MENCINTAI-MU HINGGA NAFAS TERAKHIRKU
ALLAH DI KALA AKU DISEPIKAN
KAU TAK PERNAH SEPIKAN AKU
DI KALA AKU DIKECEWAKAN
KAU MERAWAT LUKAKU PENUH KASIH-MU
TIKA AKU MENANGIS DALAM SENDU
HILANG SENDUKU BILA TERINGATKAN-MU
TERUS AKU MERINDU
TERUS AKU JATUH CINTA
LAGI KURINDU LAGI KAU BALAS RINDU
LAGI KUCINTA PADA-MU BERKALI-KALI KAU SUDI BALAS CINTA
KAU SENTIASA SIAP SEDIA UNTUK DICINTAI DIRINDUI
ALLAHU AKBAR SUCI MURNI-NYA CINTA-MU
KAU TAK PERNAH MENDUSTAI CINTAKU
KAU TAK PERNAH MENGECEWAKAN AKU
AKU SAJA YANG BUTA HATI
AKU SAJA YANG KERAS HATI
SENGAJA MELUPAKAN-MU
SENGAJA LALAI TENTANG CINTA DAN RINDU-MU
SELAMA INI AKU HANYA MERINDUI MENCINTAI MAKHLUK-MU
YANG SELALU TAK SETIA
YANG SELALU MEMPERSENDAKAN CINTA
DI CURI HATIKU
KATANYA DIA CINTAKAN AKU KERANA-MU
KERANA PERCAYAKAN KATANYA
AKU TERUS BALAS CINTANYA
TANPA FIKIR ITU CUMA SANDIWARA MENAMBAT CINTAKU
KARENA AKU MENCINTAI DEMI REDHO-MU
DIA PULA MELAFAZKAN CINTA DEMI PERSENDAKAN CINTAKU
KEKUATAN CINTA-MU
KAU LINDUNGI AKU DARIPADA DIA TERUS-TERUSAN MELUKAIKU
SYUKUR YA ALLAH BENARLAH KEKUATAN CINTA-MU MELEBIHI SEGALA-NYA
DALAM BERCINTA DEMI MERAIH REDHO-MU
KAU SENTIASA MEMELIHARA CINTAKU AGAR TAK MUDAH DIPERENDAHKAN
KERANA KAU TAHU ISI HATIKU
BERCINTA KARENA MERAIH REDHA-MU
MEMILIKI CINTANYA DALAM REDHO-MU ITU YANG ADA DI HATIKU
KINI AKU BAHAGIA SENTIASA DIUJI DENGAN CINTA MAKHLUK-MU
SETIAP KALI AKU SENGAJA DIKECEWAKAN
AKU TAK PERNAH RASA KECEWA
MALAH AKU BERSYUKUR KARENA SUDI DICINTAI OLEH HAMBA-MU
BIARPUN SEKETIKA
TAPI BESAR ARTINYA BAGIKU
DAPAT KUKARANGKAN AYAT-AYAT CINTA
BAHAWA TIADA CINTA YANG HEBAT SEHEBAT CINTA-MU
CINTA SESAMA MANUSIA WALAUPUN CINTA SEPARUH MATI
AKAN BERAKHIR JUGA APABILA TERJADINYA KEMATIAN
ITU BERMAKNA TIADA CINTA YANG KEKAL DI DUNIA INI
MELAINKAN CINTA ALLAH JUA YANG KEKAL ABADI
MATI BERSAMA ROH BERJUMPA DENGAN KEKASIH YANG SEDIA MENANTI
DI LANGIT KE TUJUH...HANYA DIA DAN AKU YANG MEMAHAMI
BETAPA INDAH DI KALA ITU
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
AKU BERTELEKU DALAM SUJUDKU
DI SEJADAH CINTA-NYA
BETAPA MAHA AGUNG-NYA CINTA-NYA
TAK RUGI AKU MENCINTA-NYA
JATUH CINTA DENGAN-NYA
MERINDUI-NYA
SEUMUR HIDUPKU
SEPANJANG HAYATKU
MENCINTAI-MU SEHINGGA NAFAS TERAKHIRKU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN....
..............................................................................................
HAMBA-MU YANG MENCINTAI-MU DAN MERINDUI-MU TANPA PENGHUJUNG
18 Zulhijjah 1434H
23 Oktober 2013M
www
;
0 comments:
Post a Comment