Friday 25 October 2013

'BAJET 2014 PEMIMPIN PENYAYANG RAKYAT SEJAHTERA' TERIMA KASIH PM


  • 'BAJET 2014 PEMIMPIN PENYAYANG RAKYAT SEJAHTERA' TERIMA KASIH PM


    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

    Menghargai Golongan Karyawan

    183. Golongan karyawan, seniman dan budayawan merupakan komponen sesebuah peradaban itu dibina. Peranan mereka amatlah penting dalam perkembangan seni dan budaya dalam masyarakat. Sebagai menghargai sumbangan golongan ini, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan kewangan sebanyak enam juta ringgit bagi pengurusan pentadbiran dan pengendalian persatuan-persatuan yang berdaftar.


    • SAYA WARGANEGARA MALAYSIA

      Saya warganegara Malaysia
      rakyat negara saya terdiri daripada
      pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
      India. Walaupun berbeza agama,
      bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
      aman damai tanpa sebarang sengketa.

      Kami hidup bersatupadu, tolong
      menolong dan hormat menghormati.

      Perdana Menteri saya yang ke-6
      namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
      Bin Tun Haji Abd Razak.

      Saya menghargai Perdana Menteri
      saya kerana dapat mencetuskan
      Gagasan 1Malaysia iaitu,
      1Malaysia Rakyat Didahulukan
      Pencapaian Diutamakan.
      Saya percaya Gagasan 1Malaysia
      akan berjaya! Ini membuatkan negara
      saya aman makmur selamanya!
      Saya sayang negara saya!

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      6 Syawal 1434H
      13 OGOS 2013
      (PUISI-PUISI DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KANAK-KANAK MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA AGAR DAPAT MENCINTAI NEGARA SEJAK DARI KECIL LAGI)

      SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA DAN INDONESIA TERCINTA!'
      'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS KAPANPUN!
      ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
      'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA ,BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND, UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
      KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUKMU INDONESIA & MALAYSIA. BRUNEI,SINGAPURA & THAILAND TERCINTA!MOGA SUDI HARGAI KASIH SETULUS HATIKU INI SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA MOGA DI SYURGAWI KASIH KITA TERSIMPUL MATI BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERKAT KITA SALING MENJALINKAN TALISIRATURAHIM DALAM SEMANGAT BERGOTONG ROYONG MEREALISASIKAN CITA-CITA ANAK CUCU NUSANTARA TERCINTA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

      (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
      RATU RIMBA NIAGARA
      20 Zulhijjah 1434H
      25 Oktober 2013M
    • Ratu Rimba Niagara MESIR BERHUJANKAN PELURU APALAH KIRANYA KITA DI SINI BERHUJANKAN ILMU UNTUK SAMA MUHASABAH DIRI

      BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
      ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

      SALAM SYAHADAH....

      Mahukah anda jika saya kongsikan satu ilmu Allah Taala yakni Ilmu Syahadah dlm Perguruan Gayong Maarifat utk PENDINDING DIRI,PERSILATAN, dan KEROHANIAN ISLAM demi Diri,Keluarga dan Islam tercinta sebagai persediaan dalam tariqat kpd Allah Taala.... Tidak rugi dalam berilmu dan tidak rugi dalam menuntut ilmu Allah.... 

      Subhanallah Alhamdulilah Allahuakhbar !!!

      *Saudara kita di Mesir berhujankan peluru,apalah kiranya kita di sini berhujankan ilmu...untuk sama muhasabah diri...

      "YA ALLAH JANGAN KAU AMBIL NYAWA KAMI SELAGI KAMI TIDAK MATI DALAM FISABILILLAH BERILAH KAMI KEKUATAN KE ARAH JALAN-JALAN FISABILILLAH-MU AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN"
      By: Ayahanda Panglima Pangeran Aduka & Ratu Rimba Niagara 
      13 Syawal 1434H
      20 Ogos 2013M

      SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
      'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
      ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
      'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND

      MERDEKA MALAYSIAKU MERDEKA INDONESIAMU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013' DAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 67 TAHUN.MOGA ALLAH SWT MERAHMATI SEMUA DI KALA HIDUP SAMPAI HARI AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

      SEKALUNG SYABAS & TAHNIAH BUAT PDRM

      SEKALUNG SYABAS DAN TAHNIAH BUAT PDRM DALAM MEMBANTERAS JENAYAH DI MALAYSIA. TANPAMU SIAPALAH KAMI UNTUK MENGECAPI NIKMAT KEMERDEKAAN DI MALAYSIA DALAM SUASANA AMAN , DAMAI DAN TENTERAM.

      RAKYAT MALAYSIA HARGAI PENGORBANAN PDRM
      RAKYAT MALAYSIA HARGAI PENGORBANAN ATM
      RAKYAT MALAYSIA HARGAI SEMUA YANG BERGELAR KESATRIA

      SEBAGAIMANA PARA PEJUANG DI MALAYSIA MENYAYANGI KAMI
      RELA PERTARUHKAN NYAWA DEMI KAMI
      BEGITU JUGA KAMI MENYAYANGI DAN SENTIASA MENYANJUNGI
      SEGALA PENGORBANAN PARA KESATRIA NEGARA ....

      SELAGI HAYATMU MENNYAYANGI KAMI
      SELAGI HAYAT KAMI MENYAYANGI KAMU

      KITA SALING SAYANG MENYANYANGI
      KITA SALING MENGHARGAI
      DEMI KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA KITA
      AGAR DAPAT MENGEKALKAN KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA UNTUK DIHADIAHKAN KEPADA ANAK CUCU KITA PASTI MEREKA BERBANGGA MEMILIKI MOYANG SEPERTI KITA
      IN SHAA ALLAH AAMIIN

      'SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 56 MALAYSIA TERCINTA'

      UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA,

      RATU RIMBA NIAGARA
      PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      13 Syawal 1434H
      20 Ogos 2013M

      SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
      'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
      ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
      'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND

      MERDEKA MALAYSIAKU MERDEKA INDONESIAMU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013' DAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 67 TAHUN.MOGA ALLAH SWT MERAHMATI SEMUA DI KALA HIDUP SAMPAI HARI AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

  • TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN

    Bantuan Persekolahan

    130. Sukacita saya mengumumkan bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak 100 ringgit, akan diteruskan. Sebanyak 540 juta ringgit disediakan yang dapat memanfaatkan kira-kira 5.4 juta pelajar. Saya dimaklumkan, terdapat ibu bapa yang secara sukarela telah menyumbangkan kembali bantuan tersebut kepada Persatuan Ibubapa dan Guru atau PIBG. Kerajaan amat menghargai dan menyanjung tinggi nilai murni tersebut.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

    Pembangunan Masyarakat India

    184. Bijak bestari berkata, orang berbudi kita berbahasa. Kepada kaum India yang telah bersama menzahirkan ikatan sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini. Terima kasih, Rumba Nandri.

    185. Kerajaan juga akan terus menumpukan kepada pembangunan masyarakat India agar dapat bersama dalam arus kemajuan negara. Untuk itu, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit untuk meningkatkan pencapaian pelajaran dan latihan kemahiran, ini termasuk 28 juta ringgit bagi program pendidikan awal melibatkan 176 pra-sekolah Tamil dan program i-Sinar.

    186. Program ini akan meningkatkan prestasi pelajar melalui kaunseling, motivasi dan tuisyen kepada 45 sekolah ladang Tamil. Di samping itu, dana sebanyak 50 juta ringgit disediakan untuk Skim Pembiayaan Usahawan Muda India atau SPUMI di bawah TEKUN, manakala usahawan India juga boleh memohon pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

    Menghargai Golongan Karyawan

    183. Golongan karyawan, seniman dan budayawan merupakan komponen sesebuah peradaban itu dibina. Peranan mereka amatlah penting dalam perkembangan seni dan budaya dalam masyarakat. Sebagai menghargai sumbangan golongan ini, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan kewangan sebanyak enam juta ringgit bagi pengurusan pentadbiran dan pengendalian persatuan-persatuan yang berdaftar.

TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI

Meningkatkan Rantaian Sektor Pertanian

66. Hakikatnya sejak dahulu kala, bidalan lama menyatakan, berbudi pada tanah, berbakti kepada bumi, nescaya kita dapat menuai hasilnya. Lalu, seperti tiap tahun, bidang pertanian tersusun dalam agenda Bajet negara.

67. Peruntukan sebanyak 6 bilion ringgit akan disediakan untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil. Antara inisiatif utama adalah seperti berikut:

Pertama: Menubuhkan Food and Agro Council for Export atau FACE yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Ia bertindak sebagai pemudahcara untuk meningkatkan eksport produk pertanian tempatan;

Kedua: Memperkukuhkan FAMA untuk memainkan peranan yang lebih strategik dengan konsep dari ladang ke pasaran eksport. Sebagai contoh, FAMA akan menganjurkan Agro bazaar di Singapura.

Memandangkan permintaan dan harga yang tinggi, kita juga akan berusaha untuk meningkatkan eksport durian ke pasaran China. Untuk mempastikan kesegaran produk pertanian, Kerajaan akan turut menyediakan kemudahan cold room di KLIA. Tujuannya, selain daripada meningkatkan eksport negara, ia dapat memberi pulangan yang lebih tinggi kepada para petani; dan

Ketiga: Mempastikan harga berpatutan bagi produk makanan dengan membuka tambahan 60 pasar tani, 50 pasar ikan, 50 karavan tani, serta memperluas 100 gerai buah-buahan segar di seluruh negara. Langkah ini akan dikendalikan oleh FAMA dan LKIM yang dapat memberi kemudahan kepada peniaga menjual secara langsung produk makanan kepada pengguna.

68. Selanjutnya, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 2.4 bilion ringgit bagi meneruskan bantuan subsidi dan insentif. Ini merangkumi subsidi baja, benih dan harga padi, insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi, subsidi harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan. Di samping itu, Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak 243 juta ringgit bagi tujuan pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan.

69. Selain itu, bagi meningkat produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 634 juta ringgit di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara. Antara projek yang terlibat adalah tanaman padi, projek ikan dalam sangkar, projek rumpai laut dan burung walit, projek herba bernilai tinggi, tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan bagi pasaran eksport.

70. Kerajaan juga akan melaksanakan projek ternakan lobster atau udang kara di Semporna, Sabah dengan kerjasama syarikat Multinasional untuk menghasilkan sebanyak 18 ribu tan metrik yang dijangka dapat mewujudkan 20 ribu peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan pada jangka panjang serta meningkatkan pendapatan sehingga empat ribu ringgit sebulan.

71. Bagi meningkatkan lagi daya saing dan memacu sumbangan Bioekonomi kepada pertumbuhan ekonomi negara, Kerajaan akan melaksanakan program Bioeconomy Community Development untuk membangun tanah-tanah terbiar melalui aplikasi bioteknologi dan penanaman kontrak untuk menambah nilai industri pertanian dan pendapatan petani.

72. Selain itu, Kerajaan juga menyedari peranan aktiviti penyelidikan dan pembangunan atau R&D sebagai pemangkin kepada pembangunan Bioekonomi. Oleh itu, insentif R&D berikut akan diberi kepada projek yang berkelayakan yang akan dinilai oleh BiotechCorp:

Pertama: Potongan cukai kepada syarikat yang melabur untuk memperoleh platform teknologi dalam industri berasaskan bio;

Kedua: Pengecualian duti import ke atas peralatan R&D bagi syarikat yang melabur dalam pilot plant untuk tujuan pra-pengkomersilan di Malaysia; dan

Ketiga: Insentif khas kepada syarikat untuk menampung sebahagian kos operasi pembangunan modal insan bagi Centre of Excellence for R&D.

Insentif ini adalah bagi permohonan yang diterima oleh BiotechCorp mulai 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2018.

#Bajet2014
TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

Pemuliharaan Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber

154. Kerajaan komited dalam menyediakan persekitaran yang bersih, selamat, sihat serta produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan. Antara program yang akan dilaksanakan termasuk program Pelaporan Karbon Kebangsaan atau MyCarbon oleh sektor korporat, penubuhan Tabung Amanah Konservasi Nasional bagi memulihara kawasan terosot dan hutan simpan kekal serta pengurusan sumber asli. 

155. Bagi memperkukuhkan pembangunan teknologi hijau negara, Kerajaan akan memberi galakan Elaun Cukai Pelaburan ke atas pembelian peralatan teknologi hijau dan pengecualian cukai pendapatan ke atas penggunaan perkhidmatan serta sistem teknologi hijau.

156. Ke arah menggalakkan amalan gaya hidup hijau, Yayasan Hijau Malaysia akan ditubuhkan yang akan berperanan dalam mempromosi dan meningkatkan penyertaan badan korporat, masyarakat dan awam terhadap teknologi hijau. Untuk itu, geran pelancaran sebanyak 15 juta ringgit akan disediakan sebagai dana permulaan untuk Yayasan Hijau Malaysia.

157. Sebagai langkah segera untuk mengelak tragedi yang telah berlaku di Cameron Highlands kelmarin berulang kembali, maka, Kerajaan akan meluluskan peruntukan sebanyak 40 juta ringgit bagi melebar dan mendalamkan Sungai Bertam.

158. Bagi terus meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik, Kerajaan akan melaksanakan audit tenaga dan memasang retrofit di bangunan-bangunan kementerian. Bagi tahun 2014, Kementerian Kesihatan, Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Pertanian dan KPDNKK telah dikenalpasti untuk pelaksanaan inisiatif ini. Selain itu, Kerajaan akan memasang solar panel di bumbung bangunan Kementerian-kementerian serta menggantikan lampu sedia ada kepada lampu LED secara berperingkat.

#Bajet2015

PENDAHULUAN (sambungan)

TERAS BAJET 2014

Tuan Yang di-Pertua,

17. Bajet 2014 digubal untuk mempastikan pertumbuhan ekonomi terus berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara, dengan matlamat keseluruhannya Memakmur Negara dan Mensejahtera Rakyat. Memenuhi maksud ini, Bajet 2014 dirangka bertemakan “MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI”, dengan menggariskan lima teras utama.

Teras Bajet Yang Pertama: Merancak Aktiviti Ekonomi
Teras Bajet Yang Kedua: Mengukuh Pengurusan Fiskal
Teras Bajet Yang Ketiga: Mengunggul Modal Insan
Teras Bajet Yang Keempat: Mempergiat Pembangunan Bandar dan
Luar Bandar

Teras Bajet Yang Kelima: Mensejahtera Kehidupan Rakyat

PRESTASI EKONOMI 2013 DAN PROSPEK 2014

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

18. Terlebih dahulu, izinkan saya mengutarakan tentang prospek ekonomi global dan negara masa kini. Ekonomi dunia dijangka berkembang perlahan dengan kadar 2.9 peratus pada tahun 2013. Malaysia tidak terkecuali daripada tempias ini. Namun, asas ekonomi negara yang kukuh dan dasar monetari yang akomodatif membolehkan kita terus mencatat pertumbuhan yang mapan. Malah, dalam tempoh separuh pertama tahun ini, ekonomi negara berkembang sebanyak 4.2 peratus.

19. Indikator ekonomi menunjukkan trend yang menyokong pertumbuhan. Sebagai contoh, sehari sebelum pembentangan Bajet ini, Indeks Bursa Malaysia mencatat paras dan nilai tertinggi dalam sejarah negara iaitu 1,818 mata, bersamaan dengan nilai pasaran 1.66 trilion ringgit pada penutup Bursa, 24 Oktober 2013. Ia membuktikan keyakinan pelabur luar dan domestik semakin meningkat.

20. Kemasukan pelaburan langsung asing bersih pula, jumlahnya lebih tinggi, yakni 18.2 bilion ringgit berbanding 15.9 bilion ringgit pada separuh pertama 2012. Manakala, rizab antarabangsa pula, kekal kukuh sebanyak 444.9 bilion ringgit pada 14 Oktober 2013. Tuan Yang di-Pertua, jumlah ini mampu membiayai 9.7 bulan import tertangguh dan 3.9 kali hutang luar jangka pendek.

21. Bagi keseluruhan tahun 2013, ekonomi negara dijangka berkembang pada kadar 4.5 hingga 5 peratus. Prestasi tersebut disokong oleh pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 16.2 peratus dengan anggaran pelaburan sebanyak 165 bilion ringgit. Di samping itu, penggunaan swasta dan awam dijangka berkembang 7.4 dan 7.3 peratus, disokong terutamanya oleh kerancakan aktiviti ekonomi domestik.

22. Pada tahun 2014, berdasarkan prospek ekonomi global yang dijangka lebih baik, ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 5 hingga 5.5 peratus. Pertumbuhan ini akan dipacu oleh pelaburan swasta, sebanyak 12.7 peratus dan penggunaan swasta sebanyak 6.2 peratus.

23. Berikutan perkembangan positif permintaan luar negara, eksport barangan dijangka meningkat pada kadar 2.5 peratus. Dari sudut penawaran, sektor pembinaan dianggar meningkat pada kadar 9.6 peratus dan diikuti sektor perkhidmatan 5.7 peratus. Kadar pengangguran pula dianggar hanyalah pada 3.1 peratus, manakala kadar inflasi kekal rendah di paras 2 hingga 3 peratus.

Tuan Yang di-Pertua,

24. Ingin saya kongsikan di sini, pendapatan perkapita tahun 2014 dijangka akan mencecah 34,126 ringgit berbanding 24,879 ringgit pada tahun 2009. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 37 peratus dalam tempoh 6 tahun. Sehubungan hal ini, jika dicongak, InsyaAllah, besar kemungkinan pendapatan perkapita pada tahun 2020 kelak mampu melebihi sasaran 46,500 ringgit atau 15 ribu Dolar Amerika. Dalam erti kata lain, mudah-mudahan kita mampu menjadi negara maju lebih awal daripada tahun 2020.

PERUNTUKAN BAJET 2014

Tuan Yang di-Pertua,

25. Bajet 2014 akan menyediakan peruntukan sebanyak 264.2 bilion ringgit bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut, 217.7 bilion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan 46.5 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.

26. Di bawah peruntukan mengurus, sejumlah 63.6 bilion ringgit adalah bagi Emolumen dan 36.6 bilion ringgit disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala, 114.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah 1.4 bilion ringgit lagi, disediakan untuk Pembelian Aset dan baki 1.5 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.

Tuan Yang di-Pertua,

27. Daripada peruntukan pembangunan yang berjumlah 46.5 bilion ringgit itu, sejumlah 29 bilion ringgit disediakan untuk sektor ekonomi. Sebanyak 10.5 bilion ringgit bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya, 3.9 bilion ringgit diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan. Selebihnya, 1.1 bilion ringgit bagi pentadbiran am dan 2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka.

28. Pada tahun 2014, Kerajaan Persekutuan mengunjurkan kutipan hasil sebanyak 224.1 bilion ringgit, yakni, tambahan sebanyak 4 bilion ringgit berbanding tahun 2013. Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit fiskal Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK bagi tahun 2014, berbanding 4 peratus pada tahun 2013. Jelas di sini Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sangat komited dalam usaha konsolidasi fiskal bagi memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

29. Dengan mengambil kira senario ekonomi antarabangsa dan domestik semasa seperti yang tersebut, maka sekarang saya bentangkan lima teras yang dirangka sebagai tunjang dan pedoman bagi Bajet 2014.

#Bajet2014
184Like ·  · 


TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI

Mempromosi Sektor Pelancongan

45. Sektor ini telah menjana pendapatan sebanyak 65 bilion ringgit pada tahun 2013 dan berpotensi untuk dipertingkatkan lagi. Pada tahun 2012, kita berjaya menarik kemasukan seramai 25 juta pelancong dari seluruh dunia. Bertitik tolak dari perkembangan yang memberansangkan ini, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, dengan sasaran sebanyak 28 juta pelancong, tahun 2014 telah diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia. 

46. Dalam menjayakan ikhtiar ini, Kerajaan memperuntukkan 1.2 bilion ringgit bagi tahun 2013 dan 2014, merangkumi perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang meliputi program promosi dan pengiklanan.

47. Sebagai usaha berterusan menggalakkan kemasukan pelancong, sukacita saya mengumumkan pula, tahun 2015 sebagai Year of Festival dengan penganjuran dan pameran pelbagai program budaya dan perayaan di negara ini.

48. Sebagaimana kita maklum, Malaysia juga terkenal antara destinasi utama atau shopping paradise pilihan pelancong. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, menurut Laporan CNN Travel 2013 menunjukkan Kuala Lumpur menduduki tempat ke-4 sebagai bandaraya paling popular untuk membeli-belah selepas New York, Tokyo dan London.

49. Bagi terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan, Kerajaan akan meneruskan galakan pelaburan terutamanya bagi hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang. Langkah ini dapat membantu menyediakan penginapan bertaraf antarabangsa yang mencukupi sekaligus menarik kedatangan pelancong, terutamanya dari kategori mewah dan berbelanja tinggi. Menyokong usaha ini, Kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama 3 tahun lagi sehingga 31 Disember 2016.

50. Selain itu, di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan dengan peruntukan sejumlah 2 bilion ringgit, akan disediakan. Tabung ini akan menyediakan pinjaman mudah dengan kadar faedah rendah antara 4 hingga 6 peratus, di mana Kerajaan memberi subsidi sebanyak dua peratus. Tabung ini dapat membiayai kos pembinaan infrastruktur seperti hotel, pusat peranginan, taman tema serta pembelian dan penggantian peralatan yang berkaitan dengan sektor pelancongan.




PENUTUP

203. Kita amat bersyukur, setelah negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 haribulan Ogos 1957, rakyat telah hidup dalam kerukunan, harmoni dan sejahtera membangunkan negara.

204. Pada 16 haribulan September 1963 pula, termaktub peristiwa bersejarah penggabungan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia. Terbukti jelas, kebersamaan dan kebersatuan ini telah membawa berjuta rahmat kepada Malaysia. 

205. Ternyata, selama lebih 5 dekad Kerajaan Barisan Nasional telah menggalas amanah rakyat melalui kebitaraan perkongsian kuasa dan amalan bersepakat antara parti komponen.

206. Hakikatnya, sejak dulu lagi, Kerajaan Barisan Nasional tidak semberono dan tidak pernah suka-suka dalam hal perencanaan negara. Bahkan kita amat komited dan sememangnya kita serius.

207. Segalanya kita rangka, semuanya kita susun, kita piagam dan kita laksanakan bukan sekadar sonata, atau sebuah orkestra, namun ia menjadi puluhan simfoni kemajuan yang terindah demi kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi.

208. Kepada para penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Kerajaan amat menghargai sumbangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian. Maka yang demikian, pada Julai lalu, Kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan atau KGT melibatkan peruntukan sebanyak 1.6 bilion ringgit.

209. Di samping itu, Kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum. Lantaran pada petang ini, sukacita saya mengumumkan pula, bahawa Kerajaan juga bersetuju menambahbaik sebanyak 81 skim perkhidmatan dari pelbagai peringkat mulai bulan November ini.

#Bajet2014
TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

Program Penyeragaman Harga

199. Kerajaan juga sedar akan harga barangan keperluan yang lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung Malaysia disebabkan kos penghantaran dan pengagihan yang lebih tinggi. Untuk mempastikan harga barangan dan kos dapat dikurangkan, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 331 juta ringgit bagi meneruskan program penyeragaman harga dan pemberian subsidi termasuk kos pengangkutan. 

200. Di samping itu, sebanyak 60 buah Kedai Rakyat 1Malaysia turut akan dibuka dengan peruntukan 30 juta ringgit bagi membantu mengurangkan kos harga barangan keperluan harian.

#Bajet2014
TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

Pelepasan Cukai Untuk Golongan Berpendapatan Sederhana

201. Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan berpendapatan sederhana yang merupakan bilangan pembayar cukai pendapatan terbesar. Mereka juga turut terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Bagi terus membantu golongan ini, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khas dua ribu ringgit ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tahun 2013 bagi yang berpendapatan sehingga lapan ribu ringgit sebulan. 

202. Langkah ini akan memberi penjimatan bayaran cukai sehingga 480 ringgit. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat juga, kumpulan ini telah menikmati penjimatan cukai sehingga 475 ringgit ke atas pendapatan tahun 2013 semasa Kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai dalam bajet yang lalu.

#Bajet2014
Sebentar lagi, saya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan membentangkan #Bajet2014. Bajet ini dirangka demi memastikan kestabilan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat akan terus dipelihara walaupun di sebalik ketidak tentuan pasaran global.

Ikuti pembentangan bajet kali ini pada jam 4 petang nanti secara "live streaming" di laman Youtube Najib Razak atau di akaun ini dan Twitter Najib Razak.

Langgani www.youtube.com/najibrazak untuk video-video saya yang akan datang.



#Bajet2014
Like · 
Like ·  · 

    • PENUTUP

      203. Kita amat bersyukur, setelah negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 haribulan Ogos 1957, rakyat telah hidup dalam kerukunan, harmoni dan sejahtera membangunkan negara. 



    • TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

      Pelepasan Cukai Untuk Golongan Berpendapatan Sederhana

      201. Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan berpendapatan sederhana yang merupakan bilangan pembayar cukai pendapatan terbesar. Mereka juga turut terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Bagi terus membantu golongan ini, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khas dua ribu ringgit ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tahun 2013 bagi yang berpendapatan sehingga lapan ribu ringgit sebulan. ...See More
      Like ·  ·  · 22 minutes ago · 
    • Sebentar lagi, saya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan membentangkan #Bajet2014. Bajet ini dirangka demi memastikan kestabilan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat akan terus dipelihara walaupun di sebalik ketidak tentuan pasaran global.

      Ikuti pembentangan bajet kali ini pada jam 4 petang nanti secara "live streaming" di laman Youtube Najib Razak atau di akaun ini dan Twitter Najib Razak.

      Langgani www.youtube.com/najibrazak untuk video-video saya yang akan datang.
      Like ·  ·  · 2 hours ago · 


  • TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN

    Bantuan Persekolahan

    130. Sukacita saya mengumumkan bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak 100 ringgit, akan diteruskan. Sebanyak 540 juta ringgit disediakan yang dapat memanfaatkan kira-kira 5.4 juta pelajar. Saya dimaklumkan, terdapat ibu bapa yang secara sukarela telah menyumbangkan kembali bantuan tersebut kepada Persatuan Ibubapa dan Guru atau PIBG. Kerajaan amat menghargai dan menyanjung tinggi nilai murni tersebut.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

    Pembangunan Masyarakat India

    184. Bijak bestari berkata, orang berbudi kita berbahasa. Kepada kaum India yang telah bersama menzahirkan ikatan sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini. Terima kasih, Rumba Nandri....See More
    Like ·  ·  · 34 minutes ago · 
  • TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

    Menghargai Golongan Karyawan

    183. Golongan karyawan, seniman dan budayawan merupakan komponen sesebuah peradaban itu dibina. Peranan mereka amatlah penting dalam perkembangan seni dan budaya dalam masyarakat. Sebagai menghargai sumbangan golongan ini, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan kewangan sebanyak enam juta ringgit bagi pengurusan pentadbiran dan pengendalian persatuan-persatuan yang berdaftar.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · 35 minutes ago · 
  • TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

    Pemerkasaan Bumiputera

    174. Aspirasi untuk mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi hanya boleh dicapai dengan penglibatan bersama semua, terutamanya kaum majoriti Bumiputera. Kerajaan komited untuk terus memperkasakan penyertaan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara dan menjadikan agenda Bumiputera sebagai agenda Nasional. 

    175. Untuk itu, program yang akan dilaksanakan termasuk mempergiat program peningkatan kemahiran kepada belia, Program Peneraju Profesional serta meningkatkan bilangan pengambilan pelajar UiTM kepada 250 ribu menjelang 2020.

    176. Syukur Alhamdulillah, terkini jumlah pelajar UiTM sudahpun mencecah jumlah 180 ribu orang. Selain itu, pegangan ekuiti dan pemilikan hartanah Bumiputera akan ditingkatkan melalui Skim Jejak Jaya Bumiputera atau SJJB, Skim Amanah Saham Bumiputera 2 dan pengukuhan institusi hartanah Bumiputera.

    177. Untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera, SME Bank akan menubuhkan Dana Ekuiti Bumiputera atau EquiBumi sebanyak 300 juta ringgit bagi menyediakan kemudahan pinjaman kepada syarikat Bumiputera yang berwibawa untuk mengambil alih syarikat tersenarai atau syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

    178. Di samping itu, dana 200 juta ringgit disediakan oleh SME Bank bagi kemudahan pinjaman untuk program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kawasan strategik seperti Kampung Baru, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. Kemudahan ini akan membantu masyarakat Melayu setempat meningkatkan taraf hidup seiring dengan pembangunan pesat di kawasan persekitaran.

    179. Kerajaan terus meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Antara program yang akan dilaksanakan adalah mewujudkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau SUPERB dengan dana permulaan 30 juta ringgit.

    180. Di samping itu, bagi meningkatkan pengukuhan program pembangunan vendor, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat anchor terutama syarikat berkaitan Kerajaan diberi potongan cukai dua kali.

    181. Seterusnya, bagi meningkatkan peluang perniagaan dan pembiayaan kepada entreprenur PKS, kemudahan pembiayaan pinjaman mudah turut disediakan. Antara kemudahan pembiayaan termasuk dana Amanah Ikhtiar Malaysia berjumlah 300 juta ringgit dan dana sebanyak 700 juta ringgit di bawah TEKUN.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · 38 minutes ago · 
  • TERAS KEDUA: MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL

    Potongan Cukai Bulanan Sebagai Cukai Muktamad

    91. Pada masa ini, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian dan membuat potongan cukai bulanan atau PCB perlu mengemukakan borang cukai sebelum atau pada 30 April setiap tahun. Kita mendapat rungutan, bahawa pengemukaan borang cukai setiap tahun oleh pembayar cukai yang mempunyai PCB telah menimbulkan kekeliruan. Ini kerana, walaupun PCB telah dipotong, borang cukai masih perlu dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. 

    92. Jadinya, untuk memudahkan pembayar cukai yang berpendapatan penggajian di mana PCB dipotong, adalah dicadangkan supaya pembayar cukai tidak perlu mengemukakan borang nyata cukai pendapatan sekiranya berpuas hati bahawa PCB adalah dianggap cukai muktamad. Cadangan ini akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

    Membantu golongan Orang Kelainan Upaya

    182. Kita sedar bahawa setiap insan itu istimewa. Setiap seorang daripada kita adalah sempurna di sisi Tuhan. Dalam perkara ini, sumbangan mereka amat dihargai dan banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Banyak kemudahan diperuntukkan bagi kesejahteraan mereka dan seterusnya memaksimumkan potensi yang ada. Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 441 juta ringgit bagi pembangunan dan kebajikan golongan ini.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · 37 minutes ago · 
  • TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

    Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

    159. Kerajaan akan terus menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang terbaik serta berkualiti kepada rakyat. Untuk itu, sebanyak 22.1 bilion ringgit diperuntukan bagi sektor kesihatan yang merangkumi belanja operasi dan pembangunan. Peruntukan ini akan disalurkan untuk program dan projek termasuk pembinaan Hospital Tanjung Karang dan blok tambahan Hospital Jeli serta menaik taraf Hospital Kuala Lipis dan 30 klinik desa. 

    160. Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan 66 juta ringgit untuk pembelian peralatan dan membina blok tambahan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Kerajaan juga telah menyediakan 234 Klinik 1Malaysia dan sebagai tambahan sebanyak 50 klinik 1Malaysia akan dibangunkan pada tahun 2014. Bagi menangani masalah kekurangan parkir di Hospital Kuala Lumpur, sebanyak 1,950 ruang letak kereta baru akan disiapkan pada 2014. Sementara itu, Hospital Rompin dan Shah Alam serta Institut Kanser Negara akan mula beroperasi pada awal tahun hadapan.

    161. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan rawatan dan meringankan beban tugas jururawat yang bertugas berterusan secara dua syif, Kerajaan akan menambah seramai 6,800 jururawat dengan peruntukan 150 juta ringgit. Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan 3.3 bilion ringgit bagi menyediakan bekalan ubat dan alatan perubatan mencukupi bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang sempurna, termasuk memperluaskan perkhidmatan kardiotorasik di Hospital Ipoh, Kuala Terengganu, Kuantan dan Kuching.

    162. Kerajaan menyedari kesukaran pesakit buah pinggang yang terpaksa berulang-alik ke pusat hemodialisis bagi mendapatkan rawatan dialisis tiga kali seminggu. Pesakit juga terpaksa membelanjakan sehingga 400 ringgit setiap kali mendapatkan rawatan. Bagi membantu memudahkan pesakit menjalani rawatan, Kerajaan akan membekalkan secara percuma, kit rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis atau CAPD yang bernilai 19 ribu ringgit seunit. Ini membolehkan pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir membuat rawatan sendiri di rumah. Langkah ini dijangka dapat memanfaatkan lebih seribu pesakit.

    163. Statistik juga menunjukkan terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes. Sekiranya tidak dikawal, pesakit akan mendapat pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. Sehubungan itu, Kerajaan mencadangkan untuk memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen berkuatkuasa 26 Oktober 2013. Saya menyeru agar kita bersama-sama menjaga kesihatan. Kurangkan manis dalam makanan dan minuman.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · 46 minutes ago · 
  • TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

    Pembangunan Sukan Negara

    164. Pembangunan sukan memerlukan eko-sistem yang komprehensif meliputi infrastruktur, pengurusan dan kejurulatihan, pembentukan bakat dari peringkat awal serta kebajikan atlet. Untuk itu, sebanyak 239 juta ringgit diperuntukkan bagi meneruskan kecemerlangan sukan merangkumi menaiktaraf kompleks dan gelanggang sukan, mewujudkan program perintis pengenalpastian bakat di peringkat sekolah rendah dan melaksanakan program Future Professional Coach untuk menggilap kemahiran jurulatih berpotensi bagi sukan-sukan terpilih. 

    165. Di samping itu, Kerajaan akan menyediakan 150 juta ringgit kepada Kumpulan Wang Amanah Sukan bagi pembangunan sukan elit, rawatan perubatan dan penyelidikan. Seterusnya, Kerajaan akan membuat persiapan rapi bagi memastikan kejayaan atlet di sukan antarabangsa termasuk Sukan Asia 2014 Incheon, Sukan Olimpik Remaja 2014 Nanjing dan Sukan Komanwel 2014 Glasgow.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · 44 minutes ago · 
  • TERAS KEDUA: MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL

    Rasionalisasi Subsidi

    93. Subsidi secara pukal, amnya boleh menjadi pembantut kepada pertumbuhan negara sekiranya tidak sampai kepada kumpulan sasar secara tepat. Kerajaan menyediakan hampir 47 bilion ringgit pada tahun 2013 untuk pelbagai jenis subsidi, insentif dan bantuan antaranya subsidi produk petroleum, barangan makanan, kesihatan, pertanian dan perikanan, utiliti, tol serta kebajikan dan pendidikan. 

    94. Daripada jumlah ini, bahagian terbesar iaitu sebanyak 24.8 bilion ringgit atau 53 peratus adalah untuk subsidi produk petroleum yang dinikmati oleh semua golongan, termasuk yang berpendapatan tinggi, peniaga dan warga asing. Di samping itu, berlaku penyeludupan produk bersubsidi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Subsidi adalah penggunaan wang rakyat bagi menambah baik kehidupan rakyat. Tetapi jika subsidi itu adalah pembantut dan merugikan rakyat, Kerajaan yang bertanggungjawab dengan kepercayaan yang telah diberikan akan mengambil keputusan yang terbaik bagi rakyat.

    95. Untuk mempastikan sistem subsidi yang bersasar, Kerajaan akan secara berperingkat menstruktur semula kaedah pemberian subsidi. Ini adalah untuk mempastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja patut menikmatinya. Sebahagian daripada penjimatan penstrukturan semula sistem subsidi akan di beri secara terus dalam bentuk bantuan tunai, dan sebahagian lagi akan digunakan untuk menampung pembiayaan projek pembangunan Kerajaan. Sebagai langkah permulaan, Kerajaan telah mengurangkan subsidi produk petroleum sebanyak 20 sen pada 3 September 2013.

    96. Di samping itu, bagi mempastikan tiada pertindihan dan keciciran pemberian bantuan kepada golongan sasar, Kerajaan akan mewujudkan satu sistem pangkalan data yang komprehensif termasuk mengintegrasi data e-Kasih, data penerima bantuan kebajikan dan penerima BR1M. Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan menerajui inisiatif ini.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

    Indeks Kesejahteraan Malaysia

    143. Ternyata, kemakmuran negara tidak hanya bergantung kepada kemajuan ekonomi semata-mata, malah ianya perlu mengambil kira tahap kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Sehubungan itu, Indeks Kesejahteraan Malaysia atau Malaysian Well-being Index atau MWI 2012 telah dibangunkan. Kerajaan akan terus merangka dasar serta strategi terbaik ke arah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

    #Bajet2014

  • TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI

    Meluaskan Akses Internet

    51. Dunia kini adalah dunia tanpa sempadan. Tidak seperti dahulu, pelbagai informasi kontemporari boleh diperolehi di hujung jari. Maknanya, peningkatan akan dibuat bagi mencapai tahap prasarana yang sewajarnya untuk menampung keperluan pengguna. Sebab itu, di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara, Kerajaan telah melaksanakan projek High Speed Broad Band atau HSBB.

    52. Usahasama dengan pihak swasta ini melibatkan pelaburan sebanyak 11.3 bilion ringgit, sejak Rancangan Malaysia Kesembilan. Kini, projek HSBB telah dilaksanakan dengan capaian internet berkelajuan 4 megabits sesaat. Ini memanfaatkan 2.3 juta premis terutama di kawasan bandar.

    53. Untuk meningkatkan lagi liputan internet di bandar-bandar utama, Kerajaan akan melaksanakan Fasa Kedua Projek HSBB dengan kerjasama pihak swasta. Ini melibatkan kos pelaburan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Inisiatif ini dijangka memberi tambahan liputan dan kemudahan kepada masyarakat, terutama di kawasan bandar merangkumi 2.8 juta isirumah di seluruh negara. Kelajuan internet ini dijangka mampu mencapai 10 megabits sesaat.

    54. Kepada rakyat yang tinggal di kawasan pinggir bandar, jaringan HSBB akan diperluas dengan kelajuan capaian internet dipertingkatkan antara 4 hingga 10 megabits sesaat. Kemudahan ini akan memanfaatkan lebih 2 juta pengguna dengan kos pelaburan sebanyak 1.6 bilion ringgit.
    Tuan Yang di-Pertua,

    55. Selain itu, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan sebanyak 1.5 bilion ringgit untuk meningkatkan liputan internet di kawasan luar bandar. Bagi meningkatkan capaian internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut yang baru akan dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos 850 juta ringgit. Semua pelaburan ini akan menggunakan Tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KEDUA: MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL

    Transformasi Perkhidmatan Awam

    83. Pertama sekali, kita memerlukan kepada Transformasi Perkhidmatan Awam. Untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, Kerajaan akan melaksanakan pelan transformasi di setiap kementerian. Langkah ini amat penting bagi mengukuh dan menyusun semula organisasi supaya relevan dengan perkembangan semasa. 

    84. Bercakap tentang perkara ini, Kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012. Demi mengukuhkan keyakinan rakyat dan menjaga imej dan kredibiliti sektor awam, Kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara bagi menyiasat serta mengambil tindakan tegas ke atas salah laku penjawat awam.

    85. Penyiasatan dan tindakan tatatertib sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam ke atas lebih daripada 100 kes ketidakpatuhan kepada prosedur-prosedur kewangan termasuk prosedur perolehan manakala sebanyak 15 kes sedang disiasat untuk tindakan pendakwaan di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

    86. Sebagai langkah penambahbaikan, Kerajaan akan menubuhkan Unit Pengurusan Integriti yang dianggotai oleh SPRM di setiap kementerian bagi meningkatkan pematuhan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI

    Memantap Perusahaan Kecil dan Sederhana

    79. Pada masa ini, 97.3 peratus daripada jumlah perniagaan berdaftar adalah PKS yang menyumbang sebanyak 32.4 peratus kepada KDNK. Dengan definisi baru PKS yang telah diumumkan baru-baru ini, jumlah perniagaan PKS berdaftar dijangka meningkat kepada 98.5 peratus. Seterusnya, Kerajaan komited untuk mempastikan sumbangan sektor PKS ini mencapai 40 peratus kepada KDNK menjelang 2020. 

    80. Bagi meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS, Kerajaan mencadangkan peruntukan pakej bersepadu sebanyak 120 juta ringgit yang merangkumi dana pinjaman untuk membiayai program mekanisasi dan automasi serta program peningkatan kapasiti PKS. Selain itu, Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan insentif di bawah program Green Lane Policy melalui pembiayaan, insentif cukai dan perolehan termasuk:

    Pertama: Insentif pinjaman mudah dengan subsidi kadar faedah dua peratus atau jumlah maksimum 200 ribu ringgit setahun;

    Kedua: Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman di bawah insentif pinjaman mudah;

    Ketiga: Potongan cukai ke atas perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT;

    Keempat: Insentif perolehan Kerajaan merangkumi pendaftaran syarikat bertaraf pembuat, diluluskan tanpa lawatan dan pemberian markah bonus dalam penilaian teknikal; dan

    Kelima: Insentif keutamaan dalam perolehan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan.

    Kerajaan bercadang untuk melanjutkan kesemua insentif ini sehingga 31 Disember 2017.

    81. Kerajaan telah menguatkuasakan Dasar Gaji Minimum pada 1 Januari 2013. Kadar gaji minimum adalah 900 ringgit sebulan bagi Semenanjung Malaysia. Manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, kadarnya adalah 800 ringgit sebulan. Bagi menggalakkan pematuhan kepada dasar ini, di samping mengurangkan kesan kewangan kepada majikan PKS, koperasi, pertubuhan dan persatuan, Kerajaan mencadangkan supaya bayaran perbezaan gaji yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2014 diberi potongan cukai tambahan.

    82. Bagi membantu peniaga pasar malam, Kerajaan akan mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan dana sebanyak 100 juta ringgit di bawah kendalian Bank Simpanan Nasional. Skim pinjaman mudah ini akan mengenakan kadar faedah empat peratus dengan pinjaman maksimum sehingga 30 ribu ringgit. Kemudahan ini bertujuan menampung kos perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak, bahan mentah dan kelengkapan perniagaan.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN

    114. Cabaran terbesar bagi Malaysia sebenarnya adalah, sejauhmana kita dapat membangun dan mempersiapkan human capital. Modal insaniah yang holistik mencakupi antaranya modal intelek, pelbagai kemahiran seni dan pertukangan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran inter-personal, berfikir, kreativiti serta inovasi. Pokoknya, pembangunan fizikal dan teknologi perlu diseimbangkan dengan keunggulan manusiawi. Jika tidak, akan wujud kelompangan dan ketempangan pabila pencapaian materi tidak dipaksi dengan nilai sejagat insani.

    115. Oleh itu, Kerajaan akan terus menyediakan pendidikan berkualiti dan latihan berkemahiran tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran kerja. Di samping itu, aspek jasmani, spiritual dan intelektual akan digilap dari peringkat pendidikan awal hingga ke peringkat tertiari. Tenaga kerja juga akan diterap dengan nilai murni dan adab susila ketimuran supaya masyarakat hidup harmoni dan sejahtera.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KEDUA: MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL

    Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST dan Bantuan Sokongan)

    97. Kerajaan mendapati cukai jualan dan cukai perkhidmatan semasa, mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu seperti kesan cukai berganda ke atas pengguna, ketiadaan pelepasan cukai ke atas barang yang dieksport dan isu pindahan harga atau transfer pricing. Kelemahan ini akhirnya akan merugikan rakyat sebagai pengguna dan pihak Kerajaan. ...Continue Reading
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI

    Menggalak Skim Persaraan

    62. Pada tahun 2010, Kerajaan telah menubuhkan Skim Persaraan 1Malaysia atau SP1M bagi golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Sehingga kini, hampir 66,000 pencarum telah menyertai skim ini dengan jumlah simpanan melebihi 240 juta ringgit. 

    63. Bagi terus menggalakkan lebih ramai rakyat menyertai skim ini, saya mencadangkan sumbangan Kerajaan ditingkatkan daripada 5 peratus kepada 10 peratus, yakni daripada jumlah maksimum 60 ringgit setahun kepada 120 ringgit setahun. Peningkatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 sehingga akhir tahun 2017 dan dijangka dapat menarik penyertaan 30 ribu pencarum baru.

    64. Kerajaan sedar akan pentingnya budaya menabung semasa usia muda bagi mempastikan simpanan yang mencukupi selepas persaraan. Untuk meningkatkan simpanan tambahan, Kerajaan menggalakkan golongan muda untuk membuat pelaburan jangka panjang melalui Skim Persaraan Swasta atau PRS.

    65. Oleh itu, Kerajaan mencadangkan insentif 500 ringgit secara one-off kepada pencarum yang menyertai skim PRS dengan pelaburan minimum terkumpul seribu ringgit dalam tempoh setahun. Insentif ini terbuka kepada individu yang berumur antara 20 hingga 30 tahun dan dianggarkan dapat menarik seramai 420 ribu pencarum muda di seluruh negara. Insentif ini akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2014 bagi tempoh lima tahun dan akan melibatkan peruntukan sebanyak 210 juta ringgit.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN

    Memperkukuh Latihan Kemahiran

    123. Usaha berterusan akan diambil untuk meningkatkan kualiti latihan bagi menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Oleh itu, Kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah berikut:

    Pertama: Melaksanakan single tier bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga 3, selama setahun 6 bulan di semua Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM);

    Kedua: Menaiktaraf dan menyelenggara bangunan serta peralatan di institut latihan JTM seiring dengan teknologi terkini dengan peruntukan 178 juta ringgit; dan

    Ketiga: Menyediakan dana pinjaman latihan kemahiran berjumlah 330 juta ringgit di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Tabung ini bertujuan menyediakan pinjaman kepada belia lepasan SPM untuk mengikuti kursus latihan kemahiran.

    Tuan Yang di-Pertua,

    124. Belia adalah harapan bangsa. Belia juga aset serta pewaris negara pada hari muka. Kata Ulama, jika baik perilaku dan tingkah belia masa kini, itulah bayangan negara masa hadapan.

    125. Dalam hal belia ini, sejumlah 200 juta ringgit diperuntukkan untuk menaik taraf dan melaksanakan pendekatan dua syif di Institut Kemahiran Belia Negara atau IKBN. Antara bidang latihan yang telah dikenalpasti merangkumi automotif, penyelenggaraan marin, kimpalan dan pendawaian elektrik yang akan memanfaatkan lebih 15,000 pelatih IKBN di seluruh negara.

    126. Di samping itu, terdapat 13 ribu majikan yang berdaftar dan membuat bayaran levi pada kadar satu peratus daripada upah gaji pekerja ke dalam tabung Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia atau HRDF. Levi ini adalah bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja.

    127. HRDF akan menyediakan 400 juta ringgit bagi syarikat yang berdaftar untuk memberikan peluang kepada pekerja mengikuti program upskilling dan reskilling. Peruntukan ini boleh juga dimanfaat oleh syarikat tersebut untuk melatih para apprentice dan bakal pekerja.

    128. Bagi mempastikan pekerja dapat mengimbangi kerjaya dan komitmen keluarga, terutamanya pada kaum wanita, satu persekitaran kerja yang fleksibel perlu diwujudkan. Oleh itu, dicadangkan majikan melaksanakan Flexible Work Arrangements yang memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu berada di tempat kerja.

    129. Skim ini boleh dilaksanakan dalam bentuk seperti compressed work week, flexi hours dan weekend work. Bagi menarik lebih banyak syarikat Malaysia menjadikan Flexible Work Arrangements atau bekerja sebagai amalan hidup, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan latihan dan fi konsultansi yang ditanggung oleh majikan dalam melaksanakan skim ini diberi potongan cukai tambahan.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KEEMPAT: MEMPERGIAT PEMBANGUNAN BANDAR DAN LUAR BANDAR

    Mengukuhkan Jaringan Pengangkutan Awam

    135. Sememangnya, perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap dapat memudahkan mobiliti serta menjimatkan masa dan kos perjalanan. Lantasnya, Kerajaan komited untuk menambah baik pengangkutan awam termasuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan berkualiti. Antara langkah yang diambil adalah:

    Pertama: Membina landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan kemudiannya ke Johor Bahru serta menaik taraf rel dan landasan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak 2.9 bilion ringgit;

    Kedua: Menyediakan kemudahan park and ride di stesen LRT,
    stesen KTM komuter serta stesen ERL dengan peruntukan 62 juta ringgit;

    Ketiga: Memperkenalkan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat dengan peruntukan sebanyak 15.3 juta ringgit bagi membolehkan pengagihan teksi kepada penumpang dengan lebih cekap;

    Keempat: Membina hentian akhir bandar dan menaik taraf perhentian bas serta kemudahan drop and ride dengan peruntukan 28 juta ringgit; dan

    Kelima: Membaik pulih tren Electric Multiple Unit (EMU) dengan peruntukan 28 juta ringgit bagi memastikan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan.

    136. Bagi mempastikan kemudahan jaringan antara kawasan bandar dan luar bandar, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 130 juta ringgit bagi subsidi pengangkutan udara luar bandar, terutama bagi penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak. Berpegang kepada prinsip bahawa benarlah kepentingan rakyat itu perlu sentiasa kita dahulukan. Sebab itu, sekalipun tidak ekonomik dan tidak menguntungkan, demi rakyat di luar bandar, Kerajaan akan tetap meneruskan subsidi perkhidmatan keretapi di laluan Wilayah Timur, yakni di Pahang dan Kelantan. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 600 ribu pengguna dengan peruntukan 52.9 juta ringgit.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

    Meningkat Peranan Wanita dan Mensejahtera Keluarga

    166. Sesungguhnya peranan wanita sangat besar bukan sahaja dalam keluarga. Mereka adalah tulang belakang kepada kejayaan negara. Jasa mereka tetap dijulang tinggi. Malah, wanita adalah pemberi warna kepada generasi mendatang. Lalu, bagi meneruskan program pembangunan wanita dan institusi kekeluargaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntukkan sebanyak 2.2 bilion ringgit bagi melaksanakan pelbagai program. 

    167. Antara program yang akan dilaksanakan termasuk penubuhan Akademi Inovasi Wanita di bawah naungan Institut Tadbiran Awam Negara. Akademi ini akan merangka program-program kepimpinan, keusahawanan dan inovasi untuk golongan wanita.

    168. Selain itu, Program Pengarah Wanita untuk diketengahkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat; program keusahawanan Purple DNA seperti ''Purple Licious'' iaitu kiosk makanan bergerak dan menambah 23 Pusat Aktiviti Warga Emas akan dilaksanakan.

    169. Kerajaan juga akan menaikkan kadar wang saku kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada RM1.50 kepada tiga ringgit sehari bagi kanak-kanak yang bersekolah dan kenaikan daripada RM0.50 kepada satu ringgit sehari bagi kanak-kanak yang tidak bersekolah. Langkah ini dapat memanfaatkan 4,500 kanak-kanak di institusi JKM di seluruh negara. Di samping itu, kadar wang saku warga emas juga akan dinaikkan daripada 10 ringgit kepada 30 ringgit sebulan untuk menampung keperluan belanja harian penghuni JKM.

    170. Bagi meringankan kos yuran taska, Kerajaan akan menaikkan kelayakan pendapatan isi rumah bulanan penjawat awam daripada 3,000 ringgit kepada 5,000 ringgit untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah 180 ringgit sebulan.

    171. Di samping itu, Kerajaan mencadangkan pemberian bantuan yuran taska sebanyak 250 ringgit sebulan kepada ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi 900 ringgit yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar dibawah JKM. Langkah ini dapat memanfaatkan seramai 3,334 kanak-kanak dibawah usia empat tahun dengan peruntukan 15 juta ringgit.

    172. Sebagai tambahan kepada perkhidmatan suntikan imunisasi Human Papilloma Virus dan pemeriksaan ujian mamogram yang sedia ada, Kerajaan mencadangkan pemberian percuma alat bantuan sokongan prosthesis luaran payudara dan coli khas kepada pesakit kanser payudara. Bantuan ini dapat meringankan kos membeli alatan tersebut yang dianggarkan sekitar 1,200 ringgit. Langkah ini akan memanfaatkan lebih 8,000 orang pesakit kanser payudara dengan peruntukan berjumlah sembilan juta ringgit.

    173. Saya juga ingin memaklumkan bahawa Kerajaan akan menambah empat buah bas khas untuk pelaksanaan Pusat Keluarga Bergerak bagi memberi khidmat nasihat berkaitan kekeluargaan, penjagaan makanan, pemeriksaan penyakit kronik serta ujian glukosa dan kolestrol.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · 43 minutes ago · 
  •  
  • TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI

    Pembangunan Usahawan

    73. Mengikut hadis, sembilan per sepuluh rezeki itu adanya dalam perniagaan. Oleh hal yang demikian, kita ingin melatih dan melahirkan para usahawan di kalangan golongan muda agar suatu masa nanti mereka dapat menjadi ahli-ahli perniagaan dan saudagar yang berjaya. Lantas, Kerajaan terus komited dalam mempastikan pembangunan usahawan atau entreprenur sebagai sumber utama menjana pertumbuhan ekonomi negara. 

    74. Justeru, satu pelan pembangunan entreprenur akan digubal untuk menyediakan ekosistem kondusif yang memberi penekanan aspek penjanaan idea yang boleh dikomersilkan, prasarana latihan dan inkubator, modul entrepreneurship, kemudahan pembiayaan serta pemasaran. Bagi melaksanakan pelan pembangunan usahawan ini, satu entiti National Entrepreneur Development Office akan diwujudkan di bawah Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan bagi merancang dan menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

    75. Sehubungan itu, semasa 4th Global Entrepreneurship Summit baru-baru ini, saya telah mengumumkan penubuhan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia atau Malaysian Global Innovation and Creativity Centre, ringkasnya MaGIC, sebagai pusat sehenti bagi mendayakan para usahawan. MaGIC akan memantau prestasi entreprenur, mempunyai pengkalan data bersepadu, menyediakan pusat inkubator, pendaftaran dan paten harta intelek, prasarana pembiayaan, padanan perniagaan, bimbingan dan kaunseling serta latihan. Kerajaan akan memberi peruntukan awal sebanyak 50 juta ringgit bagi tujuan ini.

    76. Bagi menjadikan Malaysia sebuah Entrepreneurial Nation, program 1Malaysia Entrepreneurs atau 1MeT telah dilaksanakan untuk memberi pendedahan aspek keusahawanan kepada golongan muda yang berminat menceburi bidang perniagaan. Melalui program 1MeT juga, satu pangkalan data peserta telah dibangunkan.

    77. Kerajaan mensasarkan seramai 5,000 entreprenur muda dilatih setiap tahun. Seterusnya, entreprenur 1MeT yang komited akan diberi bimbingan lanjutan di MaGIC Centre. Selain itu, negara juga akan menjadi tuan rumah kepada 5th Global Social Business Summit pada 7 hingga 9 November 2013 yang akan menjadi platform kepada pembangunan entreprenur sosial terutama di kalangan golongan muda di negara ini.

    78. Bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah, Kerajaan menggalakkan golongan siswazah menceburi bidang keusahawanan sejurus selepas menamatkan pengajian. Bagi inisiatif ini, sukacita saya umumkan dana pinjaman mudah sebanyak 50 juta ringgit di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang dikendalikan oleh SME Bank. Dana ini akan menyediakan pinjaman mudah sehingga 500 ribu ringgit dengan kadar faedah empat peratus.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN

    Memperkasa Pendidikan Tertiari

    121. Di sudut ini, Kerajaan akan memberi fokus memperkasakan institut pengajian tinggi awam dan swasta ke arah melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran kerja. 

    Antara program yang akan dilaksanakan termasuk:

    Pertama: Meningkatkan status universiti bertaraf penyelidikan dengan memperbanyakkan kajian dan penulisan untuk penerbitan di peringkat antarabangsa. Untuk itu, Kerajaan akan menyediakan 600 juta ringgit sebagai geran penyelidikan di institut pengajian tinggi awam; dan

    Kedua: Kerajaan meneruskan program MyBrain15 iaitu pembiayaan yuran pengajian di peringkat pasca ijazah, khususnya kepada golongan eksekutif di sektor swasta. Untuk ini, sejumlah 110 juta ringgit disediakan bagi tujuan tersebut.

    122. Penerbitan jurnal ilmiah ke peringkat antarabangsa merupakan aspek terpenting dalam memartabatkan hasil karya para akademik tempatan. Menyedari akan kepentingan mewujudkan satu pusat ilmiah bertaraf dunia, Kerajaan akan menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia bagi meningkatkan hasil penerbitan ilmiah tempatan dan membantu penyelidik menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa yang terkemuka.

    #Bajet2014

  • TERAS KEEMPAT: MEMPERGIAT PEMBANGUNAN BANDAR DAN LUAR BANDAR

    Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy - NBOS)

    133. Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS merupakan langkah bersepadu Kerajaan merangka dasar dan inisiatif melalui perkongsian pintar antara Kementerian dan agensi. 

    134. Strategi ini adalah pelengkap kepada Dasar Transformasi Nasional. Sehingga kini, 56 iniasitif NBOS telah dilaksanakan dengan pendekatan penjimatan kos, pelaksanaan yang pantas serta program berimpak tinggi. Pada tahun 2014, peruntukan 278 juta ringgit disediakan bagi melaksanakan program meliputi:

    Pertama: Membuka Pusat Transformasi Bandar atau UTC Sabah pada akhir tahun ini dan menambah empat lagi UTC di Sarawak, Johor, Terengganu dan Perlis sebagai tambahan kepada lima UTC sedia ada;

    Kedua: Menambah tiga Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC di Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan RTC sebanyak lapan buah; dan

    Ketiga: Melaksanakan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau Mobile CTC dengan menambah bilangan bas serta van yang diubahsuai. Perkhidmatan utama yang disediakan meliputi pendaftaran MyKad, memperbaharui lesen memandu, pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat perniagaan.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · about an hour ago · 
  • TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI

    Meningkat Potensi Sektor Logistik

    39. Pada masa ini, Malaysia menduduki tangga ke-29 Indeks Prestasi Logistik Laporan Bank Dunia 2012. Indeks ini mengukur penanda aras prestasi aktiviti logistik yang merangkumi penghantaran, infrastruktur, ketepatan masa, kelulusan kastam dan kompetensi. Walau masih ketinggalan berbanding negara maju, senario ini mampu diperbaiki. 

    40. Jadinya, supaya sektor logistik lebih efisien, Kerajaan akan merangka Pelan Induk Sektor Logistik. Pelan ini akan menyediakan halatuju pembangunan infrastruktur logistik, rantaian bekalan serta semakan semula peraturan dan undang-undang. Di samping itu, Kerajaan melalui Bank Pembangunan Malaysia Berhad akan memperuntukkan 3 bilion ringgit bagi Dana Pembangunan Maritim secara pinjaman mudah. Dana ini menyediakan akses pembiayaan untuk menggalakkan perkembangan industri perkapalan, pembinaan limbungan, minyak dan gas serta aktiviti sokongan berkaitan maritim.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · 2 hours ago · 
  • TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI

    Merancak Sektor Perkhidmatan

    38. Sektor perkhidmatan, merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi dan berpotensi besar untuk terus dimajukan. Sumbangan sektor ini telah meningkat kepada 55 peratus tahun 2013, berbanding 49.3 peratus tahun 2000. Bagi terus menggalakkan pertumbuhan sektor ini, Kerajaan akan memperkenalkan Pelan Induk Sektor Perkhidmatan pada tahun 2014, yang akan menggariskan beberapa langkah dan strategi serta mengenalpasti subsektor yang berpotensi untuk dimajukan seperti berikut.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · 2 hours ago · 
  • TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN

    Meningkat Kecemerlangan Pendidikan

    116. Sesungguhnya, tiap kali bajet dibentangkan, peruntukan terbesar diberikan kepada sektor pendidikan. Pendidikan adalah segalanya. Sejak zaman bahari, sesebuah ketamadunan bangsa tidak akan kekal lama jika seandainya tidak diakari dan dibajai dengan ilmu dan pengetahuan.

    117. Menyisir tuntutan ini, Kerajaan komited untuk melonjakkan pencapaian tahap akademik dan kemahiran yang tinggi. Untuk itu, sejumlah 54.6 bilion ringgit atau 21 peratus daripada keseluruhan peruntukan tahun 2014 akan disediakan. Kerajaan juga akan mempastikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM mencapai objektif bagi membawa Malaysia ke tahap kategori ‘sepertiga teratas’ dalam kedudukan pendidikan terbaik dunia, Insya Allah, dalam tempoh 15 tahun lagi.

    118. Untuk terus memartabatkan kecemerlangan pendidikan bermula di peringkat prasekolah hinggalah ke sekolah menengah, antara program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

    Pertama: Kerajaan amat perihatin tentang pendidikan awal anak-anak kerana tempoh ini amat kritikal dalam menentukan proses tumbesaran fizikal dan minda yang terbaik. Maka, kita memperuntukkan sejumlah 530 juta ringgit bagi program prasekolah dan menambah 93 lagi bilangan prasekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan;

    Kedua: Melaksanakan program pemantapan profesion guru dengan memberi tumpuan kepada tugas mengajar, meningkatkan kaedah pengajaran serta kemahiran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Untuk itu, sebanyak 209 juta ringgit disediakan;

    Ketiga: Memperluaskan akses internet di sekolah terutama di kawasan luar bandar seluruh negara dengan peruntukan 168 juta ringgit; dan

    Keempat: Membina 33 sekolah baru dan menaik taraf sekolah sedia ada termasuk sekolah-sekolah usang dengan peruntukan sebanyak 831 juta ringgit.

    119. Pada pembentangan Bajet 2012 dan 2013, Kerajaan telah menyediakan masing-masing sebanyak satu bilion ringgit di bawah Tabung Khas Pembinaan Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraaan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

    120. Untuk meneruskan komitmen Kerajaan, sukacita saya mengumumkan tambahan 450 juta ringgit lagi kepada tabung ini. Daripada jumlah tersebut, 100 juta ringgit kepada Sekolah Kebangsaan, 50 juta ringgit kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 50 juta ringgit bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 50 juta ringgit untuk Sekolah Mubaligh, 50 juta ringgit disalurkan untuk Sekolah Berasrama Penuh, 50 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA, 50 juta ringgit untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan manakala 50 juta ringgit untuk Sekolah Agama Rakyat.

    #Bajet2014

  • PENUTUP

    Menghargai Penjawat Awam

    217. Pada bulan Ogos lalu, sebelum menjelangnya hari Lebaran Aidil Fitri, bayaran bantuan khas kewangan sebanyak 500 ringgit dan 250 ringgit, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

    218. Hari ini pula, sukacita saya mengumumkan, untuk meringankan lagi beban golongan pesara, Kerajaan akan memberi bayaran khas kewangan sebanyak 250 ringgit.

    219. Kepada para penjawat awam janganlah bimbang, apa yang ditunggu sudah pun tiba. Saya dengan ini mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji bagi tahun 2013, dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.

    #Bajet2014
    Like ·  ·  · 25 minutes ago · 
  • PENUTUP

    Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

    210. Selanjutnya, dalam usaha untuk terus meringankan beban hidup rakyat, bersesuaian dengan pelaksanaan subsidi bersasar, sukacita saya mengumumkan bahawa program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada isi rumah dan individu bujang akan ditambah baik. 

    211. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit.

    212. Seterusnya, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit.

    213. Sebagai pelengkap, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sukacita saya mencadangkan caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai 50 ringgit diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M. Langkah ini diharapkan dapat memberi perlindungan maksimum sehingga 30 ribu ringgit kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

    214. Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi tiga ribu ringgit, akan menikmati bantuan sebanyak 700 ringgit.

    215. Sebagai tambahan, buat pertama kalinya juga, BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit dengan nilai bantuan sebanyak 450 ringgit. Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah.

    216. Golongan ini juga akan menikmati caruman i-BR1M bernilai 50 ringgit yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak 500 ringgit. Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 di atas, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 4.6 bilion ringgit yang dijangka dapat memanfaatkan seramai 7.9 juta penerima. 



TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN

Baucar Buku 1Malaysia

131. Budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia secara umumnya perlu ditingkatkan. Jadikanlah buku teman setia, penyuluh di kala gelap, penyegar minda sepanjang hayat. 

132. Sukacita saya umumkan Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia dengan nilai sebanyak 250 ringgit kepada setiap pelajar pra-universiti dan IPT untuk mengurangkan kos pembelian buku dan bahan pengajian. Langkah ini dijangka dapat memanfaat seramai 1.3 juta pelajar dengan peruntukan sebanyak 325 juta ringgit.

#Bajet2014

(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
20 Zulhijjah 1434H
25 Oktober 2013M

8 comments:

Unknown said...

Ucapan kepada seluruh orang awam,
My Name is Morales, Saya seorang lelaki berkahwin dengan 5 orang anak. Saya datang ke forum laman web ini sangat untuk berkongsi dan memberi keterangan kerja-kerja baik Puan Kate Lisa Pinjaman Perkhidmatan untuk memberi saya pinjaman penyatuan sebanyak $ 50,000.00 saya sedang merosot setiap di mana , saya telah melalui banyak proses dan scammed oleh syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza yang i terserempak tetapi apabila i bermakna Puan Kate Lisa mereka mengakses dan bersetuju saya untuk jumlah pinjaman sebanyak $ 50,000.00 selepas bertemu dengan terma-terma dan syarat-syarat yang berdasarkan pilihan anda untuk membuat deposit sebelum mendapatkan jumlah pinjaman anda atau tidak, Dalam kes saya i adalah tidak mempunyai sebuah rumah yang membawa nama saya, Jadi saya pergi untuk proses bukan cagaran adalah saya membuat deposit beberapa jumlah dolar sebelum jumlah pinjaman saya telah diiktiraf ke dalam akaun saya. Saya sedang mencari pinjaman untuk 2 tahun lalu dalam talian tetapi selepas seminggu i terserempak Puan Kate Lisa Pinjaman Rumah yang menggunakan alamat e-mel ini: [ mrskatelisaloanhome1@gmail.com ] Kemudian saya telah melalui semua proses mendapatkan pinjaman tersebut terjumlah dan selepas proses pinjaman saya telah diberikan kepada saya dengan yang lain. Ini benar-benar membuat saya untuk memulakan hidup lagi selepas segala kesukaran saya mempunyai dalam carian saya untuk pinjaman Home sebenar. Puan Kate Lisa dipulihkan rumah gembira saya sekali lagi dan perniagaan saya yang telah mengalami modal kewangan. Saya di sini untuk menggunakan medium ini untuk memberitahu orang ramai bahawa jika anda memerlukan pinjaman sebenar tanpa sebarang tekanan dan hari yang sama kelulusan, anda perlu menghubungi mereka dengan cepat segera melalui e-mel pada: [ mrskatelisaloanhome1@gmail.com ] Saya memohon dan ia bekerja untuk saya dan saya rasa ia juga akan bekerja untuk orang lain juga yang ikhlas . Sekali lagi membantu saya berterima kasih kepada mereka .

Puan Morales Lance

Unknown said...

Apa cerita yang luar biasa dalam hidup saya, nama saya ialah Puan princilar josh Minggu lepas yang mencari pinjaman sebanyak $ 580,000.00 USD maka saya memohon pinjaman di salah satu syarikat pinjaman dalam talian di mana i adalah penipuan kira-kira $ 6000usd dalam pemberian pinjaman dalam UK, tetapi apabila saya meletakkan mengadu kawan baik saya memberitahu saya bahawa satu-satunya tempat untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, syarikat itu adalah jaminan 100% bahawa jika saya memohon dalam perniagaan yang saya untuk mendapatkan pinjaman tanpa apa-apa kelewatan dalam transaksi, jadi saya bertanya kepada syarikat di mana saya boleh mendapatkan pinjaman saya minggu lepas, jadi nasihat saya kepada rakyat adalah cara baru bahawa syarikat adalah tempat terbaik untuk mendapatkan pinjaman dalam talian tanpa apa-apa kelewatan OK. Melalui e-mel: mrskatelisaloanhome1@gmail.com jadi saya di sini pengendalian projek perniagaan saya jadi saya akan menasihati orang ramai bahawa masih terdapat beberapa pemberi pinjaman pinjaman yang sah supaya e-mel kepada Puan Kate Lisa dan anda menunaikan pinjaman dalam tempoh 10Mins okay, jadi saya akan berada di sini menunggu ke sini testimoni anda sendiri Allah Bless.

princilar josh

Anonymous said...

Hari yang baik untuk anda semua Saya Mr Jack Warmer, yang sah, wang bereputasi Lender. Kami memberi pinjaman kepada syarikat Perniagaan Lelaki dan wanita yang transaksi perniagaan, kami memberi pinjaman jangka panjang selama tiga hingga 30years maksimum dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3%, dalam ini, anda juga boleh memberitahu kami jumlah yang anda perlukan sebagai pinjaman. Pinjaman yang diberikan pada Pounds euro dan $ USD maksimum yang kita berikan adalah 500,000,000 kedua-dua dalam pound EURO dan $ USD dan minimum £ 5000 euro dan USD $ jadi jika benar-benar anda berminat hubungi kami di (jackwarmer1loanlender@gmail.com) selama lebih maklumat mengenai bagaimana untuk mendapatkan pinjaman.

pinjaman kepada tawaran

Unknown said...

Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi , pinjaman rumah, kereta
pinjaman, pinjaman pelajar , pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, usaha
modal, dan lain-lain .. Atau telah anda menolak pinjaman oleh bank atau kewangan
institusi untuk satu atau lebih reasons.You di tempat yang betul untuk
penyelesaian pinjaman anda ! Saya seorang pemberi pinjaman swasta, saya memberi pinjaman kepada
syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan
2%. Faedah. Sila hubungi kami melalui e-mel divinegraceloanfirm@gmail.com

PEMINJAM 'S DATA S

1 ) Nama Penuh : .......................................................
2 ) Negara: ...........................................................
3 ) Alamat : ..........................................................
4) Negeri : ..............................................................
5) Seks : ................................................................
6) Status perkahwinan: .................................................
7) pendudukan: .....................................................
8) Nombor Telefon : ................................................
9) kedudukan Pada masa ini di tempat kerja: .....................
10 ) Pendapatan Bulanan: .............................................
11) Jumlah Pinjaman Diperlukan : .....................................
12) Tempoh Pinjaman : ................................................
13) Tujuan Pinjaman : ............................................
14) Agama: ........................................................
15) Pernahkah anda memohon sebelum ....................

terima kasih,
Puan Elizabeth Taylor

Anonymous said...

Hello, Semua orang (Pinjaman Tawaran)
Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: anitacharlesloancompany@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
kami menawarkan dari $ 1,000.00 kepada $ 25,000.000.00 juga memohon untuk maklumat lanjut

{Lengkapkan borang pinjaman di bawah}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI: ===========
ALAMAT: ===========
GENRE: ===========
Jumlah yang diperlukan: ===========
TEMPOH: ===========
BILANGAN TELEFON: =========== =============
Hubungi kami dengan email ini: anitacharlesloancompany@gmail.com
Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
Salam
Puan Anita

Anonymous said...

Hello, Semua orang (Pinjaman Tawaran)
Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: anitacharlesloancompany@mail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
kami menawarkan dari $ 1,000.00 kepada $ 25,000.000.00 juga memohon untuk maklumat lanjut

{Lengkapkan borang pinjaman di bawah}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI: ===========
ALAMAT: ===========
GENRE: ===========
Jumlah yang diperlukan: ===========
TEMPOH: ===========
BILANGAN TELEFON: =========== =============
Hubungi kami dengan email ini: anitacharlesloancompany@mail.com
Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
Salam
Puan Anita

JOHN RIVERS said...

Are you INTERESTED in a genuine, fast, reliable LOANS with no hidden fees
from a private lender? Just 2.0% p.a, tailored with a flexible repayment
schedule to meet the borrower's need and also a grace period of up to 12 -
24 months.

We arrange business finance for companies of all sizes ranging from start-
ups to established corporations, belonging to a wide range of industries
such as real-estates, mineral resources, high-technology, oil and gas,
leisure & tourism, hospitals & nursing homes, chemicals & pharmaceuticals,
transport & utilities, renewable & sustainable energy, infrastructure etc.

NOTE: All replies should be forwarded and send to the e-mail account below
for quick response and further details regarding our rate, terms &
procedures.

Email: loan@hispanicfinance.com
Whatsapp: +1(912) 695-1658
Website: www.hispanicfinance.com

pelaburan najwa mohammed said...

Pendudukan: Harta Tanah / perhotelan
kedudukan: Pengarah Urusan
Nama: Najwa Mohammed
Bandar: Miri
Pinjaman saya mendapat: Rm 1.5 juta
kadar faedah: 1%
E-mel saya: najwamohammed369@gmail.com


Halo, saya mengucapkan terima kasih kepada allah almight untuk kebaikan dan keberkasaan yang saya dapatkan dari AASIMAHA ADILA LOAN FIRM tahun ini 2020, saya ingin kita medium ini membiarkan muslim saya di malaysia, Tahun lepas saya telah memohon pinjaman banyak kali dan saya bodoh , Tahun ini ketika saya sedang menonton berita perniagaan saya di Aljazeera, saya melihat nama AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM pada wawancara menerangkan pakej mereka dan bagaimana mereka memberi pinjaman dan dana amal kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan tahun ini. Oleh itu, saya mendengar dan menghubungi mereka dengan kenalan mereka di televisyen, saya memohon Rm 1.5 juta, pada kadar 1% dan pinjaman saya telah diluluskan dan saya mendapat pinjaman saya semudah mungkin. Saya mendapat pinjaman saya dan melabur lebih jauh ke hartanah suami saya. suami saya dari indonesia, banjir yang terjejas rumah keluarga kami di jakarta, sejak kami mendapat pinjaman, kami telah memperbaiki banyak hal dan membayar hutang bank juga.Jika anda ingin perusahaan pinjaman yang nyata dan sah, anda bebas memohon sekarang dan dapatkan pinjaman anda .Mengingatkan diri anda untuk menjadi kuat dan tidak pernah berputus asa. Semakin banyak anda jatuh, semakin kuat anda menjadi bangun. Jangan pernah menyerah tidak kira apa. Buat janji kepada impian anda seolah-olah anda berjanji kepada anak anda. Saya berharap anda lebih besar tahun. Mungkin allah memberkati mereka allah

MOHON SEKARANG
E-mail****aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
Whatsapp **** + 447723553516

Post a Comment

 
;