
Arsyad Indradi.
"Patik faham Tuanku...patik akan simpan rahsia ini
walaupun nyawa patik menjadi taruhan."
"Bagus tu...ambil ini sebagai upah," Tengku Arsyad
Indradi memberikan dua keping syiling emas kepada
tukang masak Istana lalu beredar dari situ.
"Ha...sedapnya lauk hari ni...rasanya dinda tak
sabar lagi hendak menjamahnya," kata Tengku
Agustus Nugroho terus menjamah makan yang terhidang.
Selesai saja makan dia rebah dan mulutnya berdarah.
"Dinda...! Dinda...! " Laung Tengku Arif Rachman.
"Aduh....! Sakitnya dinda ...larilah cepat dari sini
kalau kanda lambat ...kanda akan mati dibunuh...
pergilah beritahu kanda-kanda yang lain...aduh bisanya...
Tengku Agustus Nugroho menghembuskan nafasnya yang
terakhir.
Tidak berapa lama kemudia Tengku Susanto dan Tengku
Ady Syah Putra datang.
"Apa sudah jadi dengan dinda Tengku Agustus Nugroho?"
Tanya Tengku Ady Syah Putra.
"Dinda Agustus Nugroho telah pergi meninggalkan kita."
"Apa?"
"Marilah kita lari dari sini kanda...kita sudah kesuntukan
masa."
Mereka bertiga meninggalkan istana, melarikan diri masuk
ke dalam hutan belantara.
"Beta mahu kalian kejar mereka sampai dapat...kalau perlu
bunuh mereka semua? Faham?" Tengking Tengku Arsyad Indradi
kepada hulubalang Istana.
"Faham Tuanku."
Tiga orang Putera Raja itu tidak menyedari bahawa mereka
sedang diburu oleh pengawal-pengawal kekanda mereka
Tengku Arsyad Indradi.
"Kanda berdua berehatlah di sini...kanda nak pergi mencari
buah-buahan," kata Engku Ady Syah Putra.
"Baiklah dinda....hati-hati dinda," teriak Tengku
Agus Susanto.
Alangkah terperanjatnya Tengku Ady Syah Putra apabila
didapatinya kedua-dua kekanda yang disayanginya mati
dibunuh. Tanpa membuang masa lagi dia terus melarikan
diri meredah hutan belanta.
(BERSAMBUNG)11 hours ago · - Rabeah Mohd Ali TENGKU ADY SHAH PUTRA (BAHAGIAN II)
Sampai di sebuah kampung Tengku Ady Syah Putra menukarkan
nama kepada Abdul Rahman. Di kampung itulah Abdul Rahman
memulakan hidup baru tanpa diketahui oleh semua penduduk
kampung , dialah adik kepada Tengku Arsyad Indradi.
"Saya berkenan dengan si Abdul Rahman . Orangnya rajin
dan baik hati pula," kata Mak Munah kepada suaminya.
"Saya faham apa maksud awak itu ye," jawab Pak Deli.
"Si Azizah pun dah suka dengan Si Abdul Rahman tu...
apa lagi yang hendak ditunggu. apa kata kita adakan
kenduri perkahwinan mereka berdua pada penghujung tahun
ini. Apa pendapat awak?" kata Mak Munah.
"Kalau awak setuju...saya pun setuju," kata Pak Deli
merestui perhubungan anak gadisnya dengan Abdul Rahman.
Abdul Rahman berkahwin dengan Azizah ketika berumur dua
puluh tujuh tahun. Azizah ketika itu berusia sembilan
belas tahun.
Hidup mereka bahagia hinggalah dikurniakan lapan orang
cahayamata tiga lelaki dan lima perempuan.
Tiga puluh lima tahun telah berlalu. Abdul Rahman ketika
itu berusia enam puluh dua tahun. Isterinya Azizah telah
meninggal dunia sebelumnya.
Telah empat tahun Abdul Rahman kehilangan isteri.
Selama itulah Abdul Rahman pergi ke kubur isterinya
membacaYasin pada setiap hari.
Pagi dari pukul tujuh hingga lapan, petang pukul empat
hingga lima. Hinggakan tanah perkuburan yang berhampiran
dengan isterinya dibersihkan.
Hari itu cuaca mendung. Hujan akn turun bila-bila masa
saja.
"Bapak...Hari nak hujan... Tak usahlah bapak pergi
kubur emak hari ni ye...bapak pun tak sihat," nasihat
anaknya Seman.
"Seman sudah empat tahun bapak pergi ke kubur emak kau...
Hujan atau ribut bapak tetap pergi. Kalau bapak tak
pergi, bapak rasa macam tak lengkap aje hidup bapak ni..."
Abdul Rahman terus berlalu meninggalkan anaknya Seman.
Sampai di tanah perkuburan kepala Abdul Rahman terasa
sakit. Dipaksakan juga berjalan walaupun perlahan-lahan.
Akhirnya sampai juga Abdul Rahman ke kubur isteriyang
dicintainya itu. Habis saja dia membaca surah Yasin
Abdul Rahman terus rebah. Hujan turun dengan lebatnya.
"Bang...Pergilah tengok bapak tu...Risau pulak hati
Midah...hujan terlalu lebat," kata Hamidah isteri Seman.
"Bapak tu degil...Orang kata jangan pergi nak pergi juga..."
rungut Seman sambil menyarungkan baju hujannya. Dia keluar
dengan basikal usangnya.
Alangkah terperanjatnya dia apabila di lihat dari jauh
bapanya rebah di tanah sambil tangannya memegang batu
nisan isterinya. "Bapak!!!" Laung Seman.
Daun pintu diketuk, "Midah...Midah..." jerit Seman.
"Abang!! Apa dah jadi dengan bapak ni?" Tanya Hamidah
cemas.
"Bapak....Bapak...dah pergi...."
"Apa? Innalillah Wainnailaihirajiun..."
Semua anak-anak Abdul Rahman balik. Baik yang jauh mahupun
yang dekat. Seman teringat peristiwa seminggu yang lalu.
"Apa yang bapak buat tu....boleh Seman tengok?"
"Tak boleh....Kalau kau nak tengok tunggulah bapak dah mati.
Kau tengoklah apa yang ada dalam peti besi ini."
"Bapak ni dengan Seman pun nak berahsia...Seman ni bukan
orang lain...darah daging bapak juga....!" kata Seman berjenaka.
"Apa yang abang fikirkan tu..."tanya Siti Hawa adik Seman.
"Baru abang teringat..." Seman terus masuk ke bilik bapanya.
Dibuka peti besi. Alangkah terperanjatnya dia apabila
didapati dari dokumen yang ada dalam peti besi itu bapanya
adalah keturunan Raja Sumatera. Seman memberikan dokumen
kepada Tuk Penghulu.
"Bapak kau ni berdarah Raja...Sebelum dia dikebumikan eloklah
kita pergi ke Istana untuk mendapatkan pengesahan samada
benar ataupun tidak."
Dokumen itu ditunjukkan kepada Raja yang memerintah iaitu
anak kepada Tengku Arsyad Indradi. Baginda telah pun
mangkat tiga tahun yang lalu.
"Memang benarlah Tengku Ady Syah Putra bapa saudara Beta.
Beta mahu bapa saudara Beta dikebumikan secara adat istiadat
diRaja," titah Tengku Badaruddin.
"Baiklah Tuanku."
Kemangkatan Tengku Ady Syah Putra menjadi tanda tanya kepada
penduduk kampung yang tidak tahu salasilah Abdul Rahman yang
sebenarnya berdarah anak Raja Sumatera Indonesia.
Karya Rha NS
1 Januari 199511 hours ago · - Rabeah Mohd Ali SYAIR PUTERA DUYUNG (BAHAGIAN 1)
Tersebutlah satu kisah percintaan,
Dimulai dengan sebuah perkampungan nelayan;
Telah berlaku satu pergaduhan,
Hanya kerana ingin merebut kekuasaan.
Pergaduhan berlaku tanpa ihsan,
Sana-sini mayat bergelimpangan;
Bermandikan darah perkampungan nelayan,
Tiga hari dua malam pergaduhan berlarutan.
Malam ini sekumpulan Kampung Nelayan,
Melarikan diri dari permusuhan;
Naik ke kapal berebut-rebutan,
Kerana ingin lari dari kekalutan.
Di malam bulan purnama indah permandangan,
Terpesona mata memandang ke arah bulan;
Mas Merah berbincang dengan Siew Lan,
Mengenai keharmonian kehidupan di lautan.
Siew Lan memujuk Mas Merah dengan kasih sayang,
Mas Merah kawan baiknya dari dulu hingga sekarang;
Berkawan baik atas dasar keikhlasan sayang,
Saling nasihat menasihati demi kasih dan sayang.
Mas Merah luahkan rasa di hati,
Menjadi penghuni lautan itu yang diingini;
Hidup berkasih sayang penuh harmoni,
Tapi apakan daya cuma imaginasi.
Melaung Mas Merah di lautan sepi,
Meraung merintih kenapa nasibnya begini;
Tiada siapa yang ingin mengerti,
Hidup di dunia dirasakan mati.
Telah berlaku sesuatu yang tidak diduga,
Tiba-tiba berlaku perubahan cuaca;
Angin rebut taufan datang melanda,
Penghuni kapal ketakutan dirasa.
Penghuni kapal menjerit ketakutan,
Kapal terhoyang-hayang di tengah lautan;
Ombah bergulung guruh berdentuman,
Penghuni kapal berada dalam kecemasan.
Hujan ribut disertai suara menakutkan,
Muncul rasaksa dasar lautan;
Menenggelamkan kapal ke dasar lautan,
Sekelip mata hilang ditelan lautan.
Semuanya mati ditimpa malang,
Kecuali Mas Merah diselamatkan duyung;
Lelaki duyung bergelar Putera Duyung,
Memiliki kuasa segala duyung.
Mas Merah koma beberapa hari,
Putera Duyung bersusah hati;
Ingin menyelamatkan Mas Merah hajat di hati,
Agar Mas Merah bernafas kembali.
Bertemu pendeta minta pandangan,
Pendeta meminta Putera Duyung fikirkan;
Sebelum membuat apapun keputusan,
Kerana alam duyung dan manusia banyak perbezaan.
Putera Duyung mahukan Mas Merah diselamatkan,
Walau apa cara sekalipun akan diusahakan;
Melihat Mas Merah hatinya ihsan,
Berkorban nyawa dia pertaruhkan.
Hati Putera Duyung perlu didermakan,
Kepada Mas Merah untuk diselamatkan;
Percantuman hati mesti dijalankan,
Itu caranya Mas Merah diselamatkan.
Putera Duyung sanggup dermakan hati,
Melihat Mas Merah koma tak sampai hati;
Putera Duyung yakin Mas Merah manusia baik hati,
Diderma hati dengan seikhlas hati.
Di malam bulan purnama dijalankan pembedahan,
Antara Putera Duyung dan Mas Merah penuh suspen;
Cahaya terang disimbahi cahaya rang bulan,
Selamat sudah pendeta lakukan pembedahan.
Selepas pembedahan berlaku perubahan,
Mas Merah bertukar menjadi duyung rupawan;
Gembiranya pendeta berjayanya pembedahan,
Pendeta bersyukur usahanya DiPerkenankan.
Mas Merah hidup bagaikan keajaiban,
Didapati dirinya ada di dasar lautan;
Berasa pelik dengan perubahan,
Perubahan dirinya di luar dugaan.
Dirasakan dirinya berada di alam fantasi,
Seolah tercapai hajat di hati;
Menjadi penghuni lautan yang dibayangi,
Kini menjadi kenyataan masih belum difahami.
Puteri Duyung menyambut kedatangan Mas Merah,
Disambut dengan tarian duyung penuh meriah;
Istana duyung dihias indah,
Menyambut tetamu terhormat Mas Merah.
Mas Merah gembira tidak terperi,
Dilayan Mas Merah seperti Tuan Puteri;
Wajahnya ayu berseri-seri,
Dirasakan impian jadi realiti.
Memang impian menjadi realiti,
Mas Merah masih lagi belum mengerti;
Dipendamkan juga kenapa jadi begini,
Akan terjawab di suatu ketika nanti.
Bergurau senda dengan Puteri Duyung,
Menghayati suasana di Taman Karang;
Menjadi sahabat baik penuh kasih sayang,
Kasih terjalin mengundang sayang.
Setiap hari berkejar-kejaran,
Berkejar-kejaran di balik taman;
Taman Karang dipenuhi bunga-bungaan,
Harum semerbak menyelubungi taman.
Dalam berkejaran terpisah dengan Puteri Duyung,
Puas dicari Puteri Duyung ke mana menghilang;
Muncul pula lelaki duyung,
Mas Merah menangis berasa bimbang.
Putera Duyung memperkenalkan diri,
Diceritakan bagaimana Mas Merah begini;
Fahamlah sudah Mas Merah kini,
Budi baik Putera Duyung terkesan di hati.
Semenjak itu berkenan di hati,
Mas Merah jatuh cinta tanpa disedari;
Dengan Putera Duyung yang baik hati,
Cinta Putera Duyung ingin dimiliki.
Tapi apakan daya cintanya terhalang,
Cinta Putera Duyung kepunyaan Puteri Duyung;
Beralah Mas Merah terus menghilang,
Bukti kasihnya kepada Puteri Duyung.
Demi sahabat ingin menjadi manusia kembali,
Agar cinta sahabatnya bertaut kembali;
Biarlah dia membawa hati,
Membawa hati luka demi sahabat sejati.
(BERSAMBUNG)11 hours ago · - Rabeah Mohd Ali SYAIR PUTERA DUYUNG (BAHAGIAN II)
Berjumpa pendeta menyampai hajat di hati,
Agar pendeta boleh perkenankan nanti;
Mengertilah sudah pendeta kini,
Memakan 7 jenis rumpai laut dikehendaki.
Berlaku perubahan setelah makan rumpai laut,
Menjadi kembali manusia terapung di laut;
Teruna muda terjun ke laut,
Menyelamatkan Mas Merah tanpa takut.
Mas Merah pengsan tak sedarkan diri,
Doktor datang memberi rawatan;
Sedar Mas Merah gembiranya hati,
Si teruna muda yang baik budi.
Budi bahasa Mas Merah buat si teruna jatuh hati,
Cinta Mas Merah ingin dimiliki;
Melamar Mas Merah sepenuh hati,
Mas Merah terkesima antara dua hati.
Antara cinta dan budi,
Mas Merah tak mengerti;
Cintakan Putera Duyung setia di hati,
Hatinya dengan Putera Duyung tercantum di hati.
Mas Merah rupawan buat hati tertawan,
Anak-anak kapal berlumba ingin menawan;
Menawan cinta Mas Merah yang rupawan,
Ingin memiliki cinta sanggup berbunuh-bunuhan.
Mas Merah memberontak rasa tak tenteram,
Tiada dimiliki rasa kedamaian;
Tidak seperti berada di lautan,
Ingin kembali menjadi duyung lautan.
Tanpa berfikir baki 7 jenis rumpai laut dimakan,
Bertukar menjadi duyung kembali selepas makan;
Gembiranya hati tak dapat dibayangkan,
Terus menggelongsor ke dasar lautan.
Mas Merah pergi mencari pendeta,
Memohon nasihat dari pendeta bijaksana,
Hajat Mas Merah difahami pendeta,
Berjumpa Puteri Duyung itu dipinta.
Tika itu Puteri Duyung sedang berdandan,
Didandan cantik menjadi pengantin;
Sebentar lagi upacara pernikahan dijalankan,
Dengan Putera Duyung kekasih idaman.
Mas Merah menangis sepenuh hati,
Merayu pilu pada sahabat sejati;
Puteri Duyung tidak sampai hati,
Melepaskan cintanya pernikahan tak jadi.
Budi baik Puteri Duyung dingati sampai mati,
Bukan sengaja merebut kekasih hati;
Sudah terikat antara dua hati,
Moga cintanya terpatri nanti.
Putera Duyung tidak ambil hati,
Apabila Mas Merah menaruh hati;
Kedua-dua duyung tidak dikawini,
Demi kerana menjaga hati.
Sumpahan duyung Mas Merah redha,
Di siang hari menjadi manusia,
Menjadi duyung apabila malam tiba,
Pulau terpencil tempat tinggalnya.
Bernyanyi-nyanyian mengeratkan kasih,
Kasih mengasihi seperti kekasih;
Apakan daya kasih tersisih,
Kerana tak mahu berbagi kasih.
Putera Duyung datang di bulan purnama,
Memastikan Mas Merah hidup sempurna;
Ada masalah dikongsi bersama,
Ketiadaan Putera Duyung Mas Merah redha.
Kebahagiaan mereka rupanya tak lama,
Apabila datang nelayan ke sana;
Mahu menangkap Mas Merah agar ternama,
Dibuat persiapan lembing dibawa.
Malam itu malam penghabisan,
Cinta dua kekasih tidak kesampaian;
Putera Duyung ingin nyatakan,
Agar diterima Mas Merah lamaran.
Mas Merah gembira disarungkan kalungan,
Kalungan mutiara bertatah berlian;
Mas Merah ternampak balingan lembing nelayan,
Dipertaruhkan nyawa demi cinta kesufian.
Nelayan takut sembunyikan diri,
Di balik batu dia bersembunyi;
Tanpa disedari datang ketam gergasi,
Digigit nelayan hingga mati.
Panahan lembing tertusuk di hati Mas Merah,
Mengalir deras pekatnya darah;
Putera Duyung terpaku dalam luka yang parah,
Perginya kekasih dalam cinta berdarah.
Semasa nazak dipangkuan Putera Duyung,
Sempat menyuruh mengawini Puteri Duyung;
Kepedihan dirasa tak dapat dibendung,
Menangis Putera Duyung dalam cinta sayang.
Sedihnya tika itu tahunya Tuhan,
Dicabutnya lembing perlahan-lahan;
Darah terus mengalir terus-terusan,
Menangis hiba cinta tak kesampaian.
Permergian Mas Merah sentiasa dikenangkan,
Apa nak buat takdir menentukan;
Cinta kekasih tidak kesampaian,
Diredhainya dalam kepasrahan.
Di hari persandingan penuh hiba,
Jenazah Mas Merah menyaksikan cinta;
Hajat Mas Merah disampaikan juga,
Mahukan perkahwinan dijalankan segera.
Setelah persandingan upacara pengkebumian,
Mas Merah dibawa ke kuburan;
Di Taman Karang Mas Merah dikebumikan,
Menjadi legenda penghuni lautan.
Sekian Sahaja Syair Putera Duyung Kisah Cinta Abadi,
Antara dua kekasih berlainan alam perbezaan hati;
Bercantuman hati hingga ke mati,
Membawa cinta hingga ke alam abadi.
Karya Rha NS
1 Jun 201110 hours ago · - Rabeah Mohd Ali SYAIR PENGANTIN RAJA RIMBA
Tersebutlah kisah satu cerita,
Puteri Monyet yang cantik jelita;
Berhemah tinggi tidak terkata,
Di mana saja berdukacita.
Raja harimau pilihan hati,
Mengadu hasrat pada merpati;
Agar cinta jadi sejati,
Jasa si burung tetap diingati.
Puteri Monyet memendam rasa,
Dihina kawan tidak berasa;
Tidak mudah berputus asa,
Korban cinta untuk berjasa.
Raja harimau termakan budi,
Sakitnya kekasih tidak terperi;
Menentang sawa kuat menjadi,
Cinta dibalas patut diberi.
Raja Harimau menerima surat,
Surat dibaca menyatakan hasrat;
Cinta membara bertambah sarat,
Kalau jodoh telah tersurat.
Raja Harimau membalas cinta,
Gembiranya hati Puteri Jelita;
Siang dan malam bertemankan tinta,
Agar cinta terus bertahta.
Jasa si burung tidak dilupa,
Terbang tinggi bertegur sapa;
Mengalir keringat tidak mengapa,
Tanda kasih sedemikian rupa.
Kad jemputan terus diedar,
Semua terkejut tiadalah sedar;
Ada yang memandang terus tersandar,
Asalkan pengantin cinta tak pudar.
Semua haiwan bergotong royong,
Sediakan pelamin pengantin tersayang;
Bergurau senda semakin matang,
Gembiranya hati semua yang datang.
Malam dinantikan penuh debaran,
Parsandingan Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
Semua gembira tibanya perkahwinan,
Majlis perkahwinan yang dibanggakan.
Tetamu datang dari daratan dan lautan,
Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
Kerana pengantin idola perdamaian.
Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
Tetamu disambut dan dijamu;
Dijamu makanan pelbagai menu,
Sambil makan menantikan pengantin rasa tak jemu.
Tepat Jam 12 Malam semua bersorakkan,
Tahun baru 2020 diraikan seiring majlis pengantin;
Di langit rimba bunga api berpecikkan ,
Pengantin Raja Rimba kesayangan diraikan.
Pengantin diarak menuju pelamin,
Gajah membawa pasangan pengantin:
Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
Di malam yang penuh kemeriahan.
Duduk bersanding jeling menjeling,
Sambil menjeling tersenyum sayang;
Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
Dilemparkan senyuman mesra tanda kasih sayang.
Semua kumpulan tetamu membuat persembahan,
Dipersembahkan kepada pengantin kesayangan;
Pengantin gembira keterharuan,
Melihat persembahan yang mengasyikkan.
Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
Pelbagai kaum dapat disatukan,
Hidup aman damai dalam perpaduan.
Sekian sahaja syair Pengantin Raja Rimba dipersembahkan,
Untuk tatapan semua tetamu undangan;
Salah dan silap harap dimaafkan,
Moga persembahan ini dapat menghiburkan.
Karya Rha NS
1 Januari 201110 hours ago ·
3 Mac 2012
0 comments:
Post a Comment