Wednesday, 19 August 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (201) SALAM MAAL HIJRAH BUAT AGONG DAN PERMAISURI KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA


SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (201) SALAM MAAL HIJRAH BUAT AGONG DAN PERMAISURI KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA 


Istana Negara
Salam Maal Hijrah daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Ummah Rabbani Negara Harmoni.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks yang berkata 'ŞALAM MAAL HાਹRA 1 MUHARRAM 1442H 'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.' (Maksud Surah ar-Ra' ayat 11) UMMAH RABBANI NEGARA HARMONI DARIPADA KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG dan KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG'
Anda dan 5.5K yang lain
167 Komen
736 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

  • Peminat Utama
    Ratu Rimba Niagara
    Salam Maal Hijrah buat Agong dan Permaisuri kesayangan rakyat Malaysia. Moga dirahmati Allah dunia akhirat. Aamiin.
    • Suka
    • Balas
    • 1j
  • Peminat Utama
    Wslm...Semoga tahun ini, Allah beri kesihatan, umur panjang dlm kebaikan, rezeki yang barakah dan dipermudahkan segala urusan kita...aamiin
    .
    • Suka
    • Balas
    • 3j
  • As salam............ wbt......
    DAULAT...... TUANKU.
    Saya mengucapkan Selamat menyambut awal muharam kepada Tuanku Agong dan Tuanku Raja Permaisuri Agong dan keluarga serta semua umat Islam. Semoga Allah(SWT) sentiasa memberi kesihatan selalu dan dipanjangkan usia. Aamiin.............. .
    • Suka
    • Balas
    • 1j
    • Telah disunting
  • Peminat Utama
    Saya dan keluarga saya mengucapkan Selamat menyambut awal muharam Tuanku Agong dan Tuanku Raja Permaisuri Agong dan keluarga
    3
    • Suka
    • Balas
    • 3j
  • Selamat Menyambut Tahun 1442 Hijrah esok 20 ogos 2020... semoga Allah SWT melimpahi rahmat dan barakah pada kedaulatan negara dan Raja-raja Melayu dan khasnya buat DYMM YDPAgong Malaysia... Daulat Tuanku.
    1
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • UMMAH ROBBANI NEGARA HARMONI
    Insya Allah..
    Moga2 pemimpin negara lebih taat pada Tuhan dan adil dalam kepimpinan..
    Salam 1442
    Tuanku Berdaulat, Malaysia dilimpahi rahmat
    • Suka
    • Balas
    • 1j
  • Allahu Akbar, DAULAT Tuanku, Selamat Tahun Baru ISLAM, Muharram alMubarak 1442H
    • Suka
    • Balas
    • 56m
  • Waalaikumusalam.. DAULAT TUANKU.. Selamat menyambut Awal Muharam jua Dan muga dipelihara Allah Dan saya bangga dibawah payung Tuanku Dan permasuri Agong...
    • Suka
    • Balas
    • 1j
  • Salam Maal Hijrah 1442H kepada DYMM Tuanku & Permaisuri juga seluruh umat Islam.
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • DAULAT TUANKU
    Salam Maal Hijrah buat DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung..
    Moga kita semua rakyat Malaysia sentiasa dalam rahmat Allah...
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • selamat menyambut tahun baharu hijrah. Semoga amalan baik kita pada tahun lalu dan akan datang diterima oleh Allah Ta'ala dan dosa-dosa diampunkan keseluruhannya.
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Daulat tuanku..
    Saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut ma'al hijrah buat tuanku sekeluarga.. Moga Allah sentiasa melindungi tuanku sekeluarga... Aamiin
    • Suka
    • Balas
    • 2j
    • Telah disunting
  • Peminat Utama
    Salam Maal Hijrah BUAT AGONG DAN PERMAISURI AGONG dan seluruh umat islam
    • Suka
    • Balas
    • 3j
  • Salam Maal Hijrah Tuanku. Semoga Allah sentiasa melindungi Tuanku dan kerabat semua. Daulat Tuanku


Istana Negara

17 Ogos 2020 - Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang telah dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2020.
  • RAJA PRIHATIN RAKYAT BAHAGIA NEGARA SEJAHTERA
    PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG
    KE-16 Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
    Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
    Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
    Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
    Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
    Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
    Masalah rakyat masalah baginda juga,
    Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
    Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
    Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
    Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
    Rakyat sentiasa berterima kasih,
    Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
    Agong kami Raja penyayang,
    Sayangkan rakyat sayangkan negara;
    Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
    Saling bantu membantu demi negara tercinta.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa mempertahankan negara;
    Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
    Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
    Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    WARKAH PUISI UNTUK AGONG & PERMAISURI KE-XVI
    Bismillahirahmanirrahim
    Syukur Alhamdulillah Atas Pemasyhuran
    Sultan Abdullah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung Kasih Tuanku
    Seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan bertuah
    punyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang begitu prihatin kepada rakyat dan negara tercinta.
    Sifat Tuanku yang memuliakan dan menyayangi rakyat tidak kira apa jua bangsa membuatkan rakyat rasa terharu dan dihargai. Amat bertepatanlah Raja dan rakyat berpisah tiada.
    Atas keprihatinan Tuanku dan Permaisuri Agong Tengku Azizah rakyat tidak rasa terpinggir kerana segala kesusahan rakyat diambil peduli. Susah senang bersama.
    Tuanku berdua bukan sahaja Raja berjiwa rakyat malah lebih daripada itu, Raja yang menjiwai apa saja masalah rakyat.
    Apabila datang bencana menimpa rakyat, Tuanku tanpa protokol diRaja bertemu rakyat untuk sama merasai keperitan hidup rakyat dan memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.
    Allahu Akbar sungguh mulia hati seorang hamba Allah walaupun Raja sanggup mencemar duli demi rakyat yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.
    Di hari pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Tuanku bersumpah setia akan memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Negara yang menyandang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan adil saksama kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
    Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terbela di bawah pemerintahan Tuanku. Aamiin.
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung kasih Tuanku daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    31 Januari 2019
    (Warkah puisi dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    SYAIR SULTAN ABDULLAH AGONG KE-XVI
    Tersebutlah kisah Agong tersohor,
    Sultan Abdullah Raja penyabar;
    Biarpun tugas penuh mencabar,
    Agar rakyat tidak terbiar.
    Permaisuri Azizah yang bijaksana,
    Cantik rupawan bagai bulan purnama;
    Memberi sokongan kepada baginda,
    Agar rakyat terus terbela.
    Bahagia hidup keluarga diRaja,
    Dikurniakan puteri dan juga putera;
    Dibesarkan dalam adat istana,
    Ayahanda dan bonda jadi idola.
    Sultan Abdullah diputerakan,
    Disambut keputeraan penuh kesyukuran;
    Semua rakyat gembira meraikan,
    Gembira rakyat dalam perhatian.
    Pahang negeri keputeraan baginda,
    Mempunyai ilmu penuh di dada;
    Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
    Raja dan rakyat berpisah tiada.
    Berbudi bahasa berhemah tinggi,
    Baginda bertitah rakyat dengari;
    Semua jemputan baginda hadiri,
    Asalkan rakyat rasa dihargai.
    Sultan Abdullah mencemar duli,
    Menziarahi rakyat bantuan diberi;
    Rakyat gembira tiada terperi,
    Kebaikan baginda lekat di hati.
    Sultan bertitah lalu memuji,
    Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
    Memerintah negara amanlah damai,
    Rakyat terbela itulah dihajati.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Rakyat mengangkat Institusi diRaja,
    Raja dan rakyat rasa bahagia.
    Sultan Abdullah selalu menyeru,
    Inginkan rakyat bersatu padu;
    Buat keputusan tidak terburu,
    Aslkan rakyat terus maju.
    Sultan Abdullah percaya rancangan kerajaan,
    Mampu dinikmati segenap lapisan;
    Rakyat bersatu dalam perpaduan,
    Negara makmur dalam perpaduan.
    Raja dan rakyat amat rapat,
    Ke mana pergi rakyat diingat;
    Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
    Tuanku datang disambut hormat.
    Sultan Abdullah Agong ke enam belas,
    Dengan rakyat berkasihan belas,
    Tidak pernah rasa malas,
    Rakyat terbela dalam keikhlasan.
    Istana Agong tersergam indah,
    Apabila tertitah penuh bermadah;
    Pangkat yang tinggi tiada diendah,
    Bersama rakyat tetap merendah.
    Bersemayam baginda dalam istana,
    Rakyat diundang pergi ke sana;
    Raja kami yang bijaksana,
    Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
    Masalah rakyat sama dikongsi,
    Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
    Ikatan terus jadi serasi,
    Tercipta sejarah untuk generasi.
    Sukacita Agong negara maju,
    Pemerintahan Agong terus dipacu;
    Warkah dihantar Agong dituju,
    Mendoakan Agong terus di mercu.
    Putera kesayang ayahanda dan boda,
    Cemerlang negara amat sukacita;
    Raja dan rakyat berbipsah tiada,
    Bijaksana memerintah negara tercinta.
    Sejarah kesultanan patut dihayati,
    Dipelajari oleh generasi terkini;
    Personaliti Raja amat dikagumi,
    Ke mana pergi tetap dihormati.
    Pemerintahan Agong adil saksama,
    Cadangan rakyat semua diterima;
    Minta Perdana Menteri beri kerjasama,
    Agar negara jadi ternama.
    Sultan Abdullah Agong kesayangan rakyat,
    Ke mana pergi pentingkan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Sultan Abdullah Agong ternama,
    Berjiwa rakyat adil dan saksama;
    Pentingkan rakyat walau di mana,
    Galakan rakyat sentiasa bekerjasama.
    Selamat menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong,
    Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
    Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
    Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
    Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
    Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Ampun tuanku,
    Daulat tuanku,
    Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
    'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
    seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
    Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
    Ampun Tuanku
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung Kasih Tuanku
    Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah di dunia jua di akhirat
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    23 Julai pada 12:25 PAGI
    Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
    Rakan

Imej mungkin mengandungi: ‎1 orang, ‎teks yang berkata '‎" Seri Paduka Baginda menggesa akyat supaya tidak hilang fokus fokus dan sentiasa berwaspada serta berdisplin memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP, termasuk perintah kuarantin, dan amalan kebiasaan baharu kerana negara masih lagi memerangi ancaman wabak VID-19 COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masih berkuatkuasa sehingga 31 Ogos, 2020 نكلرا استان www.istananegara.gov.my www. gov.my istana negara IstanaNegaraOfficia‎'‎‎
23 Julai 2019 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menyeru rakyat tidak mengambil sikap sambil lewa dan alpa dengan arahan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kerajaan dan pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap perkembangan terkini penularan wabak COVID-19 dan menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan kes-kes baharu yang telah kembali kepada dua digit dan kewujudan beberapa kluster baharu di negara ini sejak lebih seminggu yang lalu.
Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menggesa rakyat supaya tidak hilang fokus dan sentiasa berwaspada serta berdisplin memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP, termasuk perintah kuarantin, dan amalan kebiasaan baharu kerana negara masih lagi memerangi ancaman wabak ini dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masih berkuatkuasa sehingga 31 Ogos, 2020.
Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat tentang kejayaan Kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia serta agensi-agensi berkaitan, khususnya barisan petugas hadapan, mengawal penularan wabak COVID-19 dan usaha-usaha ini tidak bermakna jika negara menghadapi gelombang kedua dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan yang boleh memberi kesan kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta ekonomi negara.




Dengan rakyat Tuanku prihatin dengan haiwan juga Tuanku prihatin syukur Alhamdulillah. Moga Zoo Negara mendapat pembelaan sewajarnya agar kemeriahan di Zoo Negara dapat dihidupkan kembali. Zoo Negara harta warisan negara yang mesti dipertahankan sampai bila-bila.
28 Julai 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi makan kepada beruang Panda di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara, hari ini.
Dalam lawatan ke Zoo Negara selama 2 jam yang bermula pada kira-kira jam 10.00 pagi, Seri Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan pertunjukan haiwan di Show Amphitheatre dan melawat beberapa kawasan pameran.
Seri Paduka Baginda menyeru rakyat Malaysia meluangkan masa melawat pusat-pusat pelancongan dan rekreasi tempatan dengan mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan di tempat-tempat tersebut.

Komen

Malaysia Prihatin Rakyat Sejahtera Perpaduan Terbina! Salam Aidiladha dan Salam Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia yang prihatin.


Agong prihatin rakyat bahagia negara sejahtera!
Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) ke atas patik sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.
Alhamdulilah, gelaran dan darjah kebesaran ini merupakan satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya sekaligus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam.
Semoga segala penghargaan yang dikurniakan kepada para petugas dalam memerangi pandemik COVID-19 ini akan membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara.
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) ke atas patik sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.
Alhamdulilah, gelaran dan darjah kebesaran ini merupakan satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya sekaligus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam.
Semoga segala penghargaan yang dikurniakan kepada para petugas dalam memerangi pandemik COVID-19 ini akan membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara.
Anda dan 76K yang lain
6.9K Komen
2.5K Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen

    • Tahniah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
      • Suka
      • Balas
      • 8m
      • Telah disunting
    • Tahniah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sememangnya layak dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) atas curahan jasa yang ditaburkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Menjujung kasih Tuanku!

      • Suka
      • Balas
      • 19m
    • Peminat Utama
      Tahniah buat Tan Sri Ketua Pengarah KSM
      • Suka
      • Balas
      • 19m
    • Alhamdulillah. Pengurniaan yang amat dihargai seluruh rakyat jelata!


Tokoh Maal Hijrah 1442H Peringkat Kebangsaan
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah
Tokoh Maal Hijrah 1442 Peringkat Antarabangsa
Fadhilatul Imam Al-Akbar Syeikh Dr. Ahmad Muhammad Al-Toyyib
Imej mungkin mengandungi: ‎2 orang, ‎teks yang berkata '‎حَخولكا) PEJABAT EHWALGAMA) ManlHijrah Maad Hijrah 1442 /2020M 'Ummah Rabbani Negara Harmoni Dengan itu, setelah menilai meneliti dan akul dari segenap sudut, dengan mengharapkan ilham dari llahi, maka mewakili Kerajaan Malaysia, saya mengumumkan dan mengisytiharkan bahawa, TAN SRI DATO SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH Dianugerahka ToKoH MA'AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI TAHUN 1442 HIJRAH dan FADHILATUL IMAM AL- AKBAR SYEIKH DR. AHMAD MUHAMMAD AL-TOYYIB Dianugerahkan ToKoH MA'AL HIJRAH PERINGKAT ANTARABANGSA BAGI TAHUN 1442 HIJRAH YB Senator Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama)‎'‎‎
13K
521 Komen
1.6K Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Paling Relevan

  • Selamat Menyambut Awal Muharram 1442H & Salam Maal Hijrah.
    "Ummah Rabbani Negara Harmoni"
    Imej mungkin mengandungi: teks dan luar
    • Suka
    • Balas
    • 1j
  • Alhamdulillah Tahniah Tan Sri Dr Noorhisham.. Rezeki n Anugerah dr Allah di setiap yg kita lakukan dgn niat ikhlas d tulus..Semoga terus berjaya dunia dan akhirat dlm rahmat dan redha Allah..Aamiin.. Tahniah


SAHABAT KU SAYANG KAMU KERANA ALLAH
Sahabatku...
Persahabatan yang terjalin kerana Allah
Amat indah
Tutur kata indah
Bahasa kalbu adalah doa kita
Tiada akan terasa hati
Di antara kita
Kerana kita saling memahami
Bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
Itulah kemesraan persahabatan kita
Saling :
Ingat mengingati
Sokong menyokong
Pesan memesan
Berkasih sayang
Demi keranaNya
Andai kata sepanjang persahabatan kita
Ada kata-kataku yang membuatmu terguris hati
Segera kuhulurkan tangan memohon maaf padamu
Agar dengan terguris hatimu
Akan menggugat tali persahabatan kita
Biarlah kita bermaafan segera
Kerana ku takut tidak berkesempatan nanti
Umur kitakan dalam pengetahuanNya
Itu antara alam ghaib yang mesti kita imani di hati
Sekiranya kita sudah bermaafan di dunia
Insya-Allah di akhirat nanti
Tiadalah akan berlaku salah menyalah
Aku tidak mahu itu terjadi
Biarlah kita selesaikan apa yang kusut di dunia
Sebelum kita diperhitungkan di akhirat nanti
Salam kasih sayang setulusnya dariku
Untukmu sahabat yang kusayang dunia akhirat.
Karya Ratu Rimba Niagara
19 Ogos 2020





Moga persaudaraan dapat diteruskan hingga ke Jannah itulah hikmahNya kenapa Allah temukan kita saling berkasih sayang berbelas kasihan semuanya kerana Allah. Aamiin.

Tiada guna harta tinggi menggunung,
Hasil dari ketidakjujuran;
Hidup mewah hati tak tenang,
Bila menghadapi sakaratulmaut pasti dalam kesukaran.
Tiada ego biarpun ilmunya tinggi,
Tiada mahu membangga diri;
Kadang kala keegoaan menguji diri,
Hinggakan terlupa muhasabah diri.
Hinggakan terlupa muhasabah diri,
Merasakan hidup semuanya dimiliki;
Bila berkata semuanya meninggi diri,
Ingin hidup tak ingat mati.
Sahabat yang jujur sentiasa dicari,
Terbawa-bawa di dalam mimpi;
Bersahabat dengannya ketenangan di hati,
Persahabatan terjalin mohon diberkati.
Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013
FALSAFAH YANG SAMA DEMI DIA
aku adalah aku
kau bukan aku
aku bukan kau
penderiaanmu lain
penderianku lain
falsafahmu lain
falsafahku lain
aku adalah aku
kau dan aku
ditemukan di alam maya
bukan perancanganmu
bukan perancanganku
semuanya atas kehendak-NYa
bukan tidak disengajakan
tapi disengajakan
pasti ada hikmahnya
untuk saling berpendirian yang sama
untuk saling berfalsafah yang sama
mengaku tiada Tuhan lain yang layak disembah kecuali DIA itulah pengakuan semua hamba-NYa tika berada di alam roh sumpah setia roh itulah yang hendak di tauhidkan di jasad
agar dipasakkan kalimah tauhid yang mengaku adanya Tuhan sehingga nafas terakhir....
jika kalimah tauhid itu matlamat kau dan aku
makanya kita telah ditemukan sejak azali
untuk bersama menyebarkan luaskan
kalimah tauhid di kalbu imanku imanmu iman semua
Karya Ratu Rimba Niagara.
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013
Pandan Harum Mewangi Andai aku diam,bukan berarti aku tak sayang,tapi dilema antara kebersamaan Dan berkesudahan.thanks sahabatq,
Ragielwida Pandir Kelana Wardah Qasturi @selamat pagi, selamat beraktivitas, salam santunku
Bon Java ,,,Tak perlu kata untuk ku-jelaskan, sebab kau tlah mengerti tentang aku disini,,,
Nur Yasmeen Qalbi naluri hati akan pasti jelas dengan keikhlasan di jiwa..
naluri hati akan pasti jelas dengan keikhlasan di jiwa..
Zaina Syuhada keharibaanNYA
terayun dalam seutas benang cinta
dari Yang Maha
yang mengikat hati manusia
bagiNYA..
hanya bagiNYA
cinta kedua yang tersisa.
SENYUMLAH BONDA
Senyumlah bonda...
Senyumlah bonda kerana bonda diKurniakan
Anak sesoleh nanda
Nanda sayangkan bonda
Sayang sesungguhnya sayang
Sayang dunia akhirat
Apa saja yang nanda lakukan
Hanyalah untuk kebahagiaan bonda
Andainya cinta nanda dengan kekasih nanda
Bonda tidak restui
Nanda rela kehilangan cinta kekasih
Daripada kasih dan sayang bonda
Biar nanda yang kecewa
Biar nanda yang luka
Biar nanda dikatakan kejam oleh kekasih nanda
Asalkan bonda bahagia
Bahagia bonda adalah bahagia nanda
Redha bonda kepada nanda
Adalah redho Allah untuk nanda
Bonda sempena hari ibu ini
Nanda mengarangkan sepotong ayat-ayat cinta untuk bonda
Tersayang.....
Bonda nanda sayang bonda sampai Syurga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013




TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIK
Adalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara pada jiwa anak bangsa...makanya barulah INDONESIA bisa senyum dalam kibaran merah putih yang megah ...gagah...dan akan dipertahankan hingga ketetesan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para ksatria yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan kepada anak bangsa INDONESIA!
SELAGI ADA USAHA
SELAGI ADA KEYAKINAN
SELAGI ADA KEPERCAYAAN
SELAGI ADA KESETIAAN
MATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAI
UNTUK DIHADIAHKAN
KEMERDEKAAN INI
PADA ANAK BANGSA INDONESIA
SAMPAI KAPAN PUN!
PUTRI RIMBA NIAGARA
17 Agustus 2012
28 Ramadan 1433H



HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
19 Ogos 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;