Tuesday, 27 September 2011

PUTERA PUTERIKU JADILAH ANAK SOLEH SOLEHA



Putera Puteriku...
Kalian adalah permata hati ayah dan bonda
Kalian adalah pengarang jantung ayah dan bonda
Kelahiran kalian kami syukuri dalam redha
Kelahiran kalian ke dunia ini adalah saham akhirat ayah dan bonda
Kerana kalian ayah dan bonda masuk ke Syurga
Kerana kalian juga ayah dan bonda ditanya Allah
Tanggungjawab ayah dan bonda sepanjang membesar
dan mendidik kalian tika di dunia

Justru putera dan puteriku sayang ...
Jadilah anak soleh dan soleha yang akan memberi ayah dan bonda
minum dengan air minuman Syurga ....
Masya-Allah bahagianya kami di kala itu punyai anak yang menanti
kami dengan Kendi Syurga untuk dituangkan airnya ke Cangkir Syurga
lalu diberikan ayah dan bonda minum untuk menghilangkan dahaga...
Subhanallah bertuah dunia akhirat kami punyai anak-anak seperti kalian.

Mulai saat ini dan detik ini bersumpah setialah kepada ayah dan bonda
untuk menjadi anak-anak soleh soleha agar dapat menanti kami di Syurga nanti.

Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya Rha NS
26 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;