Monday 21 October 2013

USAHAWAN JUTAWAN DUNIA AKHIRAT


USAHAWAN JUTAWAN DUNIA AKHIRAT

  • Rubianto Tanoto updated his cover photo. — with KP Chua Thian Jinat Brunai Darussalam.
    Photo
    Unlike ·  · 3 hours ago · 
    • You, Rubianto Tanoto and 40 others like this.

    • 林仙迪 謝加~ 感恩大愛~ 我喜歡廣結善緣~See Translation
    • Derik John Crumsy 台灣的企業主都嘛只知自己荷包賺飽飽,只要求政府補助,操死員工...根本就是無良~"~See Translation
    • Ratu Rimba Niagara JUTAWAN DUNIA AKHIRAT

      BARISAN 
      USAHAWAN BERTARAF ANTARABANGSA
      CENDIAKAWAN
      HARTAWAN
      DERMAWAN
      PAKAR DALAM BIDANG SEGALA PERNIAGAAN
      PAKAR STRATEGI PERNIAGAAN
      UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN
      BANYAK STRATEGI 
      PLAN A, B, C DAN SETERUSNYA
      UNTUK BERJAYA USAHAWAN TIADA PERNAH PUTUS ASA
      DI PERAHKAN MINDA SEHINGGA KE TAHAP, 
      'CRITIKAL THINKING'
      SEMUA YANG DI LIHAT ADALAH PELUANG PERNIAGAAN
      YANG TAK AKAN DILEPASKAN
      PELUANG TAK AKAN DATANG BANYAK KALI
      PELUANG PERTAMA MESTI DIREBUT
      AGAR TAK TERLEPAS PELUANG
      ANDA USAHA 
      ANDA DAPAT
      ANDA MALAS
      ANDA KETINGGALAN
      DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN
      JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA
      USAHAWAN SEJATI
      TIDAK ADA UNSUR PENIPUAN
      BERKERJASAMA DALAM PERNIAGAAN ATAS DASAR 
      KEPERCAYAAN DAN KEJUJURAN
      UNTUNG YANG SAMA DIRAIH ATAS USAHA YANG DILABURKAN
      FALSAFAH SEMUT SEBAGAI IDOLA
      DALAM SETIAP USAHASAMA PERNIAGAAN
      SEMUANYA BERJAYA ATAS USAHA YANG DILABURKAN
      BUKAN NAMANYA PERNIAGAAN JIKA TIADA KEUNTUNGAN
      TAPI KEUNTUNGAN YANG BERSIH
      TIADA SEDIKITPUN UNSUR MENGAMBIL KESEMPATAN 
      DALAM KESEMPITAN SEMUA TELUS 
      KERANA ADA MOU 
      ANTARA HAMBA DAN PENCIPTA-NYA
      ITULAH PERNIAAGAAN YANG BERKAT DUNIA AKHIRAT

      SEKAYA MANA PUN ANDA HASIL KEJAYAAN PERNIAGAAN
      ANDA TETAP MISKIN SETELAH ANDA MATI HARTA ITU BUKAN LAGI MILIK ANDA ...HARTA ANDA YANG ANDA MILIKI ADALAH HARTA YANG ANDA LABURKAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN UNTUK AKHIRAT ANDA BUKAN SAJA JUTAWAN DUNIA TAPI ANDA JUGA JUTAWAN AKHIRAT
      TAHNIAH UNTUK JASAD DAN ROH ANDA
      SYUKUR ALHAMDULILLAH 
      KARENA ANDA SUDAH BERNIAT UNTUK MENJADI
      JUTAWAN DUNIA AKHIRAT
      MOGA USAHA ANDA UNTUK MENJADI USAHAWAN 
      JUTAWAN DUNIA AKHIRAT DIMAKBULKAN TUHAN
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      15 Zulhijjah 1434H
      22 Oktober 2013M
    • Ratu Rimba Niagara MOGA MENJADI USAHAWAN JUTAWAN DUNIA AKHIRAT

      Hadist Shahih Harian
      Telah menceritakan kepada saya Yusuf bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada saya Yahya bin Sulaim dari Isma'il bin Umayyah dari Sa'id bin Abi Sa'id dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah Ta'ala berfirman: Ada tiga jenis orang yang aku berperang melawan mereka pada hari qiyamat, seseorang yang bersumpah atas namaku lalu mengingkarinya, seseorang yang berjualan orang merdeka lalu memakan (uang dari) harganya dan seseorang yang memperkerjakan pekerja kemudian pekerja itu menyelesaikan pekerjaannya namun tidak dibayar upahnya". (HR. Bukhari Bab.21 No.1390)

      Klik SUKA dan BAGIKAN ya sahabat Hadist Shahih Harian
      إن شاء الله bermanfaat..
      Unlike · · Share · 1,48530165 · 3 hours ago · 
      Top Comments
      You and 1,484 others like this.
      165 shares
      Ratu Rimba Niagara

      MOGA MENJADI USAHAWAN JUTAWAN DUNIA AKHIRAT 
      ADA MOU DENGAN PENCIPTA-NYA
      PEKERJA AKAN DIBAYAR UPAH YANG TELAH DITETAPKAN
      TIADA BUDAYA MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN
      SEMUANYA TELUS JUJUR DAN IKHLAS
      MENJADI MAJIKAN KERANA ALLAH
      MENJADI PEKERJA KERANA ALLAH
      MOGA DIBERKATI REZEKI DARI ALLAH
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

      (PETIKAN HADIS SHAHIH HARIAN & RATU RIMBA NIAGARA)
      16 Zulhijjah 1434H
      21 Oktober 2013M
    • Ratu Rimba Niagara BOS PENYAYANG PEKERJA CEMERLANG

      Datuk Jem bos yang penyayang,
      Prihatin kepada masalah pekerjanya;
      Semua pekerjanya dihargai dan disayang,
      Pekerja cemerlang berbakti seikhlasnya.

      Dari zaman menjadi pekerja bawahan,
      Hingga kini menjadi bos nombor satu;
      Tak pernah wujud rasa kebaggaan,
      Hanya ada rasa syukur pada Allah Yang Satu.

      Nak jadi bos mesti tegas dalam kelembutan,
      Berbicara tak boleh melulu-lulu;
      Fikir sedalamnya setiap perkataan,
      Barulah yang mendengar menusuk di kalbu.

      Jadi bos bukannya mudah,
      Setiap hari kerja menimbun banyaknya;
      Nak cari rezeki bukannya mudah,
      Rezeki berkat menjadi idamannya.

      Tujuan bekerja untuk mencari sesuap rezeki,
      Tapi datuk jem memberi bersuap-suap rezeki;
      Kerana pekerjanya adalah sumber rezeki,
      Saling bekerjasama demi setiap rezeki.

      Masa bekerja jangan ada curi tulang,
      Nanti rezeki tak menjadi berkat;
      Datuk jem suka pekerja ringan tulang,
      Syarikatnya maju mendapat rezeki yang berkat.

      Pergi bekerja jangan cari masalah,
      Sesama rakan saling beri kerjasama;
      Saling hormat menghormati berkongsi masalah,
      Segala masalah diatasi berkat berkerjasama.

      Datuk jem bos yang tiada masalah,
      Ada masalah beritahu saja padanya;
      Akan diselesaikan segala masalah,
      Begitulah hebatnya ikatan bos dengan pekerjanya.

      Senyuman pekerja adalah kebahagian bos ,
      Senyuman bos adalah kebahagian pekerjanya;
      Senyuman adalah amalan bos,
      Sebab itu rezeki datang mencurah banyaknya.

      Bos selalu memikirkan akan kejayaan syarikatnya,
      Mahukan syarikatnya cemerlang gemilang terbilang;
      Menjadi idaman bos demi kepuasannya,
      Moga syarikatmu sentiasa cemerlang gemilang terbilang.

      Setiap pekerja, sahabat dan rakan bisnes,
      Semuanya disanjungi oleh datuk jem;
      Ikatan sentiasa mesra penuh ikhlas,
      Itulah watak yang ada pada datuk jem.

      Semoga datuk jem sentiasa menempa kejayaan dalam berbisnes,
      Bisnesmu berjaya di peringkat glokal dan global itu diharapkan;
      Itulah berkat usaha yang penuh ikhlas,
      Kejayaan dan kebahagianmu dunia akhirat kudoakan.

      Greatcool nama syarikat Datuk Jem,
      Sudah terkenal di serata dunia;
      Idola Usahawan Gigih adalah Datuk Jem,
      Greatcool sentiasa mencipta nama.

      GREATCOOL!

      Greatcool...
      Kau dibangunkan oleh seorang usahawan gigih
      Yang tak pernah kenal erti kalah! Putus Asa! Jemu!
      Berusaha terus berusaha untuk sampai ke mercu
      Biarpun tsunami datang membadai semangat juangnya
      Tapi itu tidak dihiraukan olehnya

      Bertahun lamanya dia mengumpul kudrat kekuatan
      Semata-mata ingin memperjuangkanmu hingga jaya
      Keranamu hidupnya sentiasa sibuk ...sibuk...sibuk...
      Mujurlah dia mempunyai sikap yang sempoi dan berjiwa sepoi-sepoi bahasa membuatkan rakan taulan berasa gembira dan itu menggembirakannya!
      sama-sama gembira sama-sama gelak ketawa
      hilanglah segala tekanan kerja buat seketika...

      Berkat kegigihan dan ketabahannya
      Greatcool berjaya sampai ke mercu kejayaan
      Disambut dengan penuh kesyukuran

      Moga Greatcool...
      Cemerlang Gemilang Terbilang!
      Di persana dunia glokal dan global!

      Karya Ratu Rimba Niagara
      9 Febuari 2012

      Zulkafli Mohd datuk ni memang hebat la ramai perminat siap bersajak berpantun lagi....ilmu hitam ape kah yg di milikinye ye

      Ratu Rimba Niagara Ini bukan ilmu hitamlah...ini tali pinggang hitam...lah teman...hihihi

      Datuk Jem Hahahaha...Tergelak beso saya, Pandai lah Tuan Zulkafli Mohd buat dose kering....kan gitu Penasihat ku Ratu Rimba Niagara.......Saya ni kan kah peramah..

      Ratu Rimba Niagara Sebab Datuk Jem terlebih peramahlah makanya rezekinya melimpah ruah...hingga semua bank-bank di malaysia ni penuh dengan duit datuk jem...hihihihi saya penasihat datuk jem...saya tahulah ...hihihihi

      Takut duitnya di rompak...sebab itu saya dihantar belajar ilmu persilatan...hingga dapat tali pinggang hitam... ilmu hitam dijauhkan sebab akan merosakkan bisnes datuk jem nanti dikuatiri tak berkat!

      (PETIKAN DARIPADA WALL DATUK JEM DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PEKERJA SEDUNIA PADA 1 MEI 2013 & SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013 DI SIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI)
      1 Mei 2013
      34 minutes ago · Like · 1
    • Ratu Rimba Niagara PEKERJA MEREALISASIKAN TRANSFORMASI NEGARA

      Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
      Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
      Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
      Moga budimu Allah membalas.

      Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
      Justeru ada Negara adalah pekerja;
      Apa pun bidang kerja sumbangannya pada Negara,
      Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.

      Kerajaan pembela nasib pekerja,
      Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
      Tepat masa pulang habislah kerja,
      Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.

      Untungnya sungguh pekerja kerajaan,
      Kerja senang tak banyak cabaran;
      Rakyat datang jangan cepat baran,
      Pekerja berbudi bahasa menjadi pujaan.

      Rakyat datang mahu berurusan,
      Berurusan dengan penjawat awam;
      Menunggu lama amat membosankan,
      Membosankan berurusan penjawat awam.

      Gaji nak bonus pun nak,
      Tapi kerja tak setimpal gaji;
      Bonus tak dapat mula memberontak,
      Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.

      Kerajaan menyeru penjawat awam ,
      Semua pekerjanya lakukan transformasi;
      Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
      Negara maju kerana pekerja berdedikasi.

      Malang sungguh pekerja swasta,
      Masih ada juga sistem penghambaan;
      Bekerja separuh mati gaji entah ke mana,
      Kejamnya majikan tak ada perasaan.

      Di era Negara maju serba moden,
      Majikan untung berlipat ganda;
      Gaji pekerja mereka tak naikkan,
      Derita pekerja menyara keluarga.

      Kerja separuh mati tak setimpal gaji,
      Demi kehidupan teruskan juga;
      Bos menghendik juga mengeji,
      Hati merintih ditahankan juga.

      Hati merintah ditahankan juga,
      Demi meneruskan sebuah kehidupan;
      Sanggup bersusah demi keluarga,
      Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.

      Sabar pekerja menahan cabaran,
      Menghadapi majikan yang tamak haloba;
      Salah sikit dah panas baran,
      Pekerja bersabar dalam kesempitan.

      Gaji diberi tidak mencukupi,
      Untuk menyara kehidupan keluarga;
      Padahal majikan hidup serba mencukupi,
      Sumbangan pekerja tidak berharga.

      Mogok pekerja bos yang susah,
      Mogok bos pekerja tak bergaji;
      Hidup pekerja semakin susah,
      Negara moden selalu tak begini.

      Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,
      Mencari nafkah keluarga tercinta;
      Setiap tahun bos menabur janji basi,
      Memberi bonus semuanya helah belaka.

      Mana lagi tempat hendak mengadu,
      Pekerja malang derita tanggung sendiri;
      Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu,
      Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.

      Segala masalah mengadu kepada WNK,
      Berjuang habis- habisan demi pekerja;
      Berhujan berpanas sanggup bertekak,
      Asalkan terbela nasib pekerja.

      Dikutuk dihina tidak diambil peduli,
      Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian;
      Terbela nasib pekerja kepuasan di hati,
      Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.

      Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar,
      Berilah kami kekuatan dan keazaman;
      Moga rintihan kami mereka mendengar,
      Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.

      Doa orang teraniaya tanpa hijab,
      Hidup bersandar kepada Allah semata;
      Berusaha bertawakal doa mustajab,
      Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.

      Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
      Saling faham memahami demi Negara;
      Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
      Kerana pekerja penentu masa depan Negara.

      Pekerja penentu masa depan Negara,
      Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
      Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
      Pekerja merealisasi tranformasi Negara

      Karya Ratu Rimba Niagara
      1 Mei 2013
      (Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja SEDUNIA 1 MEI 2013
      Disiarkan Di Wall PM Sempena PRU Ke-13 PADA 5 MEI 2013)
      33 minutes ago · Like · 1
    • Ratu Rimba Niagara SELAMAT HARI PEKERJA YB ALAMMAYA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 'BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DEMI TUHAN'

      Selamat hari pekerja YB Alammaya Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua

      Terima kasih atas ucapan mu duhai rakyat setia pembaca karyaku di alammaya

      Kami semua bekerja dibayar gaji ... adakah YB Ratu Rimba dibayar gaji oleh majikan?

      Tidak duhai rakyat alammayaku...

      Habis tu bagaimana YB hendak membela kami sedangkan YB pun tak dibayar gaji...

      Tak apalah ....

      Kenapalah tak apalah ...adakah YB sudah cukup kaya hingga tak perlukan wang?

      Wang itu perlu...tapi hidupku dari dulu hingga sekarang bertawakal kepada Allah

      Tak dibayar gaji bertawakal kepada Allah ..tak faham kami duhai YB...

      Hidupku ibarat...sepohon pokok yang tak berbuah tapi aku perlukan buah itu juga kugegar semampu daya pohon yang tak berbuah itu ...itulah gajiku

      Lagi kami tak faham....pokok yang tak berbuah diguncang semampu daya itulah gaji YB

      Kalau kamu tak faham tak apalah ...biar mereka yang faham saja faham...ha sekarang apa masalah kamu sebagai pekerja biar YB sampaikan kepada pemimpin kalian...
      manalah tahu didengari....semua masalah selesai lagipun kerajaan dahulukan rakyat

      Masalah kami akan selesai jika YB sudah dibayar gaji...itu barulah win...win...
      YB bela kami ...kami juga nak bela YB....YB sayang kami ...kami juga sayang YB...

      Bawa bertenang ye...ini yang susah nak jawab ...pening jadinya jawab salah tak jawab salah makanya... cukuplah gaji YB dibayar oleh Allah Azzawajallah

      Kerana gaji YB dibayar Allah Azzawajallah makanya...YB berehat kami pulak ambil tempat YB macam mana...kami yang akan usulkan agar YB dibayar gaji...jika tak dibayar gaji...kami nak mogok kerja....

      Waduh....waduh...rakyatku bisa pusing dech...jangan gitu...biar aku seorang yang tak dibayar gaji asalkan kalian semua dibayar gaji dengan sepatutnya oleh majikan kalian ye....pantun hari pekerja sudahpun YB siarkan di laman Perdana Menteri moga mendapat perhatian darinya sempena HARI PEKERJA & PRU KE-13

      Tambah lagi satu untuk YB Alammaya Yang Kami Kasihi Mengistiharkan HARI PENULIS

      Itu pandai kamulah ....YB sejujurnya untuk kepentingan YB sendiri mahu dilupakan kerana YB berkhidmat untuk rakyat demi Tuhan...moga faham ye rakyat alammayaku.

      Ini pantun yang YB karangkan istimewa untuk kalian yang tersayang semua duhai rakyat alammayaku baca dan hayati...moga ada perubahan kehidupan kalian sekeluarga ....Aamiin.

      (PANTUN DAN PUISI DISIARKAN UNTUK MEMBERI SEMANGAT KEPADA MAJIKAN DAN PEKERJA AGAR TERUS BERKHIDMAT DENGAN CEMERLANG GEMILANG TERBILANG AGAR BAHAGIA DUNIA AKHIRAT AAMIIN)

      16 Zulhijjah 1434H
      21 Oktober 2013M
      29 minutes ago · Like · 1
    • Ratu Rimba Niagara PANTUN TAKAFUL ETIQA INSANI

      Bismillahhirramanirrahim pembuka kata,
      Salam sejahtera para hadiran;
      Saya Zana perunding Takaful Etiqa,
      Moga fahami apa yang saya terangkan.

      Takaful Etiqa sudah diyakini,
      May Bank rakan kongsi;
      Jenama Etiqa amat berkualiti,
      Perkhidmatan diberi setulus hati.

      Perkhidmatan Etiqa tidak perlu disangsi,
      Perunding kami sedia berbakti;
      Penerangan diberi sepenuh hati,
      Perhatian anda amat kami hargai.

      Etiqa bekerja penuh etika,
      Kerja profesional meyakinkan ahli;
      Hasil diperolehi percayanya mereka,
      Demi kerana kepuasan ahli.

      Semua orang perlu berasa ihsan,
      Begitu juga dengan Etiqa;
      Walau di mana sentiasa dikesan,
      Mencari waris walau dimana.

      Etiqa membantu mereka ditimpa bencana,
      Menghulur bantuan bukan kerana nama;
      Melabur saham akhirat ahli jagaannya,
      Manfaat diperolehi ahli semuanya.

      Etiqa sentiasa ke hadapan,
      Membela ahlinya dengan tulus;
      Etiqa menjamin masa depan,
      Perkhidmatan diberi sentiasa ikhlas.

      Tiada siapa yang dapat menolongmu,
      Kecuali dirimu sendiri;
      Dikau senang mereka mendekatimu,
      Dikau susah mereka menjauhimu.

      Susahmu Etiqa ambil peduli,
      Bahagiamu Etiqa gembira;
      Perkhidmtan yang terbaik daripada kami,
      Moga anda sekeluarga sentiasa bahagia.

      Hari ini kita sihat,
      Esok hari kita tidak tahu;
      Duduk hospital sihat walafiaat,
      Semuanya ditanggung oleh Etiqamu.

      Setiap manusia ada kehidupan,
      Kehidupan sebagai khalifah Allah;
      Pelbagai masalah sebagai dugaan,
      Amalan ikhlas diterima Allah.

      Sebelum ke Sana mesti ada bekalan,
      Bekalan akhirat adalah keimanan;
      Meninggalkan keluarga dengan aman,
      Insya-Allah berjumpa Allah dalam ketenangan.

      Datang musibah kita tidak tahu,
      Cuma bersedia sebelum terkena;
      Etiqa sedia datang membantu,
      Kepada mereka menjadi ahli Etiqa.

      Etiqa insan mengihsankan hidupmu,
      Memberi perlindungan di kala dukamu;
      Hilang masalah pening kepalamu,
      Meringakan beban tanggunganmu.

      Kesempurnaan hidup atas kebijaksanaan,
      Kebijaksanaan menguruskan kewangan;
      Kehidupan sempurna menjadi idaman,
      Etiqa insani menyempurnakan kehidupan.

      Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan,
      Jika bijak semuanya boleh diatasi;
      Datang ke Etiqa boleh dirundingkan,
      Berjumpa dengan perunding kami.

      Tiada hari tanpa Etiqa,
      Kerja berpasukan kami amalkan;
      Percaya mempercayai perunding Etiqa,
      Kepentingan ahli sentiasa diutamakan.

      Kepuasan hati anda matlamat kami,
      Memberi perkhidmatan berkualiti tinggi;
      Kepercayaan anda kami hargai,
      Bahagia dunia akhirat kami doakan.

      Terima kasih sudi berurusan dengan kami,
      Meluangkan masa mendengar penerangan kami;
      Ikatan kita jangan terhenti,
      Diperpanjangkan hingga ke akhirat nanti.

      Sekian sahaja pantun Etiqa insani,
      Dengan harapan anda terbuka hati;
      Kebahagian anda kebahagian kami,
      Jalinan talisiraturrahim tidak terhenti.

      Karya Ratu Rimba Niagara
      1 Mei 2013
      (Diilhamkan khas untuk Takaful Etiqa dan mereka yang berurusan dengan Takaful Etiqa
      moga berjaya dunia akhirat. Amin Ya Rabbal A’ Lamin)

      DISIARKAN KARYA SEMPENA SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA PADA 1 MEI 2013 & SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013 DISIARKAN DI WALL PM)
      20 minutes ago · Like · 1
    • Ratu Rimba Niagara SIMBOLIK WARNA MERAH BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA

      PEKERJA : Merahmu membara-bara...
      Bangkit dengan semangat juang untuk
      meneruskan kehidupanmu dan keluarga.

      MAJIKAN : Merahmu menyala mendapat keuntungan dan
      berkongsi sama dengan pekerja memberi
      gaji dan bonus yang sepatutnya.

      PEMIMPIN : Merahmu membara-bara untuk kemenangan bagi
      pihak rakyat yang dibela dengan seikhlasnya tanpa ada prejudis.

      RAKYAT : Merahmu membara mahu dibela difahami pemimpin
      agar hidup terbela di negara sendiri.

      Negara : Merahmu kepada penyatuan keharmonian pekerja,
      majikan, pemimpin dan seluruh rakyat negara ini yang mahu kemerdekaan dikekalkan selagi ada bulan dan matahari.

      Karya: Ratu Rimba Niagara
      1 Mei 2013

      Terima kasih semuanya kerana sudi menyokong ideaku.
      Terima kasih daun keladi;
      Kalian semua dekat di hatiku,
      Moga semua rakyat mencintai Malaysiaku ini.

      Karya Ratu Rimba Niagara
      1 Mei 2013
      (Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja DI MALAYSIA & SEDUNIA PADA 1 MEI 2013
      Disiarkan Di Wall PM Sempena PRU Ke-13 PADA 5 MEI 2013)
  • Kedaton Kraton Wahyu Utama and Maharaja Kutai Mulawarmanwere tagged in Guillermo Ferrándiz's photo. — with Rubianto Tanotoand 31 others.
    Pertemuan dan peristiwa 21 Oktober 2013
     ·  · 3 hours ago · 
  • Telah menceritakan kepada saya Yusuf bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada saya Yahya bin Sulaim dari Isma'il bin Umayyah dari Sa'id bin Abi Sa'id dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah Ta'ala berfirman: Ada tiga jenis orang yang aku berperang melawan mereka pada hari qiyamat, seseorang yang bersumpah atas namaku lalu mengingkarinya, seseorang yang berjualan orang merdeka lalu memakan (uang dari) harganya dan seseorang yang memperkerjakan pekerja kemudian pekerja itu menyelesaikan pekerjaannya namun tidak dibayar upahnya". (HR. Bukhari Bab.21 No.1390)

    Klik SUKA dan BAGIKAN ya sahabat Hadist Shahih Harian
    إن شاء الله bermanfaat..
    Unlike ·  ·  · 4 hours ago · 

    Similar To Hadist Shahih Harian
    Anis Matta
    109,499 likes
  • ".". ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA ."."

    Ilmu akan menjaga engkau, dan engkau yang menjaga harta.
    Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum..

    Kalau harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan..

    (Sayyidina Ali bin Abu Thalib Karamallahu wajhah)

    YA ALLAH..
    Berikanlah kami ilmu yang bermanfaat, ilmu yang bisa membawa kami kepada keimanan kepada-Mu,
    Ilmu yang dapat membawa kasih sayang keluarga kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, sahabat dan kerabat kami,ilmu yang membawa kami dekat kepada-Mu Ya Rabb..

    Aamiin Ya Rabbal'alamiin..

    (PETIKAN DARIPADA WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA & DR RUBIANTO  TANOTO)
16 Zulhijjah 1434H
21 Oktober 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;