Wednesday, 28 September 2011

ITIK BERTELOR EMAS

HUJAH MUJAHIDIN AL-HASSAN

"IF YOU WANT TO FLY WITH THE EAGLES, DON'T SWIM WITH THE DUCKS!"
Make it a point to only associate with successful, positive people, and just as importantly...
isassociate from NEGATIVE ones!
· · Sunday at 10:55pm · 

  • 15 people like this.
    • Suraya ShahBi Alhussaini Positivity draws betterment..
      Sunday at 11:09pm · · 1 person
    • Yusri My Helang sama helang, enggang sama enggang, itik sama itik.
      Sunday at 11:21pm · · 1 person
    • Yusri My Dua quote yg lebih kurang tapi memberi mesej yg berbeza terpulang kepada pelambangan apa itu 'helang' apa itu 'itik' atau 'enggan'. Pepatah Melayu melambangkan kaya miskin, mat salleh punye melambangkan perangai/sifat positif negatif.
      Sunday at 11:27pm · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Helang sama helang...itik sama itik...tapi sesekali hendak juga itik berkawan dengan helang kerana ingin mendapatkan aura positifnya tapi masalahnya helang tak sudi hendak berkawan dengan itik untuk menurunkan ilmu positifnya itu...kesihan itik....hihihi
      Sunday at 11:48pm ·
    • Yusri My Air sama air dan sampah ke tepi jua.
      Sunday at 11:50pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Ada kalanya kerana sampahlah mereka dapat meneruskan kehidupan mencari rezeki...kerana sampahlah mereka jadi kaya raya...tak percaya tanyalah Bos Alam Flora...
      Monday at 12:00am ·
    • Yusri My ‎@Rabeah, Cenderawasih cam aku mana le sudi nak tanya helang macam Bos Alam Flora tu :- P
      Monday at 12:17am ·
    • Hujah Mujahidin Al Hassan Helang terbang diangkasa awan;
      Itik bernang ditasik emas;
      Helang tak kesah siapa hendak berkawan;
      Malu segan itik cerdik berbulu emas. hihi
      Monday at 12:19am · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Helang tak kisah sapa nak berkawan,
      Tapi itik berbulu emas diculik oleh My Yusri;
      Habislah semua segala impian,
      Untuk menuntut ilmu positif yang disukai.

       
      Monday at 1:07am ·
    • Yusri My Itik berbulu emas aku tak sudi, itik pun dah mudah botak macam orang2 sekarang ini; itik berTELUR emas juga yang ku cari, dapat jua ku bagi-bagi pada tetamu di hari kenduri.

      Peduli itik peduli helang. Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ke darat menjadi pohon rendang. Jadi le benih yang baik.
      Monday at 2:35pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Kalau tak sudi tak apa Yusri My...kerana siapalah aku ini yang dah hodoh dimamah usia...carilah kau itik bertelor emas kerana bila dijual kau boleh jadi jutawan segera tak perlu susah payak berusaha lagi tapi mesti diingat jadilah sang helang biarpun gagah perkasa di angkasa raya masih lagi merendahkan dirinya untuk menurunkan ilmu positifnya padaku yang hodoh ini dan tak berharga seperti air sama air sampah ke tepi juga.
      Monday at 3:05pm ·
    • Yusri My ‎@Rabeah, terbukti lagi, Perkataan dan ayat boleh memberi pengertian berbeza kepada lain2 orang. Sapa sebut 'hodoh', siapa mamah usia, sapa sebut jutawan segera, siapa sebut hodoh . siapa sebut tak berharga?
      Monday at 3:13pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Hanya yang faham saja di sebalik yang tersurat dan tersurat wahai hamba Allah yang bijak sana...siapalah aku nak dibandingkan dengan kecerdikanmu itu yang memupunyai bergulung ijazah sedangkan aku cuma yang tak punyai apa-apa ijazah...
      Monday at 3:19pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Kerana aku mengaku aku tak setanding kebijaksanaanmu aku dengan ini menarik diri dari untuk berkata-kata...dan ini boleh diperjelaskan oleh Sang Helang Yang Bijak berkata-kata beralas tanpa ada hati-hati terluka...
      Monday at 3:21pm ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL HUJAH MUJAHIDIN AL-HASSAN
    25 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;