Sunday, 31 July 2011

PENDAPAT PUISI KEKASIH PEJUANG SASTERA MELAYU

KEKASIHKU
(Puisi Yang Ditujukan Pahlawan Sastera Melayu Kepada Kekasihnya)

Senyumanmu yang manis itu
Membuatkan aku tertawan
Hatiku telah terikat
Dengan tali jerami cinta
Tersimpul mati
Tak akan ada siapa yang berani merungkainya
Kecuali Tuhanku Yang Maha Esa

Kekasihku
Kau adalah sumber kekuatanku
Kau menyokong perjuanganku
Membela Warga Sastera Melayu
Tanpa jemu
Biarpun kau kesepian kerana
Selalu kutinggalkan berjauhan
Kau tetap sabar menunggu
Dengan kerinduanmu yang tak penah pudar
Kesungguhanmu membuatkan aku
Separuh mati mencintaimu sayangku

Siang dan malam aku
tak dapat melelapkan mata
Teringatkan betapa sucinya cintamu padaku

Dengan cintamu itulah aku besemangat
Berkobar-kobar untuk bangun dari
Lenaku yang panjang

Roh semangat cintamu itu
membuatkan aku membara-bara
meniupkan roh semangat
kepada seluruh warga Sastera Melayu
untuk bangun dari lena yang panjang

Mahu aku perjuangkan karya-karya
mereka agar dihargai bukan
untuk dinobatkan sebagai 'Sasterawan Terkenal'
tapi memadailah karya-karyanya ternama
di hati setiap lapisan masyarakat
di negaranya atau seluruh penghuni bumi ini!

Itulah:
Azamku!
Tekadku!
Janjiku!
Sumpahku!

Padamu Kekasihku Yang Kucinta Seumur Hidupku!

Karya: Rha NS
30 Julai 2011
20 hours ago · Like · · Unsubscribe

Mahabbah El-ahMead, Desinta Mahadewi and 2 others like this.

Rabeah Mohd Ali:

Dinda apa pendapatmu tentang puisi di atas ye...
kalau sudi silakan dengan pendapat bernasmu dinda...

17 hours ago · Like

Desinta Mahadewi:

Dimanakah perwira hatimu itu Rabeah Mohd Ali.
kekasih hati yang tak tergantikan. Puisi penuh penghayatan
cinta tentang kesetiaan seorang wanita yang tidak ingin
berpindah ke lain hati.

16 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Ratu Dewiku merah bibirmu menawan kalbu,
Terima kasih kerana sudi menjadi temanku:
Semua sahabat sastra adalah permata hatiku,
Cinta mereka semuanya bertahta di hatiku selalu.

16 hours ago · Like · 1 person


Desinta Mahadewi:

Ya Rabeah Mohd Ali ... penyair wanita terbaik
asal Malaysia di abad ini. Syair-syiarnya akan
menjadi legenda, terutama di Malaysia

16 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Aku tak layak menerima kata-kata ini sayangku,
Di negara sendiri aku tak memunculkan diri,
Aku berkarya kerana minatku,
Tapi di alam maya ini tidak sangka pula aku.

16 hours ago · Like

Desinta Mahadewi:

Berapa banyak sudah buku yang kau buat saudaraku

16 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Atas dasar minat yang terlalu mendalam dengan dunia
penulisan karya yang diterbitkan oleh penerbit adalah
dua tiga...selebihnya dalam simpanan aku...
kalau ditakdirkan Allah dikirimkan hambaNya untuk melamar
semua karya-karyaku...barulah dunia sastera itu duniaku
yang realiti...aku sudah tak kisah dari dunia mana hamba
Allah itu...asalkan matlamatnya sama dengan matlamatku
iaitu ingin menyebar luaskan karyaku kerana dalam usia
yang sebegini ku kuatiri aku tiada kesempatan....apapun
aku mesti bresangka baik dengan Tuhanku dengan Dia Yang
Maha Tahu Segala Yang Ghaib. Aku hambaNya cuma usaha doa dan
tawakal.

16 hours ago · Like

Panggil Dinda Saja:

Lumayan banyak yg sdh diterbitkan penerbit dua tiga buku,
dan masih ada yang disimpan

15 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Kalau kuberitahu padamu teramat takutku pada Tuhanku dikuatiri
berbangga diri tapi percayalah sejak usiaku belasan tahun lagi
kumenulis...kujaga dengan rapi...ada juga yang termusnah dan hilang...
tapi Tuhan itu Maha Kaya...menyelamatkan karyaku dari termusnah...
jadi untuk agar terpelihara kusimpan di teratak galeriku di situlah
segala karya tersimpan...aku rasakan itulah duniaku berkarya dan
terus berkarya tak sangka banyak pula...kalau diIzinkan Allah
karyaku dilamar oleh hambaNya yang terpilih...itulah dunia sasteraku
InsyaAllah menjadi realiti seperti mana yang kuangan-angankan
memiliki sebuah kota buku hasil karyaku sendiri .
Kalau kau sudi bacalah cerpenku bertajuk: Karyaku duniaku!
Ada di blogku. Kalau dinda sudi bacalah setidak-tidaknya boleh aku
berkongsi impianku denganmu dindaku ye.

15 hours ago · Like


Panggil Dinda:

Saja kalau yang cerpen, judulnya apa? aku ingin baca

15 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Blogku: sasterakuduniaku.blogspot.?com (Bahagian Tajuk:
Cerpen Karyaku Duniaku , Sasteraku Duniaku ,& Skrip Pengantin Raja Rimba
& Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang ) Cuba Hayati tajuk tersebut
kemudian ulaskan beritahu samaku...andai kata ada kesilapan ejaan atau
bahasa mungkin aku terlepas pandang...maklumlah tiada editor...hehehe

15 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Dindaku yang baik budi,
Kuucapkan terima kasih padamu,
Kerana sudi blogku kau layari,
Kudoakan Tuhan membalas budi baikmu.


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
30 Julai 2011)

0 comments:

Post a Comment

 
;