Tuesday, 18 August 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (198) MIKRAJ CINTA

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (198) MIKRAJ CINTA

'MIKRAJ CINTA ' Karya Ratu Rimba Niagara & Pelangi Indah Part I
~~pesanku~~.
dari hatiku yang tulus
dari jiwaku yang tenang
dari lubuk hati ku yang paling dalam
ku ingin berkata padamu
duhai insan...mengertilah
andai hari ini
hari terakhirku bersama disini
aku ingin dan kau fahamilah
aku bukan membawa diri
aku bukan kesal pada perpisahan
aku kesal aku kembali padamu dulu
aku kesal mengapa aku terima cintamu
buat kali kedua...
andai hari ini
aku tidak lagi hadir bersamamu
bukan aku benci padamu
tiada setitik rasa untuk membenci dirimu
tiada nafas untukku padam semua itu
itu diluar kemampuanku..
andai namamu terpadam lagi
dari hatiku ..maafkan aku..
aku insan biasa
aku juga ada jiwa dan raga
untuk ku bersiapkan dihari mendatang
andai kau masih bernafas cinta
ku harap kau letaklah cintamu
ditempat yang sesuai dengan kehendakmu..
yang harus dijaga dan dibajai selalu
aku mungkin tak mengerti erti cinta
aku mungkin tidak faham cintamu
kerna aku juga insan kekurangan
dalam cinta...
selamat pagi cinta
selamat tinggal cinta
andai hari ini kau bahagia
itu doa restuku
andai hari ini aku berduka
itulah tanda hatiku terluka..
salam cinta terakhir dariku...
Pelangi Indah...
You and 120 others like this.
AQue SaMe bukan cinta untuk jujur tapi jujur untuk
cinta
Pencari Ridhonya Ilahi Aku mungkin berendam air mata darah seandainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku cukuplah kau mencintai allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai allah kau akan mencintaiku karnanya cinta itu lebih abadi dari cinta biasa moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di surga
CINTA TERHALANG DI BALIK MEGA SENJA
Duhai cinta yang terbiar sepi
Yang zalimnya aku tega membiarin kamu kesepian
Tanpa kepedulian cintaku
Ampunkan aku maaf berjuta kali maaf
Melukakan hatimu tanpa pintaku
Aku terbelenggu dalam keadaan
Samada memilihmu atau hajat ibuku
Yang tidak merestui cinta kita
Setiap malam aku bertahjud
Berdoa pada Tuhan
"Tuhan aku cinta dia...
tapi ibuku tak merestui...
dia kucinta karenaMu
ibuku lambang Syurga
aku tak mahu menjadi seperti Al-Qamah
hingga terpaksa dibakar jenazahnya
karena tak taat kepada ibunya...
aku tak mahu menjadi anak derhaka
gara-gara cinta seorang wanita..."
Duhai cinta yang terbiar sepi...
Itulah pergolakkan
Yang aku hadapi selama permisahan kita
Siapalah di dunia ini yang tak suka
Apabila dapat sehidup semati dengan orang yang dicintai
Tapi bukan cinta manusia menjadi dambaan cintaku...
Moga kau boleh faham apa
Yang tersurat dan tersirat
Biarpun cinta kita terhalang...
di balik mega senja
aku selalu mendoakanmu
ketemu seorang bidadara Syurga
mencintaimu ikhlas semata meraih keredhoan-Nya
percayalah tentang takdir cinta
kau seorang wanita soleha
pastinya lelaki soleh yang kau miliki percayalah
itulah doaku untukmu ...
moga Allah makbulkan
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013
BERERTINYA KEJUJURAN
Sesiapa saja boleh melafazkan jujur,
Mulut berkata lain hati bicara lain;
Jadi mana letaknya jujur,
Sejujurnya tanya hati tanyalah iman.
Kejujuran terletak pada hati,
Hati yang ikhlas tersirna kejujuran;
Orang yang jujur sentiasa dihormati,
Sahabat sejati selalu memberi sokongan.
Hati tak nampak kerana terselindung,
Perselindungan yang penuh teka teki;
Orang yang ikhlas tak perlu bimbang,
Kerana mata batin nampak di hati.
Kejujuran terserlah di hati,
Bila berkata lahir dari sanubari;
Mata berkaca sejernih air di kali,
Senyuman terukir wajah berseri.
Bila kejujuran nampak di hati,
Semua janji akan ditepati;
Bukan seindah menabur janji,
Memakan diri tak tertunai nanti.
Orang jujur ramai yang menyukai,
Bila bercakap seikhlas hati;
Bukan kejujuran sampai memakan diri,
Diperkotak katikkan sesuka hati.
Bila berkata asyik membangga diri,
Kerana rasakan hidup serba sempurna;
Perasaan orang lain tidak diambil peduli,
Sahabat menjauhkan diri kerana hati terluka.
Kejujuran buat hati jadi tenang,
Segala urusan dipermudahkan Tuhan;
Ditempuhi segala dugaan yang datang,
Moga mendapat redhaNya Tuhan.
Berertinya kejujuran dalam setiap kehidupan,
Hidup dilalui bagaikan sinar ketenangan;
Wajah berseri-seri hati penuh keceriaan,
Tiada langsung berdengki-dengkian .
Teman menyelewang hati tak keharuan,
Bila berkata tiada kebenaran;
Perkataan yang sia-sia yang diluahkan,
Persahabatan hambar tiada berkekalan.
Hati terhiris bak sembilu pilu,
Kata-kata diluahkan bagaikan hirisan;
Hirisan hati penuh pilu,
Biarkan kuundur diri jangan aku dipersalahkan.
Jangan aku dipersalahkan,
Kesan dari ketidakjujuran;
Mulut mengiyakan hati menafikan,
Itu tandanya orang mempersendakan kejujuran.
Tiada guna harta tinggi menggunung,
Hasil dari ketidakjujuran;
Hidup mewah hati tak tenang,
Bila menghadapi sakaratulmaut pasti dalam kesukaran.
Tiada ego biarpun ilmunya tinggi,
Tiada mahu membangga diri;
Kadang kala keegoaan menguji diri,
Hinggakan terlupa muhasabah diri.
Hinggakan terlupa muhasabah diri,
Merasakan hidup semuanya dimiliki;
Bila berkata semuanya meninggi diri,
Ingin hidup tak ingat mati.
Sahabat yang jujur sentiasa dicari,
Terbawa-bawa di dalam mimpi;
Bersahabat dengannya ketenangan di hati,
Persahabatan terjalin mohon diberkati.
Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013
FALSAFAH YANG SAMA DEMI DIA
aku adalah aku
kau bukan aku
aku bukan kau
penderiaanmu lain
penderianku lain
falsafahmu lain
falsafahku lain
aku adalah aku
kau dan aku
ditemukan di alam maya
bukan perancanganmu
bukan perancanganku
semuanya atas kehendak-NYa
bukan tidak disengajakan
tapi disengajakan
pasti ada hikmahnya
untuk saling berpendirian yang sama
untuk saling berfalsafah yang sama
mengaku tiada Tuhan lain yang layak disembah kecuali DIA itulah pengakuan semua hamba-NYa tika berada di alam roh sumpah setia roh itulah yang hendak di tauhidkan di jasad
agar dipasakkan kalimah tauhid yang mengaku adanya Tuhan sehingga nafas terakhir....
jika kalimah tauhid itu matlamat kau dan aku
makanya kita telah ditemukan sejak azali
untuk bersama menyebarkan luaskan
kalimah tauhid di kalbu imanku imanmu iman semua
Karya Ratu Rimba Niagara.
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013
Pandan Harum Mewangi Andai aku diam,bukan berarti aku tak sayang,tapi dilema antara kebersamaan Dan berkesudahan.thanks sahabatq,
Ragielwida Pandir Kelana Wardah Qasturi @selamat pagi, selamat beraktivitas, salam santunku
Bon Java ,,,Tak perlu kata untuk ku-jelaskan, sebab kau tlah mengerti tentang aku disini,,,
Nur Yasmeen Qalbi naluri hati akan pasti jelas dengan keikhlasan di jiwa..
naluri hati akan pasti jelas dengan keikhlasan di jiwa..
Zaina Syuhada keharibaanNYA
terayun dalam seutas benang cinta
dari Yang Maha
yang mengikat hati manusia
bagiNYA..
hanya bagiNYA
cinta kedua yang tersisa.
SENYUMLAH BONDA
Senyumlah bonda...
Senyumlah bonda kerana bonda diKurniakan
Anak sesoleh nanda
Nanda sayangkan bonda
Sayang sesungguhnya sayang
Sayang dunia akhirat
Apa saja yang nanda lakukan
Hanyalah untuk kebahagiaan bonda
Andainya cinta nanda dengan kekasih nanda
Bonda tidak restui
Nanda rela kehilangan cinta kekasih
Daripada kasih dan sayang bonda
Biar nanda yang kecewa
Biar nanda yang luka
Biar nanda dikatakan kejam oleh kekasih nanda
Asalkan bonda bahagia
Bahagia bonda adalah bahagia nanda
Redha bonda kepada nanda
Adalah redho Allah untuk nanda
Bonda sempena hari ibu ini
Nanda mengarangkan sepotong ayat-ayat cinta untuk bonda
Tersayang.....
Bonda nanda sayang bonda sampai Syurga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013
Jem Jem

CINTA SEORANG BAPA PADA KELUARGANYA Setiap Ramadhan aku pasti teringatkan bapaku Seorang bapa penyayang dan memahami kesemua anaknya Bapaku mencintai ibuku Hajah Fatimah sepenuh jiwa raganya Itulah cinta pertamanya ...itulah cinta terakhirnya Ibuku dilayan seperti permaisuri Tak pernah dibiarkan hidup dalam kesusahan Biar bapa yang susah Jangan isteri dan anak-anak yang susah Bapa sanggup berhenti kerja di perkapalan Kerana tak mahu berjauhan dengan isteri dan anak-anak Lantas bapa kerja sendiri dengan menangkap ikan di laut Itulah hasil untuk menafkan isteri dan anak-anak Sememangnya bapaku seorang penyayang Biarpun pendapatan tidaklah seberapa tapi bapaku mampu membeli sebuah kereta untuk kegunaan kami keluarga Bertambah manjalah ibuku Hajah Fatimah Makan angin bersama bapa Ke mana pergi ibuku pasti menemaninya Seperti sepasang kekasih mereka berdua Kadang kala aku pergi menemani ibu dan bapa Bersiar di pantai Bapa dan ibu berbual-bual mesra duduk sebatang tunggul sambil bergelak ketawa memerhatikan aku bermain pasir dan ombak di tepian pantai Ah! Bahagia aku di kala itu melihat Bapa berpimpinan tangan dengan ibu Menghampiriku dan kami bergurau senda bersama Bermain ombak di tepian pantai Sambil bergelak ketawa Aduhai ..manisnya kenangan itu Mahu di putarkan masa Kenangan yang amat membahagiakan! Bapaku memang seorang yang penyayang Ketika itu usia tujuh tahun Setiap kali kuku kedua belah tangan dan kakiku panjang Bapalah yang memotongnya Aku akan duduk di pangkuan bapa Bapa mengerat kuku tangan dan kakiku Dengan penuh hati-hati Dengan penuh kasih sayang Sesudah itu aku duduk di pangkuan ibuku Hajah Fatimah Rambutku yang panjang disikat rapi Lalu disanggul nampak kemas Bapa tidak membenarkan rambutku dipotong pendek Dia suka aku berambut panjang Tapi kakakku berambut pendek bapa tak kisah Aku tak tahu kenapa bapa terlalu mengambil berat tentangku Aku masih ingat lagi Bapa membawa kami lima beradik untuk menonton wayang Di panggung wayang di pekan Port Dickson Bapa tunggu kami di luar panggung wayang Cerita yang kami tonton , "King Kong" Habis menonton dalam kereta kami ceritakan pada bapa Bapa senyum saja melihat telatah kami adik beradik menceritakan kisah filem ,"King Kong" yang ditonton. Kalau setiap pagi bapalah paling sibuk membantu ibuku menyiapkan sarapan anak-anak ke sekolah Bapa cukup risau jika anak-anak tak bersarapan ke sekolah...katanya macam mana nak belajar kalau perut kosong...begitu prihatin bapaku Setiap malam Jumaat bapaku akan menadah air hujan dan air tadahan itu diberikan kepada anak-anaknya minum katanya air penerang hati berkat malam Jumaat Yang paling tak dapat kulupakan hingga kini bila tiba saatnya bulan Ramadhan...bapalah yang menyiapkan untuk makan sahur Dia bangun seawal pagi memasak dan setelah terhidang makanan di meja barulah dia kejutkan isteri dan anak-anaknya Ibu dilayan seperti permaisuri Anak-anak dimanjai Menatang seperti minyak yang penuh Kalau anak-anak tak mahu bangun bapa akan mengangkat letak di kerusi... begitu sekali kami dilayan oleh bapaku Kalau boleh nasipun nak disuapkan ke mulut anak isteri Bapa...bapa... kaulah bapa yang penyayang di dunia ini Kasih sayangmu kuingat hingga sekarang Takkan kulupa hingga akhir hayatku Beruntunglah ibuku Hajah Fatimah Hingga akhir hayat dia sayangkan ibuku Cintanya pada ibu hingga ke nafas terakhir Kasih dan sayangnya pada anak-anak Hingga kini anak-anak tak lupa Dunia akhirat ku sayang bapa "Ya Allah di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini... Yang Pintu-Pintu SyurgaMu dibuka Seluasnya Kau balaslah Semua kebaikan bapaku ... Ampunilah segala dosa bapaku Masukkan rohn bapaku ke dalam roh-roh hambaMu yang beriman Kurniakan Syurga untuk bapaku Ya Allah. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin Karya Ratu Rimba Niagara 18 Ramadhan 1432H 18 Ogos 2011
2 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Moga kita menjadi kawan yang ikhlas berkawan kerana Allah Taala tak berjumpa di dunia berjumpa di Syurga Insya-Allah Aamiin.
Nak kenal " adik beradik " & " kawan " yang boleh " pakai " ... bila dengar berita gembira pasal kita...dia tumpang gembira....bila dengar berita sedih pasal kita....dia akan tumpang sedih....kalau dengar berita gembira pasal kita pon dia tak nampak happy....dan kalau dengar berita sedih pon...sikit simpati pon dia tak tunjuk...." adik beradik " & " kawan " jenis camtu...kalau kita hilang pon...kita tak rugilah....takde untung apa pon !
Datuk Haji Faiz

KENANGAN YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS
8 tahun yang lepas



YANG KITA CARI ADALAH KETURUNAN / NASAB .... YANG DI DALAM BADAN / HATINYA TERTANAM RUH ALLAH .....YAITU ORANG - ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH ROBBUL'IZZATI
Yang Aku Cari Rakan Yang Bisa Menambahkan Saham Akhiratku jika itu ada padamu aku ingin menjadi teman dunia akhiratku seumur hidupku.
Datuk Faiz and Blarek Sineret like this.
Rabeah Binti Mohd Ali Alhamdulillah moga Allah swt merahmati hidup matiku hidup matimu Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Rabeah Binti Mohd Ali shared Datuk Faiz's post to the group:Sri Pemangku Adat.
Moga kita menjadi kawan yang ikhlas berkawan kerana Allah Taala tak berjumpa di dunia berjumpa di Syurga Insya-Allah Aamiin.
Datuk Faiz
ita....dia akan tumpang sedih....kalau dengar berita gembira pasal kita pon dia tak nampak happy....dan kalau dengar berita sedih pon...sikit simpati pon dia tak tunjuk...." adik beradik " & " kawan " jenis camtu...kalau kita hilang pon...kita tak rugilah....takde untung apa pon !
Like Comment Share
Andi Aspar
YANG AKU CARI
Yang kucari sahabat akhirat
bukan kawan dunia
Kenapa?
Apa bezanya
sahabat akhirat dengan kawan dunia?
Memang banyak bezanya
Seperti langit dengan bumi
Apa maksudnya?
Kawan dunia membuat hati jadi leka
sahabat akhirat menjadi
penghubungku ke akhirat
Hidup semuanya
berdasarkan akhirat
kerana mahu tidak mahu
hidup di dunia
akan menuju akhirat
Sebab itu pentingnya
sahabat akhirat
menjadi pendampingku
agar hidup ini
terarah ke akhirat
Ya Allah kami bersahabat
dan bertalisiraturrahim
semuanya keranaMU
agar kami saling ingat
mengingat tentang negeri
yang kekal abadi
negeri akhirat
Selagi nafas ini
dipinjamNya
hari-hari fikirkan akhirat
hari ini apa yang terlalai
Selalu salahkan diri sendiri
Kenapa aku masih lalai?
Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
Kenapa tak mahu berubah?
Sedangkan negeri akhirat
selangkah lagi akan kutempuhi
kerana aku tidak mahu
penyesalan tanpa tertebus!
Amat malang kiranya
sampai ke negeri akhirat
tanpa amalan yang dikira
di sisi Allah Taala dan kalau
ada amalan tetapi ditolak
tanpa disedari
rugi juga
yang penting setiap
amalan ikhlas
kerana Allah Taala
Ya Allah terimalah amalanku,
ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
dan orang-orang Islam samada hidup
dan yang telah meninggal dunia.
Amin Ya Rabbal A’ lamin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
6 Februari 2011
BIARPUN KAU TELAH TIADA
Rakan seperjuanganku yang telah tiada...
Biarpun ku tak pernah ketemuimu
Karyamu masih segar di hatiku
Kudoakan karya-karya yang kau tinggalkan
Ada nilaian di SisiNya dan
Menjadi bekalan akhiratmu yang berterusan
Moga rohmu tenang di Alam Sana
Biarpun kau telah bergelar aruah
Biarpun suaramu kau bawa bersamamu
Namun karya-karya yang kau tinggalkan
Masih bersuara tanpa jemu-jemu dihayati
Oleh seluruh penghuni bumi
Istirahatlah rakan seperjuanganku
Kudoakan penat lelahmu
Allah membalas dengan balasan Syurga
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
(Al-Fatihah Buat Rakan Seperjuangan Penulis Tersohor
Malaysia Allahyarham Azizi Haji Abdullah)
ROH PERLUKAN AMALAN YANG DITERIMA ALLAH
Apabila kita bercakap tentang roh
sebenarnya roh sesama roh
sedang berkomunikasi
walaupun pada ketika itu
kita berada dalam keadaan normal.
Kenapa harus takut apabila bicara tentang roh?
Mahu tak mahu kita akan bergelar roh!
Cuma tak tahu bilakah
tarikhnya,
harinya,
saatnya dan detik bila?
Pabila bercakap tentang roh…
Dikatakan seram sejuk… takut!
Seram sejuk takut di dunia ini
boleh diselimuti….
Tapi seram sejuk di alam kubur?
Jawapannya roh perlu diselimuti
amalan yang diterima Allah.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Jun 2011
.
YA ALLAH MATIKAN AKU DALAM KALIMAH SYURGAMU
YA ALLAH MATIKAN AKU DALAM KALIMAH SYURGAMU
LAAILLAAHAILLAALLAHMUHAMMADARRASULLAH
by Rabeah Mohd Ali on Thursday, August 25, 2011 at 10:02pm
Kebaikanku bukan untuk mendapat pandangan manusia
tapi redha Allah yang kuharapkan.
Ketidaksempurnaanku dalam apa jua perbuatan dan
tutur kata kumohon pada semua manusia agar maafkan
aku dan mohon Allah ampunkan aku segala kesalahanku
sepanjang aku hidup di dunia ini.
Moga manusia maafkan aku dan Allah ampunkan aku
kerana aku mahu mati tanpa ada permusuhan dengan manusia
dan dimurkai Allah selama aku berhidup di muka bumi ini.
Ya Allah jika kuberhidup di muka bumiMu ini hanya untuk
menyakitkan hati manusia dan berniat jahat pada mereka ...
kau ambillah nyawaku ...
Ya Allah telah kuserahkan segala jiwa ragaku padaMu...
hidup matiku hanyalah untukMu.
Kupasrah segala takdir yang telah Kau tentukan padaku.
Ya Allah ....hanya Kau Yang Maha Tahu siapa aku...
cuma yang ku mohon padaMu sebelum Kau menjemputku...
matikan aku dalam kebaikan dan dapat mengucap kalimah SyurgaMuu
LaaillahaillaAllahMumaddarRasullullah.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
25 Ramadhan 1432H
25 Oogos 2011
SAUJANA with Dey Nha and 48 others
Satu hari nanti, sahabat dan saudara akan mengucapkan 'Innalillah' untuk kita. Di dunia, kita mungkin kaya berharta atau miskin tak punya apa. Tapi saat mati nanti tempatnya sama saja. Sudahkah kita bersedia?
Like Comment
3 people like this.
Norman Midi Saudari Rabeah Mohd Ali via SAUJANA, satu saat nanti kita akan sampai ke sini juga akhirnya
Rabeah Binti Mohd Ali Moga di kala kita sampai bertemu-Nya dalam jiwa dan roh yang tenang redha lagi diredhai-Nya. Allahu Akbar. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
DUHAI JIWA YANG TENANG KEMBALILAH KEPADA TUHAMMU DENGAN IKHLAS DAN DIREDHAI, MASUKLAH KE DALAM GOLONGAN HAMBA-KU DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGA-KU...' SURAH AR-RAD:28
Norman Midi Ayat yang tepat Saudari
Norman Midi's photo.
Norman Midi Terima kasih Sdri kerana mendukung teguh komentar ringkas saya di atas.
Ratu Rimba Niagara Moga dimakbulkan segala doa kebaikan dunia akhirat kita semua. Aamiin.
Your Notifications



KENANGAN YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS
8 tahun yang lepas


 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Kepada semua rakan fb dan grup yang mengenali karya hamba...
Sepanjang hamba berkarya...atau berkomunikasi di alam maya
Ada bahasa yang dilarikkan di muka buku alam maya ada
Yang membuatkan rakan-rakan terluka dan terambil hati
Harap sudilah maafkan jangan di simpan di dalam hati
Kalau dalam peti hati senang nak maafkan kalau dalam hati susah sikit
Jadinya maafkan hamba kerana hamba takut sangat jika rakan-rakan
Tak sudi maafkan ...malulah hamba pada Tuhan, di akhirat nanti
Jadi muflis kerana telah membuatkan rakan-rakan hamba tak sudi hendak
Maafkan hamba...makanya kasihanilah hamba dan maafkan hamba di rimba ini.
Maklumlah berhariraya di rimba ini dengan penghuni rimba
Menu makanan kami buah-buahan hutan dan sumber lautan di ombak rindu.
Dan hamba dengan rasa rendah hati telah memaafkan kepada semua
Rakan-rakan hamba sekalian.
MOGA KITA SEMUA MENJADI SAHABAT DUNIA AKHIRAT
DAN PERSAHABATAN KITA DITERUSKAN HINGGA KE SYURGA AAMIIN
'HAMBA YANG MENYAYANGI RAKAN-RAKAN SEMUA DEMI-NYA'
Hamba dan seluruh kawan-kawan hamba di rimba ini
Mengucapkan ;
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATHIN
DARIPADA HAMBA
RABEAH MOHD ALI
RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
18 Ogos 2012
29 Ramadan 1433H
6
4 Komen
2 Perkongsian
Kongsi

Komen

  • Salam Lebaran Maaf Lahir/Bathin
    1
    • Suka
    • Balas
    • 8t
  • اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، وَلِلّهِ الْحَمْدِ
    تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنٌِكُمٌ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمٌ اَللّهُمَّ اجٌعَلٌنَا مِنَ الٌعَاءِدِيٌنَ وَالٌفَاءِزِيٌنَ˚ Sεlαmατ hαŗi ŗαчα iεϑul ƒiτri
    1 Sчαωαl 1433H
    ♏iŋαl αidiŋ ωαlƒαiϑzin
    ♏☺hoŋ ♏ααƒ lαhir dαŋ bατhiŋ.
    1
    • Suka
    • Balas
    • Lihat Terjemahan
    • 8t
  • TERUCAP HORMAT SELAMAT HARI RAYA IDHUL FITRI MOHON MAAF LAHIR DAN BATIN,,,
    1
    • Suka
    • Balas
    • Lihat Terjemahan
    • 7t
  • SALAM SYAWAL
    Buat semua rakan fb yang dikasihi
    Sepenuh jiwa....
    Maaf kerana terlewat melafazkan salam syawal
    Kepada YM Sri Prabu Bumi Kusuma...
    Nanda Mbak Nur
    Datuk Jem...
    Terima kasih kerana sudi prihatin pada hamba yang jauh
    Di rimba niagara ini...
    Terima kasih dalam kesibukan masih sudi membaca karya-karya hamba dan tak jemu menyokong dunia karya hamba...
    moga Allah SWT saja yang dapat membalas-Nya.
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
    Ingatan tulus ikhlas daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    23 Ogos 2012
    5 Syawal 1433H




SAHABATKU KU SAYANG KAMU KERANANYA
Sahabatku...
Persahabatan yang terjalin kerana Allah
Amat indah
Tutur kata indah
Bahasa kalbu adalah doa kita
Tiada akan terasa hati
Di antara kita
Kerana kita saling memahami
Bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
Itulah kemesraan persahabatan kita
Saling :
Ingat mengingati
Sokong menyokong
Pesan memesan
Berkasih sayang
Demi keranaNya
Andai kata sepanjang persahabatan kita
Ada kata-kataku yang membuatmu terguris hati
Segera kuhulurkan tangan memohon maaf padamu
Agar dengan terguris hatimu
Akan menggugat tali persahabatan kita
Biarlah kita bermaafan segera
Kerana ku takut tidak berkesempatan nanti
Umur kitakan dalam pengetahuanNya
Itu antara alam ghaib yang mesti kita imani di hati
Sekiranya kita sudah bermaafan di dunia
InsyaAllah di akhirat nanti
Tiadalah akan berlaku salah menyalah
Aku tidak mahu itu terjadi
Biarlah kita selesaikan apa yang kusut di dunia
Sebelum kita diperhitungkan di akhirat nanti
Salam kasih sayang setulusnya dariku
Untukmu sahabat yang kusayang dunia akhirat.
Karya Ratu Rimba Niagara
5 Ramadhan 1432H
5 Ogos 2011


TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIK
Adalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara pada jiwa anak bangsa...makanya barulah INDONESIA bisa senyum dalam kibaran merah putih yang megah ...gagah...dan akan dipertahankan hingga ketetesan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para ksatria yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan kepada anak bangsa INDONESIA!
SELAGI ADA USAHA
SELAGI ADA KEYAKINAN
SELAGI ADA KEPERCAYAAN
SELAGI ADA KESETIAAN
MATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAI
UNTUK DIHADIAHKAN
KEMERDEKAAN INI
PADA ANAK BANGSA INDONESIA
SAMPAI KAPAN PUN!
PUTRI RIMBA NIAGARA
17 Agustus 2012
28 Ramadan 1433H


HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
19 Ogos 2020


0 comments:

Post a Comment

 
;