Kurempuhi jua malam pekat gelita,
Biarpun tanpa sebutir kejora;
Apalah ada pada halangan derita,
Jika dibandingkan nikmat di Syurga.
Perjalanan kita mesti diteruskan juga,
Kerana kita tidak mampu mengundur waktu;
Gunakan waktu biarpun halangan menduga,
Kerana kita sedang kesuntukan waktu.
Setiap yang terjadi imankan hatimu,
Sabar dalam redha apa yang terjadi;
Allah tahu tahap kemampuanmu,
Segalanya kau dapat atasi pasti.
Bahagiamu bahagiaku bahagia semua,
Itulah hikmah di sebalik tabir;
Berkat ketabahan dihadapi semuanya,
Diharungi semua dugaan dengan sabar.
Terima kasih sahabatku Mkr Khalidi Ramli,
Kerana sudi menyokong karyaku;
Kuberkarya pada mereka yang sudi menghargai,
Sokonganmu sentiasa mewangi di hatiku.
Begitu juga Norliza Mohd sahabatku,
Sokonganmu membuatkan ku teruja;
Biarpun kita tidak pernah bertemu,
Di dalam mimpipun kau tetap kupuja.
Karya: Rha NS
30 Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment