Saturday, 1 October 2011
KURNIAKANKU SEKUNTUM BUNGA SYURGAMU
YA ALLAH KURNIAKAN SEKUNTUM BUNGA SYURGAMU
Ya Allah
Tuhanku Yang Memiliki Kerajaan
Langit dan Bumi
Yang Memiliki Syurga
Untuk hamba-hambaNya Yang Terpilih
Di Bulan Ramadhan Yang Penuh Keberkatan ini
Dibukakan Ke Semua Pintu-Pintu Syurga
SeluasNya Untuk hamba-hambaNya Memohon Permohonan
Masuk Ke Syurga tanpa hadNya
Betapa Pemurah Dan PenyayangMu Ya Allah
Pada hamba-hambaMu
Cuma hamba-hambaMu leka...lalai
melepaskan begitu saja peluang
yang diberikan
Ruginya aku Ya Allah
Jika lepaskan peluang
Yang amat berharga ini
Yang tak akan dapat
Kuperolehi lagi
Jika ini adalah Ramadhan terakhirku!
Sememangnya Syurga itu
Diberikan kepada hambaMu
Darjat Yang Tinggi
Tapi aku malu Ya Allah
Amalanku tak seberapa
Dosaku tak terhitung banyaknya
Selama aku menumpang hidup di bumiMu ini
Tak layak aku memiliki SyurgaMu
Apa tah lagi memohonnya
Malu Ya Allah
Malu sangat-sangat
Tapi...Bila Mengenangkan
Kau Tuhanku Yang Maha Agung
Lagi Maha Penyayang
Lagi Maha Pengampun
Kumohon dengan linangan air mataku ini
Kau kurniakan aku SyurgaMu
Yang Kau Miliki
Yang BanyakNya Hanya Kau Yang Tahu
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Hingga tika ini malunya aku
Memohon padaMu Ya Allah
Kerana amalanku yang sedikit
Dosaku yang banyak tak terhitung...
PadaMu kuserahkan segala ketentuan
Kerana Kuasa Memberikan Syurga MilikMu
Kerana aku melakukan amalan yang sedikit ini
bukanlah untuk memiliki SyurgaMu
tapi mahukan balasan CintaMu Yang Maha Agung
itu sudah membahagiakan dunia akhiratku
Seluruh hidupku hanyalah untuk mencintaiMu
Apa saja yang kulakukan
Hanyalah keranaMu
Bukan untuk mendapat
Pujian manusia
Atau apa saja dari manusia
Tapi hanyalah kerana Kau Ya Allah
Justeru Kau balaslah cintaku ini
Aku merayu Ya Allah
Selagi Kau tidak membalasNya
Selagi itulah aku akan terus merayu
Merayu terus-terusan
Merayu sehingga nyawa sampai di kerongkong
kerana seumur hidupku hanyalah untukMu
Sebelum aku dijemputMu
Aku cuma mohon satu permohonan
Agar Kau Kurniakan
Aku sekuntum Bunga SyurgaMu
Yang banyaknya tidak terhitung
CantikNya Masya-Allah
WangianNya Subhanallah
MemilikiNya Allahu Akhbar
Kiranya aku dapat memiliki
Akan kujaganya dengan ketakwaanku
Tak akan ada riak sebesar zarahpun
Tak akan ada seorangpun yang mengetahuinya
Kan kubahagikan kelopak-kelopak bunga-bunga
SyurgaMu kepada semua sahabat-sahabat seperjuanganku
Agar mereka turut menyebar luaskan benih-benih
SyurgaMu di laman hati semua hamba-hambaMu
Agar benih-benih Bunga SyurgaMu
Subur menghijau mengindahkan ketakwaan
hamba-hambaMu kepadaMu sekukuhNya
percaya dengan kewujudanMu
lalu menyembah hanyalah Kau Tuhanku
Tuhan Yang Maha Esa
Tuhan Semesta Alam
Yang Menguasai Langit dan Bumi
DariMU aku datang
DariMu aku dikembalikan!
Karya: Rha Ns
3 Ramadhan 1432H
3 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment