Saturday 6 August 2011 0 comments

SINGGAHLAH CAMARKU INGIN KUKIRIMKAN UTUSAN KEMANUSIAAN

Singgahlah camarku
untuk kukirimkan utusan kemanusiaan
agar kau sampaikan kepada
dua orang wira duniaku yang
sedia berbakti untuk melihat
dunia penderitaan tersenyum
kerana luka-luka penghuninya
telah dijahit dengan benang cintaku
berkat keperkasaan mereka berdua.


Karya:  Rha NS
7 Ramadhan 1432H
7 Ogos 2011
0 comments

UTUSAN KEMANUSIAAN SERATA BENUA

KARYA CETUSAN MINDA BERDASARKAN GAMBAR

Karya cetusan minda berdasarkan gambar
yang dikirimkan Bahram Mikaeil berasal
dari Iran Teman Facebook Rabeah Mohd Ali.
Terima kasih Bahram Mikaeil keranamu
telah mencetuskan mindaku untuk berkarya.
Moga Allah membalas budi baikmu.

PUISI TOLONG REDAKAN KESEDIHAN KAMI

Macam mana ni dik?
Ayah dan ibu sudah tiada...
Kita nak pergi ke mana?
Kenapa mereka kejam?
Membunuh ayah dan ibu kita?
Apa salah ayah dan ibu?
Ayah dan ibu kita tak salah...
Tolong...!Tolonglah ...
Redakan kesedihan kami.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


PUISI DUHAI SI DURJANA

Duhai si durjana...
Walaupun kami di pagar dawai berduri
lalu tertusuk duri
kami rela menahan kesakitannya.

Duhai si durjana...
Kami bersumpah akan menuntut bela
kematian ibubapa kami
yang telah  kamu bunuh kejam!

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


ANAKKU SAYANG

Anakku sayang...
Walaupun ibu tak tahu ke mana hendak dituju
bersabarlah ye sayang
moga Allah memberi pertunjuk jalan
ke mana kita selepas ini
untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri.

Ke manapun ibu pergi
kau tetap akan kubawa pergi
ibu sanggup berkorban demu masa depanmu
berjanjilah pada ibu menjadi anak bertanggungjawab
pada agama, bangsa dan negara.

Anakku sayang...
biarpun kehidupan kemiskinan kita mencengkap
kita akan teruskan  kehidupan ini.


Karya :  Rha NS
18 Jun 2011



KESUSAHAN DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA

Inilah yang mampu
kumasakkan untuk keluargaku tercinta
kumasak dengan penuh kasih sayang
moga menjadi kekuatan keluargaku
beribadah kepadaNya.

Kesusahan di dunia ini
tidak seberat kesusahan di akhirat kelak
moga kesusahan yang diuji ini
dibalas Allah dengan Syurga
untuk kita sekeluarga nikmati dalam kesyukuran.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011
 

SYUKUR APA ADANYA

Biarpun kau diduga
bagaimana beratpun dugaanmu
kau tetap tersenyum dalam redha
bersyukurlah kau dipilih menjadi
hamba yang sentiasa bersyukur
dengan nikmatNya yang tak terhitung
walau apa adanya.

Karya: Rha NS
18 Jun 2011


KECERIAAN DIPANCAR DI WAJAHMU

Keceriaanmu terpancar di hatiku
senyumanmu membuatkan aku juga turut tersenyum
cerialah sayangku
ceriamu ceriaku
biarpun dugaanmu maha hebat
namun kau masih mampu tersenyum
senyuman setulus ikhlas
senyuman dalam redha.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


USAHA SEORANG NENEK

Duhai nenek kesayangan...
biarpun usiamu melangkaui zaman
dan kemiskinan masih mencengkam
namun kau tak pernah berputus asa
kau teruskan usahamu penuh tekun dan sabar
kau tak pernah mengenal erti putus asa
Sesungguhnya Allah tidak suka hambanya yang berputus asa
Berusahalah selagi nafasmu ada
untuk meneruskan perjuangan hidup ini
moga satu hari nanti kejayaan menyebelahimu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya: Rha NS
18 Jun 2011

SELAMAT TINGGAL KECANTIKAN

Selamat tinggal kecantikan...
Aku tak boleh bertahan
menjadi muda selamanya
kerana sudah Tuhan aturkan
yang muda mesti tua
yang hidup mesti mati.

Karya :  Rha NS
18 Jun 2011


PENANTIAN CINTA

Penantian satu penyeksaan...
Biarpun berhujan berpanas
kutetap menantimu
di laman kasih
yang tandus dan gersang ini.
Kunantikan cintamu seiring
usiaku yang senja ini
menunggumu dengan penuh harapan
mengharapkan kau datang membalas
cintaku yang lama kudambakan
balaslah cintaku ini
duhai kekasihku.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


ANAI-ANAI YANG BERJASA

Dedaunan kering berguguran di bumi
akan dikitar semula oleh anai-anai
jika tiada jasa anai-anai
bumi kita ditimbuni dedaunan kering
anai-anaipun berjasa
kenapa tidak kita turut berjasa?


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


JUTAAN KEDUTAN

Jutaan kedutan ini...
tidak akan menghalang
untuk aku terus
MencintaiMu
MemujiMu
MengangungkanMu
MensyukuriMu
di sebilang masa dan ketika
hingga terhenti nafas
justeru terimalah aku menjadi kekasihMu
dan izinkanku mengucapkan kalimah
Laaillaahaillaallah sebagai akhir kalamku
Ya Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


MUSIM SALJI TELAH TIBA

Musim salji telah tiba
kedingan salji sedingin hati
ditunggu juga kekasih datang
namun tidak juga kunjung tiba.

Karya: rha NS
18 Jun 2011


MAWAR PUTIH

Cantik sungguh mawar putih
diserikan sinar cahaya bulan
wangian semerbak memenuhi taman
taman hati berbunga kasih
kelopakmu cantik tersusun indah
kukagumi Kebesaran Tuhan.

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011



SEMUNYA DALAM PENGETAHUAN ALLAH

Biarpun sehelai daun
gugur ke bumi
semuanya dalam pengetahuan Allah
Tuhanku Maha Mengetahui
segala yang ada di bumi dan di langit
Yang ghaib mahupun yang nyata.
 

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


LILIN

Lilin menerangi orang lain
tapi membakar diri sendiri
Apabila cahaya lilin bertukar air
biarpun tidak menerangi orang lain
tetapi masih berjasa
dengan menyejukkan hati-hati
yang kepanasan kerana marah!


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


BUNGA PUTIH BERMATA BIRU

Menghayati bunga putih bermata biru
amat mengasyikkan
aman...
damai...
tenteram...
mengujakan aku memetikmu
lalu kuhias di meja tulisku
agar menjadi inspirasiku
untuk berkarya.

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011

MESIN JAHIT ANTIK

Mesin jahit usang ini
di bawa arus sungai
dipenuhi sampah sarap
tetapi masih boleh digunakan lagi
dibersihkan dan diperbaiki semula
pasti menjadi bahan antik
memukau mata memandang!

Karya: Rha NS
18 Jun 2011


ALLAH MAHA PENGAMPUN

Biar macam mana berat dugaanmu
tempuhilah dengan tabah
jangan memilih jalan yang salah
membunuh diri bukan jalan penyelesaian
gunakan fikiranmu yang waras
pulang ke pangkal jalan
bertaubatlah sebanyaknya
kerana Allah Maha Pengampun Dan Penyayang
Pasti taubatmu diterima
asalkan ikhlas semua amalan.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


DI RIMBUNAN HUTAN BELANTARA

Masya-Allah
di rimbunan hutan belantara
yang suram dan sepi
diselubungi kabus
masih boleh kelihatan
keindahan matahari terbenam
melabuhkan tirainya
di ufuk senja.

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


SEJAMBAK BUNGA KASIH

Masih tergenggam erat di tangannya
sejambak bunga kasih
biarpun sudah tiga hari menanti
kekasih tak kunjung tiba
jambangan bunga kasih layu
tapi kasihnya pada kekasih
tidak pernah layu
dia menunggu terus menunggu
penuh harapan
penuh cinta dan kasih sayang
sejambak bunga kasih yang dah layu
bukti cinta kepada kekasihnya.

KARYA: Rha NS
18 Jun 2011


MERAIKAN KEJAYAAN

Kau terjun dari tempat tinggi
penuh yakin tanpa cedera
kegembiraan meraikan kejayaan
yang kau perjuangkan sejak bertahun
akhirnya terbalas berkat kesabaranmu.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


KITA SELAMANYA BERSAMA

Kanda usahlah menangis lagi
kusapukan air matanyamu dengan cinta suciku
kita takkan berpisah lagi
Tuhan yang menjodohkan kita
Tuhan juga yang memisahkan kita
di dunia hidup bersama
moga di akhirat juga hidup bersama
menikmati Syurga selamanya bersama.
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


KEINDAHAN TERBENAM MATAHARI

Keindahan matahari terbenam
tak terungkap dengan kata-kata
hanya Subhanallah yang terucap.

Bunga-bunga merah melambai-lambai
mengucapkan selamat tinggal kepada matahari
moga esok diberi kesempatan Tuhan
berjumpa lagi.

Karya:  Rha NS
18 Jun 2011


SAHABATKU

Sahabatku pergimu tanpa pesan
kau kurindui dalam sendu
kenangan bersamamu segar dalam ingatan
moga kau tenang di alam sana
menikmati Syurga bersama teman-teman barumu
terimalah sejambak bunga kasih dariku
usahlah risau
ku juga akan menyusulmu nanti
tapi bila dan di mana ku tak tahu.


Karya:  Rha NS
18 Jun 2011
0 comments

PAHLAWAN DUNIAKU!

Pahlawanku Duniaku!
Kau gagah perkasa
mempertahankan negaramu
tanpa jemu…
Rela bermandikan darah…!
Dihujani peluru!
Pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru
demi keamanan negara dan generasimu.
Kau juga menyumbang  kepada
keamanan dunia!
Jasamu sentiasa di hatiku
di pusaramu nanti kukalungkan
bunga-bunga cinta perjuangan
kubertafakur mendoakan
rohmu mendapat ganjaran Syurga!
Amin Ya Rabbal A’ Lamin.

Karya:  Rha NS
17 Mei 2011
0 comments

AKU RELA MATI DITIKAM BERKALI-KALI

Aku rela mati ditikam berkali-kali,
Daripada melarikan diri;
Di Medan perjuangan suci,
Berjuang tanpa henti.

Sudah lama kurenung kehidupan..
Yang kuburu Cinta Suci Abadi
Maha AgungNya Cinta!
Di situlah destinasi yang dituju
Ke negeri Pasti
Cumanya tak tahu bila tarikhnya akan pergi 
Ke destinasi pasti!
Hanya Dia Yang Maha Tahu
Sejak Azali lagi.
   
ALANGKAH MANIS

Alangkah manis jika redha sebati dalam jasad dan roh
Alangkah manis jika matlamat hidup semata keranaNya
Alangkah manis jika cinta keranaNya dibalas cinta keranaNya
Makanya kemanisan iman dirasai jasad dan roh
Hidup bersama hambaNya yang berfalsafah yang sama.

Karya: Rha NS
7 Ramadhan 1432H
7 Ogos 2011
0 comments

MUJAHIDKU YANG BERNAMA RIDHWAN

Ridhwan lambang Syurga para mujahid,
Denyut nadi zikir padaNya;
Rela gugur di medan syahid,
Titisan darahmu bukti Maha AgungNya Cinta.

Tertusuk kalbu menghayati Syair Mujahid,
Tangisan sendu mendayu sesyahdu perjuangan;
Terbujur kaku ketenangan wajah mujahid,
Pemergiaanmu dinanti bidadari penuh kerinduan.

Kukarangkan Puisi Mujahid sebagai semangat bagimu,
Khalifah Islam igauan wanita mujahid.

PUISI MUJAHID

Duhai saudaraku...
Perjuanganmu penuh berliku...
Namun berundur di medan juang tidak sekali
Kau tidak hiraukan tubuhmu
dibakar terik mentari
Kedinginan salji
Lapar dahaga tidak mengapa
Sakit derita tetap berjuang
Tetap solat berjumpa Kekasihmu
Air mata bukan untuk
Dipuja
Dicaci tak mengapa
Biarpun tubuhmu diseksa...dihina...
Dihujani peluru...biarkan!

Duhai saudaraku...
Teruskan perjuanganmu
Ku di sini mendoakan
Agar kau terus dilindungai Kekasihmu
Tak kira di mana kau berada
Kehadiranmu kusyukuri dalam sujud
Pemergianmu kusyukuri dalam doa

Duhai Saudaraku...
Kukalungkan bunga cinta suci lambang
cinta abadi ku padamu

Duhai Saudaraku...
Sekalung bunga cinta Syurga
Akan dikalungkan Bidadari Syurga
Mewangi semerbak
Sewangi perjuangan sucimu

Duhai Saudaraku...
Tika di dunia kaulah Khalifah Islam menjadi igauan wanita mujahid
Tika di akhirat kaulah kekasih yang dinantikan Bidadari Syurga

Duhai Saudaraku...
Berbahagialah kerana memilih jalan syahid
Bahagia di dunia bahagia di akhirat!

Karya: Rha NS
2 Julai 2011
0 comments

GUGUR MUJAHID SENYUMAN SYURGA

Jangan dituduh pengganas mujahidku,
Kerananya Agama Islam sentosa;
Perjuanganya tak pernah jemu,
Di mana berada dipertaruhkan nyawa.

Dalam Islam tiada istilah pengganas,
Begitu mudah manusia menuduhnya;
Allah tidak suka mereka yang mengganas,
Dikirimkan ngauman bumi sebagai protesNya.

Di langit kerajaan Islam penuh duka,
Meratap menghiba tiada siapa yang tahu;
Allah janjikan shayid penawar duka,
Kenikmatan Syurga si jahil tak tahu.

Hati tersayat melihat mayat,
Mayat berkecai sana sini;
Akibat tiada kemanusiaan amat jahat,
Islam dibela kerana ajarannya murni.

Umat Islam diperlakukan seperti haiwan,
Dibedil  bertalu tanpa keperimanusiaan;
Mujahid Islam bangkit melawan,
Demi kerana Allah dalam kecintaan.

Negara Islam dibedil terus-terusan,
Dendam kesumat tak pernah padam;
Ada yang ditawan menjadi tebusan,
Diseksa  dalam neraka dunia penuh kejam.

Selepas dibedil taburan mayat sana- sini,
Ratapan seiring kekejaman letupan;
Dunia Islam tidak akan berdiam diri,
Pertaruhkan nyawa  demi  sebuah perjuangan.

Kesumat mereka tak pernah padam,
Negara Islam akan dibedil dan ditakluki;
Itu azam mereka yang  tak pernah bosan;
Agar  Islam terkubur di Negara sendiri.

Pejuang Islam tak pernah gentar,
Rela bermandikan darah dihujani peluru;
Perjuanganmu buat hati bergetar,
Wajahmu tenang   berjumpa Tuhanmu.

Pejuang Islamku seorang mujahid,
Perjuangannya takkan terhenti tanpa jemu;
Mujahid balasanya shayid,
Kukalungkan doa kesejahteraan buatmu.

Di wajahmu ada Syurga,
Perjuanganmu tanpa jemu;
Kepentingan Islam sentiasa dijaga,
Putus  asa  tak pernah bertamu.

Kau berjuang hingga akhir hayat,
Semangatmu sentiasa membara;
Perjuanganmu tak pernah tamat,
Generasi pelapismu terus mara.

Masa hidup penuh perjuangan,
Perjuangannya jelas dan tepat;
Membela Islam ditimpa kekejaman,
Memberontak pejuangku adalah bertempat.

Tiada hari tanpa perjuangan,
Biarpu diburu di setiap penjuru;
Namun berundur tidak sekali pun,
Rela bemandikan darah dihujani peluru.

Dengar  sini si kejam durhaka,
Gembiralah semahumu gugurkannya:
Pejuangku bukan pencetus  malapetaka,
Gugurnya akan ada penggantinya.

Gugurmu mujahid aku tangisi,
Kutangis dalam kesyukuran mengingatimu;
Kenikmatan Syurga kini kau rasai,
Di sini mujahid menggantikan tempatmu.

Ramai berlumba mengikut jejakmu,
Tanda cintakan Allah sayangkan hambaNya;
Mereka bemandikan darah dihujani peluru,
Gugurnya mereka menyusuli dirimu.

Kehidupan mengasyikkan memukau pandangan,
Wangian  Syurga menusuk qalbu;
Syurga kau terima sebagai balasan,
Menikmati  SyurgaNya  tak  pernah  jemu.

Gugur mujahid senyuman Syurga,
Kehidupan di Syurga  mujahid gembira;
Nikmat Allah dalam kesyukurannya,
Menunggu Hari Pembalasan  telah dibalasNya.

Karya: Rha NS
4 Mei 2011
0 comments

KEBANGKITAN RAKYAT MESIR

Siapa dia Hosni Mubarak?
Katanya dia rela mati
di tanah airnya ?

Apa maksud katanya itu?
Adakah dia seorang pejuang?
Pejuang bangsa dan negara?
Adakah dia  dia rela mati
kerana ingin mempertahankan
negaranya dari dijajah oleh
negara lain?

Hakikatnya dia
ditentang hebat oleh
rakyatnya sendiri  yang  mahu
dia berundur dari tampuk
pemerintahan kuku besinya
menindas rakyat Mesir.

Tahun demi tahun rakyat
Inginkan dibela kehidupan
oleh pemimpin mereka
hidup rakyat dibelenggu
dengan kemiskinan
mencekengkam.

Mana perginya hasil negara
yang diperolehi?
Mana perginya pemikiran
jemaah menteri di bawah
pemerintah Hosni Mubarak?
Adakah mereka salahgunakan kuasa?
Dan lalai dengan kemewahan harta
dan kemegahan kuasa yang ada?
Hinggakan mereka lupa dengan
tanggungjawabnya kepada rakyat
Mesir yang inginkan pembelaan?

Sekarang semuanya sudah terlambat
untuk dirombak  segala tanggungjawab
merekalah yang patut dipertanggungjawab
apa yang berlaku di negara mereka sendiri

Seluruh rakyat Mesir memberontak
mahu dilepaskan dari cengkaman
pemerihtah kuku besi  pemimpin
mereka Hosni Mubarak.

‘Undur Hosni Mubarak!
Undur Husni Mubarak!
Kamu pemimpin
kuku besi!
Kami tak
perlukan kamu
Lagi!
Undur! Undur!

Sudah tiga puluh tahun
kami ditindas dan tertindas!
Cukuplah setakat ini
apa pun terjadi
kami akan berjuang
habis-habisan
walaupun nyawa
kami jadi
taruhan!

Jutaan rakyat Mesir
bangkit  kemarahan
yang memuncak
tidak terbendung
lagi dalam sanubari
setiap rakyat Mesir.

Rusuhan besar
berlaku di antara
pemerintah dengan
rakyat Mesir.

Negara dalam kucar-kacir
sistem kerajaan lumpuh
harga makanan melambung  naik
orang negara  asing dalam
ketakutan melihat negara perantauan
mereka tidak tenteram lagi.

Mereka ingin pulang ke negara asal
Inilah akibat kalau negara
tidak aman.

Biarpan orang asing dalam
ketakutan
rakyat Mesir membara-bara
beraninya untuk menentang
Hosni Mubarak
tiada sedikitpun rasa takut.


Kerajaan Hosni Mubarak
mesti ditumbangkan
kalau tidak Mesir
akan hancur.

Biar rakyat yang
hancurkan Hosni Mubarak
jangan Mesir  hancur
di tangan penjeyah perang
yang ada di luar sana
mereka di luar sana
yang anti Mesir sedang
bergelak ketawa
menunggu masa
kehancuran Mesir.

Nanti bila Mesir sudah
musnah dengan mudah
mereka akan menakluk
Mesir.

Kebangkitan rakyat Mesir
patut menjadi teladan kepada
negara-negara  lain untuk
menginsafi bahawa
kehendak rakyat untuk
diibela nasib mereka
hendaklah diutamakan
oleh pemimpin
kalau tidak inilah
jadinya!

Hosni Mubarak
berundurlah demi
rakyat dan negaramu.
Buangkan keegoaanmu
yang telah sebati dalam
dirimu .

Cukuplah setakat ini
kau memerintah !
Rakyat Mesir tidak
memerlukanmu lagi
undurlah!
Akurlah!
Kehendak rakyat!
Demi keamanan
negaramu sendiri
itulah pejuang
sejati!

Karya: Rha NS
4 Jun 2011      

 
0 comments

KAMI WIRA DUNIA

Duhai penghuni dunia…
Dengarlah rintihan kami ini!
Sekarang kami tidak punyai apa-apa.
Kami dizalimi!
Kami diusir di negara kami sendiri…
Kami dalam buangan kini.

Apa salah kami?
Apa dosa kami?
Kami tiada senjata untuk melawan!
Kami tiada kudrat untuk menepis!

Apalah ada pada tenaga warga tua ini?
Apalah ada pada wanita yang lemah ini?
Apalah ada pada kanak-kanak
yang tak tahu apa-apa ini?
Kamu memanglah manusia kejam!
Kamu adalah syaitan yang
mempertopengkan manusia!

Setiap hari…
Setiap minit dan setiap saat…
Kami hidup dalam serba
kepayahan… penderitaan…
penderaan mental dan fizikal!

Suara-suara  teriakkan kami
untuk dikasihani…
Tiada sebesar zahrah pun
boleh meruntun hati si zalim itu!
Kejinya mereka!
Bermaharajalela melakukan kezaliman
ke atas kami yang lemah ini!

Mereka rakus dengan darah
kami yang lemah ini…
Tidak puas dengan segala kezaliman
yang dilakukan mereka mahu
menghapuskan semua  generasi
kami di bumi Palestin ini!

Segala perhubungan darat,
udara dan lautan diputuskan
daripada dunia luar!
Kejamnya kamu Israel!
Kamu adalah manusia
yang tiada berperikemunusiaan!
Namun kami percaya ada
Penghuni  di luar sana mendengar
rintihan kami di sini.
Mereka pasti akan membantu
kami tidak kira daripada
pelosok bumi mana!

Biarpun kamu menzalimi
Mereka dan menyekat
dengan segala tipu muslihat kamu…
Mereka akan tetap datang
membantu kami walaupun
terpaksa menggadaikan
nyawa mereka untuk kami!

Terima kasih!
Terima kasih kepada perwira-perwira
Kami kerana sudi memberi bantuan
dan menyelamatkan kami yang
dalam kegetiran ini!


Biarpun hajat murni kalian
disekat oleh si durjana  itu tapi
kami di sini amat menghargainya
dan amat terharu!
Kami doakan kalian selamat
dan dilindungi Allah.

Setidak-tidaknya di celah-celah
tembuk kematian ini…
Ada sedikit ruang cahaya
yang menembusi tembuk
kematian ini!

Biarpun  kami  tahu  usia
kami  tidak  panjang untuk
menunggu bilakah kami
akan dibantu dan diselamatkan
oleh  perwira-perwira  kami,
setidak-tidaknya generasi kami
 yang masih berbaki ini masih
ada sinar bahagia menanti mereka.
Tapi ingatlah rejim Zionis!
Siapa pun kamu!
Apapun yang telah kamu lakukan
kepada rakyat kami! Negara kami!
Sampai mati pun kami tidak akan
maafkan kamu!

Kamu sebenarnya manusia
pengecut! Penakut!
Melakukan kekejaman kepada
kami yang lemah dan tidak bersenjata ini!
Kamu manusia yang paling keji!
Tuhan kami akan membalas-Nya!

Kamu  boleh tergelak kerana
telah berjaya meneguk darah
kami tanpa ada belas kasihan…
Penuh dengan keganasan!
Dan kekejaman!
Tapi kamu silap sebenarnya…
Darah kami yang kamu teguk
bagaikan arak itu akan menjadi
racun   buatmu! Akan  tiada
penawarnya untuk mengubati kamu!
itu sumpah kami! Percayalah!

Di luar sana nanti akan datang
berduyun-duyun perwira-perwira
kami akan datang menyelamatkan
kami dan negara kami!

Generasi   kami  yang  ingin kamu
musnahkan di muka bumi Palestin
ini  akan   bangun  menuntut  bela
di atas kematian kami!

Di masa itu barulah kamu tahu siapa
kami sebenarnya!  Kami bukan lemah
sepertimana kamu sangkakan!
Kerana kamilah wira dunia!

Karya: Rha NS
7 Jun 2010 
0 comments

GUGUR PARA SYUHADA DI BUMI PALESTIN

Duhai… Rakyat Palestin tersayang
sabarlah dengan dugaan Allah ini
kami di sini dapat merasakan
penderitaan kalian di sana,
kalian tentu dalam keadaan  sangat getir
menghadapi dugaan yang amat berat ini!

Kelaparan…! Kesakitan…!
 Kezaliman rejim zionis ke atas
kalian dan kematian keluarga
tersayang ada di mana-mana…!
Ya Allah…
 Selamatkan rakyat Palestin…
Selamatkan bumi  Palestin
daripada kekejaman Israel.

Kami percaya… Kalian dapat
menghadapi dugaan ini
dengan tenang kerana pasti
kalian gugur sebagai para syuhada!
Syuga adalah tempat yang layak untuk kalian!
Subhanallah!

Karya:  Rha NS
7 Jun 2010
           
0 comments

BOSNIA TAKKAN KUBIARKAN KAU DERITA

  
Embun menitis lesu tika
mentari terjaga dari lenanya.
Tatkala sang camar
menumpahkan dakwat merah
di meja perdamaian.
Lalu meneguk air di laut darah
membasahkan halkumnya,
memamah  nanah dan duri
demi kepuasan.

Meleparkan pandangan
ke ruang angkasa
yang tak pernah damai…
Dentuman adalah iramanya!
Terburai nyawa sana sini
adalah mata hatinya!
Tangisan anak kecil bukan ihsannya.

Demi agama dan bangsanya
adalah wawasan.
Mangsa derita adalah mereka rakyat Bosnia.
Semoga Tuhan memberi  kecekalan.

Kami negara yang kerdil ini
tertumpah kasih kasih padamu.

Takkan kubiarkan!
Kan kucangkan!
Kan kulaungkan!
Pada camar durjana!
Kami kirimkan merpati-merpati putih
dengan berita , ‘Bebaskan Bosnia!’
Pada seluruh benua Islam dan bergemalah,
‘Takkan kubiar kau derita!’

Karya:  Rha NS 
7 Mei 1995
0 comments

REDHAMU KUSYUKUR DALAM SUJUDKU

Sahabatku...
Janganlah kau berkeluh kesah
Apa pun gelaran yang diberi manusia
Lagi pun itu kan takdir yang patut diimani?
Redha dan syukur adalah penenang duka laramu
Sebelum kita digelar aruah
Masa tu tak ada lagi jalan pulang
Tiada lagi peluang
Untuk musahabah diri

Allah tahu kau boleh menempuhi segala keperitan dugaan
Sebab itu dipilihmu
Sabarlah ye sahabatku
Deritamu adalah air matamu
Senyummu bahagiaku
Redhamu padaNya
Aku syukur dalam sujudku!

Karya:  Rha NS
6 Ramadhan 1432
6 Ogos 2011
0 comments

HIKMAH DI SEBALIK TABIR

Kurempuhi jua malam pekat gelita,
Biarpun tanpa sebutir kejora;
Apalah ada pada halangan derita,
Jika dibandingkan nikmat di Syurga.

Perjalanan kita mesti diteruskan juga,
Kerana kita tidak mampu mengundur waktu;
Gunakan waktu biarpun halangan menduga,
Kerana kita sedang kesuntukan waktu.

Setiap yang terjadi imankan hatimu,
Sabar dalam redha apa yang terjadi;
Allah tahu tahap kemampuanmu,
Segalanya kau dapat atasi pasti.

Bahagiamu bahagiaku bahagia semua,
Itulah hikmah di sebalik tabir;
Berkat ketabahan dihadapi semuanya,
Diharungi semua dugaan dengan sabar.

Terima kasih sahabatku Mkr Khalidi Ramli,
Kerana sudi menyokong karyaku;
Kuberkarya pada mereka yang sudi menghargai,
Sokonganmu sentiasa mewangi di hatiku.

Begitu juga Norliza Mohd sahabatku,
Sokonganmu membuatkan ku teruja;
Biarpun kita tidak pernah bertemu,
Di dalam mimpipun kau tetap kupuja.

Karya:  Rha NS
30 Jun 2011
0 comments

SEJAMBAK BUNGA KASIH PELANGI CINTA

Sejambak bunga kasih
ingin kuberikan kepada kekasih
tetapi kekasih entah ke mana
kasihku tersisih.

Sejambak bunga kasih
kubeli di kedai bunga
menjual jambangan bunga.

Sejambak bunga kasih
aku bukan membeli cintamu
tapi aku mahukan cintamu
yang suci ikhlas
cintamu sentiasa bertahta di hati.

Sejambak bunga kasih
aku mahukan kasihku
dibalas cinta sucimu
kau tak sudi terima cintaku
aku tak tahu kenapa?

Sejambak bunga kasih
biarpun kau tak sudi
aku masih berharap
suatu masa nanti
kau akan terima cinta
ikhlas dariku.

Sejambak bunga kasih
kupetik di laman
taman disinari bulan purnama
bulan senyum padaku
mendoakan cintaku padamu
bersatu dalam restu.

Sejambak bunga kasih
kutunggumu
biarpun berhujan berpanas
tak mengapa
tanpa disedari
nun jauh di sana
muncul pelangi
mengindahkan suasana cinta
pelangi menghulurkan tangan
mempelawaku ke taman bunganya
mengizinkan aku memetik bunga pelangi cinta
lalu sejambak bunga kasih pelangi cinta
mewangi menusuk hati
kuberikan padamu yang hadir tanpa dugaku
kau menerima sejambak bunga kasih pelangi cinta dariku
kasihmu kasihku terpateri
tika pelangi zikirkan Kebesaran Tuhan
cintaku cintamu dalam restuNya.

Karya:  Rha NS
 20 Jun 2011
0 comments

ISTANA CINTA PELANGI

Duhai kasih...
sudah lama kudambakan
hadirnya cinta bertahta di hati
kerana aku ketandusan cinta
hari-hari dilalui kegeringan cinta
saat dilalui membosankan
yang hanya bertandang gerhana cinta
memilukan hatiku.

Tanpaku duga
kau hadir dalam hidupku
membawa sinar bahagia
kita sama-sama cinta
sama-sama sayang
kurindu tanpamu
kusepi tanpamu
kau sentiasa bertahta di hati.

Moga hari-hari cinta
dilalui bersama
membawa sinar bahagia
untuk kita berdua.

Sabarlah sayang
kita memadu cinta
memadu kasih di istana cinta
di serikan pelangi
kita berbulan madu
di istana pelangi cinta
menyerikan cinta kita
dalam restuNya.


Karya: Rha NS
19 Jun 2011
0 comments

MIMPIKAN PELANGI

Apabila pelangi menjelma
ingin kugapainya
pelangi senyum padaku
melambaikan tangan
menyambut kedatanganku
gembiraku tak terkata
kerana pelangi sudi
bersahabat denganku
bicaranya indah melenakan mimpiku
bibirku tak lekang mengukir senyuman
indah tutur kata pelangi masih tak kulupa
biarpun dia pergi berlalu dalam mimpiku!

Esoknya hidupku dipenuhi pelangi cinta
dalam redhaNya yang abadi.


Karya:  Rha NS
15 Jun 2011 
0 comments

KEINDAHAN BULAN BERTASBIH HAMBA KEPADA PENCIPTANYA

Malam indah di pulau syahdu airnya remang-remang membiru,
Separuh bulan sabit di sebalik sepohon pokok di pulau rindu;
Simbahan cahaya bulan sabit sinarnya remang-remang membiru,
Bagaikan panorama indah menyusuk kalbu syahduku.

Indahnya bulan purnama sinarnya membiru,
Bertaburan bintang-bintang berkelipan  di langit indah;
Panorama sinar lautan langit remang-remang membiru,
Aku tersyahdu  CiptaanNya nan Indah.

Gerhana bulan yang memukau,
Bertasbihku KebesaranMu Tuhan;
Sinar gerhana bulan terus memukau,
Aku terpukau dalam KebesaranMu Tuhan.

Bulan sabit putih mencondong ke kiri,
Cahaya di sekelilingnya remang-remang kemerahan;
Kepulan awan kemerahan indah tak terperi,
Panorama lelangit malam penuh kemeriahan.

Bulan purnama penuh di gurun kaktus,
Lautan langit remang-remang kemerahan;
Dua variasi mengindahkan di langit kanvas,
Kanvas langit malam antara langit merah dan bulan,

Bulan penuh mengambang di malam itu,
Di kota batu yang sepi;
Sinar rembulan menyinari kota batu,
Indah menusuk kalbu sepi.

Kelihatan jelas bulan sabit di bebayang bulan,
Menampakkan diri menyerikan suasana;
Seakan melemparkan senyuman rembulan,
Hatiku pilu tersirna di sana.

Memutih air terjun bertingkat-tingkat turun,
Di kelilingi hutan hijau kiri dan kanan;
Subhanallah! Kedengaran jelas bunyi alunan,
Zikir pada PenciptaNya tiada hentian.

Zikir pada PenciptaNya tiada hentian,
Disimbahi cahaya bulan purnama;
Hiba kalbuku dalam tangisan,
KebesaranMu Tuhan menjadi terkesima.

KebesaranMu Tuhan menjadi terkesima,
Mencipta alam untuk hambaNya hayati;
Fikirkan dalam kalbu bijaksana,
Lalu bertasbih memujiMu tanpa henti.

Lalu bertasbih memujiMu tanpa henti,
Sinaran bulan buat hatiku tertawan;
Panahan panaroma indah tertusuk di hati,
Syukurku padaMu Tuhan berpanjangan.

Syukurku padaMu Tuhan berpanjangan,
Memilihku untuk menyaksikan panorama bulan;
Kukarang puisi syair keindahan bulan,
Keindahan bulan menguatkan cintaku padaMu Tuhan.

Keindahan bulan menguatkan cintaku padaMu Tuhan,
Izinkan rasa cinta padaMU biarlah berkekalan:
Berkekalan selagi hayat di kandung badan,
Bila di akhirat nanti melihatMu Tuhan.

Bila di akhirat nanti melihatMu Tuhan,
Pasti seluruh ahli Syurga bertasbih padaMu Tuhan;
Balasan cinta Yang Maha Agong dariMu Tuhan,
Menjadi buruan hamba-hambaMu Ya Tuhan.


Karya:  Rha NS
15 Julai 2011  
0 comments

KEINDAHAN SINAR REMBULAN

Salam perkenalan kepada Sinar Rembulan,
Keindahan rembulan CiptaanNya mengujakanku;
Mencetuskan ilhamku di luar kotak pemikiran,
Kuabadikan keindahan rembulan di blog: sasterakuduniaku.

Syukur kepada Tuhan Yang Esa,
Kerana diperlihatkan keindahan rembulan;
Biarpun melalui foto-foto tertera,
Bertasbih semua hambaMu KebesaranMu Tuhan.

Allah menciptakan alam untuk hambaNya,
Keindahan rembulan menusuk kalbu;
Makin dipandang keindahan CiptaanNya,
Subhanallah MemujiMu tanpa jemu.

Sinar Rembulan terpilih menjadi hambaNya,
Memiliki foto keindahan sinar rembulan;
Biarpun foto tapi tinggi harganya,
Menjadi saham dunia akhirat sesiapa menghayatinya.

Tidak jemu melihat keindahan sinar rembulan,
Serasa diriku ada di sana;
Sambil berzikir menghayati keindahan rembulan,
Menangisku penuh kesyukuran atas KurniaanNya.

Berada di situ satu kenikmatan,
Rasa tak mahu pulang ke alam realiti;
Seolah-olah berada di Syurga idaman,
Moga setelah mati menjadi realiti.

Terima kasih sahabatku Sinar Rembulan,
Budi baikmu akan kukenang;
Foto-foto keindahan rembulan sungguh mengujakan,
Kesyukuran dan budi baikmu tetap tersanjung.

Malam indah di pulau syahdu airnya remang-remang membiru,
Separuh bulan sabit di sebalik sepohon pokok di pulau rindu;
Simbahan cahaya bulan sabit sinarnya remang-remang membiru,
Bagaikan panaroma indah mengusik kalbu syahduku.

Karya: Rha NS
19 Julai 2011
0 comments

INGIN KUGAPAI PELANGI

BUNGA SEROJA:

Ingin menggapai pelangi dengan senyum.

RABEAH MOHD ALI:

Bunga Seroja cantik di taman,
Berkembang mewangi disinari pelangi;
Ingin digapai pelangi di awan,
Apalah daya pelangi tak sudi.

BUNGA SEROJA:

Bundaku yang baik hati
Bagaikan penyeri hati
Terima kasih pelangi tak sudi
Lagi menyapa senyumanku
Jika pelangi berubah warna
Apalah daya bunga di taman.

RABEAH MOHD ALI:

Serojaku sayang...bukan pelangi tak sudi,
Mungkin pelangi sedang memikiri;
Menduga hatimu yang  baik hati,
Lalu dilamar di taman hati.

BUNGA SEROJA:

Hmmm bundaku...
Manalah mungkin
Pelangi turun ke bumi
Pikirkan Bunga yang hina ini
Tiada pedulinya pelangi pikirin
Kayangan yang ada di langit.

RABEAH MOHD ALI:

Jangan rasa dirimu hina Serojaku,
Pujuklah hatimu mendekatiNya;
Pasti tenang hidupmu,
Kayangan di langit Insya-Allah menantimu di Sana.

BUNGA SEROJA:

Makasih...berteman bunda
Hati bunga bagaikan disinari cahaya rembulan
bulan purnama
Insya-Allah hidup Bunga tetap tenang
dan ikhlas demi sabar.

RABEAH MOHD ALI:

Alhamdulillah tenang dan ikhlas hidupmu,
Moga kita sentiasa dalam redhaNya;
Saling pesan memesan tanpa jemu,
Demi kerana mendapat sinar kasih dariNya.


BUNGA SEROJA;

Amin Ya Rabbal A'Lamin


(DIPETIK DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
23 Jun 2011
0 comments

BARA KUGENGGAM MENJADI SALJU

Biar kugenggam segala cita,
Walaupun bertiti jambatan berduri;
Di mana berada kuburu cita,
Agar tercapai hajat di hati.

Telah kuhias jambangan kencana biru,
Kuletakkan di laman hati;
Semua yang ada bersifat baharu,
Hanya kekal cintaNya yang Abadi.

Bara kugenggam menjadi salju,
Kusyukur dalam sujudku;
Bahagia hati didalam kalbu,
Mendapat sokongan ikhlas darimu.

Takkan kubiar hatiku membeku,
Biarpun mencair terikkan mentari;
Lihatlah pelangi untuk meneroka hatiku,
Pasti cintamu cintaku ada di situ.

Sahabat sejuta kaulah satu-satunya,
Sanggup bersusah menangis bersama;
Dukamu dukaku kujahit dengan benang cinta,
Seri wajahmu bercahaya bak bulan purnama.

Dukacita setiap masa,
Dugaan Illahi tiada terkata;
Menangis aku ketinggalan masa,
Bekalan ku kosong bisu tak terkata.

Siapalah aku untuk menafikan,
Ketentuan Illahi tercatat di Sana;
Ketentuan Illahi mesti diimankan,
Agar hidup tenang sentiasa.

Lahir manusia disambut azan,
Mati manusia diiringi solat;
Nikmat solat dirasai orang beriman,
tinggalkan solat menjadi ralat.

Pada Allah kupohon segala,
Susah senang tempat mengadu;
Umpat keji menjadi cela,
Buat hati mendung berawan kelabu.

Duhai sahabat yang baik budi,
Kehadiranmu menceriakan pagi,
Air mata syahdu menyelubungi hati,
Moga hidupmu Allah berkati.

Kehadiranmu bagaikan bulan purnama,
Memahami dukaku yang dipendamkan;
Kaulah sahabat yng pertama,
Bersahabat denganmu Allah kabulkan.

Syukurku pada Allah atas KurniaNya,
Jalinan ukhuwah ini amatlah bermakna;
Bermakna di du nia di akhirat juga,
Moga kau dan aku bersahabat hingga ke Syurga.

Rha NS
25 Jun 2011
 
0 comments

ISTANA PELANGI CINTA

Duhai kasih...
sudah lama kudambakan
hadirnya cinta bertahta di hati
kerana aku ketandusan cinta
hari-hari dilalui kegeringan cinta
saat dilalui membosankan
yang hanya bertandang gerhana cinta
memilukan hatiku.

Tanpaku duga
kau hadir dalam hidupku
membawa sinar bahagia
kita sama-sama cinta
sama-sama sayang
kurindu tanpamu
kusepi tanpamu
kau sentiasa bertahta di hati.

Moga hari-hari cinta
dilalui bersama
membawa sinar bahagia
untuk kita berdua.

Sabarlah sayang
kita memadu cinta
memadu kasih di istana cinta
di serikan pelangi
kita berbulan madu
di istana pelangi cinta
menyerikan cinta kita
dalam restuNya.


Karya: Rha NS
19 Jun 2011
0 comments

BICARA BERSAMA ALAM



Matahari seakan terlepas dari tangkainya
sebelum terbenam melabuhkan tirai
di ufuk senja.

Malam menjelma
 tempat  matahari
digantikan dengan bulan indah
bercahaya  memancar ke puisi
seorang penyair sedang mengarang syair
menyatakan isi hatinya dilanda kegeringan
tersarat kedukaan terhadap seorang sahabat seni
kekesalan yang tak terungkap membuatkan dia
menangis berpanjangan …
Teman alam berkongsi dukanya,
dia menangis!
Bumi menangis!
Matahari menangis!
Bulan menangis!
Bintang pun menangis!
 Mujurlah ada awan simpati
pada si penyair menadah
tangisan matahari, bulan dan bintang.

Esoknya  menjelma pelangi 
menceriakan suasana duka
memadamkan duka
yang  menyelubungi si penyair.

Alam adalah teman setia si penyair
dan alam jugalah sumber inspirasi
si penyair berkarya.
Terima kasih Tuhan  kerana mengizinkan aku
berbicara bersama alam ciptaan-Mu!

Karya:  Rha NS
15 Jun 2011
0 comments

GERHANA BULAN

GERHANA BULAN


Setiap kali gerhana bulan
hatiku turut dilanda gerhana
hatiku pilu dalam syahdu
yang kutakuti apabila
datang melanda
gerhana iman
pasti aku nangis deras
yang kemahu dariNya
Nur Iman yang indah
sentiasa bercahaya
seindah cahaya
bulan purnama
sinarnya menyimbahi bumi!
Pasti kusyukur
di sebilang masa dan ketika.


Karya:  Rha NS
        16 Mei 2011
0 comments

INGIN KUPETIK BINTANG KEJORA

INGIN KUPETIK BINTANG KEJORA

Ingin kupetik bintang kejora
untuk menerangi kegelapanku
kukumpul segala kudrat
untuk memetik bintang kejora

jutaan bintang kejora senyum padaku
setia menunggu kedatanganku
apalah dayaku untuk ke sana

dalam mimpi aku ke sana
berkejaran dengan bintang kejora
saling silau menyilau kerdipannya

di alam realiti bintang kejora
bertaburan di sekelilingku
Syukurku atas kurniaNya

Karya:

Rha NS
29 Jun 2011
0 comments

MATAHARI ADA GELUNG DAN PELANGI

MATAHARI ADA GELUNG DAN PELANGI

Jumaat 27 Mei  2011 bersamaan 23 Jamadil Akhir  1432H
pada pukul 1.15 tengahari berlaku  kejadian Matahari
ada gelung dan pelangi.

ILHAM PENULIS KEJADIAN TERSEBUT:

Selalunya pelangi menampakkan diri di awan untuk
dilihat kecantikannya  kepada penghuni bumi.
Sang Matahari sememangnya  memancarkan sinarnya
di seluruh alam tanpa perlukan pertolongan cahaya
daripada planet manapun!
TAPI Sang Matahari  tidak selamanya boleh ego dengan
terikkan sinarnya itu kerana Penciptanya menunjukkan
KuasaNya Yang Maha Bijaksana apabila DiPerintahkan
Pelangi mengelilingi Sang Matahari , Dikirimkan juga
gelungan cahaya yang lebih bersinar daripada Sang
Matahari.
SUBHANALLAH!
ALLAHU AKBAR!

Karya:  Rha NS
21 Mei 2011
0 comments

AKU MENULIS SELAGI ADA KUDRAT PEMIKIRAN

Urangbanjar Sedunia:

Aku ingin menulis puisi
Tapi aku takut Sama Polisi
Nanti aku dimasukkan dalam terali besi

Aku ingin menulis sajak
Selagi sajak belum kena pajak
Tentang sawah yang tak lagi bisa dibajak
6 hours ago · Like · · Unsubscribe
Urangbanjar Sedunia likes this.


Rabeah Mohd Ali:


Aku ingin menulis puisi
Tapi malu ditertawakan penyair
Katanya kertas kosong yang tiada nilai
Yang hanya bisa menyapu air mataku sendiri

Katanya aku penulis yang tak pandai berpuitis
Tak sepuitisnya bila berkarya puisi
Hatiku pilu bagaikan ditusuk sembilu katanya itu
Aku cuma diam dalam hati yang remuk

Mahu saja aku kakukan jemariku dari berpena
Tapi aku ngak bisa
Kerna kalbuku meledak untuk berpena

Kucapai pena
Dengan titisan air mata
Kumenulis syair puisi cinta
TentangNya
Alam ciptaanNya
Hamba-hambaNya yang sentiasa bersangka baik
Bersangka baik padaNya dan hamba-bambaNya
Barulah tenang jiwaku kini

Tanpa memperdulikan penyair itu
Aku terus berkarya...berkarya lagi tanpa henti
Selagi kudrat pemikiranku berfungsi
Kerana aku menulis bukan kerana nama
Tapi aku menulis adalah keranaNya
Dan kerana sayangkan semua yang ada
dimuka bumi ini termasuk seluruh yang ada di langit CiptaanNya.

Karya: Rha NS
26 Julai 2011
5 hours ago · Like · 1 person



Urangbanjar Sedunia:

bagus puisinya, yang ditulis pakai air mata.
5 hours ago · Like


Urangbanjar Sedunia:

Penyair boleh congkak se-congkak matahari di atas kepala
5 hours ago · Unlike · 1 person


Urangbanjar Sedunia tapi Allah SWT lah Maha Penyair yang maha terbaik.
5 hours ago · Unlike · 1 person


Urangbanjar Sedunia:

Murid Allah SWT yang juga hebat adalah Nabi besar Muhammad SAW,
junjungan kita, yang telah menyusun Al Qur'an. Salam kepadamu
wahai rasulullah, pembawa kecerahan bagi ummat manusia di dunia
5 hours ago · Unlike · 2 people


Rabeah Mohd Ali:


Moga kau bukanlah penyair yang suka merendahkan penulis yang
tak pandai berkata puitis... terima kasih atas sokonganmu
itu setidak-tidaknya menghargai karya seniku .
5 hours ago · Like · 1 person


Urangbanjar Sedunia:


Oh Rabeah Mohd Ali, daku tak pernah membuat penilaian puisi
orang tuh baik. Semua puisi itu adalah baik.
Puisi adalah ungkapan hati. Apalagi bahasa hati
sama Sang Maha Pencipta, yaitu Allah SWT.
5 hours ago · Like


Urangbanjar Sedunia:


seperti puisi dikau itu lah Rabeah Mohd Ali, sangat indah,
aku terpesona, betapa dikau terutama hati dikau telah menyatu
dengan Sang Pencipta, yakni Allah SWT. Aku suka puisi dikau Rabeah.
Puisi dikau seperti air pelepas dahagaku. Teruslah berkarya Rabeah,
aku akan menunggu karya-karya dikau ...
5 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Maha Suci Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu. Biarpun dikau
tidak kukenali cuma di alam maya....aku amat menghargainya dengan
setulus hati. Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi
itu tersanjung di hatiku .

Jika kau sudi membaca karya-karyaku layarilah blogku sahabatku:

sasterakuduniaku.blogspot.com
mogaallahredha.blogspot.com

Segala pandangan dan pendapat darimu amatlah kuharapkan duhai
sahabat yang kusanjung pengkongsian ilmumu. Dan Moga Allah membalas
segala budi baikmu .... baik didunia mahupun di akhirat. Amin.
5 hours ago · Like · 2 people


Urangbanjar Sedunia:


Insyaallah, wahai sahabatku. Aku akan melayari bahasa hatimu yang
harum semerbak, yang mengangung-agungkan-NYA dari bibir dikau yang indah.
Aku akan hayati kata-kata dikau untuk-Nya.
5 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Terima kasih sahabatku...kutunggu pendapatmu mengenai karya-karyaku
duhai penyair tersohor Indonesia yang dikagumi seluruh rakyatnya!
Termasuk aku di sini...
5 hours ago · Like · 1 person


Jaya Ramba Wulan:


aku ingin tulis puisi, dengan hati semurni, mesti aku tulis sajak,
dengan amanat cerita bergerabak, menulislah jemari, dengan pasti,
dengan erti
4 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Kuingin menyampaikan serangkap pantun buatmu Saudara Jaya Ramba Wulan
mengenai buku karyamu dengar ye kalau sudi dengar:


Biarpun karyamu dalam Bahasa Dayak tapi mengujakan,
Bertambah hebat jika diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dunia;
Keranamu nama Malaysia dalam kehebatan,
Usahamu rakyat Malaysia akan berbangga.
3 hours ago · Like · 1 person


Jaya Ramba Wulan Ya rabeah yang kukenal, berkarya yang dicinta,
manusia jadi penyabar, baru kita boleh dipuja
3 hours ago · Like · 1 person



Rabeah Mohd Ali:


Sabar itu amalan yang terpuji,
Bila dipuja mengasyikkan diri;
Berbangga itu mahu dijauhi,
Akan termusnah amalan merosakkan hati.
about an hour ago · Like


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
26 Julai 2011)
0 comments

PENDAPAT TEMAN FB AKU MENULIS DENGAN AIR MATAKU

AKU MENULIS DENGAN AIR MATAKU


Aku ingin menulis puisi
Tapi malu ditertawakan penyair
Katanya kertas kosong yang tiada nilai
Yang hanya bisa menyapu air mataku sendiri

Katanya aku penulis yang tak pandai berpuitis
Tak sepuitisnya bila berkarya puisi
Hatiku pilu bagaikan ditusuk sembilu katanya itu
Aku cuma diam dalam hati yang remuk

Mahu saja aku kakukan jemariku dari berpena
Tapi aku ngak bisa
Kerna kalbuku meledak untuk berpena
Kucapai pena
Dengan titisan air mata
Kumenulis syair puisi cinta
TentangNya
Alam ciptaanNya
Hamba-hambaNya yang sentiasa bersangka baik
Bersangka baik padaNya dan hamba-bambaNya

Barulah tenang jiwaku kini
Tanpa memperdulikan penyair itu
Aku terus berkarya...berkarya lagi tanpa henti
Selagi kudrat pemikiranku berfungsi
Kerana aku menulis bukan kerana nama
Tapi aku menulis adalah keranaNya
Dan kerana sayangkan semua yang ada
dimuka bumi ini termasuk seluruh yang ada di langit CiptaanNya.

Karya: Rha NS
26 Julai 2011

20 hours ago · Like ·

Awang Karim Kadir, Mai Az, WeeRdaa Bey and 2 others like this.


Athaya Nabila:


Nanda senang dengan puisi-puisi bunda...
Nanda bisa merasakan iisinya ada haru,,,
yang bisa menyesakkan dada,,,pagi bunda,,

Yesterday at 8:58am · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih nanda...atas sokonganmu itu...
al-maklumlah menulis dakwatnya air mata...
itu yang bikin pembaca mengalir air mata!
Hihihihi...tapi kalau nulisnya yang lawak...
gelak sampai keluar air mata...
hihihi betul tak nanda sayangku...!


Yesterday at 9:05am · Like · 3 people


Athaya Nabila;

qiqiqiqi iya bunda,,,,sayang nanda kurang canggih buka blog bunda,,
tiap buka tetp aja gak ketemu dulu ketemu bis tu ilang lagi,,
hehehe maaf ya bunda,,,

Yesterday at 9:06am · Unlike · 7 people


Rabeah Mohd Ali:


Sekarang ni dah dapat jumpa tak blog bunda tu ye sayang...
rugilah...sebab kisah bersahabatan kita ada di blog...hihihi

Yesterday at 9:08am · Like · 1 person


Athaya Nabila:


iya bunda,,, ni tak cari lagi,,,maklum nanda agak lemot kecanggihan
elektronik hehehe

Yesterday at 9:10am · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Tak apa..bunda faham...kalau dah dapat jumpa nanti beritahu bunda...
tapi jangan tergelak...pulak...engok kisah lawak kita disitu...hihihi


Yesterday at 9:13am · Like · 1 person


Athaya Nabila:

Iya kah bunda,,hehehe jadi penasaran,,,,

Yesterday at 9:15am · Like


Rabeah Mohd Ali:

Jika aku jadi penasaran....boleh sambung....bunda dah lupalah!
Lagu tu dulu bunda pernah suka...khikhikhi
 
Yesterday at 9:17am · Like · 1 person


Mai Az:

sungguh indah puisi membias
isi hati suka duka kuhayati
tulislah tanpa henti
walaupun deras air mata menitis
kerna air mata itu berharga
bernilai hanya untuk-Nya
rintihan hati hanya Dia mengerti
bukan meminta bukan untuk nama
kita menulis ikhlas dari hati nan suci
akan ku pamer segalanya
pada tidak sudi...
ku tidak memaksa membaca..
itulah hatiku berbicara..
tidak gitu saudari Rabeah...

Yesterday at 9:52am · Like · 21 people


Athaya Nabila:

bunda,,, nanda sudah membaca,,,nya,,rasa malu dan tawaa,,keranan
tiada menyangka,,,percakapan akan ,masuk ke blog bunda,,,indah-indah
dan menyentuh syair-syair bunda,,,semoga bunda tetep bisa terus berkarya,,,

Yesterday at 9:53am · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Mai Az sahabatku yang paling memahami aku..
sebab itulah Allah temukan karyamu karyaku bersatu di alam maya...
biarpun kita ngak saling kenal...karya kita yang menjalinkan kemesraan
tali persahabatan kita persahabatan karya kita....indahkan macam tu..
tanpa bicara tapi...di alam maya kau faham maksudku dan aku faham maksudmu...
kalau yang kufahamlah kita ni ibarat roh sama roh sedang berbicara kerana
kau tak nampak aku...aku tak nampak kau...bicara di alam maya bukan
di alam nyata... tak gitu saudaraku Mai Az....

Yesterday at 11:42am · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih nanda sudi...karya bunda...jangan sampai jemu..
sudahlah ye... sebab banyak tu....hihihi ha itu belum lagi bunda suruh beri
pendapat di blog nanti tak jadi kerja lain pulak hihihi

Yesterday at 11:45am · Like · 1 person

Athaya Nabila sama2 bunda,,,

Yesterday at 11:55am · Like


Mai Az:

memang indah begini
indah bicara di ungkap...
indah bahasa kita..
bahasa jiwa bangsa..
tiada halangan untuk berbicara..
biar wajah tidak ketemu..
biar tidak mengenali sama sekali..
namun bicara ini menyatukan hati..
biar ia senang begini..
biar ia bahagia begini..
indah dipersembahkan..
buat kalian...

Yesterday at 3:38pm · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

indah bagi yang mengerti bahasa hati
bahasa jiwa bahasa bangsa
bahasa yang boleh mengusutkan fikiran
bahasa yang boleh menenangkan jiwa
tapi yang kupilih bahasa yang mententeramkan kalbu
mendamaikan roh dan jasad

moga pertemuan antara dua hati ini
kekal abadi di satukan di alam realiti
berbicara empat mata satu hati
sehati sejiwa mengungkap kata
bahasa hati bahasa jiwa
indahnya pertemuan di kala itu

bagaikan hidup di alam fantasi tapi realiti
saling mengerti saling memahami
bahasa hati bahasa jiwa
cuma yang mengerti betapa indahnya
bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu.
bahagia...


Yesterday at 3:48pm · Like · 41 people


Athaya Nabila:

Rasa terima kasih dan bahagia tak terkira dari nanda kerana
bisa mengenal bunda berdua Mai Az dan bunda Rabeah..
semoga persahabatan ini dirodhoi oleh NYA amin..

Yesterday at 4:04pm · Like · 15 people


Rabeah Mohd Ali:

Amin...sayangku padamu setulusnya dan kaulah penawar dukaku
Athaya Nabila...hihihi....senyuml?ah tu.....hihihi...
tak apelah nak tengok senyuma bonda tengoklah di bulan
purnama ye dong sayang!


Yesterday at 4:06pm · Like · 32 people


Rabeah Mohd Ali:


Terima kasih sahabat baikku AKK...moga persahabatan kita
sentiasa dalam redhaNya. Putera Duyung...agak-agak dapat
dipentaskan tak...hihihi ambil kesempatan tu...
hihihi jangan marah...

Yesterday at 5:49pm · Like · 3 people


Athaya Nabila:


heheheehe iya bunda,,nanti jk bulan purnama kuakan tengok
senyuman manis bunda dalam sinar terangnya,,,


Yesterday at 7:09pm · Like


Madili Jakir:


Kertas kosong bukan ya ia tak pandai berkata bukan,
cuma dia adalah selambar dan sebaris kata adalah
sangat bererti buat kawan-kawan yang jauh kan?..

23 hours ago · Like



Rabeah Mohd Ali Terima kasih:

Madili Jakir... sudah lama tanpa berita darimu..rindu bah..
hihihi dari dulu lagi kau selalu memberi sokongan padaku
hingga sekarang ini..terharu sangat bah...
aku sentiasa hargai sokonganmu itu sahabatku...
macam mana dah beli kaca matanya bah...
kata nak baca karya-karyaku...persahabatan kita juga aku abadikan
di blogku sebagai kenang-kenangan bah...sampaikan salam aku pada
Marlini Manja... moga dia sentiasa berjaya dalam kerjayanya sebagai
seorang usahawan bah...


21 hours ago · Like


Madili Jakir:

Baris demi baris suratanmu aku teliti siap aku santap,
namun kabaran baik dari saudara  Marlini Manja tetap segar dalam
ingatanya bah, Ya sebagai insan biasa aku tak juga terlalu tahu
selok belok puisi, namun aku cekal mahu belajar tapi apa akan
daya setekat ni kemampuan fikiran ku, hahahaha maaf ya jika ada
tersalah kata-kata ok


21 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Samalah kita saling maaf memaafkan...apapun terima kasih untuk
segala nya sahabatku...aku tahu kau orang yang bijak pandai tapi
sengaja tidak mahu mengaku pandai bah...hihihi


20 hours ago · Like


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
27 Julai 2011)
0 comments

SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN

RABEAH MOHD ALI:

Duhai sahabatku semua Selamat Ramadhan.
Di bulan puasa samalah kita tingkatkan amalan;
Salah dan silapku harap dimaafkan,
Jangan disimpan tanpa diampunkan.
7 hours ago · Privacy: · Like ·

Awang Karim Kadir, WeeRdaa Bey, Datuk Mohd Jeffry Rosman
and 5 others like this.

Bunga Seroja:

Salam Ramadhan ada salah dn silap ananda mohonlah bunda memaafkan.

        7 hours ago · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali Wsalam..sama-samalah kita bermaafkan...bunda pun
insan biasa yang tak terlepas dari kata-kata yang boleh mengguriskan
perasaan sahabat...maafkan bunda juga ye...Serojaku...dah layari
ke blog bunda ye... puisi untuk seroja pun ada di situ hihih...
tak baca rugi....hihih

7 hours ago · Like

Bunga Seroja:

Salam Ramadhan ada salah dn silap kata yg terucap mohonlah ananda
dimaafkan bunda.

7 hours ago · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Adikku Nurul Ain...kakakmu di sini tunggukan pantun-pantun indah
darimu...dah layari ke blog kakakmu ye...

6 hours ago · Like

Bunga Seroja O ya?? Mks bundaku... Ntar ananda cari ke blog bunda yee

6 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Apa kabar prof kembara bahasa,
Dah baca ke blogku itu,
Kalau tak sudi baca tak mengapa,
Kufahami siapa diriku tak setandingmu.

6 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali

Kalau bunga serojaku baca pastinya dikau tersenyum leka dan
hatimu sentiasa....berbunga-bunga? cinta sayangku ...! hihihi

6 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Datuk Jem pula apa kabarmu,
Kisah empayar perniagaanmu kusiarkan di blogku,
Tidak sudi ke kau melihat blogku itu,
Kalau tak sudi baca meranalah aku.

6 hours ago · Like


Rosniza Nieza:

salam Ramadhan buat akak...jk ada salah @ silap maaf diminta..

6 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Salam Ramadhan juga untuk Nieza tersayang,
Samalahlah kita saling bermaafkan;
Berpanjangan talisiraturrahim dalam kasih sayang,
Bulan puasa nanti saling tingkatkan amalan.l

6 hours ago · Like

Rosniza Nieza insyaallah....akak

6 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali Samalah kita...amin.

6 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Datuk Jeff:

Apa kabar di sana,
Tak suka ke pantun dan puisi yang kurangkan tu,
Ku cadang mahu siarkan di blogku kalau suka,
Kalau tak suka pun kusiarkan juga kerana itu dah minatku.
(hihihi jangan marah ye datuk pahlawan kancilku)

4 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Awang Karim Kadir pengarah teater Putera Duyung ku..
macam mana, agak-agak ada ke yang sudi menaja teater tu ye...
kalau tak ada tunggulah usahaku menjual hartanah berjaya boleh
aku menjadi menjadi penaja teater tersebut...kalau tak ada rezeki
pasrah aje lah kan...yang penting kita dah usaha yang menentukan Allah....

about an hour ago · Like

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
29 Julai 2011
0 comments

INDAHNYA PERSAHABATAN YANG MEMAHAMI BAHASA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU!

INDAHNYA PERSAHABATAN YANG MEMAHAMI
BAHAWA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU!


TIADA UPAYA SELAINNYA
Karya: Athaya Nabila


jika harimu tak secerah mentari pagi,
bercengkramalah dengan alam,,,,,
karena angin,,kupu-kupu ,,
dan alam disekelilingmu,,
mungkin masih setia menemanimu,,,
ta kala merekapun sudah tak mampu,,,
menghiburmu melewati kesahmu,,,
hamparkan sajadah panjangmu,,,
mungkin disanalah,,,
kau akan temukan jawaban,,,
jawaban yang pasti,,,
mengenai semua pertanyaanmu,,
karena DIA lah pemberi masalah,,,
dan penyelesai masalamu,,
dengan berdialog denganNYA,,,
ketenangan jiwa yang hakiki,,
akan terasa begitu lapang,,,
tiada lagi jiwa-jiwa yang gersang,,
yakinlah itu,,tiada kekuatan,,,
yang bisa melebihi kekuatan,,
dan kuasa ALLAH,,
ALLAHHUAKBAR,,,


Rabeah Mohd Ali:

Aku bisa bercengkrama dengan alam kerana suara alam kudengari
dengan jelas tapi bilamana aku berbicara denganmu suaramu
tenggelam entah di mana? Kenapa ya ...bagaimana aku dapat
mendengar suaramu yang merdu itu duhai temanku di benua sana?


Athaya Nabila:

Bunda,,Rabeah Mohd Ali,,resapilah suara alam itu,,,disitu,,,
akan terdengar alunan merdu suaraku,,meski sayup,,tapi,,pasti,,kan
terdengar,,karena aku ada diantara..gemericik air,,,sautan kicauan
indah burung2,,dan diantara hembusan angin,,meski begiitu lirih,,,


Rabeah Mohd Ali:


Nabilaku...sampai kapan aku harus merindu suara merdumu itu?
Atau suaramu itu bersembunyi di sebalik gemericik air....
sautan kicauan ada kudengar suaramu tapi aku tidak faham maksud
bahasamu yang tersirat tersurat...tapi mujurlah ada hembusan ingin
yang membawa warkah rinduku ke kamu yang berada di benua sana
dalam kadar tak sempat kupenjam mata sudah dapat kubaca isi hatimu...
itulah suara kalbumu tapi bukan peti suaramu namun kutetap bersyukur
kepadaNya betapa besarnya KuasaNya menyatukan bahasa kalbu bahasa jiwa
seolah aku berada di zaman Nabi Sulaiman berjumpa dengan Zulaika!
Allahu Akhbar!


Athaya Nabila:

Subhanallah Allahu Akbar,,,Maha besar Allah dengan kuasaNYA,,,
Alhamdulillah,,jika bunda Rabeah Mohd Ali,,telah menerima pesan rinduku
buat bunda,,,,karena tanpa KuasaNya,,kuakan tetap menanti jawaban
dari pesanku yang telah kutitipkan pada hembusan angin,,,,
Puji Syukur KepadaNya kini jiwaku telah tenang,,,,


Rabeah Mohd Ali:


Allahu Akbar zikirlah penenang segala hati-hati
yang terkeliru kerana bilamana hati terkeliru fikiran
bercelaru iman entah di mana lalu menangislah iman
mahu disirami dengan air mata yang boleh memadamkan api
neraka yang membahang-bahang pasti tubuh manusia
tidak sanggup menanggungnya.

Justeru nanda Nabila kusayang dunia akhirat...
sebelum kita dijemput pulang sama-samalah kita muhasabah diri
Biarpun berlainan benua, kita berair mata bersama....
mana tahu berkat pesahabatan di dunia yang berfaktakan
semuanya keranaNya...
kita sama-sama menjadi sahabat di Sgurgawi tika itu
senyumanmu senyumanku sentiasa abadi mewangi dan
tika itu tak perlu lagi kudengar suaramu
di sebalik gemercik air sungai mengalir ....
hembusan angin Wangian Syurga membuatkan wajahmu wajahku
berseri-seri semuanya dengan berkat kepercayaan
kita tika hidup di dunia suatu ketika dulu.

Dari Allah kita datang dari Allah kita dikembalikan.
Sekarang menangislah semahumu agar hilang segala duka nestapamu
Di akhirat nanti yang sudah tiada nilaian di sisiNya.

Esakan tangismu kini baru jelas kudengari dibawa hembusan angin
rindukan persahabatan di Syurgawi.

Moga berkat Ramadhan ini Yang pintu Syurga dibuka
seluasnya untuk kita memohon segala permintaan...
Allah makbulkan  doa kita memanjangkan
persahabatan kita di Syurgawi...
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Terima kasih nanda kerana telah mencetuskan inspirasi
bunda berkarya pagi-pagian gini...moga Allah membalas
segala kebaikan nanda.

Athaya Nabila:


Bunda Rabeah Mohd Ali,,sama sama bunda,,dengan pantun-pantun
bunda semoga bisa membuat nanda lebih selalu ingat akanindahnya
kehidupan kelak diakhirat,,Amin


Rabeah Mohd Ali:

Amin Ya Rabbal A'Lamin. Dapatkah nanda rasakan betapa syahdunya
air mata yang mengalir itu lagi deras mengalir seperti terasa
meresap dirasakan CintaNya ke kalbu kita ....apakah nanda
dapat rasakan itu nandaku....tika ini pun air mataku
kutahan-tahankan juga .

Athaya Nabila:

Bunda Rabeah Mohd Ali,,insyaallah nanda bisa merasakan
kerana nanda juga merasakandan sedikit membuat nanda sadar,,
tiada cinta yang bisa melibihi CintaNYa dan Cinta Junjungan
kita Nabi Muhammad SAW,,

Rabeah Mohd Ali:

Itulah indahnya persahabatan keranaNya semata...

Athaya Nabila:


Bunda Rabeah Mohd Ali,telah nanda tag ke sahabat sahabat nanda,,
supaya kita sama sma bisa koreksi diri di indahnya bulan suci
ramadhan ini,,,


Rabeah Mohd Ali:

Amin Ya Rabbal A'Lamin. Setiap yang baik itu semua datang dariNya.
Semoga apa yang baik ini dapat membukakan pintu hidayah kepada bunda ,
nanda dan sesesiapa yang membacanya ...Ya Allah bukakan sinar hidayah
kasihMu yang tanpa batas kepada kami semua agar dengan sinar hidayah
kasih dariMu itu dapat kami mengenal diri kami dan mengenalMu dalam
keimanan yang teguh tanpa meragui lagi Kaulah Tuhan Ku Yang Maha Esa
Yang Maha Berkuasa Tiada siapa Yang Dapat Menandingi KuasaMu!
Balaslah cinta kami semua ini dengan hidayah kasihMu Ya Allah
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Dalam sujud kami bersyukur Dalam Sujud kami MengagungkanMu.
Perkukuhkan persahabatan kami dalam redhaMu dan panjangkanlah
persahabatan kami semua hingga ke SyurgaMu Ya Allah.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.



(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
6 Ramandan 1432H
6 Ogos 2011   
Friday 5 August 2011 0 comments

MANA TAHU SKRIPNYA SAMA DENGAN DOA KITA

AWANG KARIM KADIR:


MUSUH KITA

Sewaktu setitik notfah tumpah ke dalam rahim waktu; kita tak
sempat bertanya kenapa harus ada antara, kebenaran dan
rahsia-Nya. maka dari darah ia telah memancarkan cahaya.
dan air pun merumuskan fikir dari logik angin. Maka kita pun
amat percaya bahawa kita ini hidup. Di bawah bumbung langit
rahmah-Nya kita menjadi insan kerdil di bumi, yang selalu
mempersoalkan Hakcipta kesempurnaan abadi. Tapi bukankah
segala persoalan hidup sudah termaktub dan tertulis dalam
skrip rahsia masa. Dan hanya akan tersingkap ketika kita
dapat bersabar menempuh waktu; dengan mengenal kembali
jalan jalan plot kehidupan yang sudah ditentukan ceritanya.
Dan benar; kadang-kadang musuh kita adalah hawa nafsu kita...

Unlike · · Share

You and Laila Jones like this.


Ada Jiwa:

Andai kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan
kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah
walaupun terbuka rahsia kebenaran itu.

12 hours ago · Like · 1 person


Awang Karim Kadir:

Hanya yang mengenal rahsia akan dapat mengenal rahsia.
Sehingga akan menjadi serasi dan serahsia.kata para
pujangga guru-guru kita " Jangan kalungkan mutiara
ke leher seekor anjing; tentu ia tidak akan dapat
menghargai keindahan sebutir mutiara" Maaf saudara.
Sekadar perumpaan sahaja.

12 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Sahabatku Awang Karim Yang dihormati...
Selamat Berpuasa moga puasamu dan segala hajatmu yang
baik-baik dimakbulkan Allah. Amin. Untuk pengetahuanmu
masalah air di Kudat yang pernah kau utara dulu....
telah kuajukan kepada pembela rakyat bergelar datuk...
insya-Allah katanya dia cuba membantu menyelesaikannya ..
doakan moga usahanya berjaya...kalau nak lebih lanjut
lagi ceritanya bolehlah layari blogku: sasterakuduniaku.
blogspot.com (Tajuk: Pemimpin Yang Memahami Denyut Nadi
Rakyat Sabah)

11 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Persahabatan kita pun bukan ada dalam skripku tapi atas
kehendakNya...begitu juga dengan masalah air di Kudat
jika dapat diselesaikan atau tidak semuanya sudah ada
dalam skrip Allah ..cumanya kita tunggu ajelah apa
nanti kesudahannya...kalau berjaya kita syukur kalau
tak berjaya kita redha tapi jangan lupa berdoa padaNya
mana tahu ....skripNya sama dengan doa kita.
Amin Ta Rabbal A'Lamin.

11 hours ago · Like


Awang Karim Kadir:

Terima kasih Sahabat yang dimuliakan Allah Rabeah.
Segala jasa dan ingatanmu amatlah aku hargai.Semoga
budi baikimu juga Allah gandahkan dgn rezeki yang
melimpah dan kerahmatan yg berpanjangan.
Selamat menunaikan ibadah puasa.

about an hour ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Amin Ya Rabbal A'Lamin. Ku doakan kau begitu juga
sentiasa dalam rahmat Allah yang berkekalan.

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
5 Ramadhan 1432H
5 Ogos 2011
0 comments

SAHABATKU YANG BERNAMA NURUL AIN LIM

Sahabatku...Nurul Ain Lim...
Persahabatan yang terjalin kerana Allah
Amat indah
Tutur kata indah
Bahasa kalbu adalah doa kita
Tiada akan terasa hati
Di antara kita
Kerana kita saling memahami
Bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
Itulah kemesraan persahabatan kita

Saling :
Ingat mengingati
Sokong menyokong
Pesan memesan
Berkasih sayang
Demi keranaNya

Andai kata sepanjang persahabatan kita
Ada kata-kataku yang membuatmu terguris hati
Segera kuhulurkan tangan memohon maaf padamu
Agar dengan tergurisnya hatinya
Akan menggugat tali persahabatan kita

Biarlah kita bermaafan segera
Kerana ku takut tidak berkesempatan nanti
Umur kitakan dalam pengetahuanNya
Itu antara alam ghaib yang mesti kita imani di hati

Sekiranya kita sudah bermaafan di dunia
InsyaAllah di akhirat nanti
tiadalah akan berlaku salah menyalah
Aku tidak mahu itu terjadi
Biarlah kita selesaikan apa yang kusut di dunia
Sebelum kita diperhitungkan di akhirat nanti.

Salam kasih sayang setulusnya dariku
Untukmu sahabatku yang bernama
Nurul Ain Lim.

Karya: Rha NS
5 Ramadhan 1432H
5 Ogos 2011
0 comments

BERKASIH SAYANG KERANANYA

Nurul Ain Lim:

Ketika pilu dn hiba melanda hati,
akan selalu kuingat pesan nabi,
"JANGANLAH DIKAU BERDUKACITA,
SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA"..... ((*_*))

9 hours ago · Unlike ·

You and 4 others like this.

Nurul Ain Lim Insyaallah ..

9 hours ago · Unlike · 1 person

Rasdi Sirhan wa talal sedih tapi airmato wa keluar jugak, macamana

8 hours ago · Unlike · 2 people

Rabeah Mohd Ali:

Sahabatku ... jika kau bersedih
akupun terasa pilunya di sini
Sukamu gembiranya aku
Pilumu deritaku juga
Pengubat di kala duka
Allah sentiasa bersama kita

Sabarlah ye...
Allah menduga
Bererti Allah Mencintaimu

Susah di dunia
Tidak seperit
Alam kubur...
Alam Yang Pasti
Kau dan aku tempuhi
Termasuk semua yang
hidup di muka bumi ini!

Syukur dan redha
Adalah penawar segala kepiluan.

7 hours ago · Like · 2 people


Mustofa Yaacob Subhanallah!!! Betul tu RMA

7 hours ago · Unlike · 2 people


Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih saudara Mustofa ...
yang baik datang dariNya.
Nurul Ain Lim sahabatku...Puisi Tajuk:
Syukur Dan Redha Penawar Kepiluan telah kuabadikan
di blogku sudilah layarinya: sasterakuduniaku.blogspot.com)
Saudara Mustofa kalau sudi bolehlah layari juga ye...
kalau sudi beri pandangan pun amat dialu-alukan ye.
Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

6 hours ago · Like · 1 person


Mustofa Yaacob Alhamdulillah.

6 hours ago · Like · 1 person

Nurul Ain Lim:

syukran kak Rabeah Mohd Ali n Mustofa Yaacob... Alhamdulillah

4 hours ago · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Alhamdulillah syukur kepadaNYa kerana dikurniakan sahabat
sebaik Nurul Ain Lim & Mustafa Yaacob saling berkasih sayang
kerana Allah Taala.

3 hours ago · Like · 1 person


Nurul Ain Lim Allahuakhbar..

2 hours ago · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Sahabatku...Nurul Ain Lim...
Persahabatan yang terjalin kerana Allah
Amat indah
Tutur kata indah
Bahasa kalbu adalah doa kita
Tiada akan terasa hati
Di antara kita
Kerana kita saling memahami
Bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
Itulah kemesraan persahabatan kita

Saling :
Ingat mengingati
Sokong menyokong
Pesan memesan
Berkasih sayang
Demi keranaNya

Andai kata sepanjang persahabatan kita
Ada kata-kataku yang membuatmu terguris hati
Segera kuhulurkan tangan memohon maaf padamu
Agar dengan terguris hatimu
Akan menggugat tali persahabatan kita

Biarlah kita bermaafan segera
Kerana ku takut tidak berkesempatan nanti
Umur kitakan dalam pengetahuanNya
Itu antara alam ghaib yang mesti kita imani di hati

Sekiranya kita sudah bermaafan di dunia
InsyaAllah di akhirat nanti
tiadalah akan berlaku salah menyalah
Aku tidak mahu itu terjadi
Biarlah kita selesaikan apa yang kusut di dunia
Sebelum kita diperhitungkan di akhirat nanti.

Salam kasih sayang setulusnya dariku
Untukmu sahabatku yang bernama
Nurul Ain Lim.

Karya: Rha NS
5 Ramadhan 1432H
5 Ogos 2011

39 minutes ago · Like · 1 person


Nurul Ain Lim Allahuakhbar.... syukran jazilan ya
ukhty Rabeah Mohd Ali

38 minutes ago · Unlike · 1 person


Nurul Ain Lim Alhamdulillah... Salam kasih sayang
dari Ain untuk Rabeah Mohd Ali juga :))

37 minutes ago · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Nanti jangan lupa luangkan masa untuk melayari blog
sahabatmu ye...ku nantikan pendapatmu tentang blogku itu...
boleh ke sahabatku Nurul Ain Lim?


33 minutes ago · Like · 1 person

Nurul Ain Lim Insyaallah ya ukhty.... ((*_*)) LOVE AIN

32 minutes ago · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih sahabatku moga Allah membalas segala
kebaikanmu padaku. Amin Ya Rabbal ALamin.

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
5 Ramadhan 1432H
5 Ogos 2011
0 comments

SYUKUR DAN REDHA PENAWAR KEPILUAN

Sahabatku ... jika kau bersedih
aku pun terasa pilunya di sini
Sukamu gembiranya aku
Pilumu deritaku juga
Pengubat di kala duka
Allah sentiasa bersama kita

Sabarlah ye...
Allah menduga
Bererti Allah Mencintaimu

Susah di dunia
Tidak seperit
Alam kubur...
Alam Yang Pasti
Kau dan aku tempuhi
Termasuk semua yang
hidup di muka bumi ini!

Syukur dan redha
Adalah penawar segala kepiluan



Karya: Rha NS
5 Ramadhan 1432H
5 Ogos 2011
0 comments

GABUNGAN PUISI TIGA ORANG PENYAIR

DIARI PERANTAU JURUFOTO KURNIAAN ALLAH

Subhanallah
Sejujurnya kukatakan
Dairi Perantau memanglah jurufoto yang hebat...
kurniaan Allah padamu
Terima kasih atas foto kirimanmu
Foto tentang keindahan alam CiptaanNya
Moga mencetuskan ilhamku untuk berkarya memuji
KebesaranMu Tuhanku Tuhan Semesta Alam.
Sesungguhnya keindahan alam CiptaanMu membuatkan
cinta terpatri antara hamba dengan PenciptaNya!
Maha Agungnya CintaMu.


Karya:  Rha NS


KANVAS LANGIT LOREKKAN KEBIJAKSANAANMU

Ya Allah bilamana kulihat
Langit kanvas
Lorekkan KebijaksanaanMu
Yang Takkan ada siapa
Dapat menandingi keindahanNya
Lorekkan permandangan kanvas langitMu
Terhunam kesyahduan di hatiku
Kepiluan iman untuk aku bermunajat padaMu

Gabungan antara lautan dan langit
Amat memukau kalbuku
Diserikan tompokan awan
Pelabagai rupa dan warna-warni
Dipancarkan sinaran senja
Tika mentari ingin melabuhkan tirainya
Di kaki langit amat mengujakan!
Allahu Akhbar Maha AgungNya CintaMu
Se Agung CintaMu kepada hambaMu
Yang tahu erti kesyukuran
Dengan bersujud hanyalah
KepadaMu Tuhan Mengusai
Kerajaan Langit Dan Bumi.

Karya: Rha NS
4 Ramadhan 1432H
4 Ogos 2011
(Disiarkan di blog: sasterakuduniaku.blogspot.com)
Sekalung budi kepada Diari Perantau Kerana
Dengan Kiriman Foto Hasil Senimu Makanya
Tercetuslah Ilham Puisi Bertajuk:
KANVAS LANGIT LOREKKAN KEBIJAKSANAANMU.
Moga kerja senimu dibalas Allah
dengan RedhaNya padamu sekeluarga dunia akhirat.
Amin Ya Rabbal A' Lamin.


POHON NYOI

Pohon nyoi
nan sebatel
tegak berdiri
tengah becoh
jadi peneduh bila panas
balik peta dari sekolah
kejar buruh ruawak
cari belalang padi
mek goreng kering
buat make
pulut pagi

aku rindu


Karya: Diari Perantau


SI TANGKAI JANTUNG HATI!

Pohon nyior yang sebatang
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
anginnya sampai meresap ke
tangkai jantung hatiku
lalu menyapa apa kabarmu
lalu kujawab ku tak setenang
selembut lambaianmu
melambai mendayu berzikir padaNya
itulah penenang kalau kau nak tahu
si takai jantung hati!


Karya: Rha NS
5 Ramadhan 1432H
5 Ogos 2011


KESYUKURAN TIADA PENAFIAN

Kesetiaan pepohon
ketulusan batu pejal
angin yang menderu
ombak yang berbisik
adalah kesyukuran
tiada penafian.

Karya:  Diari Perantau


ANGIN MENDERU OMBAK BERBISIK


Angin yang menderu
ombak yang berbisik
seakan membisikkan
sesuatu menyatakan

"Tolong selamatkan kami!."
Kumenjawab menenangkannya.

"Sabarlah ye tiada dayaku menolong kalian...
Cuma yang dapat kudoakan kalian sejahtera
jika kalian selalu bersyukur ...."

"Kami selalu bersyukur ...tidakkah kau dengar
apa yang kami bisikan ke kamu....itulah zikir
syukur yang selalu kami zikirkan cumanya
manusia yang tidak mahu bersyukur
mereka kebanyakkannya menafikan kesyukuran!"

Aku terkedu dalam sendu apakah bisikannya
itu ditujukan kepada ku?

Ah! Malunya aku jka aku menafikan kesyukuran!


Karya:  Rha NS


LAKARAN WARNA-WARNI SENJA

lakaran warna-warni senja
keindahan terpancar ku tertarik
lopak-lopak air menyinari suasana
seni tangan bukan sebarangan
ikhlas memberi nikmati bersama
terima kasih Diari Perantau
gambar ini memukau pacaindera mataku
Subbahanallah KebesaranMu Tuhan!


Karya:  Mai Az


DARI RIMBUNAN PETANG

Dari rimbunan petang
menanti gelap malam
singgahlah unggas di dahanku
aku rindu kicau merdu suaramu

punai, gemala kerbau, merbah
merdu suaramu menyanyi pulang
bukan memuji ranting dan daunku
bukan juga manis layak buahku
tapi tanda kesyukuran
dari sekujur jasad dan hembusan nafas
anugerah Ya Rahman buatmu.

Karya: Diari Perantau


SISA-SISA CAHAYA SENJA


di celah-celah pepohonan
sisa-sisa cahaya senja tenggelam
menutup gelap alam maya
selamat malam para penghuni
pergimu tika cuma esok muncul lagi
menyinari ceria alam
Alhamdulillah...
kita masih bernafas
menikmati keindahan
kemanisan hidup
di Alam-Mu..Ya Allah...


Karya:  Mai Az


ESOK LUSA ADAKAH AKU BERNAFAS LAGI?

Terima terima kasih Diari Perantau
masa tetap beredar
siang malam silih ganti
esok lusa adakah ku masih bernafas lagi?
menikmati alam-Nya


Karya: Mai Az


SEMUA MANUSIA PERGI BILA SAMPAI MASA

senja mentari pasti kembali esoknya...
senja manusia akan pergi bila tiba masanya.


karya:  Diari Perantau



BERKAT SINAR SENJA DATANG BERTANDANG

sisa-sisa kehidupan pepohon
yang suram tanpa bekalan
untuk meneruskan kehidupan esoknya

namun masih mengharap kepada
sinar senja yang yang sudi bertandang
menambahkan bekalan untuk
meneruskan kehidupan esoknya

berkat sinar senja yang sudi bertandang
pepohon mula bersemangat untuk hidup
biarpun senja telah menghilangkan sinarnya

berkat sinar senja itu
pepohon hidup dan terus hidup
membawa bekalan mencukupi
sebelum sampai masanya nanti!

Rha NS
5 Ramadan 1432H
5 Ogos 2011
 
;