Saturday 16 June 2012 0 comments

SELAMAT HARI BAPA HORMATI DAN SAYANGILAH BAPA




SELAMAT HARI BAPA

SELAMAT HARI BAPA ...HORMATILAH DAN SAYANGILAH BAPA....TIKA IA MASIH ADA....SESIBUK MANA PUN LUANGKAN MASA UNTUK JENGOK BAPA....
·
By Khai Noor
16 Jun 2012

PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA

Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.

Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan,
Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran;
Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan,
Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.

Ayahanda akan terus memimpin anakanda,
Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis;
Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda,
Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.

Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi,
Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan;
Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi,
Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.

Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan,
Ayahanda akan terus membimbingmu;
Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan,
Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.

Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin,
Memburu impian menggapai cita-cita;
Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan,
Agar menjadi realiti segala yang dicita.

Capai setinggi mana mungkin cita-citamu,
Ilmu yang dituntut jangan sekali rasa jemu;
Kegagalan tidak akan pernah bertamu,
Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.

Dalam menuju segala kejayaan,
Cahaya keimanan amat diperlukan;
Allah jangan sekali dilupakan,
Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.

Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur,
Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu;
Asalkan anakanda cekal dan sabar,
Kerana sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.

Apabila segala ilmu terpasak di dada,
Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda;
Dan tika itu ayahanda tersenyum bangga,
Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.

Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung,
Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini;
Jadilah anak soleh berjiwa pejuang,
Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.

Ayahanda dan bonda tersayang,
Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan;
Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang,
Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.

Anakanda hargai pengorbanan ayahanda ,
Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda;
Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda,
Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.

Ayahanda dan bonda yang disayangi,
Anakanda akan berazam mencapai cita-cita;
Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni,
Membela agama bangsa dan Negara tercinta.

Anakanda sentiasa bangga dengan ayahanda,
Ayahanda pemimpin idola anakanda;
Membela agama dan bangsa walau di mana,
Hatimu putih bersih bak mutiara.

Perjuangan ayahanda tepat dan jelas,
Rela berkorban demi rakyat tercinta;
Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas,
Demi kerana Allah tercinta.

Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang,
Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru;
Moga sentiasa berjaya ketika berjuang,
Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.

Doakan anakanda menjadi pejuang sejati,
Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta;
Kita berjuang hingga ke mati,
Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta.

Syukur anakanda setiap hari,
Keluarga kita dilimpahi sakinah dariNya;
Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai,
Moga kita sekeluarga hingga ke SyurgaNya.

Anakanda tersayang ayahanda tercinta,
Kasih berpadu bersama bonda dicintai;
Hidup berkeluarga sakinah tercipta,
Insya-Allah sekeluarga menghuni SyurgaNya nanti.

Duhai anakanda tersayang Fahd Al-Warith,
Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
Dewasa nanti menjadi seorang Khalifah,
Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.

Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.

Karya: Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
(Sempena Sambutan Hari Bapa )
(Pantun Diilhamkan Teristimewa Untuk Semua Bapa Di Dunia Yang Masih Hidup Dan Yang Telah Meninggal Dunia Disedekahkan Al-Fatehah Moga Dimasuk Roh Bapa Kedalam Hamba-Nya Yang Beramal Soleh Aamiin)
 ·  ·  · 19 hours ago
  • Kembara Sirua likes this.
    • Kembara Sirua Ayah dan bunda tak mengenal keluh
      Demi ananda buah hati tercinta
      Do'a ayah bunda laksana suluh
      Penerang jalan ananda menggapai cita
      12 hours ago ·  · 1
    • PERMATA HATI AYAHANDA DAN BONDA

      Duhai anakanda...
      Permata hati ayahanda dan bonda tercinta...
      Kelahiranmu sentiasa ayahanda dan bonda nantikan
      Kasih sayang ayahanda dan bonda telah teruntuk untukmu
      Ayahanda dan bonda terlalu sayangkan anakanda
      Sayang....sayang....sayang sangat-sangat...
      Ayahanda dan bonda rela pertaruhkan nyawa demi kasih padamu
      Sebagaimana ayahanda cintakan bonda
      Begitulah cinta ayahanda dan bonda kepada anakanda
      Makanya hargailah kasih ayahanda dan bonda ini
      Jangan sekali dipersiakan cinta kami pada anakanda
      Jadilah anak soleh soleha
      Yang akan mendoakan ayahanda dan bonda
      Setelah ayahanda dan bonda berjumpa Tuhan
      Itulah balasan cinta sejati daripada anakanda
      Untuk ayahanda dan bonda...
      Duhai anakanda yang disayangi dunia akhirat
      Moga kita sekeluarga menjadi penghuni Syurga
      Untuk menyambung cinta kita sekeluarga
      Cinta di Syurga kekal abadi
      Dan kita tidak akan berpisah selepas itu.

      Karya Putri Rimba Niagara
      17 Jun 2012
      22 minutes ago · 
    • JIKA BUKAN KERANA KANDA

      Jika bukan kerana kuda,
      Tidak terasa sakit di dada;
      Jika bukan kerana kanda,
      Tidak dinda bergelar bonda
      ~~paktamzuber~~

      Putri Rimba Niagara:

      Jika bukan kerana kanda,
      Tidak dinda menjadi bonda;
      Kerana dinda cinta kanda,
      Cinta kita lahirlah anakanda.

      KARYA PAKTAMZUBER & PUTRI RIMBA NIAGARA
      17 Jun 2012
      21 minutes ago · 
    • TERBUKTI DENGAN CINCIN DIJARI

      Di kiri sayang di kanan sayang
      sayang abang kepada cik adik
      adik cantik hati terpikat
      terpikat membawa hajat meminang.

      Meminang diatur si orang tua
      tua kelapa pekat santannya
      santannya pula buat masakan
      masakan di hari persandingan kita.

      Kita berdua janji setia
      setia abang sudah terbukti
      terbukti dengan cincin di jari
      jari tergenggam di atas pelamin cinta.

      By: Sazalee Sulaiman
      ssz/spl/pm...29/3/2012.

      CINTA KITA SENTIASA TERIKAT SAYANG

      Terima kasih duhai abang
      Karna meminangku dengan cincin cinta Syurga
      Kasihmu abang takkan hilang
      Akan kusirami dengan bunga-bunga cinta Syurga

      Pinanganmu diterima direstui keluarga
      Terpatrilah cinta kita berdua
      Cinta kita menyatukan keluarga
      Moga Allah restui cinta kita berdua

      Di atas pelamin jeling menjeling
      Senyuman terukir untuk para tetamu
      Cinta kita sentiasa terikat sayang
      Mencintai abang rasa tak jemu

      Karya Putri Rimba Niagara
      29 Mac 2012

      KARYA SAZALEE SULAIMAN & PUTRI RIMBA NIAGARA
      17 Jun 2012
      18 minutes ago · 
    • SYAIR KELUARGAKU SAYANG

      Tersebutlah kisah keluargaku tersayang,
      Tinggal di Kampung Teluk Kemang;
      Aman sentosa bersenang-lenang,
      Hidup bahagia terkenang-kenang.

      Mohd Ali ketua keluarga,
      Anak isteri terurus terjaga;
      Seorang bapa yang bijaksana,
      Satu keluarga hidup bahagia.

      Pagi-pagi pergi ke laut,
      Ombak membadai tak pernah takut;
      Berusaha bapa selagi larat,
      Buat hatiku rasa tersayat.

      Fatimah isteri yang baik budi,
      Cantik rupa cantiklah hati;
      Suami disayangi juga dihormati,
      Cintakan suami hingga ke mati.

      Anak-anak hidup bahagia,
      Mendapat perhatian ibu dan bapa;
      Ada masalah dikongsi bersama,
      Pengorbanan ibubapa tidak dilupa.

      Dikurniakan Tuhan anak sepuluh,
      Dijaga dididik tak pernah mengeluh;
      Sanggup berhujan sanggup berpeluh,
      Demi kerana anak sepuluh.

      Halimahtun Sa’adiah anak pertama,
      Cantik rupawan berbudi bahasa;
      Kerenah adik-adik semua diterima,
      Semua adik-adik sayang padanya.

      Anak kedua namanya Ramli,
      Anak kesayangan Mohd Ali;
      Tamat belajar pengajian tinggi,
      Agar Ramli hidup dihargai.

      Anak ketiga namanya Salmah,
      Orangnya ramah dan tamah,
      Asyik ketawa tak pernah marah,
      Qada dan Qadar dia berserah.

      Anak keempat Abdul Ghaffar,
      Seorang pendiam kuat bersabar;
      Kuat berusaha banyak ikhtiar,
      Agar keluarga tidak terbiar.

      Noraini pula anak kelima,
      Rajin memasak untuk keluarga;
      Orangnya pendiam berbudi bahasa,
      Banyak berbudi banyak berjasa.

      Hasnah anak keenam paling pandai,
      Kepandaiannya tiada ditandingi;
      Jasa ibu dan bapa amat dihargai,
      Wajah bapa masih dibayangi.

      Anak ketujuh namanya Khairiah,
      Masa kelahiran disambut meriah;
      Cepat merajuk bila dimarah,
      Mohon maaf bila tersalah.

      Saridah anak yang kelapan,
      Bertanggungjawab beradap sopan;
      Kuat bekerja hingga tak sarapan,
      Ekonomi keluarga terus mampan.

      Rabeah anak yang kesembilan,
      Suka tersenyum suka berjalan;
      Minat menulis jadi amalan,
      Cita-cita ingin menggapai bulan.

      Radziah anak yang bongsu,
      Masa kecil suka menyusu;
      Disayangi oleh ayah dan ibu,
      Kini digelar puteri bongsu.

      Anak-anak semuanya sayang,
      Kasih sayang takkan hilang;
      Hidup bahagia sayang menyayang,
      Jasa ibu dan bapa tak akan hilang.

      Ibu gembira anak bahagia,
      Jangan putus ikatan keluarga;
      Saling berhubung jalinan mesra,
      Agar ikatan terus terbina.

      Masa berlalu begitu pantas,
      Ingin bahagia tiada jalan pintas;
      Segala cabaran terus direntas,
      Kasihkan keluarga tempat teratas.

      Sekian sahaja syair keluargaku sayang,
      Moga kasih takkan hilang;
      Indah hidup berkasih sayang,
      Bahagia keluargaku terus terbayang.

      Karya Putri Rimba Niagara
      17 Jun 2012

      Puisi Keluargaku Sayang

      Duhai bapa…
      Kusayangmu hingga ke hujung nyawa.
      Duhai ibu…
      Kukasihmu tiada hadnya.
      Duhai kakak…Duhai abang…Duhai adik…
      Kusayang kalian tiada batasan…
      Kita dikandungkan dalam perut yang sama…
      Kita dibesarkan dalam satu bumbung,
      Mana mungkin kita terputus kasih sayang!
      Bersyukurlah kita ditakdirkan mempunyai
      ibubapa yang baik hati dan penyayang.
      Kita hidupkan kasih sayang ini
      selagi hayat di kandung badan…
      Moga kebahagiaan keluarga kita
      terus berkekalan hingga ke Syurga
      nanti, Amin Ya Rabbal A’Lamin.

      Karya Putri Rimba Niagara
      17 Jun 2012
      14 minutes ago · 
    • PANTUN IBUKU SAYANG

      Nama ibuku Hajah Fatimah,
      Baik hatinya bukan kepalang;
      Orangnya ramah dan tamah,
      Ke mana pergi tetap disayang.

      Ibu Fatimah wanita rupawan,
      Cantik rupa cantik bahasa;
      Kerana itu Mohd Ali tertawan,
      Diterima pinangan kerana gagah perkasa.

      Dilayan suami bagaikan permaisuri,
      Hidup berkeluarga bagaikan di Syurga;
      Wajah isteri bagaikan bidadari,
      Menyayangi suami makan minum dijaga.

      Bapa ke laut ibu di rumah,
      Menjaga anak-anak penuh kasih sayang;
      Tetamu datang dilayan hormat,
      Ke mana pergi semuanya sayang.

      Ibu Fatimah berkorban apa saja,
      Demi kepentingan anak-anak tercinta;
      Pelajaran diutamakan buat kuteruja,
      Sedari kecil kutanam cita-cita.

      Kasih ibu sama rata,
      Anaknya sepuluh semuanya disayangi;
      Ibu mengasuh dengan kasih dan cinta,
      Cinta dicurah terus mewangi.

      Ibu dan bapa pasangan bahagia,
      Ke mana pergi selalu bersama;
      Semua anak-anak terasa bahagia,
      Kami disayangi semuanya sama.

      Ibu dan bapa pergi ke laut,
      Pergi ke laut mengambil bunga karang;
      Cinta ibu tak pernah surut,
      Dari dulu hingga sekarang.

      Kata ibu datukku seorang pahlawan,
      Menyandang jawatan hulubalang Raja Bugis;
      Kepahlawanan datuk buatku teruja,
      Gugurnya datuk buatku menangis.

      Ibu dan bapa berpakat bersama-sama,
      Besarkan anak-anak tanpa balasan;
      Budi baik anak-anak semua diterima,
      Sebagai balasan yang tak pernah bosan.

      Ibuku sedih aku pun sedih,
      Pemergian bapa masih terkesan;
      Hati ibu memanglah pedih,
      Sayangilah anak-anak bapa berpesan.

      Hampir berbulan ibu termenung,
      Pergi ke pusara melepas rindu;
      Kasih sayang suami terkenang-kenang,
      Rindukan suami dalam tangis dan sendu.

      Mujurlah ada anak-anak ramai,
      Senyum dan tawa pengubat rindu,
      Hati ibu terasa damai,
      Kasih sayang anak-anak tetap berpadu.

      Ibu besarkan anak-anak tanpa bapa,
      Cekalnya ibu pergi berniaga;
      Segala cabaran dihadapi pelbagai rupa,
      Demi kesejahteraan kami sekeluarga.

      Ibuku wanita pandai berniaga,
      Dicongak dihitung dengan bijaksana;
      Pelanggan dilayan seperti keluarga,
      Keberkatan berniaga keuntungan diterima.

      Ibuku kini sudah bersara,
      Perniagaan diwarisi oleh kakakku;
      Rehat ibuku ibu disara,
      Pengorbanan ibu tetap di hatiku.

      Pengorbanan ibu dihargai anak,
      Dirikan banglo untuk ibu tersayang;
      Kini anak beranak pinak,
      Hidup bercucu cicit sayang menyayang.

      Di pagi Syawal bahagianya kami,
      Anak cucu cicit berkumpul bersama;
      Begambar sekeluarga untuk dikenangi,
      Ibu gembira hadiah diterima.

      Bahagia ibu dikelilingi anak cucu,
      Ibuku panyayang jadi nenek penyayang;
      Ke mana pergi disayangi anak cucu,
      Anak dikasihi cucu disayang.

      Kasih ibu bawa ke Syurga,
      Kasihkan isteri hingga ke mati;
      Bahagia hidup kita sekeluarga,
      Sayang menyayangi lekat di hati.

      Indahnya hidup bersama ibu,
      Hidup penuh kasih dan sayang;
      Ibuku satu dalam beribu,
      Kasih sayang ibu terbayang-bayang.

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      17 Jun 2012

      Puisi Ibuku Sayang

      Ibuku sayang… Kusayang ibu…
      Kukasih ibu… Selagi hayat di kandung badan.

      Dalam usia selewat begini…
      Aku masih belum dapat membalas jasamu.
      Mungkin tidak sekarang…
      Mungkin akan datang, dapat membalas jasamu.

      Semalam aku bermimpi…
      Ibu menghadiahkan aku sepohon
      pokok berbuahkan permata.
      Aku memetik gugusan permata
      dari tangkainya.
      Apa maknanya Allah saja yang tahu.

      Terima kasih ibu…
      Kerana sudi membesarkan dan
      mendidik kami dengan kasih
      dan sayang yang teramat ikhlas.
      Moga Allah sahaja yang dapat membalas-Nya.

      Selamat hari ibu.
      Aku sayang ibu selagi hayat di kandung badan.
      Moga kita sekeluarga dapat hidup di alam Syurga nanti.
      Amin Ya Rabbal A’Lamin.

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      17 Jun 2012
      5 minutes ago · 
    • PANTUN KENANGAN BERSAMA BAPA TERSAYANG

      Bapaku bapa penyayang,
      Besarkan aku dengan kasih dan sayang;
      Agar aku mejadi anak cemerlang,
      Bila dewasa menjadi warga terbilang.

      Semasa kecil anak yang bijak,
      Ibu tersenyum bapa gembira;
      Bila belajar biarlah banyak,
      Semangat belajar terus membara.

      Pagi-pagi pergi sekolah,
      Pergi sekolah dihantar bapa;
      Bila belajar tidak bermasalah,
      Ditegur guru tidak mengapa.

      Sebelum sekolah bersarapan dulu,
      Bersarapan pula dengan bapa;
      Bila gagal berasa malu,
      Ulangkaji pelajaran janganlah lupa.

      Kerja bapa sebagai nelayan,
      Menangkap ikan setiap pagi;
      Kerenah anak semuanya dilayan,
      Besarkan anak tak akan rugi.

      Bapa seorang kuat bekerja,
      Untuk menyara ahli keluargaku;
      Pergi ke pasar ikan dijaja,
      Buat belanja untuk diriku.

      Keletihan bapa buatku terharu,
      Kusediakan makanan untuk bapaku;
      Biar bapa berehat dulu,
      Kubelikan ubat bapa tak tahu.

      Hidup susah tapi bahagia,
      Dapat bapa seorang penyayang;
      Sukanya hati tidak terhingga,
      Mendapat kasih bapa tersayang.

      Bila demam dibelikan lai,
      Bila pening ditampal koyok;
      Masa belajar jangan lalai,
      Bila tua tidaklah nyanyuk.

      Pergi ke dusun beli durian,
      Bapa membeli untuk anak-anaknya;
      Kasih bapa tidak bertepian,
      Kusayang bapa tak perlu ditanya.

      Bapa menonton bola sepak pingat piala dunia,
      Aku menonton bersama bapa;
      Bila gol bersoraklah dia,
      Terlalu gembira gol pun lupa.

      Bapa bersorak bagai nak rak,
      Pasukannya kalah menepuk dahi;
      Pasukan disokong mendapat perak,
      Bapa kecewa aku dimarahi.

      Kupujuk bapa jangan mengalah,
      Di tahun lain pasti menang;
      Bapa kecewa bukan mengalah,
      Asalkan bapa berasa tenang.

      Air hujan ditadah malam Jumaat,
      Buat kuminum penerang hati;
      Bapa mendoakanku setiap saat,
      Agar lulus peperiksaan nanti.

      Setiap Ramadhan aku gembira,
      Makanan sahur bapa sediakan;
      Aku bersahur penuh selera,
      Masakan bapa tidak dilupakan.

      Malam tujuh likur amat meriah,
      Keliling rumah memasang pelita;
      Bermain bunga api bapa tak marah,
      Gembiranya hati tidak terkata.

      Di pagi Syawal pergi ke kubur,
      Kusyuk sungguh bapa berdoa;
      Kasihkan nenek tak pernah luntur,
      Kasih sejati ke hujung nyawa.

      Bapa bertakbir di pagi raya,
      Syahdu sungguh bila mendengar;
      Tiada beza miskin kaya,
      Bermaaf-maafan tanda syukur.

      Malam itu bulan mengambang,
      Bapaku sakit menarik nafas;
      Sakit bapaku buatku bimbang,
      Rupanya bapa terhenti nafas.

      Hidup bersama bapa tinggal kenangan,
      Sudah tiga puluh tahun ditinggal bapa;
      Kenangan bersama bapa dilupa jangan,
      Ke hujung nyawa kusayang bapa.

      Selamat hari bapa untuk bapaku,
      Biarpun sudah tinggal kenangan;
      Kukirim doa untuk bapaku,
      Bahagia bersama dalam bayangan.

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      17 Jun 2012

      Puisi Buat Bapaku Sayang

      Bapaku sayang…
      Meskipun sudah 30 tahun berlalu…
      Kenangan hidup bersamamu masih tetap segar
      dalam ingatanku.
      Kau adalah bapa yang bertanggungjawab dan penyayang.
      Aku disayangi… Aku dimanjai… Walaupun hidup dalam
      serba sederhana tapi kami bahagia hidup berkeluarga.

      Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkanku
      biarpun hidup bersamamu hanya 17 tahun tapi aku amat
      menghargai setiap budi yang diberikan padaku.

      Terima kasih kerana sudi menyayangiku dengan penuh
      keikhlasan. Moga kita berjumpa di Syurga nanti.
      Amin Ya Rabbal A'Lamin.

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      17 Jun 2012
      (BERSEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN HARI BAPA)
      2 minutes ago · 
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP JARINGAN SASTRA INDONESIA - KALBAR & PUTRI RIMBA NIAGARA & KHAI NOOR )
           17 Jun 2012
0 comments

CINTA DIBAHAGI EMPAT PUN TAK MENGAPA


    • Irene Kim Irene hehehe..ya kekanda dinda sehat walafiat..
      27 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Duhai dinda...adakah dinda keciwa dengan pilihan kanda jem itu...janganlah keciwa ye dinda....kumbang bukan seekor di luar sana masih ada sudi pada dinda yang jelita....tapi kalo dinda mahu juga kanda jem...bolehlah kanda tolong pujukkan untuk melamar dinda....huhuhu
      24 minutes ago · 
    • Irene Kim Irene kanda memang benar kumbang bukan seekor tp kumbang2 ini not may cita-rasa kanda..
      21 minutes ago ·  · 1
    • Irene Kim Irene kumbang2 nya ..baru nak belajar terbang hehehe
      20 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Oooo jadinya dinda punya citarasa sama kanda jem aje lah ye dinda....hebat kanda jem....rugi kalo dia tolak cinta dinda....ini serius dinda suka sama kanda jem...boleh kanda usulkan hasrat dinda ...mau nggak....hehehe
      19 minutes ago · 
    • Irene Kim Irene kita nak ajar terbang buang masa kanda
      19 minutes ago ·  · 1
    • Rabeah Mohd Ali Mana tahu setelah kanda pujuk2....dia pertimbangkan cinta dinda yang suci murni tu....bahagia dinda bahagialah kanda....dinda....hehehe
      18 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Tapi kan dinda...kalo kanda jem sudi terima cinta dinda...cinta hatinya tak tega dibahagi cinta...gimana dinda...sejujurnya tak dapat kanda nak pujuk kanda jem...dinda...mungkin kanda pujuk cinta hatinya itu sudi tak berkongsi kasih dengan dinda....hehehe
      15 minutes ago · 
    • Irene Kim Irene kanda Jem udah banyak pengalaman kanda..
      15 minutes ago ·  · 1
    • Irene Kim Irene Dibahagi 4 pun tak mengapa kanda ..lagi senang tak yah layan 7 hari dalam seminggu..
      13 minutes ago ·  · 1
    • Rabeah Mohd Ali Kanda jem yang kanda tahu...dia coma banyak pengalaman tang berniaga je...yang lain dia tak tahu tambah-tambah soak jiwang-jiwang ni....yang dia tahu kalo hatinya dah suka....baru dia suka gila-gila....hehehe
      13 minutes ago · 
    • Irene Kim Irene dinda..satu hari pun cukup dinda..
      13 minutes ago ·  · 1
    • Irene Kim Irene haha pengalaman tu..
      11 minutes ago ·  · 1
    • Irene Kim Irene kanda tolong pinangkan untuk dinda..hantaran serba satu dinda sanggup kanda..
      10 minutes ago ·  · 1
    • Irene Kim Irene hutang keliling pnggan tak mengapa dah khawin kanda Jem bayar hahaha


        • Rabeah Mohd Ali 
          Cian dinda...mana aci macam tu dinda...Islam itu adil ...mesti bahagi masa sama banyak...hehehe untung kalo kanda jem miliki cinta seperti dinda hehehe...tapi kan dinda cinta hatinya pasti tak suka dinda ...mana ada wanita di dunia tega suaminya berkongsi kasih dengan wanita lain...tapi kalo suaminya dah mati sebelum nya...dia tak kisah jadi isteri kedua....kan3 itulah dia dunia ...namanya dinda....lelaki pun satu sepatutnya takutkan Tuhan melebihi isteri...ini tak takut benar dengan ugutan isteri kan3...masing-masing macam tak tahu siapa yang mati dulu...ha tengok siapa yang mati dulu...lelaki kalo isteri masih kubur merah lagi dah nak kahwin dan isteri pula ...jadi isteri kedua tak apa...asalkan ada suami...masa dia ada suami tak mahu pula berkongsi suami kan3....
          7 minutes ago · 
        • Rabeah Mohd Ali Demi kebahagian dinda ...kanda sanggup dinda...

          Duhai kanda jem sudi ke terima pinangan dinda Irene Kim Irene...kanda dia rela berkongsi kasih...bahagiannya sehari semalam pun tak mengapa asalkan kanda terima pinangannya...sudi ke kanda....hehehehe...
          4 minutes ago · 
      (PETIKAN DARIPADA WALL DATUK JEM)
      17 Jun 2012
 
;