Friday 31 January 2020 0 comments

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (183) YANG MEMBUATKAN KITA KUAT ADALAH DOA


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (183) YANG MEMBUATKAN KITA KUAT ADALAH DOA
1 tahun lepas
Norhayati Ahmad ke Hadirkan CINTA dalam Dzikirmu (Tenteram hati 'kan jadi milikmu)
SUBHAN'ALLAH..
ALLAHUAKBAR..
BATANG/ RANTING POKOK BERBENTUK KALIMAH ALLAH..
🌿

1 tahun lepas


1 tahun lepas
Nabsiah Madsah ke TEAM PENCINTA RASULULLAH SAW [ DULU… KINI & SELAMANYA ]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
#25 JamadilAwal 1440H.
2 tahun yang lepas

"BERIBADATLAH SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK"
"Kita kena ingat mati, supaya perasaan untuk mengejar ilmu di dunia dan akhirat akan sentiasa menjadi keutamaan.
Beribadahlah seperti kita akan mati esok." - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat
Mengingati mati adalah guru untuk muhasabah diri
akan terhakis segala keegoan diri
semasa hidup semua dimiliki sudah tiada
gagah perkasa jadi kaku
berkuasa jadi beku
petah bicara jadi bisu
hebat kecantikan bakal menjadi kenduri ulat kubur
siapa pun status darjat setinggi-tinggi hingga serendah-rendah
semuanya bakal menjadi tengkorak
sekelip mata yang dibanggakan semasa hidup tiada lagi setelah mati
jadi apa yang hendak dihairankan dengan kehidupan sementara ini
Aku kamu dan semua akan mati
tapi tak tahu bila
bila-bila masa boleh mati
tua muda
kaya miskin
semuanya mati
pasti mati
tapi tak tahu bila
selagi belum mati
selagi itu TUHAN
masih beri peluang untuk memiliki Syurga-Nya...
'Allah tidak mengira bermulanya kamu
Allah mengira berakhirnya kamu,'
Andai hidup kamu diawali dengan amal soleh
tapi di akhir hidup kamu di akhiri dengan kejahatan
maka nerakalah tempat kamu
Andai hidup kamu diawali dengan kejahatan
tapi diakhirnya hidup dalam kebaikan
maka Syurgalah tempat kamu
tapi jika kamu dimasukkan ke Syurga
sedangkan di awalnya kamu tidak taat kepada TUHAN
walaupun di masukkan ke Syurga
pasti menyesal kerana tidak puas beribadat kepada TUHAN
cuma di saat-saat akhir saja
begitulah indah-Nya beribadat dari awal hingga ke akhirnya
hidup dalam khusnol khotimah
kebaikan...kebaikan...kebaikan
hanya kerana-Nya hanya untuk-Nya...
Ketika jasad ditanya soalan kubur
gagal menjawab soalan kubur
terseksalah jasad
menanggung azab
terbuka pintu neraka
bahang api neraka
terus ke kubur
lalu tanah kubur menghimpit
hingga ke tujuh petala bumi
menanggung azab kubur
sehingga HARI KEBANGKITAN
Kepada ahli kubur
yang berjaya menjawab soalan kubur
di buka pintu langit Syurga...
terus ke kubur
bercahaya...cahaya..cahaya...
di luaskan seluasnya
menjadi taman Syurgawi
nan indah
beradu bagaikan
bidadara (ahli kubur hamba Allah soleh)
bidadari (ahli kubur hamba Allah soleha)
merasa kenikmatan alam kubur sehingga HARI KEBANGKITAN.
Memang menakutkan bila gagal menjawab soalan kubur
Memang membahagiakan bila dapat menjawab soalan kubur
Gagal atau berjaya
bergantung kepada amalan masing-masing
kerana itu siapapun kita
tidak boleh menghukum
siapa ahli Syurga
siapa ahli neraka
kerana diri sendiri pun tidak tahu apakah lulus soalan kubur
setelah mati baru tahu lulus atau tidak menjawab soalan kubur
kita tulus atau tidak
kita tidak dapat beritahu mereka yang hidup
bagaimana kita sekarang
kerana bila sudah mati
hubungan dengan manusia yang hidup telah terputus
cuma yang mati
hanya mendapat saham kubur yang berterusan bilamana semasa hidup dia
bersedekah jariah
ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan
anak-anak soleh dan soleha mendoakannya...
jika semuanya tiada bergantung haraplah kepada amalannya saja...
sebab itu semasa ada peluang hidup
yang banyak harta bersedekah jariahlah
yang banyak ilmu sebar-sebarkanlah walaupun sebaris ayat
yang ada anak didiklah menjadi anak soleh dan soleha
walaupun sudah mati seribu tahun saham akhirat akan berterusan...
"BERIBADATLAH SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK"
DITULIS UNTUK MUHASABAH DIRI SENDIRI LALU DIKONGSIKAN KEPADA SAUDARA SEISLAM YANG KUSAYANGI DUNIA AKHIRAT
JIKA DITANYA ALLAH NANTI
"DUHAI HAMBAKU ADAKAH ILMU YANG KAU KETAHUI DISEBARKAN?
HANYA ENGKAU DAN RASUL MENJADI SAKSI YA TUHANKU.... "
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SETIAP YANG BAIK DATANG DARI ALLAH
YANG LEMAH ITU DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI
MAKA SAYA MINTA MAAF ATAS SEGALA KELEMAHAN SAYA
SEPANJANG BERSIARAN KARYA."
SAHABAT DUNIA AKHIRATMU YANG INGIN SETIA DENGANMU,
AKU HAMBA ALLAH SEPERTI KAMU JUGA
SEBAGAIMANA KAMU INGIN MATI DALAM KHUSNOL KHOTIMAH
BEGITU JUGA AKU
MAKA DEMI-NYA KITA SERASI BERSAMA HINGGA JANNAH
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
30 SAFAR 1436H
23 DISEMBER 2014
SUBHANALLAH INDAH-NYA CAHAYA CINTA ALLAH UNTUK SEMUA HAMBA-NYA
Pradita Fia and Lang Kelana like this.
Lang Kelana Assalamualaikum bonda indah bercahaya meliputi ruang 7petala langit 7petala bumi.kalam bonda menusuk menikam menusuk kalbu hanya air mata berderai diribaan menjadi saksi di padang masyar nanti ingatan suci bonda amiin
Rabeah Binti Mohd Ali Waalaikummussalam wr wb nanda...moga Allah swt memakbulkan doa nanda dan yang membaca kalam yang bonda tulis. Dengan izin Allah jua bonda bisa menulis seindah ini...Syukur Allah syukur sebanyak-banyak-Nya. Allahu Akbar AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
PETIKAN WALL RATU RIMBA NIAGARA
30 SAFAR 1436H
23 DISEMBER 2014
Ustaz sedang bersama Aziah Aziz dan 43 yang lain.
6 Mac 2013
"Kita kena ingat mati, supaya perasaan untuk mengejar ilmu di dunia dan akhirat akan sentiasa menjadi keutamaan.
Beribadahlah seperti kita akan mati esok." - TGNA

LAGI BERSERI DISINARI CAHAYA ILAHI
Perginya aku ke puncak rindumu
Satu pagi yang hening
Kicauan burung,seakan menyanyi untukkuKuketuk jendela hatimu..dengan katakan
Mahu bersama-samaku menuju puncak rindu
Ya..jawapmu sambil memandangku..
Putih bersih,wajahmu..damai
Melihatmu saat itu
Aku tertanya pada diriku
Bagaimana nanti..aku tidak
Bisa datang ke teratak indahmu
Mengetuk jendelamu..dan bersamaku
Menuju puncak gunung
Rindu menjadi saksi
Menantilah diriku..di puncak gunung
Dihiasi awan biru,kebiru-biruan jelas kelihatan
Di kalbu ingatanku
Aku telah sampai di puncak gunung..bersamamu
Kulihat awan putih..berseri-seri wajah awan melihat
Pandanganku ini..Kasih..kunyatakan
Andai aku melihat awan ini
Adakah disebalik awan ada dirimu nanti
Jawapanmu ya..tentu ada bersama-sama bukan disebalik awan
Tapi dalam hatinya..
Kasih..rasa mahu kuhentikan masa ini
Agar dapat bersama-sama meniti
Laluan untuk turun dari puncak gunung rinduku rindumu
Dirimu memegang erat tanganku
Kucapai jemari tanganmu agar tidak jatuh
Menuruni cerun,denai,akar pokok yang berselirat
Hingga sampai ke bawah gunung itu
Kuhantarmu ke teratakmu dengan melihat pandanganmu
Puas hati dapat bersama-sama hari ini bagai selamanya
Dirimu memandangku..melihatku dari jauh
Kemesraanku buatmu..kasih..
Masuklah dirimu kembali kedalam teratakmu yang indah
Lagi berseri,disinari cahaya Illahi
Yang indah rasa hatiku
Karya Putra Arjuna
26 April 2012
TERIMA KASIH KERNA IZINKAN AKU
BERTEDUH DI HATIMU YANG PENUH IMAN
Kasih...
Kau hadir tanpa dugaku
Kebaikan
Kejujuran
Kelembutan tutur katamu
Buat aku jatuh cinta padamu
Kau tidak seperti yang lainnya
Tidak pernah faham
Deria jiwa seorang wanita
Yang perlukan seorang pria
Menjadi pelindung
Membajai benih-benih cinta
Lalu subur dan tumbuh
Sepohon cinta yang rendang
Lebat buahnya
Itulah pohon cinta Ilahi
Yang disemai bersama di dunia
Dan menjadi bekal di
Akhirat nanti
Bersyukurku atas
Kurniaan-Nya
Menganugerahkan...
Cinta suci mu ke aku
Ikhlas mencintaiku kerana-Nya
Terima kasih... kasih
Kerna izinkan aku
Berteduh di hatimu
Yang penuh iman
Untuk membawa aku
Jalan-jalan ke Syurga-Nya
Karya Putri Rimba.
26 April 2012
2 tahun yang lepas
CAHAYA CINTA ALLAH UNTUK PARA HAMBANYA
Cahaya cinta matahari
Cahaya cinta bulan
Memancar-mancar
Berkilau-kilauan
Tak jemu dipandang
Terus memuji KebesaranMu Tuhan
Itulah Cahaya Cinta Allah Untuk Para HambaNya
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Karya Ratu Rimba Niagara,
31 November 2012

MOGA PERSAHABATAN INDAH SEINDAH SYURGA AAMIIN
MOGA KITA DAPAT BERPUISI DI TAMAN-TAMAN SYURGA
Terima kasih atas sokongan tuan hamba ke hamba...
hamba tunggu puisi indahmu ....
buatlah apa pun tema asalkan ada Nilaian di Sisi Allah SWT
Insya-Allah Aamin.
Biarpun pendek asal kamu tahu apa mahu puisimu sebenarnya untuk di dengari para Malaikat Pencatat amalanmu.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
18 Sept 2012
HADIAH KITA UNTUK GENARASI SENUSANTARA
Allah SWT temukan kita di sini pasti ada hikmah-Nya.
Inilah hikmahnya
saling berbagi ilmu...
saling berpuisi saling bantu
membantu sesama rakan sastra
agar berjaya apa yang diperjuangkan.
rugi kita lepaskan peluang yang amat berharga ini.
Kita bersastra apa yang terdaya oleh kita...
dan malang bagi kita jika kita saing sepi menyepi
hingga sepi itu di bawa ke mati sampai matipun orang
tak tahu yang kita punyai bakat menulis dan lebih malang lagi
jika ditanya Allah SWT di mana bakat menulis kamu yang
Aku Kurniakan padamu duhai hamba-Ku...
apa yang hendak kita jawabkan nanti...sahabat sastraku...
biarlah kita jadikan diri kita sebutir pasir kerana
tanpa sebutir pasir tiada jadilah pantai
dan jadikan kita seperti setetes air tanpa setetes air tiada jadinya tasik.
Makanya kita saling lengkap melengkapi saling memerlukan untuk menjayakan misi dan visi sastra kita sebagai hadiah untuk generasi kita
Senusantara pada masa hadapan.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Sept 2012
MOGA KITA DAPAT BERPUISI BERSAMA-SAMA DI SYURGA
Moga puisi-puisi kita menuju ke Jalan-Jalan-Nya dengan
rasa hamba-Nya yang amat kerdil dengan menggunakan
bahasa-bahasa berbunga-bunga Syurga...
Insya-Allah kita bertemu di Taman-Taman Syurga
dan berpuisi bersama-sama SUBHANALLAH indahnya
jika dapat berpuisi bersama rakan-rakan sastra kita di dunia dulu ...
Hanya Allah saja yang tahu betapa bahagia kita di kala itu...
Insya-Allah Aamiin selagi kita bersangka baik pada
Allah Azzawajallah. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Sept 2012
Abdul Majid Baharom Syabas ... cantik lagi menarik ... bahasa yg tersusun indah serta puitis ...
Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah...terima kasih sahabatku...walaupun kamu tak bisa bersastera puitis namun komentarmu cukup puitis....teruslah komentar yang puitis Insya-Allah kan bisa menulis ayat-ayat puitis dengan harapan ada Nilaian di SisiNya .Aamiin.
İsmail Can berkongsi kiriman Ratu Rimba Niagara.
KITA PATRIKAN PERSAHABATAN HINGGA KE SYURGA AAMIIN
'Anda Santun Kami Segan,'
INDAHNYA BUDI BAHASA
Ratu Rimba Niagara:
Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada rakan yang berbudi bahasa;
Marilah kita sama-sama bicara,
Bicara soal indahnya berbudi bahasa.
Yahya Isa ...
Keli di lumpur dilantun kelisa,
haruan di paya memakan umpan;
berbudi luhur santun berbahasa,
warisan budaya zaman berzaman.
Ratu Rimba Niagara:
Berbudi luhur santun berbahasa,
Tenang hati bahasa tersusun;
Dijaga rapi bila berbahasa,
Agar didengar penuh santun.
Yahya Isa ....
Berbunga corak busana Melayu,
diambil selembar diberi teman;
suara lunak terasa mendayu,
sekali terdengar hati tertawan.
Ratu Rimba Niagara:
Budi bahasa indah ditutur,
Didengar hati tertawan;
Berfikir dahulu sebelum ditutur,
Agar lebih menjadi hati tertawan.
Yahya Isa ....
Bersimpuh dara sambil berpantun,
kemas lancar melontar madah,
luruh di jiwa melihat santun,
biar dipagar sanggup kuredah.
Ratu Rimba Niagara:
luruh jiwa melihat santun,
itulah bahasa pengikat jiwa,
merana badan hilang santun,
hilang kasih hilang jiwa.
budi bahasa pengikat kasih
kasih mengasihi sesama insan
saling membantu penyeri kasih
senyuman terukir di hati insan
Budi bahasa lambang jiwa,
Hati nurani seputih salju;
Indah bahasamu penenang jiwa,
Membuatkan hatiku terus merindu.
Yahya Isa ...
Teruna dara pulang berkebun,
disambut ibu tengah halaman;
merana jiwa hilang santun,
lembut ayu berubah jangan.
Ratu Rimba Niagara:
lembut ayu berubah jangan,
itu lambang kesopanan melayu;
sesama kita bergaduh jangan,
memaafi buang dendam di hatimu
Saling bermaafan sesama kita,
Kerana kita insan tak sempurna,
Jangan dikenang kekhilafan lama,
Barulah lengkap iman sempurna.
(GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
18 Sept 2012
PANTUN ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa;
Indahnya budi kerana bahasa,
Bahasa jelek hati terasa.
Budi dibalas racun berbisa,
Lagi berbahasa lagi berbisa;
Berkatalah pada reti bahasa,
Nggak faham bisulah bahasa.
Sejambak budi sejambak bahasa,
Indahnya budi meresap ke hati;
Tiada kata seindah bahasa,
Bahasa indah harum di hati.
Bahasa kukait dengan cinta,
Budi kuhargai hingga ke mati;
Indahnya bahasa kerana cinta,
Indahnya cinta setulus hati.
Hari-hari berbahasa indah,
Serasa berada di taman Syurga;
Semua temanku bermadah-madah,
Madah pujangga bak penghuni Syurga.
Bahasa mu indah menguntum senyuman,
Senyuman berseri bak bulan purnama;
Dalam hati kau teman idaman,
Terpatri cinta di Syurga bersama.
Hari-hari ku petik bunga bahasa,
Lalu kukarang sejambak bahasa;
Kuhadiahkan sejambak bunga bahasa,
Teman istimewa tahu bahasa.
Bahasa...oh! bahasa...oh! bahasa,
Bahasa indah hadirlah di hati;
Kuungkapkan indahnya bahasa,
Bahasa hati pada yang mengerti,
Duniaku dunia bahasa,
Karyaku karya bahasa;
Indahnya karya bahasa,
Berartinya karya bahasa.
Bahasa indah terkuntum senyuman,
Setiap bahasa sentiasa dijaga;
Kata-kata indah terukir senyuman,
Pahala dibawa hingga ke Syurga.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 Oktober 2012
BERERTINYA KEJUJURAN
Sesiapa saja boleh melafazkan jujur,
Mulut berkata lain hati bicara lain;
Jadi mana letaknya jujur,
Sejujurnya tanya hati tanyalah iman.
Kejujuran terletak pada hati,
Hati yang ikhlas tersirna kejujuran;
Orang yang jujur sentiasa dihormati,
Sahabat sejati selalu memberi sokongan.
Hati tak nampak kerana terselindung,
Perselindungan yang penuh teka teki;
Orang yang ikhlas tak perlu bimbang,
Kerana mata batin nampak di hati.
Kejujuran terserlah di hati,
Bila berkata lahir dari sanubari;
Mata berkaca sejernih air di kali,
Senyuman terukir wajah berseri.
Bila kejujuran nampak di hati,
Semua janji akan ditepati;
Bukan seindah menabur janji,
Memakan diri tak tertunai nanti.
Orang jujur ramai yang menyukai,
Bila bercakap seikhlas hati;
Bukan kejujuran sampai memakan diri,
Diperkotak katikkan sesuka hati.
Bila berkata asyik membangga diri,
Kerana rasakan hidup serba sempurna;
Perasaan orang lain tidak diambil peduli,
Sahabat menjauhkan diri kerana hati terluka.
Kejujuran buat hati jadi tenang,
Segala urusan dipermudahkan Tuhan;
Ditempuhi segala dugaan yang datang,
Moga mendapat redhaNya Tuhan.
Berertinya kejujuran dalam setiap kehidupan,
Hidup dilalui bagaikan sinar ketenangan;
Wajah berseri-seri hati penuh keceriaan,
Tiada langsung berdengki-dengkian .
Teman menyelewang hati tak keharuan,
Bila berkata tiada kebenaran;
Perkataan yang sia-sia yang diluahkan,
Persahabatan hambar tiada kekekalan.
Hati terhiris bak sembilu pilu,
Kata-kata diluahkan bagaikan hirisan;
Hirisan hati penuh pilu,
Biarkan kuundur diri jangan aku dipersalahkan.
Jangan aku dipersalahkan,
Kesan dari ketidakjujuran;
Mulut mengiyakan hati menafikan,
Itu tandanya orang mempersendakan kejujuran.
Tiada guna harta tinggi menggunung,
Hasil dari ketidakjujuran;
Hidup mewah hati tak tenang,
Bila menghadapi sakaratulmaut pasti dalam kesukaran.
Tiada ego biarpun ilmunya tinggi,
Tiada mahu membangga diri;
Kadang kala keegoaan menguji diri,
Hinggakan terlupa muhasabah diri.
Hinggakan terlupa muhasabah diri,
Merasakan hidup semuanya dimiliki;
Bila berkata semuanya meninggi diri,
Ingin hidup tak ingat mati.
Sahabat yang jujur sentiasa dicari,
Terbawa-bawa di dalam mimpi;
Bersahabat dengannya ketenangan di hati,
Persahabatan terjalin mohon diberkati.
Karya: Ratu Rimba Niagara
20 Julai 2011
PANTUN TIGA SAHABAT DI HATI BERBUNGA CINTA SYURGA
Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.
Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.
Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.
Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.
Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.
Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.
Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.
Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.
Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.
Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.
Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.
Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.
Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.
Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.
Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.
Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.
Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.
Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.
Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.
Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.
Karya: PUTRI RIMBA NIAGARA
26 April 2012
(PANTUN IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF INI ISTIMEWA UNTUK PERI KECIL PALING CANTIK DEWI SEKAR TANJUNG TERSAYANG)
İsmail Can
Sahabat sejati itu ibarat berlian, sangat berharga dan jarang dimiliki; Sedang sahabat palsu itu ibarat dedaunan; yang bisa ditemukan di mana saja.
KAU SAHABAT SEJATIKU
Disaat air mataku menetes….
Kau datang menghapusnya…..
Disaat aku bersedih….
Kau datang menghiburnya…..
Sesaat setelah hal ini….
Tak akan lagi aku sapa sahabat yang selalu ada…
Kaulah sahabat sahabatku yang paling setia….
Kaulah sahabat sahabatku yang penuh canda dan tawa…..
Dan tak akan aku temui lagi sosok baik hati seperti kalian sahabatku….
Perpisahan ini sangat berat aku ucapkan….
Aku mohon maafkalah aku….
Selama ini aku telah menyakiti hati kalian para sahabatku….
Karena suatu saat nanti kita pasti bertemu lagi….
Kita akan bertemu disurga yang sangat indah….
Selamat tinggal sahabatku….
Tetaplah semangat menjalani harimu….
Teruslah tersenyum walau masalah menghampirimu….
Dan genggam erat impianmu…….
Aku tak akan pernah melupakanmu sahabatku….
Semua kenangan kita selama kita bertegur sapa….
Selalu dan selalu aku ingat selamanya…..
Selamanya, sampai akhir hayat ini….
Maafkanlah semua kesalahanku sahabatku…..
Kesalahan yang aku sengaja mau pun yang tidak aku sengaja….
Maafkanlah jika komenanku tidak berkenan dihati kalian sahabatku…..
Semoga dengan adanya maaf dari kalian…..
ALLOH juga akan mengampuni dosa dosaku….
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
By Ismail Can,
28 Januari 2018
JANGAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL TANPA RELAKU!
Sahabat...
jangan ucapkan selamat tinggal tanpa relaku...
kehadiranmu walaupun cuma di alammaya
amat kuhargai dan syukuri
mengenalimu
melalui penulisanmu
adalah satu anugerah terindah dariNya
yang aku syukuri sepanjang hayatku...
Sahabat...
mengapa perlu ucapkan selamat tinggal
sedangkan kau tahu
semua sahabatmu
menantikan karya penulisanmu
bak bunga-bunga yang berguguran dari Syurga
wangiannya menusuk kalbu
Sahabat...
jangan sesekali tinggalkanku tanpa relaku
biarkan saja laman fbmu wujud di situ
agar dapat disinggahi oleh semua sahabatmu
tanda kenang-kenangan darimu bertinta
tinta-tintamu adalah wadah perjuanganmu
yang suci murni
insyaAllah ada nilaian di sisiNya...
sekalipun kau sibuk dengan dunia perjuanganmu
atau tiada di dunia ini lagi
biarlah laman fbmu wujud selagi mana izinNya...
Sahabat...
pertemuan kita di alammaya dengan izinNya
pasti ada hikmahNya
pasti bermatlamat yang sama
menuju jalanNya menuju SyurgaNya
moga Allah perkenankan pertemuan kita di SyurgaNya
pasti pertemuan yang indah dan tak akan ada perpisahan
hikmah hebatNya perancangan Allah pada setiap perancanganNya....insyaAllah...
Sahabat....
jangan ucapkan selamat tinggal tanpa relaku
sekalipun cuma di alammaya kita bersahabat
biarlah hanya kematian yang memisahkan kita...
indah andai kau memahami itulah arti
persahabatan atas karenaNya.
Yang tulus ikhlas ingin menjadi sahabat sejatimu,
Ratu Rimba Niagara,
11 Jamadil Awal 1439H
28 Januari 2018
TERIMA KASIH GRUP IKHLAS BERPANTUN
Terima kasih grup ikhlas berpantun,
Hamba ini suka berpantun,
Tapi tak sehebat juara berpantun,
Yang penting ikhlas berpantun.
(hehehe)
Salam kenal buat sahabat grup semua,
Dalam berpantun kita bersilaturahim,
Indahnya berpantun dalam suasana ceria,
Sambil berpantun terjalin silaturahim.
Hamba ini minat bersastera,
Dunia hamba dunia sastera,
Rasa bahagia bila bersastera,
Justeru pagi ke malam bersastera.
Jika karya hamba bersiaran,
Tersalah bahasa harap dimaafkan,
Hamba di sini terima teguran,
Asalkan silaturahim dapat diteruskan.
Terima kasih daun keladi,
Pada admin yang baik hati,
Terima hamba menjadi ahli,
Moga hamba berpantun seikhlas hati.
Karya Ratu Rimba Niagara,
13 Jamadilawal 1439H
30 Januari 2018
Rashid Kocai ke SeiNdAh CiNtA IsLaM (Rashid Kocai)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah walhamdulillah walailaahaillallah wallahuakbar.
Salam istirehat sahabat



3 tahun yang lepas
KUNJUNGAN INDAH PELANGI CINTA
Segugus cinta bergugus-gugus...
Menjadi rebutan untuk dimiliki
Semakin dimiliki rasa tak mencukupi
Itulah gugusan cinta dunia yang tak sudah-sudah
Memilikinya sanggup ketepikan kemanusiaan
Tanpa hati tanpa perasaan
Jadilah gugusan cinta dipuja ke mana pergi
Disanjung di merata tempat
Diketepikan hati yang terlara di sudut sepi
Makanya takkan ada cinta lagi di gugusan cinta
Yang ada senyuman diheret ombak membara
Moga hilang segala yang membadai cinta
Kunjungan indah pelangi cinta
Menyeri berseri-seri di suduh hati yang inginkan cinta Ilahi!
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2012
3 tahun yang lepas
SEORANG PENYAIR MENYEGARKAN IMANKU YANG TAK LAYU-LAYU
Ayu...ayu..ayu...
Matamu yang kuyu
Senyumanmu bertambah ayu
Duhai wanita melayu
Semangatmu tak pernah layu
Syairmu suka merayu
Rayu iman yang kian layu
Kini segar tak jadi layu
Aku sukakanmu duhai wanita nan ayu
Syairmu tak pernah membuatkanku layu
Aku suka pada syairmu ayu
Berkaryalah terus berkarya duhai ayu
Karyamu sentiasa segar tak layu-layu
Syukurku padaNya Anugerah padaku wanita nan ayu
Seorang penyair menyegarkan imanku agar tak layu-layu
Karya Ratu Rimba Niagara
21 Januari 2012



RASAILAH PUSINGAN TAWAF DI TANGAN ANDA
Kejadian Alam Ciptaan-Nya
amat indah
terlalu indah
tiada yang tidak indah
melainkan indah
waima tumbuh tumbuhan yang menjalar
semuanya berputar arah ke kanan
begitu indah-Nya Ciptaan Tuhan pada tumbuhan di bumi
di planet begitu juga
semua berputar arah ke kanan mengikut orbit masing-masing
begitulah semua yang ada di langit dan di bumi
mengikut Perintah Pencipta-Nya Allah Azzawajallah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sejak 1200 tahun dahulu
para pemikir Islam
memikirkan
KEBIJAKSANAAN TUHAN YANG TIADA TANDINGAN-NYA
setiap yang diciptakan-Nya
pasti ada hikmah-Nya
maka pemikir Islam
mereka cipta
jam mengikut aura alam
SUBHANALLAH aura alam yang luar biasa hebat-Nya
dirasai
di denyutan nadi
menjadi aura positif
orang-orang Islam di zaman itu
cemerlang dunia akhirat
menghargai setiap detik masa
tanpa dibazirkan
terlalulah mereka menghargai masa
dengan falsafah hidup mereka
HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM
DAN HARI BERIKUTNYA ADALAH LEBIH BAIK BERTAMBAH BAIK
SEHINGGA KE NAFAS TERAKHIR
sehinggakan semua generasi Islam ketika itu
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
kerana mereka semua telah
diajar menghargai masa
masa menentukan
KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
tapi malangnya
jam rekaan pemikir Islam
telah dimanipulasikan
oleh mereka yang anti Islam
lalu mencipta jam
pusingan arah ke kiri
Masa berlalu begitu pantas
jam rekaan pemikir Islam
dilupakan oleh masa dan peredaran zaman
zaman terus berganti zaman
KUASA ALLAH AZZAWAJALLAH MENGATASI SEGALA-NYA
atas inisiatif pemikir Islam di abad ke-21
jam yang dulunya cuba dipadamkan
sejarah kegemilangan Islam
telah berjaya dijenamakan,
JAM YANG TERLARIS DI DUNIA
JAM TAWAF
"RASAILAH PUSINGAN TAWAF DI TANGAN ANDA"
pasti demensi baru akan membuatkan anda
menghargai masa setiap detik
MASA TERLALU BERHARGA LEBIH BERHARGA DARIPADA EMAS
semakin pusingan arah jarum jam
setiap masa, usia makin mendekat
menuju detik penamat
moga setiap detik yang ditinggalkan
mengingatkan kita kepada Tuhan
yang menciptakan kita
makin jauh kita tinggalkan masa
makin dekat kita bertemu TUHAN
saat indah di kala itu
PERTEMUAN yang indah
yang kita nanti-nantikan
di saat akhir kita meninggalkan dunia ini
kita sempat menamatkan masa
dengan lafaz Kalimah Syurga-Nya
bersama bekalan yang kita bawa
semasa kita berhidup di muka bumi-Nya
LAAILLAAHAILLALLAH MUHAMMADARASULULLAH
tamatlah pusingan tawaf di tangan kita
roh keluar dari jasad
membawa senyuman sampai Ke Syurga
In Sha Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
JAM TAWAF
DENYUTAN NADI
SEIRING ZIKIR PADA-NYA
SYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA
RASAILAH PUSINGAN TAWAF DI TANGAN ANDA
DUNIA DEMENSI JAM TAWAF DI ABAD KE-21
DETIK TERAKHIR JARUM JAM TAWAF BERPUSING
BERHENTILAH TUGAS KITA SEBAGAI KHALIFAH-NYA
TUTUP SUDAH BUKU CATATAN AMALAN KITA
MOGA PUSINGAN JARUM JAM TAWAF DI TANGAN KITA
YANG DIJAGA SETIAP MASA
DITAMATKAN DENGAN HUSNUL KHOTIMAH
ROH KELUAR TINGGALKAN JASAD
DENGAN TENANG LAGI DIREDHOI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"DUNIA DEMENSI TAWAF DI TANGAN ANDA
MENARIK DAYA POSITIF
AURA BUMI UNTUK KITA
SENTIASA MENGINGATI SAAT BERTEMU DENGAN-NYA
PERTEMUAN NAN INDAH ANTARA HAMBA DENGAN TUHAN-NYA
ALLAH AZZAWAJALLAH
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Rabiulawal 1435H
31 Januari 2014M
"ANDAI ANDA BERMINAT MEMILIKI JAM TAWAF BOLEHLAH HUBUNGI PEGAWAI PEMASARAN JAM TAWAF KAMI CIK ZANA 014 - 2214128"
CIK ZANA ADALAH SPONSOR UTAMA YANG MEMBERI SOKONGAN KEPADA RATU RIMBA NIAGARA BERKARYA TANPA SOKONGANNYA DUNIA SASTRA RATU RIMBA NIAGARA MALAP TIDAK BERGEMERLAPAN . MEMBERI SOKONGAN KEPADANYA BERERTI MEMBERI SOKONGAN KEPADA RATU RIMBA NIAGARA BERKARYA.
Komen

  • Hapip Handoko Ya Allah Maha Besar Engkau dan Maha Melihat hamba hambaMu yang berjuang dalam perjuangannya dan dalam peperangannya jam tawaf itu membuat pusing tapi menghasilkan hasil yang gemilang bagi hambaMu yang lulus dengan berbagai ujian yang berat dan yang mahadasyat dengan kelelahan hingga dapat bersahabat dengan kekuatan ciptaanMu Angin Matahari Api Tanah Air dan tambahan hadiah Bulan Bintang kemudian menerpah berbagai Alam lainnya hingga tak ada kekuatan apapun itu selain KEKUATAN ENGKAU semuanya hamba buat agar ROH hambah mencapai putih yang sebenarnya sampai tinggkat tertinggi. Arys karena kekuatan Jasad hamba tergantung roh yang harus hamba pertahankan dan perjuangkan hingga jam tawaf itu mangkin kencang berputarnya hanya Roh yang menghadapMu sempurnalah hamba mohon agar hamba dan saudara seiman tetap dalam golongan Roh yang putih Sempurnah
    1

  • AAmiin Ya Rabal A'Lamiin. Terima kasih saudara seimanku karena sudi memberi komentar di wall ku.
    Moga silaturrahim di alammaya ini Allah swt berkati. Aamiin.



ALLAH BENARLAH ENGKAU MAHA MEMAHAMI
DEFINASI UANG BAGIKU
aku bukan sembah uang
tapi dengan adanya uang
membuatkan aku lebih dekat dengan Tuhan
aku dapat membeli kasih sayang
bukan seorang tapi semua ciptaan
makhluk Ciptaan Tuhan
di muka bumi-Nya ini
kenapa aku kata begitu
mana ada manusia yang tak perlukan uang
walaupun dia sudah kaya raya
mahu juga tambah uang
tambah...tambah...tambah
tapi masih tak puas 
kalau boleh sampai mati
mendambakan diri mencari uang
simpan...simpan...simpan...
simpan sampai mati
bila dah mati
menjadi rebutan warisnya yang hidup
sebagaimana dia tamak semasa hidup
pada dirinya sendiri pun dia tak mahu
belanjakan uang
baginya semuanya membazir
karena dia sukar mencari uang
mana mungkin dia mahu belanjakan
itu dirinya sendiri
dia belanja uang jika
menampakkan dia seorang
yang berkelas atasan
biar orang tahu dia jutawan
memakai jenama yang mahal
yang tiada orang lain mampu membeli
selain dari itu dia tidak akan
membelanjakan uangnya
sekarang bila udah mati
anak yang ditinggalkannya
bukan ramai dua orang saja
mati aja si bapa
anak bergaduh mahu lebih tak mahu kurang
sanggup buang saudara
gara-gara tika hidup bapa tidak meninggalkan wasiat
hartanya yang banyak itu
begitulah hebatnya kuasa uang
yang mati tetap mati
yang hidup bercakaran karena harta
bukan kasihan dengan bapa yang meninggal
tapi menyeksakan bapa di alam kubur
di mana alam kubur
uang sudah tidak ada maknanya lagi
kecuali uang yang digunakan semasa hidup
untuk didermakan ke Jalan Allah swt
di alam kubur
amat bernilai uang yang diinfakkan
tapi malang penyesalan tak bermakna lagi
penyesal sepanjang berada di Akhirat
tika di dunia disanjung
di akhirat dihinakan Allah swt sehina-hina nauzubillah
Begitulah amat berartinya uang bagi
yang punya mata hati tentang
kehidupan setelah mati
BUKAN SEMBAH UANG
TAPI UANG MEMBUATKAN KITA
LEBIH DEKAT PADA TUHAN
Itu bagi mereka yang punya uang
yang tak punya uang macam aku gimana
boleh ke aku menginfakkan hartaku
ke jalan-Nya
sedangkan aku nggak punya uang
jauh sekali harta
tak akanlah aku mahu cemburu dengan orang
yang punya uang yang banyak?
oh! tidak sama sekali
mereka Allah swt uji dengan uang yang banyak
aku diuji Allah swt tak punya uang dan harta
Habis tu gimana aku berjuang tanpa uang?
sedangkan kehidupan semua perlukan uang
sedangkan sehingga sekarang Allah swt
izinkan aku bersiaran karya
semahu aku sedaya aku
tanpa dibiayai oleh mana-mana pihak
pernah juga aku meminta teman rapatku
membiayai agar aku dapat meneruskan
perjuangan aku dalam berkarya sastra
mereka berjanji akan membantu
tapi janji tinggal janji
dan karena aku tidak mahu menyusahkan
mereka untuk menunaikan janji
aku undurkan diri daripada mereka
bukan kecewa
tapi benarlah janji Allah
jika aku ke jalan-Nya
setiap langkah perjuanganku
DIA pasti akan membantu
walaupun di kala aku buntu
SUBHANALLAH
Maha Pemurah-Nya DIA tidak pernah kecewakan aku
dalam apa keadaan sekalipun
sehinggakan aku malu dengan Allah...
malu sangat-sangat...
amalanku bukanlah banyak mana
tapi DIA sentiasa memahami
apapun keadaan aku...
mengingatkan kasih sayang Allah
tanpa batas padaku
serasa setiap denyutan nadiku
mahu mengingati DIA saja
mahu beramal dalam kebajikan saja
tak mahu fikirkan pesona duniawi
yang membuatkan Allah swt murka padaku
yang aku mahu hidup matiku
dalam Redho Allah...
itu yang aku mahu di saat ini
tapi aku manusia biasa
ada saja pendengki hianat
dengan niat baikku ini
sepanjang aku berhidup di muka bumi Allah...
dengki hianat manusia apabila dia mendengki
yang lebih parah lagi dengki hianat
iblis dan syaitanjj
yang akan sedaya upaya
mencantas niat dan amal ku
aku buat baik
syaitan pasti menghasut
iblis pasti menghalang
manusia yang punya kebusukan kebathinan
pasti mencantas
adakah aku mampu melawan itu semua
YA ALLAH HANYA KEPADA-MU AKU SANDARKAN HARAPAN
BANTULAH AKU
LINDUNGILAH AKU
DARIPADA SEGALA KEJAHATAN TIPU DAYA
MANUSIA, SYAITAN DAN IBLIS
YANG MAHU MERUSAKKAN PERJUANGAN
DUNIA AKHIRATKU DALAM MENUJU
CINTA-MU REDHO-MU SEHINGGA AKHIR HAYATKU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"BIARLAH AKU TAK PUNYA APA-APA DI DUNIA INI ASALKAN
AKU MILIKI CINTA-MU REDHO-MU AAMIIN"
......................................................
Sampai Kapan Pun Kumilik-Mu Allah
29 Rabiulawal 1435H
31 Januari 2014
  • Hapip Handoko Uang bukan Tuhan tapi dia bisa membuat hamba Allah lupa kepada yang memiliki karena memang uang bisa berbuat segalahnya dunia dan akhirat untuk perjuanganpun uang apapun itu banyak kezoliman yg terjadi karena uang tapi cukup jelas Allah menciptakan Jin dan manusia golongan manakah yang akan kita masuki jika itu golongan manusi seperti Junjungan kit Nabi Muhammad menikah dengan Siti Khodiya dan Nabi Sulaiman Ya Allah semoga hambah termasuk golongan Beliau Amin
    1

  • AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.




8 tahun yang lepas
KUNJUNGAN INDAH PELANGI CINTA
Segugus cinta bergugus-gugus...
Menjadi rebutan untuk dimiliki
Semakin dimiliki rasa tak mencukupi
Itulah gugusan cinta dunia yang tak sudah-sudah
Memilikinya sanggup ketepikan kemanusiaan
Tanpa hati tanpa perasaan
Jadilah gugusan cinta dipuja ke mana pergi
Disanjung di merata tempat
Diketepikan hati yang terlara di sudut sepi
Makanya takkan ada cinta lagi di gugusan cinta
Yang ada senyuman diheret ombak membara
Moga hilang segala yang membadai cinta
Kunjungan indah pelangi cinta
Menyeri berseri-seri di suduh hati yang inginkan cinta Ilahi!
Rha NS
31112
8 tahun yang lepas
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU
Kempenlah dengan hati yang tenang
Jangan dibarakan api kemarahan
Fokuskan kepada perjuangan untuk rakyat
Kemenangan pasti berpihak kepada rakyat juga
Yb Tj Young ku lantikmu berkhidmat untuk membantu rakyat jangan sekali menindas rakyat...
Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu,
Tak lama lagi PRU,
Kuasa rakyat sebagai penentu.
Rha NS
31112
8 tahun yang lepas
DUHAI SAHABAT SEPERJUANGANKU
Duhai sahabat sepejuanganku...
Perjuanganmu perjuanganku seiring sejalan
Matlamatmu matlamatku tiada bezanya
Moga kita seia sekata sehati sejiwa
Sentiasa sokong menyokong apapun rintangan yang datang
Kau dan aku akan pertahankan sebuah persahabatan
Yang suci dan murni
Agar tintamu tintaku jadi sejati sejernih jiwa
Yang ingin kembali mengadap Tuhanku Tuhanmu
Dalam keadaan ketenangan jiwa...
Moga Allah makbulkan segala niat kita yang suci...
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Rha NS
31 Januari 2012
8 tahun yang lepas
BERSAMALAH KITA MELESTARIKAN BUDAYA BANGSA
Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam kesayangan rakyat,
Adalah Raja Pewaris Kesultanan Sulu;
Raja bertahta lagi berdarjat,
Kerendahan hati Dymm Tuanku buat hati jadi terharu.
Tuanku dan rakyat adalah khalifah Allah SWT
Diberi darjat sebagai pewaris Kesultanan Sulu
Namun begitu Kurniaan darjat dariNya Tuanku syukur dengan rasa kerendahan hati sebagai seorang hambaNya
Menyayangi dan membantu rakyat selagi hayat di kandung badan
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar syukur rakyat mempunyai raja berjiwa hamba apabila bertitah penuh madah pujangga...tak pernah terlepas ungkapan puji-pujian pada Allah Raja Semesta Alam.
Dymm mengajak rakyat baginda bersyukur dengan nikmat keamanan negara yang Allah Kurniakan....rakyat bersyukur sebanyak-banyakNya kepada Allah atas KurniaanNya seorang Raja yang penyayang dan negara yang aman damai tanpa sebarang rusuhan musuh. Berkat keamanan negara dihormati di serata pelosok dunia.
Sungguh indah budaya bangsa,
Kekayaan bangsa pelbagai kebudayaan;
Bersamalah kita melestarikan budaya bangsa,
Agar tak hilang ditelan zaman.
Bila dilestarikan bangsa akan terkenal,
Nilai kebudayaan disebar di serata dunia;
Bangganya anak bangsa bila terkenal,
Terkenal budaya tinggi di seluruh dunia.
Rha NS
31 Januari 2012
8 tahun yang lepas
WARKAH ISTIMEWA UNTUK DYMM TUANKU 
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh
Dymm Tuanku Arjuna
Ampun Tuanku Bicara patik Harap Diampun,
Izinkan patik mengarangkan syair pantun gurindam dan seloka
Untuk santapan minda tuanku dan dikongsi bersama rakyat jelata.
Patik berkarya kerana menghargai Kurniaan dariNya pada patik
Anugerah darinya patik syukuri dalam syahdu dan sendu
Tiada patik harapkan sanjungan melainkan redhaNya dan cintaNya
Moga menjadi bekalan akhirat setelah patik tiada nanti
Sokongan tuanku amat patik hargai dan sanjungi
Terharu rasa patik tak dapat hendak diungkapkan dengan kata-kata
Bertambah semangat patik untuk mengarangkan pantun syair gurindam istimewa untuk seluruh Raja Melayu samada dongengan atau realiti
Tanpa izinNya... patik tidak dapat mengarang kisah-kisah diRaja kerana siapalah
patik hamba yang tak sempurna . Moga dengan izinNya patik dapat menghidangkan syair pantun gurindam dan seloka dengan jayanya.
Moga Dengan izinNya juga Allah sampaikan kiriman karya-karya patik di angin lalu untuk  ...moga tuanku sukacita membaca karya-karya patik dan terhibur hati hendaknya.
Jika ada kekurangan keindahan bahasa diRaja ampunkan patik kerana patik kurang mahir berbahasa istana tapi patik cuba sebaik yang mungkin agar ianya menjadi lebih sempurna dan indah Insya-Allah.
Didoakan semoga Dymm Tuanku DiRahmati Dan DiRedhai Allah dari dunia hingga akhirat. Amin Ya Rabbal A'Lamin
Ampun Tuanku,
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
Patik Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2012


8 tahun yang lepas
CAHAYA CINTA ALLAH UNTUK PARA HAMBANYA
Cahaya cinta matahari
Cahaya cinta bulan
Memancar-mancar
Berkilau-kilauan
Tak jemu dipandang
Terus memuji KebesaranMu Tuhan
Itulah Cahaya Cinta Allah Untuk Para HambaNya
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
Rha NS
31112

LAILLAAHAILLALLAH MUHAMMADARASULULLAH
SUBHANALAH ALHAMDULILLAH ALAHU AKBAR
RATU RIMBA NIAGARA
11 November 2012
Dalam Hadits lain disebutkan:
"Di sekitar Arsy Allah ada menara-menara dari cahaya, di dalamnya terdapat orang-orang yang pakaiannya dari cahaya, wajah-wajah mereka bercahaya, mereka bukan Nabi atau pun syuhada. Para Nabi dan syuhada iri, kepada mereka."
Ketika ditanya sahabat, "Siapakah mereka itu ya Rasulullah?".
Rasulullah menjawab:
“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah".
SALAM KU DI INGATAN
8:38am Tue, 29 March
                                     
    

HIKMAH



Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL

31.1.2020    

 
;