PANTUN KKM PENYAYANG PESAKIT DISAYANG
Hospital kerajaan rakyat sanjungi,
Diberi perhatian kerajaan Malaysia;
Menabur budi bukan untuk dipuji,
Demi semata rakyat tercinta.
Kerajaan utamakan kesihatan rakyat Malaysia,
Asalkan rakyat hidup sempurna;
Hospital kerajaan ada di mana-mana,
Diberi rawatan amat sempurna.
Kementerian Kesihatan Malaysia patut dipuji,
Utamakan kesihatan rakyat Malaysia;
Pelbagai kaum semua dirawati,
Asalkan rakyat sihat sentiasa.
Kami sedia membantu anda,
Kedatangan anda kami nantikan;
Kami utamakan kesihatan anda,
Kesembuhan anda kami doakan.
Warga KKM kerja secara profesional,
Bekerja berpasukan bersungguh-sungguh;
Pesakit datang saling kenal mengenal,
Sayang menyayang sakit pun sembuh.
Dijangkiti COVID-19 cepatlah bertindak,
Dapatkan rawatan sebelum terlambat;
Itu tandanya orang yang bijak,
Segera sembuh penyakit berjangkit.
Apabila sakit berjumpa doktor,
Pergi farmasi mengambil ubat;
Terima kasih kerana bersabar,
Kerana sabar menantikan ubat.
Pesakit sakit doktor rawat,
Pesakit sembuh doktor gembira;
Semua sakit boleh dirawat,
Asalkan usaha tawakal dan doa.
Wad kecemasan sentiasa kesibukan,
Doktor bekerja penuh komitmen;
Dugaan datang penuh kesabaran,
Kesabaran anda mendapat ganjaran.
Bilik pembedahan sunyi sepi,
Pakar bedah bekerja penuh teliti;
Menjalankan pembedahan berhati-hati,
Pesakit sembuh senang hati.
Sabarlah pesakit atas dugaan,
Ku doakan dikau segera sembuh;
Warga KKM penuh sopan,
Penyayang mereka buat mu sembuh.
Cucilah tangan sebelum makan,
Jaga kebersihan mesti diutamakan;
Segala penyakit dapat dijauhkan,
Anda sihat terukir senyuman.
Doktor bekerja tak tentu masa,
Nyawa pesakit amat diutamakan;
Apabila bekerja tidak tergesa-gesa,
Agar pesakit dapat disembuhkan.
Terhibur hati terima senyuman,
Senyuman warga KKM hati terhibur;
Kurangnya sakit bila tersenyum,
Bicaramu sopan lagi teratur.
Tiada langsung bersikap sombong,
Biarpun berjawatan Ketua Pengarah;
Warga KKM dihormati kerana penyayang,
Mereka bekerja tanpa diarah.
Ketua Jururawat seorang berpersonaliti,
Menggalakkan jururawat berpekerti tinggi;
Melayani pesakit seperti keluarga sendiri,
Kesembuhan pesakit itu dihajati.
Sabarlah duhai pesakitku,
Sakitmu sakitku juga;
Kudoakan segera sembuh untukmu,
Moga Allah perkenankan semua doa.
Gembiranya hati dapat layanan,
Warga KKM baik budi;
Semua pesakit mendapat rawatan,
Sakit COVID-19 dapat diubati.
Ucapan terima kasih warga hospital,
Merawat pesakit dalam kesabaran;
Datang ke sini saling kenal-mengenal,
Moga Tuhan membalas segala kebaikan.
Rajinlah makan ubat duhai pesakitku,
Segera sembuh itu doaku;
Sembuhmu kebahagiaanku,
Kesihatanmu keutamaanku.
Karya Ratu Rimba Niagara
21 April 2020
(Pantun dikarangkan istimewa untuk Ketua Pengarah Kesihatan, Doktor, Jururawat,
dan semua warga KKM yang bekerja di barisan hadapan bertungkus lumus untuk kami,
moga Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan duhai wira dan wirawati
KKM tersayang)
PUISI WARGA KKM PENYAYANG
Duhai warga KKM kusayang
Kusanjung setiap budimu.
Kau bekerja tanpa
mengenal penat dan lelah
Kau tetap tabah melayani kerenah pesakit
kau layani mereka dengan penuh
tanggungjawab,
prihatin dan
kasih sayang.
Ikhlas kerjamu!
suci kerjamu!
sopan santun tutur katamu!
terubat hati terima senyuman iklasmu.
sakitku kau ambil peduli
kau ubati sehingga sembuh
Syukur Alhamdulillah
kudoakan moga segala kebaikanmu
dibalas Syurga Firdaus
Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
21 April 2020
(Puisi dikarangkan istimewa untuk Ketua Pengarah Kesihatan, Doktor, Jururawat,
dan semua warga KKM yang bekerja di barisan hadapan bertungkus lumus untuk kami,
moga Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan duhai wira dan wirawati
KKM tersayang)
BERSAMA HENTIKAN RANTAIAN COVID-19
Malaysia kini sedang diuji,
Covid-19 penyakit berjangkit;
Penyakit berjangkit amat digeruni,
Perintah dikeluarkan agar tidak berjangkit.
Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan,
Duduk di rumah satu arahan;
Bagi menghentikan covid-19 tak berpanjangan,
Kesihatan rakyat sentiasa diutamakan.
Rakyat yang engkar diambil tindakan,
Agar covid-19 dapat dihentikan;
Musnah negara jika tak diendahkan,
Justeru rakyat bersama hentikan.
Covid-19 merebak tanpa disedari
Bagaikan tsunami datang melanda;
Ramai sudah dijangkiti ada yang mati,
Itu yang merisaukan rakyat jelata.
Ramai pesakit membuat saringan,
Bagi memastikan tidak dijangkiti;
Apabila dijangkiti meranalah badan,
Menentukan antara hidup dan mati.
Rakyat dikehendaki patuhi arahan kerajaan,
Duduk di rumah agar tak dijangkiti;
Rataian covid-19 dapat dihentikan,
Rakyat sihat hidup dalam kesejahteraan.
Terima kasih kerajaan penyayang,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri,
Jasamu sentiasa dikenang,
Moga Allah SWT merahmati.
Karya Ratu Rimba Niagara
30 Mac 2020
PANTUN COVID-19
Agong penyayang PM penyayang,
Bertuah sungguh rakyat Malaysia,
Covid-19 berterusan nyawa melayang,
PKP dipatuhi demi cinta Malaysia.
Agong dan PM sehati sejiwa,
Siang dan malam fikirkan rakyat,
PKP diarahkan selamatkan jiwa,
Kekal duduk di rumah duhai rakyat.
Covid -19 penyakit berjangkit,
Bila dijangkiti merana badan,
Mesti dijauhi agar tak menjangkit,
Keselamatan rakyat diutamakan.
Rakyat diseru jaga kesihatan,
Kebersihan diri mesti diutamakan,
Covid-19 tidak kelihatan ,
Ada wujudnya jika tak diendahkan.
Bahaya Covid -19 memakan diri,
Bila dijangkiti sakit tak terperi,
Rakyatku kamu tak sendiri,
Sokongan padu sentiasa diberi,
Duhai rakyat patuhi arahan,
PKP untuk keselamatan anda,
Anda selamat sukalah kerajaan,
Begitu berharganya nyawa anda.
Anda adalah permata negara,
Covid-19 boleh kehilangan nyawa,
Kematian anda hilanglah permata negara,
Kerajaan berkorban hingga hujung nyawa.
Barisan hadapan berkorban demi anda,
KKM PDRM ATM BOMBA bersatu tenaga,
Bekerja tak kira masa demi anda,
Duduk di rumah tanda setia.
Pesakit Covid -19 kian meningkat,
Dijangkiti begitu mudah dan cepat,
Wujudnya Covid-19 tidak bertempat,
Covid -19 dijangkiti begitu cepat.
Covid -19 tidak mengenal siapa,
Sesiapa saja boleh dijangkiti,
Justeru semua mesti berwaspada,
Agar terselamat dari dijangkiti.
KKM paling sibuk merawat pesakit,
Pesakit Covid-19 bertarung nyawa,
Berharganya nyawa setiap pesakit,
Diselamatkan hingga hujung nyawa.
Setiap yang hidup pasti mati,
Pesakit Covid-19 ada yang mati,
Jenazah diasingkan agar tak dijangkiti,
Dari jauh didoakan tanda diingati.
Pergilah dengan aman duhai yang disayangi,
Kasih sayang tetap dikenangi,
Di dunia kasih tersimpul mati,
Di Syurga selamanya kasih abadi.
Pantun Covid-19 dikarangi,
Buat semua rakyat Malaysia,
Yang sentiasa disayangi,
Moga rantaian Covid-19 dapat dihenti.
Aamiin
Terima kasih Agong
Terima kasih PM
Terima kasih Jemaah Menteri Perikatan Nasional
Terima kasih KKM
Terima kasih PDRM
Terima kasih ATM
Terima kasih BOMBA
Terima kasih PARA SUKARELAWAN
Terima kasih semua rakyat Malaysia
Atas pengorbanan diberikan demi Malaysia tercinta!
Syukur Alhamdulillah
Karya Ratu Rimba Niagara
10 April 2020
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
17 Ogos 2020
0 comments:
Post a Comment