Thursday, 29 September 2011

KUJAHIT LUKAMU DENGAN BENANG CINTAKU




Oh kekasihku...
Jika teramat parah lukamu
Terlalu mendalam dek kerana kekasihmu itu
Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku
Agar boleh kulihat senyumanmu.

Jika air matamu tidak berhenti merinduinya
Aku tak boleh menghentikan
Kecuali terhenti sendiri atas kemahuanmu.

Aku yang jauh di sini
Mendoakan kau tidak bermuram durja
Selalu tersenyum
Menjadi penyeri di laman cinta
Sentiasa mewangi
Di waktu pagi petang dan malam
Teman-teman di sekelilingmu pasti bahagia
Melihatmu sentiasa ceria menghadapi hari-hari mendatang.

Jika kau terasa rindu padaku
Pandanglah bulan purnama
Di situ aku melemparkan senyuman sayang untukmu.

Jika kau tak sudi membalas senyumanku itu
Bermimpilah tentang aku
Aku sedia mendengar rintihan kalbumu
Kerana aku teramat menyayangimu
Tanpa jemu menyintaimu seumur hidupku.

Karya: Rha NS
19 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;