Thursday, 25 August 2011

YANG KUTAKUTI APABILA DI HUJUNG HAYATKU NANTI




Sebagai manusia biasa yang ada naluri ingin kelihatan cantik
bergaya di pagi raya dan meraikankan Hari Raya Yang Mulia
memang tidak dapat dipisahkan termasuk juga aku...
selagi ada naluri tanyalah pada siapapun yang mempunyai naluri
yang ingin indah di pagi raya jawapannya mesti sama...
biarlah segala amalan tersembunyi hanya Allah saja yang tahu
isi hati hambaNya.

Ketahuilah Allah menilai dan menerima hambaNya di kala penghujung
hayat hambaNya.  Dan aku amat takut di penghujung hayatku aku
tertolak menjadi hambaNya yang tidak diterima disebabkan keegoaan
tika berdakwah kerana kurasakan akulah yang sempurna imanku sedangkan
tiada nilaian di sisi Allah kerana sifat bangga pada ilmu  yang cuma
setitis ini. Itulah yang paling kutakuti ..
Sedangkan mereka yang awalnya hidup penuh dengan kelalaian di penghujung
usia penuh dengan kebaktian yang ikhlas diterima Allah. 
Moga aku sentiasa diberi Allah pertunjuk dalam menuju jalan redhaNya.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya: Rha NS
25 Ramadhan 1432H
25 Ogos 2011 

0 comments:

Post a Comment

 
;