SEGALA ESET DIMILIKI MAHU DIKUBURKAN BERSAMA TUANNYA
TENTANG MATI
Kenapa takut mati? Takut mati mati Hindari mati mati Sihat mati Sakit pun mati Tua muda mati Kaya miskin mati Semuanya akan mati Mati milik semua Bersedia atau tidak mati Mati tak kira siapa Tak kira di mana Di mana-mana boleh mati Bersedia atau tidak mati Yang penting mati dalam husnul khotimah Mati dalam kebaikan dalam redho-Nya Ilahi Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 12 Jun 2012
TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT
Kaya macam mana manusia itu Dia tetap miskin
Apa maksudmu? Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya
Kau lahir ke dunia ini kosong...
Lagi aku tak faham? Apa maksud kosong Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku Apa pulak kosong...
Kau silap... Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa Kalau mati membawa semua hartamu yang ada Jenuh juga orang nak menggali kuburmu Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...
Apa maksudmu? Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham Sebab aku ni pencinta harta Bagiku harta adalah segala-galanya Untuk diri aku sendiri pun aku berkira Inikan hendak bersedekah Kirim salamlah Kalau nak kaya usaha sendirilah Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku Ramai suka berkawan dengan aku Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku Dan hormat gila-gila dengan aku... Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku Pelik kan manusia ini.. Cuba aku papa kedana... Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku... Manusia ini sukakan harta Sebab itu aku sukakan harta Kerana harta aku dihormati dan disanjungi Ke mana saja aku pergi semua hormat aku Dan sanjungi aku ... Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta... Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...
Kau terpedaya dengan diri kau sendiri Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke? Ha...sebab itulah aku katakan tadi Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini Nak di kebumikan juga... Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga Yelah nak ikut wasiat tuannya... Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...
Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye.. Macam mana ye rupanya pembeli produk aku Dibeli boleh pocong-pocong Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong... Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka Berminat ke nak beli...buntu aku ni...
Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...
Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak Menyesal sebelum aku bergelar pocong
Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia... Harta kau yang banyak-banyak ni Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis Biarpun kau sudah berada di alam barzah Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang Kau lafazkan melainkan SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu Ke jalan-jalan Syurga-Nya
Masya-Allah aku tak terfikir Sebagaimana yang kau fikir Terima kasih suara akhirat Kaulah sahabat dunia akhiratku Moga Rahmat Allah Azzawajalllah DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
0 comments:
Post a Comment