Monday 22 August 2011

AKU TAK MAHU KEHILANGAN DAKWAT



Jangan jadi penyair
jika tak tahu bermetafora dan berrhima

kerana aku pandai bermetafora dan berrhima
justeru aku ternama sampai sekarang.

Renyukkankan ajelah
hasil penulisanmu itu
biarkan kubalingkan ke sungai
agar dakwatnya hilang
diresapi derasan sungai.

Kamu tak boleh jadi penyair
tulisanmu kaku
tak bermetafora
tak berrhima
kerana karya penyair
mesti seperti aku
penyair ternama
sudah mencipta nama.

Kamu tak layak
menjadi penyair
kamu penulis
jalanan
di bahu jalan
di tepi longkang!
Maka sedarlah dirimu siapa?

Aku sedar diriku siapa...
Tulisanku tak setandingmu
tulisanku kaku
tapi takkan kurenyukkan
takkan kubalingkan ke sungai
kerana aku tak mahu kehilangan dakwatnya
biarpun tak bermetafora  dan berrhima
asalkan aku bahagia dengan caraku bekarya
aku yakin pembaca di alam maya
sudi membaca karyaku
yang datang dari
sanubariku
dengan kasih dan sayang!
Mana tahu setelah  membaca
meresap ke jantung hati !
Itulah balasan cinta yang kuperolehi
dari pembaca kerana kuhadiah sejambak bunga kasih
berjambak-jambak memenuhi dewan hati
mewangikan hati-hati yang inginkan
hidayah kasih dariNya
itulah hadiahku untuk mereka
dan hadiah yang kuterima dari mereka
berkat hati yang berkasih sayang
dalam redhaNya.


Karya:  Rha NS
20 Jun 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;