Thursday, 24 October 2013

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'GEMA DAULAT DIRAJA DI ISTANA NURUL IMAN' (2)


TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'GEMA DAULAT DIRAJA DI ISTANA  NURUL IMAN' (2)


  • Ratu Rimba Niagara BUMIKU BUMIMU BUMIMU BUMIKU SEMUANYA ALLAH YANG PUNYA

    BUMIKU BUMIMU BUMIMU BUMIKU
    KUSAYANG TANAH AIRMU KAU SAYANG TANAH AIRKU
    KITA SAMA-SAMA SAYANG
    KITA SAMA-SAMA HARGAI
    AGAR AMAN DAMAI SELAMANYA
    UNTUK KITA HADIAHKAN KEAMANAN BERKAT KEMERDEKAAN DUA NEGARA
    KEPADA ANAK CUCU NUSANTARA TERCINTA
    MERDEKA NEGARAMU MERDEKA NEGARAKU
    DIRGAHAYU KEMERDEKAAN NEGARAMU PADA 17 AGUSTUS 2013
    DIRGAHAYU KEMERDEKAAN NEGARAKU PADA 31 OGOS 2013
    SEMOGA IKATAN SILATURAHIM INDONESIA DAN MALAYSIA
    KEKAL AMAN SEJAK ZAMAN BERZAMAN

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
    SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN HASSANAL BOLKIAH
    SELAMAT HARI KELAHIRAN PRESIDEN SUSILO BAMBANG YUDHOYONO
    SELAMAT HARI KELAHIRAN RATU RIMBA NIAGARA

    SEMUA PENGHUNI BUMI
    KUSAYANG TANPA SYARAT
    KERANA SEMUANYA CIPTAAAN ILAHI
    YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
    MENCIPTAKAN HAMBA-NYA DI DUNIA INI
    UNTUK MENJADI KHALIFAH-NYA
    YANG TAAT SETIA KEPADA SEGALA PERINTAH-NYA
    SEBAGAI BALASAN KESABARAN
    DIBALAS SYURGA FIRDAUSI
    JANJI ALLAH PASTI
    MAKANYA BERSABAR DALAM SEMUA AMALAN SOLEH ,TAWAKAL DAN DOA
    ITULAH YANG MESTI DIYAKINI DI JIWA
    MOGA JIWA-JIWA HIDUP DALAM TENANG
    MATI PUN TENANG TIKA PULANG KE PANGKUAN-NYA
    IN SHA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

    Karya Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
    4 Zulkaedah 1434H
    10 September 2013

    PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    19 Zullhijjah 1434H
    24 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara HANYA DENGAN SENYUMAN DAPAT PAHALA ALLAHU AKBAR

    SENYUM SULTAN BRUNEI UNTUK SEMUA RAKYAT BRUNEI DAN SEMUA RAKYAT NUSANTARA.
    SENYUM JANGAN TAK SENYUM
    SENYUM JANGAN TAK BALAS SENYUM
    KERANA SENYUM SATU SEDEKAH
    SEMUA DAPAT PAHALA IN SHAA ALLAH AAMIIN
    INDAHNYA ISLAM
    PEMURAH-NYA ALLAH
    HANYA SENYUM
    DIKIRA PAHALA SEDEKAH
    SENYUM MEMANJANGKAN SILATURAHIM
    YANG BERGEHANA TERUS SENYUM
    SENYUM PELANGI INDAH MENYAPA
    TERUS MEMBALAS SENYUM
    WALAUPUN TERDINDINGKAN OLEH BAYU MEGA SENJA
    TAPI DENGAN KEIZINAN ALLAH
    SENYUM SEORANG RAJA YANG PEMURAH LAGI DIBERKATI ALLAH
    DAPAT DIKIRIMKAN KEPADA SEMUA RAKYAT NUSANTARA
    MAKANYA BERPANJANGANLAH SILATURAHIM
    ANTARA RAJA DAN RAKYAT DI SELURUH NUSANTARA
    ALLAHU AKBAR
    HEBAT-NYA ALLAH
    HANYA SEBUAH SENYUMAN IKHLAS DAPAT MEMANJANGKAN
    SILATURAHIM ANTARA RAJA DAN RAKYAT
    MAKA BENARLAH RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
    BERSAMA DI ALAM MAYA BERSAMA JUGA DI SYURGAWI
    MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH
    BERKAT SALING BERTALISIRATURAHIM WALAUPUN SEKADAR
    DI ALAM MAYA...BENARLAH KEKUASAAN ALLAH MENDAHULUI
    PENGETAHUAN HAMBA-NYA
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    TIADA TUHAN LAIN LAYAK DISEMBAH KECUALI ALLAH
    ALLAHU AKBAR...KAULAH TUHANKU YANG MAHA HEBAT
    MENGETAHUI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI
    KAU MAHA PEMURAH
    KAU MAHA KAYA
    PEMURAH-NYA MU YA ALLAH HANYA SEKADAR SENYUMAN
    KAU BERIKAN PAHALA
    ALLAHU AKBAR PEMURAH-NYA ENGKAU YA ALLAH
    DENGAN SIFAT PEMURAH-NYA ENGKAU YA ALLAH
    KURNIAKAN AKU , SEMUA HAMBA-MU YANG KAU KURNIAKAN DARJAT DIRAJA, DAN SEMUA YANG BERHARTA MEJADI SEORANG YANG PEMURAH UNTUK MENGINFAKKAN HARTA KAMI KE JALAN-JALAN-MU
    ITULAH HARTA YANG AKAN KAMI BAWA BERTEMU-MU SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT NANTI. MAKA TERIMALAH SEGALA BEKALAN AMALAN SOLEH KAMI DAN BERKAT AMALAN SOLEH KAMI KUMPULKAN KAMI DI SYURGAWI DAPAT MEMANDANG WAJAH-MU AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    ..........................................................................
    HAMBA-MU YANG YAKIN DENGAN HARI AKHIRAT
    4 Zulkaedah 1434H
    10 September 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH DAN SELURUH RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM )

    (PETIKAN DARIPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH @ KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH, RATU RIMBA NIAGARA & GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA NIAGARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    4 Zulkaedah 1434H
    10 September 2913M

    PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    19 Zullhijjah 1434H
    24 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara AKU BUKAN GILA KUASA KU CUMA MAHU SASTERAKU DAPAT DIREALISASIKAN OLEH SEMUA RAKYAT RIMBA NIAGARA MERANGKAP RAKAN FBKU JIKA TAK MAMPU HENDAK REALISASIKAN HARAP MAAFKAN DAKU DUHAI RAKYATKU!

    Duhai dinda putri danggan rejanges remandung...
    kanda bukan merajuk hati...
    tapi kanda cuma mahu dinda faham dan mengerti dan tahu di wall fb kanda adalah rakyat kanda
    walaupun dia berdarjat diraja
    walaupun kanda bukan berdarjat diraja
    wall fb kanda adalah medan juang kanda bersastera
    hanya mereka yang sanggup menjadi rakyat Ratu Rimba Niagara dan sanggup merealitikan sastera kanda menjadi kenyataan saja yang boleh diiktirafkan sebagai pejuang KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA...sekadar mahu baca saja dicadangkan menjadi FOLLOWERS jadi senang tak lah kanda ternanti-nanti komentar dan apakah impak baktinya untuk merealisasikan sastera kanda menjadi realiti ...bila karya sastra kanda jadi realiti itu adalah matlamat kanda kenapa kanda bersastera kenapa kanda mencari pejuang sastra kanda iaitu rakan fb kanda merangkap rakyat Kerajaan Rimba Niagara.
    Janganlah dinda beranggapan kanda mahu menjadi Raja atau Ratu dengan melantik diri sendiri menjadi Raja/Ratu untuk Kerajaan Rimba Niagara. Itu bukan matlamat kanda..itu cuma yang tersurat di sebalik yang tersirat...
    KERAJAAN RIMBA NIAGARA itu adalah mesej yang hendak disampaikan secara tidak langsung kepada semua rakyat Nusantara berjuang hingga ke tetesan darah terakhir untuk bersama memartabatkan Institusi DiRaja Nusantara. Tapi malangnya raja sendiri tak sudi menyokong karya-karya kanda...diterima sebagai rakan fb...like pun tidak beri komentar pun tidak...baca hendak ..tapi senyap je...kedekut /pelit sangat nak like dan beri komentar. Jika begini sikap raja nusantara yang rakyat mahu bermati-matian memartabatkan Institusi DiRaja dipinggirkan atas dasar berdarjat barangkali. Jatuh darjat bila like dan beri komentar pada karya-karya kanda. Sehinggakan ada yang bilang jika beginilah RATU RIMBA NIAGARA SAJALAH yang dinobatkan sebagai Raja/Ratu yang ditunggu-tunggu sejak berabad lamanya." Kanda bilang pada mereka DEMI ALLAH tak terlintas pun di hati ini hendak menjadi Ratu atau Raja...kerana jika benar pun aku ditabalkan menjadi Raja/Ratu Rimba Niagara...pasti aku kena siap sedia menggalas tanggungjawab yang besar pada semua rakyat Nusantara. Jika aku gagal menjalankan tanggungjawabku kepada rakyat Nusantara berarti aku sedang bersiap sedia menghadapi seksaan di HARI PEMBALASAN IAITU HARI AKHIRAT yang mana seorangpun tidak dapat membantu menyelamatkan aku daripada seksaan azab api neraka yang pedih!
    ALLAHU AKBAR ! TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-MU YA ALLLAH
    AKU HAMBA-MU
    AKU KHALIFAH-MU
    MAKA JADIKANLAH AKU KHALIFAH-MU
    YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA
    AGAMA BANGSA DAN NUSANTARA TERCINTA
    AKU CURAHKAN TENAGA BAKTIKU PADA NUSANTARA
    KERANA INGIN MERAIH REDHO-MU
    AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    3 Zulkaedah 1434H
    9 September 20113M
    Like · · Unfollow Post · Share · September 9 at 3:56pm
    Seen by 12
    Iwan Tirta likes this.

    Iwan Tirta Kami Rakyat Rimba Belantara Niagara Siap Selalu Mendukung dan Membantu Yang Mulia Ratu Rimba Niagara Cinta 5 Benua Amin Amin Allahuma Amin Yaa Robbal 'Alamiin.
    September 9 at 7:36pm via mobile · Like · 1

    PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    19 Zullhijjah 1434H
    24 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara AKU REDHO AKU PENYAMBUNG WARISAN NUSANTARA

    duhai kesatria di Rajaku
    jangan berlengah lagi
    teruskan strategimu
    meneruskan merealitikan cita moyangmu
    tanpa apa alasan kau mesti bertindak segera
    ini bukan masanya bersantai-santai
    jika sudah kesiangan kelewatan
    nasi sudah menjadi bubur
    terpaksa menunggu generasi selepas kita
    mencapaikan cita leluhur moyang kita
    pasti kita rasa malu pada cucu kita
    karena atas kelalaian kita
    menangguhkan perjuangan
    mereka terkapai-kapai kegelapan tiada arah tujuan
    mereka hidup ditindas dan tertindas
    seperti kerajaan Mesir
    musnah lantaran bangsanya tidak saling memahami
    tamak haloba
    pentingkan pangkat kekayaan darjat kekuasaan
    masing-masing pentingkan diri sendiri
    apa sudah jadi dengan negara mereka
    bangsa sendiri menjadi pengkhianat kepada negara sendiri
    membunuh rakyat yang tak berdosa sesuka hati
    tanpa ehsan tanpa perikemanusiaan
    atas ketidaktenteraman negara
    musuh dari luar mengambil kesempatan
    menghancur leburkan bumi mesir selumatnya
    dengan alasan menyerang Mesir kerana menggunakan senjata kimia
    sedangkan tentera Mesir tidak tahu menahu tentang senjata kimia
    mesir akan diserang
    mesir akan berperang
    diperang oleh Amerika atas arahan Obama
    kapal perang mereka darat udara laut sedang bersiap sedia
    menggugurkan bom kiri kanan atas bawah
    di setiap penjuru bumi mesir
    boleh kah saudara seislamku dapat bayangkan bagaimana keadaan
    bumi mesir ketika itu?
    kita di sini bom meletup indah di ruang angkasa meraikan kemerdekaan
    tapi bumi mesir bom-bom di gugurkan bagaikan hujan peluru tanpa henti pasti bergelimpangan mayat seluruh rakyat mesir tak berdosa
    pasti bumi mesir bemandikan peluru bermandikan bom bermandikan darah mayat-mayat semuanya sudah tidak sempurna lagi
    semuanya berkecai bersepai daging dari badan
    ALLAHU AKBAR pasti bumi mesir
    jadi padang jarak padang terkukur
    mana perginya para pejuang fisabilillah
    adakah mereka takut mati syahid

    Duhai tentera fisabilillah
    bangkitlah semuanya
    tolong selamatkan bumi ambia
    yang menuju ke arah kehancuran
    dizalimi yahudi laknatullah
    tidakkah kau mahu Syurga
    Bidadari Syurga sedang menantimu di bumi Ambia
    kau tidak akan mati biarpun mereka anggap kamu sudah mati
    janji Allah pasti kerana DIA tidak pernah memungkiri janji
    asalkan kamu ikhlas berjuang kerana Allah Syurgalah tempatmu ...

    Duhai rakyat mesir yang dizalimi
    yang sedang diuji Allah
    kami saudara seislammu
    merasa simpati akan nasibmu di sana
    serasa jasad dan roh kami sudah berada di sana
    kami doakan agar datang pertolongan dari Allah
    dengan dikirimkan tentera-tentera fisabilillah pilihan-Nya
    untuk membantu kamu
    andai tentera fisabilillah tidak datang
    kerana alasan yang diciptakan sendiri
    saudara seislammu yang ada di seluruh dunia
    membaculkan diiri melihat saja
    negaramu dibedil di setiap penjuru
    Kiamatlah dunia ini kerana
    bumi sedang membara-bara marahnya
    kerana dihuni oleh semua manusia
    yang berhatikan kebinatangan
    malah binatang lebih mulia lagi
    sesama sendiri tolong menolong bantu membantu
    untuk mempastikan rimba mereka aman dan sejahtera

    Ya Allah Kau bukakan hati para Tentera Fisabilillah-Mu
    tak kira di mana mereka berada untuk membela
    saudara seislamku di bumi Mesir Bumi Para Ambia
    AAmiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

    RATU RIMBA NIAGARA
    1 Zulkaedah 1434H
    7 September 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PEJUANG-PEJUANG FISABILILLAH DI SELURUH DUNIA AGAR TERBUKA HATI UNTUK MENYELAMATKAN BUMI MESIR BUMI PARA AMBIA YANG TERCINTA AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)·

    PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    19 Zullhijjah 1434H
    24 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara BALASLAH SIRATURAHIM KAMI DENGAN RAHMAT KASIH-MU SAMPAI SYURGA AAMIIN

    SABARLAH ADUHAI PANGLIMA AYAHANDA PANGERAN NUR ADUKA
    TANDA ORANG BERJAYA
    DIA PASTI DIUJI
    SAMADA BOLEH SABAR ATAU TIDAK
    MAKANYA AMBILLAH JALAN KESABARAN
    ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG YANG SABAR
    YANG PANGLIMA AYAHANDA MESTI FOKUSKAN
    ADALAH MATLAMAT AYAHANDA DALAM HIDUP SEBELUM TERPEJAM MATA BUAT SELAMANYA
    MAKANYA AMBILLAH SEGALA PELUANG YANG BAIK
    KE ARAH SEGALA KEBAIKAN
    CANTAS SEGALA NEGATIF
    AMBIL SEGALA YANG POSITIF
    ANGGAPLAH MEREKA YANG DENGKI KHIANAT DENGAN
    PANGLIMA AYAHANDA ADALAH SAHABAT YANG MAHU SEGERA KITA BERJAYA KERANA DIA YANG NAMPAK KELEMAHAN KITA KAWAN BAIK TAK AKAN NAMPAK KELEMAHAN KITA SEMUANYA MEMUJI DAN TAK SEMUA PUJIAN ITU IKHLAS KERANA KEIKHLASAN HANYA ALLAH YANG TAHU KITA DAN SEMUA ORANG TAK TAHU
    ASALKAN KITA SENTIASA BERSANGKA BAIK SAJA DENGAN MEREKA SEMUA
    SEKARANG NI FIKIRKAN STRATEGI BARU BAGAIMANA MAHU BERUBAH UNTUK MENJADI KHALIFAH ALLAH YANG LEBIH BERMAKNA DI SISI-NYA DAN SALING BERBUAT KEBAJIKAN DENGAN SEMUA HAMBA-NYA
    PASTI TENANG JIWA PANGLIMA AYAHANDA PANGERAN ADUKA ...
    SETENANG AIR DI KALI SYURGA...
    TAK PERCAYA CUBA AYAHANDA GUNAKAN BAHASA PAHLAWAN PANGLIMA AYAHANDA PANGERAN NUR ADUKA BAHASA YANG TEGAS TAPI DI DALAM NYA ADA MESEJ-MESEJ MENYAPA LEMBUT HATI YANG MENDENGARNYA BAK ANGIN SEPOI-SEPOI BAHASA DARI SYURGA. INGAT TAK PANGLIMA AYAHANDA PANGERAN NUR ADUKA BERLAGU INDAH...BEGINI BUNYINYA

    TUAI PADI ANTARA NAMPAK
    ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
    INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
    ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN

    TANYA SAMA POKOK
    APA ASAL SAYANG
    NANTI JAWAB POKOK
    KASIHKU MELAYANG
    TAPI PERJUANGANKU TETAP KOKOH
    SEKOKOH POKOK KETAPANG

    NAK FITNAH AKU SILAKAN
    NAK HINA AKU SILAKAN
    NAK UMPAT KEJI AKU SILAKAN
    TERIMA KASIH KUUCAPKAN
    KERANA KAU SEORANG DERMAWAN
    MENYEDEKAHKAN PAHALAMU PADAKU
    DI AKHIRAT NANTI KU TAK TUNTUT HARTAMU
    TAPI KUTUNTUT PAHALA DARIMU ATAS PENGHINAAN
    JIKA KAU MUFLIS AKHIRAT JANGAN SALAHKAN AKU
    APAPUN KU UCAPKAN TERIMA KASIH DUHAI INSAN
    YANG BERMURAH HATI MEMBERIKU PAHALAMU

    YA ALLAH AKU HAMBAMU YANG LEMAH
    AMPUN KAN AKU
    KERANA KEKURANGANKU MEREKA MENNGUMPATKU
    MAKANYA AMPUNKAN MEREKA JUGA KERANA
    MEREKA JAHIL TENTANG PEMBALASAN HARI AKHIRAT
    JIKA MEREKA TAHU BETAPA BERNILAINYA PAHALA DI AKHIRAT TENTUNYA MEREKA TIDAK AKAN
    MENFITNAHKU
    MENGUMPATKU
    MENGHINAKU
    MALAH AKAN BERTALISIRATURRAHIM DENGANKU
    KERANA TALISIRATURAHIM ADALAH PERKARA YANG KAU SUKA YANG AKAN MEWANGIKAN KUBURKU
    MAKANYA WANGIKAN SILATURAHIM KAMI DALAM RAHMAT KASIH-MU HINGGA KE SYURGA- MU
    YA ALLAH SESUNGGUH-NYA AKU SAYANG
    SESUNGGUH SAYANG SEMUA
    SAUDARA SEISLAMKU TANPA TERKECUALI
    BALASLAH KASIH SAYANG KAMI INI
    DENGAN RAHMAT KASIH-MU SAMPAI SYURGA
    AAMIIN AAMIIN AAMIIN
    YA RABBAL A'LAMIIN

    RATU RIMBA NIAGARA
    (MUHASABAH UNTUK DIRIKU SENDIRI DAN KUKONGSIKAN KEPADA SEMUA SAUDARA SEISLAMKU YANG KUSAYANGI DUNIA AKHIRAT AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'ALAMIIN)
    30 Syawal 1434H
    6 September 2013M

    PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    19 Zullhijjah 1434H
    24 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara MOGA SAMPAI AKHIR HAYAT KITA PERJUANGKAN CITA-CITA MOYANG DAN ANAK CUCU KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    Sri Pemangku Adat likes this.

    Sri Pemangku Adat drpd. Karaton Nusantara kami mewakili YTM Sri Pemangku Adat memberikan ucapan syabas dan terima kasih atas karya-karya YM Ratu Rimba Niagara, Amin Ya Allah.

    Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. Terima kasih atas doanya YM Sri Pemangku Adat. Moga Allah makbulkan semua doa moyang hulubalang kita, moyang raja-raja kita, raja dan rakyat kita dan roh-roh anak cucu kita walaupun mereka belum dilahirkan ke dunia atau pun selepas ketiadaan kita di dunia. Kita berasal dari alam roh dan akan pulang ke alam roh juga makanya sebelum pulang bertemu-Nya kita hidup suburkan roh-roh kita dan roh-roh bakal anak cucu kita agar bersama kita dapat berkumpul di Syurgawi memandang Wajah Allah Azzawajallah. In Sha Allah Aamiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    WAHAI JIWA YANG TENANG...

    surat Ar-Rad : 28:

    “Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”

    (wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masukah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).

    BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH

    Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
    (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    DUNIA YANG HINA

    Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
    (Riwayat al-Tirmizi)

    UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA UNTUK SEMUA YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI DUNIA AKHIRAT SAMADA YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI ..SEMOGA SEGALA NIAT MURNI DAN DOA YANG DIUKIRKAN DI DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA DIMAKBULKAN ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
    29 Syawal 1434H
    5 September 2013

    (PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU PUJANGGA CINTA 5 BENUA)
    29 Syawal 1434H
    5 September 2013M

    PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    19 Zullhijjah 1434H
    24 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara HULUBALANG DIRAJA NUSANTARA AKAN PERTAHANKAN INSTITUSI DIRAJA MELAYU NUSANTARA

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Bersatulah Melayu sedunia,
    Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

    Pendekar melayu menjadi sanjungan,
    Dulu kini dan selamanya;
    Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
    Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.

    Melayu sakit semuanya sakit,
    Kerana jiwa melayu berakar umbi;
    Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
    Itulah bukti melayu sudah satu hati.

    Melayu pencetus kebangkitan ummah,
    Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
    Pendekar melayu akan satukan ummah,
    Kerana mahu mati dalam fisabilillah.

    Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
    Anak jantan melayu pantang dicabar;
    Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
    Nyawa jadi taruhan jika dicabar.

    Melayu hina melayu kepantang melayu,
    Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
    Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
    Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.

    Melayu kuat kerana bersatu,
    Kutuk mengutuk hina menghina;
    Bukan jiwa pendekar melayu,
    Yang ada membela yang teraniaya.

    Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
    Raja sekarang selalu muafakat;
    Muafakat Raja bersama rakyat,
    Raja dan rakyat hidup penuh berkat.

    Hulubalang sultan sedia berbakti,
    Pada raja berjiwa hamba-Nya;
    Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
    Laksamana lambang kepahlawanan sejati.

    Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
    Raja dan rakyat saling menyanjungi;
    Kata sepakat semua rumpun melayu,
    Barulah mengundang Rahmat Kasih Ilahi.

    Melayu oh! melayu
    Perwira oh! perwira
    Pahlawan oh! pahlawan
    Pendekar oh! pendekar
    Laksamana oh! laksamana
    Hulubalang oh! hulubalang

    Berjuanglah kalian
    Hingga ke titisan darah terakhir
    Fisabilillah lah kamu jangan jemu
    Syahidmu di medan juang
    Allah sayang padamu
    Syurga Firdausi tempatmu
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
    Syahid ke jalan-Nya
    Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
    Aku bangga denganmu
    Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
    Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
    Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    29 Syawal 1434H
    5 September 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR BERGELAR HULUBALANG DIRAJA NUSANTARA)

    like · · Promote · Share
    Rasid Nodin, Iwan Tirta, Kiddzharai Seven Fold and 3 others like this.

    Iwan Tirta Amin Allahuma Amin Yaa Robbal A'lamiiin.

    Iwan Tirta Kami Kesatria Rimba Niagara Akan Selalu Siap Membantu, Menjaga Dan Melindungi Yang Mulia Ratu Rimba Niagara Sang Puteri Yang Dikatakan Hilang Itu.. AMIN AMIN ALLAHUMA AMIN.

    Ratu Rimba Niagara AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin. Jasa baik para kesatria semua amat beta hargai sampai hujung nyawa beta. In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    19 Zullhijjah 1434H
    24 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara JAMBANGAN BUNGA UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KESATRIA SEMUA.

    TERIMA KASIH DUHAI KESATRIA DIRAJA NUSANTARAKU,
    SOKONGANMU MEMANG KUNANTIKAN,
    KERANA KAU PENIUP OBOR API PERJUANGANKU,
    TANPA SOKONGANMU SASTRAKU DI PINGGIRAN.

    KETULUSAN HATIMU AMAT KUHARAPKAN,
    CINTA IBU PERTIWI BUKAN GURAUAN,
    KUBERBAKTI BUKAN HARAP BALASAN,
    HANYA SEGUGUS DOA TANDA INGATAN.

    DI TUGU INGATAN CINTA KITA BERSEMI,
    JURAIAN AIR MATA BERGUGURAN,
    DIIRINGI DOA RESTU TANDA MENCINTAI,
    PADA KESATRIA YANG GUGUR DALAM PERJUANGAN.

    HIDUP ADALAH SATU PERJUANGAN,
    TAKKAN BERHENTI SELAGI NYAWA ADA,
    KEPADA SEMUA JASAMU DALAM KENANGAN,
    KULIPAT KEMAS DIHATI SELAGI HAYAT KU ADA.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    5 SEPTEMBER 2013
    29 SYAWAL 1434h

    (PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    28 Syawal 1434H
    4 September 2013M

    PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    19 Zullhijjah 1434H
    24 Oktober 2013M
  • Ratu Rimba Niagara RAKYAT SENTIASA MENJUNJUNG KASIH DITAATI SEGALA TITAH

    Daulat Tuanku...

    Raja adil raja disanjung
    Raja mengasihi rakyat raja disayang

    Rakyat sentiasa menjunjung kasih
    Ditaati segala titah

    Raja dan rakyat tak akan terpisah
    Saling bekerjasama demi memakmurkan
    Hidup dalam negara yang aman lagi permai

    Elok rupa elok bahasa
    Bahasa istana penuh santun
    Raja dan rakyat saling berbahasa
    Membudayakan sentiasa bahasa nan santun

    Raja dan rakyat berpisah tiada
    Saling kasih mengasihi demi meraih Rahmat Ilahi
    Aman damailah negeri diperintah
    Raja yang mementingkan rakyat
    Daripada kepentingan sendiri

    Moga Allah merahmati hidup dan mangkat tuanku
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

    Sembahan gurindam dari patik,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    Malaysia/Indonesi/Brunei/Singapura/Thailand
    24 Jun 2013

    PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    19 Zullhijjah 1434H
    24 Oktober 2013M

(PETIKAN DARIPADA WALL KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH & RATU RIMBA NIAGARA)
19 Zulhijjah 1434H
24 Oktober 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;