Thursday, 25 August 2011 0 comments

YA ALLAH MATIKAN AKU DALAM KALIMAH SYURGAMU


YA ALLAH MATIKAN AKU DALAM KALIMAH SYURGAMU
LAAILLAAHAILLAALLAHMUHAMMADARRASULLAH
by Rabeah Mohd Ali on Thursday, August 25, 2011 at 10:02pm


Kebaikanku bukan untuk mendapat pandangan manusia
tapi redha Allah yang kuharapkan.

Ketidaksempurnaanku dalam apa jua perbuatan dan
tutur kata kumohon pada semua manusia agar maafkan
aku dan mohon Allah ampunkan aku segala kesalahanku
sepanjang aku hidup di dunia ini.

Moga manusia maafkan aku dan Allah ampunkan aku
kerana aku mahu mati tanpa ada permusuhan dengan manusia
dan dimurkai Allah selama aku berhidup di muka bumi ini.

Ya Allah jika kuberhidup di muka bumiMu ini hanya untuk
menyakitkan hati manusia dan berniat jahat pada mereka ...
kau ambillah nyawaku ...

Ya Allah telah kuserahkan segala jiwa ragaku padaMu...
hidup matiku hanyalah untukMu.
Kupasrah segala takdir yang telah Kau tentukan padaku.

Ya Allah ....hanya Kau Yang Maha Tahu siapa aku...
cuma yang ku mohon padaMu sebelum Kau menjemputku...
matikan aku dalam kebaikan dan dapat mengucap kalimah SyurgaMuu
LaaillahaillaAllahMumaddarRasullullah.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya:  Rha NS
25 Ramadhan 1432H
25 Oogos 2011
0 comments

ROH PERLUKAN AMALAN YANG DITERIMA ALLAH



Apabila kita bercakap tentang roh
sebenarnya roh sesama roh
sedang berkomunikasi
walaupun pada  ketika itu
kita berada  dalam keadaan normal.

Kenapa harus takut apabila  bicara tentang roh?
Mahu tak mahu kita akan bergelar roh!
Cuma tak tahu bilakah
tarikhnya,
harinya,
saatnya dan detik bila?

Pabila bercakap tentang roh…
Dikatakan seram sejuk… takut!
Seram sejuk takut di dunia ini
boleh diselimuti….
Tapi seram sejuk di alam kubur?
Jawapannya roh perlu diselimuti
amalan yang diterima Allah.


Karya:  Rha NS
17 Jun 2011

0 comments

YANG AKU CARI



Yang kucari sahabat akhirat
bukan kawan dunia

Kenapa?
Apa bezanya
sahabat akhirat  dengan  kawan dunia?

Memang banyak bezanya
Seperti langit dengan bumi

Apa maksudnya?
Kawan dunia  membuat hati jadi leka
sahabat akhirat menjadi
penghubungku  ke akhirat

Hidup semuanya
berdasarkan  akhirat
kerana mahu tidak mahu
hidup di dunia
akan menuju akhirat

Sebab itu pentingnya
sahabat akhirat
menjadi pendampingku
agar hidup ini
terarah ke akhirat

Ya Allah kami bersahabat
dan bertalisiraturrahim
semuanya keranaMU
agar kami saling ingat
mengingat tentang negeri
yang kekal abadi
negeri akhirat

Selagi nafas ini
dipinjamNya
hari-hari fikirkan akhirat
hari ini apa yang terlalai

Selalu salahkan diri sendiri
Kenapa aku masih lalai?
Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
Kenapa tak mahu berubah?
Sedangkan negeri akhirat
selangkah lagi akan kutempuhi

kerana aku tidak mahu
penyesalan tanpa tertebus!

Amat malang kiranya
sampai ke negeri akhirat
tanpa amalan yang dikira
di sisi Allah Taala dan kalau
ada amalan tetapi ditolak
tanpa disedari
rugi juga
yang penting setiap
amalan ikhlas
kerana Allah Taala

Ya  Allah terimalah amalanku,
ahli keluargaku, sahabat-sahabatku 
dan orang-orang  Islam samada hidup
dan  yang telah meninggal dunia.
Amin Ya Rabbal A’ lamin.

Karya:  Rha NS
26 Febuari 2011
  

0 comments

MOGA KARYAKU KARYAMU ADA NILAIAN DI SISINYA



Sahabatku dunia akhirat yang kusayangi ...
ku nggak bisa tulis walaupun sebaris ayat kecuali dengan izinNya...
justeru kubersyukur dengan KurniaanNya ini ...
dan tanggungjawabku untuk berkongsi apa yang diKurniakan semampu boleh
selagi hayat ada dikandung badan...
Ya Allah Kau Maha Pemurah Kau Maha Pemberi Kau Kurniakan Ilham Yang Ada
Nilaian Di SisiMu kepada sahabatku Mahabbah El-ahMead agar dapat menjadi
saham akhirat yang tidak putus-putus ...yang mana sebezar zarahpun akan
dinilaiMu seadilNya.

Sinarkan Nur Hidayah KasihMU padaku dan semua sahabat seperjuanganku
dan yang membaca karya-karyaku karya-karya sahabat-sahabatku yang kukasihi
seumur hidupku.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya:  Rha NS
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
0 comments

YANG KUTAKUTI APABILA DI HUJUNG HAYATKU NANTI




Sebagai manusia biasa yang ada naluri ingin kelihatan cantik
bergaya di pagi raya dan meraikankan Hari Raya Yang Mulia
memang tidak dapat dipisahkan termasuk juga aku...
selagi ada naluri tanyalah pada siapapun yang mempunyai naluri
yang ingin indah di pagi raya jawapannya mesti sama...
biarlah segala amalan tersembunyi hanya Allah saja yang tahu
isi hati hambaNya.

Ketahuilah Allah menilai dan menerima hambaNya di kala penghujung
hayat hambaNya.  Dan aku amat takut di penghujung hayatku aku
tertolak menjadi hambaNya yang tidak diterima disebabkan keegoaan
tika berdakwah kerana kurasakan akulah yang sempurna imanku sedangkan
tiada nilaian di sisi Allah kerana sifat bangga pada ilmu  yang cuma
setitis ini. Itulah yang paling kutakuti ..
Sedangkan mereka yang awalnya hidup penuh dengan kelalaian di penghujung
usia penuh dengan kebaktian yang ikhlas diterima Allah. 
Moga aku sentiasa diberi Allah pertunjuk dalam menuju jalan redhaNya.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya: Rha NS
25 Ramadhan 1432H
25 Ogos 2011 
0 comments

FAHAMI DAKU DEMINYA



Terima kasih rakan seperjuanganku ...
kerana sudi menghargai karyaku...
biarpun agamaku agamamu berbeza tapi kau masih sudi
memahami apa yang tersirat di kalbuku ini.

Ketahuilah kau ...pabilaku berkarya aku tak boleh pisahkan
karyaku dengan Tuhanku aku tak tahu kenapa...
sedangkan aku bukanlah orang yang arif dalam agama cuma
dari kecil aku minat sangat dengan agamaku...
apa yang kulihat dan dengar kufikir dalam benak hatiku...
aku berkata-kata dengan kalbuku disamping aku suka menghadiri
majlis ilmu dan mendengar yang baik-baik ...
tentang agamaku tentang kebaikan Rasulku dan kebaikan manusia
yang suka berbuat baik...
Aku bersyukur pada Tuhanku kerana...
aku bukanlah orang baik tapi bercita-cita menjadi orang
yang baik pada semua manusia dan baik kepada Tuhanku.
Hingga saat ini aku masih memburu kasih Tuhanku...
Moga bulan Ramadhan yang mulia ini Allah membalas cintaku
padaNya itulah yang aku impikan sepanjang hanyatku.
Harap kau memahami ... aku tidak boleh terima hujah agamamu
kerana hidup matiku telah kupasrahkan pada Tuhanku...
jangan sesekali kau berkecil hati andainya aku menjauhkan diri
darimu bukanlah aku membencimu tapi aku mahu ketenangan abadi
roh dan jasadku.

Pengertian darimu duhai rakanku yang amat kuhormati amat
tersanjung di hati.

Jika persahabatan kita kekal kudoakan kau mendapat
sinar hidayah kasih dari Tuhanku...
andai kata tidak kekal persahabatan kita ...
kumohon jutaan maaf .
Kuharap kau memahami aku demiNya.

Karya:  Rha NS
25 Ramadhan 1432H
25 ogos 2011
0 comments

MOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA KEBAIKANMU SAHABATKU



Moga Allah membalas segala kebaikkanmu sahabatku..
aku amat memahami apa yang kamu rasai tika berbuka
dengan anak yatim...kerana aku pernah mengalami saat manis itu...
masih segar dalam ingatanku tika mereka merasai masakan dariku...
kuberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yatim dan
mereka membalasnya dengan setulusnya.
Dirasakan tika itu kami tidak boleh berpisah lagi...
tapi apa kan daya keadaan tidak mengizinkan tika itu...
justru aku ada menyimpan impian andai satu masa di izinkan Allah
aku mahu mengulangi saaat indah bersama mereka...InsyaAllah


Karya:  Rha NS
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
0 comments

SYUKURKU SYUKURMU




ALHAMDULILLAH YAA ALLAH masih bisa ku melakukan kewajibanku hari ini,,
karunia yang begitu indah dengan masih Kau bangunkan aku dari tidurku,,
masih Kau berikan nafas dalam bangunku,,Alhamdulillah,,masih Kau beri
kesempatan aku bersujud dan bersimpuh di hadapanMU,,
Alhamdulillah,,untuk nikmatmu yang...

August 21 at 6:11am · Unlike · · Share

You, Athaya Nabila and 10 others like this.

Rabeah Mohd Ali :

Syukur Alhamdulillah Kau masih memberiku kesempatan Ya Allah
NikmatMu Yang Sebanyak-banyakNya padaku kuSyukuri
Biarpun Hanya Kau saja yang tahu siapa aku
Yang kumahukan redhaMu mengiringi perjalanan hidup matiku.
Justeru berilah aku kekuatan dan kecekalan ketakwaanku padamu Ya Allah.
Tiada daya dan uapayaku melainkan dengan izinMu Tuhan.

August 21 at 6:26am · Like · 1 person

Athaya Nabila:

Terima kasih Bundaku,,dan semoga sekecil apapun nikmatNYA
dapat membuatku dan semua tetap mensyukurinya,,karena kadang
aku lupa bersyukur kala cobaanNyA membuatku terpuruk ,,
membuatku menangis,,aku hanya meminta dan meminta ,,
lupa bahwa cobaan NYA hanyalah sebagian keciL dari banyaknya
nikmat yang terasa,,,Bunda Rabeah Mohd Ali,,temanilah nanda,,
dan ingatanlah nanda,,,untuk selalu,,merasa dan bersyukur atas
nikmat dan karuniaNya yang tiada habisnya,,karena nanda masihlah
manusia yang begitu banyak dosa yang perlu bimbingan untuk lebih
dekat akan ,,,ALLAH TUHANKU,,,

August 21 at 6:51am · Unlike · 1 person


Athaya Nabila ?Puspa Kayla Saputra,,Noor Azirah,,Hamed Valrakhbia,,
Bunda Rabeah Mohd Ali,,selamat menikmati indahnya ramadhan hari ini,,,

August 21 at 6:55am · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Nanda Nabila kusayangmu keranaNya...biarpun kita tak pernah ketemu...
biarpun suaramu suaraku difahami melalui bahasa kalbu dan disampaikan
melalui dengan Kebesaran KuasaNya di alam maya terasa wujudNya ada
dekat bersama kita...sama-samalah kita mohon terpilih menjadi hambaNya
yang sentiasa bersyukur apa adanya...tak kira di mana saja....dalam
keadaan apa jua pun...syukur...syukur...dilafazkan syukur padaNya
hingga terhenti nafas.

August 21 at 7:18am · Like · 1 person


Athaya Nabila Dan semogalah Allah menjadikanku hambaNYa yang selalu
mengingat dan mengagungkanNya dalam setiap hembusan nafas dan disetip
detak jantungku sampai semua terhenti.

August 21 at 10:05am · Like - 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Aku pun mahu sepertimu sahabat dunia akhiratku.
Bersama berair mata dalam rindukanNya terlalu amat mendalam.
Menyebut NamaNya Yang Maha Agung buat hatiku syahdu rindu-rinduan
selalu hingga berjuraian air mata...moga dengan juraian air mata
ini akan memadamkan api neraka...moga dengan juraian air mata ini
akan menghapuskan segala dosa...moga dengan juraian air mata ini
aku bisa boleh berbuat kebaikan yang diredhaiNya....
moga dengan juraian air mata ini Allah balas CintaNya padaku...
pada kamu dan semua yang ingin bercinta denganNya....
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


August 21 at 10:26am · Like · 1 person


Athaya Nabila Amin Karena saksiku saksimu dialam dunia adalah
air mata tangis dalam doa yang meminta ampun akan dosa-dosa dalam
lisanku lisanmu serta kemana langkahku langkahmu..

August 21 at 10:52am · Like

Athaya Nabila Terima kasih Ya Allah Kau berikan juga aku sahabat
sebaik Bunda..dengan tutur kata yang selalu mengagungkan NamaMU..
tuk sama-sama MemujaMU

August 21 at 12:01pm · Like


Rabeah Mohd Ali:

Syukur Ya Allah aku diketemukan dengan hambaMu yang sesejuk
salju hatinya menerima segala yang baik datangnya dariMu..
pilihlah aku...pilihlah dia menjadi hambaMu yang sentiasa
MengagungkankanMu hingga terhenti nafas kami.
Amin Ya Rabbal A'Lamin

August 21 at 8:05pm · Like · 1 person


Athaya Nabila AMIN YAA RABBAL'ALAMIN Terima kasih bunda sayang..
rasa sedih ..kan terobati dengan memujaNYa...mengagungkanNYa
bersama-sama bunda....apalah arti kesedihan dunia...

August 21 at 9:33pm · Like


Athaya Nabila karena kesedihan dunia tiada artinya. Bunda..
gandeng dan pegang erat tangan nanda untuk melangkah ketangga
tangga kebaikan dunia dan akhirat..

August 21 at 9:39pm · Like


Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin

August 21 at 10:31pm · Like · 1 person


 Athaya Nabila Amin amin yaa rabbal'alamin


August 21 at 10:42pm · Like


Athaya Nabila ?Prahesti Widyaningrum,,Ibundanikita Nikita,
Tyalta Quintania ,Becche Anuna Bacho,,Nury Rasuly,,makasih
sudah mau mampir dengan likenya,,semoga hari ini lancar
puasanya,,amin

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
21 Ogos 2011
21 Ramadhan 1432H


0 comments

NANDA KUSAYANGMU KERANANYA



Nanda Nabila kusayangmu keranaNya...
biarpun kita tak pernah ketemu....
biarpun suaramu suaraku difahami
melalui bahasa kalbu dan disampaikan
melalui dengan Kebesaran KuasaNya
di alam maya terasa wujudNya ada
dekat bersama kita...
sama-samalah kita mohon terpilih
menjadi hambaNya yang sentiasa
bersyukur apa adanya...
tak kira di mana saja....
dalam keadaan apa jua pun...
syukur...syukur...
dilafazkan syukur padaNya hingga terhenti nafas.

Karya:  Rhas NS
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
0 comments

SYUKUR AKU DIKETEMUKAN DENGAN HAMBAMU INI



Syukur Ya Allah aku diketemukan dengan hambaMu
yang sesejuk salju hatinya menerima segala yang
baik datangnya dariMu..pilihlah aku...pilihlah dia
menjadi hambaMu yang sentiasa MengagungkankanMu
hingga terhenti nafas kami. Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya: Rha NS
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011


0 comments

SYUKUR ALHAMDULILLAH



Syukur Alhamdulillah Kau masih memberiku kesempatan Ya Allah
NikmatMu Yang Sebanyak-banyakNya padaku kuSyukuri
Biarpun Hanya Kau saja yang tahu siapa aku
Yang kumahukan redhaMu mengiringi perjalanan hidup matiku.
Justeru berilah aku kekuatan dan kecekalan ketakwaanku padamu Ya Allah.
Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izinMu Tuhan.

Karya: Rha NS
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
0 comments

SYUKUR YA ALLAH



Sahabatku...
Hidupmu...
Penuh dengan bunga-bunga cinta

Menyemai cinta sesuci
cintamu pada Allah

Kata-katamu bak mutiara
Yang seharusnya kukutip
Sebagai bekalan di Alam Sana

Syukur Ya Allah
Kau kenalkan aku dengannya

Syukur Ya Allah
Kau bukan hatinya untuk mengasihiku

Syukur Ya Allah
Kau sinarkan hidayah kasihMu padanya

Lalu...
Sinar hidayah kasihMu itu padanya

Dengan izinMu
Dengan kehendakMu

Nur hidayah kasihMu itu
terus menerangi hati-hati
yang duka suram kelam
tanpa arah tujuan
kini...
bercahaya dalam iman dan takwa

Syukur Alhamdulillah
KurniaanMu padaku
Sabahat dunia akhirat sepertinya

Karya:  Rha NS
23 Ramadhan 1432H
23 Ogos 2011
0 comments

MOGA DENGAN JURAIAN AIR MATA INI


Aku pun mahu sepertimu sahabat dunia akhiratku.
Bersama berair mata dalam rindukanNya terlalu
amat mendalam.Menyebut NamaNya Yang Maha Agung
buat hatiku syahdu rindu-rinduan selalu hingga
berjuraian air mata...
moga dengan juraian air mata ini akan memadamkan api neraka...
moga dengan juraian air mata ini akan menghapuskan segala dosa...
moga dengan juraian air mata ini aku bisa boleh berbuat kebaikan yang diredhaiNya....
moga dengan jurauan air mata ini Allah balas CintaNya padaku...
pada kamu dan semua yang ingin bercinta denganNya...
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya:  Rha NS
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
Monday, 22 August 2011 0 comments

SENYUMAN IKHLAS



Senyuman ikhlas... bila kita senyum
mata pun turut tersenyum.

Senyuman ikhlas... hati tenang
bak hidup tiada tekanan.

Senyuman ikhlas ada pahala,
Mengungkap kata tersusun indah;
Menyakiti hati mengundang dosa,
Mengungkap kata penuh berhelah.

Senyuman ikhlas hati tenang,
Hidup bak tiada beban;
Berkata baik pendengar tenang,
Terjalin sudah sebuah persahabatan.

Karya : Rha NS
15 Jun 2011
3 hours ago · Like · · Unsubscribe

Desinta Mahadewi, Mahabbah El-ahMead and Marina Mustaffa like this.
0 comments

SYUKUR ALHAMDULILLAH




Syukur Alhamdulillah Kau masih memberiku kesempatan Ya Allah
NikmatMu Yang Sebanyak-banyakNya padaku kuSyukuri
Biarpun Hanya Kau saja yang tahu siapa aku
Yang kumahukan redhaMu mengiringi perjalanan hidup matiku.
Justeru berilah aku kekuatan dan kecekalan ketakwaanku padaMu Ya Allah.
Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izinMu Tuhan.

Karya: Rha NS
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
0 comments

SYUKUR YA ALLAH



Sahabatku...
Hidupmu...
Penuh dengan bunga-bunga cinta

Menyemai cinta sesuci
cintamu pada Allah

Kata-katamu bak mutiara
Yang seharusnya kukutip
Sebagai bekalan di Alam Sana

Syukur Ya Allah
Kau kenalkan aku dengannya

Syukur Ya Allah
Kau bukakan hatinya untuk mengasihiku

Syukur Ya Allah
Kau sinarkan hidayah kasihMu padanya

Lalu...
Sinar hidayah kasihMu itu padanya

Dengan izinMu
Dengan kehendakMu

Nur hidayah kasihMu itu
terus menerangi hati-hati
yang duka suram kelam
tanpa arah tujuan
kini...
bercahaya dalam iman dan takwa

Syukur Alhamdulillah
KurniaanMu padaku
Sabahat dunia akhirat sepertinya.

Karya:  Rha NS
23 Ramadhan 1432H
23 Ogos 2011
0 comments

SYUKUR AKU DIKETEMUKAN DENGAN HAMBAMU INI



Syukur Ya Allah aku diketemukan dengan hambaMu
yang sesejuk salju hatinya menerima segala yang
baik datangnya dariMu..pilihlah aku...pilihlah dia
menjadi hambaMu yang sentiasa MengagungkanMu
hingga terhenti nafas kami.
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya: Rha NS
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
0 comments

HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

HARGAI KEMERDEKAAN!  MERDEKA SELAMANYA!
by Rabeah Mohd Ali on Monday, August 22, 2011 at 9:21am

Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

Salam Kemerdekaan & Salam Aidilfitri dariku untukmu
dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tungku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!


Karya: Rha NS
22 Ramadhan 1432H
22 Ogos 2011
0 comments

BIARPUN KAU TELAH TIADA

BIARPUN KAU TELAH TIADA
by Rabeah Mohd Ali on Sunday, August 21, 2011 at 7:26pm

Rakan seperjuanganku yang telah tiada...
Biarpun ku tak pernah ketemuimu
Karyamu masih segar di hatiku
Kudoakan karya-karya yang kau tinggalkan
Ada nilaian di SisiNya dan
Menjadi bekalan akhiratmu yang berterusan
Moga rohmu tenang di Alam Sana


Biarpun kau telah bergelar aruah
Biarpun suaramu kau bawa bersamamu
Namun karya-karya yang kau tinggalkan
Masih bersuara tanpa jemu-jemu dihayati
Oleh seluruh penghuni bumi

Berehatlah rakan seperjuanganku
Kudoakan penat lelahmu
Allah membalas dengan balasan Syurga


Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya: Rha NS
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
(Al-Fatihah Buat Rakan Seperjuangan Penulis Tersohor
Malaysia Allahyarham Azizi Haji Abdullah)


.
0 comments

AKU TAK MAHU KEHILANGAN DAKWAT



Jangan jadi penyair
jika tak tahu bermetafora dan berrhima

kerana aku pandai bermetafora dan berrhima
justeru aku ternama sampai sekarang.

Renyukkankan ajelah
hasil penulisanmu itu
biarkan kubalingkan ke sungai
agar dakwatnya hilang
diresapi derasan sungai.

Kamu tak boleh jadi penyair
tulisanmu kaku
tak bermetafora
tak berrhima
kerana karya penyair
mesti seperti aku
penyair ternama
sudah mencipta nama.

Kamu tak layak
menjadi penyair
kamu penulis
jalanan
di bahu jalan
di tepi longkang!
Maka sedarlah dirimu siapa?

Aku sedar diriku siapa...
Tulisanku tak setandingmu
tulisanku kaku
tapi takkan kurenyukkan
takkan kubalingkan ke sungai
kerana aku tak mahu kehilangan dakwatnya
biarpun tak bermetafora  dan berrhima
asalkan aku bahagia dengan caraku bekarya
aku yakin pembaca di alam maya
sudi membaca karyaku
yang datang dari
sanubariku
dengan kasih dan sayang!
Mana tahu setelah  membaca
meresap ke jantung hati !
Itulah balasan cinta yang kuperolehi
dari pembaca kerana kuhadiah sejambak bunga kasih
berjambak-jambak memenuhi dewan hati
mewangikan hati-hati yang inginkan
hidayah kasih dariNya
itulah hadiahku untuk mereka
dan hadiah yang kuterima dari mereka
berkat hati yang berkasih sayang
dalam redhaNya.


Karya:  Rha NS
20 Jun 2011
 
;