Wednesday 13 June 2012

CINTA MENCINTAI HANYA KERANA-MU KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA



      •  ·  ·  · Yesterday at 7:41am
        • You and 2 others like this.
          •  TERIMA KASIH CINTA

            Terima kasih cinta
            Karna sudi mencintaiku
            Ku yakin cintamu suci murni
            Sesuci mawar putih
            Yang kau kirimkan di awan biru

            Cintamu penuh dengan keimanan
            Membuatkan aku bertambah
            Rindu dan cinta pada
            Pencipta cinta Tuhanku
            Mengurniakan cinta kamu ke aku

            Syukur Tuhan
            Di atas pemberian cinta hamba-Mu
            Dari-Mu padaku

            Selagi hayat ku ada
            Kuabdikan diriku
            Hanya untuk-Mu Tuhan
            Bersama dia hamba-Mu
            Yang juga mendambakan Cinta-Mu

            Bahagia hidup ini
            Saling cinta mencintai hanya kerana-Mu
            Hidup yang singkat ini
            Rasa hidup di alam Syurgawi
            Di mana-mana ada
            Bunga-bunga Syurga
            Untuk dijadikan bekalan
            Di Negeri Abadi....
            Di situ juga
            Cinta kita terpatri hingga Ke Syurgawi
            Hebatnya cinta kerana-Mu

            KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
            14 Jun 2012
      (PETIKAN DARIPADA GROUP PUISI ILAHI)
      14 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;