KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU
Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu,
Tak lama lagi PRU,
Kuasa rakyat sebagai penentu.
Jangan bercita menjadi pemimpin jika tidak utamakan pembelaan hidup rakyat terjamin senang hingga ke anak cucunya.
Falsafah pemimpin biar rakyat yang senang dalam segala perkara bukan memikirkan kepentingan sendiri.
Bersusah-susah kerana rakyat
barulah rakyat bersenang-senang mengundi pemimpin!
Pemimpin yang hendak menang pastikan jangan memburukkan parti lawan tapi banyakkan
apa yang akan disumpahkan pada rakyat sekiranya dia menang!Sumpah tersebut apakah
manifesto untuk rakyat seluruhnya tanpa terkecuali dan demi negara tercinta!
Pemimpin yang bijak tidak akan memberi rakyat ikan kerana menghasilkan rakyat pemalas
Pemimpin akan memberikan pancing agar rakyat sentiasa berusaha mendapatkan ikan dan hasilnya berterusan hingga ke anak cucu.
Rakyat mahukan pemimpin yang rela berkorban demi rakyat sekalipun harta bendanya yang dimiliki dilaburkan untuk rakyat...itulah pemimpin pilihan rakyat!
Rakyat rela kehilangan pemimpin tapi rakyat tak rela kehilangan Malaysia tercinta!
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Diteruskan oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tunku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2011
MALAYSIA TANAH AIR IBU PERTIWI
Jangan berpayung di bawah mentari,
Jika tak berani memijak bara di bumi;
Hang Tuah rela korbankan diri sendiri,
Demi syahidnya ke jalan Ilahi.
Berpantang maut sebelum ajal,
Itu prinsip Hang Jebat Hang Tuah;
Hang Tuah Hang Jebat rela berdepan ajal,
Asalkan Ibu Pertiwi tidak dijajah.
Ayuh pahlawan melayu bersiap siaga,
Menentang musuh durjana;
Di mana-mana musuh durjana,
Menunggu masa merampas kuasa.
Jangan leka dan lalai,
Duhai semua pahlawan Negara;
Kerana musuh tak pernah lalai,
Sentiasa mencari peluang memerintah Negara.
Negara ini kita yang punya,
Moyang kita tinggalkan untuk kita;
Tak semudah itu mereka nak ambilnya,
Langkah mayatku dulu sebelum niatmu bermula.
Biarpun bumi Malaysia ini bermandikan darah,
Akan kutuntut biarpun seinci tanah moyangku;
Di seluruh benua ini akan kurenciskan tinta berdarah,
Agar mereka tahu betapa aku cinta tanah airku.
Sudah lama aku berhidup di dunia ini,
Tiada apa semai baktiku pada Negara tercinta;
Akan kuperah perahkan otakku ini,
Meniupkan bara api perjuangan wira tercinta.
Perjuangan ini sentiasa membara di hatiku,
Biarpun seluruh pendekar tak menyokongku;
Berjuanglah dikau dengan keperkasaanmu,
Siapalah aku dibandingkan kepahlawananmu.
Cuma harapanku satu,
Jangan kau lupa pesan Hang Tuah;
Melayu itu cuma satu,
Tak akan hilang melayu di bumi bertuah.
Marilah kita bersatu demi kepentingan melayu,
Marilah bersatu hati demi tuntutan Islam;
Berkongsi kuasalah demi anak cucu melayu,
Kerana begitu indahnya Islam.
Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu;
Sudah saat tibanya PRU,
Kuasa rakyat sebagai penentu.
Malaysia ini negara demokrasi,
Sentiasa akur pilihan rakyat;
Dari dulu hingga sekarang tak pernah basi,
Yang menentukan kuasa adalah rakyat.
Makanya pemimpin jangan mudah lupa,
Bila berjanji mesti ditepati;
Munafik jika janji sengaja dilupa,
Jika janji tinggal janji akan makan diri sendiri.
Semua parti hendak menang ,
Menteri turun padang menambat hati rakyat;
Jika hari-hari begini parti mesti menang,
Sudah menang jangan lupakan rakyat.
Rakyat punyai impian pada pemimpin,
Mahukan pemimpin mencemerlangkan rakyat;
Negara maju dalam pembangunan,
Menjadi wadah perjuangan rakyat.
Pemimpin Malaysia dipilih olah rakyat,
Kuasa rakyat yang menentukan pemimpin;
Makanya pemimpin mesti utamakan rakyat,
Kepentingan rakyat adalah perjuangan pemimpin.
Rakyat mahukan pemimpin ikhlas berjuang,
Membela nasib rakyat agar anak cucu tak merana;
Makanya rakyat tidak begitu sewenang-wenang,
Memberi kuasa pemimpin niat memusnahkannya.
Rakyat rela pertaruhkan nyawa demi negara,
Pemimpin juga sayangkan negara tercinta;
Perwira benteng pertahanan negara,
Semuanya kerana anak cucu tercinta.
Kepercayaan kepada Tuhan rukun Negara pertama,
Kesetiaankepada raja dan Negara rukun kedua;
Semuanya bermatlamat yang sama,
Mahukan Malaysia aman damai selamanya.
Semoga Malaysia sentiasa diberkatiNya,
Diperintah Raja yang ihsan pada rakyatnya;
Dikuasai pemimpin berhati semurni Syurga,
Rakyat bersatu merelitikan impian anak cucu tercinta.
Karya Ratu Rimba Niagara
20 April 2013
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Raja, Pemimpin, Pahlawan, Seluruh Rakyat Malaysia dan Anak Cucu Tercinta!)
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!
Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.
Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
Semoga puasa membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Dulu hingga kini masih teruskan perjuangan.
Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-60 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya Ratu Rimba Niagara.
31 Ogos 2017
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke - 60)
DI SINI TANAH TUMPAH DARAHKU!
di sini tanah tumpah darahku
tak akan kubiarkan
biarpun seinci diceroboh musuh durjana
akan aku pertahankan
biarpun nyawaku jadi taruhan
di sini tanah tumpah darahku
cintaku pada ibu pertiwi
setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
siapa yang berani menentang
akan aku tentang
akan aku lawan
biarpun nyawa jadi taruhan
di sini tanah tumpah darahku
demi ibu pertiwi
aku rela dihujani peluru
bermandikan darah
asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
daripada segala ancaman musuh durjana
di sini tanah tumpah darahku
Angkatan Tentera Darat Malaysia
sentiasa bersiap siaga
mempertahankan ibu pertiwi
kami tak takut mati bila berada di medan juang
kami berjuang...berjuang...berjuang…
hingga ke titisan darah terakhir
berundur di medan juang tidak sama sekali!
sekali melangkah ...langkah kami adalah langkah seorang pejuang
Duhai rakyat Malaysia di luar sana
jangan bimbang
jangan takut
keselamatan negara masih terkawal
Angkatan Tentera Malaysia
sentiasa berjaga-jaga dan memantau
di setiap inci bumi Malaysia
musuh datang kami tentang
kami lawan
kami perang habis-habisan
kami tak takut mati bila berada di medan perang
kami pasukan tentera yang berani mati
demi kerana Agama Bangsa dan Negara
Kami Angkatan Tentera Malaysia
semuanya terlatih mahir dalam berperang
kami dilatih untuk berani mati
tak akan ada rasa gentar bila berhadapan musuh
semangat kami sentiasa bergelora menghapuskan
musuh durjana!
andai kami gugur di medan juang
taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
kirimi doa restu
agar kami aman di Sana
Duhai musuh durjana
jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
ketahuilah kamu
sekali benderaku berkibar dengan laungan
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
selamanya kekal merdeka
tak akan siapa berani menurunkan
atau mengantikan bendera lain
jika kamu berani silakan
Angkatan Tentera Malaysia
tak akan biarkan!
sekalipun bumi Malaysia ini
bermandikan lautan darah
tak akan kami biarkan!
akan kami perjuangkan hingga
ke titisan darah terakhir
kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
semuanya demi Agama, Bangsa dan Negara
maka bila-bila masa sentiasa bersiap siaga
sentiasa bersedia berada di medan juang
kami mahu mati dalam perjuangan
perjuangan demi cintakanNya
matlamat kami mati syahid di medan perang
moga Allah makbulkan doa kami
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013
SYAIR DEMI MALAYSIA TERCINTA
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Malaysia negaraku yang tercinta;
Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
Merealisasikan impian demi Negara.
Saling menghormati bersatu hati,
Tolong menolong amalan murni;
Tiada rasa berdengki hati,
Semua kerana Malaysia dicintai.
Melayu Cina India dalam perpaduan,
Bersatu hati merealisasi impian;
Berganding bahu bersama kerajaan,
Jadi realiti Negara berperlembagaan.
Jika Negara kucar kacir,
Nasib rakyat sentiasa tercicir;
Kerajaan dibina menjadi hancur,
Angkara rakyat selalu engkar.
Ingatlah peristiwa 13 Mei,
Rusuhan kaum sentiasa diingati;
Berpadulah demi Malaysia disayangi,
Agar 13 Mei tidak berulang kembali.
Kalau diingat perjuangan Tunku,
Perjuangannya tak pernah jemu;
Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
Biarpun mengharungi perjuangan berliku.
Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.
Begitu juga berbincang dengan komunis,
Tunku bincang dengan cara harmonis;
Hinggakan mengalah ketua komunis,
Menjadi legenda kenangan manis.
Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
Biarpun lama rakyat menunggu;
Sabar menunggu tak pernah jemu,
Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu
Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
Jiwa kental sentiasa muafakat,
Berkorban apa saja demi rakyat.
Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
Pemimpin bersara rakyat hargai;
Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
Barulah aman Negara ini.
Rakyat dan pemimpin seia sekata,
Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
Masalah diatasi dengan bijaksana,
Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.
Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
Sanggup berpening memikirkan,
Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.
Permintaan rakyat untuk rakyat,
Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
Didengari semua wakil Rakyat,
Apabila tertunai sukanya rakyat.
Rakyat Malaysia harus bersatu,
Demi kerana Malaysia yang satu;
Negara aman berkat bersatu,
Syukur generasi kini dan terdahulu.
Sama-sama merealisasikan impian,
Majunya Malaysia dalam pemodenan;
Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Mei 2011