Saturday 8 April 2017 0 comments

KARYAKU DUNIAKU (400) SESETIA OMBAK PADA PANTAI


KARYAKU DUNIAKU (400) SESETIA OMBAK PADA PANTAI

CINTAILAH  AKU SESETIA OMBAK PADA PANTAI
CINTAILAH AKU SEBAGAIMANA SETIANYA OMBAK MENGHEMPAS PANTAI!
Semuanya sudah dalam pengetahuan Allah SWT sudah tercatat di Lauhmahfuz Aamin
 
 
 
 
 

SETEGA ITU CINTAKU KAU PERSIAKAN!
Kenangan Anda di Facebook
Ratu Rimba Niagara, kami prihatin tentang anda dan kenangan yang anda kongsi di sini. Kami fikir anda ingin melihat kembali selepas ini dari 5 tahun lalu.
Ratu Rimba Niagara telah berkongsi foto Checkinntv.
13 jam
pada ombak kuseru namaMu

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen

Ratu Rimba Niagara mengirim dalam 13 kumpulan.

  • Ratu Rimba Niagara telah berkongsi foto Checkinntv.
    13 jam
    cintaku diheret ombak rindu

    SukaTunjukkan lagi reaksi
    Komen


    Ratu Rimba Niagara telah berkongsi foto Checkinntv.
    13 jam
    rindu di perdu rindu

      Ratu Rimba Niagara telah berkongsi foto Checkinntv.
      13 jam
      cintaku berada dalam bara gelombang ombak mengganas!

      SukaTunjukkan lagi reaksi
      Komen


      Ratu Rimba Niagara telah berkongsi foto Checkinntv.
      13 jam
      KULARUTKAN CINTA DI OMBAK RINDU

      SukaTunjukkan lagi reaksi
      Komen
      Komen

    CINTAILAH AKU SESETIA OMBAK PADA PANTAI (BHG 1)

    Kasih yang terkasih
    aku tak tahu bagaimana hendak kuluah hatiku ini
    sejujurnya kukatakan aku amat-amat mencintaimu
    biarpun kutahu terlalu amat payah untuk kau membalas cintaku
    mungkin kau masih tercari-cari cinta yang sebenar siapakah yang layak bertahta di hatimu ...
    begitu lama aku menanti jawapanmu itu
    Ombak rindulah yang menyaksikan penantian yang amat menyeksakan!
    aku cemburu pada pantai
    aku cemburu pada ombak
    Biarpun ombak mendera pantai
    tapi pantai masih setia pada ombak
    Pantai bilang....
    duhai ombak....
    seksalah aku semahumu! Kalau itu bisa membahagiakan mu...
    percayalah aku tetap setia padamu....
    selagi kau mendera aku
    selagiku itulah kau heret rinduku bersamamu
    aku terharu apabila mendengar deruanmu ombak
    Aku tahu kau membalas cintaku
    kalau tak mana bisa mungkin kau membawa
    rinduku sekali bersamamu...
    Biarpun kita terpisah alam
    namun deruan rindumu rinduku
    tak akan terpisah selamanya
    tahulah aku yang kau kasih dan sayangkan aku
    makanya terimalah senyumanku untukmu duhai ombak yang kucinta..
    Justru duhai kasih
    berjanjilah padaku yang kau akan cintai aku
    seperti setianya ombak pada pantai...
    ke mana kau pergi bawalah rinduku bersamamu
    biarpun aku sudah tiada di dunia ini...
    kenang daku dalam doamu.
    Karya Ratu Rimba Niagara,
    17 Mac 2012
    TANYALAH OMBAK RINDU
    BERAPA KALI KUSERU NAMAMU
    Kekasihku sayang...
    Aku tak tega memecah pantai hatimu
    Aku tak tega sekejam itu sayang....
    Kau yang kusayang sepenuh jiwa
    Tak mungkin aku setega itu
    Percayalah sayang...
    Aku sayang padamu
    Aku rindu padamu...
    Kalau kau tak percaya...
    Tanyalah ombak rindu
    Berapa kali kuseru namamu
    Tapi hingga kini tiada jawapannya...
    Setega itu kau sayang....
    Namun aku masih berharap agar kau
    Dapat menyarungkan cincin Cinta Syurga ke jari manisku..
    Samalah kita doakan moga Allah merestui cinta kita...
    Senyumlah sayang....
    Baru hilang rinduku padamu sayang...
    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    28 Mei 2013
    SETEGA ITU CINTAKU KAU PERSIAKAN!
    Setega itu kau bilang cintaku membunuhmu
    Setega itu kau bilang kebalnya hatiku
    Setega itu kau bilang kau tak sempurna
    Setega itu kau bilang aku menyakitkan hatimu
    Tapi kau lupa akan janji mu padaku
    Bersumpah akan setia denganku
    Takkan melupakan aku
    Takkan memutuskan cinta
    Dalam senyap kau yang sengaja
    Memutuskan kasih dan cinta
    Yang telah kita bina
    Atas dasar keluhuran cinta sejati
    Kau sepi tanpa berita
    Kau menghilang entah ke mana
    Aku yang menanggung rindu
    Aku yang terdera rindu
    Di ombak rindu aku melepaskan rinduku padamu
    Pada ombak rindu kulaungkan namamu
    Tapi launganku tak kau balas
    Laungan itu bergema balik padaku
    Aku tersenyum sambil mengesat air mataku
    Seakan balikkan laungan rinduku itu adalah
    Jawapan rindu darimu...
    Aku berlari-lari di gigi pantai
    Sambil bermain air laut yang mula pasang
    Rupanya dari pagi ke petang
    Aku menunggumu di pantai
    Yang sepi tapi bergema dengan laungan
    Ombak rindu...
    Hanya ombak rindu yang mengerti
    Perasaan cintaku padamu....
    Adakah pengorbanan cintaku ini
    Kau anggap aku menzalimi cintamu?
    Bukalah matamu
    Bukalah hatimu
    Jika kau tahu menilai cinta suciku
    Tak setega itu kau bilang aku membunuh cintamu
    Kerana menantimu satu penyeksaan
    Merinduimu satu penderaan jiwa
    Mencintaimu memakan diriku
    Makanya aku lepaskan sengsara cintaku ini
    Di ombak rindu...
    Moga aku tidak ternanti-nanti lagi
    Cintamu nan palsu...
    Maafkan aku duhai
    Kekasih yang telah melukakan hatiku
    Bagaikan ombak menghempas pantai!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    17 Mac 2012
    OMBAK RINDU MENYATUKAN KASIH KITA
    Sahabat yang sentiasa terkasih di hati...
    Kau hadir di kala aku hampir berputus asa
    Di kala aku hampir kecewa
    Di kala aku tidak percaya apa itu cinta sejati
    Di kala aku hilang erti kasih sayang sahabat sejati
    Di kala aku tidak percaya lagi erti kejujuran kata-kata
    Di kala aku mati dengan harapan dan cita-cita
    Tapi hadirmu membuatkan
    Duniaku yang sepi jadi bak pelangi indah di waktu malam
    Telah puluhan tahun senyumanku telah kubenamkan di ombak rindu
    Kini ombak rindu mengirimkan semula senyumanku itu
    Kerana ombak rindu tak tega aku bergundah gulana selamanya
    Terima kasih ombak rindu kerana memahamiku
    Kalau dulu aku amat membenci mu
    Kerana kau menggheret senyumanku
    Dalam bara ombak mengganas!
    Lalu tanpa ehsanmu kau hempaskan aku ke pantai
    Lalu aku terdampar
    Di pantai tidak berpenghuni
    Di Rimba Niagara
    Penghuni rimbalah penawar dukaku
    Mereka bergotong royong
    Mendirikan istana indah untukku berteduh
    Daripada hujan dan panas
    Amat indah dan berseni istana yang didirikan untukku
    Aku amat bahagia sekali tinggal di sini
    Dilayani bagaikan seorang puteri diRaja
    Bagaikan mimpi aku
    Apabila mereka suka dengan
    Hasil syair dan gurindam
    Karanganku
    Setiap kali aku berlagu gurindam
    Mereka menangis bila gurindamku bernada sedih
    Mereka akan ketawa terbahak-bahak apabila gurindam jenaka
    Habis saja aku berlagu gurindam mereka terkinja-kinja keseronokan
    Yang bukan kepalang gembiranya
    Aku teruja berkarya
    Mereka teruja mendengar
    Sama-sama teruja
    Merekalah yang menyediakan kelengkapan penulisanku....
    Bulu burung garuda sebagai penanya
    Darah mereka sebagai dakwatnya
    Setiap kali aku menulis aku menangis
    Kerana aku bertintakan darah penghuni rimba tersayang
    "Tuan puteri yang kami sayangi demi cita-cita Tuan Puteri
    bukan setakat darah kami saja ...nyawa kami pun sanggup kami pertaruhkan demi cia-cita tuan puteri ."
    "Allahu Akhbar tak sanggup beta bertintakan darah rakyat beta yang terkasih di hati.
    "Kami ikhlas tuan puteri...tuan puteri memperjuangkan kehidupan kami..kenapa tidak kami hargai....kami tidak mahu menjadi makluk Tuhan yang tidak bersyukur tuan puteri...."
    Kerana ketulusan hati mereka dalam apa yang ingin aku perjuangkan...setiap kali berkarya aku pasti menangis...hingga kembang tulisan dengan titisan air mataku yang tak henti. Tulisan darah penghuni rimba bercampur dengan air mataku.
    Duhai penghuni rimba pengorbananmu takkan kulupa
    Duhai sahabatku sokonganmu tersanjung di hati
    Duhai ombak rindu ...kau menyatukan kasih sayangku dengan
    penghuni rimba dan para sahabatku yang terkasih di hati
    Moga kasih kita terpatri hingga ke Syurgawi!
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    15 Mac 2012
    PASTI KAU MERINDUINYA SELALU
    Mereka bilang...
    Apakah ahli group ombak rindu ini semuanya jiwang-jiwang belaka?
    Kujawab iya...
    Takkanlah dah berkeluarga masih lagi jiwang-jiwang ye?
    Selagi namanya manusia takkan lari dari jiwang-jiwang
    Mereka ketandusan kasih ke? Justru mereka sepi?
    Habis kasih mu dah sempurna ke? Dan hidupmu tak pernah sepi ke?
    Detik...hatiku mereka yang jiwang-jiwang ni ...fikiran mereka mesti menerawang...
    Maksud kau?
    Menerawang di dunia fantasi bukan realiti
    Ah! Kau apa tahu bahasa kalbu bahasa jiwa bahasa hati...
    Yang kau tahu cakap buat orang sakit hati bawa ke mati...malangnya nasib diri...
    Kenapa kau cakap aku macam tu apa maksudmu,....
    Mana satu kau nak pilih bahasa menempa dosa atau bahasa mengundang hidayahNya
    Pastilah bahasa hidayahNya
    Justru jadilah ahli group Ombak Rindu...pasti kau merinduNya selalu.
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    18 Mac 2012
    Di ombak rindu bukan untuk luahkan semua yang sakit di hati tapi di ombak rindu membuang segala sakit hati dan kecewa di hati dengan bahasa yang menenangkan hati tanpa prasangka pada sesama....anggaplah kita semua seperti ahli Syurga...mana tahu kita benar menjadi ahli Syurga dengan Ehsan dan IzinNya Aamin. Justeru jika anggap inilah kata-kata indah yang terakhir kutinggalkan kepada rakan-rakanku yang tersayang dan terkasih keranaNya...pasti bahagia setelah kita tiada di dunia ini....percayalah ku sayang kalian keranaNya justru hargailah kasih sayangku ini...duhai yang terkasih di kalbu di ombak rindu ....
    Asalkan ombak rindu tidak menjadi tsunami sudahlah moga dijauhkan dari segala iri hati dan hasad dengki sesama...adatlah manusia mulanya menjadi murni akhirnya luka melukakan....kerana soal hati hanya DIA yang mengerti...berkatalah dari hati yang ikhlas pasti menenangkan hati yang mendengarnya....apapun ombak rindu pencetus inspirasiku berkarya agar terus rindu....rindu...serindunya pada ikatan suci keranaNya.
    SALING FISABILILLAH KERANANYA
    akan kuhayutkan rindu ini jika
    dalam hati ada iri
    dalam hati ada benci
    dalam hati ada dendam kesumat
    dalam hati ada prasangka
    kerna yang kumahukan
    cuma kata-kata
    indah
    semangat
    sokongan
    sayang menyayangi keranaNya
    saling berkorban fisabillilah keranaNya
    kerna masaku terlalu suntuk untuk berleka
    dengan pesona cinta dunia
    moga Allah SWT mengirimkan aku
    hamba-hambaNya
    untuk sama-sama
    mencari redhoNya Illahi
    tidak kira di mana berada
    pagi petang siang dan malam
    hingga ke nafas terakhir
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin
    Karya Ratu Rimba Niagara,
    18 Mac 2012
    AKU MENULIS BUKAN UNTUK MENCIPTA NAMA
    Aku menulis sejak dulu,
    Karyaku tersimpan di galeriku,
    Bila kutiada untuk generasiku,
    Lambang cinta abadi dariku untukmu.
    Aku menulis bukan kerana nama,
    Tapi mahukan karyaku ternama,
    Aku dan pembaca saling bekerjasama,
    Agar penulisanku senada seirama.
    Karya Ratu Rimba Niagara,
    20 Mac 2012

Kenangan Anda di Facebook
Ratu Rimba Niagara, kami prihatin tentang anda dan kenangan yang anda kongsi di sini. Kami fikir anda ingin melihat kembali selepas ini dari 5 tahun lalu.
AGAR SEJAHTERA DIKAU DI ALAM SANA
Selamat sejahtera Kekasih Allah
Titisan air matamu buat hatiku remuk seremuk hatimu
Perjuanganmu penuh duri yang melukakan hatimu
Tapi engkau tetap tabah
Tetap berdiri kukuh
Tetap tidak berganjak dari penderianmu
Kau tetap berdakwah
Menyebarkan agama Allah
Biarpun halangan bak tsunami datang membadai
Duhai Kekasih Allah
Hentikan tangisanmu
Selagi kau terus-terusan menangis
Selagi itu hatiku remuk
Biarlah aku yang menangis
Jangan kau yang menangis
Sudah cukup derita yang kau tanggung
Sudah cukup perih perit tak tertanggung
Dalam keadaan lemah yang tak berdaya
Kau masih lagi hendak meneruskan dakwahmu
Mahukan semua manusia mencintai Allah
Mengatasi segalaNya
Cintakan Allah Cinta Yang Teratas
Tiada pernah niat di hatimu
Menumbuhkan permusuhan di hati sesama insan
Yang ada di hati adalah kedamaian
Mahu manusia saling berdamai demi keranaNya
Hentikan tangisanmu kekasih Allah
Percayalah andai kata kau dijemput Illahi
Allah telah sediakan Syurga untukmu Insya-Allah
Kerna berkat kepercayaanmu dan ilmu
Yang telah kau pasakkan ke kalbu
Insan-insan yang sentiasa mahukan
Nur hidayah kasih dariNya
Moga Nur di wajahmu dan Nur di kalbumu
Terpancar Nur Hidayah Kasih dariNya
Terpancar juga di hati kami
Hentikan tangisanmu duhai Kekasih Allah
Titisan air matamu wanginya bak setanggi
Yang merenjis di kalbu semua
Terpasaklah tauhid Meng-EsakanNya
Di kalbu semua
Kau telah menjalankan tanggungjawabmu
Sebagai khalifah Allah
Moga pergimu membawa seribu rahmat
Mengiringi rohmu bertemu dengan TuhanMu
Norawi Hj Kata telah menambah 51 foto baru pada album: SENANDUNG PUISI RAKYAT DI SK PANDASAN.
SENANDUNG PUISI RAKYAT DI SK PANDASAN

Ikrar Perwira - Rusty Blade Pedang yang usang Di bersihkan buat pameran Mempertahan kemenangan Kemuliaan Untuk hadapi kesukaran Keberanian kepada Satriawan M...
YOUTUBE.COM
Salam sejahtera buat semua rakan hamba,
Moga sejahtera semuanya;
Apa kabar kalian di sana,
Hamba di sini rindukan kalian semua.
Daripada Putri Rimba
9 April 2012
Salam sejahtera buat sahabatku Ahmad Tajuddin,
Terima kasih kerna sudi menjadi rakan fbku;
Sokongan daripadamu amat ku nantikan,
Agar kau tak jemu menyokong karya seniku.
That's all for 9hb April.
Here are some more memories that we hope you like.
PANTUN IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF
Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.
Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.
Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.
Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.
Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.
Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.
Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.
Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.
Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.
Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.
Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.
Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.
Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.
Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.
Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.
Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.
Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.
Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.
Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.
Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.
Karya Putri Rimba
8 April 2012
Assalamualaikum Semua Rakan SSlfm
Salam perkenalan dari saya
Putri Rimba
yang ingin selalu bersama rakan semua
sembang-sembang sampai pitam...
sampai takut nak sembang
kerna kelakar sangat...
moga rakan semua
dapat terima saya apa adanya
dan saya terima lebih adanya
kalau ada tersalah bicara dalam berkarya
harap dimaafkan dengan segera...
salam perkenalan salam senyuman ceria...
cerialah dengan senyuman pasti hati tersenyum juga...
minda sentiasa positif
banyaklah inspirasi positif datang ....
Salam perkenalan,
Putri Rimba
7 April 2012
CINTA BIDADARA & BIDADARI SYURGA

SALAM SEJAHTERA DUHAI BIDADARA SEGAK BERGAYA
SALAM SEJAHTERA DUHAI BIDADARI CANTIK RUPAWAN
SEJAK AZALI DI LAUHMAHFUZ CINTA TELAH TERCATAT
CINTA BIDADARA DAN BIDADARI
TELAH TERSURAT DI LAUHMAHFUZ-NYA
DI DUNIA DISATUKAN CINTA
SALING JATUH CINTA
SALING MENYINTAI
SAMPAI SYURGA MENYINTAI
SUBHANALLAH ALHAMDULILAH ALLAHU AKBAR
INDAH-NYA CINTA ATAS DASAR KERANA-NYA
SENTIASA MENJAGA HUBUNGAN CINTA
DALAM REDHA ILAHI
MEMADU KASIH
MEMADU SAYANG
BERBULAN MADU DI TASIK RINDU PURNAMA MALAM
SENTIASA MERINDU
SENTIASA MENCINTAI
SEUMUR HIDUP
YAKIN DENGAN CINTA ATAS TAKDIR-NYA
CINTA ATAS KEHENDAK-NYA
CINTA YANG TELAH TERTULIS DI LAUHMAHFUZ
BIDADARA DAN BIDADARI
TAUTAN CINTA
DIPERSATUKAN ATAS KERANA MENCINTAI
YANG MAHA PENGURNIA CINTA
SUNGGUH-SUNGGUH MENCINTAI-NYA
PASTI TIDAK AKAN KECEWAKAN CINTA
DIKETEMUKAN BIDADARA-NYA DENGAN BIDADARI-NYA AGAR CINTA MELEBEHI MENCINTAI ILAHI
LEBIH DARIPADA CINTA ANTARA BIDADARA DAN BIDADARI KERANA PERCAYA DENGAN TAKDIR CINTA DARI-NYA MAKA BIDADARA MELAMAR BIDADARI
DEMI REDHA ILAHI DEMI MENGHIDUPKAN CINTA ILAHI AGAR MENJADI SEMPURNA
MENGHIDUPKAN SUASANA SYURGA
DALAM ISTANA RUMAHTANGGA YANG DIBINA
ISTANAKU SYURGAKU
MAWADDAH WARAHMAH
SETIAP TUTUR BICARA SESANTUN BICARA AHLI SYURGA SEMURNI BERHATIKAN SYURGA
BUNGA-BUNGA CINTA YANG BAKAL DILAHIRKAN
TUMBUH DALAM KEDEWASAAN MEWANGIKAN IMAN
DIBAJAI DENGAN KASIH SAYANG AYAHANDA DAN BONDA DISEMAIKAN DENGAN ILMU TAUHID
YAKIN AKAN KEWUJUDAN TUHAN
YANG MENCIPTA SEMUA
YANG ADA DI ALAM SEMESTA INI
CINTA BIDADARA DAN BIDADARI SYURGA
MEMBAWA SEMUANYA KE SYURGA
BERCINTA DI DUNIA
DISAMBUNGKAN PERCINTAAN DI SYURGA
IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

'SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PRINCE ABDUL MALIK & DK RAABI'ATUL 'ADAWIYYAH,'

Selamat pengantin baharu buat Prince Abdul Malik & Dk Raabi'atul 'Adawiyyah moga bahagia sampai Syurga
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

' SEMOGA MAHLIGAI YANG DIBINA MAWADDAH WARAHMAH AAMIIN'

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

RABEAH MOHD ALI @ RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
22 JAMADIL'AKHIR 1436H
12 APRIL 2015

ITULAH MAKNA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT YANG ADA DI
SASTRAMU SASTERAKU

Moga apa yang aku ukirkan di daunan kasih ini membuka hatimu untuk membalas rinduku...agar aku tak sepikan kamu di ombak rindu...
maaf aku terpaksa begitu kerana kutahu sepi itu adalah pengubat rindumu...makanya biarlah kita sepi.. dan terus sepi....dalam bahasa yang kita sendiri faham apa itu makna sepi tanpa kabar berita.....

Yang merindui mu di ombak rindu,
Putri Rimba Niagara.
25 Jun 2012

SABARLAH MENANTI

Ombak rindu...
Kurindumu tapi rinduku
Diheret ombak badai membadai
Untuk menghalang rinduku padamu
Namun kerana rinduku ke kamu
Tak pernah padam
Bila mana kau sudi singgah di laman kasihku
Makanya rinduku terbalas jua
Dengan menyeru namamu
Menyahut seruanmu
Untuk berlagu puisi bersama-sama
Berlagu puisi tentang rindu
Tentang rindu yang tak akan disepikan
Buat selamanya...
Terima kasih ombak rindu
Kerana sudi menumpangkan kasihmu
Yang suci murni
Sesuci deruan ombak mu
Memanggil namamu
Dengan penuh kasih dan sayang kerana-Nya
Duh aku terlena dalam buai mimpi yang syahdu
Kau kirimkan sejambak doa kasih suci untuku
Dan kau lafazkan
Aku rindu dan cintakan kamu kerana-Nya
Sabarlah menanti...

Karya : Putri Rimba Niagara
25 Jun 2012


RIMBUNAN KEHIJAUAN KERINDUAN CINTA INI

Di rimbunan kehijauan ini...
Ku menanti cinta dan rindu darinya
Cintaku indah seindah di hijauan ini
Saujana mata memandang
Redup ...
Pabila disinari mentari senja
Bertambah indah cahaya
Kemilau kehijauannya
ALLAHU AKHBAR terlalu indah
Jiwa tenang
Hati penuh kedamaian
Menanti balas cintanya
Di perdu senja kehijauan
Mengembara bersama
Pergi ke destinasi pasti
Pulang ke pangkuan Ilahi
Dalam redha dan cinta Ilahi
Itulah yang kudambakan
Moga dia jua begitu
Kerana wujud perasaan keyakinan
Cinta kerana-Nya aku menunggu
Dan menunggu tanpa jemu
Ku pasti cinta di rimbunan
Kehijauan membawa
Jalan-jalan redha-Nya Ilahi

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Jun 2012


ITULAH CINTA YANG HARUS KAU DAN AKU DAMBAKAN KASIH

Jika cinta mu tak pernah mati untukku
Sentiasa membara-bara api asmaramu

Cintaku sentiasa hidup untukmu
Aku ingin membalas cintamu

Tapi malangnya
Cintamu untuk dunia saja
Tiada langsung ke arah akhirat

Cinta sekadar indah dunia
Sekadar perhiasan cinta

Bukan...bukan...aku tak mahu begitu kasih...
Yang kumahu cintamu membawa aku ke Syurga

Pasti cinta kita saling terarah
Untuk bersama mencari jalan ke Syurgawi

Agar cinta kita sentiasa mengundang rahmat kasih-Nya
Makanya terpatrilah cinta kita hingga ke Syurgawi
Itulah cinta yang harus kau dan aku dambakan kasih.

Karya Putri Rimba Niagara
25 Jun 2012


INDAHNYA CINTA BAYANGAN

Cinta itu indah
Seindah pelangi di malam hari

Cinta itu murni
Semurni hati yang dibajai
Dengan keselarian cinta pada-Nya

Cinta tak pernah mengenal siapa
Cinta datang tanpa diduga
Cinta tak boleh pura-pura
Cinta bukan hanya pandai menyebut cinta
Hati menyebut lain mulut berkata lain
Itu bukan cinta namanya
Itu cuma cinta sandaran hati terluka
Sekadar untuk merawat luka cinta lama yang terluka
Tapi akan terluka juga akhirnya jika pura-pura cinta

Cinta sejati
Lahir dari hati
Nan suci
Mahu saling cinta mencintai
Hanya semata mahu meraih cinta redha Ilahi

Cinta akan terserlah wangiannya
Seperti apabila kita melihat cermin
Di situlah bayangan cintanya ada
Seperti mawar di letakkan di air jernih
akan terbias bayangannya
Begitulah indahnya cinta...

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Jun 2012


GERHANA CINTAKU
PELANGI CINTAMU
DALAM RESTU-NYA

Setangkai mawar yang kau kirimkan
Telah menceriakan hatiku yang gundah gulana
Yang tak pernah senyum dek karena gerhana
Setangkai mawar merah kiriman ikhlas darimu
Ternyata membuatkan aku tersenyum pelangi cinta
Harumnya setangkai mawar merah kiriman mu itu
Seharum hatimu berbunga cinta suci
Kudupnya telah membuka
Gerhana cintaku sejak sekian lama bergerhana
Makanya sekarang
Kubisa menerima cinta suci murni
Hanya semata kerana-Nya...
Kerana-Nya kucinta kamu
Kerana-Nya kuterima apa adanya kamu
Moga Allah merestui
Ikatan kasih cinta suci kita
Abadi selamanya hingga ke Syurgawi

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Jun 2012


BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA

Cinta dan rindu
Bagaikan irama dan lagu
Kerana cintalah datangnya sayang
Sayang pada Tuhan
Sayang pada diri sendiri
Sayang semua yang ada di langit dan di bumi
Itulah rindu kasih dan cinta
Yang perlu ada pada kita semua
Barulah kedamaian ada di kalbu
Dan kita saling mengerti
Kenapa kita di wujudkan di dunia ini
Saling menghargai
Saling berkasih sayang kerana-NYa
Insya-Allah Syurga milik semua
Yang berkasih sayang kerana-Nya
Bertemu dan berpisah kerana-Nya
Di Mahsyar Insya-Allah kitakan bertemu
Atas ikatan ikhlas setulus hati kerana-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Jun 2012

SYUKURLAH PADA ALLAH YANG MENGURNIAKAN CINTA HAWA

Teman...

Tahukah kau...
Sehebat mana pun aku
Aku tetap kaum Hawa yang lemah
Kerana aku dijadikan Allah Azzawajallah daripada
Tulang rusuk kiri kaum Adam
Jadi kau tak perlu bimbang
Malah kau harus berbangga
Asal usul kejadianmu
Yang sememangnya gagah perkasa

Makanya syukurlah pada Allah Azzawallah
Mengurniakanmu cinta Hawa padamu
Haruslah kamu menghargainya
Dan bersamanya
Mencari jalan-jalan redha Ilahi
Agar cinta dunia terpatri hingga ke Syurgawi

Karya: Putri Rimba Niagara
25 Jun 2012


TIDURLAH DUHAI TUAN PUTERI

Tidurlah duhai Tuan Puteri
Tidurlah selena-lena
Bermimpikan putera melamarmu
Dengan sebentuk cincin permata dari Syurga

Senyum dalam lenamu
Bahagia dalam mimpi indahmu

Sang putera sedang menjemputmu
Ke pelamin kayangan Syurga
Dengan kereta berkuda diRaja
Ke istana kristal nan indah
Bergemerlapan cahaya
Hingga terpancar bias
Seri pengatin wajahmu
Kepada semua tetamu yang hadir
Terpukau dengan keagungan
Keteguhan cintamu pada
Sang putera berjiwa
Cintakanmu kerana
Kekentalan tauhidnya
Pada Maha Pencipta Cinta
Bercinta hanya kerana-Nya

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Jun 2012


SAAT LANGIT MELAMBAIKAN RINDU

saat langit melambai rindu
hatiku tak keharuan
bayangan rindumu
ada di mana-mana
di setiap langkahku
sentiasa mengekoriku
aku rindu serindu rindunya
rindukanmu

rindu bayangan
rupanya aku
lagi dikejar
lagi menghilang
entah di mana
kucari kemana-mana
tak ditemui
rupanya
bayanganmu hilang
ditelan kabus senja
aku merindu lagi dan lagi terus merindu

aku pergi ke ombak rindu
berlagu rindu
bersyair rindu
rindukan kamu
duhai bayangan cinta
yang tidak sudi
mengekoriku lagi

dalam tangisan hiba
mengenangkan rindu bayangan
yang tak terbalas rindu
ombak menderu-deru
memujukku

"Duhai Tuan Putri kesayangan rimba niagara
siapalah yang Tuan Putri rindu itu..."

"Bayangan kekasih hamba..menghilang
ditelan kabus senja...hamba rindukannya
rindu serindu..."

"Duhai Tuan Putri kesayangan rimba niagara...
Kenapa kekasih yang cuma bayangan saja
yang tuan putri rindu....kenapa tak rindu pada
yang lebih berhak dirindu?

"Apa maksudmu?"

"Cuba Tuan Putri fikir...sekadar bayangannya Tuan Putri rindu
lepas itu bayangannya hilang...maknanya itu cuma sementara rindu
rindu yang tak terbalas rindu ....rindu yang tak kekal ...yang tak bawa
ke Syurga Cinta.."

"Apa maksud mu ...hamba tak faham...beritahulah hamba agar
hamba faham rindu yang berbalas Syurga Cinta."

"Rindulah pada Pencipta Alam Semesta ini yang mencipta Tuan Putri
dan hamba juga..termasuk kekasih Tuan Putri...
Tuan Putri rindu cuma bayangannya saja tapi jika Tuhan yang dirindui
rindu Tuan Putri pasti akan dibalas rindu dan cinta-Nya SUBHANALLAH
Tuan Putri jikalah rindu dan cinta tuan putri telah dibalas-Nya
ALLAHU AKHBAR tiada apa yang lebih berharga di dunia ini melainkan
Redha dan Cinta-Nya....Syurga adalah balasan cinta suci Tuan Putri
tak mahu ke tuan putri? Bukan itu saja...jikalah Tuan Putri yakin
cinta Tuan Putri yang utuh padu pada-Nya...kekasih yang cuma
bayangan itu pun akan dikurniakan kepada tuan putri tapi bukan
bayangan... realiti tuan putri tak perlu dirindu sudah ada di depan mata untuk cinta dan rindu dalam redha-Nya...dan dengan Rahmat Kasih-Nya cinta tuan putri bukan sekadar di dunia saja akan diteruskan hingga ke Syurga-Nya dengan syarat saling mencintai kerana-Nya dan
mencari jalan-jalan ke Syurga dengan hati yang ikhlas kerana-Nya."

Setelah habis berkata-kata ....kata-kata permata daripada deruan ombak rindu
hilang entah di mana....

Putri Rimba Niagara menangis hiba dan mendongak ke langit
Dan di langit amat indah diindahkan dengan warna warni pelangi memancar ke laut ombak rindu... ke seluruhan ombak rindu berwarna warni pelangi ALLAHU AKHBAR AMAT INDAH

Melihat kejadian yang amat menakjubkan itu tak henti-henti Putri Rimba
berzikir dan bermunajat pada-Nya... didongak ke langit lambang cinta yang berkalimah Allah Azzawajallah tertera dengan jelas dan bawah cinta kalimah Allah
tuan putri rimba dan kekasihnya bergandingan menjadi pasangan pengantin yang diredhai Allah dan diaminkan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.

SEMUA ALAM GHAIB ADALAH DALAM RAHSIA ALLAH AZZAWAJALLAH
CINTA DALAM KETENTUANNYA

Karya Putri Rimba Niagara
25 Jun 2012

(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP JARINGAN SASTRA INDONESIA)
25 Jun 2012


'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
DUNIA '

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
16 Zulkaedah 1436H
31 Ogos 2015

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA,

UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 69 , HARI KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O15, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2015 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2015'


TERPATRI KASIH DI OMBAK RINDU
Ombak rindu...
Kau hadir tanpa dugaku
Kau teman baikku yang sentiasa kurindu
Bicaramu penuh sopan buat hatiku syahdu
Sehari tidak berkomunikasi denganmu aku rindu
Rindu serindu rindu
Merindu selalu
Aku sayang padamu ombak rindu
Kau suka bercanda denganku
Kau suka berlawak denganku
Hilang fikiranku yang bercerlaru
Hilang masalah yang buntu
Suka tengok gelakmu yang tak bergigi itu
Suka tengok gambar-gambar kirimanmu itu
Suka baca karya-karya mu
Suko Gahar Gilah yang gila-gila habis
Suke dengan Putra Rudy yang setia
Suke dengan Putra Rimba yang macho habis
Suka dengan Aini Ali selalu beri respon
Suka dengan Sazalee Sulaiman pandai perayat cintan-cintan gile tu
Suka dengan semua teman ombak rindu
Suka....suka...suka...suka....kalian buat ku rindu selalu
Tanpa canda kalian sepilah aku
Sudilah terima apa adanya aku
Aku sayang kalian sudahlah tentu
Cumanya jangan kecewakan aku
Terima aku keranaNya itulah yang kumahu
Jika itu ada di hatimu
Aku takkan jemu merinduimu
Menyayangimu
Justru
Jangan sakiti hatiku
Jangan sepikan aku
Kita takkan terputus kasih ombak rindu
Kita senada serima selalu
Hargailah kasihku duhai ombak rindu
Aku tak tega berpisah denganmu
Kerna kau sentiasa di hatiku
Senyumanmu senyumanku
Berpadu
Dalam redhaNya itu yang kumahu
Selamanya terpatri kasih denganmu
Duhai yang terkasih semua di ombak rinduuuuu!!!!!!
Karya Putri Putra Rimba
Istana Rimba Niagara
6 April 2012

14 JAMADIL'AKHIR 1436H
4 APRIL 2015

Foto Veterinaria.

SukaTunjukkan lagi reaksi
          Komen
Komen
Siti Hajar, Amnah Majid dan Saniah Masri menyukai siaran anda dalam Meja Ekspresi Puisi: "PERANCANGAN ALLAH YANG TERINDAH MOGA..."
pada 23hb Mac jam 4.02 pagi
Abe Lie Lie menyukai kiriman anda dalam 💓💞~BICARA HTI K€ HTI~💞💓.: "ALLAH DI KALA AKU DISEPIKAN KAU TAK..."
pada 23hb Mac jam 2.29 pagi
Aisha Jeanny menyukai kiriman anda dalam Sri Pemangku Adat.: "ALLAH DI KALA AKU DISEPIKAN KAU TAK..."
pada 23hb Mac jam 12.24 pagi
Amnah Majid menyukai kiriman anda dalam Meja Ekspresi Puisi.: "SAHABAT YANG SUDI LIKE DAN KOMENTAR..."
pada 23hb Mac jam 12.11 pagi
Bambang Ahmad telah menambah satu foto di Sahabat Setia Sehati Sejiwa pada hari Selasa: "Selamat malam".
pada 22hb Mac jam 11.09 ptg
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA. BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SALAM MAAL HIJRAH 1438H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Maharaja Kutai Mulawarman with Muhammad Isma Asri and 5 others.
September 30, 2015
Napasmu Menghembus di 5 Benua Mengukir untaian Kata Seribu Makna Kujulang Tinggi Rasa Terima Kasih Kepada Sang Ratu Rimba Niagara Yang Disanjung Sebagai Ibunda Pemilik Jiwa Yang Iklas Berjuang dengan Kasih Sayang Dan Cinta..........................................
Rusli Saleh lebat sungguh ceri di lembah
pulau pauh di tngah lautan
hebat sungguh Ratu Rimba Niagara
merantau jauh ke Kalimantan, ,(,salut,,dgn saudari)
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sahabatku Rusli Saleh yang tak jemu memberi sokongan kepada hamba untuk terus bersastera.
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
12 Rejab 1438H
9 April  2017
 
Tunjukkan lagi reaksi



 
;