Tuesday, 27 September 2011

KUSUDI BERBAKTI PADA YANG SUDI MENGHARGAI KARYAKU

CERMIN II

by Norawi Hj Kata on Friday, August 12, 2011 at 12:41am
Ada sebingkai cermin
yang menunjukkan gerak rasa
wajah luka telah tergantung
di arca pertama

Dalam bayangan anak mata
sanggupkah kita melihat dosa diri
akibat pembalasan budi
dalam alam yang terlalu ngeri
· · Share

    • Rabeah Mohd Ali
      CERMIN MEMANTULKAN CAHAYA

      Dalam luka ada duri
      Dalam luka ada nanah yang berbau
      Dalam luka hatiku haru biru

      Bila ku berdiri dicermin
      Wajahku berkerut seribu
      Dia mengikut gerak wajahku yang berkerut itu
      Tapi cermin tetap tidak punyai hati
      Dia bisu dan terus membisu
      Justeru dia tidak pernah faham apa maksudku

      Kerana dia tidak punyai hati
      Aku terus menangis hiba
      Dia pun turut menangis
      Tapi tidak pernah simpati padaku

      Lama sudah kutahu dia tidak punya perasan
      Aku terus menabur budi padanya
      Agar satu masa nanti dia juga punyai perasaan dan hati

      Cermin yang bisu dan kaku itu
      Selalu ku berkata-kata dengannya
      Penuh kasih sayang setulusnya
      Air mataku berjuraian itu merecik ke cermin
      Kuambil sapu tangan derita
      Kulap debu-debu yang terlekat di cermin
      Sambil berselawat dn berzikir padaNya
      Merintih merayu
      Mohon Allah ampunkan segala dosaku
      Yang bertimbun bak pepasir di pantai
      Sesudah lama ku menangis
      Ku lihat wajahku di cermin
      Memantulkan sinar cahaya wajahku yang ku sendiri
      Tak dapat nak huraikan dikuatiri riak
      Yang akan membunuh segala amalanku
      Yang setitis ini

      Biarlah antara aku dan Tuhanku yang tahu
      waktu di kala itu
      kerana aku tak mahu sebesar zarah pun ada
      beperasangka pada manusia
      apa tah lagi pada Tuhanku

      Biarpun dugaan datang melanda
      Biarpun dikeji
      Dicaci manusia
      Biarlah aku dah redha

      Dan aku terus berbakti
      Dan Berbakti
      Pada yang sudi mendengar
      Pada yang sudi menyayangi
      Pada yang sudi menghargai
      Biarpun pada cermin bisu yang tidak
      Punya hati dan perasaan!

      Karya: Rha NS
      12 Ramadhan 1432H
      12 Ogos 2011
      August 12 at 3:50am · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Apakah pendapatmu tentang apa yang kutulis itu duhai sahabatku...apapun kuucapkan terima kasih kerana telah mencetiuskan ilhamku untuk berkarya sebegitu rupa. Setiap yang baik itu dariNya yang tidak sempurna dariku sendiri.
      August 12 at 5:23am ·
    • Norawi Hj Kata puisi yg keduamu ini lagi memberi kesan yg mendalam buat saya sbg peminat kecil sastera.puisi di atas ada jiwa,ada rasa.TAHNIAH!
      August 12 at 5:27am ·
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih...faham-faham je lah sahabatku...menulis guna air mata...Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izin Allah.
      August 12 at 5:30am ·
    • Rabeah Mohd Ali Tajuk yang sebenar ada di blog...baru sebentar tadi disiarkan ...moga dapat diterima pembaca di alam maya...saudaraku demi pengkongsian ilmu yang setitis ini ku sentiasa izinkan kau menyiarkan di blogmu untuk dikongsi bersama dengan teman-temanmu...
      August 12 at 5:33am ·

0 comments:

Post a Comment

 
;