Thursday, 25 August 2011
FAHAMI DAKU DEMINYA
Terima kasih rakan seperjuanganku ...
kerana sudi menghargai karyaku...
biarpun agamaku agamamu berbeza tapi kau masih sudi
memahami apa yang tersirat di kalbuku ini.
Ketahuilah kau ...pabilaku berkarya aku tak boleh pisahkan
karyaku dengan Tuhanku aku tak tahu kenapa...
sedangkan aku bukanlah orang yang arif dalam agama cuma
dari kecil aku minat sangat dengan agamaku...
apa yang kulihat dan dengar kufikir dalam benak hatiku...
aku berkata-kata dengan kalbuku disamping aku suka menghadiri
majlis ilmu dan mendengar yang baik-baik ...
tentang agamaku tentang kebaikan Rasulku dan kebaikan manusia
yang suka berbuat baik...
Aku bersyukur pada Tuhanku kerana...
aku bukanlah orang baik tapi bercita-cita menjadi orang
yang baik pada semua manusia dan baik kepada Tuhanku.
Hingga saat ini aku masih memburu kasih Tuhanku...
Moga bulan Ramadhan yang mulia ini Allah membalas cintaku
padaNya itulah yang aku impikan sepanjang hanyatku.
Harap kau memahami ... aku tidak boleh terima hujah agamamu
kerana hidup matiku telah kupasrahkan pada Tuhanku...
jangan sesekali kau berkecil hati andainya aku menjauhkan diri
darimu bukanlah aku membencimu tapi aku mahu ketenangan abadi
roh dan jasadku.
Pengertian darimu duhai rakanku yang amat kuhormati amat
tersanjung di hati.
Jika persahabatan kita kekal kudoakan kau mendapat
sinar hidayah kasih dari Tuhanku...
andai kata tidak kekal persahabatan kita ...
kumohon jutaan maaf .
Kuharap kau memahami aku demiNya.
Karya: Rha NS
25 Ramadhan 1432H
25 ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment