- Maha Suci Allah Yang Mengatur Nikmat-Nya kepada Insan.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.....
Walaupun berjuta-juta kali aku menyebut kalimah ini,
Tidak akan terbayar nikmat
Yang Engkau berikan padaku. :')
Segala Puji Bagi Hanya bagi ALLAH...
Wahai sahabatku yang sudi membaca ini,
Janganlah kamu kecewa
Jika kamu bukan dari sekolah atau aliran Agama.
Kerana siapa yang Ikhlas menuntut ilmu Allah,
Untuk mendekatkan diri kepada-Nya,
Sesungguhnya, Yakinlah kamu,
Bahawa Allah akan bentangkan karpet merah untukmu,
Untuk menimba ilmunya.
Jalan menuju ilmu-Nya pasti terbuka luas.
Dan Jika kamu dari Sekolah atau Aliran agama,
Usahakanlah peluang yang ada,
Jangan disia-siakannya.
Dan Jangan sesekali merasa puas dengan apa yang ada.
Kerana ia disia-siakanlah, ramai yang kita jumpa,
Orang mendapat diploma,Ijazah, Master Agama,
Tetapi kertas semata-mata.
Ini realiti sahabatku, berlaku di depan mata.
Allah tidak akan melihat nilai kertas kita.
Hari yang lepas, Allah memberi
nikmat yang tidak ternilai mahalnya bagiku,
Ana diberi peluang bertasmid al-Fatihah
Bersama Imam Masjid Negeri Sabah
Namum hari ini, ana diberi nikmat yang lebih besar.
Aku diberi peluang untuk "bertalaqqi"
Bersama Seorang Imam Besar Masjid Bandaraya,
Dan mantan Imam Besar Masjid Negeri sabah.
Beliau seorang hafiz al-Quran, Qori,
Dan dia memang seorang yang hebat.
Walaupun dekat 4 jam ana di sana,
Tetapi dengan merasa diri ini masih amat jahil,
Ana kuatkan juga semangat untuk meneruskan.
Semua nikmat ini datangnya dari Allah.
Dan kembali juga pada Allah swt.
Allahu Akbar!
Pertama sekali dibetulkan baca al-Fatihah ku.
Dengan makhraj dan tawjid yang betul.
Terasa hina tak terkata.
Harap ilmu ini dapat ku gunakan
Dan disampaikan kepada siapa yang mahukannya,
Agar semua kita semakin dekat dengan Allah.
Bukan hendak menceritakan nikmat Allah kepadaku,
Tetapi sebenarnya, meniup semangat
Kepada mereka-mereka yang sedang lalai atau kecewa.
Jangan kecewa sahabatku.
Teruskanlah pejuanganmu.
Ana Uhibbukum Ajma'in.
Tiada Daya Upaya dan Tiada Kekuatan
Kecuali Dengan Pertolongan Allah
Wallahu'alam
Barakallahufikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment