Saturday, 1 October 2011 0 comments

CINTA KERANANYA


CINTA KERANANYA

Ingin kuberi hati ini
padanya yang dapat
memenuhi kehendak roh dan jasadku
agar cahaya keimanan
dia dan aku tersirna
dalam paduan cinta.

Saling mencintai keranaNya
keasyikkan memburu cintaNya
sama-sama ingin memiliki cintaNya
demi persiapan bekalan akhirat
sebelum bertemu denganNya.

Bercinta keranaNya
Membalas cinta keranaNya
mendapat redha dan restuNya
barulah dapat ketenangan
hakiki dunia dan akhirat!

Karya: Rha NS
21 Mei 2011
0 comments

ISTANA PELANGI CINTA


ISTANA PELANGI CINTA


Duhai kasih...
sudah lama kudambakan
hadirnya cinta bertahta di hati
kerana aku ketandusan cinta
hari-hari dilalui kegeringan cinta
saat dilalui membosankan
yang hanya bertandang gerhana cinta
memilukan hatiku.

Tanpaku duga
kau hadir dalam hidupku
membawa sinar bahagia
kita sama-sama cinta
sama-sama sayang
kurindu tanpamu
kusepi tanpamu
kau sentiasa bertahta di hati.

Moga hari-hari cinta
dilalui bersama
membawa sinar bahagia
untuk kita berdua.

Sabarlah sayang
kita memadu cinta
memadu kasih di istana cinta
di serikan pelangi
kita berbulan madu
di istana pelangi cinta
menyerikan cinta kita
dalam restuNya.

Karya: Rha NS
19 Jun 2011
0 comments

HARGA SEKUNTUM CINTA



Bunga Serojakku...

Biarpun kau cumalah sekuntum bunga seroja
yang berjuang hidup di padang pasir tandus
menempuh segala kepayahan
demi untuk meneruskan kehidupan

Nun.....jauh di sana
kawan-kawan pun sedang bahagia menikmati kehidupan
kau ucapkan salam bahagia untuk mereka...
biarpun mereka sambut ucapanmu dengan senyuman sinis

Biarpun hatimu duka dikecewakan
Kau terima dengan redha
Dengan pasrah ketentuanNya

Tidak ada sedikitpun berperangsaka
pada manusia
pada Tuhan

Biar pun kau jauh nun di sana
di padang pasir tandus
berkat keyakinanmu pada TuhanMu
kau terus hidup
kerna akar mu
ditunjangi dengan pasakkan iman

Biarpun bunga serojaku cuma sekuntum
Biarpun berhidup di padang pasir tandus
Wangian cinta sucimu itu dapat dihidu
Hingga ke serata benua

Di Malam hari biarpun kau kedinginan
Sang Purnama
Menyinarkan sinar rembulan
Sambil melemparkan senyuman ikhlasnya padamu

Sambil berkata, "Sabarlah Bunga Serojaku..
Deritamu Deritaku Jua...Bahagimu Bahagiaku Jua....
Biarkan kujahit lukamu denan benang cintaku....
Biarkan kusapukan air mata mu dengan sapu tangan
cinta syahdu yang tertulis kaulah sahabatku
dunia akhirat...ku sentiasa mendoakan kebahagiaan
dunia akhirat untukmu sayang..."

Kini Serojaku
senyumlah dalam luka
senyumlah dalam redha
Allah sentiasa bersamamu.

Karya: Rha NS
12 Ramadhan 1432H
12 Ogos 2011
(Diilhamkan Teristimewa Untuk Sahabatku Bunga Seroja Dari Benua
Indonesia ...Tajuk Puisi: Harga Sekuntum Cinta)
0 comments

PELANGI CINTA

MIMPIKAN PELANGI



Apabila pelangi menjelma
ingin kugapainya
pelangi senyum padaku
melambaikan tangan
menyambut kedatanganku
gembiraku tak terkata
kerana pelangi sudi
bersahabat denganku
bicaranya indah melenakan mimpiku
bibirku tak lekang mengukir senyuman
indah tutur kata pelangi masih tak kulupa
biarpun dia pergi berlalu dalam mimpiku!

Esoknya hidupku dipenuhi pelangi cinta
dalam redhaNya yang abadi.

Karya: Rha NS
15 Jun 2011
0 comments

SUBHANALLAH KEDENGARAN JELAS ZIKIR PADAMU

KEINDAHAN AIR TERJUN CIPTAANNYA


Bertingkat-tingkat memutih air terjun,
Dikelilingi hutan hijau kiri dan kanan;
Subhanallah! Kedengaran jelas bunyi alunan,
Zikir pada PenciptaNya tiada hentiaan,


Karya  Rha NS
2 Oktober 2011
0 comments

KURNIAKANKU SEKUNTUM BUNGA SYURGAMU



YA ALLAH KURNIAKAN SEKUNTUM BUNGA SYURGAMU


Ya Allah
Tuhanku Yang Memiliki Kerajaan
Langit dan Bumi
Yang Memiliki Syurga
Untuk hamba-hambaNya Yang Terpilih

Di Bulan Ramadhan Yang Penuh Keberkatan ini
Dibukakan Ke Semua Pintu-Pintu Syurga
SeluasNya Untuk hamba-hambaNya Memohon Permohonan
Masuk Ke Syurga tanpa hadNya
Betapa Pemurah Dan PenyayangMu Ya Allah
Pada hamba-hambaMu

Cuma hamba-hambaMu leka...lalai
melepaskan begitu saja peluang
yang diberikan
Ruginya aku Ya Allah
Jika lepaskan peluang
Yang amat berharga ini
Yang tak akan dapat
Kuperolehi lagi
Jika ini adalah Ramadhan terakhirku!

Sememangnya Syurga itu
Diberikan kepada hambaMu
Darjat Yang Tinggi
Tapi aku malu Ya Allah
Amalanku tak seberapa
Dosaku tak terhitung banyaknya
Selama aku menumpang hidup di bumiMu ini
Tak layak aku memiliki SyurgaMu
Apa tah lagi memohonnya
Malu Ya Allah
Malu sangat-sangat
Tapi...Bila Mengenangkan
Kau Tuhanku Yang Maha Agung
Lagi Maha Penyayang
Lagi Maha Pengampun
Kumohon dengan linangan air mataku ini
Kau kurniakan aku SyurgaMu
Yang Kau Miliki
Yang BanyakNya Hanya Kau Yang Tahu
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Hingga tika ini malunya aku
Memohon padaMu Ya Allah
Kerana amalanku yang sedikit
Dosaku yang banyak tak terhitung...
PadaMu kuserahkan segala ketentuan
Kerana Kuasa Memberikan Syurga MilikMu
Kerana aku melakukan amalan yang sedikit ini
bukanlah untuk memiliki SyurgaMu
tapi mahukan balasan  CintaMu Yang Maha Agung
itu sudah membahagiakan dunia akhiratku
Seluruh hidupku hanyalah untuk mencintaiMu
Apa saja yang kulakukan
Hanyalah keranaMu
Bukan untuk mendapat
Pujian manusia
Atau apa saja dari manusia
Tapi hanyalah kerana Kau Ya Allah
Justeru Kau balaslah cintaku ini
Aku merayu Ya Allah
Selagi Kau tidak membalasNya
Selagi itulah aku akan terus merayu
Merayu terus-terusan
Merayu sehingga nyawa sampai di kerongkong
kerana seumur hidupku hanyalah untukMu

Sebelum aku dijemputMu
Aku cuma mohon satu permohonan
Agar Kau Kurniakan
Aku sekuntum Bunga SyurgaMu
Yang banyaknya tidak terhitung
CantikNya Masya-Allah
WangianNya Subhanallah
MemilikiNya Allahu Akhbar

Kiranya aku dapat memiliki
Akan kujaganya  dengan ketakwaanku
Tak akan ada riak sebesar zarahpun
Tak akan ada seorangpun yang mengetahuinya

Kan kubahagikan kelopak-kelopak bunga-bunga
SyurgaMu kepada semua sahabat-sahabat seperjuanganku
Agar mereka turut menyebar luaskan benih-benih
SyurgaMu di laman hati semua hamba-hambaMu
Agar benih-benih Bunga SyurgaMu
Subur menghijau mengindahkan ketakwaan
hamba-hambaMu kepadaMu sekukuhNya
percaya dengan kewujudanMu
lalu menyembah hanyalah Kau Tuhanku
Tuhan Yang Maha Esa
Tuhan Semesta Alam
Yang Menguasai Langit dan Bumi

DariMU aku datang
DariMu aku dikembalikan!

Karya:  Rha Ns
3 Ramadhan 1432H
3 Ogos 2011


 





   
 
0 comments

DIARI PERANTAU JURUFOTO KURNIAAN ALLAH



DIARI PERANTAU JURUFOTO KURNIAAN ALLAH


Subhanallah
Sejujurnya kukatakan
Dairi Perantau memanglah jurufoto yang hebat...
kurniaan Allah padamu
Terima kasih atas foto kirimanmu
Foto tentang keindahan alam CiptaanNya
Moga mencetuskan ilhamku untuk berkarya memuji
KebesaranMu Tuhanku Tuhan Semesta Alam.
Sesungguhnya keindahan alam CiptaanMu membuatkan
cinta terpatri antara hamba dengan PenciptaNya!
Maha Agungnya CintaMu.

Karya Rha NS
5 Ogos 2011

(Berminat Untuk Tempahan Foto Hasil Kerja Seni  Diari Perantau Sila Berhubung
Di Facebook Beliau Atas Nama DIARI PERANTAU...Insya-Allah Anda Pasti Berpuas Hati Dengan Kerja Seni Beliau)
0 comments

KANVAS LANGIT LOREKAN KEBIJAKSAANMU


KANVAS LANGIT LOREKAN KEBIJAKSANAANMU


Ya Allah bilamana kulihat
Langit kanvas
Lorekkan KebijaksanaanMu
Yang Takkan ada siapa
Dapat menandingi keindahanNya
Lorekkan permandangan kanvas langitMu
Terhunam kesyahduan di hatiku
Kepiluan iman untuk aku bermunajat padaMu

Gabungan antara lautan dan langit
Amat memukau kalbuku
Diserikan tompokan awan
Pelabagai rupa dan warna-warni
Dipancarkan sinaran senja
Tika mentari ingin melabuhkan tirainya
Di kaki langit amat mengujakan!
Allahu Akhbar Maha AgungNya CintaMu
Se Agung CintaMu kepada hambaMu
Yang tahu erti kesyukuran
Dengan bersujud hanyalah
KepadaMu Tuhan Mengusai
Kerajaan Langit Dan Bumi.

Karya: Rha NS
4 Ramadhan 1432H
4 Ogos 2011
(Disiarkan di blog: sasterakuduniaku.blogspot.com)
Sekalung budi kepada Diari Perantau Kerana
Dengan Kiriman Foto Hasil Senimu Makanya
Tercetuslah Ilham Puisi Bertajuk:
KANVAS LANGIT LOREKKAN KEBIJAKSANAANMU.
Moga kerja senimu dibalas Allah
dengan RedhaNya padamu sekeluarga dunia akhirat.
Amin Ya Rabbal A' Lamin.
0 comments

SI TANGKAI JANTUNG HATI!



SI TANGKAI JANTUNG HATI!

Pohon nyior yang sebatang
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
anginnya sampai meresap ke
tangkai jantung hatiku
lalu menyapa apa kabarmu
lalu kujawab ku tak setenang
selembut lambaianmu
melambai mendayu berzikir padaNya
itulah penenang kalau kau nak tahu
si takai jantung hati!


Karya: Rha NS
5 Ramadhan 1432H
5 Ogos 2011
0 comments

ANGIN MENDERU OMBAK BERBISIK


KESYUKURAN TIADA PENAFIAN


Kesetiaan pepohon
ketulusan batu pejal
angin yang menderu
ombak yang berbisik
adalah kesyukuran
tiada penafian.


Karya  Diari Perantau
5 Ogos 2011
0 comments

ANGIN MENDERU OMBAK BERBISIK

ANGIN MENDERU OMBAK BERBISIK


Angin yang menderu
ombak yang berbisik
seakan membisikkan
sesuatu menyatakan

"Tolong selamatkan kami!."
Kumenjawab menenangkannya.

"Sabarlah ye tiada dayaku menolong kalian...
Cuma yang dapat kudoakan kalian sejahtera
jika kalian selalu bersyukur ...."

"Kami selalu bersyukur ...tidakkah kau dengar
apa yang kami bisikan ke kamu....itulah zikir
syukur yang selalu kami zikirkan cumanya
manusia yang tidak mahu bersyukur
mereka kebanyakkannya menafikan kesyukuran!"

Aku terkedu dalam sendu apakah bisikannya
itu ditujukan kepadaku?

Ah! Malunya aku jka aku menafikan kesyukuran!


Karya:  Rha NS
5 Ogos 2011
0 comments

LAKARAN WARNA- WARNI SENJA



LAKARAN WARNA-WARNI SENJA

lakaran warna-warni senja
keindahan terpancar ku tertarik
lopak-lopak air menyinari suasana
seni tangan bukan sebarangan
ikhlas memberi nikmati bersama
terima kasih Diari Perantau
gambar ini memukau pacaindera mataku
Subbahanallah KebesaranMu Tuhan!


Karya:  Mai Az
5 Ogos 2011
0 comments

DARI RIMBUNAN PETANG



DARI RIMBUNAN PETANG


Dari rimbunan petang
menanti gelap malam
singgahlah unggas di dahanku
aku rindu kicau merdu suaramu

punai, gemala kerbau, merbah
merdu suaramu menyanyi pulang
bukan memuji ranting dan daunku
bukan juga manis layak buahku
tapi tanda kesyukuran
dari sekujur jasad dan hembusan nafas
anugerah Ya Rahman buatmu.

Karya  Diari Perantau
5 Ogos 2011
0 comments

SISA-SISA SENJA


SISA-SISA CAHAYA SENJA


di celah-celah pepohonan
sisa-sisa cahaya senja tenggelam
menutup gelap alam maya
selamat malam para penghuni
pergimu tika cuma esok muncul lagi
menyinari ceria alam
Alhamdulillah...
kita masih bernafas
menikmati keindahan
kemanisan hidup
di Alam-MU..Ya Allah...


Karya  Mai Az
5 Ogos 2011
0 comments

ESOK ADAKAH AKU BERNAFAS LAGI UNTUK AKU MENIKMATI ALAM-NYA



ESOK LUSA ADAKAH AKU BERNAFAS LAGI?


Terima terima kasih Diari Perantau
masa tetap beredar
siang malam silih ganti
esok lusa adakah ku masih bernafas lagi?
menikmati alam-Nya


Karya: Mai Az
5 Ogos 2011
0 comments

SENJA MENTARI PASTI KEMBALI ESOKNYA



SEMUA MANUSIA PERGI BILA SAMPAI MASA


senja mentari pasti kembali esoknya...
senja manusia akan pergi bila tiba masanya.


Karya  Diari Perantau
5 Ogos 2011
0 comments

BERKAT SINAR SENJA ITU




sisa-sisa kehidupan pepohon
yang suram tanpa bekalan
untuk meneruskan kehidupan esoknya

namun masih mengharap kepada
sinar senja yang yang sudi bertandang
menambahkan bekalan untuk
meneruskan kehidupan esoknya

berkat sinar senja yang sudi bertandang
pepohon mula bersemangat untuk hidup
biarpun senja telah menghilangkan sinarnya

berkat sinar senja itu
pepohon hidup dan terus hidup
membawa bekalan mencukupi
sebelum sampai masanya nanti!

Rha NS
5 Ramadhan 1432H
5 Ogos 2011
0 comments

GABUNGAN KARYA 3 ORANG PENYAIR TAK BERNAMA

DIARI PERANTAU JURUFOTO KURNIAAN ALLAH

Subhanallah
Sejujurnya kukatakan
Dairi Perantau memanglah jurufoto yang hebat...
kurniaan Allah padamu
Terima kasih atas foto kirimanmu
Foto tentang keindahan alam CiptaanNya
Moga mencetuskan ilhamku untuk berkarya memuji
KebesaranMu Tuhanku Tuhan Semesta Alam.
Sesungguhnya keindahan alam CiptaanMu membuatkan
cinta terpatri antara hamba dengan PenciptaNya!
Maha Agungnya CintaMu.


KANVAS LANGIT LOREKKAN KEBIJAKSANAANMU

Ya Allah bilamana kulihat
Langit kanvas
Lorekkan KebijaksanaanMu
Yang Takkan ada siapa
Dapat menandingi keindahanNya
Lorekkan permandangan kanvas langitMu
Terhunam kesyahduan di hatiku
Kepiluan iman untuk aku bermunajat padaMu

Gabungan antara lautan dan langit
Amat memukau kalbuku
Diserikan tompokan awan
Pelabagai rupa dan warna-warni
Dipancarkan sinaran senja
Tika mentari ingin melabuhkan tirainya
Di kaki langit amat mengujakan!
Allahu Akhbar Maha AgungNya CintaMu
Se Agung CintaMu kepada hambaMu
Yang tahu erti kesyukuran
Dengan bersujud hanyalah
KepadaMu Tuhan Mengusai
Kerajaan Langit Dan Bumi.

Karya: Rha NS
4 Ramadhan 1432H
4 Ogos 2011
(Disiarkan di blog: sasterakuduniaku.blogspot.com)
Sekalung budi kepada Diari Perantau Kerana
Dengan Kiriman Foto Hasil Senimu Makanya
Tercetuslah Ilham Puisi Bertajuk:
KANVAS LANGIT LOREKKAN KEBIJAKSANAANMU.
Moga kerja senimu dibalas Allah
dengan RedhaNya padamu sekeluarga dunia akhirat.
Amin Ya Rabbal A' Lamin.


POHON NYOI

Pohon nyoi
nan sebatel
tegak berdiri
tengah becoh
jadi peneduh bila panas
balik peta dari sekolah
kejar buruh ruawak
cari belalang padi
mek goreng kering
buat make
pulut pagi

aku rindu


Karya: Diari Perantau


SI TANGKAI JANTUNG HATI!

Pohon nyior yang sebatang
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
anginnya sampai meresap ke
tangkai jantung hatiku
lalu menyapa apa kabarmu
lalu kujawab ku tak setenang
selembut lambaianmu
melambai mendayu berzikir padaNya
itulah penenang kalau kau nak tahu
si takai jantung hati!


Karya: Rha NS
5 Ramadhan 1432H
5 Ogos 2011


KESYUKURAN TIADA PENAFIAN

Kesetiaan pepohon
ketulusan batu pejal
angin yang menderu
ombak yang berbisik
adalah kesyukuran
tiada penafian.

Karya:  Diari Perantau


ANGIN MENDERU OMBAK BERBISIK


Angin yang menderu
ombak yang berbisik
seakan membisikkan
sesuatu menyatakan

"Tolong selamatkan kami!."
Kumenjawab menenangkannya.

"Sabarlah ye tiada dayaku menolong kalian...
Cuma yang dapat kudoakan kalian sejahtera
jika kalian selalu bersyukur ...."

"Kami selalu bersyukur ...tidakkah kau dengar
apa yang kami bisikan ke kamu....itulah zikir
syukur yang selalu kami zikirkan cumanya
manusia yang tidak mahu bersyukur
mereka kebanyakkannya menafikan kesyukuran!"

Aku terkedu dalam sendu apakah bisikannya
itu ditujukan kepada ku?

Ah! Malunya aku jka aku menafikan kesyukuran!


Karya:  Rha NS


LAKARAN WARNA-WARNI SENJA

lakaran warna-warni senja
keindahan terpancar ku tertarik
lopak-lopak air menyinari suasana
seni tangan bukan sebarangan
ikhlas memberi nikmati bersama
terima kasih Diari Perantau
gambar ini memukau pacaindera mataku
Subbahanallah KebesaranMu Tuhan!


Karya:  Mai Az


DARI RIMBUNAN PETANG

Dari rimbunan petang
menanti gelap malam
singgahlah unggas di dahanku
aku rindu kicau merdu suaramu

punai, gemala kerbau, merbah
merdu suaramu menyanyi pulang
bukan memuji ranting dan daunku
bukan juga manis layak buahku
tapi tanda kesyukuran
dari sekujur jasad dan hembusan nafas
anugerah Ya Rahman buatmu.

Karya: Diari Perantau


SISA-SISA CAHAYA SENJA


di celah-celah pepohonan
sisa-sisa cahaya senja tenggelam
menutup gelap alam maya
selamat malam para penghuni
pergimu tika cuma esok muncul lagi
menyinari ceria alam
Alhamdulillah...
kita masih bernafas
menikmati keindahan
kemanisan hidup
di Alam-MU..Ya Allah...


Karya:  Mai Az


ESOK LUSA ADAKAH AKU BERNAFAS LAGI?

Terima terima kasih Diari Perantau
masa tetap beredar
siang malam silih ganti
esok lusa adakah ku masih bernafas lagi?
menikmati alam-Nya


Karya: Mai Az


SEMUA MANUSIA PERGI BILA SAMPAI MASA

senja mentari pasti kembali esoknya...
senja manusia akan pergi bila tiba masanya.


karya:  Diari Perantau



BERKAT SINAR SENJA DATANG BERTANDANG

sisa-sisa kehidupan pepohon
yang suram tanpa bekalan
untuk meneruskan kehidupan esoknya

namun masih mengharap kepada
sinar senja yang yang sudi bertandang
menambahkan bekalan untuk
meneruskan kehidupan esoknya

berkat sinar senja yang sudi bertandang
pepohon mula bersemangat untuk hidup
biarpun senja telah menghilangkan sinarnya

berkat sinar senja itu
pepohon hidup dan terus hidup
membawa bekalan mencukupi
sebelum sampai masanya nanti!

Rha NS
5 Ramadan 1432H
5 Ogos 2011
0 comments

BERKARYA SEAKAN SETIAP TARIKAN NAFAS ADALAH PUISI

GABUNGAN KARYA 3 ORANG PENYAIR

DIARI PERANTAU JURUFOTO KURNIAAN ALLAH

Subhanallah
...See More
Saturday at 4:52am · Like · · Unsubscribe

Naga Pamungkas and Isamudin Thamrin like this.

Naga Pamungkas produktif sekali dikau
Rabeah Mohd Ali berkarya seakan setiap tarikan
nafas kau adalah puisi

Sunday at 3:39am · Like

Rabeah Mohd Ali Puisi adalah teman setiaku yang
sentiasa memahamiku susah dan senang...
di kala aku bersedih dialah penenang jiwaku.

Sunday at 3:46am · Like

Naga Pamungkas seperti tumpahan suara hati yang ditulis ya

Sunday at 4:01am · Like

Rabeah Mohd Ali

Begitulah kira-kiranya pak...adakalanya aku terlalu emosi
meluahkan rasa hati...itulah yang paling kutakuti Allah
murka padaku dikuatiri apa yang ditulis mengguris perasaan
yang membacanya...dan aku rela Allah kakukan jemariku kerana
hati para sahabatku bagaikan permata yang ingin kujaga dan
adakalanya tertewas juga apabila mendung berarak awan kelabu
tanpa diundang datang. Kepada sahabat yang kusanjung itu jutaan
kali kulafaskan maaf kerana ku tak mahu membuka simpulan talinya
di akhirat nanti...dan aku sesal sendiri seumur hidupku yang
terpaksa kebawa ke akhiratku...ah!Malangnya aku kalau gitu jadinya.
Jika kutahu perkenalan ini menyakitkan lebih baikku sendiri.
Tangan kuhulur memohon maaf itu sahabatku kerana diriku kurasakan
serba tidak sempurna! Sahabat maafkan aku apapun alasannya aku
yang bersalah ! Ya Allah kau ampunkan aku kerana telah melukan hati
sahabatku samada secara sengaja atau tidak sengaja.
DariMu aku datang dariMu aku akan kembali Ya Allah.

Sunday at 5:11am · Like


(PETIKAN DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
Friday, 30 September 2011 0 comments

SYAIR PENGANTIN RAJA RIMBA

Tersebutlah kisah satu cerita,
Puteri Monyet yang cantik jelita;
Berhemah tinggi tidak terkata,
Di mana saja berdukacita.

Raja harimau pilihan hati,
Mengadu hasrat pada merpati;
Agar cinta jadi sejati,
Jasa si burung tetap diingati.

Puteri Monyet memendam rasa,
Dihina kawan tidak berasa;
Tidak mudah berputus asa,
Korban cinta untuk berjasa.

Raja harimau termakan budi,
Sakitnya kekasih tidak terperi;
Menentang sawa kuat menjadi,
Cinta dibalas patut diberi.

Raja Harimau menerima surat,
Surat dibaca menyatakan hasrat;
Cinta membara bertambah sarat,
Kalau jodoh telah tersurat.

Raja Harimau membalas cinta,
Gembiranya  hati  Puteri Jelita;
Siang dan malam bertemankan tinta,
Agar cinta terus bertahta.

Jasa si burung tidak dilupa,
Terbang tinggi bertegur sapa;
Mengalir keringat tidak mengapa,
Tanda kasih sedemikian rupa.

Kad jemputan terus diedar,
Semua terkejut tiadalah sedar;
Ada yang memandang terus tersandar,
Asalkan pengantin cinta tak pudar.

Semua haiwan bergotong royong,
Sediakan pelamin pengantin tersayang;
Bergurau senda semakin matang,
Gembiranya hati semua yang datang.

Malam dinantikan penuh debaran,
Parsandingan  Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
Semua gembira   tibanya perkahwinan,
Majlis perkahwinan yang dibanggakan.

Tetamu datang  dari daratan dan lautan,
Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
Kerana  pengantin idola perdamaian.

Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
Tetamu disambut dan dijamu;
Dijamu makanan pelbagai menu,
Sambil  makan menantikan  pengantin rasa tak jemu.

Tepat Jam  12 Malam  semua bersorakkan,
Tahun baru 2020 diraikan seiring majlis pengantin;
Di langit rimba bunga  api berpecikkan ,
Meraikan Pengantin Raja Rimba yang budiman.

Pengantin diarak menuju pelamin,
Gajah membawa pasangan pengantin:
Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
Di malam yang penuh kemeriahan.

Duduk bersanding jeling menjeling,
Sambil menjeling tersenyum sayang;
Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
Dilemparkan senyuman mesra  tanda kasih sayang.

Semua kumpulan tetamu  membuat persembahan,
Dipersembahkan kepada  pengantin kesayangan;
Pengantin gembira keterharuan,
Melihat persembahan yang mengasyikkan.

Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
Pelbagai kaum dapat disatukan,
Hidup aman damai dalam perpaduan.

Sekian sahaja syair Pengantin Raja Rimba dipersembahkan,
Untuk tatapan semua tetamu undangan;
Salah dan silap harap dimaafkan,
Moga persembahan ini dapat menghiburkan.


Karya: Rha NS
1 Januari 1995
2 comments

SINOPSIS & SKRIP DRAMA PENTAS PENGANTIN RAJA RIMBA

SINOPSIS DRAMA PENTAS , ‘PENGANTIN RAJA RIMBA’

Mengisahkan perkahwinan harimau dengan monyet pada tahun 2020.
Betapa meriahnya hari tersebut kerana semua binatang di darat dan
di laut meraikannya. Tidak kira binatang buas, jinak, besar dan kecil
masing-masing membawa hadiah yang unik. 
Pada sebelah malamnya pula berselerakan bintang-bintang di langit
di merata-rata tempat.  Pelamin  dihias dengan lampu-lampu  berwarna-
warni.  Di hadapan pelamin penuh dengan hantaran kedua-dua belah
pengantin.  Sebelum monyet menyambut hari perkahwinan, monyet
menghadapi pelbagai cabaran.

Monyet mempunyai falsafah mengapa dia berkahwin dengan harimau.
Di antaranya:

1.    Menyatupadukan binatang buas dengan jinak.
2.    Mewujudkan keharmonian masyarakat seluruh jenis binatang.
3.    Mewujudkan masyarakat yang kuat membantu yang lemah.
4.    Yang berlebihan membantu yang kurang.
5.    Saling sayang menyayangi di antara satu sama lain.
6.    Mewujudkan masyarakat bersatupadu.
7.    Mewujudkan masyarakat yang berwawasan.
8.    Saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
9.    Kerja berpasukan dan kepentingan diri sendiri dilupakan.
10.  Sanggup berkorban demi keharmonian hutan yang didiami. 


Pada malam yang ditunggu-tunggu oleh semua penghuni  rimba dan
lautan  iaitu menandakan masuknya tahun 1 hb 1 tahun 2020 mereka
semua menyambut dengan sorakkan percikkan bunga api  yang meng-
indahkan langit  rimba meraikan ,’ Perkahwinan  Raja Rimba’ yang
menjadi simbol  penyatuan  kaum semua penghuni rimba mengecapi
kehidupan  aman damai selamanya.

Karya:  Rha NS
1 Januari  1195
    &
1  Jun  2011 


                                          

SKRIP DRAMA PENTAS PENGANTIN RAJA RIMBA

BABAK PERTAMA  (PERTENTANGAN)
Dimulakan dengan syair:

Tersebutlah kisah satu cerita,
Puteri Monyet yang cantik jelita;
Berhemah tinggi tidak terkata,
Di mana saja berdukacita.

Singa betina  :   Hei  monyet betina! Kau cermin sikit muka kau tu…
dahlah hodoh ada hati  nakkan harimau.                 
                                   
Monyet  betina :  Yang engkau sakit hati dengan aku ni kenapa?
Aku tak pernah pun hina engkau  atau sesiapa saja. Walaupun aku
hodoh tapi hati aku taklah sebusuk hati  engkau! Mentang-mentanglah
engkau binatang  yang kuat… nak tunjuk ego pulak.  
                                           
Singa  betina :    Engkau ni perasan sangat.  Harimau tengok
muka engkau pun dah nak loya.

Monyet  betina:    Ah! Engkau tu memang cemburu dengan aku,
sebab selama ini tak ada  binatang yang minat dengan engkau walau
pun sekaum denganmu.


Singa betina :     Untuk mengetahuan engkau monyet, harimau
tak layak dengan engkau tapi…  kalau dengan aku bagaikan pinang
dibelah dua.  (GELAK).


BABAK KEDUA (SEMANGAT)

Raja harimau pilihan hati,
Mengadu hasrat pada merpati;
Agar cinta jadi sejati,
Jasa si burung tetap diingati.

Burung   :   Sang monyet…  aku tahu engkau sedang
memendam rasa cinta  terhadap harimau.  Kenapa kau
tak mahu terus terang aje  padanya?       

Monyet   :   Aku malulah… siapalah aku hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong.

Burung   :  Zaman sekarang ni…  zaman terus terang,
siapa cepat dia dapat. 

Monyet   :  Bukan semudah itu burung, kalau aku jatuh
cinta dengan kaum sejenis dengan aku  tak apalah.  Ini dengan
keturunan garang lagi ganas.  Silap… silap haribulan aku yang
dibahamnya.

Burung   :  (Ketawa)  Ha… tahu pun engkau takut.

Monyet   :    Apa nak buat… hati dah terbekenan, nyawapun
sanggup digadaikan.

Burung   :   Begitu hebat sekali cinta engkau  tu.  Sanggup
menggadaikan nyawa.


Monyet    :   Aku harapkan cintaku yang tertanam di sanubariku
menjadi kenyataan  suatu hari nanti.

Burung  :   Aku kasihankan kau monyet.  Angan-angan  mu
tinggi melangit. Kadang  kala aku fikirkan engkau ni dah tak siuman
kerana membuat keputusan   yang tak masuk akal.

Monyet  :    Bukan engkau je kata aku macam tu.  Boleh dikatakan
semua mengatakan  aku dah gila. (Mengeluh)  Manalah tahu satu hari
nanti tuah menyebelahi  aku.  Masa tu baru engkau tahu siapa aku.

Burung :  Tak payah engkau cerita, semua  binatang tahu…
siapa engkau.Seekor binantang yang pintar, suka menolong
kawan, bercita-cita tinggi, berwawasan,  berjiwa murni dan kuat
berpegang kepada falsafah.

Monyet:  Ke situ pulak dia.  Aku tak mintak pun kau puji aku. 
Yang aku mahu kau berikan aku pendapat bagaimana engkau dapat
menolong aku dalam  mengeratkan lagi percintaanku dengan harimau.



Burung : (Ketawa)  Monyet… monyet… engkau ni tak kenal
erti putus asa. Baiklah… engkau karang surat menyatakan hasrat
hati engkau pada harimau… biarkan aku poskan surat engkau tu
pada harimau.

Monyet : (Senyum)  Ha… macam tulah kawan.  Sanggup
menolong kawan.

BABAK KETIGA  (PERTENTANGAN)

Puteri Monyet memendam rasa,
Dihina kawan tidak berasa;
Tidak mudah berputus asa,
Korban cinta untuk berjasa.

Monyet  Jantan :  Kenapa engkau tak sukakan aku? Sedangkan
aku boleh berikan segala-galanya pada engkau.  Kitakan satu jenis,
satu hati.

Monyet Betina : Engkau ingat , cinta boleh dibeli dengan sekelip mata?

Monyet Jantan : Bukan aku saja yang menentang  percintaan engkau tu,
malah semua  binatang.

Monyet Betina  : Ada aku kisah?  Yang bercintanya aku…
bukan mereka.

Monyet Jantan  : Apa kelebihan  harimau tu hinggakan
kau sanggup  melupakan asal  usul kau binatang yang lemah?

Monyet Betina :  Cinta itu unik, murni… memerlukan
pengorbanan.  Apa salahnya aku  korbankan diri aku untuk
cinta demi semata-mata…



Monyet Jantan : Kepentingan engkau! Engkau ingin mengejar
glamor.  Biarlah semua  binatang mengatakan betapa hebatnya
engkau dapat memikat raja segala binatang.  Yalah punya kuasa,
tampan dan digeruni oleh semua  binatang.  Macam aku ni apalah
ada.

Monyet Betina :  Betul kata engkau tu,  kerana dia mempunyai
kuasa dan digeruni oleh  binatang maka aku jatuh cinta dengannya.

Monyet Jantan :  Memang aku dah agak dari wal jadi engkau ni
gilakan kuasa hingga  sanggup  menggadai cinta.  Aku jijik! Jijik!
Mempunyai kaum yang  sejenis macam ni!

Monyet Betina : Engkau nak pandang jijik ke atau apa saja yang
engkau nak kata…  katalah.  Aku tak kisah.  Asalkan cinta aku tercapai
akhirnya.

Monyet Jantan :  Aku pelik bin ajaib dalam sekelip mata kau dah
berubah.  Dulu  engkau tak macam ni.  Kau terlalu pentingkan kaum
kau.  Engkau  bersikap perkauman.

Monyet Betina :  Kerana ingin mengikis sikap perkauman yang
menebal dalam diri  aku inilah aku mengambil  keputusan untuk
jatuh cinta dengan  harimau.

Monyet Jantan :  Maksud kau?



Monyet Betina  :  Cuba kau fikir di dalam hutan ini terdiri
daripada  pelbagai jenis  binatang.  Kalau masing-masing asyik
mementingkan  kaumnya  saja tanpa memikirkan kepentingan
 binatang lain. Kalau macam tu bagaimana kita hendak bina
generasi kita yang berwawasan  dalam keadaan huru hara.
 Siapa yang susah? Anak cucu kita yang susah.  Apa salahnya
kita merancang dari sekarang agar anak cucu kita mengecap
kebahagiaan yang hakiki.

Monyet Jantan  :  Aku tak terfikir pun yang kau berfikiran
sampai ke situ.

Monyet  Betina :   Salahkah aku… aku korbankan cintaku untuk
anak cucu  kita  dan seterusnya kedamaian hutan ini.  Jika kita
hidup dalam   keadaan aman damai tak siapapun berani untuk
 menceroboh  hutan ini.  Kita buktikan pada manusia, walaupun
kita binatang  tapi kita lebih mulia daripada mereka.  Aku ingin
memadamkan  dalam kamus manusia kata istilah,
‘ Peragai seperti binatang.’


Monyet Jantan  :  Sekarang baru aku faham, mengapa engkau
jatuh cinta dengan  harimau.  Mulai sekarang aku akan memberi
 sokongan  agar  cita-cita kau tercapai.


BABAK KEEMPAT  (JATUH CINTA)

Raja harimau termakan budi,
Sakitnya kekasih tidak terperi;
Menentang sawa kuat menjadi,
Cinta dibalas patut diberi.

Harimau : Sedapnya buah durian tu… kalau aku dapat makan…
alangkah…

Monyet  :  Aku faham  kau inginkan buah durian, biarlah aku
tolong ambilkan.

Harimau :  Sungguh baik hati mu monyet…  aku kuat tapi aku
tak boleh memanjat. Sungguhpun aku binatang yang hebat tapi
aku ada kekurangan.


Monyet  :  Tuhan itu Maha Adil.  Semua makhluk yang
dijadikan mempunyai  kelebihan dan kekurangan.  Justeru
apa salahnya kelebihan yang   ada pada aku ini dapat aku
membantu binatang-binatang lain.


Harimau :  Kata-kata engkau tu menyedarkan aku.
supaya kita jangan hidup sombong dan bongkak. 
Tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.


Monyet  :   Ha… makanlah sepuas hatimu harimau.
( MONYET MEMBERIKAN  DURIAN)

Harimau :  (CUBA MENGOPEK  DURIAN GAGAL LALU MENGELUH)

Monyet  :  Nanti luka … harimau.

Harimau :  Selalunya aku melukakan mangsaku tapi kopek
durian pun aku tak boleh.

Monyet  :  Kali ni biarlah kuku kau yang tajam tu hanya akan
berbisa bila hendak  menyelamatkan penghuni rimba ini ye.
Biar aku tolong  kopekkan   durian ni.


Harimau :  Hati-hati monyet… nanti luka tanganmu.

Monyet  :   Tak apa aku dah biasa terluka.  
                                     
Harimau  :  Lain macam bunyi  nye tu.  Mulai hari ini
tiada siapa akan berani melukakan  kau lagi.  Kalau berani…
mari bertarung dengan aku dulu.

Monyet  :  Ha… dah buka pun…makan puas-puas.
Kalau tak cukup aku ambil lagi.

(TERUS MEMANJAT POKOK TANPA  MENYEDARI ADA 
SEEKOR ULAR SAWA)

Monyet  :  Tolong lepaskan aku! ( DIBELIT OLEH ULAR SAWA).

Harimau :  Hai ular sawa! Kalau engkau benar-benar gagah
mari turun ke mari. Jangan dengan binatang yang lemah engkau
nak tunjukkan kekuatan.

Ular Sawa :  Engkau hendak mencabar aku ya harimau.
Baiklah sekarang aku  turun.

(HARIMAU BERLAWAN DENGAN ULAR SAWA AKHIRNYA
ULAR SAWA TEWAS)

Ular Sawa :  Engkau memang gagah.  Maafkan aku. 
Aku mengaku  kalah.

Harimau   :  Engkau tak salah dengan aku tapi dengan monyet.
Baik engkau  pergi minta maaf dengannya.

Ular  Sawa :  Monyet maafkan kerana mengganggu engkau.

Monyet :  Aku maafkan .  Lain kali jangan tunjuk kuat pada
binatang yang   lemah.  Sepatutnya binatang yang kuat membantu
yang lemah.  Barulah aman.  Sudahlah tu mari kita makan bersama-
sama.

(KETAWA BERSAMA-SAMA)


BABAK KELIMA (SURAT)

Raja Harimau menerima surat,
Surat dibaca menyatakan hasrat;
Cinta membara bertambah sarat,
Kalau jodoh telah tersurat.

Harimau : Surat siapa yang engkau bawa tu burung?

Burung  : Surat istimewa ni untuk engkau.

Harimau : Siapa ya… yang berani hantar surat istimewa
pada aku?

Burung :  Surat cinta.

Harimau :  Eh! Siapa pulak yang berani jatuh cinta dengan aku?
Engkau jangan bergurau burung.

Burung  :  Kalau tak percaya … bacalah. (MEMBERI SURAT)
Selamat tinggal!  Selamat membaca…

Harimau :  (Membuka surat lalu membaca)


Surat Monyet :  


Salam sejahtera buat harimau,  janganlah
terperanjat apabila membaca warkah pertamaku ini.
Biarlah aku berterus terang padamu bahawa aku telah
jatuh cinta padamu ketika pertemuan yang tidak
disengajakan tempoh   hari.  Maaf !  Kerana jatuh cinta
tanpa pengetahuanmu.  

Kegagahanmu melawan ular sawa  amat mengagumkan aku.
Syabas! Kau telah menggunakan kekuatanmu untuk
menyelamatkan nyawaku.  Aku harap kegagahanmu berkekalan
selamanya  untuk   menyelamatkan nyawa  beribu-ribu
binatang di rimba ini tanpa mengira siapa pun mereka.
Iyalah kalau difikirkan siapalah aku untuk jatuh cinta
padamu. Ah! Malunya aku.  Aku harap engkau tidak
memarahi aku setelah   mendengar pengakuan ikhlas
dariku. Sekiranya kau balas cintaku betapa bahagianya aku. 
Secara tak  lansung segala cita-citaku menjadi kenyataan.
Oleh itu agar aku  tidak ternanti-nati kau balaslah
warkahku ini.

Akhir kata sambutlah salam hormat dariku,

Yang perasan,

 Monyet.

Harimau Jantan   :   (SENYUM)  Sambil melekapkan surat di dadanya.
Ya… Beda bedu….! ( GEMBIRA YANG BUKAN KEPALANG)


Harimau Betina    :    Surat siapa tu?  Sukanya engkau?
Kenapa?  (TERUS MERAMPAS SURAT DARI HARIMAU)
Oh! Surat cinta rupanya!  Patutlah tersengih-sengih.
Habis tu kau terima cintanya?

Harimau  Jantan   :   Diam.

Harimau Betina    :  Kalau engkau terima dia…
cinta aku ni engkau nak campak mana?


Harimau Jantan  :  Engkau jadi isteri nombor dua akulah (GELAK).

Harimau Betina  :   Engkau ingat aku suka berkongsi suami? (MARAH)

Harimau Jantan  :   Kalau tak suka… diam-diam ajelah!

Harimau Betina  :   Mana aku boleh diam kekasih aku diambil
binatang lain . Aku akan tentang habis-habisan!

Harimau Jantan   :  Hei! Sejak bila aku jadi kekasih engkau ha!
Setahu aku engkau ni cuma teman biasa aje. 
Jangan lekas perasanlah.(GELAK)
                                                  
Harimau  Betina  :  (SAKIT HATI LALU PERGI).


BABAK KEENAM (BALAS CINTA)


Raja Harimau membalas cinta,
Gembiranya  hati  Puteri Jelita;
Siang dan malam bertemankan tinta,
Agar cinta terus bertahta.



Harimau Jantan :  (MEMBALAS SURAT KEKASIH HATI)


Buat tatapan monyet,  warkahmu telah kuterima dan kuucapkan
jutaan terima kasih di atas pengakuan ikhlasmu itu.  Biarlah aku
katakana di sini niatmu  untuk menjadikan aku kekasihmu…
Aku terima dengan rela hati.  Biarpun aku tahu keputusan yang
aku ambil ini akan menggemparkan seluruh binatang di darat
mahupun di laut. Aku sedar, betapa pentingnya  kedamaian.
Memang aku akui   aku bongkak, sombong  dengan kekuatan
yang aku miliki untuk  membunuh mangsa-mangsaku tapi
setelah berkenalan denganmu  tempuh hari segala
kebongkakkanku  terpadam dengan tiba-tiba.
Kehadiranmu pada hari itu telah melembutkan keganasanku.
Terima kasih monyet,  semoga kau tetap menjadi kekasihku
yang  setia.


Akhirkata sambutlah salam hormat daripadaku.

Yang Mencintaimu,

Harimau.                         



BABAK KETUJUH (POS)


Jasa si burung tidak dilupa,
Terbang tinggi bertegur sapa;
Mengalir keringat tidak mengapa,
Tanda kasih sedemikian rupa.

Burung :  Sudah siap  ke surat balasan?


Harimau:  Sudah…bawa tu baik-baik ye… jangan sampai tercicir.

Burung :  Engkau tak percayakan aku ke?

Harimau :   Aku cuma beri ingatan je!  Kan elok saling ingat
mengingati.

Burung  :  Terima kasih atas nasihat kau tu.  Aku akan pastikan
surat ini  selamat  sampai kepada sahabatku monyet.
(MENGAMBIL SURAT)



   *     *        *         *        *



Burung  :  (MENGAH)  Monyet… ini surat engkau bacalah cepat.


Monyet  :   Terima kasih burung.  Semoga Tuhan membalas budi baikmu,
MEMBACA KEMUDIAN SENYUM PANJANG)


Burung  :   Macam mana ada tindak balas tak?

Monyet  :   Gembiranya aku! Cinta aku berbalas.


Burung  :   Tahniah monyet!  Aku doakan cinta kau tu berjaya.
Kalau  makan nasi minyak tu jangan lupa jemput aku.


Monyet  :   Takkanlah aku nak lupakan engkau burung.  Aku
akan jemput   semua binatang di darat mahupun di laut.


Burung  :   Dapat aku bayangkan betapa meriahnya perkahwinan
kau tu engkau jangan susah hati.  Urusan kad jemputan kahwin aku
yang uruskan.  Aku minta kerjasama kawan-kawanku untuk
kirimkan kad jemputan kahwin kepada semua jenis binatang
yang ada di darat mahu pun di laut.        



BABAK KELAPAN (JEMPUTAN)

Kad jemputan terus diedar,
Semua terkejut tiadalah sedar;
Ada yang memandang terus tersandar,
Asalkan pengantin cinta tak pudar.

Siput  : Surat siapa yang kau bawa tu burung?
Burung : Ini bukan surat… ini kad jemputan kahwin.

Siput  : Siapa pulak yang nak kahwin?

Burung : Monyet dengan Harimau.

Siput  : (KETAWA)

Burung : Eh! Kenapa engkau ketawa?

Siput  : Aku tak percaya.

Burung : Kalau engkau tak percaya… ha…
engkau baca kad jemputan kahwin ni!
(MENGHULURKAN KAD JEMPUTAN KAHWIN KEPADA SIPUT)


Siput  : (TERPERANJAT)  Iya betullah.  Ini satu keajaiban!

Burung :  Kalau dah jodoh tak ada siapa yang menghalangnya!
Itu namanya jodoh dah tersurat .

Siput  : Siapa-siapa lagi yang dijemput?


Burung :  Seluruh binatang di laut dan di darat.


Siput  :  Hebat!

Burung :  Nanti, engkau jemputlah sanak saudara engkau datang ye.

Siput  :  Sampaikan salam aku pada monyet.  Katakan aku ucapkan
tahniah dan terima kasih atas jemputannya.

Gajah  :  Bila ditetapkan tarikh perkahwinan monyet dengan harimau,
tu burung?

Burung :  Satu haribulan satu tahun 2020.

Gajah  : Tepat pada masanya.  Satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh
semua binatang untuk meraikan satu kejayaan.


Burung : Kejayaan apa pulak tu?

Gajah  : Iyalah dengan sahnya perkahwinan harimau dengan monyet
secara tidak langsung pasangan pengantin tersebut telah menyatupadukan
seluruh binatang.


Burung :  Sungguh bijak engkau gajah.


Gajah  :  Apa engkau ingat selama ini aku bodoh ke? 
Biarpun aku berbadan besar,  tenaga pun besar…otak aku pun
besar juga.

Burung :   (GELAK)  Iyelah aku tahu engkau tu semuanya besar.

Gajah  :   Engkau jangan nak sindir aku pulak!


Burung :   Jangan marah… aku bergurau aje.
Takkan itupun nak  ambil hati.  Maaf ye … aku pergi dulu…
jangan tak datang  bawa  saudara mara engkau ya gajah.


BABAK KESEMBILAN (GOTONG ROYONG)
Semua haiwan bergotong royong,
Sediakan pelamin pengantin tersayang;
Bergurau senda semakin matang,
Gembiranya hati semua yang datang.


Kucing :   Macam mana  dengan kain pelamin yang aku
buat ini cantik tak?

Itik   :  Apa yang engkau buat kucing semuanya cantik.

Singa  :  Siapa yang pilih warna?


Arnab  : Siapa lagi pengatinlah.  Katanya warna unggu adalah
lambang  kedamaian. Penyatuan rasa cinta yang sukar dimengertikan.

Ayam   :  Romantik sungguh pengantin kita tu.  Siapa pulak yang
mengantung lampu-lampu yang berwarna-warni itu? Sungguh cantik?

Kucing :  Keluarga monyetlah.  Mereka mahir dalam panjat memanjat.

Itik   :  Kamu semua terfikir tak bagaimana muka anak pengantin
kita nanti?


Singa  :  Rupa ibu dan bapak dialah!

Kucing :  Rupa mounyetlah.  Mau tu bapak dia dan nyet ibu dia.
(SEMUA TERGELAK BESAR)


BABAK KESEPULUH  (TETAMU DATANG)


Malam dinantikan penuh debaran,
Parsandingan  Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
Semua gembira  menantikan  tibanya perkahwinan,
Majlis perkahwinan yang dibanggakan.


Tetamu datang  dari daratan dan lautan,
Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
Kerana  pengantin idola perdamaian.


Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
Tetamu disambut dan dijamu;
Dijamu makanan pelbagai menu,
Sambil  makan menantikan  pengantin rasa tak jemu.


Itik  :  Cantiknya pasangan pengantin bagaikan pinang di belah dua.


Burung :  Engkau engok tu… bintang-bintang di langit bergemerlapan
dan bertaburan di sana sini seolah-olah menyerikan lagi majlis
perkahwinan ini,mari kita tengok barang-barang hantaran  harimau
kepada monyet.


Kucing  :  (MEMBELEK HANTARAN)
Kasut Cinderella pun ada, hai… bertuah monyet dapat bersuamikan harimau.
                             

Itik  :  Entah-entah satu hari nanti pulak, engkau kahwin dengan aku.


Kucing : (KETAWA) Engkau ni mengarutlah.


Itik   : (KETAWA)   Dalam dunia sekarang tiada yang pelik.



BABAK KESEBELAS 

(SAMBUTAN  MAJLIS  PERKAHWINAN  DAN MASUK TAHUN 2020) 


Tepat Jam  12 Malam  semua bersorakkan,
Tahun baru 2020 diraikan seiring majlis pengantin;
Di langit rimba bunga  apa berpecikkan ,
Meraikan Pengantin Raja Rimba yang budiman.


Pengantin diarak menuju pelamin,
Gajah membawa pasangan pengantin:
Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
Di malam itu penuh kemeriahan.


Duduk bersanding jeling menjeling,
Sambil menjeling tersenyum sayang;
Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
Dilemparkan senyuman mesra  tanda kasih sayang.


Semua kumpulan tetamu  membuat persembahan,
Dipersembahkan kepada  pengantin kesayangan;
Pengantin gembira keterharuan,
Melihat persembahan yang mengasyikkan.


Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
Pelbagai kaum dapat disatukan,
Hidup aman damai dalam perpaduan.


Kancil (Wakil Haiwan):  Terima kasih  Pengantin Raja Rimba
yang kami sayangi.  Kamu  telah menyatukan penghuni
rimba yang selama ini mementingkan kaum sendiri dan
hanya mementingkan diri sendiri.  Dengan perkahwinan
ini penghuni rimba dan lautan menjalani hidup bersatupadu
tolong menolong dan aman selamanya.  Terima kasih Pengantin
Raja Rimba.

Harimau  : (TERSENYUM  SAMBIL MEMANDANG ISTERINYA)
Ucapkan terima kasih kepada isteriku . Dialah yang telah
membuka hatiku untuk kedamaian rimba ini dan kedamaian
penghuni lautan juga.


Monyet   :  (TERSENYUM  BANGGA  SAMBIL MEMBALAS
SENYUMAN KEPADA SEMUA TETAMU  HADIR   YANG
BERSORAKKAN PENUH GEMBIRA  YANG AMAT SANGAT


(DI TAMATKAN DENGAN  PERCIKKAN BUNGA API) 

       

                         TAMAT   

Karya:  Rha NS
1 Januari 1995
      &
1 Jun 2011  
Thursday, 29 September 2011 0 comments

PUTERA SANG KURIANG (I)

PUTERA SANG KURIANG BAHAGIAN (1) RENTETAN SKRIP DRAMA PENTAS PENGANTIN RAJA RIMBA

by Rabeah Mohd Ali on Friday, September 23, 2011 at 9:15pm
Setelah berkahwin dengan Raja Rimba, Puteri Monyet mengikut
suaminya tinggal di sebuah istana di Belantara Niagara.
Rumahtangga yang dibina atas dasar saling cinta menyintai
amat bahagia. Sehati sejiwa saling hormat menghormati,
Saling bertukar pandangan dan sentiasa memikirkan masalah
seluruh haiwan yang ada di Belantara Niagara.
Kebahagian rumahtangga Raja Rimba tidak lama apabila
seluruh kaum Raja Rimba tidak senang hati dengan perkahwinan
Raja Rimba dengan Puteri Monyet.
Terutama sekali Puteri Harimau yang sudah lama menaruh hati
dengan Raja Harimau.
Puteri Harimau telah membuat strategi untuk membunuh Puteri Monyet
yang ketika itu sedang sarat mengandung Putera Sulungnya.
"Beta... tak akan lepaskan si bedebah itu yang telah merampas
kekasih beta...beta mesti membalas dendam. Dia mesti mati!!!"
"Tapi macam mana kita nak bunuh dia Tuan Puteri sebab Raja Rimba
selalu berada di sisinya."
"Tak apa beta tahulah nak buat macam mana..."
"Kamu tengoklah nanti... dia akan menyesal kerana merampas kekasih
beta!"
Ketika perbualan Puteri Harimau dengan pengikut-pengikutnya, dayang
Puteri Monyet telah terdengar.
Jantungnya berdetak kencang...Dayang menangis kerana dia tidak mahu
kehilangan Permaisuri Monyet yang amat disayanginya. Kebaikan Puteri
Monyet kepada seluruh Rimba Niagara telah sebati dalam semua haiwan-haiwan
kecuali puak-puak Raja Rimba yang sememangnya berdengki hati dengan Puteri
Monyet.
"Walau apa yang terjadi aku takkan biarkan Permaisuri Monyet dibunuh
aku akn lindungi Permaisuri biarpun nyawa aku jadi taruhan!!.
Petang itu Puteri Harimau datang ke Istana Rimba Niagara dengan membawa
mempelam muda.
"Permaisuri...beta ada bawakan mempelam muda untuk Permaisuri..."
"Hi...sedapnya...beta sudah lama mengidamkannya...sudah serata tempat
Kekanda Rimba mencari mempelam muda tapi baru sekarang beta dapat
merasai mempelam yang beta idamkan...Terima kasih Tuan Puteri kerana
memahami buah mempelam muda yang beta idamkan," kata Permaisuri Monyet
penuh gembira.
"Kalau macam ni setiap hari beta boleh bawakan.. mempelam muda untuk
Permaisuri lagi ye... sehingga Permaisuri melahirkan cahayamata."
"Baik sungguh hatimu Tuan Puteri...Kebaikan Tuan Puteri Beta amat
hargai dan amat terharu."
"Permaisuri kesayangan seluruh haiwan di Rimba Niagara ini...
apalah salahnya beta berkorban demi Permaisuri tanda kasih
sayang beta kepada Permaisuri."
"Terima kasih Puteri Rimba."
Raja Rimba pulang dari berburu.
"Mana dinda dapat buah mempelam muda ni dinda?"
"Puteri Rimba ada datang tadi dia yang memberi dinda buah
mempelam ini."
"Dinda...kanda sudah lama kenal dengan hati budi Puteri Rimba tu...
Mesti ada niat tak baik kepada dinda..."
"Kanda...kanda...tak baik berperasangka yang bukan...bukan...
kita bersangka baik ye.. Ha...lagi pun bukan dinda yang nak
makan buah mempelam ni....anakanda yang dalam kandungan ni kanda..."
Permaisuri Monyet tergelak.
"Mentang-mentanglah kanda tak dapat carikan mempelam muda untuk dinda..."
Kanda dengar dalam kandungan dinda ye" Raja Rima meletakkan telinganya
ke perut isteri kesayangannya .
"Anakanda...anakanda nak pelam ye ...tak pe....kejap lagi
bonda kesayangan anakanda makan ye...anakanda."
"Kanda ni ada-ada aje lah..." Mereka suami isteri tergelak geli hati
yang bukan kepalang.
Malam itu Permaisuri Monyet tidak dapat tidur kerana perutnya memulas-
mulas kesakitan.
"Dinda...dinda..kenapa dinda...." Tanya Raja Rimba penuh cemas.
"Sakit...! Kanda....Sakit sangat perut dinda ni.....!" Permaisuri
Monyet menangis tidak dapat menahan sakit perut yang amat sangat.
"Sabar lah dinda...jangan ....jangan dinda sakit nak bersalin..."
Raja Rimba menitahkan dayang memanggilkan Mak Bidan untuk menyambut
anakanda diRaja.
Permaisuri Monyet selamat melahirkan seorang Putera yang sangat tampan.
Bentuk saling tak tumpah seperti Bonda Permaisuri dan berbelang-belang
seperti Ayahanda Raja Rimba.
"Tuanku... Syurkur Allhamdulillah Permaisuri selamat melahirkan Putera ...
amat sempurna sekali. Tengok ni...rupa macam Tuanku dan Permaisuri.
Cantikkan ..." kata Mak Midan sambil memberikan Putera diRaja yang baru
dilahirkan kepada Raja Rimba.
"Syukur Alhamdulillah dengan Kurniaan Allah pada beta."
Raja Rimba mengazankan pada Putera Baginda yang tercinta. Setelah itu
Baginda terus masuk ke kamar mendapatkan Permaisuri yang masih
lemah.
"Dinda...Terima kasih dinda kerana melahirkan anakanda untuk kanda...
he tengok ni...rupa macam dinda dan belang-belang macam kanda....cantikkan..."
Raja Rimba mencium putera baginda yang baru dilahirkan berkali-kali
penuh kasih.
"Ye...lah kanda... anakanda kita sempurna sekali cantiknya. Belang-belangnya
lambang kemegahan Keperwiraan. Dinda sangat bersyukur pada Allah ..kanda.
"Kanda pun begitu juga dinda...Bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan ini."
Tiba-tiba kedengaran suara cemas dari hulubalang istanama.
"Tuanku... Istana sudah dikepung Tuanku...ramai pendekar istana dibunuh."
"Siapa yang punya angkara hulubalang."
"Puteri Rimba...Tuanku."
"Bedabah!Beta dah agak dah...Puteri Rimba akan melakukan sesuatu."
"Tuanku... Tuanku larilah dari sini Tuanku...."
"Kanda...Kanda....kena pertahankan Takhta Kanda...biar dinda dan anakanda
yang pergi dari Istana Niaga ini."
"Dinda....! Kita kan dah janji hendak sehidup semati....Tidak dinda....
Kanda tak akan biarkan dinda dan anakanda berpisah dengan kanda."
"Kanda...kekallah tahta di Raja...Puteri Rimba cuma mahukan kanda..
dinda sudah relakan kanda...demi keharmonian semua haiwan di Rimba
Niagara ini."
"Dinda...kenapa dinda korbankan kebahagiaan sendiri demi keamanan
rimba raya ini?"
"Kanda ...sebenarnya kebahagiaan dinda adalah keselamatan dan keamanan
semua penghuni Rimba Niagara ini kanda."
"Maafkan segala kesalahan dinda kanda... Insya-Allah ada peluang kita
berjumpa ...ya kanda...." Permaisuri tidak dapat menahan sebak lalu berjuraian
air matanya hingga tertitis air matanya ke wajah putera yang baru dilahirkan."
"Dinda...jagalah anakanda baik-baik ya...nanti kanda akan cari juga dinda
dan anakanda ...."
Dayang dan hulubalang menemani Permaisuri dan Putera baginda melarikan diri
dari Istana Niaga. Mereka merendah hutan di malam yang gelap gulita.
Rupanya mereka telah diburu oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.
"Permaisuri...lari....lari segera....biarkan patik di sini," kata dayang istana
penuh cemas.
Permaisuri sempat melarikan diri meninggalkan dayang dan hulu balang
yang telah berjaya dibunuh oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.
(BERSAMBUNG)
Karya Rha NS
23 September 2011
Like · · Unfollow Post · about a minute ago near Kuala Lumpur
Haidi Yan likes this.
(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
23 September 2011
· · Share · Delete

  • Mat Kr likes this.
    • Mat Kr
      ‎(HUTAN BELANTARA : Tuan Puteri sedang berehat seketika, setelah sekian lama meredah hutan dan rimba mencari tempat berteduh bersama putera kesayangannya. Hanya sehelai selendang kuning menjadi selimut membalut tubuh anak kecil yang masih belum diberi nama itu.)



      Puteri rimba : Hamba namakan putera hamba ini... Ermmm... Sang...Sang... Sang Ku.... Sang Ku..... Ahh... susah benar hamba hendak memberi nama putera hamba ini.., Haaaa..! Sang Kuri... Sang Kuri... ahh... apa ya... ( sambil mengendong puteranya dibawa berjalan berlegar-legar disitu sambil menyanyikan lagu....)
      September 26 at 9:54pm ·
    • Mat Kr line internet tak berapa ok ni...
      September 26 at 10:14pm ·
    • Mat Kr
      ISTANA : Suasana masih lagi kucar kacir... darah tumpah mengalir disegenap sudut istana dengan pertarungan Raja Rimba bersama hulubalang dan pengawal istana mempertahankan tahta dari cengkaman Sang Buana Rimba dan pengikutnya.

      Raja Rimba : Mara...mara...!!! Biar gugur sekalipun kalian
      di sini.., namun darah kalian tetap bertukar menjadi peluh perjuangan sehingga ketitisan yang terakhir.

      Sang Buana Rimba : Hahahaha.., jangan cuba nak menentang hamba.,
      buruk padahnya .! Sebentar lagi tahta Niagara akan hamba tawan
      menjadi milik hamba..Hahahaha.. Cisss...! menyerahlah wahai Raja Rimba..!

      Raja Rimba : Woii...! langkah mayat beta dulu...
      jangan cuba mengadai nyawa..! Yahh...Yah.

      Pertarungan berlarutan selama tiga hari, tiga malam. Seluruh persekitaran istana bermandi darah dan peluh. Mayat bergelimpangan disana sini. Namun mereka masih lagi bertikam senjata demi kuasa dan mempertahankan istana.

      To Be Continue.... hehehe....
      September 26 at 10:23pm ·
    • Rabeah Mohd Ali
      Pagi yang hening itu terdengar satu das tembakan.
      Permaisuri monyet yang tidak bermaya sambil mengelek
      puteranya sempat mengambil sehelai daun lalu daun
      tersebut diperahkan susu untuk diberi minum kepada
      puteranya yang sedang menangis keh...See More
      September 26 at 11:59pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Macam mana sahabatku ok tak dengan bahagian (II) ni...apapun ku suka skrip yang kamu karang itu....dan ku tunggu sambungan skrip tersebut...duhai sahabatku. Dan kuharap kau sudi mengarahkan Teater Putera Sang Kuriang Ini....hehehe semoga Putera Sang Kuriang Mendapat Tempat Di Hati Penonton! Apa pun jutaan terima kasih segalanya kerana kaulah pencetus cerita Putera Sang Kuriang.
      Tuesday at 12:04am ·

0 comments

PUTERA SANG KURIANG (II)

PUTERA SANG KURIANG BAHAGIAN (II)

by Rabeah Mohd Ali on Tuesday, September 27, 2011 at 12:17am
PUTERA SANG KURIANG BAHAGIAN (II)
Pagi yang hening itu terdengar satu das tembakan.
Permaisuri monyet yang tidak bermaya sambil mengelek
puteranya sempat mengambil sehelai daun lalu daun
tersebut diperahkan susu untuk diberi minum kepada
puteranya yang sedang menangis kehausan.
Selepas itu permaisuri monyet rebah menyembah bumi.
Permaisuri monyet mati terkena tembakan Pak Deli.
Tubuhnya berlumuran dengan darah. Puteranya masih
lagi dalam pelukan bunda tercintanya.
Pak Deli yang menyaksikan kejadian tersebut bagaikan
tersayat hatinya ditusuk sembilu. Timbul kekesalan
di hatinya yang amat sangat.
Dia mengambil putera dari dakapan bondanya yang telah
mati. Puas dia mengambil putera tapi putera masih tidak
mahi melepaskan pelukan bondanya. Akhirnya dia terpaksa
akur dengan kekuatan Pak Deli. Ketika Pak Deli meninggalkan
bondanya yang tebujur kaku dia sempat memandang bondanya
buat kali terakhirnya. Dan sempat dia memberi lambaian
terakhir kepada bondanya.
Sampai di rumah...Pak Deli menceritakan apa yang telah
berlaku ketika di hutan ketika dia sedang berburu.
"Abang...sampai hati abang tembak ibu monyet...dia
masih lagi menyusu....sampai hati abang memisahkan kasih
sayang ibu dengan anaknya.
"Abang pelik dengan anak monyet... ibunya hitam....anaknya
cantik...tengok tu bulunya berbelang-belang macam harimau."
"Apa pun alasan abang...abang tetap salah...tidak kasihan
ke abang pada nasib anak monyet ni nanti?"
"Kalau dijual anak monyet ni ...kita dah boleh jadi kaya...
tak perlu hidup sesusah ini lagi."
"Abang....biarpun berapa juta harga anak monyet ini...
saya takkan benarkan abang menjualnya? Saya nak belanya
kerana saya bertanggungjawab di atas kematian ibunya.
Saya dengar cerita abang pun saya telah jatuh kasih pada
anak monyet ini. Lagipun kita tidak punya anak..biarlah
anak monyet ini jadi anak kita..." kta Mak Limah sambil
memeluk putera dengan penuh kasih sayang. Putera dari
dati memang Mak Limah dengan matanya yang kuyu seolah
minta dikasihani...kesedihan di atas kematian bondanya
masih dalam terbayang-bayang di ruangan matanya.
Sudah hampir dua bulan berita kehilangan Permaisuri Monyet
tidak dapat didengari oleh Raja Rimba . Puteri Monyet
memberi kata dua kepada Raja Rimba jika sekiranya Raja
Rimba tidak mahu mengawaininya akan berlakulah peperangan
yang amat dahyat di Rimba Niagara. Raja Rimba teringatkan
kata-kata Permaisuri Monyet.
"Kanda... apalah ada pada cinta kanda...biarlah dinda yang
terkorban asalkan penghuni rimba... aman bahagia selamanya.
Kanda mesti pertahankan kerajaan Rimba Niagara...biarpun
kanda terpaksa berkahwin dengan Puteri Harimau. Dinda sudah
relakan. Mesti diingat...penghuni Rimba Niagara adalah lebih
diutamakan daripada cinta kanda dengan dinda...ye...cinta
kanda kepada penghuni Rimba Niagara ...di situlah cinta
dinda pada kanda."
Majlis Perkahwinan di antara Raja Rimba dengan Puteri Harimau
dibuat secara besar-besaran..selama tujuh hari tujuh malam.
"Barulah bagaikan pinang di belah dua..." kata suku sakat
harimau."
Dengan termentrinya perkahwinan Raja Rimba dengan Puteri Harimau
maka tiadalah berlaku peperangan...dan terselamatlah penghuni
Rimba Niagara .
Putera yang dipelihara oleh Mak Limah diberi nama Sang Kuriang.
Sang Kuriang sangat cerdik dan pandai mengambil hati kedua orang
tua angkatnya.
Pak Deli yang pada awlanya ingin menjual Sang Kuriang tidak
jadi meneruskan hajatnya ....kerana tidak sampai hati melihat
isterinya Mak Limah berdukacita.
Sudah hampir Sepuluh tahun Sang Kuriang dipelihara oleh Pak
Demi dan Mak Limah.
Pada suatu hari suatu peristiwa yang tidak disangka berlaku.
Apabila rumah Pak Deli terbakar. Pak Deli mati terbakar
hangus . Mak Limah dan Sang Kuriang sempat menyelamatkan diri.
Mereka ini tiada tempat berteduh . Mereka tinggal di sebuah
gua di dalam hutan.
"Emak...macam mana kita hendak teruskan kehidupan mak...dalam
hutan ni...apa yang kita nak makan nanti...."
"Kuriang anakku...kau dah besar panjang...kejadian asalmu kau
mahir panjat memanjat...usaha ye nak ye...mak dah tua ....dah
ak larat lagi hendak mencari rezeki untuk kita makan...inipun
nasib baik kita dapat tempat berteduh dari hujan ribut."
"Baiklah kalau itu yang emak kata...Kuriang akan cuba berusaha
mencari rezeki untuk kita meneruskan kehidupan."
"Bagus anakku...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...Yang
penting Kuriang mesti yakin dengan kebolehan Kuriang ye...nak."
"Ye mak..."
Pagi lagi di hutan belantara Kuriang memberanikan diri memanjat
dari satu pokok ke satu pokok. Pada awalnya tika mula mencuba
banyak kali dia gagal...tetapi kerana teringatkan kata ibu angkatnya
"Yakin dengan kebolehan sendiri" akhirnya Sang Kuriang berjaya
memanjat dan bersenggut dari satu pokok ke satu pokok. Macam
Tarzan lagaknya. Kerana terlalu gembira yang amat sangat setelah
berjaya bersenggayut ...hingga terlupa mahu pulang.
"Emak....emak...! Kuriang dah pandai memanjat....seronok emak...
tengoklah apa yang Kuriang bawa ni... emak makan... ye...air pun
Kuriang bawakan untuk emak. Ini semua berkat mendengar nasihat
emak...Percaya dengan kebolehan sendiri....:
Mak Limah merasa gembira...kerana Sang Kuriang sudah pandai
berdikari dan boleh menjaga makan minum Mak Limah.
Setelah setahun tingga di gua tersebut...Mak Limah meninggal
dunia kerana sakit tua.
Sedihnya hati Sang Kuriang di kala itu Tuhan saja yang tahu.
Tapi kena tabah. Ibu angkatnya dikebumikan di atas sebuah
bukit di dalam hutan.
Kerana terlalu sedih Sang Kuriang tertidur di pusara ibu angkatnya
Mak Limah.
Dia bermimpi...
"Bonda sangat rindukan anakanda... carilah ayahanda di Rimba Niagara
Raja yang memerintah Rimba Niagara adalah ayahanda ...anakanda..."
Sang Kuriang tersedar dari mimpinya. Kata-kata....bonda rindukan
anakanda...carilah ayahanda di rimba Niagara Raja yang memerintah
Rimba Niagara adalah ayahanda anakanda..
Esoknya Sang Kuriang pergi ke Rimba Niagara mencari ayahandanya
yang dimaksudkan dalam mimpi tersebut.
Akhirnya dia sampai ke Istana Rimba Niagara. Dia meminta izin untuk
berjumpa dengan Raja Rimba Niagara.
"Ampun Tuanku sembah patik harap di ampun..ada rakyat ingin mengadap
Tuanku..ampun Tuanku,..." kata hulubalang.
Sang Kuriang dibenarkan masuk mengadap Raja Rimba.
"Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...."
"Apakah hajat tuan hamba mengadap beta?"
"Ampun Tuanku...sembah patik harap di ampun...adapun patik datang
ke Istana ini inginkan kepastian tentang maksud mimpi patik."
"Apa mimpi tuan hamba...ceritakanlah beta sudi mendengarnya."
"Adapun patik bermimpi ...bunyinya begini....bonda rindukan anakanda...
carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah Rimba Niagara
adalah ayahanda anakanda....sebab mimpi itulah patik terpanggil untuk
datang ke Istana Niaga berjumpa Tuanku."
"Oh tak syak lagi anakandalah...yang ayahanda cari-cari selama ini..
OH! Anakanda ...ayahanda rindukan anakanda....ayahanda pun bermimpi
yang sama." Raja Rimba memeluk puteranya yang selama ini dirindui.
Bondamu telah pun mangkat dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan
diRaja....nanti ayahanda tunjukkan tempat. Bonda tirimu baru sebulan
mangkat...Ya Allah syukur kerana dapat bertemu dengan anakanda hamba..
Syukur Ya Allah."
Putera Sang Kuriang telah ditabalkan menjadi Raja Rimba Niagara
yang baru menggantikan ayahanda baginda yang telah uzur.
"Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!"


Karya Rha NS
26 September 2011
0 comments

CINTAKU CINTAMU DALAM RESTUNYA





Sejambak bunga kasih
kutunggumu
biarpun berhujan berpanas
tak mengapa
tanpa disedari
nun jauh di sana
muncul pelangi
mengindahkan suasana cinta
pelangi menghulurkan tangan
mempelawaku ke taman bunganya
mengizinkan aku memetik bunga pelangi cinta
lalu sejambak bunga kasih pelangi cinta
mewangi menusuk hati
kuberikan padamu yang hadir tanpa dugaku
kau menerima sejambak bunga kasih pelangi cinta dariku
kasihmu kasihku terpateri
tika pelangi zikirkan Kebesaran Tuhan
cintaku cintamu dalam restuNya.

Karya:  Rha NS
        20 Jun 2011
0 comments

CINTA PELANGI DALAM RESTUNYA




Sejambak bunga kasih
kupetik di laman
taman disinari bulan purnama
bulan senyum padaku
mendoakan cintaku padamu
bersatu dalam restu.


Karya Rha NS
30 September 2011
0 comments

CINTA PELANGI YANG SETULUSNYA



Sejambak bunga kasih
biarpun kau tak sudi
aku masih berharap
suatu masa nanti
kau akan terima cinta
ikhlas dariku.

Karya Rha NS
30 September 2011
0 comments

BUNGA KASIH PELANGI CINTA





Sejambak bunga kasih
aku mahukan kasihku
dibalas cinta sucimu
kau tak sudi terima cintaku
aku tak tahu kenapa?


Karya Rha NS
30 September
0 comments

CINTA YANG BERTAHTA DIHATI




Sejambak bunga kasih
aku bukan membeli cintamu
tapi aku mahukan cintamu
yang suci ikhlas
cintamu sentiasa bertahta di hati.


Karya Rha NS
20 September 2011
 
;