Tuesday, 27 September 2011

BERKARYALAH TERUS SELAGI MASIH BOLEH BERKARYA

HANYA DI LUAR JENDELA

by Norawi Hj Kata on Friday, August 12, 2011 at 10:08pm
Merenungi kelopak debunga
ada warna murni terpancar di mata hati
perlukah dilukis rangka kemuliaan
sedangkan aku penanti embun di senja hari
perakam setiap bait ramahmu
seperti menghayati cerahnya purnama
walau hanya di luar jendela.

Membaca bayang-bayang yang terpancar
di matamu
ada embun kasih menitis di hati mereka
semuanya mahu menyatakan yang terhasrat
semuanya mahu melukis kehijauan jiwa
cuma aku pelukis wajah embun di senja hari
NUR;
menatap setiap gerak budi,mencoret
makna kemuliaan
melukis ladang damai impianmu
haruskah aku lupa
menyayangi diriku sendiri

KARYA : NORAWI HJ KATA
               KOTA BELUD,SABAH.
· · Share

  • You, Awang Karim Kadir and 3 others like this.
    • Rabeah Mohd Ali
      Dulu...aku tak pernah menghargai diriku
      Yang kutahu berkorban untuk demi sebuah kehidupan
      Demi kasih dan sayang
      Tapi apa yang kukorbankan tak ada yang sudi hargai
      Hatiku dilanda duka
      Cermin bisulah menjadi sahabat setiaku

      Ada kalanya terdetik hatiku
      Agar Allah ambil saje nyawaku
      Kerana kasih yang kuberi
      Tersisih disisih
      Namun kuterus bersabar bertahun lamanya
      Seakan berabad lamanya

      Demi sebuah kebahagian yang dicarinya
      Kuundur diri
      Lalu ku menyendiri
      Bermuhasabh diri
      Bermunajat pada Tuhanku

      Redha atas takdirNya
      Aku yakin Allah sentiasa bersamaku

      Walaupun hidupku
      Tidak dipenuhi kasih dan sayang
      Allah Maha berkuasa
      Mengilhamkan padaku
      Untuk menyemai benaih-benih
      Kasih sayang
      Di hati-hati yang kudus kasih sayang

      Melalui karyaku aku
      Mencurahkan kasih sayang
      Melalui karyaku
      Yang dibaca mereka menerima kasih sayang

      Kasih sayang yang kesemai
      Hidup merimbun di serata polosok dunia
      Itulah impianku
      Itulah kepuasaku

      Kasih sayang yang kupupuk:

      Kasih sayang sesama insan
      Kasihkan haiwan
      Kasihkan alam
      Kasihkan Allah dengan sentiasa muhasabah diri sendiri

      Kini barulah aku hargai diri sendiri
      Syukurku dalam sujudku.

      Karya: Rha NS
      12 Ramadhan 1432H
      12 Ogos 2011
      August 12 at 10:39pm · · 1 person
    • Norawi Hj Kata sedih puisi mu ini.sebak hatiku.
      August 13 at 1:16am · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali
      Itulah dugaan kehidupanku...
      Itulah harapanku
      Demi meraih
      Cinta Allah
      Kasih sayang manusia seluruhnya

      Moga apa yan dikarang dri dalam kalbuku ini
      Boleh membuatkan sahabatku Norawi
      Menyayangi dirimu
      Dirimu amat berharga!
      Sayangilah ia
      Kerana kita akan tempuh
      Alam di Sana yang kekal abadi
      Bidadari Syurga menunggumu di Sana Insya-Allah
      Dan bilamana kau memiliki Cinta Allah berkat kesabaranmu
      Tentu kau bersyukur dengan ujian yang diberikan kepadamu
      Duhai sahabatku Norawi!

      Kita saling muhasabah diri ye...
      Kerana kita sentiasa tidak sempurna
      Dalam menuju ke jalannya

      Yang penting ikhlas apa yang dilakukan
      Bukan mahu pandangan manusia
      Tapi pandangan Allah

      Moga berkat keyakinan kita kepadaNya
      Allah membalas CintaNya untuk kita
      Amin Ya Rabbal A'Lamin
      August 13 at 5:53am · · 1 person
    • Serenity's Helen
      Dan Bersabar atas segala yg menimpa dirinya
      Adalah orang" yg menempuh jalan yg telah digariskan oleh-Nya
      Kalau kita benar Beriman ALLAH adalah SANDARAN
      Tempat mengadu dan memohon pertolongan
      tempat menentramkan kekhawatiran akan masa depan
      ...karena Dia adlah Dzat Maha tahu
      Pengetahuannya tidak dibatasi oleh Ruang dan Waktu
      ALLAH akan mengabulkan doa manusia
      Bila manusia mau berdoa pada-Nya & memenuhi perintah-Nya.
      Ya ALLAH .Doa di dalam sujud dan ruku ini Tuk meraih Redha Ilahi Ampunan-Mu.
      August 13 at 8:39am ·
    • Jay Abd Wahid hebat bro hebat...anugreh sastera sabah punya bhg ni teruskan
      August 13 at 8:42am ·
    • Serenity's Helen Amiien Yaa Robb,. Tulisan sajak begitu indah,. sampai sulit tuk menggapainya. Salam silaturrahmi dari Helen Basanon ^__*
      August 13 at 8:51am ·
    • Awang Karim Kadir Selagi org2 itu yg menguruskan dan menilai sastera sabah; bagus jangan berangan2 dulu bro. Hadiah Sastera Sabah hanya buat mereka dan mereka mereka sahaja.Masyaallah.Mudah2an berubahlah dunia...
      August 13 at 3:17pm ·
    • Norawi Hj Kata sdr Jaafar Abdul Wahid,saya mohon penjelasan,karya macamana yg boleh menang hadiah sastera ni.sebab saya tulis puisi macamanapun tak boleh menang lagi akhir2 ni.bukan mcm tahun 90-an dan awal 2000-an.mgkin hasil karya saya dah tua agaknya.tak ada sifat teknologi atau unsur pembangunan agaknya.Mohon sdr jelaskan kriterianya dari segi gaya bahasanya,muzik katanya,rimanya atau tema yg macamana dikehendaki.
      August 13 at 5:04pm ·
    • Jay Abd Wahid itu kena tanya DBPS sabah sebagai panel penilai bos, saya x mampu jawap ni saya pun hanya pernah menang sekali dalam hidup ni
      August 13 at 11:31pm ·
    • Nandra Yanatirow kita menulis saja dengan telus lantas diiringi dengan ikhlas, jangan fikirkan soal menang. Dapat berkarya pun kita sudah dianggap sudah menang, yang menang tu belum tentu lagi seorang penulis yang hakiki,berkaryalah terus selagi masih boleh.
      August 14 at 3:56pm ·
    • Norawi Hj Kata Saya setuju tu...itulah sebenarnya yang saya lakukan selama ini.
      August 14 at 5:19pm ·
    • Awang Karim Kadir Hadiah Sastera Sabah hak bagi karya2 yang ternyata bermutu walau pun penulis berkarya memang bukan kerna hadiah semata2 Hadiah sebagai satu penghargaan terhadap karya Sastera drp intitusi yg bertanggungjwb utk membangunkan Sastera; tetapi haruslah diurus secara profesional dan tidak dieksploitasi oleh orng2 tertentu.
      August 14 at 5:25pm ·
    • Norawi Hj Kata ya...saya fhm maksud sdr karim tu.dlm erti kata lain untuk memperkasakan hasil karya sastera di Sabah pihak pengurusan sastera perlulah prihatin dlm kerja-kerja pengumpulan hasil karya sastera.jika boleh jgn sampai ada disampah sarapkan kerana selagi ada prasangka sedemikian terhadap karya sastera,maka sastera akan diperlekehkan oleh masyarakat selama2nya.\
      August 14 at 5:32pm ·

0 comments:

Post a Comment

 
;